Anda di halaman 1dari 2

Kini, masalah banjir kilat semakin serius dalam negara kita.

Hal ini dikatakan demikian


kerana rakyat tidak menitikberatkan dalam kebersihan longkang dan kelonggaran undang-undang
juga salah satu isu menyebabkan masalah banjir. Contohnya, rakyat membuang sampah merata-rata
dalam longkang dan pihak kerajaan seperti MPS tidak menjaga kebersihan tempat awam. Kesannya,
masalah banjir kilat akan semakin serius apabila musim hujan datang dan harta benda rakyat akan
dirosakkan. Persoalannya, apakah impak jika banjir kilat berlaku?

Banjir kilat berlaku akan menyebabkan mangsa kehilangan barang-barang kepunyaan


mereka akibat dibawa arus. Hal ini dikatakan demikian kerana mangsa-mangsa banjir akan
mengalami kerugian dan memerlukan kos yang tinggi untuk menggantikan semula segala peralatan
yang sudah rosak. Contohnya, satu keratan akhbar daripada Berita Harian yang bertarikh 5 Disember
2013 dimana dua beranak mati lemas di Pahang apabila bot fiber yang dinaiki terbalik dan
dihanyutkan arus deras kira-kira jam 9 malam. Kesan ini mungkin terjadi akibat daripada lemas
sewaktu meredahi banjir dalam usaha menyelamatkan diri masing-masing. Tegasnya, Banjir kilat
berlaku akan menyebabkan mangsa kehilangan barang-barang kepunyaan mereka akibat dibawa
arus.

Seterusnya, banjir juga menyebabkan kesihatan penduduk terjejas. Hal ini berlaku demikian
kerana penyakit seperti cirit-birit, taun, demam kepialu, denggi, hepatitis A dan kudis buta menjadi
ancaman akibat daripada bahana banjir yang menjejaskan kebersihan makanan, minuman,
persekitaran. Tambahan pula, kesesakan di pusat-pusat pemindahan mangsa banjir turut
memudahkan penularan sebarang penyakit berjangkit. Dalam hal ini, penyakit Leptospirosis yang
mula menyerang dengan dua kes kematian dicatatkan pada awal Januari 2007 adalah berpunca
daripada bakteria Leptospira yang didapati daripada air kencing haiwan berdarah panas di mana
penyakit ini boleh merosakkan organ dalaman manusia. Impaknya, penyakit-penyakit akan
menyebabkan kematian penduduk .Oleh itu, bakteria ini tersebar melalui air sewaktu berlakunya
kejadian banjir.

Lain daripada itu, Sektor pertanian dan penternakan turut terjejas akibat berlakunya banjir.
Air banjir yang bertakung terlalu lama di kawasan pertanian menyebabkan tanaman mati. Antara
tanaman yang mudah mati adalah getah, koko, kepala sawit dan padi. Kemusnahan tanam-tanaman
ini akan merugikan para petani. Pengusaha-pengusaha penternakan seperti ayam, itik dan
sebagainya turut menanggung kerugian akibat ternakan mereka yang mati ditenggelami arus banjir.
Kenyataan ini disokong oleh satu keratan akhbar Berita Harian yang bertarikh 13 Disember 2013
iaitu seramai 22,278 petani, penternak dan nelayan dipercayai menerima kesan akibat banjir yang
melanda Pahang, Terengganu, Kelantan dan Johor, sejak awal Disember lalu. Menteri Pertanian dan
Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata jumlah itu berdasarkan anggaran awal
kementerian terhadap mereka yang mengalami kemusnahan ladang tanaman, ternakan atau
keadaan laut bergelora yang tidak mengizinkan nelayan mencari rezeki.

Seterusnya,sistem perhubungan juga akan terjejas seperti sumber elektrik , sistem


pengankutan dan sebagainya. Sekolah yang menjadi tempat penempatan sementara mangsa banjir
turut terpaksa ditutup daripada aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Akibatnya proses pendidikan
terganggu. Banjir juga sering merosakkan harta benda awam seperti jalan raya, bangunan, dan
sebagainya. Situasi ini menyebabkan pihak kerajaan terpaksa memperuntukkan dana yang tinggi
untuk menyediakan dan membaik pulih infrastruktur-infrastruktur yang telah rosak. Akibatnya,
negara mengalami kerugian dan sekiranya situasi ini sering melanda dalam tempoh masa yang
singkat, sudah tentu ekonomi negara akan menjadi lumpuh.

Kesimpulannya, banjir bukan sahaja memberi kesan buruk kepada semua mangsa yang
terlibat, bahkan ia juga turut melibatkan semua pihak merasai akibatnya. Justereu, ianya memberi
kesan kepada kesedaran manusia terutama dalam persiapan menghadapi banjir. Olrh itu, kita
seharusnya lebih berhati-hati dan peka untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini ini daripada
terus berlaku bak kata pepatah “mencegah lebih baik daripada merawat”. Sekiranya ia sudah
berlaku, maka terlambatlah untuk kita menyesal bak kata pepatah “nasi sudah menjadi bubur”
kerana akan banyak harta benda dan nyawa yang terkorban apabila berlakunya kejadian seperti ini.

Anda mungkin juga menyukai