Anda di halaman 1dari 19

Kerjasama antara agensi elak banjir

kilat berulang
Banjir antara lima bencana alam yang sering melanda negara, selain
tanah runtuh, kebakaran hutan dan tumpahan minyak.

Banjir boleh menyebabkan kerosakan harta benda dan kehilangan


nyawa yang sebanyak 90 peratus kerosakan dan kemusnahan
disebabkan banjir dan timbunan sampah hanyut. Ia juga dapat
melumpuhkan rangkaian pengangkutan, merosakkan serta
menghilangkan harta benda, peralatan, bahkan jiwa manusia.

Banjir kilat sebenarnya turut berpunca perbuatan manusia tidak mesra


alam. Selain taburan hujan melebihi kebiasaan dan tidak berpadanan
dengan sistem saliran sedia ada, terdapat beberapa faktor lain
menyebabkan banjir, seperti sampah sarap serta sisa projek
pembangunan mega.

Lembah Klang kerap mengalami kejadian banjir kilat. Pada 22 Oktober


tahun lalu, hujan lebat berterusan menyebabkan beberapa jalan utama
di ibu negara dilanda banjir kilat hingga ada kenderaan terperangkap.

Pada 22 Jun 2018 pula, banjir kilat teruk melanda sekitar Lembah Klang
antaranya Lembah Jaya Utara, Ampang dan Kampung Batu 16, Dusun
Tua, Hulu Langat. Pada 13 Januari 2017, beberapa tempat sekitar Jalan
Bukit Belacan, Lembah Jaya Utara dilanda banjir kilat, susulan hujan
lebat kira-kira 90 minit hingga menyebabkan beberapa rumah dilanda
banjir lumpur.

Selepas kerap kali dilanda banjir kilat, bagaimanakah keupayaan sistem


pengairan dan mitigasi sedia ada dalam menanganinya? Sudah
wujudkah perancangan jangka pendek, sederhana dan panjang bagi
mengekang bencana itu?

Walaupun sistem perparitan di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur


(DBKL) dinaik taraf bagi mengatasi masalah banjir ditambah lima projek
tebatan banjir membabitkan beberapa kawasan di ibu negara, masalah
banjir kilat tidak menemui jalan penyelesaian.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, menjelaskan


keperluan mengkaji semula wang berbilion dibelanjakan untuk sistem
mitigasi dan Terowong SMART berfungsi dengan baik atau ia belum
mencukupi dan sama ada kawalan pembangunan lebih teliti diperlukan.

Kuala Lumpur memerlukan lebih banyak sistem takungan banjir,


terutama di kawasan berhampiran hilir Sungai Klang seperti Sungai
Buloh, Shah Alam dan Petaling Jaya sebelum air berlebihan disalurkan
ke sungai.

Umumnya, sebahagian besar Lembangan Sungai Klang pesat


membangun dan mempunyai kepadatan penduduk tinggi. Oleh itu, ia
mengalami pelbagai cabaran berkaitan pengurusan dan pembangunan
sumber air, kemerosotan alam sekitar dan bencana banjir yang sering
melanda di kawasan tidak mempunyai pembangunan terancang.

Cabaran ini diburukkan ancaman perubahan iklim dan pendekatan


pelbagai sektor dalam pengurusan sumber air di lembangan.
Kepelbagaian pihak berkuasa tempatan (PBT) di lembangan juga
menyukarkan pelaksanaan pengurusan lembangan sungai bersepadu
(IRBM).

Keadaan banjir juga semakin meruncing disebabkan arus pembangunan


pesat dan tanpa kawalan. Kontraktor misalnya melalui kerja pembinaan,
kadangkala menghalang atau menyekat saliran air. Terdapat juga
kontraktor lepas tangan melakukan projek pembinaan hingga tidak
menyedari kegiatan mereka boleh mengundang banjir.

Kesannya, pada 2018, Kementerian Wilayah Persekutuan bercadang


membuat ketetapan kepada kontraktor yang perlu menguruskan sendiri
sebarang masalah menjadi punca kepada sistem perparitan tersumbat.
Malah, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida
Kamaruddin ketika itu berkata, pihaknya juga akan mengawasi tapak
projek lebih teliti dan memikirkan cara mendenda kontraktor, sekiranya
terbukti kerja mereka menyekat saluran air.

Perubahan corak guna tanah drastik hasil pembangunan setempat yang


pesat menyebabkan banyak kawasan tidak telap air yang meningkatkan
kadar aliran puncak dan tidak menggalakkan penyerapan air larian ke
dalam tanah secara semula jadi.

