Anda di halaman 1dari 21

SKPD 1013 Pengantar

Sains Sosial
Kuliah 1
Pengetahuan
Erti Pengetahuan

Himpunan pemahaman tentang


manusia, termasuklah tentang
budaya dan produk yang dihasilkan
oleh manusia dan alam sekitar
TAHU
- Orang yang berilmu dan mengenal
tanda-tanda subjek yang diperkatakan
- Rujuklah kepada orang yang tahu-tahu
- Hanya ‘jauhari yang mengenal manikam’
ILMU

Orang yang mempunyai pengetahuan secara


spesifik dan mendalam bagi sesuatu subjek
yang diperkatakan

Orang yang berilmu mengamalkan ‘resmi


padi, semakin berisi semakin menunduk’

Orang berilmu tidak mengamalkan resmi


gendang, kuat berbunyi tapi ‘kosong’
AMAL

Orang yang tahu akan beramal dengan


ilmunya kerana tanpa amal ilmunya
akan menghilang.

Tanpa beramal, pengetahuan dirinya


akan susut dan ia akan menjadi seperti
orang yang tidak mempunyai ilmu.
Bagaimana pengetahuan boleh wujud?

Kerana manusia ingin tahu dan mempunyai kebolehan


berfikir atau membuat penakulan (ability to reason),

Manusia sentiasa gemar memahami dan meramal apa


yang berlaku di sekitar mereka,

Manusia berupaya mendapatkan, menyusunkan dan


mengembangkan maklumat dan memberi jawapan
terhadap perkara yang berkenaan.
Jenis-jenis Pengetahuan
a) Sains

i)Sains Alamiah/Sains Fizikal (Natural Sciences)

Himpunan pengetahuan mengenai alam


semulajadi atau alam sekitar, cth. biologi,
kimia, fizik, sains nuklear, dsb.
Kajian yang menjadi asas kepada teknologi-
teknologi baru dan lebih diberi publisiti
ii)Sains Sosial (Social Sciences)

Himpunan pengetahuan mengenai pemahaman dan


kajian mengenai manusia, budaya dan masyarakat,
iaitu semua aspek kehidupan manusia termasuk
interaksi sosial, dan jaringan sosial sesama mereka

Cth. bidang sains sosial ialah sosiologi, geografi,


antropologi, sains politik, ekonomi, psikologi,
komunikasi, dsb.
b) Kemanusiaan (Humanities)
Himpunan pengetahuan mengenai manusia,
masyarakat dan budayanya; bagaimana manusia
berusaha untuk melafazkan dan merealisasikan
nilai-nilai rohaniah dan estetika mereka melalui
ciptaan mereka dalam bentuk musik, lukisan, puisi,
penulisan, dan juga mencari erti hidup

Cth. bidang kemanusiaan ialah muzik, sejarah


kebudayaan, kesenian, kesusasteraan, seni lukis,
falsafah, dan agama.
Apakah sumber pengetahuan?

Umumnya boleh dibahagi kepada:

1) Autoriti
2) Tradisi
3) Common Sense (masuk akal)
4) Wahyu
5) Ilham
6) Metos media
7) Pengalaman sendiri
8) Penakulan secara saintifik
Autoriti

Pengetahuan yang dihasilkan oleh


golongan tertentu (cth. cerdik pandai
seperti para saintis, guru, ulama’, ibubapa,
buku, sumber bertulis yang dihasilkan oleh
pakar rujuk atau tokoh dll)

kita biasanya tidak boleh mempersoalkan


ilmu yang diterima, iaitu samada ia betul
atau tidak, hanya terima ilmu yang
berkenaan sahaja
Tradisi

Pengetahuan yang menjadi warisan turun temurun dalam


satu kelompok masyarakat. Pengetahuan yang dikongsi
bersama dan menjadi milik bersama. Pengetahuan yang
boleh disebarkan dan ada penambahbaikan.
Perkembangan pengetahuan ini berdasarkan sebab
musabab contohnya makanan; asas kandungannya sama
cara masak dan hasilnya mengikut citarasa masing-
masing.

Satu jenis autoriti yang istimewa –iaitu autoriti kepada zaman


dahulu, pengetahuan yang diwarisi turn-temurun dari budaya-
budaya masing-masing (cth. pantang larang yang diwarisi dari
nenek moyang)

Cth. cara berpakaian, bertutur, makan, cara menyembah Tuhan,


tata susila, dsb.
Common sense

Pengetahuan yang berasaskan apa yang telah


diketahui oleh orang lain dan apa yang
“masuk akal” (makes sense), pemahaman yang
secara logiknya, pengetahuan yang wujud
akibat penakulan atau pemikiran biasa
(ordinary reasoning)

Cthnya,bina rumah; semua manusia membina


rumah atau tempat perlindungan mengikut
keperluan dan kefahaman masing-masing.
Ianya bergantung kepada faktor sekeliling
dan citarasanya sendiri.
Wahyu
-Jenis pengetahuan yang
diperturunkan oleh Allah kepada para
nabi, Pengetahuan tersebut dikumpul
dan disusun dalam bentuk kitab
seperti Zabur, Taurat, Injil dan Al-
Quran. Isi kandungan kitab itu
kemudian disebarkan oleh para Nabi
kepada umat manusia

Kandungan isi kitab lebih


menjuruskan kepada kesejahteraan
manusia
Ilham
• Jenis pengetahuan yang diperolehi
berdasarkan perenungan dan meditasi
sehingga mencetuskan pelbagai idea.
• Idea-idea tersebut
ditransformasikan menjadi realiti
• Contoh: Alexender Graham Bell
mencipta telefon
Metos Media

Pengetahuan berasaskan teknologi maklumat yang


berkembang pesat spt internet, dari rancangan TV,
movies, akhbar dan makalah dalam majalah,
Cenderung memutarbelitkan realiti kerana kurang
tahu, situasi politik, ideologi dan menghiburkan.
Pengalaman sendiri

Termasuk inspirasi, aspirasi, cita-cita,


kemahuan, hasrat, keinginan dan mencari
penyelesaian

Manusia sering mengimbas kembali pengalaman


yang boleh membantu mereka menyelesaikan
masalah tersebut

Penyelesaian masalah berdasarkan pengalaman


lepas, trial & error dan bertukar pendapat
Masalah/cabaran yang boleh wujud
dalam memahami mengenai realiti
sosial.

Overgeneralisation
Pemerhatian terpilih
Penyimpulan yang terburu-buru
The halo effect
Maka, pemahaman secara saintifik (scientific
inquiry) diperkenalkan

~ pemahaman berdasarkan penakulan dan kajian


secara saintifik

~ pemahaman tentang manusia, budaya,


masyarakat dan alam sekitar mengikut prinsip-
prinsip asas saintifik iaitu secara sistematik,
logikal, objektif, mementingkan sebab dan
akibat (cause and effect)
- pemahaman yang dianggap rasional dan
saintifik, relevan dan boleh meramal dan
mengawal
~ Sebagai kaedah alternatif yang
moden untuk mendapatkan dan
mengumpulkan pengetahuan

~ Ada teknik-teknik pengumpulan


maklumat (data) dan kajian yang
tertentu digunakan
SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai