Anda di halaman 1dari 12

1.

0 PENGENALAN

Pada abad ke-19 telah bermulanya kemasukan Barat ke dunia Islam yang membuat keadaan
umat Islam menjadi buruk dengan ajaran menyimpang dan sesat. Hal yang demikian,
membuatkan para pembaharu atau reformis Islam cuba untuk menggagas satu pemikiran yang
dapat membangkitkan semangat umat Islam daripada sifat-sifat buruk ini. Oleh itu, tercetusnya
beberapa idea pembaharuan seperti pemurnian agama, modernisasi di beberapa bidang,
memajukan pendidikan hingga mengubah struktur dalam pemerintahan Islam. Pembaharuan
tersebut kemudianya dikenali sebagai Pan-Islamisme. Para pemimpin Islam pada akhir abad ke-
19 menyifatkan Pan-Islamisme (al-Jami’ah al Islamiyyah) merupakan satu fahaman politik
keagamaan

Pan-Islamisme dapat diertikan sebagai penyatuan seluruh dunia Islam bahawa kekuasaan
politik dan agama perlu dipimpin oleh seseorang khalifah. Matlamat Pan-Islamisme hanya untuk
menyatukan ukhuwah Islamiyyah dikalangan dunia Islam seperti mana yang dituntut oleh oleh
Nabi Muhammad SAW. Fahaman Pan-Islamisme berkembang sebagai satu respon atas
hegemoni yang dibawa oleh Barat ke dunia Islam. Kefahaman yang menginginkan bersatunya
seluruh umat Islam dengan membawa Islam baru tetapi masih menggamalkan akidah dari Al-
Quran dan Sunnah . Meskipun banyak yang mendukung fahaman ini, tetapi dalam perjalanya
tidak terlalu memberi pengaruh yang signifikan terhadap dunia Islam. Pan-Islamisme menjadi
topik menarik untuk dibahas kerana keupayaan untuk merealisasikanya ternyata tidak mudah
kerana mendapat pertentangan daripada beberapa pihak.

Jika kita mengupas isu mengenai Pan-Islamisme tidak sah sekiranya untuk tidak
melibatkan beberapa tokoh dalam pembaharuan ini. Antara tokoh popular ialah Al-Afghani,
Rashid Rida dan Muhammad Abduh. Ketiga-tiga tokoh ini menyatakan kemunduran umat Islam
disebabkan oleh kebodohan dan sifat jumud oleh masyarakat Islam itu sendiri. Sikap jumud
ialah sesuatu keadaan yang tidak mahu menerima perubahan dari segi ilmu pengetahuan. Umat
Islam selama ini telah dibutakan dalam hal ilmu pengetahuan agar tetap bodoh dan tunduk pada
pemerintah. Oleh itu, ketiga-tiga tokoh ini berusaha menyebarkan Pan-Islamisme ke seluruh
pelosok dunia dalam mengembalikan kemajuan umat Islam ke jalan yang benar.

1
2.0 PERBANDINGAN PAN-ISLAMISME KETIGA-TIGA TOKOH

2.1 JAMAL AL-DIN AL-AGHANI

“Dunia Nasrani (Barat) walaupun mereka berbeza dari segi keturunan dan kebangsaan
tetapi ketika menghadapi masyarakat Timur khususnya Islam mereka bersatu-padu
menghancurkannya. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh sikap dendam dan sakit hati terhadap
Islam ketika mereka bertemu di dalam Perang Salib dahulu. Masyarakat Barat mempertahankan
serangan-serangan dan hinaan-hinaan yang dilemparkan kepada negara Islam dengan
mengatakan bahawa Islam itu terkebelakang dan mempunyai akhlak yang biadap (kurang ajar).
Kebencian kepada Islam menyelusup ke dalam setiap sanubari orang Barat terutamanya Kristian
dan pertentangan mereka terhadap Islam dilakukan sama ada secara sembunyi ataupun terbuka.
Setiap perasaan dan aspirasi Muslim itu diejek dan difitnah oleh mereka. Apa yang disebut di
Eropah sebagai nasionalisme dan patriotisme, di Timur dianggapnya sebagai fanatisme. Dan apa
yang di Barat disebut sebagai harga diri dan kehormatan dan kemulian bangsa, di Timur
dianggap oleh mereka sebagai chauvinisme. Dan apa yang disebut di Barat sebagai sentimen
kebangsaan, di Timur dipandangnya sebagai penyakit benci kepada orang asing. Dari semuanya
itu, jelaslah bahawa seluruh dunia Islam harus bersatu terutamanya dalam membina kerjasama
pertahanan yang kukuh bagi mempertahankan diri dari keruntuhan.” (Landau 1990:62)