Sistem saliran sedia ada tidak dapat menampung air larian permukaan
kerana tersumbat dengan sampah sarap dan kelodak hasil pembinaan
atau kerja tanah di kawasan sekitar, selain ketidakupayaan menampung
peningkatan air larian permukaan mendadak, akibat hujan lebat
berkeamatan tinggi dalam masa singkat.
Kesannya, air dari sistem saliran sama ada sungai semula jadi atau
saliran perparitan mengambil masa lama untuk mengalirkan air hingga
mengakibatkan mudah terjadi banjir kilat. Ini menjadi lebih buruk apabila
berlaku kelemahan dalam penyelenggaraan sistem perparitan yang tidak
sempurna.

Aktiviti pembangunan dalam kawasan rizab sungai turut


menyebabkannya menjadi cetek dan sempit akibat pemendapan di
dasar sementara perubahan guna tanah, terutama berhampiran koridor
sungai.

Ini menyebabkan perubahan struktur sungai serius khususnya hakisan


tebing, selain sikap masyarakat tidak prihatin dan membuang sampah di
merata-rata dan kewujudan penempatan setinggan di tebing sungai
yang membuang sisa domestik.

Pembangunan berterusan memerlukan kawal selia bagi mengelak setiap


pembangunan itu mendatangkan masalah kepada warga kota. Ini
disebabkan kesan pembangunan tidak terancang menyebabkan
kegagalan sistem sungai menampung jumlah discaj yang menyebabkan
banjir kilat, terutama di kawasan perbandaran.

Kesan negatif ini sangat kritikal bagi Sungai Klang kerana sungai ini
mengalir melalui kawasan perbandaran padat dengan perindustrian dan
penempatan penduduk. Sungai Klang mengalir melalui lima kawasan
pentadbiran diuruskan lima PBT berlainan di Selangor yang tidak
termasuk 40 kilometer jajaran Sungai Klang dalam kawasan DBKL.

Lima PBT itu ialah Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), DBKL,
Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Subang
Jaya (MPSJ), Majlis Bandar Raya Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis
Perbandaran Klang (MPK).

Laluan sungai merentasi PBT berbeza biasanya menimbulkan kesulitan


dalam penyelarasan pengurusan sungai. Ini disebabkan pihak tertentu
mempunyai sasaran, teknik pengurusan dan kos pengurusan beza.

Antara cabarannya, perlu menyelaraskan pengurusan lembangan


sungai secara berintegrasi dan bersepadu dengan kerjasama, sokongan
serta komitmen semua PBT dan agensi seperti Jabatan Pengairan dan
Saliran (JPS).

Justeru, sangat perlu mengukuhkan mekanisme menggabungkan


pelbagai sektor dan pentadbiran secara menyeluruh, selain
mempertingkat keberkesanan perkongsian maklumat di antara agensi
dalam usaha mengekang banjir kilat. Dengan ini, kawasan banjir boleh
ditentukan dengan mengenal pasti kawasan lembah atau tanah rendah
melalui penggunaan data topografi.

Punca banjir boleh dikenal pasti melalui kajian guna tanah dan
perubahan guna tanah. Data banjir terdahulu daripada laporan banjir
JPS boleh diguna pakai. Analisis data terbabit dapat mengenal pasti
kawasan berisiko tinggi banjir termasuk kekerapan.

JPS dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan juga perlu


menjalankan kajian bagi mengatasi banjir kilat di Lembah Klang sebagai
persediaan masa hadapan.

Kajian perlu dibuat untuk membolehkan DBKL melihat pelaksanaan


pelan jangka panjang kejadian banjir boleh dicegah melalui
pembangunan seimbang dan menyeluruh melalui satu pelan tindakan
tebatan banjir bagi sesuatu lembangan.

Pembangunan tanah di sesuatu kawasan harus dipastikan berjalan


mengikut garis panduan dan pemantauan kaedah pelaksanaannya perlu
diadakan dengan lebih giat. Gabungan semua tindakan ini mampu
mengekang atau setidak-tidaknya meminimumkan bencana banjir kilat
yang sering menghantui warga kota.

Penulis adalah Ketua Laboratori Kesejahteraan dan Kesihatan


Sosial Belia, Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Universiti
Putra Malaysia (UPM)

Projek abai alam sekitar undang


bencana
Musim hujan tahun ini muncul lebih awal daripada biasa. Mulai Oktober
lalu, hujan hampir setiap hari dan banyak kawasan dilanda banjir dan
banjir kilat.

Walaupun Monsun Timur Laut bermula Oktober dan berakhir Mac setiap
tahun, hujan lebat berterusan lazimnya hanya bermula pada Disember
dan Januari.
Iklim boleh diramal berdasarkan maklumat tahun-tahun sebelumnya,
namun keadaan sebenar dan impaknya di sesuatu kawasan masih
sukar dipastikan. Tahun ini, hujan lebat menyebabkan banjir kilat di
banyak kawasan, terutama di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Pada 14 November lalu, hujan lebat sejak jam 5 petang mengakibatkan


banjir kilat di Kota Damansara, Sungai Buluh dan Rawang.

