Anda di halaman 1dari 2

USAHA-USAHA MENGATASI FENOMENA BANJIR

Banjir sememangnya suatu perkara yang lumrah di Negara-negara yang


terletak di Zon Ekuatorial. Zon ini mengalami hujan lebat secara berterusan pada musim
tengkujuh. Di Malaysia, musim tengkujuh biasanya berlaku pada penghujung dan awal
tahun. Pada musim tengkujuh, angin monsun Timur Laut membawa hujan lebat di pantai
timur Semenanjung, Sabah, dan Sarawak. Apabila limpahan hujan yang luar biasa yang
berterusan berlaku, maka terjadilah banjir mega seperti yang dialami pada tahun 1967
dan 1971.
Fenomena banjir yang kian meningkat adalah akibat tabiat manusia yang tamak
haloba mengaut hasil alam dan kurang memberi tumpuan terhadap kepentingan awam.
Perbuatan mereka semakin memudaratkan alam sekitar dengan perancangan
pembangunan yang kurang sempurna dan penguatkuasaan yang longgar. Di Malaysia,
banjir mega yang berlaku baru-baru ini, khususnya di Johor adalah akibat pembalakan
secara besar-besaran yang pengawalannya bertambah sukar. Justeru, sudah tiba
masanya hukuman yang lebih berat dikenakan terhadap pembalak haram bagi
mengekalkan kawasan hutan hujan tropika yang mempunyai kesan span yang lazimnya
mampu mengurangkan kemusnahan akibat banjir. Projek pembangunan yang meliputi
projek perumahan pula diwajibkan melakukan penilaian terhadap kesan alam sekitar
agar tragedi di Highland Tower tidak berulang.
Selain itu, cadangan untuk mewajibkan pemaju perumahan membuat kolam atau
tasik bagi menampung air apabila berlaku banjir harus dilaksanakan dengan segera.
Idea pemasangan sistem menuai air hujan di setiap rumah dilihat sebagai sesuatu yang
positif kerana saluran tadahan air atau paip yang membawa air ke dalam tangki air
hujan membantu penjimatan air. Sistem perparitan pula perlu dinaikkan taraf supaya
aliran air menjadi deras dan mengurangkan masalah banjir. Berbagai-bagai kaedah lain
dapat diambil untuk mengelakkan banjir mega termasuk pihak media harus membuat
liputan tentang sungai
bagi memastikan sungai-sungai di negara kita mampu
mengalirkan airnya dengan deras.Di samping itu, Kempen Cintai Sungai Kita perlu
diteruskan dan diperhebat.
Hari ini cuaca kian tidak menentu sebagai akibat kerakusan manusia. Amerika
Syarikat , negara terkuat dan termoden pun turut dilanda taufan dan hujan yang
mengorbankan nayawa yang banyak. Penggunaan teknologi terkini pun gagal
mengelakkkan banjir mega apabila manusia merosakkan persekitaran. Malaysia tidak
perlu menjadikan senario ini sebagai isu yang dapat melemahkan usaha mencegah
banjir, sebaliknya institusi pengajian tinggi wajar menawarkan pengajian dalam bidang
alam sekitar serta pengkhususan dalam pencegahan dan pengurusan banjir. Kajian
demi kajian harus sentiasa diadakan untuk meningkatkan kemampuan kita untuk
mencegah dan menguruskan banjir.
Kesimpulanya, janganlah memandang remeh terhadap masalah sejagat ini
supaya kita tidak lemas kelak. Dalam hal ini, pencegahan adalah lebih baik.
( Dipetik dan diubahsuaikan daripada Fenomena
Banjir Mega , Hukuman kepada Manusia ,
Dewan Siswa, Februari 2007 )

Borang Teknik DRTA ( Directed Reading Thinking Activity )


( Aktiviti Membaca Berfikir Terarah )

FASA 1
Ramalan teks yang akan dibaca

Perkataan sinonim

Bukti ramalan tepat

Ramalan-ramalan baharu

Anda mungkin juga menyukai