Anda di halaman 1dari 9

BANJIR KILAT : PUNCA-PUNCA DAN LANGKAH-LANGKAH

MENGATASINYA.
Pada hari ini dapat kita perhatikan bahawa pembangunan yang rencam kian mendominasi
segenap bumi Malaysia. Namun, tanpa kita sedari di sebalik kemajuan dan kecanggihan mekanisme
yang dicapai telah mengundang bencana khususnya berkaitan pelestarian alam sekitar. Salah satu
daripada bencana alam tersebut ialah banjir kilat yang kini kian menjadi isu nasional dan sering
diperdebatkan dalam kalangan ahli politik malah rakyat negara ini. Justeru, terdapat beberapa faktor
yang menyumbang kepada permasalahan ini dan langkah-langkah yang drastik dan komrehensif perlu
dilaksanakan bagi mengelakkan kemelut ini menjadi bertambah kronik.
Punca dominan berlakunya banjir kilat ialah sikap segelintir manusia yang lebih mengutamakan
kemajuan modenisasi berbanding pengekalan kualit alam sekitar yang bertindak sebagai nadi
kelangsungan hidup. Kejadian penebangan kawasan hutan untuk pembangunan dan residensi sehingga
tidak terkawal hampir memusnahkan Taman Pertanian Bukit Cerakah baru-baru ini menunjukkan
kejahilan dan begitu halobanya manusia membangunkan alam sekitar. Aktiviti penggondolan hutan dara
ini bukan sahaja mengakibatkan banjir kilat malah memusnahkan kawasan tadahan hujan di Malaysia.
Selain itu, kaedah pertanian yang tidak sistematik dan pelaksanaan projek pembangunan di
kawasan bukit berpotensi sebagai punca berlakunya kejadian banjir kilat. Bukit bukau yang diratakan
menyebabkan tiada pokok yang dapat mencengkam tanah seterusnya menyumbang kepada masalah
lain seperti kejadian tanah runtuh sebagaimana yang berlaku di Tanah Tinggi Cameron baru-baru ini. Hal
ini secara tidak langsung boleh membahayakan nyawa orang awam malah ekosistem di bumi turut
terancam. Justeru, janganlah seperti sudah terhantuk baru nak terngadah, sebelum masalah ini menjadi
bertambah kritikal.
Pepatah Melayu, ombak yang kecil jangan disangka anak, jelas menunjukkan sikap segelintir
masyarakat pada hari ini yang memandang enteng terhadap isu pembuangan sampah sarap yang tidak
terkawal. Mereka mengambil jalan mudah dengan membuang sampah sarap tersebut ke dalam sungai
dan berpendapat arus sungai akan membawa sampah-sampah tersebut ke tempat yang lebih
jauh. Sikap sebeginilah yang menyebabkan pengaliran air sungai tidak berjalan lancar dan apabila hujan
lebat, sudah tentu sungai tidak dapat menampung isi padu air yang berlebihan seterusnya akan
melimpahi dan membanjiri kawasan berhampiran. Situasi ini bertepatan dengan peribahasa, lengkuas di
tepi kandang, tegak puas badan menyandang.
Punca seterusnya ialah sistem pengaliran air yang tidak berfungsi dengan baik turut
menyumbang kepada kejadian banjir kilat. Sikap tidak bertanggungjawab masyarakat khususnya mereka
yang tingal di kawasan perumahan menyebabkan sistem perparitan tersumbat dan gagal
berfungsi. Namun begitu, sikap manusia yang bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masingmasing, tidak cuba mengambil inisiatif untuk membersihkan longkang tersebut dan hanya mengharapkan
pihak majlis perbandaran untuk bertindak membersihkannya.
Ekoran daripada masalah banjir kilat ini, langkah-langkah yang efisien perlu digarap dan
diaplikasikan bagi mengatasi kesulitan ini ibarat kata pepatah, kusut di hujung balik ke pangkal. Dalam
hal ini, kesedaran semua pihak merupakan indikator utama penentu kelestarian alam
sekitar. Masyarakat perlu berfikiran terbuka dan bijak menilai dengan rasional betapa

