Anda di halaman 1dari 11

Jawapan Bagi Esei

Sekolah Menengah Bukit Gantang mengamalkan nilai


menyayangi dan menghargai alam sekitar . Mereka
menanam kesedaran tentang perlunya memelihara alam
sekeliling. Misalnya menggalakkan para pelajar membawa
surat khabar dan tin-tin kosong untuk dikitar semula .
Mereka juga memulihara alam sekeliling untuk memastikan
alam sekeliling berada dalam keadaan sempuna. Sekolah
tersebut juga mengamalkan nilai keharmonian antara
manusia dengan alam sekitar. Mereka sedar perlu
hubungan harmonis antara manusia dengan alam sekitar.
Misalnya, menggunakan bahan mesra alam sebagai bahan
pameran. Mereka memastikan kualiti kehidupan terpelihara.
Misalnya tidak menggunakan bahan pencemar untuk tujuan
pameran.
Nilai taat setia kepada raja dan negara diterapkan
melalui lambang-lambang tersebut. Lambang tersebut
menunjukkan kepatuhan yang berkekalan kepada raja dan
negara. Misalnya, warna putih melambangkan keluhuran dan
keikhlasan. Lambang tersebut juga menunjukkan kesetiaan
yang berkekalan kepada raja dan negara. Misalnya, warna
kuning melambangkan kesetiaan rakyat kepada raja dan
negara. Nilai hidup bersama secara aman juga diterapkan
melalui lambang-lambang tersebut. Lambang tersebut
menunjukkan rakyat perlu hidup berbaik-baik antara satu
sama lain. Misalnya warna biru melambangkan perpaduan.
Lambang tersebut juga menunjukkan rakyat perlu
mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup.
Misalnya lambang lajur melambangkan satu hala tuju yang
sama dan arah yang sama yang dianuti rakyat Malaysia
Hasil daripada cukai ini digunakan oleh kerajaan untuk mentadbir dan mengurus sesebuah
negara dan juga bagi digunakan untuk perbelanjaan pembangunan.

ukai yang dikutip dibelanjakan oleh kerajaan bagi tujuan keselamatan negara dan rakyat,
pembangunan fizikal dan infrastruktur seperti jalan raya, hospital, sekolah serta pembangunan
ekonomi dan sosial seperti perkhidmatan kesihatan, pendidikan, kebajikan rtara tanggungjawab
kerajaan - yang memerlukan pendapatan dari cukai - ialah untuk membina sekolah sebagai tempat
untuk mendidik kanak-kanak. Cuba kita bayangkan di manakah kita sekarang, jika kerajaan
mengabaikan tanggungjawab ini?akyat dan banyak lagi.

elain daripada itu, kerajaan juga memperuntukkan dana untuk menyediakan infrastruktur
asas seperti membina jalan yang menghubungkan kampung, pekan dan bandar dengan kawasan
sekitarnya, dan membolehkan aktiviti perdagangan berlaku antara kawasan-kawasan tersebut.

Kerajaan juga bertanggungjawab untuk membina kemudahan awam seperti pasar untuk
memberi ruang kepada rakyat untuk berniaga dan menjalankan kegiatan ekonomi mereka.

Peniaga tempatan akan mendapat keuntungan apabila barangan import dikenakan cukai - ini
kerana ia akan menggalakkan pengguna untuk memilih barangan tempatan yang lebih murah.

Ia adalah satu strategi perdagangan yang penting digunakan oleh negara-negara di seluruh
dunia dalam menjaga kepentingan rakyat tempatan. Selain itu, cukai import itu boleh
meningkatkan pendapatan sesebuah negara

Cukai ini di gunakan oleh sesuatu Kerajaan itu untuk mentadbir dan mengurus Negara dan
juga bagi perbelanjaaan membangunkan Negara. Cukai yang di kutip ini dibelanjakan oleh Kerajaan
bagi tujuan Keselamatan Negara dan Rakyat, pembangunan fizikal dan infrastruktur seperti
jalanraya, hospital, sekolah, tujuan membangunkan ekonomi, tujuan sosial seperti perkhidmatan
kesihatan, pendidikan, kebajikan rakyat dan banyak lagi.

Secara ringkasnya, cukai ialah kunci kepada pentadbiran negara yang berkesan dan kita tidak
akan dapat lari darinya. Namun, sebelum kita boleh menerima cukai dengan hati yang
terbuka, seseorang itu perlulah faham bagaimana dan kenapa cukai digunapakai oleh
sesebuah Negara.

