Anda di halaman 1dari 1

NAMA: NUR NABIHA BTE MURI

KAD MATRIK: A169131


TAJUK: APAKAH GOVERNANS YANG BAIK BAGUS UNTUK PEMBANGUNAN?
Secara ringkasnya, Prof Jomo mengatakan bahawa governans baik merupakan ubat yang paling
mujarab bagi menyelesaikan masalah dan cabaran pembangunan masa kini. Pada tahun 80 an,
governans yang baik sudah mula wujud. Dengan adanya pendekatan governans yang baik, ia
secara tidak langsung memberi implikasi kepada pemerintahan yang lebih berkesan. Bagi
pendapat Prof Jomo, sebahagian ahli-ahli politik atau pentadbir mempunyai matlamat untuk
mengejar kepentingan sendiri tanpa menghiraukan tentang pembangunan negara. Oleh itu, ia
memberi kesan buruk kerana proses politik tidak dapat diharapkan lagi.

Consensus Washington ditubuhkan pada tahun 1980. Bagi beliau, governans yang baik akan
menyelesaikan kegagalan pasaran. Terdapat dua aspek governans yang baik telah dikemukakan.
Yang pertama, elakkan politik dan kedua, autonomi kuasa teknokrat akan diberi iaitu yang
mementingkan negara dan bangsa.

Bagi pendapat Prof Jomo, ciri-ciri rasuah berbeza mengikut keadaan dan situasi. Baginya
kegagalan pemerintahan tidak bererti sesebuah pembangunan tidak akan maju. Tambahnya, ciri-
ciri yang dikemukakan iaitu ciri-ciri governans oleh Bank Dunia sentiasa berubah. Selain itu,
Prof Jomo juga menekankan mengenai isu pemanasan global. Isu ini baginya dianggap kritikal
kerana sejak akhir-akhir ini suhu purata akan meningkat lebih 2 darjah celcius. Ia secara tidak
langsung memberi kesan buruk kepada sektor ekonomi dalaman dan domestik.

Prof Jomo menyatakan bahawa punca utama pemanasan global adalah disebabkan oleh cukai
yang tinggi terhadap bahan bakar fosil. Sumber tenaga yang boleh diperbaharui seperti solar
panel mampu bersaing dengan bahan bakar fosil. Pelaburan seperti solar panel dan turbin juga
dapat membantu menjimatkan kos dan menyelamatkan pemanasan global.

Jelaslah bahawa, dengan adanya sistem governans yang baik ia akan memberi impak positif
kepada pembangunan sesebuah negara.

Anda mungkin juga menyukai