Dalam petikan ayat daripada Jamal Al-Din Al-Afghani di atas jelas menggambarkan
bahawa Al-Afghani mahukan pembaharuan di dalam agama islam dan beliau menentang
kolonialisme yang berlaku pada ketika itu. Gerakan Pemulihan Islam bermula di Mesir sejak
tahun 1850. Konsep pan-islamisme telah mula diutarakan oleh Syed Jamaluddin al-Afghani,
seorang reformis islam timur tengah yang radikal dan revolusioner pada akhir abad ke 19.
Gerakan ini dipimpin oleh Sayid Jamaluddin al-Afghani sendiri dan Syeikh Muhammad Abduh.
Syeikh Muhammad Abduh dilahirkan di Mesir pada tahun1829 dan mendapat ijazah dari
Universiti al-Azhar. Beliau menjadi Mufti Besar dari tahun 1899 hingga beliau meninggal dunia
pada tahun 1905. Syeikh Muhammad Abduh telah menyesuaikan prinsip-prinsip Islam menurut
kehendak zaman moden, tetapi tidak terkeluar dari prinsip dan semangat agama Islam yang
sejati. Ajaran beliau adalah berdasarkan kepada ajaran Allah dan Rasul seperti yang tercatit di
dalam al-Quran dan al-Hadis.

2
Yang disesuaikan ialah perkara-perkara dan hal-hal takwim serta pentafsiran Islam
mengenai sesuatu pendapat atau hukum di dalam al-Quran. Ajaran dan pandangan beliau di
anggap baru, agresif dan revolusioner dan amat sesuai dengan zamannya. Matlamat-matlamat
Gerakan Pemulihan Islam ialah memperjuangkan konsep Pan-Islamisme, iaitu penyatuan umat
Islam di seluruh dunia. Selain itu,gerakan ini turut bermatlamat untuk membebaskan agama
Islam daripada kepercayaan kolot dan ortodoks yang tiada kaitannya dengan ajaran Islam yang
sebenar. Antara lain ialah memulihkan agama Islam mengikut ajaran Islam yang terkandung
dalam al-Quran dan Hadith. Turut bermatlamat untuk mencapai kemajuan dalam bidang
ekonomi dan sosial mengikut al-Quran dan Hadith dan yang terakhir ialah membebaskan negara
Islam dari pengaruh penjajahan Barat.

Tokoh Sayyid Jamal Al-Din Al-Afghani merupakan seorang tokoh yang amat masyur
dengan kritikan-kritikan pedas yang beliau miliki. Beliau memperkenalkan ideanya iaitu “Pan
Islam”. Pan Islam yang diperjuangkan oleh Al-Afghani ialah penyatuan seluruh masyarakat
muslim di dalam satu entiti islam. Beliau yang ketika itu hidup pada zaman penjajahan barat
telah memupuk sifat “anti-penjajah”. Dalam konteks moden, perjuangan al-Afghāni
menfokuskan kepada pembebasan umat Islam daripada penaklukan Barat dan pendudukan
kolonial yang telah menggugat tanah-tanah Islam.

