Semua orang yang berusaha meningkatkan diri dan ilmu pengetahuannya pasti
tahu bahawa hidup akan lebih mudah dijalani bila kita selalu berfikir positif. Tapi,
bagaimana melatih diri supaya fikiran positiflah yang ‘beredar’ di kepala kita, tak
banyak yang tahu. Oleh kerana itu, sebaiknya kita kenali saja dulu ciri-ciri orang
yang berfikir positif dan mulai mencuba meniru jalan fikirannya.
1. Melihat masalah sebagai cabaran
- Bandingkan dengan orang yang melihat masalah sebagai cubaan hidup yang
terlalu berat dan membuatkan hidupnya jadi paling sengsara di dunia.
2. Menikmati hidupnya
- Pemikiran positif akan membuat seseorang menerima keadaannya dengan senang
hati, meski tak bererti ia tetap berusaha untuk mencapai hidup yang lebih baik.
3. Fikiran terbuka untuk menerima saranan dan idea orang lain
- Dengan itu, boleh jadi ada hal-hal baru yang akan membuat segala sesuatu lebih
baik.
4. Nyahkan fikiran negatif dengan segera setelah fikiran itu terlintas di benak
- ‘Memelihara’ fikiran negatif lama-lama boleh diibaratkan membangunkan singa
tidur. Sepatutnya tidak apa-apa, tapi ternyata boleh menimbulkan masalah.