Pada 20 November pula, hujan berterusan sejak pagi menyebabkan beberapa


kawasan di Pulau Pinang, antaranya Bayan Lepas, Teluk Kumbar, Sungai Ara,
Teluk Bahang dan Sungai Pinang di Balik Pulau, dilanda bencana sama.

Berita begini tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Hujan lebat diikuti
banjir kilat telah dianggap lumrah dan seakan tiada jalan penyelesaian.

Hujan lebat juga pencetus fenomena tanah runtuh. Dalam kejadian


terbaru, empat terkorban dan beberapa cedera parah akibat bencana
berkenaan di tapak projek Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus, Pulau
Pinang.

Sebetulnya, banyak peristiwa tanah runtuh setiap kali hujan lebat


berterusan di sesuatu kawasan. Jika ia tidak mengorbankan nyawa,
memusnahkan harta benda atau menganggu ketenteraman awam,
peristiwa ini tidak menjadi bahan berita.

Bencana tidak berkurang

Malaysia berdepan tiga bencana alam utama, iaitu banjir, banjir kilat dan
tanah runtuh. Walaupun banyak usaha mencegah dan mengurangkan
risiko bencana dilaksanakan oleh agensi kerajaan, ia masih tidak
berkurang dan impaknya kelihatan semakin bertambah.

Membandingkan risiko bencana alam pada peringkat global, Malaysia


seharusnya boleh mewujudkan dasar ‘bencana alam sifar’ kerana
hampir semua bencana boleh dihindar dengan kemampuan ilmu dan
teknologi sedia ada.

Banjir sungai atau banjir besar berlaku dalam tempoh lima hingga 10
tahun sekali, lazimnya di sungai utama seperti Sungai Kelantan, Sungai
Pahang, Sungai Perak, Sungai Muar, Sungai Kinabatangan dan Sungai
Batang Rajang.

Banjir berlaku secara berkala apabila curahan hujan melampaui


keupayaan alur sungai mengalirkan air ke laut. Air sungai akan naik dan
melimpahi tebing serta membentuk dataran banjir.
Dalam perancangan guna tanah, kita telah mengenal pasti kawasan
dataran banjir dan lazimnya dibiarkan dalam keadaan tabii atau
dijadikan kawasan pertanian.

Dalam keadaan begini, setiap kali banjir sungai berlaku, tiada


kehilangan nyawa atau kerosakan harta benda. Mungkin jika banjir
besar, hasil tanaman pada tahun terbabit berkurangan.

Hari ini, kawasan dataran banjir dibangunkan sebagai kawasan


perumahan. Tanpa mengambil kira, peristiwa banjir lepas, rumah teres
satu tingkat dibina di atas tanah dan jika air naik beberapa sentimeter
sahaja, air masuk ke rumah.

Walhal, orang dahulu sudah pandai membina rumah di atas tetiang bagi
menghindar banjir.

Setiap kali banjir, semua harta benda dalam rumah musnah


ditenggelami air. Apakah ini bencana alam atau kealpaan manusia
sendiri?

Banjir kilat berlaku di kawasan pesat membangun, khususnya di bandar


yang terletak di dataran rata. Pembangunan dan turapan permukaan
bumi tanpa diikuti penyediaan sistem saliran yang mencukupi akan
menyebabkan banjir kilat.

Limpahan air hujan yang banyak ketika hujan lebat menyebabkan rumah
berhampiran perparitan dan jalan raya ditenggelami air secara
mendadak. Walaupun berlaku untuk tempoh beberapa jam sahaja,
impaknya terhadap kerosakan harta dan kesesakan lalu lintas amat
tinggi.

Banjir kilat tidak seharusnya berlaku jika sistem saliran direka bentuk
dengan baik dan penjagaan dilakukan secara berkala. Banjir kilat sudah
menjadi sangat lumrah, setiap kali hujan lebat ada sahaja kawasan
mengalami banjir.

Masalah sistem perparitan punca banjir kilat

Banjir kilat sudah menjadi isu kronik di bandar raya Kuala Lumpur.
Anehnya, jika ditinjau di kawasan yang kerap mengalami bencana itu, ia
sering dikaitkan dengan sistem perparitan yang terlalu kecil, parit
tersumbat atau ada projek pembangunan baharu di kawasan
berhampiran.
Semua ini berkait rapat dengan kelemahan perancangan, kelulusan
projek dan penjagaan. Ini pastinya bukan bencana alam.

Bencana tanah runtuh pula paling banyak meragut nyawa. Di negara


kita, kebanyakan tanah runtuh berlaku pada cerun buatan, iaitu cerun
potongan, tambakan atau cerun kejuruteraan, bukannya pada cerun
tabii.

Pada prinsipnya, semua cerun buatan perlu dibina dalam keadaan


selamat kerana ia direkabentuk selepas mengambil kira semua faktor
kestabilan cerun.