Teori pan-Islamisme yang dirumuskannya dalam buku beliau Al-Urwah al-Wuthqa yang
diterbitkan di Paris hanya mengetengahkan pandangan untuk menyingkirkan pemimpin yang
tunduk kepada penjajah asing, dan digantikan dengan mereka yang patriotik, tanpa memihak
kepada sistem perlembagaan, demokrasi politik atau parlimen. Sikap anti-imperialisme al-
Afghani terhadap penjajah British menjadi pencetus kepada gagasan pan-Islamisme yang
diilhamkannya, yang memperjuangkan pembaharuan politik dan peningkatan dan pembangunan
umat Islam. Hal ini merangkumi misi pembaharuan yang dikembangkan dengan strategik, dan
tersebar di London, Paris, Parsi, Mesir, India dan tempat-tempat persinggahannya semasa beliau
tempoh penghijrahan beliau. Selain itu al-Afghani juga didapati telah pun berjaya menguasai
bahasa Afghan, Parsi, Turki, Arab, Perancis, Inggeris dan juga Rusia hasil daripada penghijrahan
beliau ke hampir seluruh pelusuk dunia termasuk Asia, Afrika dan Eropah.

3
Beberapa insiden keganasan yang berlaku di dunia seringkali dikaitkan dengan umat
Islam biarpun pada hakikatnya ianya dilakukan juga oleh penganut agama yang lain. Kejadian
pembunuhan lebih 120 orang di Paris, peristiwa 11 September 2001 yang telah mengorbankan
kira-kira 2996 nyawa diikuti oleh pengeboman di Madrid pada 11 Mac 2004 melibatkan
kematian 191 orang dan pengeboman di London pada 7 julai 2005 yang meragut 52 nyawa oleh
pengganas yang disyaki Muslim telah memburukkan lagi imej Islam di mata masyarakat dunia.

Seiring dengan perkembangan negatif ini, istilah Islamofobia telah menjadi popular
dalam memberikan gambaran tentang persepsi masyarakat terhadap umat Islam dan Islam itu
sendiri. Ini juga dibuktikan dengan penerbitan beberapa filem berunsur Islamofobia seperti filem
“Innocence of Muslim” arahan Sam Becille yang secara jelas menghina Islam dan Rasulullah
SAW serta menunjukkan salah faham terhadap agama Islam itu sendiri.

Fenomena Islamofobia semakin hari semakin popular dan memberikan implikasi


pelbagai kepada kehidupan umat Islam sehinggakan Pertubuhan Negara-Negara Islam telah
menubuhkan “OIC Islamofobia Observatory” bagi memantau perkembangan isu ini dan juga
mengambil inisiatif usaha-usaha ke arah membetulkan persepsi negatif terhadap Islam.
Walaupun istilah Islamofobia ini hanya digunakan secara meluas oleh media dan ahli akademik
di sekitar 1990an, namun pada hakikatnya fenomena Islamofobia telah pun berlaku sejak
permulaan pengembangan Islam di Makkah dalam bentuk yang berbeza. Di Malaysia,
Islamofobia juga terus berlaku di mana insiden-insiden yang melibatkan sensitiviti agama
menjadi antara halangan bagi mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat yang pluralistik.

Tidak dapat dinafikan peristiwa keruntuhan menara Pusat Perdagangan Dunia di New
York pada 11 September 2001 telah menjadi pencetus utama kepada fenomena Islamofobia.
Kejadian pembunuhan yang melibatkan lebih 120 orang mati di Paris memburukkan lagi
keadaan Islamofobia masyarakat antarabangsa kepada Islam. Peristiwa ini telah memberikan
kesempatan yang meluas kepada ramai pihak terutamanya musuh Islam untuk terus memberikan
gambaran buruk terhadap Islam. Bahkan telah terdapat gerakan secara teratur dan dibiayai
sepenuhnya oleh pihak tertentu untuk mempromosi dan menyebarkan propaganda mengenai
Islamofobia kepada masyarakat dunia

4
Ironinya, walaupun terdapat banyak lagi gerakan yang mempelopori keganasan seperti
Liberation Tigers of Tamil Elam di Sri Lanka, gerakan Khalistani di India, Pemberontak Ireland
Utara, ‘Basque separatists’ di Sepanyol, Zionis Israel dan Ku Klux Clan di Amerika, kumpulan-
kumpulan ini tidak pula dianggap sebagai mewakili agama mereka dan tiada istilah
Kristianofobia atau Hindufobia atau Judaismofobia dikaitkan dengan mereka.

