Anda di halaman 1dari 2

______________ __Karangan

Kesan Banjir

Banjir yang melanda negara kita beberapa ketika dulu sudah cukup untuk
membangkitkan persoalan; adakah dunia ini selamat didiami lagi? Tidak kira di mana kita
berada, kita dikepungi lautan dengan 70 peratus permukaan bumi adalah air. Maka, kewujudan
air sangat berkait rapat hampir pada setiap aspek kehidupan, lebih-lebih lagi aspek
keselamatan dan nyawa.

Kesan paling buruk yang boleh dibawa oleh banjir adalah kehilangan nyawa. Sama ada
kerana lemas, tercedera akibat banjir, putus bekalan makanan, putus bekalan air bersih,
penyakit dan ketiadaan ubat, kesukaran menemui doktor, bahkan keganasan dan rampasan
barang keperluan asasi akibat kekurangan dan keterdesakan mangsa-mangsa banjir. Semua itu
mungkin. Bagaimana sekiranya air naik dan tidak surut-surut? Bukan saja boleh membunuh
manusia, bahkan boleh melenyapkan negara.

Kesan paling buruk yang boleh dibawa oleh banjir adalah kehilangan nyawa. Sama ada
kerana lemas, tercedera akibat banjir, putus bekalan makanan, putus bekalan air bersih,
penyakit dan ketiadaan ubat, kesukaran menemui doktor, bahkan keganasan dan rampasan
barang keperluan asasi akibat kekurangan dan keterdesakan mangsa-mangsa banjir. Semua itu
mungkin. Bagaimana sekiranya air naik dan tidak surut-surut? Bukan saja boleh membunuh
manusia, bahkan boleh melenyapkan negara.

Kerosakan harta benda sudah membayangkan kesannya kepada ekonomi manusia.


Sekurang-kurangnya, kita memerlukan belanja dalam jumlah yang sama untuk mengembalikan
keadaan kepada sediakala. Bank, premis perniagaan, semuanya mengalami kerugian teruk
bukan sahaja kerana kerosakan harta, bahkan kerana aktiviti perniagaan yang terhenti.

Apabila barangan yang seharusnya dijual tidak dapat dijual, bahkan kerosakan barangan
juga berlaku, maka ia menyebabkan kerugian di pihak peniaga. Syarikat yang menyertai bursa
saham akan terjejas dan menyebabkan pelabur merasa tidak selamat dan mula mengalihkan
modal kepada negara-negara lain sebagai alternatif. Justeru, minat pelabur yang luntur akan
menyebabkan kesan yang lebih buruk kepada industri pelaburan dan tidak mustahil, krisis
kewangan tahun 1999 boleh berulang.

Maka, banjir yang melanda Johor secara dahsyat bukan saja memberi kesan buruk
kepada negeri Johor, bahkan memungkinkan risiko kepada ekonomi negara kita seluruhnya.
Walaupun ini cuma logika sebab dan musabbab, namun risiko ini tidak harus dipandang remeh.

1
______________ __Karangan

Banjir juga mengancam kesihatan. Bermula dari kegagalan fungsi hospital dan farmasi,
berlanjutan kepada penularan penyakit-penyakit berjangkit. Penyakit seperti cirit-birit, taun,
demam kepialu, denggi, hepatitis A dan kudis buta menjadi ancaman akibat daripada bahana
banjir yang menjejaskan kebersihan makanan, minuman, persekitaran. Bahkan kesesakan di
pusat-pusat pemindahan mangsa banjir turut memudahkan penularan sebarang penyakit
berjangkit.

Penyakit Leptospirosis yang mula menyerang dengan dua kes kematian dicatat pada awal
Januari 2007 adalah berpunca daripada bakteria Leptospira yang didapati daripada air kencing
haiwan berdarah panas di mana penyakit ini boleh merosakkan organ dalaman manusia.
Bakteria yang tersebar melalui air banjir mengancam keselamatan kerana penularan yang tidak
terkawal.

Sekolah yang menjadi tempat penempatan sementara mangsa banjir turut terpaksa
ditutup. Akibatnya proses pendidikan terganggu dan menghadapi masalah. Murid-murid dan
pelajar tidak dapat ke sekolah dan proses mengajar terbantut di tengah-tengah. Keadaan boleh
menjadi lebih buruk yang membabitkan masa depan generasi kecil kita.

Realitinya, banjir bukan saja memberi kesan buruk kepada semua mangsa yang terlibat,
bahkan ia juga memberi kesan kepada kesedaran manusia terutamanya, dalam persiapan
menghadapi banjir. Banjir telah membuka mata kita berkenaan sistem perparitan yang
dilaporkan bermasalah, serta beberapa aktiviti pembalakan yang tidak terancang. Dakwaan
tambakan pasir oleh Singapura menyebabkan banjir juga mendapat perhatian yang tidak
sedikit, sekurang-kurangnya banjir telah menyebabkan kita lebih peka kepada banyak perkara
yang sebelum ini lebih bersifat tersembunyi.

Anda mungkin juga menyukai