pentingnyabmenjaga alam sekitar. Anak-anak perlu dididik sedari kecil lagi dengan nilai-nilai murni bagi
meneruskan kelangsungan hidup di muka bumi ini, bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Hal ini bertepatan dengan ungkapan hikmat Betrend Russel, manusia yang bahagia ialah
manusia yang hidupnya untuk alam bukan untuk diri sendiri.
Selain itu, kerja-kerja pendalaman sungai perlu dilakukan di samping pembersihan sistem
pengaliran air agar dapat berfungsi dengan baik dan berkesan. Namun begitu, masyarakat juga perlu
mengubah perspektif negatif mereka dengan tidak membuang sampah-sarap ke dalam sungai sebaliknya
membuang sampah-sarap tersebut di tempat yang telah disediakan. Hal ini secara tidak langsung dapat
memupuk nilai-nilai murni dalam sanubari mereka seterusnya membuktikan kejayaan kempen yang
dianjurkan kerajaan seperti kempen cintai sungai kita.
Bagi mengatasi masalah penyahhutanan seperti pembalakan, kerajaannperlu mengehadkan
kawasan hutan yang digunakan bagi tujuan pembalakan di samping mengurangkan pemberian lesen
pembalakan kepada syarikat pembalakan. Hal ini bertujuan untuk memastikan hutan yang bertindak
sebagai pelengkap ekosistem di bumi tidak dieksploitasi secara haram. Sehubungan dengan
itu, pengekalan hutan ini juga membantu menyerap air khususnya ketika hujan bagi mengelakkan
berlakunya banjir kilat. Selain itu, denda yang setimpal serta menarik balik lesen syarikat pembalakan
haram wajar dilaksanakan untuk menjamin kelestarian alam sekitar. Tambahan lagi, pokok-pokok yang
telah ditebang wajar ditanam dengan pokok-pokok yang baru bagi memastikan banjir kilat tidak berlaku.
Langkah seterusnya ialah mengamalkan kaedah pertanian yang sistematik dan tidak menjejaskan
kualiti alam sekitar. Antara amalan pertanian yang berkesan mengurangkan resiko banjir kilat ialah
tanaman bergilir, tanaman berteres, tanaman berjalur dan membajak kontur. Hal ini, terbukti apabila
Indonesia mengamalkan tanaman berteres menerusi penanaman padi di Bali.
Jelas di sini bahawa, implikasi daripada kejadian banjir kilat sememangnya membawa
kemusnahan dan kerugian yang besar. Tuntasnya, kerjasama semua pihak perlu bagi menjamin kualiti
hidup seterusnya menjadi pemangkin ke arah kelestarian alam sekitar ibarat kata pepatah, berat sama
dipikul, ringan sama dijinjing.

HARI: KHAMIS(19/7/2012)
Banjir kilat ialah banjir yang berlaku dengan serta-merta atau dengan tidak disangkasangka. Banjir kilat adalah antara bencana alam yang kerap berlaku di Negara kita dan
boleh mendatangkan beberapa kesan buruk terhadap semua hidupan sehjingga boleh
membawa kematian.
Banjir kilat berlaku disebabkan oleh beberapa factor. Antaranya ialah akibat hujan
berterusan. Hujan yang berterusan tanpa henti-henti selama beberapa jam akan
menyebabkan banjir berlaku. Di kawasan-kawasan rendah, air hujan akan dialirkan ke

sungai. Air yang memenuhi sungai akan melimpah keluar sehingga menyebabkan
kawsaan tanah rendah dipenuhi air.
Hutan yang berperanan untuk menyerap air hujan juga semakin berkuranagn. Hal ini
menyebabakan air hujan terus turun ke bumi tanpa diserap oleh tumbuhan. Hujan yang
turun dengan lebat menyebabkan air mengalir dengan banyak ke dalam sungai. Apabila
sungai tidak dapat menampung air hujan dalam jumlah yang banyak, maka berlakulah
banjir kilat.
Masalah banjir kilat yang sering melanda Bandar pula adalah disebabkan kekurangan
system perparitan yang sempurna. Parit yang dibina terlau kecil dan cetek serta sering
tersumbat. Apabila berlaku hujan lebat, parit tersebut tidak dapat menampung
sejumlah air yang banyak. Maka air melimpah keluar dari parit menyebabkan banjir
kilat berlaku.
Hujan dan banjir merupakan fenomena alam yang berlaku secra semula jadi dan
membawa rahmat kepada manusia, tetapi jika kita tidak mengambil langkah-langkah
untuk memelihara kelangsungan alam serta tidak melakukan aktiviti pembangunan
dengan terancang, maka masalah banjir kilat akan berterusan.

