Anda di halaman 1dari 2

Maizura bt Ismail (A178258)

The bracelet oleh Guy de Maupassant

Gadis ini dilahirkan dalam keadaan yang jelita dan menawan, akan tetapi, takdir yang tidak
disangka telah meletakan gadis ini di dalam keluarga yang serba kekurangan. Dia tidak
mempunyai apa-apa untuk dibanggakan. Lebih malang lagi adalah disayangi atau dikahwini oleh
hartawan; oleh itu, dia merelakan dirinya untuk berkahwin bersama pengawai kementerian
pendidikan berpangkat rendah.

Pemakaian dia biasa sahaja kerana dia tidak mampu membeli apa-apa yang cantik, tetapi
kesengsaraan yang dirasaikan oleh dia sangat berat ibarat dia pernah menjalani kehidupan yang
mewah. Wanita tidak layak diletakan mengikut kelas dan taraf hidup; kejelitaan, keayuan dan sifat
semula jadi yang menarik harus dijadikan kayu ukur pada kelahiran dan keluarga. Dia merasakan
kecantikan semula jadi, keanggunan tersendiri dan kecerdikan perlu mempunyai tempat dalam
masyarakat seterusnya menyamakan taraf anak gadis biasa bersama gadis jelitawan.

Kesengsaraan yang dirasai oleh dia tiada penghujung, dia mempunyai tangapan bahawa kesemua
kekayaan and kenikmatan dunia harus menjadi miliknya. Dia merana disebabkan kedaifan
rumahnya serta pada dinding rumah yang kotor, kerusi-kerusi yang sudah rosak dan juga langsir
sangat buruk. Wanita-wanita bertaraf seperti dia pasti tidak mahu melihat rumah buruk ini,
perasaan gelisah dan dengki menguasai dirinya. Kelibat anak gadis Brenton sedang melakukan
kerja-kerja rumah membuatkan dia diselubungi perasaan meluat dan mula berangan-berangan
dalam fantasi kosong. Dia bermimpi untuk mengantung permaidani timur mewah pada ruang
tamu, di atasnya terdapat pemegang perak yang bersinar, manakala pelayan berketinggian dua kaki
dalam uniform breeches sedang berehat di kerusi rehat besar, nampak letih dari dapur. Juga, dia
mahu ruang tamu serba mewah yang dilengkapi dengan sutera klasik, perabot dipenuhi dengan
berlian bernilai, dan bilik-bilik kecil, tidak lupa pada semburan minyak wangi yang dikhaskan
pada waktu tengah hari ketika dia bersembang bersama teman rapat- terkenal, digilai oleh jejaka
serta ramai wanita cemburu dan mahukan kehidupan ini.
Ketika waktu makan malam, dia duduk bertentangan suaminya di meja bulat yang dialas pelapik
baru, suaminya berasa teruja ketika membuka tudung stew, “Wah! Stew daging! Syukur”, isterinya
pula hanya memandang dan berangan untuk menikmati juadah mewah di lengkapi perkakas perak
bersinar serta dinding dihiasi dengan lukisan klasik manusia dan haiwan mistik; dia berangan
untuk menikmati hidangan di tempat indah disulami dengan bunyi lunak sambil tersenyum
menikmati trout segar atau kepak burung puyuh.

Dia tidak mempunyai apa-apa apatah lagi gaun indah dan berlian berkilauan; barang tersebut
merupakan barang yang digemari oleh dia. Dia menganggap barang itu hanya layak untuknya
sahaja. Mempunyai aura yang menarik, dicemburui dan dipuja menjadi keinginannya.

Pada zaman persekolahan di gereja, dia mempunyai rakan-rakan yang kaya raya, di mana dia tidak
mahu untuk berjumpa lagi kerana jiwanya terseksa melihat kekayaan mereka. Jika terjumpa
mereka, pada hari yang berikut dia akan bersedih, menagis serta menjadi murung.

Anda mungkin juga menyukai