Anda di halaman 1dari 3

Kedua-dua orang tua kering ini merupakan emak dan ayah kepada Encik Bucket.

Nama
yang diberi ialah Atuk Joe dan Nenek Josephine.

Dan terdapat juga dua orang tua yang lain ! Mereka pula emak dan ayah kepada Puan
Bucket. Nama dua orang tua kurus ini ialah Atuk George dan Nenek Georgina.

Ini pula Encik Bucket dan Puan Bucket.

Encik Bucket dan Puan Bucket mempunyai seorang anak lelaki muda bernama Charlie
Bucket.

Ini Charlie.

‘Awak apa khabar?’, ‘Dan awak di sana apa khabar pula?’ Charlie teruja untuk bertemu
dengan anda semua!

Satu keluarga ini – enam orang dewasa( sila kira mereka) and si kecil Charlie Bucket –
tinggal bersama, di dalam sebuah rumah kayu yang kecil dan sempit. Keluarga besar Charlie
tinggal di pinggir bandar mewah.

Rumah kayu ini tidakl sesuai untuk penghuni yang ramai, dan hidup mereka tidak pernah
selesa langsung. Terdapat dua bilik sahaja di sini, dan lebih menyedihkan satu katil sahaja yang
wujud. Satu-satunya katil di dalam rumah telah dikhaskan untuk empat orang warga emas itu.
Atuk-atuk dan nenek-nenek Charlie memerlukan katil kerana mereka sudah tua kerepot dan sangat
lemah. Atuk-atuk dan nenek-nenek Charlie sangatlah lemah sampaikan mereka tidak pernah
langsung bangun daripada katil.

Katil itu dibahagikan sebelah kiri untuk Atuk Joe dan Nenek Josephine dan pada belah
kanan untuk Atuk George dan Nenek Georgia.

Encik and Puan Bucket serta si kecil Charlie Bucket tidur di bilik lain, mereka tidur
beralaskan tilam nipis di lantai kayu yang mereput.

Pada musim panas, keluarga Bucket masih bertahan untuk tidur dalam keadaan begini, tapi
pada musim sejuk, tambahan pula kedinginan malam yang membeku sehingga mencucuk tulang,
tiada perkataan yang dapat menggambarkan betapa seksanya mereka.
Tiada siapa mempersoalkan mengapa keluarga Bucket ini tidak mampu duduk di rumah
yang selesa- apatah lagi mempunyai sebuah katil tambahan. Satu ayat yang boleh menunjukkan
siuasi mereka, KELUARGA BUCKET SANGATLAH MISKIN.

Di dalam keluarga ini, hanya Encik Bucket seorang sahaja yang bekerja. Encik Bucket
bekerja di sebuah kilang ubat gigi. Kerjanya sepanjang hari hanya meletakkan penutup kecil pada
setiap tuib ubat gigi. Sambil duduk di kerusi panjang, satu demi satu tiub diletakkan oleh Encik
Bucket. Akan tetapi, kerjaya sebagai peletak penutup ubat gigi tidak pernah dibayar dengan
mewah. Kasihan Encik Bucket, macam mana keras dan selaju manapun dia bekerja, bayaran yang
diterima tidak pernah bertambah. Bayaran yang diperolehi tidak mampu menampung sekumit
keperluan yang diperlukan oleh keluarga besarnya. Bukan itu sahaja, hendak membeli makanan
untuk semua pun tidak mampu! Makanan yang hanya mampu dibeli ialah roti dan majerin untuk
sarapan, kentang rebus dan kubis rebus untuk makan tengah hari dan akhir sekali sup kobis untuk
makan malam. Hari ahad baik sedikit dari hari biasa. Keluarga Bucket sentiasa menati hari ahad,
makanan yang dihidangkan masih sama cuma boleh ditambah dua kali.

Mereka tidak kebuluran, tetapi salah seorang- atuk-atuk, nenek-nenek, ayah Charlie, emak
Charlie dan terutamanya si kecil Charlie – dari pagi hingga ke malam berasa pert dan pedih di
dalam perut kosong masing-masing.

Charlie merana lebih dari ahli keluarganya yang lain. Walaupun ayah dan emaknya sering
berlapar semata untuk memastikan Charlie mendapat nutrisi yang cukup, tetapi semua ini masih
tidak cukup untuk seorang budak yang sedang membesar. Charlie teringin untuk menikamati
makanan yang lebih puas dan lazat daripada kobis dan sup kobis. Terdapat satu makanan yang
didamkannya lebih dari makanan yang lain iaitu…COKLAT.

Dalam perjalanan ke sekolah pada setiap pagi, Charlie nampak segunung coklat yang besar
dan tinggi pada dinding kedai, untuk memenuhi keinginannya, Charlie akan berhenti dan
menyembamkan mukannya pada dinding kedai. Air liur Charlie meleleh laju melihat segunung
coklat yang lazat. Setiap hari Charlie nampak kanak-kanak seusianya makan coklat berkrim itu
dengan lahapnya, melihat sahaja membuatkan jiwa Charlie suram.

Pada hari jadi Charlie, dapatlah dia merasa coklat yang dimpikannya. Satu keluarga besar
Charlie akan bersungguh-sungguh mengumpul duit, dan menghadiahkan satu bar kecil coklat
untuk Charlie seorang sahaja. Setiap kali mendapat hadiah tersebut, Charlie akan menyimpan bar
coklat kecil itu di dalam kotak kayu. Charlie membuat syarat ketat pada dirinya, dia hanya boleh
melihat coklat itu dan tidak boleh disentuh apatah lagi makan. Akhirnya dia mengalah juga, kerana
dia tidak mampu menahan nafsu coklatnya. Charlie akan mengoyakkan sebahagian kecil sahaja
kertas coklat dan membuat gigitan kecil dengan berhati-hati. Gigitan itu untuk merasa sahaja.
Kemanisan coklat merebak di atas lidah Charlie dengan perlahan. Pada esok hari, Charlie akan
membuat lagi satu gigitan kecil dan dilanjutkan pada hari lain. Dengan teknik penjimatan Charlie,
hadiah hari jadinya iaitu satu bar kecil coklat beharga 6 penny dapat bertahan selama sebulan.

Anda mungkin juga menyukai