Ini membuktikan bahawa fenomena Islamofobia yang berlaku di dunia ini bukanlah
disebabkan oleh jenayah keganasan umat Islam sahaja tetapi ianya juga berkaitan dengan faktor-
faktor lain yang perlu diberikan perhatian secara serius oleh umat Islam. Seiring dengan
perkembangan Islamofobia ini, saya merasakan bahawa kefahaman dan kesedaran yang
secukupnya perlu diberikan kepada masyarakat umum mengenai isu ini. Maklumat dan informasi
yang betul berdasarkan fakta dan bukti-bukti sahih mengenai Islamofobia akan dapat
memberikan kefahaman yang sebaiknya dan seterusnya sedikit sebanyak akan membetulkan
salah tanggapan ramai terhadap Islam. Peranan media dalam membentuk pendapat umum
sememangnya tidak dapat dinafikan. Media yang pro-barat dan sentiasa mengambil peluang
untuk memberikan imej yang buruk kepada Islam sudah pasti akan terus menyebarkan berita-
berita yang menggambarkan kenegatifan Islam.

Berdasarkan kepada manifestasi dan implikasi Islamofobia kepada kehidupan, mental,


fizikal dan sosio ekonomi umat Islam, usaha-usaha ke arah menangani isu ini perlu dibuat secara
berhikmah dan berterusan. Inisiatif bersepadu melalui kerjasama di setiap peringkat menerusi
jaringan kerja yang mantap akan dapat memastikan usaha mengatasi Islamofobia dapat dicapai.
Segala gerakan, usaha, inisiatif dan program ini merupakan salah satu cabang jihad demi
menegakkan Islam di muka bumi ini. Bagi memastikan setiap usaha dakwah ini mencapai
matlamatnya, istiqamah, iltizam dan itqan merupakan konsep yang sewajarnya dijadikan teras
utama.

Adakah gugusan idea oleh Al-Afghani ini membawa kepada tercetusnya budaya islam
ekstrem dan menyebabkan fenomena “islamophobia” di seluruh dunia. Gugusan idea yang
dibawa oleh Al-Afghani ini amat mudah untuk difahami yakni untuk dipraktikkan. Beliau
mahukan kesatuan ummah daripada penganut agama islam agar bersatu untuk sama-sama
melawan individu yang cuba untuk menjatuhkan islam. Tetapi pada dunia hari ini idea ini disalah

5
gunakan oleh pihak dan sekumpulan yang tidak bertanggungjawab. Islam tidak mengajar
umatnya untuk bersikap zalim dan menyakiti orang lain apatah lagi ingin membunuh orang yang
tidak berdosa.

Disebabkan perasaan dendam maka kumpulan ini mengumpul segala kemarahan itu dan
melakukan serangan-serangan gerilla ke Negara barat. Keganasan dan pembunuhan tidak akan
membuatkan kita menang sebaliknya ianya memberikan refleksi dan cerminan yang buruk
kepada imej sesebuah agama tersebut. Semua agama yang ada di muka bumi ini mengajar
penganutnya untuk menjadi seorang yang baik dan tidak menyakiti orang lain. Konsep yang
perlu dipraktikkan amat mudah, jangan menggunakan agama sebagai kambing hitam untuk
memuaskan hawa dan niat yang terbuku di hati.

