Anda di halaman 1dari 17

BACHELOR IN NURSING

SEMESTER 1 TAHUN 1

MPU3112

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

NO. MATRIKULASI : 9202708550000001


NO. KAD PENGENALAN : 920827-08-5500
NO. TELEFON : 013-7792920
E-MEL : jannah2708@oum.edu.my
PUSAT PEMBELAJARAN : OUM ALOR SETAR
<KOD KURSUS>

ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT

ISI KANDUNGAN 1
PENGENALAN 2-3

TUGASAN 1
a) PENGARUH PERKEMBANGAN TEKNOLOGI
MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) 4-5
b) MEDIA SOCIAL MEMPENGARUHI
KEHIDUPAN MASYARAKAT 6-7
c) POSCARD DIGITAL’SAYA DAN TEKNOLOGI’
*PDF*

TUGASAN 2
LAPORAN REFLEKSI 8-12

TUGASAN 3
PERBINCANGAN FORUM 13-15
RUJUKAN 16

1
PENGENALAN

Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia atau dikenali sebagai TITAS
merupakan salah satu kursus wajib di setiap IPTA di Malaysia.Arahan pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia supaya kursus TITAS dijadikan kursus wajib
university ini merupakan langkah tepat dan sesuai dengan konsep university sebagai
pembekal ilmu untuk membentuk hati budi pelajar.Pelaksanaan kursus TITAS di IPTA
adalah selari dengan aspirasi Negara yang peka terhadap perubahan semasa bagi
menghasilkan kurikulum terkini yang diperlukan Negara ,pasaran dan pelajar. Sejarah
merupakan sebahagian besar daripada kehidupan manusia disebabkan oleh nilai-
nilai estetika, pengajaran- pengajaran yang amat berharga yang juga bertindak
sebagai nasihat atau pedoman yang tidak langsung kepada para pemimpin sesuatu
bangsa atau penduduk Bumi secara keseluruhannya dalam merancang untuk masa
hadapan.
Dalam pada itu, para sejarahwan telah menjumpai serta menjilidkan
informasi yang berkaitan dengan tamadun yang pernah wujud di dunia ini sebelum
ini. Bak kata pepatah, “kota Rom tidak dibina dalam satu hari”, tamadun-
tamadun yang ada atau pernah wujud di dunia ini mengalami suatu kitaran
evolusi yang tetap, dan dikomplemen dengan ciri-ciri yang dikenalpasti sebagai
perkara paling asas dalam pembinaan sesebuah tamadun. Sebelum itu, adalah harus
bagi kita untuk memahami takrif perkataan “tamadun”.
Dalam Kamus Dewan, tamadun telah ditakrifkan sebagai “kebudayaan,
kemajuan atau peradaban”. Dalam Bahasa Inggeris tamadun telah disebutkan
sebagai civilization yang berasal dari perkataan Latin iaitu citivas, yang bermaksud
bandar. Dalam Bahasa Arab, tamadun telah disebutkan sebagai ‘umran yang pertama
kalinya digunakan oleh Ibn Khaldun dalam karyanya Al-Muqaddimah untuk
menerangkan sifat masyarakat dalam kalangan manusia, juga hadarah yang
bermaksud kehidupan menetap, suatu wilayah, daerah bandar atau kampung dari
kawasan tanah yang didiami. Kemudian, perkataan Arab madaniyyah telah wujud
bagi menerangkan tentang tamadun. (Farid Wadji dan Syeikh Muhammad ‘Abduh,
1899) Antara pemikir-pemikir tamadun yang telah menyumbang dalam menakrifkan