Malangnya, kebanyakan kegagalan cerun di Malaysia berlaku pada


cerun buatan bukan kejuruteraan, kesilapan dalam rekabentuk,
pembinaan cerun yang tidak mengikut spesifikasi atau akibat penjagaan
cerun lemah.

Demi keselamatan awam, semua punca kegagalan ini tidak boleh


diterima dan bukannya didorong oleh faktor tabii.

Malaysia berdepan curahan hujan sepanjang tahun dan kadar yang


tinggi pada musim tengkujuh. Negara mempunyai data yang baik
mengenai fenomena ini.

Iklim atau hujan semenangnya pencetus banjir, banjir kilat dan tanah
runtuh, namun ia tidak boleh dijadikan alasan berlakunya bencana alam.

Kita perlu mengenal pasti faktor penyebab penting dan meningkatkan


etika serta profesionalisme dalam perancangan, kelulusan dan
pembangunan projek, terutama apabila berkaitan keselamatan awam.

Mendapan tapak binaan, hujan lebat


punca banjir
KUALA LUMPUR: Penilaian awal Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)
mendapati, mendapan tapak binaan dengan hujan lebat berterusan
hingga tidak mampu ditampung takungan sedia ada, menjadi punca
banjir kilat melanda Lembah Klang, semalam.
Hujan lebat di antara jam 1 tengah hari hingga 6 petang itu,
menyaksikan 13 stesen JPS merekodkan bacaan hujan melebihi 100
milimeter (mm), manakala Stesen Gombak Simpang Tiga merekodkan
bacaan sehingga lebih 200 mm.

Dalam situasi itu, Terowong Jalan dan Pengurusan Air Banjir (SMART)
yang diaktifkan pada Mod Empat, menyelamatkan ibu negara daripada
keadaan lebih buruk apabila melencongkan tiga juta meter padu air
hujan dari Kolam Takungan Banjir Kampung Berembang ke Kolam
Takungan Banjir Taman Desa.

Sepanjang tempoh itu, enam kolam takungan banjir berada pada


kapasiti penuh, iaitu menjangkau 12.2 juta meter padu air, namun Kuala
Lumpur masih dilanda banjir dan dinaiki air sehingga 0.9 meter.

Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Datuk Nor


Hisham Mohd Ghazali, berkata penilaian imej dan rakaman kejadian,
menunjukkan warna air yang menenggelamkan beberapa kawasan
utama di ibu kota adalah lebih pekat atau kuning kemerahan, sekali gus
memberi petanda ia dipenuhi sedimen.

"Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) untuk tapak binaan menggariskan


mereka tidak boleh membuat saliran baharu (perparitan yang disambung
dengan saliran sedia ada) sebaliknya menggunakan kaedah kawalan
secara mewujudkan sistem takungan sendiri.

"Justeru, kita perlu tingkatkan penguatkuasaan terhadap kawasan


pembinaan bagi memastikan mereka mematuhi garis panduan
ditetapkan, termasuk merangkumi usaha mengekang banjir kilat,"
katanya ketika ditemui di ibu pejabat JPS di sini, hari ini.

Walaupun ketika banjir melanda semalam, enam kolam takungan sekitar


Kuala Lumpur dan Selangor, berfungsi pada kapasiti maksimum, Nor
Hisham berkata, Kuala Lumpur masih ditenggelami air pada kedalaman
0.9 meter.

Sehubungan itu, katanya, lebih banyak kolam takungan banjir yang


berfungsi untuk menakung air, khususnya ketika hujan lebat perlu dibina
bagi mengelak insiden sama seperti kelmarin berulang pada masa
depan.

"Bagaimanapun, Kuala Lumpur berdepan kekangan kawasan untuk


dibina kolam takungan susulan corak pembangunan yang padat, justeru
alternatif lain harus difikirkan, termasuk memperhalusi cadangan
membina kolam takungan banjir bawah tanah.

"Model seperti ini digunakan dipelbagai negara maju, termasuk Jepun


yang pada masa depan berupaya menjadi 'serampang dua mata' kerana
air takungan boleh digunakan untuk dijadikan sumber minum selepas
dirawat dan ketika isu kegawatan air melanda.

"Kuala Lumpur sudah kehilangan banyak ruang menakung air, justeru


kita perlu pelihara mana-mana kolam takungan semula jadi yang ada.

"Kita juga perlu lihat potensi mana-mana kolam rekreasi untuk dijadikan
kolam takungan banjir, selain membangunkan takungan banjir bawah
tanah bagi menampung jumlah air larian permukaan ketika ribut atau
hujan lebat," katanya.

Nor Hisham berkata, pengaktifan SMART pada Mod Empat bagi


melencongkan air adalah kali ketujuh pernah dilakukan sejak terowong
yang juga Lebuh Raya Lintasan Kuala Lumpur itu beroperasi pada 2007
lalu.