Negara Malaysia perlu mengambil iktibar daripada kejadian “islamophobia” daripada


berlaku di Negara kita. Ini adalah kerana, media massa pada masa kini boleh disalah gunakan
oleh pihak tertentu dan membolehkan rakyat kita untuk terpengaruh untuk membuat dan
mengikuti ajaran-ajaran yang ekstrim lalu menjadi penggganas. Malahan di Malaysia sendiri ada
beberapa rakyat kita yang telah menyertai kumpulan-kumpulan pengganas yang berpangkalan di
timur tengah dan ada juga cuba untuk keluar daripada Negara Malaysia sebelum sempat
ditangkap oleh pihak Polis. Para pemimpin pada hari ini perlu bijak untuk menangani isu-isu
yang saya kira amat penting untuk menjaga keharmonian Negara ini. Malaysia juga perlu
menjadi contoh yang terbaik kepada Negara-negara islam yang lain agar imej islam itu dapat
dipulihkan sedikit demi sedikit di masa yang akan datang.

6
2.2 MUHAMMAD ABDUH

Sheikh Muhammad Abduh merupakan seorang tokoh yang berasal daripada Mesir dan
terkenal pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Beliau juga dianggap sebagai “architect of
Islamic Modernism” dan salah satu reformis Islam yang terkemuka. Beliau dikenali sebagai
nasionalis kerana kewujudan beliau dalam dunia politik bukan sahaja memberi inspirasi kepada
golongan pemikir dan reformis yang lain malah termasuk penuntut daripada Universiti Al-Azhar.
Sheikh Muhammad Abduh telah diberi gelaran sebagai “al-Ustadh al-Imam” (the Master and
the Guide) oleh ulama dan pemikir Islam atas pencapaian dan sumbanganya dalam
mereformasikan Islam di mata dunia. Sumbangnya dalam reformasi Islam kita dapat lihat
melalui teologi, politik, kebudayaan, bahasa Arab dan sistem pendidikan.

Perjuangan Pan-Islamisme yang digagaskan oleh Jamal Al-Din Al-Afghani diteruskan


oleh anak didiknya iaitu Muhammad Abduh yang menyeru kepada kebebasan fikiran dan
menggalakkan ijtihad. Pan-Islamisme yang dibawa oleh Jamal Al-Din Al-Afghani dan Rashid
Rida lebih menekankan masa depan politik umat Islam seluruh dunia seperti keperluan bagi
setiap Muslim untuk bersatu-padu dan bekerjasama sesama mereka bagi memperoleh kehidupan
yang lebih sempurna dan juga bagi menghadapi pencerobohan pihak luar. Berbanding dengan
Muhammad Abduh, bidang pendidikan merupakan fokus utama beliau selain daripada politik
dan agama terutama di Mesir pada abad akhir abad-19 dan akhir abad-20. Muhammad Abduh
berpandangan bahawa kemunduran umat Islam disebabkan oleh sikap jumud yang sudah sebati
di tubuh umat Islam. Pengertian jumud dari segi bahasa ialah beku atau kolot. Manakala, dari
segi istilah ialah tidak mahu menerima perubahan dan terlena dalam berpegang teguh kepada
tradisi. Pengetahuan ilmu secara turun-temurun oleh setiap generasi menyebabkan mereka ini
menolak sepenuhnya kemasukan ilmu moden. Oleh itu, perubahan dalam sistem pendidikan
harus dilakukan oleh beliau untuk menghapuskan sifat jumud dalam peribadi kaum Muslimin
pada masa itu.