2
tamadun adalah seperti Jurji Zaydan, Farid Wajdi, Muhammad Abduh, Malid
Bennabi, Ibn Khaldun dan Ferdinand Tonnies. Selepas menjalani banyak kajian dan
perkongsian maklumat serta idea antara para pengkaji tamadun dari serata dunia,
adalah dipersetujui bahawa setiap tamadun yang pernah masyhur di dunia ini
mempunyai ciri-ciri yang sama dalam tamadun- tamadun tersebut.
Oleh itu,dalam tugasan ini penulis akan membincangkan tentang Isu Semasa dan
Masa Hadapan Berkaitan dengan Tamadun seperti pandangan, pendapat dan pengaruh
sesebuah tamadun dalam kalangan masyarakat dunia sekarang. Pembentukan tamadun
dahulu membawa Kegemilangan perkembangan Teknologi yang tinggi pada masa kini.
Teknologi memainkan peranan penting pada generasi kini dalam pelbagai bidang.

3
TUGASAN 1 (a)

Tugasan ini berkaitan dengan Isu Semasa dan Masa Hadapan Berkaitan dengan
Tamadun .Didalam tugasan ini, ia memerlukan penulis menonton dua video dan
mengenalpasti pengaruh perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
yang ditunjukkan dalam video tersebut.Teknologi 5G merupakan teknologi sambungan
tanpa wayar generasi kelima.Teknologi ini mempunyai keupayaan untuk mengubah
fungsi teknologi mudah alih kepada masyarakat.Oleh itu , didalam tugasan ini penulis
dikehendaki mengenalpasti dua pengaruh perkembangan ICT dalam kehidupan penulis.

Pada masa kini, teknologi maklumat dan komunikasi telah maju seiring dengan
peredaran masa dan telah menguasai seluruh dunia. Penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) telah memberi banyak impak positif terhadap kehidupan kita. A. Razak
Ahmad 2011, hampir setiap masa orang menggunakan teknologi dan komunikasi, ianya
boleh menguasai dan mengawal bagi memenuhi kehendak dan keperluan hidup hanya
dengan hujung jari sahaja. Castel dan Cordoso (2005) menyatakan dunia kini dalam
proses transformasi struktur yang telah bermula lebih daripada dua dekad dahulu dan
manusia perlu membentuk teknologi dan bukan sebaliknya.

Di dalam video ini,penulis dapat lihat bahawa teknologi 5G akan memberi kesan
ketara kepada kehidupan seharian tidak kira sama ada sebagai seseorang individu atau
secara bermasyarakat,dengan gaya hidup yang lebih pintar dan efisien dari sudut
kerja,pendidikan,penjagaan kesihatan dan masa lapang.Penggunaan 5G dalam sector
pendidikan Negara khususnya dalam memenuhi keperluan pembelanjaran abad ke-21
selain melahirkan generasi yang mampu mengharungan cabaran Revolusi Perindustrian
4.0.Teknologi ini membolehkan guru mempelbagaikan sumber dan bahan bantu mengajar
selain pelajar dapat mengakses internet lebih pantas dan mendapatakan sumber rujukan .
Selain itu,teknologi 5G ini juga dapat menyediakan tahap kelajuan dan
kebolehpercayaan internet lebih tinggi yang membolehkan pemindahan data yang lebih
pantas berbanding teknologi generasi terdahulu, sekali gus membawa perubahan besar
dan memberi manfaat kepada gaya hidup masyarakat di negara ini.Perkembangan