Berdasarkan rekod, sistem kawalan banjir bandaraya Kuala Lumpur


diaktifkan dan beroperasi sepenuhnya, selepas hujan yang bermula
sekitar jam 1 tengah hari di ibu kota tidak menunjukkan petanda untuk
berhenti.

Susulan itu, Lencongan Gombak yang berfungsi untuk mengalihkan


aliran air ke kolam takungan banjir Batu diaktifkan pada jam 2.22
petang, manakala pendekatan sama dilakukan terhadap Lencongan
Keroh, tiga minit berikutnya.

Nor Hisham berkata, pusat kawalan SMART mengambil tindakan


memulakan lencongan pada jam 2.50 petang dan mengaktifkan Mod
Empat, iaitu penutupan sepenuhnya terowong pada jam 4.40 petang.

Mengulas limpahan air sungai sehingga menenggelamkan kawasan


Masjid Jamek, Nor Hisham berkata, paras air di dua lembangan sungai
utama, iaitu Sungai Klang dan Sungai Gombak hanya melepasi tebing
untuk tempoh 15 minit.

Sehubungan itu, katanya, Kuala Lumpur sebenarnya ditenggelami air,


bukan angkara limpahan air sungai, sebaliknya disebabkan larian
permukaan susulan hujan lebat.
Terowong SMART lencongkan air dari
Sungai Ampang, Sungai Klang
KUALA LUMPUR: Pengaktifan sistem Terowong Jalan dan Pengurusan
Air Banjir (SMART) semalam, mengelakkan kejadian banjir di kawasan
di bawah seliaan SMART, iaitu Masjid Jamek, Lebuh Ampang, Dataran
Merdeka, Lebuh Pasar dan Jalan Tun Perak di sini.

SMART dalam kenyataannya berkata, kejadian banjir kilat pada 5.40


hingga 6.30 petang semalam di kawasan membabitkan Jalan Kuching,
Jalan Raja Chulan, Jalan Parlimen dan Jalan Maharajalela adalah di luar
kawasan seliaan SMART.

"Berikutan hujan lebat di pusat bandar raya semalam, sistem Terowong


SMART diaktifkan bagi melencongkan air banjir dari Sungai Ampang
dan Sungai Klang pada jam 5.40 petang.
"Sistem SMART beroperasi dalam Mode 2 yang air dilencongkan
menerusi laluan dek terowong paling bawah sahaja dan laluan trafik
masih dibuka seperti biasa ketika itu.

"Bagaimanapun, pada 6 petang, SMART menerima isyarat Mode 3


daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan memerlukan
penutupan laluan trafik bagi pengaktifan sistem operasi banjir," katanya.

Kenyataan itu berkata, semua kenderaan dilencongkan secara


keseluruhannya pada 6.20 petang.

"Sistem itu melencongkan lebih kurang 500,000 meter padu air untuk
tempoh sama semalam.

"Terowong SMART dibuka semula kepada laluan trafik pada jam 8.34
malam semalam setelah bacaan kadar aliran di Sungai Ampang dan
Sungai Klang menurun serta hujan reda dengan sepenuhnya," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Lebuhraya SMART, Mohd Noor


Mohd Ali, dalam kenyataan sama berkata pihaknya sentiasa bersiap
siaga bagi menangani masalah banjir di kawasan seliaan mereka.

"Pihak pengurusan dan kakitangan SMART melakukan pemantauan


secara menyeluruh terhadap pintu kawalan banjir, pintu kawalan jalan
raya dan semua pintu kedap air bagi memastikan sistem banjir berfungsi
dengan baik mengikut keperluan ditetapkan pada setiap masa," katanya.
Kuala Lumpur perlukan lebih banyak
sistem takungan banjir - Pakar
KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur memerlukan lebih banyak sistem
takungan banjir bagi mengatasi masalah banjir kilat yang kerap berlaku,
terutama ketika musim hujan lebat.

Pakar hidrologi sekitaran, Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman, berkata


sistem takungan banjir itu amat diperlukan di kawasan-kawasan
berhampiran hilir Sungai Klang seperti Sungai Buloh, Shah Alam dan
Petaling Jaya.

Menjadikan Jepun sebagai contoh, beliau berkata negara itu


menggunakan sistem takungan banjir yang amat efektif apabila sebuah
stadium menjadi tempat bermain bola sepak pada musim kering, namun
bertukar kepada kolam ketika musim hujan.

“Cara kita nak kawal ialah melalui penyuraian air banjir. Penyuraian air
banjir yang paling efektif adalah melalui pembinaan sistem takungan
banjir, di mana fungsinya ialah untuk menyimpan air pada waktu aras air
tinggi dan akan melepaskannya apabila hujan dah berhenti,” katanya
kepada Bernama.

Beliau berkata, setakat ini di ibu kota, hanya terdapat satu sistem
takungan banjir di lembangan Sungai Klang yang menyalurkan air
kepada sekurang-kurangnya tujuh kolam takungan.

