Anda di halaman 1dari 4

MASTER OF ENFORCEMENT LAW

ENVIRONMENTAL LAW (LAW765)


LAPORAN SULAM:
“SERVICE LEARNING MALAYSIA- UNIVERSITY FOR SOCIETY (SULAM):
KHIDMAT MASYARAKAT & ALAM SEKITAR”

NAMA PROGRAM:
COASTAL RECLAMATION: WHAT DO WE KNOW?

TEMPAT PROGRAM:
PESISIR PANTAI BAYAN LEPAS, PULAU PINANG

DISEDIAKAN OLEH :
1. MOHD SHARMIZAM BIN ISHAK STUDENT ID NO: 2022124957
2. NOR SAHLIZA BT. RAHMAN STUDENT ID NO: 2022360635
3. SOLEHATON BINTI HISHAMUDIN STUDENT ID NO: 2022105259
4. MASNILA DAHNIATI STUDENT ID NO: 2022636138

DISEDIAKAN UNTUK & DISAHKAN OLEH :


PROFESOR MADYA DR. SITI HAFSYAH BT. IDRIS

TARIKH HANTAR LAPORAN: 9 JULAI 2023

1
LAPORAN PROJEK SULAM: SEA RECLAMATION: WHAT DO WE KNOW?

Projek SULAM ini sangat memberi kesan positif kepada pelajar untuk menyelami masalah-
masalah persikitaran yang berlaku di Malaysia. Siapa sangka penambakan laut adalah isu
yang sering menjadi buah mulut dalam kalangan masyarakat di Malaysia dan penyelesaian
isu ini sering menjadi pertikaian dalam pelbagai pihak sama ada dari segi ekonomi, sosial,
politik dan sebagainya. Jadi projek SULAM ini sangat membantu membuka mata pelajar
untuk mencari isu-isu persekitaran yang berlaku di Malaysia ini.

Dengan peluang yang ada melalui projek SULAM ini, kumpulan kami diberi pilihan untuk
memilih isu sendiri dan kami memilih isu “coastal reclamation” penambakan laut sebagai
projek utama kumpulan kami. Coastal reclamation” atau kata lainnya adalah penambakan
laut merupakan satu aktiviti yang melibatkan penimbusan sebahagian kawasan laut dengan
bahan isi seperti batu, pasir dan tanah dengan tujuan untuk mendapatkan kawasan tanah
darat yang baru. Seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 7, Akta Kualiti Alam Sekitar 1974
(Akta 127), iaitu menebus guna pantai atau menebus guna tanah di sepanjang tebing sungai
yang melibatkan kawasan kurang daripada 50 hektar. Aktiviti seperti ini secara tidak
langsung ia akan mengundang pembantutan ekosistem kehidupan laut dengan terjadinya
persekitaran yang bising dan kedalaman laut juga berubah sehingga boleh menyebabkan
aktiviti para nelayan akan terjejas kerana terjadinya kekurangan tangkapan hasil laut.

Kumpulan kami mengentengahkan isu penambakan laut di Pulau Pinang dan tidak
dinafikan projek ini mendapat sokongan daripada penduduk dan ada juga yang tidak
bersetuju dengan projek ini. Secara tidak langsung walaupun dengan alasan meningkatkan
ekonomi, peluang pekerjaan, dan sebagainya tetap akan mendatangkan kesan negatif
kepada alam sekitar. Antara kesan yang paling ketara adalah berlakunya air pasang besar
yang lebih kerap dan juga banjir, terutamanya di kawasan hulu sungai. Perkara ini boleh
diatasi tetapi dengan syarat, penyelenggaraan sungai dilakukan dengan lebih kerap
kerana tambakan-tambakan ini menjadi kawasan tanah rendah yang baharu. Hal ini
kerana kawasan ini akan mengalami banjir air laut yang lebih kerap apabila paras air laut
semakin meningkat dan tidak semua orang tahu akan kesan paling ketara yang akan
berlaku melalui aktiviti penambakan ini.

Selain itu aktiviti ini mengundang peningkatan air yang mendak dan keruh, pengorekan
daripada zon dasar laut adalah suatu bentuk gangguan yang membawa kepada
peningkatan butiran terampai dalam badan air. Bahan pengorekan boleh menyebabkan

2
pepejal terampai semasa pengorekan hasil daripada gangguan substratum dan semasa
pengangkutan ke permukaan, limpahan dari tongkang atau kebocoran semasa
pengangkutan antara tapak pengorekan dan pelupusan. Ekosistem yang akan terjejas
teruk kerana pemendakan ialah terumbu karang dan rumput laut.

Kesan yang paling ketara dari segi aspek sosial pelancongan adalah Malaysia hilang
tarikan warisan alam semula jadi. Warisan ini perlu dijaga dengan baik sebagai contoh
projek yang dicadangkan iaitu pembinaan Lapangan Terbang di Rompin, Pahang. Umum
sedia maklum bahawa Malaysia mempunyai kawasan yang digazetkan sebagai kawasan
yang terpelihara ekosistemnya dan termasuk dalam sumber alam semulajadi seperti Taman
Negara yang perlu dipelihara. Selain itu, Projek Tambakan di Klebang, Melaka ia juga
menyebabkan kehilangan Warisan Projek Melaka Gateway, selain daripada
menyebabkan laut di hadapan penempatan komuniti Portugis berlumpur, akan
menjejaskan warisan komuniti Portugis. Projek ini adalah sebahagian daripada inisiatif
One Belt, One Road Negara China dan apabila projek penambakan siap, komuniti
Portugis yang pergi ke laut akan berada jauh dari persisiran pantai. Kawasan warisan
penempatan ini perlu dipulihara dan ianya tanggungjawab kerajaan tempatan untuk
melindungi keunikan dan ciri-ciri kawasan warisan ini. Tetapi ini bukan kesnya
memandangkan masa hadapan penempatan Portugis ini bergantung kepada penempatan
semula atau pembinaan terusan untuk menghubungkan komuniti tersebut ke laut.