7
Disebabkan ketiadaan sokongan ampuh daripada kerajaan Uthmaniyyah, dunia akademik
Islam merundum. Bidang pendidikan disisihkan menyebabkan ramai anak muda tidak dapat
mendapat pendidikan yang baik. Oleh itu, dunia akademik Islam ketinggalan jauh berbanding
dengan tamadun lain. Oleh itu, bagi membangkitkan kembali intelektual Muslim ke mata dunia
Muhammad Abduh mengambil langkah untuk merombak atau mereformasi Universiti Al-Azhar
yang menjadi tempat belajar beliau dahulu. Universiti Al-Azhar menjadi sasaran utama beliau
kerana Al-Azhar merupakan jantung masyarakat Islam kerana ramai dikalangan umat Islam
daripada pelbagai penjuru dunia menuntut di Universiti tersebut. Beberapa ulama telah mencuba
untuk memperbaiki institusi pendidikan Al-Azhar. Namun, ia menemukan jalan buntu kerana
gagasan ini tidak berjaya dilaksanakan lantaran tidak memperoleh sokongan daripada pelbagai
pihak, baik dari kalangan ulama mahupun pemerintah.

Antara pembaharuan yang dilakukan oleh Muhammad Abduh dalam bidang pendidikan
ialah menerapkan ilmu-ilmu moden di Al-Azhar. Melalui pengajian ilmu logik dan disiplin-
disiplin ilmu moden yang baru ia dapat mempertahankan Islam dan mencapai kekuatan ummah.
Muhammad Abduh percaya dengan menguasai ilmu-ilmu moden ia menjadikan sesebuah
masyarakat itu berkuasa dan maju seperti yang berlaku kepada masyarakat Barat. Selain itu,
matlamat Muhammad Abduh ingin menjadikan Al-Azhar setanding dengan universiti di Eropah
sekiranya ilmu-ilmu moden diterapkan dari segi pentadbiran, metode pengajaran dan kursus-
kursus akademik. Melalui reformasi ini, beliau mengharapkan agar dapat meningkatkan imej
Mesir dan negara-negara Islam yang lain supaya Islam selari dengan arus kemodenan tanpa
meninggalkan aspek akidah.

Selain itu, Muhammad Abduh menggunakan metode munazarah iaitu memahami dan
mengenali pengetahuan Islam semula yang sebelumnya terarah kepada taklid buta terhadap
ulama yang berpengaruh. Bahasa Arab yang selama ini menjadi bahasa baku mula
dikembangkan dengan menerjemahkan teks-teks ilmu moden ke dalam bahasa Arab terutama
melibatkan istilah-istilah baru yang tidak mungkin tidak ditemukan pada kosa kata bahasa Arab.
Disamping itu, beliau juga memberi penekanan terhadap infrastruktur dan Al-Azhar seperti
memperbaiki honorium dan asrama pelajar yang telah rosak.

8
Pendidikan bagi Muhammad Abduh bertujuan “mendidik akal dan jiwa serta
mengembangkanya hingga batas-batas yang memungkinkan anak didik mencapai kebahagiaan
hidup di dunia dan akhirat”. Dari segi tujuan pendidikan Muhammad Abduh nampaknya
berkeinginan agar proses pendidikan dapat membentuk keperibadian Muslim yang seimbang
antara jasmani dan rohani serta moral. Oleh itu, terdapat empat faktor yang mendorong
Muhammad Abduh dalam melakukan perubahan dalam sistem pendidikan. Pertama, Muhammad
Abduh mendapat inspirasi gerakan Pan-Islamisme yang dibawa oleh Jamal Al-Din Al-Afghani
yang menjurus kearah mewujudkan integrasi ilmu, kedua ialah sistem pendidikan pada masa itu
yang menjurus kearah taklid buta dan jumud, ketiga ialah kesedaran beliau terhadap keperluan
kepada Islah kurikulum sekolah dan universiti yang sudah ketinggalan zaman dan keempat ialah
kekurangan prasarana pendidikan serta bantuan dari kerajaan Mesir kepada golongan miskin.