“Pengurusan air banjir melalui Terowong SMART itu mengurangkan 45


peratus risiko banjir kepada kawasan-kawasan yang mudah banjir
seperti Masjid Jamek, Lebuh Ampang, Jalan Tun Perak dan Dataran
Merdeka.

“Air banjir dari Sungai Ampang dan Klang dilencongkan ke kolam


takungan banjir Kampung Berembun, Taman Desa masuk melalui
Terowong SMART sebelum disalurkan kembali ke Sungai Kerayong,”
katanya.

Petang Selasa lalu, hujan lebat berterusan menyebabkan beberapa


jalan utama di ibu negara dilanda banjir kilat dan beberapa kenderaan
dilapor terperangkap.

Jalan-jalan terbabit ialah Jalan Tuanku Abdul Halim di kedua-dua arah


serta Lebuhraya Sultan Iskandar berhampiran susur ke parlimen.
Sehubungan itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan
mengenal pasti kawasan banjir kilat terlebih dahulu sebelum menambah
baik sistem perparitan di sekitar ibu kota.

Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad dilaporkan sebagai


berkata hal ini kerana setiap kawasan mempunyai sistem perparitan
berbeza, yang mana ia hanya mampu menampung kapasiti air yang
tertentu apabila hujan lebat.

Sementara itu, pakar pengurusan bencana Dr Rustam Zahari berkata


antara punca yang paling jelas menyebabkan kawasan ibu negara
mudah dilanda banjir kilat adalah kerana banyak kawasan di Kuala
Lumpur kini telah menjadi ‘solid surface’ yang berlaku masalah aliran air.

“Puncanya yang paling terang sekarang, bandar raya ini dah banyak
solid surface...jalan, turapan, bangunan. Kalau berbanding dengan
kawasan kampung, mereka lebih ‘hijau’.

“Di kawasan ‘hijau’ apabila hujan turun, air masuk ke tanah, tapi kita (ibu
negara) ada solid surface, jadi perlu ada perparitan, longkang-longkang
semua tu untuk mengalirkan air dan longkang-longkang ini pula kita
kena selalu selenggara, supaya tidak tersumbat sebab selalu juga
tersumbat akibat orang buang sampah,” katanya.

Katanya, ada juga longkang yang kurang diselenggara kerana ketika ini
di pusat bandar Kuala Lumpur terdapat banyak projek pembinaan
melibatkan pengorekan tanah yang secara langsung menyebabkan
tanah-tanah masuk ke longkang dan menjadi punca sistem perparitan
tersumbat.

Dalam pada itu, beliau menjadikan Malang, Indonesia sebagai contoh


untuk mengawal keadaan banjir apabila penduduk di kawasan itu
menggunakan kaedah ‘pengumpulan air hujan’.

“Kawasan itu selalu banjir, jadi apa yang dilakukan di rumah mereka ada
tempayan dan mereka tampung air. Mungkin kita boleh buat
penggunaan air hujan, macam kita simpan air hujan dan gunakan untuk
cuci kereta atau menyiram bunga.

“Katalah, di satu kawasan ada sejuta orang semuanya buat, bersamaan


10 juta gelen air tak pergi ke longkang,” katanya. – BERNAMA
Tambah kolam takungan banjir tidak
selesai masalah
KUALA LUMPUR: Pembinaan lebih banyak kolam takungan, termasuk
di bahagian bawah tanah sebagai mekanisme tebatan banjir disifatkan
sekadar langkah jangka pendek.

Presiden Forum Air Malaysia, Saral James Maniam, berkata cadangan


sedemikian pada dasarnya berupaya meningkatkan kemampuan untuk
menakung air larian permukaan ketika hujan lebat.

Bagaimanapun, katanya, faktor mendapan daripada tapak pembinaan


akan terus menjejaskan kemampuan kolam takungan sekiranya ia tidak
ditangani menerusi aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan yang ketat .

"Bayangkan, walaupun kita ada lebih banyak kolam takungan air, faktor
mendapan dari kawasan tapak pembinaan tidak ditangani, ia akhirnya
akan menyebabkan kedalaman kolam takungan menjadi cetek.

"Apabila dipenuhi dengan mendapan, kemampuan kolam takungan ini


akan menyusut, sekali gus kurang air yang boleh disalirkan apabila
berlaku hujan lebat.

"Oleh itu, cadangan untuk menambah lebih banyak kolam takungan,


termasuk di bahagian bawah tanah adalah sekadar penyelesaian jangka
pendek, sebaliknya kita perlu memikirkan pendekatan yang lebih
menyeluruh dan bersifat tempoh panjang.