FAKTOR-FAKTOR BERLAKU BANJIR

Banjir berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor-faktor berlaku banjir
adalah:-

Hujan yang berterusan.

Hujan yang berterusan tanpa berhenti-henti akan menyebabkan banjir berlaku. Di


kawasan-kawasan rendah, air hujan akan dialirkan ke sungai. Sungai yang dipenuhi
air akan melimpah keluar sehingga menyebabkan kawasan tanah rendah dipenuhi
air.

Proses pembandaran.

Proses pembandaran menyebabkan banyak kawasan yang dipermodenkan.


Kawasan-kawasan tanah rendah telah ditebus guna dengan mengambil tanah dari
kawasan bukit. Ada juga anak-anak sungai yang ditimbus untuk dijadikan tapak
bangunan.Aktiviti-aktiviti seperti ini merupakan faktor penyebab berlakunya banjir.
Jika dahulu anak-anak sungai dan lembah dijadikan kawasan aliran air, kini kawasan
tersebut telah ditimbus dengan tanah. Apabila hujan turun, air akan mengalir dari
kawasan bukit ke kawasan yang rendah dan kemudian bertakung. Lama-kelamaan
air akan bertambah dan banjir kilat akan berlaku.

Hakisan sungai.

Hakisan sungai yang kerap berlaku disebabkan oleh dua faktor iaitu hakisan berlaku
secara semula jadi dan pembuangan sisa domestik manusia.

Faktor semula jadi berlaku apabila hujan turun dengan lebat, air akan mengalir
deras and menghakis tebing-tebing sungai. Akhirnya tanah tebing akan runtuh dan
membentuk satu mendapan di dasar sungai. Seterusnya sungai akan menjadi
cetek.

Begitu juga dengan aktiviti manusia yang suka membuang sisa-sisa domestik
seperti sampah-sarap dan sisa-sisa industri ke dalam sungai boleh menyebabkan
sungai menjadi cetek dan pengaliran air tersekat.

Apabila hujan lebat turun, sungai yang telah menjadi cetek akibat hakisan semula
jadi atau pencemaran tidak dapat menampung atau megalirkan air hujan yang
banyak. Akhirnya air sungai akan melimpah ke tebing dan dengan ini banjir akan
berlaku.

Hutan tadahan.

Hutan merupakan satu kawasan yang menempatkan pelbagai jenis tumbuhan dan
haiwan. Selain itu hutan juga boleh dijadikan sebagai pengimbang ekosistem dunia
dengan merendahkan kadar suhu. Hutan menyerap air hujan yang turun ke
permukaan bumi dengan kadar antara dua peratus hingga 20%. Kemudian air yang
diserap akan dialirkan ke anak-anak pokok melalui akar. Ada juga proses
pemeluwapan dilakukan dengan membebaskan semula titisan-titisan air ke udara.
Dengan ini berlaku kitaran air secara semula jadi.

Pemusnahan hutan menyebabkan hujan terus turun ke bumi tanpa diserap oleh
tumbuhan. Hujan yang turun dengan lebat menyebabkan air mengalir dengan
banyak ke dalam sungai. Sungai tidak mendapat menampung air hujan dalam
jumlah yang banyak. Pada masa ini limpahan air sungai akan berlaku
mengakibatkan banjir.

Sistem perparitan tidak terancang.

Masalah banjir yang sering melanda bandar adalah disebabkan kekurangan sistem
perparitan yang dibina serta ianya terlalu kecil dan cetek. Jumlah air yang banyak
menyebabkan air melimpah keluar dari parit menyebabkan banjir kilat berlaku.

KESAN-KESAN BANJIR

Banjir memberikan beberapa kesan yang tidak baik terhadap semua hidupan
sehingga boleh membawa kematian. Antara yang disebabkan oleh banjir adalah:
Kemusnahan Tanam-tanaman

Air banjir yang bertakung terlalu lama di kawasan pertanian menyebabkan tanaman
mati. Antara tanaman yang mudah mati adalah getah, koko, kepala sawit dan padi.
Kemusnahan tanam-tanaman ini akan merugikan para petani.

