Anda di halaman 1dari 1

PENDIDIKAN MORAL

BAHAGIAN ESEI
1. Jawab dalam satu perenggan
2. Jawab dalam ayat
3. Mesti ada nilai dan penerangan
4. Huraian contoh setiap penerangan
5. Kalau ada nilai tetapi penerangan tiada - 0 markah

Nilai Mengikut isu/Tema

Isu Kerjasama/kecemerlangan
Nilai : kerajinan, bertanggungjawab dan berdikari

Isu Rasuah
Nilai : amanah, bertanggungjawab, mematuhi peraturan dan undang-undang dan rasional

Isu sosial /GRO/ Pelacuran


Nilai: Hemah tinggi, harga diri dan kepercayaan kepada Tuhan

Isu Alam Sekitar


Nilai : Menyayangi dan menghargai alam sekitar, keharmonian antara manusia dan alam sekitar,
kemampanan Alam Sekitar dan peka terhadap alam sekitar

Isu Penderaan
Nilai : Bertanggungjawab, Tanggungjawab terhadap keluarga (kalau dalam kalangan keluarga), kasih
sayang terhadap keluarga dan mematuhi peraturan dan undang-undang (rujuk kepada nilai hak
asasi manusia)

Isu kemerdekaan/kenegaraan /PLKN/Peperangan


Nilai : bertanggungjawab, sanggup berkorban untuk negara, cinta akan negara

Isu Asean/PBB/NATO/Kejiranan
Nilai : hidup bersama secara aman, saling membantu dan bekerjasama,saling menghormati antara
negara, toleransi

Bagaimana Menggunakan Nilai


Nilai Kesederhanaan : tidak boleh digunakan berkaitan undang-undang
Nilai Kepercayaan Kepada Tuhan - Hanya untuk situasi keagamaan dan sosial
Nilai Keadilan - berkaitan dengan hukuman dan membuat keputusan

BAHAGIAN STRUKTUR
1. Nilai mesti tepat
2. Tidak boleh tertinggal perkataan
3. Nilai mesti berturutan
4. Jangan guna simbol ( -, : Nilai kepercayaan kepada Tuhan)
5. Mesti jawab dalam ayat
6. Jawab mengikut nombor jawapan.
7. Penerangan mesti menerangkan nilai dan berkaitan dengan situasi
8. Jawapan mesti positif

Bagaimana Hendak Menjawab Soalan


1. Pastikan anda tahu tema
2. Fahamkan soalan (Situasi)
3. Berikan nilai : tuliskan dan catatkan (Bermakna tulis nilai sahaja tanpa penerangan)
4. Jelaskan, terangkan ( 2m - bermakna IN + 1P)
5. Huraikan, bincangkan ( 3m - 1N + 1P+ 1H/1 C) Huraian bermaksud penerangan lanjut @ contoh

Anda mungkin juga menyukai