Anda di halaman 1dari 2

ISU BENCANA ALAM

Dewasa ini, kita sering dikejutkan dengan bencana alam yang


berlaku di dalam dan di seluruh dunia. Berita-berita yang menyedihkan
hati kita ini terpampang di dada-dada akhbar dan dikongsi bersama-
sama oleh manusia sejagat. Kesannya, bencana alam seperti tanah
runtuh, banjir kilat, jerebu, tsunami, gempa bumi dan letusan gunung
berapi telah meragut banyak nyawa yang tidak berdosa. Malangnya,
tiada jalan penyelesaian untuk menghalang bencana alam ini daripada
berlaku. Hal ini demikian kerana, sudah menjadi lumrah alam iaitu
apabila tiba saat dan ketikanya, bencana alam ini pasti akan terjadi.
Persoalannya, apakah punca menyebabkan bencana alam ini berlaku?

Aktiviti pembalakan merupakan antara penyumbang ekonomi


negara, namun antara sedar ataupun tidak, aktiviti ini menjadi faktor
berlakunya bencana alam. Individu-individu yang terbabit dalam aktiviti
pembalakan seharusnya memikirkan kesannya sebelum menebang
pokok kerana, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada
gunanya. Kawasan hutan yang telah ditebang dan jika tidak digantikan
dengan anak pokok yang baharu, biasanya akan terdedah kepada hujan
dan menyebabkan hakisan tanah berlaku. Keadaan ini akan
menyebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh yang akan meragut
nyawa dan menyebabkan kerosakan harta benda. Oleh itu, langkah
yang bijaksana dan efektif perlulah dijalankan untuk menangani masalah
ini daripada berlaku.

Selain itu, terdapat segelintir manusia yang tidak


bertanggungjawab sering melakukan pembakaran terbuka. Hal ini
nampaknya remeh, kerana yang kelihatan hanyalah asap, namun asap
inilah yang menyebabkan kejadian jerebu yang menyulitkan kehidupan
manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Jerebu ini pula boleh
menyebabkan pesakit asma mengalami masalah dan menyebabkan
penyakit mereka semakin kronik. Oleh itu, kita seharusnya sedar dan
berhati-hati semasa melakukan sesuatu perkara kerana pandang jauh
dilayangkan, pandang dekat ditukikkan supaya tidak berlaku
sebarang bencana. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu kita
untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar dan membantu kita
untuk menyelamatkan nyawa manusia sejagat yang tidak berdosa.

Bahkan, terdapat sesetengah anggota masyarakat yang tidak


bertanggungjawab kerana membuang sampah ke dalam longkang dan
sungai dengan sesuka hati. Secara sedar atau tidak, golongan ini
sebenarnya menganiayai masyarakat seperti kata pepatah, “kapak tak
boleh membelah kayu, kalau bukan kayu pula yang menjadi
hulunya”. Hal ini demikian kerana, sistem perparitan akan tersumbat
oleh sampah sarap yang dibuang ke dalam sungai dan longkang.
Masalah sistem perparitan yang tersumbat ini pula akan menyebabkan
banjir kilat berlaku. Kejadian ini sudah pastinya akan menyusahkan
banyak pihak yang tidak berdosa. Oleh itu, pihak berkuasa haruslah
mengkaji masalah ini hingga ke akar umbinya.

Punca lain yang menyebabkan bencana alam ini berlaku adalah


disebabkan oleh aktiviti pembangunan yang tidak terancang di lereng-
lereng bukit. Keadaan ini sudah tentu menimbulkan keadaan yang tidak
selamat dan boleh menyebabkan tanah runtuh berlaku. Negara pernah
mengami bencana alam terburuk apabila sebanyak 14 buah rumah
banglo di Bukit Antarabangsa musnah akibat tanah runtuh dan
mengorbankan empat nyawa pada 6 Disember 2008. Hal ini disebabkan
oleh pihak pemaju yang membangunkan kawasan tersebut tidak
mengambil langkah-langkah keselamatan untuk mengelakkan
berlakunya kejadian tanah runtuh. Mereka tidak membuat sistem
perparitan yang sempurna untuk menyalurkan air atau membina tembok
konkrit untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh. Perkara ini penting
dilakukan kerana kebanyakan kejadian tanah runtuh berlaku akibat
pergerakan air di dalam tanah yang menyebabkan tanah itu longgar dan
mudah runtuh.

Sebagai kesimpulannya, semua pihak haruslah bersama-sama


dan berganding bahu dengan mengamalkan peribahasa “seperti aur
dengan tebing” untuk menangani masalah ini.” Oleh itu, anggota
masyarakat perlulah sedar bahawa tanggungjawab untuk menjaga alam
sekitar tidak terletak di bahu kerajaan semata-mata. Kita harus sedar
bahawa, sebenarnya Allah menganugerahkan alam ini kepada kita
sebagai amanah untuk dijaga. Mahukah kita hidup di dalam kawasan
tanah runtuh, jerebu, banjir dan kemarau? Oleh hal yang
demikian, tepuklah dada, tanyalah selera, sebelum bertindak.

Anda mungkin juga menyukai