Antara tanggungjawab kerajaan – yang memerlukan pendapatan dari cukai – ialah membina
sekolah sebagai tempat untuk mendidik kanak-kanak. Cuba kita bayangkan di manakah kita
sekarang, jika kerajaan mengabaikan tanggungjawab ini?

Selain daripada itu, kerajaan juga memperuntukkan dana untuk menyediakan infrastruktur
asas seperti membina jalan yang menghubungkan kampung, pekan dan bandar dengan
kawasan sekitarnya, dan membolehkan aktiviti perdagangan berlaku antara kawasan-kawasan
tersebut.

Kerajaan juga bertanggungjawab untuk membina kemudahan awam seperti pasar untuk
memberi ruang kepada rakyat untuk berniaga dan menjalankan kegiatan ekonomi mereka.
eadaan-keadaan berikut sahaja,

1. Untuk memenuhi keperluan asas (makanan/pakaian/rumah) orang-orang fakir dan


miskin
2. Untuk pembiayaan jentera pentadbiran negara agar negara tetap berfungsi sebagai
pemelihara rakyat seperti gaji kakitangan dan prasarana pentadbiran
3. Untuk penyediaan kemudahan awam seperti jalan raya, hospital, masjid, sekolah dan
seumpamanya
4. Untuk pemulihan situasi selepas rakyat ditimpa bencana alam seperti banjir, ribut
taufan, gempa bumi, tanah runtuh dan seumpamanya
5. Untuk keperluan jihad fi sabilillah.

esan-kesan Kebaikan Pembinaan Empangan

Kesan-kesan baik ataupun tujuan pembinaan empangan ini adalah dapat membekalkan
air kepada penduduk di kawasan terbinanya empangan.Ini memudahkan penduduk di situ
menjalankan kehidupan seharian mereka.Di samping itu, pembinaan empangan ini dapat
mengawal banjir.Banjir selalunya berlaku di kawasan tanah yang renda

Selain daripada mempunyai 340 buah pulau kecil dan besar yang asalnya adalah kemuncak
bukit yang di tenggelami air kawasan Tasik Kenyir juga terkenal sebagai destinasi memancing utama
di Malaysia. Pelbagai spesis ikan air tawar yang mahal harganya terdapat di dalam tasik ini di
antaranya ikan toman, sebarau, kaloi, kelah, lampam dan kelisa dan faktor ini sekaligus
mendatangkan kesan yang positif dari sudut ekonomi dan perlancongan .

Pembinaan empangan ini merupakan pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan


sebagai membawa perubahan sosial.Nilai-nilai baru mula tersebar kedalam kehidupan kumpulan
warga yang berdekatan dengan empangan di situ terutamanya warga peribumi contohnya di
Sarawak dan Sabah.Arus pemodenan yang melanda turut mengubah fikiran dan gaya hidup
mereka.Umumnya sebilangan besar warga peribumi ini masih tertinggal jauh di belakang berbanding
warga Malaysia yang lain.

KESAN-KESAN BURUK PEMBINAAN


EMPANGAN
Pembinaan empangan tidak semestinya membawa kebaikan sahaja. Tetapi
disebaliknya terdapat kesan buruk pembinaan empangan yang wujud sebelum dan selepas
pembinaan yang harus dipertimbangkan. Ia bukan sahaja memberikan kesan terhadap
persekitaran pembinaannya tetapi boleh sehingga muara sungai. Antaranya kesan pembinaan
empangan adalah
 Masalah sistem ekologi
I. Kemusnahan hutan
II. Kepupusan dan gangguan flora dan fauna
 Masalah antropogenik
 Masalah perubahan mikrocuaca persekitaran
 Masalah pencemaran
I. Air
II. Tanah
 Kemasukan air masin
 Kesan mineral tanih persekitaran
 Masalah kaum orang asli.
 Masalah pembaziran wang (ekonomi)
 Kesan ke atas air bawah tanah

Kesan ini juga menyebabkan pelbagai masalah kepada tiga golongan biasanya. Kajian juga
selalunya dikaji mengikut ini iaitu,

 Tumbuhan
 Haiwan
 Manusia

ASALAH SISTEM EKOLOGI


Tidak dinafikan lagi masalah akan timbul dalam ekosistem kita. Ia biasanya bermula
daripada permulaan pembinaan sehinggalah ke hilir sungai.Banyak kajian semulajadi terjejas dan
banyak informasi tidak dapat dijadikan bahan rujukan sebelum terpupus. Secara tidak langsung,
sumber biologikal dan kepelbagaian genetik termusnah. Banyak spesis terancam iaitu haiwan
akuatik, darat, masalah hutan dan akan diterangkan denagn lebih lanjut lagi melalui bahagian di
bawah.