4
teknologi ini mampu membawa perubahan kepada masyarakat dengan gaya hidup yang
lebih efisien ,misalnya kita boleh membayangkan amalan bekerja dari rumah boleh
menjadi budaya pada masa hadapan keran komunikasi ketua dan rakan sekerja dapat
dilakukan dengan mudah menerusi dalam talian.
Tambahan lagi, dalam video ini penulis dapat lihat bahawa,melalui teknologi 5G
juga membantu dalam bidang komunikasi.Dalam membentuk hubungan manusia yang
baru adalah tugas yang sukar,terutamanya apabila dikelilingi orang asing dalam
persekitaran yang tidak dikenali.peluang masa depan yang dicipta oleh teknologi 5G
untuk interaksi sesama manusia.Antaranya ialah kesukaran bahasa dan budaya dapat
diatasi kerana sitem terjemahan baru akan memudahkan mereka berkomunikasi.Selain
itu,system aoutomatik untuk menilai penampilan akan membolehkan seseorang
mengimbas dirinya sebelum meninggalkan rumah ,menilai penampilan umum dan
membuat cadangan.Peningkatan kepada 5G akan membolehkan Bandar Bandar
memproses data dari berjuta juta peranti lain dan memasang sensor berkuasa rendah yang
boleh bekerja selam bertahun tahun tanpa pengganti.Ini akan mengembangkan
kemungkinan kawalan pintar aliran laulintas,kualiti udara ,penggunaan
tenaga ,keselamatan awam dan banyak lagi .
Justeru itu , teknologi 5G ini akan membawa kesan positif kepada ekonomi dan
memartabatkan Malaysia sebagai salah satu perintis 5G di rantau asia. Rangkaian ini juga
bakal melonjakkan teknologi Internet of Thing melalui penyediaan infrastruktur yang
mampu membawa data data berkapasiti besar yang amat diperlukan di dalam dunia yang
saling berhubung.

5
TUGASAN 1 (b)

Didalam tugasan ini penulis dikehendaki mencari satu video pendek dari media
social yang mempunyai pengaruh barat dan memberi ulasan tentang pengaruh tersebut
didalam kehidupan penulis.Penulis telah memilih video dari youtube
https://youtu.be/8q3qwnTLGrc yang mempunyai pengaruh barat dalam Fast Food
(Makanan Segera).
Globalisasi membuatkan kita tidak terlepas daripada pengaruh pengaruh budaya
asing yang sudah melekat pada masyarakat Malaysia. Pengaruh- pengaruh budaya asing
membawa perubahan besar dalam kehidupan rakyat di Malaysia pada zaman sekarang.
Salah satu aspek yang dipengaruhi bagi masyarakat di dalam Negara kita ialah makanan
dan minuman.Pengaruh makanan dan minuman barat semakin berlaeluasa di Negara kita
sehingga ia menjadikan masyarakat seolah olah lupa akan makanan dan minuman yang
menjadi identity keperibadian bangsa.Pengaruh makanan dan minuman barat telah
menguasai minda masyarakat kita.Walaupun makanan tidak bercanggah dengan agama ,
tetapi secara tidak langsung ia telah berjaya mengikis jati diri belia remaja.
Di dalam video tersebut , pada minit ke 0.19, kita dapat melihat pada awalnya
semua penyediaan makanan bermula dari rumah .Ahli keluarga berkumpul makan dan
memakan makanan yang berkhasiat seperti nasi,jagung,sagu,roti.Bahan makanan ini
haruslah diproses terdahulu dan mengambil masa yang lama .Namun , pada era serba
canggih kini dapat dilihat pada minit ke 0.50, mereka mula memperkenalkan makanan
segera serta membuatkan masyarakat mula keluar dan makan di luar berbanding di
rumah. Pada minit ke 1.00 , terdapat pelbagai makanan segera diperkenalkan seperti Mc
Donalds,Pizza, KFC,Burger King .Sebagai contoh di negara kita Malaysia juga terdapat
pelbagai jenama makanan segera dimana mana Bandar Negara kita.Disini mereka
merasakan bahawa pengambilan makanan dan minuman segera mrupakan satu lambing
cara hidup yang moden. Perubahan ini menyebabkan ramai memilih makanan segera
kerana ia mudah ,cepat dan lebih menyelerakan.Pada minit ke 2.03 , mereka telah
memperkenalkan pembelian tanpa perlu beratur dan masuk ke kedai,hanya tunggu di
dalam kereta dan pesanan diambil dan dihantar ke kereta .Ini lagi memudahkan
masyarakat tersebut untuk memilih makanan segera sebagai makanan pilihan

6
mereka.Seperti mana kita lihat sekarang ini, di Malaysia makanan barat ini sudah ada di
mana mana. Restoran serta franchais yang mengedarkan makanan ini juga tumbuh bak
cendawan selepas hujan. Tidak hairanlah ,perniagaan makanan ringan tersebut dapat
bertapak dengan kukuh serta berkembang hingga ke hari ini.