"Ini bagi memastikan kejadian banjir kilat yang sering berlaku di


kawasan yang pesat membangun, iaitu di sekitar ibu kota tidak
berulang," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Datuk Nor


Hisham Mohd Ghazali, semalam dilaporkan berkata mendapan tapak
pembinaan dengan hujan lebat berterusan hingga tidak mampu
ditampung takungan sedia ada berkemungkinan menjadi punca banjir
kilat di sekitar Kuala Lumpur, kelmarin.

Selain menekankan kepentingan aspek penguatkuasaan di tapak


pembinaan supaya mematuhi Manual Saliran Mesra Alam (MSMA), JPS
mencadangkan supaya kolam takungan banjir di bawah tanah
diwujudkan dan ia berupaya menjadi mekanisme 'serampang dua mata'.
Kolam takungan bawah tanah berupaya menyelesaikan isu kekangan
kawasan untuk menampung pembinaan sedemikian di Kuala Lumpur,
malah dapat menjadi simpanan air untuk sumber minuman, selepas
dirawat ketika berdepan masalah bekalan.

Saral berkata, langkah terbaik bagi merungkai isu banjir kilat yang
melanda Kuala Lumpur sejak sekian lama ialah dengan mengadakan
perbincangan, membabitkan pelbagai tenaga pakar untuk mencari
penyelesaian terbaik.

"Ini berkisar kepada pengurusan risiko, justeru kita kena pelan A dan B
supaya apabila pilihan pertama gagal menangani keadaan semasa, kita
masih ada langkah lain untuk menyelesaikan isu berbangkit.

"Masyarakat juga perlu dididik supaya tidak berterusan membuang


sampah ke dalam sungai yang akhirnya berupaya mengundang faktor
aliran air tersekat dan dasar menjadi cetek.

"Jika diteliti, isu ini mempunyai rangkaian punca dan faktor yang bakal
mempengaruhi corak penyelesaian yang kita akan rangka, justeru teliti
secara menyeluruh.

"Menggabungkan pelbagai kepakaran sedia ada mampu menjadi


pemangkin ke arah mencari penyelesaian yang diinginkan, sekali gus
menjaga imej Kuala Lumpur supaya tidak berterusan dilanda masalah
banjir," katanya.

SMART berfungsi, projek


pembangunan punca banjir kilat
KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad
menafikan dakwaan sistem Terowong Jalan dan Pengurusan Air Banjir
(SMART) gagal berfungsi.

Beliau berkata, sekiranya SMART gagal berfungsi, ibu kota akan


kembali tenggelam jika hujan lebat yang pernah dialami sebelum ini.

“SMART adalah terowong yang beroperasi atas tiga peringkat, pada


peringkat awal iaitu hujan biasa atau sederhana ada air yang boleh
mengalir dan pada masa sama kenderaan juga boleh melalui terowong
berkenaan.
“Di peringkat lebih lebat, ia masih boleh lagi pada bahagian tertentu, dua
tingkat terowong berkenaan boleh dilalui kenderaan dan air pula lalu di
bawahnya.

“Tetapi pada keadaan hujan yang lebat, mereka akan mula halang
kereta daripada masuk (terowong) dan keseluruhan terowong digunakan
untuk menyalurkan air ke tasik dan menyebabkan keadaan banjir dapat
dielak daripada menjadi teruk lagi.

“Terowong itu mengurangkan banyak masalah banjir, tetapi kadangkala


hujan terlalu lebat aliran air tersekat, bukan kerana tidak ada SMART
atau sistem saliran yang baik, tetapi disebabkan perparitan tersumbat
dan sebagainya menyebabkan aliran tidak selaju seperti mana
sepatutnya,” katanya

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kejadian sebuah kenderaan


yang tenggelam akibat banjir kilat baru-baru ini yang didakwa berlaku di
terowong berkenaan.

Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata demikian pada Majlis Perasmian
Healthy & Bright Kids Carnival selain melepaskan lebih 1,000 peserta
November Run 7KM di Pusat Kegiatan Masyarakat Sri Batu, di sini hari
ini.

Khalid berkata, daripada sudut reka bentuk sistem perparitan dan saliran
di Kuala Lumpur, ia dibina berdasarkan kepada paras hujan atau
kelebatan hujan atau paras kenaikan air sungai untuk 100 tahun
tertinggi.

Katanya, antara punca masalah banjir kilat di ibu negara ketika ini
kerana banyak projek pembangunan sekali gus menyukarkan usaha
untuk menjaga kebersihan dan keadaan perparitan.

“Pembangunan ini bukan dalam kawasan tertentu tetapi merata- rata


sebagai contohnya MRT (transit aliran massa) dan dalam keadaan
kawasan sempit untuk diletakkan kolam tadahan.

“Di tapak projek ada kolam berkenaan kerana semua air di projek itu
masuk ke kolam berkenaan, pasir dan sampah tersekat di kolam itu.