Kemusnahan hutan
Pembinaan empangan memerlukan pembersihan hutan yang luas tanpa kawalan.

Kepupusan dan gangguan flora dan fauna


Banyak flora dan fauna terancam. Masalah bertambah apabila hidupan ini telah terdedah
kepada penyakit berjangkit.Masalah tebing pasir akan terhumbang semasa banjir menyebabkan
kuanitinya semakin berkurang.

Contohnya kawasan pembiakan penyu air tawar telah terancam melalui situasi ini. Ini
juga menghalang laluan penyu dan ikan air tawar dan seterusnya mengganggu tabiat pergerakkan
dan pembiakan mereka.

Di Empangan Temenggor telah dikenal pasti masalah ini dengan bilangan ikan terubuk di
Sungai Perak semakin berkurangan .Masalah lain adalah perpindahan hidupan dari kawasan
hutan ke kawasan berkependudukan. Ini menyebabkan masalah kepada penduduk tempatan
yang tinggal berdekatan. Contohnya adalah pembinaa

MASALAH ENTROPOGENIK
Masalah banjir biasanya berkait dengan berkait dengan sistem pengaliran yang kurang
teratur. Tetapi ada punca lain yang menyebabkan masalah ini berlaku. Antaranya adalah
kekurangan kawasan tadahan air dan sistem pembinaan empangan yang kurang teratur. Masalah
kekurangan kawasan tadahan air di sekitar biasanya wujud. Ini kerana banyak kemusnahan hutan
telah berlaku. Pendedahan tanah terbiar kepada hujan menyebabkan aliran air permukaan
bertambah. Air ini tidak akan terserap kedalam tanah dan mengalir terus kedalam sungai.
Seterusnya menyebabkan banjir berlaku di kawasan hilir sungai biasanya.

MASALAH PERUBAHAN MIKROCUACA


PERSEKITARAN
Apabila tiada tumbuhan di sekeliling, kita akan rasa lebih panas di persekitaran kita.
Situasi ini akan berlaku dengan kerata dan mempunyai bukti yang amat jelas. Haiwan berdarah
sejuk biasanya akan merasakan perubahan ini secara mendadak.

Contoh ikan biasanya menukar habitatnya apabila keadaan persekitaran tidak sesuai lagi
lebih-lebih lagi dalam perubahan suhu. Selain itu, ini boleh menyebebkan masalah penhijrahan
haiwan dari kawasan hutan ke kawasan yang mempunyai penduduk.

MASALAH PENCEMARAN
Masalah yang biasa dihadapi dalam pembinaan empangan adalah pencemaran
a ) pencemaran air b ) pencemaran tanah

pencemaran ini wujud sebaik sahaja pembinaan dijalankan. Ini membawa kesan yang amat ketara
bagi hidupan akuatik . Lebih-lebih lagi dikawasan hilir sungai membawa kesan buruk yang amat
ketara malah menyebabkan komposisi mineral dalam air bertukar.

encemaran air
Biasanya sungai akan menjadi liat dan kelodak apabila hakisan tanah berlaku sewaktu
pembinaan dan pelepasan air. Dari sini, air menjadi coklat menyebabkan masalah pertumbuhan
tumbuhan akuatik berlaku.

Tetapi disebaliknya, sungai akan menjadi kekurangan mineral disebabkan masalah system
aliran air sungai menjadi perlahan disebabkan penangkungan air. Kadar mineral dan oksigen
semakin berkurangan.

Tambahan lagi masalah timbul apabila penduduk bercucuk tanam hasil pertanian
mereka. Penggunaan pestisid tidak dapat dialirkan dan dikitarkan dalam sungai. Kadar pengunaan
baja juga turut menjejaskan kualiti air apabila air dilepaskan dari empangan.