Kemusnahan Harta Benda

Banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah kediaman serta menghayutkan


serta merosakkan barang-barang lain seperti barang-barang elektrik, kereta dan
sebagainya. Ini membawa kerugian besar kepada penduduk.

Penyakit

Kesan yang paling buruk dibawa oleh banjir adalah kesihatan manusia. Banjir yang
berlaku akan menyebabkan takungan najis keluar bersama-sama limpahan air. Najis
ini bertaburan di merata-rata tempat sehingga mengakibatkan pelbagai jenis
penyakit seperti taun dan malaria.

Kematian

Banjir juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa terutamanya di kawasan yang


rendah dan berhampiran dengan sungai.

Kerugian Kerajaan

Banjir sering merosakkan harta awam seperti jalan raya, bangunan, telefon, elektrik
dan mengakibatkan pelbagai jenis penyakit. Semua ini akan ditanggung oleh
kerajaan dengan memperbaiki kerosakkan dan membiayai kelengkapan perubatan.
Kesemua ini memerlukan kos penyelenggeraan yang tinggi.
Selain itu kerajaan juga terpaksa menyediakan pelbagai keperluan asas seperti
makanan dan minuman, ubat-ubatan disamping menyediakan petempatan
sementara mangsa banjir.

CARA-CARA MENGATASI BANJIR

Pelbagai cara dijalankan, antaranya:

Menyediakan Sistem Perparitan


Parit-parit yang telah cetek akibat daripada bahan-bahan kumuhan hendaklah
sentiasa dibersihkan. Dengan ini air limpahan dan hujan dapat dialirkan dengan
baik.

Projek Pendalaman Sungai

Kebanyakan kejadian banjir berlaku kerana kecetekan sungai. Jika dahulu sungai
mampu mengalirkan sejumlah air yang banyak dalam sesuatu masa, kini pengaliran
telah berkurangan. Ini disebabkan proses pemendapan dan pembuangan bahanbahan buangan.

Langkah untuk menangani masalah ini ialah dengan menjalankan proses


pendalaman sungai dengan mengorek semua lumpur dan kekotoran yang terdapat
di sungai. Apabila proses ini dilakukan, sungai bukan sahaja menjadi dalam tetapi
mampu mengalirkan jumlah air hujan dengan banyak.

Memelihara Hutan

Kegiatan pembalakan di mana penerokaan di kawasan pinggir sungai digemari


menyebabkan tanah terhakis dan runtuh ke sungai. Keadaan yang sama juga
berlaku apabila aktiviti pembalakan yang giat dilakukan di lereng-lereng bukit.
Oleh itu pemeliharaan hutan merupakan cara yang baik untuk mengatasi masalah
banjir. Hutan boleh dijadikan kawasan tadahan yang mampu menyerap air hujan
daripada mengalir terus ke bumi.

Hutan boleh berfungsi sebagai bunga karang (sponge) dengan menyerap air hujan
dan mengalir dengan perlahan-lahan ke anak-anak sungai. Ia juga bertindak
sebagai penapis dalam menentukan kebersihan dan kejernihan air. Hutan mampu
menyerap air hujan pada kadar 20%. Kemudian air hujan ini dibebaskan kembali ke
atmosfera melalui sejatan pemeluwapan. Hanya dengan ini sahaja pengurangan air
hujan dapat dilakukan.

Mengawal Aktiviti Manusia

Banjir kilat yang berlaku terutamanya di bandar disebabkan pembuangan samapah


dan sisa industri ke sungai dan parit. Bagi menangani masalah ini, kesedaran
kepada masyarakat perlu didedahkan supaya aktiviti negatif ini tidak terus
dilakukan seperti mengadakan kempen mencintai sungai dan sebagainya.

Badan-badan tertentu juga harus bertanggungjawab menentukan sungai sentiasa


bersih dan tidak dijadikan tempat pembuangan sampah.

Kejadian banjir merupakan malapetaka yang tidak dapat dielakkan terutamanya


apabila membabitkan hujan lebat. Bagaimanapun usaha seharusnya dibuat untuk
mengurangkan akibat banjir. Manusia juga harus sentiasa berwaspada dengan
kejadian in

Anda mungkin juga menyukai