Justeru itu , pengaruh barat dalam kehidupan kita sedikit sebnyak akan
mempengaruhi gaya hidup masyarakat tersebut.Namun demikian,makanan segera ini
boleh mendatangkan kemudaratan sekiranya diambil secara berlebihan. Pengambilan
makanan segera secara berlebihan juga boleh menyebabkan obesity,peningkatan paras
gula yang tinggi, kolestrol yang boleh membawa kepada penyakit kronik seperti kencing
manis. Kelebihan dan kekurangan makanan segera mesti melihat implikasi keselamatan
terlebih dahulu sebelum pertimbangan lain berkaitan dengan bagaimana makanan ini
tidak sihat dari masa ke masa. Memandangkan kadar lemak, gula, dan garam yang tinggi
terdapat di kebanyakan makanan, hampir setiap alternatif lain adalah pilihan yang lebih
baik daripada makanan segera untuk tabiat makan harian anda. Gunakan dengan lembut,
lakukan senaman sederhana setiap hari, dan keluarkan soda gula dari persamaan untuk
mengurangkan kesan pilihan ini.

7
TUGASAN 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera, bersyukur kehadrat ilahi kerana saya dapat
menyempurnakan tugasan yang diberikan iaitu Tamadun Islam dan Tamadun Asia pada
masa yang telah ditetapkan dengan jayanya. Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia
ini menjadikan subjek wajib dalam mana mana Institut Pengajian Tinggi(IPT) adalah
untuk mendedahkan kepada penulis tentang sejarah perkembangan ketamadunan dunia
dan Nusantara. Tugasan individu ini sangat menarik dan sangat sesuai dipelajari oleh
semua golongan sekarang bagi mengekalkan tamadun yang bersifat kemodenan.
Sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini banyak faedah dan pengetahuan baru yang
dapat penulis pelajari. Disini penulis ingin berkongsi refleksi penulis terhadap tugasan
khusus yang diberi.
Kursus ini telah mendedahkan penulis dengan definisi,asas,ciri
ciri,keistimewaan,konsep ,matlamat dan sumber pelbagai jenis tamadun seperti Tamadun
Islam,Melayu,China,dan India.Kursus ini juga memberitahu penulis tentang sumbangan
sumbangan atau hasil pencapaian Tamadun Islam dan Tamadun Asia terhadap
kesejahteraan ,manusia sejagat tanpa mengira kaum ,bangsa ,agama dan Negara.Kursus
ini juga membolehkan penulis memahami pembentukan sesebuah tamadun sehingga
kejayaannya dalam mencapai peradaban yang tinggi melalui kebudayaan ,bahasa dan
komunikasi.kesusasteraan ,sains dan teknologi,kerajaan dan
pentadbiran,kemasyarakatan,sains sosial,agama,keseniaan,falsafah da sebagainya serta
interaksi satu tamadun antara tamadun yang lain.Selain itu kursus ini membolehkan
membentuk penulis dalam toleransi etnik pada diri mahasiswa boleh dilihat menerusi
pembahagian topic topic utama dalam kandungan kursus ini.Ia dimulakan dengan
Pengenaan Ilmu Ketamadunan dan diikuti dengan kupasan tentang Tamadun
Islam ,Tamadun Melayu ,Tamadun India ,Tamadun China serta Isu Isu Ketamadunan.
Topik Pengenalan Ilmu Ketamadunan ,Tamadun Islam,Tamadun India ,Tamadun
Melayu,Tamadun Cina Dan Tamadun India dalam kursus ini juga berkait rapat dengan
sejarah perkembangan etnik di Malaysia kerana kandungannya berkisar tentang sejarah
peradaban etnik masing-masing.Hal ini dapat membentuk semangat jati diri dalam diri
pelajar.Selain itu kursus ini juga menyubang dalam pembentukan akhlak dan hati budi
pelajar agar tidak terhakis oleh kuasa kuasa anti tamadun zaman kotemporari.Kursus ini

8
juga memberi impak yang postitif dalam kehidupan diri penulis sebagai seorang pelajar
khususnya dari segi pembentukan sahsiah diri.