Pencemaran tanah
Masalah ini timbul apabila sisa pembinaan empangan yang tidak teratur. Selain itu,
enapan tanih di kawasan hilir dan pemendapkan di tasik menyebabkan kawasan ini menjadi
semakin cetek. Ini disebabkan masalah hakisan tanih yang di kawasan tebingnya dan
masalah pembuangan sisa seperti kayu-kayu pembinaan, sampah dan bahan induk
pembinaan.

Secara tidak langsung, hilir sungai menjadi semakin cetek begitu juga dengan tasik.
Pencemaran ini menyebabkan masalah dan gangguan kepada hidupan. Ini juga menyebabkan
masalah kepada penduduk juga.

Contoh yang jelas adalah Sungai Terengganu berpunca daripada masalah hakisan pantai yang
amat serius di Seberang Takir, Kuala Terengganu. Ini menyebabkan system pengangkutan
yelah berkurang sbanyak 20 %.

KEMASUKAN AIR MASIN


Pembinaan empangan menyebabkan aliran air sungai di kawasan hilir menjadi
perlahan. Aliran yang perlahan ini menyebabkan kemasukkan air masin secara perlahan-
lahan dalam jangka masa tertentu.

Ini menyebabkan ekosistem akuatik menjadi tidak seimbang terutama di kawasan zon
air tawar. Pembiakan ikan juga akan terjejas Ini juga menyebabkan pukulan ombak
bertambah dan memecahkan pantai dengan lebih kuat. Tidak hairanlah air masin ini dapat
menembusi jauh ke dalam sungai..

Bahan pencemar yang berkepekatan tinggi wujud apabila air masin ini masuk. Ini
kerana pengaliran air sungai adalah perlahan untuk mencairkan kandungan yang terdapat di
persisiran pantai ini. Ini membawa masalah kepada penduduk yang tinggal di sisni
juga.Tetapi masalah ini haruslah mengambil kira juga saizdan kecerunan sesebuah sungai
serta kemerosotan aliran air sungai.

KESAN MINERAL TANIH PERSEKITARAN

Tanih adalah bahan utama dalam pertumbuhan tumbuhan kerana terdat pelbagai
mineral yang penting baginya. Tetapi setelah pembinaan ini berlaku, kandungan mineral
tanih semakin terjejas tidak kira di darat ataupun di sungai.

Tanih akan terhakis menyebabkan kesuburan tanih semakin berkurangan. Mineral di


sini dibawa turun oleh aliran air permukaan. Masalah bertambah apabila nineral ini tidak atau
hanya sedikit sahaja yang terjerap masuk ke dalam tanih

tersebut.

Tanih dalam sungai juga mengalami situasi yang sama.Tetapi kesemua kandungan
mineral ini akan berkumpul di dalam empangan itu sendiri

