Anda di halaman 1dari 2

Punca Berlaku Budaya Hedonisme

July 23, 2017

· Terdapat pelbagai punca budaya hedonisme ini menular dalam kalangan masyarakat kita pada hari
ini. Kita seharusnya tidak memandang remeh dan mengambil mudah terhadap perkara ini kerana
sememangnya budaya ini telah menjajah dan menghanyutkan pemikiran serta minda masyarakat kita
terutamanya golongan remaja.

i. Pengaruh Media Massa

Ø Melalui perkembangan media massa, pengaruh budaya hedonisme ini dapat menular ke negara ini
dengan begitu mudah. Secara umumnya, hedonisme itu boleh dianggap neokolonialisme yang
dikhususkan serangannya kepada generasi muda oleh pihah barat. Pelbagai konsep dan cara hidup
seperti cara hidup minum arak, melepak, mengunjungi pesta liburan, seks bebas,parti liar dan
sebagainya. Secara jelasnya, konsep yang dikemukakan itu hanya mementingkan kepuasan nafsu
semata-mata tanpa wujudnya sebarang panduan atau batasan tertentu terutamanya ajaran agama.
Melihat kepada situasi masyarakat pada hari ini, dapat disimpulkan bahawa budaya ini telah berjaya
mempengaruhi kehidupan masyarakat pada hari ini terutamanya gelongan remaja.

ii. Wujudnya Pelbagai Pusat Hiburan Dan Pusat Perjudian

Ø Budaya hedonisme ini begitu cepat menular di kalangan remaja yang mudah terpengaruh dengan
keseronokan dan aktiviti yang dianggap dapat menghilangkan rasa bosan terutama remaja di bandar
besar. Dengan kemunculan pelbagai pusat hiburan dan pusat perjudian di seluruh pelusuk negara bagai
cendawan yang tumbuh selepas hujan telah menyebabkan budaya hedonisme merebak dengan pantas
tanpa disedari. Pihak berkuasa telah memainkan peranan yang penting dalam membanteras gejala ini
tetapi tidak dinafikan bahawa masih banyak lagi diluar sana pusat hiburan seperti ini. Keadaan
bertambah buruk apabila penyalahgunaan dadah begitu berleluasa sekarang.

iii. Keruntuhan Institusi Kekeluargaan

Ø Keruntuhan institusi keluarga dan permasalahan rumahtangga yang berpunca daripada perceraian,
poligami dan sebagainya juga memberi tekanan kepada jiwa para remaja dan anak-anak. Sekaligus
menyebabkan mereka bertindak mencari ketenangan di luar rumah dengan menghabiskan masa bergaul
dengan rakan-rakan yang memahami perasaan dan masalah mereka. Para remaja berpendapat bahawa
ibubapa mereka sudah tidak mempedulikan mereka dan mengambil keputusan untuk tidak lagi
menghabiskan masa bersama.
Dengan cara itu, mereka dapat melupakan masalah yang mereka hadapi seterusnya lena dibuai
keseronokan bersama kawan-kawan.

iv. Kurang Pengawalan atau Pengawasan Ibubapa

Ø Sikap ibu bapa yang kurang memberikan pengawasan kepada anak-anak juga memberi peluang
kepada remaja-remaja ini untuk keluar bersiar-siar dan menghabiskan masa terluang dengan aktiviti
yang tidak bermanfaat yang boleh merosakkan akhlak para remaja. Kebanyakan ibu bapa pada hari ini
lebih mengejar kemewahan duniawi dan kepentingan materialistik semata-mata sehingga mengabaikan
kebajikan anak-anak. Ekoran daripada sikap ibu bapa tersebut, anak-anak pastinya terbiar, tidak
mendapat perhatian dan kasih saying yang sepenuhnya. Malah, lebih teruk lagi terdapat juga anak-anak
merasakan bahawa diri mereka tidak diperlukan lagi. Sehubungan dengan itu, mereka mencari
ketenangan serta keseronokan di luar dan bercampur dengan rakan-rakan yang mengalami nasib yang
sama.

v. Kurang Pegangan Agama

Ø Apabila pegangan agama masyarakat khususnya golongan muda tidak teguh, mereka tidak akan
mendapat ketenangan jiwa dan inilah menyebabkan mereka mudah terjerumus dalam kancah budaya
hedonisme ini. Kesan globalissasi dunia tanpa sempadan menjadi punca kepada budaya keterlaluan
hedonisme sehingga ada yang menghalalkan cara hidup barat yang sekali gus bertentangan dengan
ajaran agama islam. Oleh itu, para remaja haruslah memupuk nilai-nilai murni agar mendapat
ketenangan hidup dalam usaha mengelakkan diri daripada budaya hedonisme .

Anda mungkin juga menyukai