Dalam topic 1 ,Pengenalan Ilmu Ketamadunan merupakan proses permulaan


pembentukan hati budi penulis.Bahagian ini menerangkan tentang definisi
ketamadunan.Terdapat beberapa konsep dan istilah yang perlu penulis
pelajari.Kefahaman ini penting bukan sahaja menjana intelektual para pelajar malah
mampu membentuk hati budi penulis apabila mereka membuat sesuatu ukuran
pencapaian tamadun sesebuah bangsa.
Bab 2 pula menerangkan mengenai Tamadun Islam mampu membentuk hati budi
seorang pelajar kerana Tamadun Islam merupakan ilham masyarakat Islam menerusi
pelbagai bangsa Arab ,Parsi,Speanyol, Turki ,India,Cina,Melayu dan lain lain. Tamadun
Islam dibina daripada pelbagai bidang tanpa mengira sempadan
politik ,geografi,bangsa,kosmologi,ideology dan sebagainya.Dalam kursus ini, ia dapat
menyemai kearah pembinaan hati budi ,pekerti dan akhlak yang baik menerusi konsep
tamadun Islam iaitu akidah,syariah dan akhlak.Oleh itu, tanpa pegangan agama yang
jitu,penlis mudah terdedah kepada gejala negative yang menjejaskan masa
depan,masyarakat,agama dan bangsa.
Di dalam topic 3 , menceritakan sumbangan Tamadun Islam Terhadap
Kesejahteraan Hidup Insan Sejagat.Keagungan empayar Islam satu masa dahulu telah
memberikan sumbangan yang amat besar didalam pembentukan sejarah ketamadunan
manusia.Hasil penciptaan karya para sarjana Islam boleh ditemui dalam pelbagai bidang
seperti ,seni bina,astronomi,ekonomi , kesenian,politik ,ilmu
pengetahuan ,sejarah ,geografi ,pertanian asas,falsfah dan lain lain yang telah melahirkan
tokoh tokoh ternama yang sangat ramai,antaranya ialah al Khawarizmi,al Khindi ,al
Farabi,al biruni dan sebagainya.
Tamadun Melayu pula merupakan teras kepada tamadun Malaysia hari ini.Ia
merupakan tamadun kepada kelompok etnik Melayu di Negara ini. Tamadun Melayu
telah mengalami proses perkembangan yang lama dan melalui beberapa manifestasi yang
berbeza. Penerimaan Islam menjadi asas yang penting dalam tamadun Melayu setelah
beberapa lamaberada dibawah pengaruh Hindu dan Buddha.Hubungan ketamadunan