KESAN-KESAN YANG LAIN


Pembinaan empangan telah memberikan kesan buruk terhadap hidroekosistem
sungai.Diantara keburukannya adalah seperti menjejaskan populasi ikan di hilir sungai jika
pembinaan empangan berlaku di kawasan hulu sungai.Keadaan ini berlaku di kawasan
Empangan Temenggor, Bersia dan Kenering.Kajian yang mendalam telah dijalankan di Tasik
Chenderoh.Hasil tangkapan perikanan di empangan ini adalah rendah dan hanya 22 spesies
telah ditangkap, dan 15 daripadanya terdiri daripada Famili Cyprinidae.Kebanyakan ikan
ditangkap dengan menggunakan pukat hanyut bemata kecil dan ini menunkjukan kekurangan
ikan bersaiz besar di empangan tersebut.Hasil tangkapan per unit usaha (CPUE) pula adalah
antara (2.7 – 12.8 kg. per nelayan- hari yang bernilai antara RM4.94-32.43 per nelayan-hari.
Selain itu, pembinaan empangan yang tidak mengikut spesifikasi boleh menyebabkan
kemusnahan hutan.Puncanya adalah kenaikan paras air melebihi paras yang
dirancang.Keadaan ini telah berlaku di Tasik Chini, Pahang.Menurut keratan akhbar Jabatan
Alam Sekitar (JAS) akan mengambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab
menyebabkan kemusnahan hutan di Tasik Chini.Tetapi situasi ini
boleh diibaratkan ‘nasi sudah menjadi bubur’.
 . KESAN POSITIF Air dari empangan dapat dibekalkan kepada penduduk berhampiran
Contoh : Empangan Kelang Gate untuk kawasan Lembah Kelang Dapat mengawal banjir
yang selalunya berlaku di tanah rendah Contoh : Empangan Kenyir di Tasik Kenyir,
Terengganu
 7. Sektor pelancongan berkembang dengan pesat dan mendatangkan hasil yang lumayan
Contoh : Kewujudan kawasan rekreasi air terjun di Tasik Kenyir seperti Air Terjun Lasir dan
Air Terjun Saok Tasik Kenyir menjadi destinasi memancing utama di Malaysia dan wujud
spesies-spesies ikan air tawar yang mahal di sini
 8. Membantu dalam bidang arkeologi, pengkajian fosil serta membantu dalam bidang
sejarah sesebuah negeri atau kawasan Contoh : Gua Bewah dan Gua Taat di Tasik Kenyir
Penyebaran nilai-nilai baru (permodenan) dalam perubahan sosial masyarakat setempat
Contoh : Penduduk peribumi Sabah dan Sarawak
 9. KESAN NEGATIF Masalah sistem ekologi Contoh : Kemusnahan sumber biologi dan
kepelbagaian genetik Kemusnahan hutan Contoh : Pembersihan hutan secara besar-besaran
tanpa kawalan di Bakun dan Tasik Chini
 10. Flora dan fauna terdedah kepada pelbagai penyakit Masalah tebing pasir yang akan
terhumban semasa banjir menyebabkan kuantiti mereka semakin berkurang Contoh :
Bilangan ikan terubuk di Empangan Temenggor di Sungai Perak semakin berkurangan
 11. Migrasi hidupan dari kawasan hutan ke berpendudukan dan mendatangkan masalah
kepada penduduk tempatan yang tinggal berdekatan Kesan entropogenik : Kekurangan
kawasan tadahan air dan sistem pembinaan empangan yang kurang teratur disebabkan
kemusnahan hutan
 12. Banjir berlaku di kawasan hilir sungai disebabkan peningkatan air permukaan Masalah
mikrocuaca persekitaran : Ketiadaan tumbuhan membuatkan cuaca lebih panas Masalah
pencemaran alam sekitar Sungai menjadi liat dan berkelodak apabila hakisan tanah berlaku
Pencemaran tanah akibat pembuangan sisa pembinaan empangan yang tidak teratur
 13. Memberi impak yang sangat besar terhadap kehidupan orang asli Kehilangan tradisi,
budaya dan cara hidup yang lama Berkait rapat dengan sumber pendapatan, tempat tinggal,
dan ancaman lain seperti penyakit berjangkit Perjalanan hutan mereka terpaksa ditukar
 14. LANGKAH MEMINIMUMKAN IMPAK PEMBINAAN EMPANGAN TERHADAP
ALAM SEKITAR Pembukaan kawasan baru untuk pembinaan empangan haruslah menjalani
Environmental Impact Assessment (EIA) terlebih dahulu
 15. Environmental Impact Assessment ( EIA ) Satu kajian yang digunakan untuk
mengimbangi faktor-faktor alam sekitar dengan sesuatu projek pembangunan yang baru
dirancang Gerak kerja:- Menganalisis parameter-parameter penting dalam menentukan kualiti
air sungai, udara dan aras bunyi, Menganalisis kesan pembinaan empangan terhadap alam
sekitar dan Mencadangkan langkah-langkah mengatasi kesan-kesan tersebut
 16. Isu dan permasalahan yang berbangkit mengenai EIA
 17. KEPENTINGAN PELAKSANAAN EIA Menentukan langkah-langkah pencegahan
awal untuk mengurangkan impak pembangunan yang akan dijalankan terhadap alam sekitar
Menunjukkan kematangan masyarakat dalam mengurus alam sekitar Langkah-langkah
pengurangan kos boleh dijalankan sekiranya EIA dilaksanakan dengan telus.
 18. KESIMPULAN Pembinaan empangan sememangnya memberi impak yang
sangat besar dalam kehidupan Ia merencanakan hubungan timbal balik di antara kesan positif
dan negatif Ketidakseimbangan diantara 2 kesan ini pasti boleh diatasi dengan langkah yang
konsisten dan dinamik oleh pihak-pihak yang terlibat.

