Anda di halaman 1dari 1

KUIZ EKOLOGI GLOBAL DAN PEMBANGUNAN LESTARI

Soalan 1

Keperluan dan kemahuan adalah faktor yang menyumbang kepada permintaan dan
penawaran yang menentukan kriteria kepenggunaan sama ada lestari atau tidak. Dari segi konsep
keperluan membawa maksud keperluan asas manusia yang perlu ditunaikan untuk terus hidup
seperti air, udara dan tempat tinggal manakala kemahuan pula ialah sesuatu perkara yang akan
memberi keseronokan dan keselesaan dalam hidup seseorang apabila dipenuhi seperti kenderaan
mewah dan pakaian yang cantik.

Keperluan dan kemahuan dapat mempengaruhi permintaan dan penawaran terhadap


kelestarian kepenggunaan tersebut. Sebagai contoh, keperluan seperti pembinaan rumah. Rumah
dapat dikategorikan sebagai keperluan asas hidup manusia. Hal ini kerana, setiap manusia amat
memerlukan tempat tinggal agar berasa selamat daripada gangguan-gangguan lain seperti
ancaman binatang buas dan berbisa. Pada era modenasi ini, pembinaan rumah kini terutamanya
di Malaysia amat menjadi permintaan di kalangan masyarakat kita sendiri. Lebih-lebih lagi di ibu
kota seperti Kuala Lumpur dannegeri Selangor kini amat pesat terhadap aktiviti pembinaan
rumah. Walaupun begitu, aktiviti pembinaan rumah sedikit sebanyak memberi kesan negatif
terhadap alam sekitar sekiranya tidak mengikut syarat yang ditetapkan. Antaranya ia boleh
menyebabkan tanah runtuh dan pencemaran air.

Selain itu, kemahuan seperti berfesyen dalam beraksesori. Pada zaman kini, cara
seseorang berfesyen amat dititikberatkan oleh masyarakat dunia sekarang. Dari segi
pemakaianya, mereka ingin mencuba sesuatu yang baru dan menonjol. Oleh itu, para pereka
fesyen mengambil inisiatif baru untuk mencuba bulu-bulu haiwan dalam karya fesyenya tersebut.
Oleh itu, manusia terpaksa melakukan kegiatan memburu haiwan seperti harimau bintang, ular
dan buaya bagi mencapai permintaan pelangganya. Hal ini kemudianya boleh memupuskan
spesies haiwan tersebut.

Soalan 2

Pada pandangan saya, Malaysia sedang membangun dalam kategori yang salah. Dari segi
ekonomi kita dapat lihat ia menghadapi masalah berkaitan dengan kekurangan tenaga buruh bagi
menggerakkan sektor ekonomi. Masalah keperluan asas seperti sekolah dan rangkaian jalan raya
yang elok dan juga sistem pengurusan juga di hadapi oleh Malaysia sebagai negara membangun.
Kegiatan perindustrian juga tidak dapat dengan racak seperti apa yang dirancangkan. Hal ini
disebabkan oleh, kekurangan permintaan buruh yang tidak dapat dipenuhi melambatkan lagi
proses perindudtrian itu sendiri.

Anda mungkin juga menyukai