Anda di halaman 1dari 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN, 14000

BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG

KERTAS KERJA

KARNIVAL GAYA HIDUP SIHAT


PERINGKAT IPGK TUANKU BAINUN
2019

TARIKH :
2 OKTOBER 2019 (RABU)

TEMPAT :
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN

ANJURAN :
GURU PELATIH GAYA HIDUP SIHAT (GHSS3013) DENGAN
KERJASAMA KLINIK KESIHATAN KUBANG SEMANG,
KUBANG SEMANG, BUKIT MERTAJAM, 14000,
PULAU PINANG
1.0 PENDAHULUAN
Kesihatan dan kecergasan adalah faktor dalam menentukan kesejahteraan
dalam kehidupan. Tubuh badan yang sihat dan cergas dapat membantu dalam
melakukan kerja dengan lebih cekap dan bermutu. Guru pelatih yang cergas dari segi fizikal
dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan sosial dapat dilahirkan melalui program
seumpama ini selari dengan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Semua ini dapat diperolehi
dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti melakukan aktiviti kecergasan dan
menjaga kesihatan diri. Dengan adanya aktiviti kecergasan, hubungan di antara guru pelatih
dalam sesebuah institusi dapat dipupuk dan dieratkan lagi. Sukan juga dapat merentasi
sempadan antara kaum, agama dan budaya serta terbukti dalam membina semangat setia
kawan serta kerjasama. Sehubungan dengan itu, program Karnival Gaya Hidup Sihat ini telah
dirancang untuk mencapai objektif tersebut.

2.0 MATLAMAT
Pihak penganjur mensasarkan penglibatan yang menyeluruh daripada guru pelatih
Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun (IPGKTB) di dalam menjayakan program
Karnival Gaya Hidup Sihat ini. Matlamat utama program ini adalah bagi menggalakkan
guru pelatih IPGKTB mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian mereka.
Program ini diharapkan dapat menjadi batu loncatan ke arah mencapai matlamat murni
tersebut.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Merangsang minda guru pelatih supaya sentiasa aktif, produktif dan bermotivasi.
3.2 Membentuk semangat kerjasama dalam satu organisasi dan mengeratkan lagi
hubungan silaturrahim di antara guru pelatih IPGKTB.
3.3 Memberi pengetahuan mengenai tahap kesihatan diri dan gaya pemakanan yang
seimbang.
3.4 Memberi kesedaran kepada guru pelatih IPGKTB supaya mengamalkan gaya hidup
sihat dan mengetahui kepentingan aktiviti sukan kepada kesihatan fizikal
serta mental.
3.5 Menggalakkan penglibatan guru pelatih IPGKTB yang lebih aktif dalam aktiviti fizikal
yang bermanfaat bagi meningkatkan kesihatan jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial.
4.0 STRATEGI PELAKSANAAN
4.1 Hari : Rabu
4.2 Tarikh : 2 Oktober 2019
4.3 Tempat : Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun (IPGKTB)
4.4 Peserta : Guru Pelatih IPGKTB
4.5 Pengelola : Guru Pelatih Gaya Hidup Sihat (GHSS 3013)
4.6 Kewangan : i ) Peserta
iii ) Guru Pelatih Gaya Hidup Sihat (GHSS 3013)

5.0 KUMPULAN SASARAN


Semua guru pelatih IPGK Tuanku Bainun (PPISMP dan PISMP)

6.0 JADUAL KARNIVAL GAYA HIDUP SIHAT 2019


Rujuk pada Lampiran 1

7.0 JAWATANKUASA PROGRAM


Rujuk pada Lampiran 2

8.0 SUMBER KEWANGAN

Sumber Kuantiti
Kutipan wang guru pelatih GHSS RM 90.00
3013
RM 5 x 18 guru pelatih
Yuran Penyertaaan Sukan RM 150.00
RM 10 x 15 kumpulan
JUMLAH KESELURUHAN RM 240.00
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Kuantiti Kos Jumlah


perbelanjaan
1. Air Mineral 6 kotak RM 9.00 RM 54.00
2. Hadiah Hamper tempat RM 40.00 RM 155.00
pertama RM 35.00
Hamper tempat kedua RM30.00
Hamper tempat ketiga RM 25.00
Hamper tempat RM 25.00
keempat
Hamper tempat kelima
3.Perbelanjaan RM 20.00 RM 20.00
am
4. Cenderahati Sumbangan IPGKTB ( 1 set)
JUMLAH RM 229.00