sebalik faedah-faedah yang diperolehi hasil daripada pembinaan empangan, ianya turut
memberikan kesan buruk kepada ekosistem termasuk hidupan liar, kepelbagaian tumbuhan,
manusia dan ekonomi setempat. Pembinaan empangan secara umumnya akan menyebabkan
kawasan tadahan menjadi semakin berkurangan, hidupan liar di daratan dan organisma air musnah
sama sekali, aliran air mengalami perubahan secara mendadak, sifat kimia dan fizikal serta kualiti air
berubah, habitat sungai berubah menjadi habitat tasik, ikan air tawar dan organisma akuatik yang
lain berpindah tempat, juga habitat dan ekologi sistem yang baru wujud. Laporan Suruhanjaya
Empangan Sedunia (World Commission on Dams) yang diterbitkan pada November 2000 telah
menyatakan dengan jelas bahawa habitat di hilir sesebuah empangan itu seringkali mengalami
perubahan-perubahan tertentu yang akan mencipta persekitaran yang menggalakkan pembiakkan
spesies-spesies luar dan ini seterusnya dapat menjejaskan populasi spesies-spesies asal sesebuah
sungai tersebut.

Menurut laporan tersebut lagi, ekosistem yang telah berubah boleh menjadi tidak stabil,
menjejaskan sumber-sumber ikan yang menjadi rezeki para nelayan dan membiakkan agen-agen
penyakit yang berbahaya kepada manusia dan spesies lain. Seterusnya, sungai tersebut tidak akan
dapat menyokong masyarakat serta aktiviti budaya dan ekonomi yang wujud di hilir yang telah
menjadi sebahagian sejarahnya. Perubahan habitat ini boleh menyebabkan akibat-akibat yang
sangat buruk kepada penduduk yang bergantung kepada sungai yang telah diempang untuk
kehidupan seharian mereka. Aktiviti penebangan dan pembersihan hutan untuk tujuan pembinaan
empangan telah menyebabkan isipadu air di kawasan tadahan air menjadi semakin berkurangan.
Antara lain, aktiviti penyahutanan turut menyebabkan berlakunya hakisan tanah dan kawasan
tersebut lebih terdedah kepada sinaran matahari. Kesannya suhu sekitaran, suhu tanah dan suhu
permukaan air bertambah. Contoh, Sungai Orange-Vaal di Afrika Selatan, impak pembinaan 24
empangan di sepanjang sungai (2300km) tersebut telah meningkatkan suhu sebanyak 63% (World
Commission on Dams, 2000). Perubahan suhu sekitaran sebenarnya meyumbang kepada faktor yang
menyebabkan perubahan ekosistem kawasan tersebut (Azizan, 2000).

Dalam kerja-kerja pembinaan empangan, pembukaan jalan baru diperlukan bagi mengangkut bahan-
bahan mentah, komponen mesin dan pekerja ke tapak projek. Hakisan tanah, pencemaran udara
dan pencemaran air turut berlaku akibat aktiviti keluar masuk kenderaan dan pembangunan yang
dijalankan di sekitar kawasan pembinaan empangan. Walaupun negara ini memiliki Taman Negara
dan kawasan hutan rimba yang masih luas tetapi dengan dicerobohinya tempat tinggal hidupan liar
bagi pembangunan empangan, maka tak hairan sekiranya terdapat hidupan liar merayau-rayau ke
kawasan pertanian untuk mencari makan (Ismail Sahid, 1985). Kemusnahan hutan ini menyebabkan
tempat tinggal hidupan liar menjadi semakin sempit dan kekurangan bahan-bahan makanan juga
menyebabkan banyak hidupan liar mati kebuluran.

Kebisingan dan kesan pencemaran semasa pembinaan empangan, jalan raya dan penebangan hutan
telah mengganggu hidupan sekitaran. Ini mengakibatkan penghijrahan hidupan sekitaran ke
kawasan-kawasan lain. Sebahagian besar habitat bagi haiwan liar seperti gajah, seladang dan lain-
lain lagi turut hilang sebagaimana yang telah diperhatikan berlaku semasa pembinaan Empangan
Tasik Kenyir (Anon, 1983). Menurut Ismail Sahid (1985), Empangan Kenyir juga telah menenggelam
sebahagian kecil Taman Negara. Jelas disini bahawa bukan sahaja haiwan yang menerima akibat,
malahan juga tumbuhan yang hidup di kawasan-kawasan Taman Negara dan kawasan sekitarnya.
Dalam kita cuba memelihara keaslian Taman Negara daripada sebarang gangguan, kejadian ini
merupakan satu titik permulaan kemusnahan Taman Negara pada masa hadapan.

Anda mungkin juga menyukai