Selain daripada bidang pendidikan, politik yang dibawa oleh Muhammad Abduh banyak
dipengaruhi oleh keadaan sekelilingnya. Kehadiran Muhammad Abduh dalam bidang
pentadbiran negara dapat dicapai melalui pembaharuan umat secara evolusi (berperingkat-
peringkat). Antara jawatan yang pernah dipegang oleh Muhammad Abduh dalam pentadbiran
negara ialah Mufti Negara Mesir, Kadi di Mahkamah Tempatan dan Ahli Majlis Perwakilan
Kerajaan Mesir. Pelantikan itu secara tidak langsung membantunya dalam membawa gagasan
Pan-Islamisme ke mata dunia. Disamping itu, beliau bijak mengambil peluang dalam
mengemukakan idea-idea Islahnya dalam akhbar al-Waqa’i’al-Misriyyah semasa beliau dilantik
sebagai Ketua Pengarang bagi akhbar tersebut. Malangnya, beliau telah diberhentikan kerja dan
serta merta dihalau dari Mesir kerana seringkali mengkritik pihak kerajaan (‘Imarah 1985: 44).

Sekiranya ingin menyatukan seluruh umat Islam sepertimana yang digagaskan oleh Pan-
Islamisme, maka amalan taklid buta harus dihapuskan bagi Muhammad Abduh. Hal ini kerana,
ia mendorong Islam ke jalan yang salah. Amalan taklid membawa kesan buruk kerana ia
mengikut pendapat orang lain tanpa mengetahui sumber dasar pengambilnya tanpa berusaha
untuk melaksanakan kajian baru. Sebaliknya, beliau mengajak semua umat Islam merujuk
kepada dua sumber ini sahaja iaitu al-Quran dan Sunnah bagi menyatupadukan umat Islam
kembali. Muhammad Abduh juga menggalakkan umat Islam untuk berijtihad agar menunjukkan
cerminan Islam yang baharu dalam menyelaraskan agama Islam dengan kehidupan moden.

9
Secara kesimpulan, Muhammad Abduh merupakan seorang tokoh yang disanjung dalam
usahanya dalam membawa gagasan Pan-Islamisme. Sumbangan yang dimainkan oleh
Muhammad Abduh bukan sahaja tertumpu kepada pendidikan sahaja malah dari segi politik dan
agama juga turut memberikan peranan penting dalam dunia Islam. Ketokohan sebagai reformis
Mesir pada akhir abad-19 dan awal ke-20 bukan sahaja telah memberi semangat baharu buat
masyarakat Islam di Mesir malah di seluruh dunia terpengaruh dengan idea gagasanya.
Muhammad Abduh telah merakamkan sumbangan yang bermakna dalam mengangkat dan
menggerakkan kekuatan serta semangat perjuangan Islam. Walaupun terdapat pelbagai cabaran
dan rintangan yang dihadapi oleh beliau dalam usaha menyebarkan idea-idea pembaharuanya
tetapi ia tidak mematahkan semangat beliau untuk terus menyedarkan masyarakat Islam daripada
amalan kejahilan.

10
3.0 PENUTUP

11
4.0 RUJUKAN
Azra, Azyumardi. 2002. Historiografi Islam Kontemporer : Wacana Aktualitas dan Aktor
Sejarah. Jakarta : Gramedia Pustaka Utama.

Eeman Mohamed Abbas. 2002. Sultan Abd al-Hamid ii dan Kejatuhan Khilafah Islamiah
(Peranan dan Gerakan Nasionalis & Golongan Minoriti. Kuala Lumpur: Pustaka Salam
Sdn.Bhd.

'Imara, Muhammad. 1985. Al-Imam Muhammad Abduh: Mujaddis Al-Dunya bi Tajdid Al-Din.
Bayrut: Dar al Wihdah.

Ibn Khaldun. 2002. Mukadimah Ibn Khaldun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Landau, Jacob M. 1990. The politics of pan Islam: Ideology and organization. Oxford:
Clarendon Press.

Muhammad Rashid Rida. 1998. Al-Khilafah. Kaherah: al-Zahra' li al-A'lam al-'Arabi.

Zulkifli Jalil. 19 March 2019. Islamophobia Belum Berakhir. Utusan Online.

12

Anda mungkin juga menyukai