9
yang sekian lama terjali dalma sejarah antara tamadun tamadun besar mampu membentuk
hati yang luhur dikalangan pelajar kerana ia boleh menimbulkan kesedaran dan rasa
penghargaan terhadap warisan budaya masyarakat Malaysia hari ini.
Awalan perkenalan kursus ini , penulis mengangap bahawa kursus ini sebagai
ulangan daripada subjek Sejarah sewaktu di sekolah menengah.Oleh itu , minat dan
kefahaman penulis tentang kursus ini haruslah dipupuk kembali kerana penulis
berangapan bahawa subjek ini agak sukar untuk dipelajari.Namun,pensyarah saya
Muhammad Amir Bin Munshi telah membincangkan serta telah memberi penerangan
yang jelas tentang tugasan ini supaya dapat menyiapkan dengan sempurna. Hal ini,
memudahkan saya dalam mengendali tugasan ini dengan sebaik-baiknya. Sesungguhnya
saya tidak dapat melaksanakan tugasan yang diberikan tanpa semangat gigih dan
kerjasama rakan-rakan dalam perbincangan serta bimbingan pensyarah. Namun terdapat
juga beberapa masalah yang perlu saya hadapi semasa melakukan tugasan. Antara
masalahnya adalah, tugasan ini sangat mencabar walaupun kelihatan mudah, ini kerana
saya perlu mengenalpasti dengan lebih mendalam isu-isu semasa berkaitan dengan
tamadun dan masalah dalam mencari bahan rujukkan. Tetapi dapat diselesaikan dengan
tenang dengan adanya kawan-kawan dan pensyarah yang tidak kedekut berkongsi ilmu.
Dengan adanya perpustakaan online yang telah disediakan oleh pihak university
membantu serba sedikit maklumat dan bahan rujukan diperolehi.
Sebagai seorang pekerja bagi implikasi jangka masa panjang adalah membantu
dalam meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja dalam sesuatu organisasi. Setiap
organisasi menggunakan teknologi maklumat sebagai saingan untuk meningkatkan
perkhidmatan. Sistem maklumat dan teknolgi diperkenalkan dalam organisasi dengan
tujuan untuk memberi kemudahan terhadap kerja dan fungsi kerja supaya tersusun rapi
dan bersistematik. Ditambahkan pula, dengan adanya kemahiran dan pengalaman yang
berbeza dalam menggunakan teknologi maklumat memudahkan lagi perlaksanan tugasan
dengan cepat dan berkesan. Pekerja yang mempunyai kemahiran yang tinggi dalam
teknologi memberi impak besar kepada sesebuah organisasi, hal ini kerana mereka lebih
bersikap terbuka berbanding pekerja yang tidak tahu dan kurang mahir selok belok
teknologi. Pengetahuan terhadap penggunaan teknologi dapat mengubah corak kerja dan

10
memberi kesan kepercayaan menjaga organisasi kerana adanya pekerja celek teknologi.
Sikap pekerja terhadap teknologi amat penting dalam mempengaruhi kualiti kerja.

Melalui tugasan ini juga ia telah membuatkan penulis berjaya membuatkan


memahami lagi akan sebab-sebab dan asal-usul kedamaian dan harmoni yang kita
menikmati ini. Dengan sistem pendidikan Malaysia yang telah memberikan bangsa
Malaysia mempelajari mata pelajaran Sejarah sejak usia yang muda lagi, saya yakin
bahawa generasi-generasi yang akan datang pasti akan terus mewarisi ilmu-ilmu
agung yang diwarisi oleh tamadun-tamadun terdahulu seperti Kerajaan Kesultanan
Melayu Melaka dan sebagainya. Memandangkan keadaan politik di Malaysia yang
semakin tidak stabil,kita harus berhati-hati dan lebih sensitif akan perkara-perkara di
sekeliling kita dan mengambil pedoman daripada kejatuhan tamadun-tamadun
terdahulu yang berpuncakan pelbagai ketidakstabilan dari segi politik, sosial dan
ekonomi. Oleh itu, dengan tugasan ini, penulis dapat memupuk sikap yang lebih
terbuka dan memupuk sikap lebih menghormati pemimpin seperti mana yang
diamalkan oleh rakyat jelata dalam Tamadun Islam seperti Kerajaan Johor-Riau,
Kerajaan Melaka dan sebagainya.