10.0 PENUTUP
Diharapkan kesemua objektif program dapat direalisasikan sepenuhnya agar program
ini memenuhi matlamat yang telah disasarkan. Semoga program Karnival Gaya Hidup
Sihat ini berjalan dengan sempurna dan mendapat perhatian serta kerjasama
daripada semua pihak yang terlibat bagi mempertingkatkan lagi kesihatan dan kesejahteraan
hidup guru pelatih IPGKTB dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial secara
menyeluruh.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

___________________________________ ___________________________
(SANGKEERTANA A/P SUNTARA RAJOO) (MOHAMAD SOBRI BIN HARUN)
Setiausaha, Pensyarah,
Karnival Gaya Hidup Sihat 2019, Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan,
IPG Kampus Tuanku Bainun. IPG Kampus Tuanku Bainun.

LAMPIRAN 1
JADUAL PROGRAM KARNIVAL GAYA HIDUP SIHAT 2019

Masa Aktiviti
7.30 pagi  Pendaftaran peserta

7.45 pagi  Majlis Perasmian


- Bacaan doa
- Taklimat
 Senamrobik
8.15 pagi - 3.30 petang  Pemeriksaan Kesihatan oleh Pegawai
Kesihatan Klinik Kesihatan Kubang Semang
- Indeks Jisim Badan (BMI)
-Tekanan darah
- Kandungan gula dan kolesterol dalam darah
 Pameran Gaya Pemakanan Seimbang
-Piramid Makanan Malaysia
-Faedah mengamalkan gaya pemakanan
seimbang
-Kesan tidak mengamalkan gaya pemakanan
yang seimbang dan penyakit yang berkait.
 Sukan (Stesen kecergasan fizikal)
- Zumba
- Lari dalam guni
- Imbangan dan halangan
3.30 petang  Majlis Penutupan
- Penyampaian hadiah
- Ucapan Pengarah IPGKTB
 Sesi fotografi

4.00 petang  Bersurai

LAMPIRAN 2

AHLI JAWATANKUASA
KARNIVAL GAYA HIDUP SIHAT
PERINGKAT IPG KAMPUS TUANKU BAINUN
2019

Penasihat : En Mohamad Sobri bin Harun


Pengerusi : Tan Yu Kie
Naib Pengerusi : Natasha Binti Sha’ban
Setiausaha : Sangkeertana A/P Suntara Rajoo
AJK Persiapan Tempat AJK Keselamatan & Kawalan
1. Hamiza Hanim Binti Ruslan Peserta
2. Lin Kin Ting
1. Hoo Jia Ling
2. Chew Woei Hong
AJK Pendaftaran & Perhubungan
1. Lim Ai Chin
AJK Senamrobik
1. Nor Ajeerah Bt. Zaharin
AJK Peralatan
2. Asma’ Rafiqah Binti Mohamed
1. Fatin Nur Farhana Binti Ruslan
2. Nur Izzaty Binti Zipri
AJK Kebersihan
1. Hoo Jia Ling
AJK Pengacara Majlis
Pembukaan/Penutup
AJK Hadiah
1. Jenny Sek Yi Ting
1. Nur Aisyah Binti Mahasan
2. Suzy Wong
2. Nur Syakirah Bt. Abd. Halim
AJK Dokumentasi & Jurugambar
1. Zana Ezryan Doros
2. Tan Lit Han

Anda mungkin juga menyukai