Anda di halaman 1dari 12

PENGENALAN

Program “sayangi dan lindungi pantai” pelajar pengajian jarak jauh (PJJ) Universiti Utara
Malaysia kampus Kuala Lumpur bersama penduduk kampong seberang pintasan dungun dan
beberapa badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) merupakan tugasan yang perlu
dilaksankan oleh pelajar semester 4 yang mengikuti kursus Pembangunan Masyarakat IV
(VKMB2041). Melalui kursus ini pelajar dikehendaki merancang, melaksanakan, dan
membuat laporan projek yang dilaksanakan. Oleh itu, kertas kerja ini bertujuan untuk
memenuhi kehendak kursus yang memerlukan pelajar menjalankan satu program yang diberi
nama “sayangi dan lindungi pantai” bersama penduduk Kampung Seberang Pintasan, 23000
Dungun, Terengganu dan badan pertubuhan bukan kerajaan.

Idea ini telah dicetuskan atas keinsafan dan kesedaran pelajar PJJ UUM KL untuk memberi
sumbangan kepada masyarakat. Khususnya Program ini diharapkan dapat mengekalkan pantai
daripada mengalami hakisan laut dan mengancam kawasan sekitarnya dan dalam masa yang
sama dapat megekalkan keadaan alam sekiran yang segar dan kehijauan untuk generasi akan.
Hal ini, telah tercetusnya idea untuk melaksana satu program penanaman pokok di persisiran
pantai bersama penduduk kampong seberang pintasan, dungun Terengganu dan pertubuhan
badan bukan kerajaan pencintaan alam sekitar.

Program penanaman pokok di persisiran pantai yang bertemakan “sayangi dan lindungi
pantai” ini bertujuan untuk melindungi pantai daraipada terhakis hakisan laut dengan
menanam beberapa jenis pokok yang sesuia dengan persisiran pantai seperti pokok ru pantai
dan lain-lain. Program yang akan dilaksanakan ini merupakan satu program yang melibatkan
kerjasama dengan masyarakat setempat khususnya penduduk dan kampong pintasan, dungun
terenganu dan beberapa pertubuhan badan bukan kerajaan pencinta alam sekitar. Hasil
daripada program ini diharapakan dapat memupuk semangat pencintaan alam sekitar dan
mengkukuhkan hubungan siratulrahim di antara peserta semua

Adalah diharapkan melalui program ini, kami dapat mempelajari kemahiran merancang,
mengurus, dan melaksanakan program yang dirancang dengan baik. Selain itu kami juga
mengharapkan program ini akan dapat meninggalkan impak yang positif terhadap perserta
program ini iaitu pelajar PJJ UUM KL dan penduduk Kampung Seberang Pintasan, 23000
Dungun, Terengganu dan badan pertubuhan bukan kerajaan.
OBJEKTIF

Kertas cadangan ini menyarankan satu bentuk program yang akan dilaksanakan oleh pelajar
pengajian jarak jauh (PJJ) Universiti Utara Malaysia Kampus Kuala Lumpur bersama
penduduk Kampung Seberang Pintasan, Dungun, Terengganu dan badan pertubuhan bukan
kerajaan. Program ini dibahagikan kepada 2 ketegeri objektif iaitu objektif umum dan objektif
khusus.

OBJEKTIF UMUM

Adalah dengan melaksanakan program ini diharapkan tercapai objektif yang telah ditetapkan
iaitu.

- Memperolehi peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang memberi sumbangan
kepada masyarakat dan Negara.

- Memperolehi pengalaman merancang, melaksanakan dan menilai sesebuah program.

- Memupuk semangat kerjasama di kalangan ahli kumpulan dengan mengabungkan


pengetahuan dan tenaga untuk merancang, menjalankan sesuatu program.

OBJEKTIF KHUSUS

Program yang dicadangkan ini telah menetapkan beberapa objektif khusus ialah

- Memperolehi pengalaman dalam mempengaruhi pelajar-pelajar agar mejadi lebih baik


pada masa akan datang

- Dapat mengenali dan membina hubungan siratulrahim diantara penduduk Kampung


Seberang Pintasan, Dungun, Terengganu dan ahli badan pertubuhan bukan kerajaan
(NGO).

- Memperolehi pengalaman bagaimana untuk memaksimunkan soft skill diri.


MATLAMAT

Dalam cetusan idea untuk melaksanakan program indahnya mencari ilmu pelajar (PJJ)
Universiti Utara Malaysia Kampus Kuala Lumpur bersama penduduk Kampung Seberang
Pintasan, Dungun, Terengganu dan badan pertubuhan bukan ini terdapat 2 matlamat iaitu
matlamat umum dan matlamat kursus.

