Anda di halaman 1dari 2

KARANGAN CONTOH 2 Baru-baru ini beberapa kawasan di negara kita telah dilanda banjir kilat.

Hal ini telah menimbulkan pelbagai masalah kepada penduduk di kawasan tersebut. Berikan cadangan anda tentang usaha-usaha yang wajar dilakukan untuk mengatasi banjir kilat. Sejak belakangan ini, beberapa kawasan di negara kita sering dilanda banjirkilat. Kalau dahulu banjir hanya berlaku di kawasan rendah yang berhampiran dengansungai atau di kawasan persisiran pantaitetapi kini banjir kilat mula menjengah bandar-bandar besar. Seperti yang dilaporkan oleh media tempatan, antara kawasan yangsering dilanda banjir kilat ialah kawasan sekitar Lembah Klang, dan yang terbaru dibandar raya Shah Alam. Satu hakikat yang perlu diterima adalah banjir kilatmengundang penderitaan dan kepayahan yang bukan sedikit kepada penduduk yangterlibat. Justeru, usaha-usaha wajar dilakukan agar fenomena banjir kilat ini tidakberterusan. Proses urbanisasi berlaku dengan pantas. Hutan diteroka dan bukit digondolkanuntuk dijadikan sebagai tapak pembangunan. Kawasan perumahan dan kilangkilangtumbuh bagaicendawan tumbuh selepas hujan. Walau bagaimanapun, pihak pemajuseakan-akan alpa untuk menyediakan sistem perparitan yang sempurna. Oleh itu, pihakberkuasa wajar menyediakan peraturan yang lebih ketat dan pemantauan yang lebihkerap apabila sesuatu kawasan itu hendak dibangunkan.Pastikan pihak pemajumenyediakan sistem perparitan yang memenuhi piawaian yang ditetapkan. Denganadanya sistem perparitan yang baik, air dapat mengalir dengan lancar ke sungaisungaidan seterusnya ke laut. Pemaju yang tidak mematuhi syarat dan peraturan yangditetapkan hendaklah diambil tindakan undang-undang. Sesungguhnya, mencegah lebihbaik daripada mengatasi. Selain itu, terdapat sesetengah kilang dan ladang ternakan sengaja dibinaberhampiran dengan sungai. Tujuannya adalah untuk memudahkan mereka membuangsisa buangan termasuk sisa toksik ke sungai. Hasil buangan tersebut bukan sahajamencemarkan sungai malah mendapan sisa tersebut akan menyebabkan sungaimenjadi cetek. Akibatnya, air sungai akan melimpah setiap kali hujan lebat yang turuntanpa henti untuk tempoh yang lama. Oleh yang demikian, pihak pengusaha kilang danpenternak yang terbabit perlu lebih bertanggungjawab. Sikap mementingkankeuntungan dan kesenangan diri harus dikikis. Mereka sepatutnya membuang sisakilang dan sampah sarap di tempat pelupusan yang ditetapkan, bukannya disalirkan kesungai. Sekiranya sikap tidak bertanggungjawab ini masih berterusan, tindakanmenamatkan operasi kilang atau ladang ternakan tersebut hendaklah diambil. Pembangunan di kawasan tanah tinggi kerap kali menjadi punca berlakunyapemendapan di dasar sungai yang menyebabkan sungai menjadi cetek. Pihak JabatanPengairan dan Saliran seharusnya peka dengan kejadian seperti ini. Sebaik sahajagejala ini dikesan, tindakan mendalamkan semula sungai wajar dilakukan, janganlahsudah terhantuk baru mengadah. Dalam masa yang sama, sampah sarap yangmenghalang pengaliran air juga hendaklah dibersihkan. Di samping itu, akta yangmenghalang pembangunan di kawasan bukit yang berhampiran dengan tempat kediaman hendaklah dikuatkuasakan. Jika tidak, pendudukpenduduk yang tinggal dikaki bukit terutamanya yang berhampiran dengan sungai akan

terdedah kepada banjirkilat. Sebaik sahaja banjir kilat berlaku di Shah Alam, beberapa cadangan telahdikemukakan untuk mengatasi banjir kilat. Antara cadangan yang dikemukakan adalahdengan membina benteng atau tebatan banjir. Pembinaan benteng dan tebatan banjirakan menghalang air sungai daripada melimpahi kawasan sekitarnya. Pendudukpenduduk di kawasan rendah juga akan dipindahkan manakala jalan raya yang kerapdilanda banjir kilat akan dinaiktarafkan. Kerajaan Selangor melalui Menteri BesarnyaDato Seri Mohamad Khir b. Toyo telah memohon peruntukan kepada kerajaan pusatuntuk melaksanakan cadangan tersebut. Walaupun kos melaksanakan cadangan itumenelan belanja jutaan ringgit namun atas nama kemanusiaan, setinggi mana punkosnya cadangantersebut perlu dilaksanakan segera untuk mengelakkan berlakunyatragedi kemanusiaan yang lebih dahsyat. Sistem amaran banjirkilat juga perlu disediakan. Sebagaimana tsunami, banjirkilat juga boleh mengancam nyawa manusia selain merosakkan harta benda sertamemusnahkan dokumen penting yang lain. Sistem amaran banjir ini boleh dipasang ditempat-tempat atau kawasan yang berpotensi untuk dilanda banjir kilat. Alat penggeratersebut akan mengeluarkan isyarat apabila paras air menghampiri indeks yangditetapkan. Dengan adanya sistem amaran tersebut, penduduk boleh mengambiltindakan segera untuk menyelamatkan nyawa serta barang berharga. Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa menanganibanjir kilat bukanlah satu kerja yang mudah, tidak semudah yang dijangkakan. Namun,komitmen dan penggemblengan tenaga semua pihak dalam melaksanakan usaha-usaha seperti yang dinyatakan di atas penting untuk menangani masalah banjir kilat.Kita berharap dengan adanya bantuan segera yang diberikan,keresahan pendudukyang menjelma akibat berlakunya banjir kilat akan dapat dihapuskan.Tegasnya,masalah banjir kilat ini perlu diatasi segera agar hasrat mewujudkan negara majumenjelang 2020 dapat direalisasikan.

Anda mungkin juga menyukai