Anda di halaman 1dari 4

3.

2 Impak Negatif

NCER juga dikatakan dapat memberikan impak yang negatif kepada kehidupan sosial akibat
daripada projek pembangunan di bawah pembangunan NCER. Antaranya ialah:

3.2.1 Penduduk boleh kehilangan tanah akibat projek pembangunan NCER

Nilai hartanah dijangka akan meningkat melalui pembangunan NCER. Hal ini akan
menyebabkan ramai penduduk terutamanya Bumiputera dan orang Melayu akan menjual tanah
mereka demi untuk mengaut keuntungan dengan kadar yang segera. Oleh itu, perkara ini akan
menyebabkan orang Melayu akan kehilangan tanah mereka dan menyebabkan mereka
merempat sekiranya wang hasil yang diperolehi daripada penjualan tanah habis digunakan. Di
samping itu juga, Koridor Utara masih mempunyai banyak tanah yang masih dimiliki oleh
Bumiputera dan orang Melayu. Malah, terlalu banyak tanah rezab orang Melayu yang ada di
kawasan NCER yang bakal dibangunkan untuk projek pembangunan NCER. Hal ini akan
memberi beberapa inisiatif daripada pihak swasta yang akan membeli dan seterusnya
menguasai tanah tersebut. Hal ini akan menyebabkan orang Melayu khususnya yang akan
menjadi mangsa dan seterusnya terpinggir sepertimana yang berlaku di WPI, Pulau Pinang dan
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kemungkinan tanah-tanah ini juga akan dibeli oleh Sime
Darby Berhad adalah tinggi. Sime Darby Berhad pula adalah satu entiti dalam Synergy Drive
yang dikenalpasti sedang dalam proses pembelian kepentingan oleh pihak Temasek Group
melalui beberapa proksi yang dikenalpasti.

3.2.2 Alam sekitar terjejas

Dalam Koridor Pembangunan Ekonomi Utara (NCER), penekanan diberikan ke atas


sektor industri pertanian, terutamanya jelapang padi Malaysia dan pelbagai skema pertanian
besar-besaran dan perladangan yang terletak dalam wilayah koridor ekonomi ini. Namun
begitu, wujud kerisauan mengenai program projek cita-cita besar ini akan memberikan kesan
negatif kepada eko-sistem pertanian, yang sememangnya sensitif terhadap elemen-elemen
bukan organik yang biasanya wujud dalam proses pembangunan perindustrian. Hal ini akan
memberi kesan terhadap alam sekitar di daerah tersebut. Zon pembangunan yang dirancang
seperti tanah sawah, sungai, hutan paya, dan laut yang dihuni oleh manusia dan flora serta
fauna akan terjejas.
Pencemaran yang bakal berlaku seperti udara, air, dan bunyi sudah tentu tidak dapat
dielakkan. Kawasan yang dulunya menjadi habitat pelbagai haiwan air dan darat seperti ikan,
burung, ketam serta serangga akan pupus dan menyumbang kepada gangguan eko-sistem dan
rantaian makanan termasuklah kepada manusia (Lee Yoke Fong, 2011).

3.2.3 Banjir kilat di Kedah akibat kelewatan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB)

Negara di Eropah dan Amerika juga selalu dilanda dengan taufan dan banjir besar yang
melibatkan kerugian berbilion dollar. Hal ini mungkin berlaku di negara kita juga sekiranya
projek NCER ini dijalankan. Contohnya, projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai
Kedah/Anak Bukit yang telah lewat dijalankan sehingga mengakibatkan negeri itu dilanda
banjir. Walaupun Menteri Besar Kedah iaitu Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanapiah berkata
berdasarkan laporan yang diterima daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Jabatan
Kaji Cuaca, hujan yang luar biasa menjadi punca kepada keadaan banjir kilat di Kedah. Hal ini
kerana, mereka terpaksa menutup pagar utama milik Lembaga Kemajuan Pertanian Muda
(MADA) apabila air laut pasang yang disebabkan hujan luar biasa kerana mereka tidak mahu
air tersebut mengalir ke sawah. Walaupun bukan 100 peratus disebabkan kelewatan projek
RTB tetapi tidak dinafikan bahawa RTB ini boleh menyelesaikan banjir apabila ia siap kelak
seperti di Kuala Muda yang sudah selesai projek ini yang membabitkan kos sebanyak RM1.4
bilion (Suzana Halid, 2017).