MATLAMAT UMUM

- Program ini berhasrat untuk memelihara dan memulihara pesisiran pantai daraipada
terhakis hakisan laut..

- Program ini dilaksanakan dengan harapan menjadi pemangkin dan inspirasi kepada
seluruh masyarakat yang cintakan kehijauan hutan untuk berganding bahu dan
bekerjasama dalam memastikan warisan hijau khususnya di persisiran pantai dapat
dikekalkan dan dinikmati secara berterusan

- Meningkatkan semangat kerjasama diantara masyarakat dan perserta program.

MATLAMAT KHUSUS

- Program ini akan memberi impak yang positif terhadap penduduk setempat pada masa
akan datang khususnya apabila tiba musim tengkujuh (angin kuat, laut bergelora)

- Memastikan kelestarian dan keindahan pantai terus kekel ke generasi akan datang.
SKOP PROGRAM

Bidang tumpuan program ini ialah.

1. Aktiviti tanaman pokok ru di persisiran pantai.

2. Gotong royong di persisiran pantai.

3. Sesi dialog dan berbual mesra.

PUNCA MAKLUMAT

Punca utamanya adalah daripada perbincangan dengan pensyarah Pembangunan masyarakat


(VKMB1031), pusat pengajian luar kampus, universiti utara malaysia, kampus kuala lumpur
dan ahli kumpulan.

Punca kedua ialah keinsafan semua ahli kumpulan yang ingin melihat generasi akan datang
dapat menikmati keindahan dan kehijauan persisiran pantai.

Punca ketiga ialah menghasilkan sesuatu yang akan memberi faedah kepada masyarakat pada
masa akan datang. Khusus yang penduduk kawansan pantai di kampong pintasan dungun
Terengganu apabila tiba musim tengkujuh (angina kuat).
SITUASI SEMASA

Sejak kebelakangan ini, isu berkaitan dengan hakisan persisiran pantai dan alam sekitar
merupakan isu yang menjadi tumpuan oleh pelbagi pihak samaada kerajaan, pertubuhan
bukan kerajaan dan lain-lain agensi. Kerajaan telah memberikan penekanan terhadap isu ini
kerana isu ini sering kali dikaitkan dengan tahap keselesaan rakyat yang tinggal berdekatan
yang persisiran pantai.

Menurut Abdullah Abd Ghani, (Pengerusi Wakaf Kebajikan Nelayan Kampung Tengah,
Kuala Terengganu), berkata,"Tidak mustahil, suatu hari nanti, generasi akan datang hanya
mengetahui tentang kewujudan pantai dengan cerita sejarah semata-mata, jika tiada langkah
segera untuk mengekang masalah hakisan yang kian teruk ketika ini,". Ini menujukan bahawa
isu berkaitan dengan penghakisan persisiran pantai harus diberikan tumpuan secara khusus
oleh semua pihak yang bertanggungjawab.

Rajah 1 : keadaan hakisan persisiran pantai di sebuah kampong di terenganu

Oleh itu, adalah menjadi tangungjawab kepada semua pihak untuk melaku sesuatu bagi
menangani isu ini. Semua pihak haruslah berganding bahu dan berkerjasama untuk mencari
suatu altenatif bagi melindungi dan membendung kehakisan persisiran pantai yang sedang
berlaku ketika ini.
KEPERLUAN UNTUK PERUBAHAN

Jika melihat kepada permasalahan penghakisan persisiran pantai yang di hadapi oleh rakyat
yang tinggal berhampiran dengan persisiran pantai. Bagi menangani masalah yang sedang
hadapi oleh mereka beberapa langkah telah dikenalpasti dan boleh dilaksanakan bersama-
sama penduduk yang tinggal berhampiran dengan persisiran pantai.

Diantara beberapa perkara yang telah dikenalpasti boleh dilaksanakan ialah dengan
mengadakan program penanaman pokok di persisiran pantai bersama penduduk Kampung
Seberang Pintasan, Dungun, Terengganu dan badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
tempat dengan mengharapkan pokok yang ditanam sebagai benteng terhadap fenomena
semulajadi yang boleh menjadi ancaman seperti ombak besar dan tiupan angin kencang.

Selain itu, program ini juga dapat memupuk sikap bertanggungjawab pelajar terhadap
masyarakat sekeliling.

PENYELESAIAN

KAEDAH YANG DI GUNAKAN

- Sesi tanaman pokok

Sesi ini merupakan salah satu slot dalam program yang bakal dianjurkan. Sesi ini akan
dilaksanakan bersama penduduk setempat serta badan pertubuhan bukan kerajaan
(NGO). Sesi ini melibatkan acara tanaman pokok ru pantai di kawasan persisiran
pantai kampong seberang pintasan dungun Terengganu.