Video yang telah disediakan dan disiapkan bagi Projek SULAM ini merangkumi
komponen gambar, suntingan video berkenaan penambakan laut iaitu maksud
penambakan laut itu sendiri, kesan-kesan daripada penambakan laut tersebut serta
suntingan video temuramah bersama penduduk setempat (pesisir pantai di Pulau Pinang),
berdurasi 4 minit.

Beberapa temu ramah telah dijalankan oleh kumpulan kami bersama pihak berwajib
seperti Jabatan Alam Sekitar, pihak kerajaan Negeri dan beberapa orang penduduk. Rata-
rata daripada pihak berwajib ini tidak dapat mengulas dengan lebih mendalam kerana ia
agak sensitif kerana melibatkan isu politik, orang berkepentingan dan sebagainya. Daripada
hasil tinjauan ini, kita dapat lihat bahawa tidak semua pendapat boleh diutarakan dan rakyat
Malaysia juga berpeluang untuk mengutarakan pendapat melalui platform yang disediakan
oleh Jabatan Alam Sekitar (DOE). DOE akan memuat naik kertas projek (laporan secara
terperinci projek yang ingin dilaksanakan dan Laporan Environmental Impact Assessment
(EIA)) yang akan dijalankan dan orang awam boleh mengakses melalui platform tersebut
dan memberi maklum balas yang sewajarnya seperti cadangan, bantahan atau apa-apa

3
ulasan lain yang ingin kita bangkitkan sebagai orang awam. Walaupun pada akhirnya projek
yang kita bantah itu tetap diteruskan, namun kita telah melaksanakan tanggungjawab
sebagai seorang rakyat Malaysia dan telah mengambil tempat untuk memberi cadangan
mahupun pendapat berkenaan projek-projek yang kita rasakan tidak perlu ada.

Pihak kami menerusi Projek SULAM ini dapat mempelajari keperluan undang-undang
dalam memelihara alam sekitar melalui Environmental Quality Act 1974 (EQA) (Akta 127).
Seksyen 34A, Environmental Quality Act 1974 (Act 127) – Report on impact on environment
resulting from prescribed activities & Environmental Quality (Prescribed Activities)
(Environmental Impact Assessment) Order 2015 antara bab perundangan yang kami
ketengahkan di dalam projek ini. Aktiviti penambakan laut adalah salah satu aktiviti yang
memerlukan environmental impact assessment (EIA) dilaksanakan oleh pihak pemaju/
peneroka atau syarikat yang mengemukakan cadangan aktiviti terbabit. Orang awam dan
penduduk setempat sama ada secara langsung atau tidak langsung yang terpalit dengan
isu ini boleh memainkan peranan mereka dengan mengemukakan maklum balas
(cadangan/ sokongan/ bantahan) atas pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang memerlukan EIA
termasuklah penambakan laut sepertimana yang telah dihuraikan dalam perenggan
terdahulu.

Secara kesimpulannya, projek SULAM ini sangat memberi kesan positif kepada pelajar
kerana secara tidak langsung kita mendalami isu-isu alam sekitar yang selama ini kita
anggap biasa sahaja peranannya. Projek penambakan laut di Pulau Pinang ini hanyalah
salah satu daripada projek-projek penambakan laut yang ada di Malaysia dan melalui Projek
SULAM ini menerusi video yang dibuat oleh kumpulan kami, diharapkan dapat memberi
kesedaran kepada individu, penduduk setempat, orang awam, semua agensi yang terlibat
yang mana segala kesan baik dan buruk projek ini haruslah dikaji secara mendalam.
Pembangunan mampan, pembinaan pusat pelancongan, perumahan dan apa jua projek
pembangunan yang ingin dilaksanakan adalah antara kesan positif susulan penambakan
laut ini yang mana dalam jangka masa panjang akan meningkatkan ekonomi negara.
Sehubungan dengan itu, apa jua projek yang melibatkan alam sekitar termasuklah
penambakan laut ini perlu diperhalusi, dikaji kesan baik dan buruknya yang mana
pembangunan seimbang dan kelestarian alam sekitar adalah kunci utama dan apa jua
keputusan yang diambil tidak akan menjejaskan mana-mana pihak sama ada di peringkat
setempat, negeri atau pun negara Malaysia. Alam sekitar perlulah dipelihara demi menjamin
kesejahteraan hidup generasi kini dan mendatang. Bagi mengekalkan Malaysia sebagai
negara yang kaya dengan alam semulajadi sebagai manusia yang berakal kita tetap perlu
menjaga alam ini kerana ia adalah ibu kepada segala kehidupan di dunia.

Anda mungkin juga menyukai