3.2.4 Wujud jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar

Nooriah Yusof et al (2013) menyatakan masalah jurang pembangunan antara bandar


dan luar bandar di wilayah NCER menunjukkan bahawa kegiatan ekonomi utama yang berbeza
di antara kedua-dua kawasan tersebut merupakan penyebab utama kepada pola pembangunan
yang tidak seimbang ini. Di kawasan luar bandar, aktiviti pertanian yang bernilai rendah dan
dijalankan secara tradisional masih mendominasi dan menjadi aktiviti utama. Manakala di
kawasan bandar, aktiviti pembuatan dan perkhidmatan bernilai tinggi telah menjadi aktiviti
ekonomi yang penting. Impak pembangunan yang dibawa oleh aktiviti ekonomi moden
(industri dan perkhidmatan) turut memberi kesan terhadap upah dan pola pekerjaan yang
berbeza di antara kawasan dan ini turut menjelaskan tahap pembangunan yang masih rendah
di kawasan luar bandar. Selain itu, dari segi peluang-peluang untuk pembangunan ekonomi di
kawasan luar bandar juga turut menggalakkan migrasi luar bandar ke bandar yang boleh
menjejaskan kesediaadaan sumber tenaga buruh di kawasan luar bandar. Migrasi ini juga boleh
memberi kesan terhadap limpahan balik pembangunan antara kawasan luar bandar dengan
kawasan bandar.

3.2.5 Kesesakan lalu lintas

Pencemaran bunyi bakal terjadi apabila projek yang dijalankan akan mengeluarkan
bunyi bising dan negeri yang aman dan tenteram akan musnah disebabkan sesuatu
pembangunan yang dijalankan. Contohnya, salah satu projek NCER yang telah dicadangkan
bagi memantapkan sistem pengangkutan di Pulau Pinang iaitu Sistem Transit Penang Monorel
sepanjang 37 kilometer (km). Ini akan menyebabkan pencemaran bunyi terjadi di samping
kesesakan lalu lintas yang berlaku akan bertambah semasa pembinaan projek itu akan
dijalankan. Hal ini boleh menyebabkan perjalanan kehidupan manusia di Penang menjadi lebih
teruk dan kesesakan lalu lintas menjadi lebih lama daripada kebiasaan kerana kebanyakan
pekerja yang bekerja di Pulau Pinang menetap di luar pulau.

3.2.6 Peningkatan pemanasan global

Kebelakangan ini, kita digemparkan dengan Pemanasan Global yang begitu memberi
kesan buruk kepada suhu dan cuaca dunia. Contohnya, di Eropah dan Amerika yang mengalami
pemanasan melampau sehingga ada yang terkorban. Hal ini mungkin akan berlaku di negara
kita sekiranya projek NCER ini dijalankan. Tambahan lagi, Malaysia pernah digegarkan
dengan fenomene El Nino pada tahun 2016 yang mengakibatkan cuaca panas dan kering adalah
yang terkuat daripada tahun-tahun yang sebelumnya.
Lee Yoke Yong. (2011). Pembangunan koridor pemangkin pembangunan negara kesan kepada
alam sekitar dan manusia. Di akses pada 18 September 2017 daripada https://www.
scribd.com/document/69709913/36296212-Pembangunan-Koridor-PemangkinPembang
unan-Negara-Kesan-Kepada-Alam-Sekitar-Dan-Manusia

Suzalina Halid. (2017). Kelewatan RTB bukan punca banjir di Kedah. BH Online. Diakses
pada 18 September 2017 daripada https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2017
/09/331869/kelewatan-rtb-bukan-punca-banjir-di-kedah

Anda mungkin juga menyukai