Selain itu, tugasan ini juga telah menyedarkan penulis akan kepentingan
adanya kehidupan beragama dan sumbangan agama- agama kepada Alam Melayu,
khususnya agama Islam yang telah bantu bangsa Melayu membentuk nilai-nilai
hidup yang begitu mesra yang kekal hingga ke hari ini. Lebih-lebih lagi, cara
hidup ini akhirnya telah assimilasi dengan kaum-kaum lain yang hidup di rantau Alam
Melayu ini, sebagai contohnya Malaysia dan membentuk bangsa yang baru: bangsa
Malaysia, seperti yang diaspirasikan oleh Bekas Perdana Menteri kita, Yang Amat
Berhormat, Dato’ Seri Mohd. Najib bin Tun Razak. Usaha beliau yang begitu
menunjangkan keamanan dan kehidupan harmoni dapat disaksikan
dari konsep 1Malaysia yang diperkenalkan di Negara kita.
Selain itu , pentingnya mempelajari mengenai Tamadun Islam dan Asia Tenggara
adalah utamanya supaya kita dapat mengambil iktibar dan pengajaran aripada tamadun
yang telah dibina untuk memperbaiki kelemahan kelemahan yang ada pada masa kini dan

11
menjadi panduan untuk memajukan diri,agama ,bangsa dan negara.Selain itu, kita juga
perlu mengenali adat budaya rentas Asia dengan mempelajari tamadun ini supaya
hubungan yang terjalin sesama Negara Asia itu dapat dikekalkan kedamaian dan
keutuhannya.Hal ini juga dapat mengelakkan sebaran salah faham antara kaum yang
berbilang bangsa dan Negara.Kemudian mempelajari tamadun juga bermakna kita
mempelajari sejarah Islam dan Asia Tenggara itu sendiri yang mana hal tersebut mampu
menyemai rasa menghargai sejarah dan memupuk rasa cinta akan tanah air.Akhir sekali
dengan mempelajarii Tamadun Islam dan Tamadun Asia kita boleh menjadikan sesorang
tokoh yang terlibat sebagai inspirasi kepada diri untuk memperoleh kejayaan dengan
mempelajari sifat sifat yang ditunjukkan semasa perkembangan tamadun itu sendiri.
Akhirnya, saat yang penulis tunggukan ,penlis dapat mengucapkan kalimah
 Alhamdulillah kerana penulis dapat menjayakan tugasan mata pelajaran  Tamadun Islam
dan Asia Tenggara (TITAS). Harapan penulis semoga pensyarah pembimbing penulis
Muhammad Amir Bin Munshi berpuas hati dengantugasan yang telah penulis siapkan.

12
TUGASAN 3

13
14
15
RUJUKAN / REFERENSI

http://ddms.usim.edu.my:80/jspui/handle/123456789/5259

Azhar Hj Mad. Aros.(2004): Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Selangor.

Lok Chong Hoe (1998): Tamadun Cina, Falsafah, Pandangan Hidup dan Aspek-aspek
Kesenian. USM Pulau Pinang.

Mohd. Liki Hamid. (2002): Pengajian Tamadun Islam: Sejarah, Pencapaian dan Masa
Depannya. PTSPublications &amp; Distributor Sdn. Bhd.

Osman Bakar dan Cheng Gek Nai (ed.) (1977): Islam and Confucianism: A Civilization
Dialogue. University of Malaya Press. Kuala Lumpur.

Tan, Chee-Beng. 1988. The Baba of Melaka: Culture and Identity of a Chinese Peranakan
Community in Malaysia. Penerbitan Pelanduk Sdn. Bhd. Petaling Jaya.

Ab. Aziz Mohd Zain et al (eds) (2006), “Isu-Isu Tamadun Islam” dalam Tamadun Islam
dan Tamadun Melayu. Siri Teks Pengajian Tinggi. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Malaya
G. Sivapalan et al (eds.) (2006), “Tamadun India: Sejarah, Kerajaan dan Pentadbiran”,
dalam Tamadun Islam dan Tamadun Melayu, Siri Teks Pengajian Tinggi. Kuala Lumpur:
Penerbit Universiti Malaya

Hashim Hj. Musa (2005), “Ke Arah Pengajaran TITAS dan Hubungan Etnik Yang
Holistik” dalam Ke Arah Pengajaran TITAS & Hubungan Etnik Yang Holistik, Prosiding
Seminar

16

Anda mungkin juga menyukai