“Tetapi untuk projek sepanjang jalan, agak susah kerana tiada ruang
untuk penyediaan kolam berkenaan,” katanya.
Saliran longkang jalan tak efisien
punca banjir kilat
PUTRAJAYA: Sistem saliran longkang jalan tidak efisien sehingga
menyebabkan aliran air tersekat menjadi antara faktor berlakunya banjir
kilat di beberapa kawasan di ibu negara semalam.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi
Tuanku Jaafar, berkata saiz pembetung dalam longkang yang kecil tidak
dapat menampung kapasiti air sekali gus menyebabkannya melimpah
kerana bacaan hujan di kawasan terbabit mencecah sehingga 140
milimeter (mm) semalam berbanding kebiasaan 70 mm.
Selain itu, katanya kawasan banjir kilat itu juga berada di luar kawasan
terowong SMART, justeru itu arah aliran air tidak menghala ke terowong
berkenaan.

"Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) turut memaklumkan ketika


kejadian paras air Sungai Klang di ibu negara belum berada pada paras
maksimum iaitu dengan lebihan kapasiti lebih satu meter.

"Jadi sungai penuh bukan penyebab kepada banjir kilat yang berlaku
semalam. Justeru, sebagai penyelesaian jangka pendek, sistem saliran
sedia ada di kawasan yang terbabit perlu didalamkan dan kerja
penyelenggaraan perlu dijalankan dengan lebih kerap.

"Bagi penyelesaian jangka panjang sistem saliran di kawasan yang


berkenaan perlu dinaik taraf oleh pihak yang berkaitan," katanya pada
sidang media di sini, hari ini.

Sebagai langkah awal, Wan Junaidi berkata, JPS di setiap negeri diberi
masa seminggu untuk melengkapkan laporan mengenai sistem saliran
longkang sebelum dibentangkan bagi merangka perancangan jangka
pendek dan panjang mengatasi masalah banjir kilat.

Semalam, ratusan kenderaan terperangkap dan banjir kilat yang


melanda beberapa laluan di ibu negara susulan hujan lebat.

Antara laluan yang terjejas teruk adalah di Jalan Semantan, Jalan


Tuanku Abdul Halim (Jalan Duta), Jalan Bangsar dan Jalan Pudu
(hadapan Hospital Tung Shin), Jalan Pantai Dalam, Jalan Lingkungan
Budi dan hadapan pintu masuk kampus Universiti Malaya (UM), Kuala
Lumpur.
'Banjir sebab tapak binaan'
KUALA LUMPUR: Tindakan akan diambil terhadap pemaju dan
kontraktor tapak pembinaan yang menjadi punca banjir kilat di
Lebuhraya Persekutuan semalam, jika didapati melanggar syarat
Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku
Jaafar, berkata siasatan awal pihaknya mendapati tapak pembinaan di
sebelah lebuh raya itu tidak memasang kolam takungan dan perangkap
sampah seperti disyaratkan dalam EIA.

"Kita sedang kenal pasti tarikh kelulusan projek. Kami tidak boleh ambil
tindakan terhadap pemaju jika projek diluluskan sebelum Ogos 2015,
iaitu sebelum sistem EIA baharu dilaksanakan.

"Bagaimanapun, projek itu masih di bawah kuasa Dewan Bandaraya


Kuala Lumpur (DBKL) yang meluluskannya.

"Saya harap DBKL akan menyiasat jika ada peraturan EIA dalam
perundangannya serta sama ada ia disyaratkan ketika projek itu
diluluskan.

"Jika ada, DBKL boleh ambil tindakan kerana pemaju melanggar syarat
berkenaan," katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Banjir kilat di Lebuhraya Persekutuan laluan Kuala Lumpur ke Shah


Alam berhampiran susur keluar ke lebuh raya Kerinchi Link dan Pantai
Dalam semalam, menyebabkan ratusan kenderaan terperangkap dalam
kesesakan jalan raya.

Wan Junaidi berkata, banjir kilat itu bukan berpunca daripada taburan
hujan tinggi kerana sistem saliran dan perparitan mampu menampung
hujan antara jam 1 tengah hari hingga 4 petang semalam.

Sebaliknya, ia berpunca daripada kecuaian pihak pemaju dan


kontraktor, menyebabkan lumpur serta sampah tapak pembinaan
mengalir ke dalam parit dan longkang lebuh raya hingga menyumbat
sistem saliran, menyebabkan air melimpah ke jalan raya.

"Jika pembinaan itu diluluskan sebelum Ogos 2015 dan pihak berkuasa
tempatan (PBT) tidak meletakkan syarat EIA, pemaju boleh melarikan
diri daripada tanggungjawab memasang takungan air dan perangkap
sampah," katanya.

Ditanya mengapa peraturan EIA diperkenalkan pada Ogos 2015 tidak


boleh diguna pakai terhadap projek yang diluluskan sebelum tarikh itu,
Wan Junaidi berkata, kerana pelaksanaan undang-undang tidak boleh
dianjak ke belakang.

Anda mungkin juga menyukai