- Sesi dilog

Sesi dialog ini diadakan bagi tujuan berkongsi aspirasi,idea dan pandangan
terutamanya dalam isu penghakisan persisiran pantai
AKTIVITI

Tarikh : 22/12/2017 (jumaat) – 24/12/2017

Program : Program penanaman pokok di persisiran pantai “Sayangi Dan Lindung


Pantai”

TENTATIF PROGRAM

Hari pertama.

Waktu Aktiviti Tindakan

10.00am Berkumpul di RNR Gombak dan taklimat ringkas Semua Yang Terlibat

10.15am Bertolak ke kampung seberang pintasan dungun Semua Yang Terlibat


terengganu

0630pm Tiba di kampung seberang pintasan dungun Semua Ahli Kumpulan


terengganu & sesi pengurusan dan daftar penginapan

0730 Solat magrib, makan malam Semua Ahli Kumpulan

0930pm Rehat Semua Yang Terlibat

Hari kedua

Waktu Aktiviti Tindakan

0800am Berkumpuk di kampung seberang pintasan dungun Ketua Kumpulan


terengganu dan taklimat program oleh ketua
penyelarasan program.

0845 Program tanaman pokok di persisiran pantai di Semua Yang Terlibat


kampung seberang pintasan dungun terengganu

1200pm Rehat Semua Ahli Kumpulan

0200pm Sesi dilog Semua Ahli Kumpulan


0400 Rehat Semua Ahli Kumpulan

0700 Majlis makan malam Semua Ahli Kumpulan

0930 Rehat Semua Ahli Kumpulan

Hari ke tiga

Waktu Aktiviti Tindakan

0800am Sesi pengurusan dan daftaran keluar penginapan Semua Yang Terlibat

0900am Bertolak balik ke kuala lumpur Semua Ahli Kumpulan

0600pm Tiba di kuala lumpur dengan selamat Semua Ahli Kumpulan

6015pm Selesai program dan beredar Semua Ahli Kumpulan


JAWATAN KUASA KERJA

Pengerusi : M.Farid Assofi Bin Mat Safian


Timb Pengerusi : Yusof Bin Man
Bendahari : Nor Suraya Binti Razali

Setiausaha : Normasidah Binti Mamat

Timb Setiausaha : Farrah Nurashikin Bt Mohd Norizam

Ketua penyelasan : Hamid Bin Yahaya

Ketua AJK ; Khairul Izwan Bin Turmizi

Mohd Nizam Bin Ghazali

Noor Saiful Bin Muhamed Sazli

Rusazuan Bin Azmi

Nor Emyshazana Binti Alam Shah

Juridah Binti Hajirin

Rishivarma A/L Chandran

Ong Kwang Siang

Singhin Binti Zikin

Noorizam Binti Mohd Yusoff

Muhamad Zulfadzli Bin Rahim

Nurul Ashikin Binti Mustaffa

Mohd Nor Bin Hanapiah

Megat Amirul Rizwan Bin Megat Mahmood

Nor Liyana Abdullah


ANGGARAN PERBELANJAAN

Pendapatan

Kutipan dari ahli x RM 150 RM 3000

Sumbangan RM 2000

Jumalah RM 5000

Perbelanjaan

Sangkar pokok RM 1900

Makan tengah hari RM 700

Sewa Penginapan RM 750

Utility (benner, papan tanda, dll) RM 700

Majlis makan malam RM 300

Baju RM 650

Jumlah RM 5000
PENUTUP

Diharapkan kertas kerja ini dapat diterima dan diluluskan. Semoga program ini berjalan
dengan lancar dan mencapai matlamat serta objektifnya. Kerjasama dan sokongan serta
dorongan dari pihak tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima
kasih.

Disediakan oleh

_______________________

Normasidah Binti mamat (243510)

Setiausaha

Pelajar semester 4, jurusan ijazah sarjana muda pentadbiran awam

CATATAN DAN ULASAN PENYELARAS

.......................................................................................................................................................
.......................................................................................................................................................
.......................................................................................................................................................
.......................................................................................................................................................
.......................................................................................................................................................
.......................................................................................................................................................
....................................................................................................................................................

TandaTangan, Tarikh :

__________________________

(PUAN MARZIANA BINTI ABDUL MAJID)


CATATAN DAN KELULUSAN PENGARAH PUSAT KOKURIKULUM

.......................................................................................................................................................
.......................................................................................................................................................
.......................................................................................................................................................
.......................................................................................................................................................
.......................................................................................................................................................
.....................................................................................................................................

TandaTangan, Tarikh :

___________________________________

(PROF MADYA HJ IBRAHIM HJ AHMAD)

ybm

Anda mungkin juga menyukai