Anda di halaman 1dari 1

Maizura binti Ismail

A178258
Permata oleh Guy de Maupassant

Ketika waktu makan malam, dia dengan malasnya melabuhkan punggung di meja makan bulat
yang beralaskan lapik yang baru sahaja dibasuh. Bertentanganya terdapat seorang lelaki yang
kelihatan teruja akan menu makan malam. Lelaki itu merupakan suaminya. Ketika lelaki itu
membuka penutup periuk dia dengan nada terujanya berkata, “Wah, stew daging! Ini sangat lazat”,
dia hanya mampu menjeling pada keletah suaminya. Sambil menikmati stew daging, dia
membayangkan makan malam yang mewah dan ekslusif, dilengkapi dengan pinggan mangkuk
perak bersinar hebat, permaidani mahal dipenuhi dengan potret manusia zaman dahulu serta imej
burung-burung asing di dalam hutan magis; dia terus berangan untuk menikmati makanan
menggunakan pinggan mahal, sambil para pemuda kacak memberikan kerlingan dan senyuman
manis ketika dia sedang menikmati ikan trout segar dan kepak burung puyuh yang lazat.

Kesengsaraan yang direka olehnya tidak terhenti ketika makan malam sahaja, dia meratapi nasib
miskinnya kerana dia tidak mempunyai gaun indah, batu permata dan berlian mahal bahkan tiada
apa yang boleh dibanggakan; alangkah malang nasib dia kerana itu sahaja benda yang dicintainya
di dunia ini. Peritnya menjadi miskin sehingga dia menganggap semua barang yang dia impikan
harus direka khas untuk dia sahaja. Dia mengimpikan aura magis seorang wanita, dicemburui
kerana kesempurnaannya serta dipuja puji dan didambakan oleh jejaka kacak.

Mengimbau kenangan lama di persekolahan gereja, dia teringat pada rakan-rakannya yang kaya
raya. Hal ini menybabkan dia berasa berat dan sakit hati untuk berjumpa semula. Ini kerana
perasaan mendung telah menyelunbungi dirinya selepas habis melawat rumah rakanya. Pada hari
yang berikutnya dia akan meratapi nasibnya dengan tangisan kekecewaan serta depenuhi perasaan
murung.

Anda mungkin juga menyukai