Anda di halaman 1dari 2

TUGASAN 1 : PENGURURSAN GRAFIK

Pelbagai kaedah
Unsur kecindan mengajar

Keperluan
murid
Jauhi berat
sebelah
Interaksi yang
seronok

Prihatin

Melibatkan murid
Bimbing murid dalam perbincangan
menyatakan
masalah
PERANAN GURU DALAM
MEMBINA HUBUNGAN
YANG POSITIF DAN
PERSEKITARAN
PEMBELAJARAN YANG
KONDUSIF

Nilai Ingat nama


kebersihan murid

Cinta akan bilik


darjah Kenali murid
Sifat
kepunyaan
Idea
penambahbaikan
Latar belakang
dan personaliti
murid

1
Pengurusan bilik darjah yang cemerlang dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif
serta hubungan yang positif antara guru dan murid. Hal ini tidak wujud dengan sekelip mata sebaliknya
memerlukan usaha daripada guru sebagai penggerak utama dalam menguruskan disiplin bilik darjah.
(Natasha Sha’ban)

Antara peranan yang dimainkan oleh guru ialah menunjukkan keprihatinan dan mengambil berat
tentang keperluan murid. Dalam konteks ini, keperluan murid merangkumi keperluan yang dinyatakan dalam
Hierarki Keperluan Maslow seperti fisiologi, kasih sayang dan penghargaan. Guru perlu membimbing murid
dalam menyatakan masalah terutama bagi murid yang agak malu untuk berkongsi masalah secara
bersemuka. Di samping itu, guru perlu menunjukkan keikhlasan dan memberikan layanan yang sama rata
terhadap masalah murid. Justeru itu, murid akan berasa dirinya dihargai dan disayangi oleh guru dan
seterusnya membina kepada hubungan yang positif. (Natasha Sha’ban)

Selain itu, guru perlu mewujudkan interaksi yang seronok dalam bilik darjah. Hal ini dapat dilakukan
dengan menyelitkan unsur kecindan di dalam komunikasi agar mewujudkan iklim bilik darjah yang selesa dan
bebas daripada tekanan. Bagi menjadikan interaksi lebih menarik, guru boleh menggunakan pelbagai kaedah
mengajar seperti kaedah bermain supaya murid lebih tertarik untuk belajar. Guru juga perlu melibatkan murid
dalam membuat keputusan berkaitan tanggungawab dan peraturan kelas agar mereka tidak berasa
terkongkong oleh kehendak guru. Oleh hal yang demikian, interaksi guru dan murid akan berlangsung dengan
efektif. (Natasha Sha’ban)

Seterusnya, guru perlu mengenali murid secara dekat dengan cara mengingat nama murid serta latar
belakang dan personaliti mereka. Hal ini dapat membantu mengeratkan lagi hubungan guru dengan murid,
sekaligus membantu guru mengawal bilik darjah dengan cekap. Pengetahuan ini akan memudahkan guru
berkomunikasi dengan pelajar tanpa batasan seterusnya mendorong pelajar agar lebih bermotivasi untuk
terus berusaha ke arah peningkatan prestasi akademik dan kecemerlangan sahsiah mereka. (Ong Zhe Xian)

Di samping itu, guru perlu menyemai semangat cinta akan bilik darjah dalam diri murid agar
mempunyai sifat kepunyaan terhadap kelas mereka. Jadi, pertama sekali guru itu sendiri perlu menjadi role
model dengan mengamalkan nilai kebersihan dan keceriaan di dalam kelas seperti sentiasa memastikan kelas
dalam keadaan bersih sebelum memulakan pengajaran. Sifat kepunyaan murid terhadap kelas dapat dipupuk
melalui keceriaan kelas yang mana murid akan lebih menghargai kelas mereka apabila ianya cantik dan
kemas. Guru juga boleh membimbing murid untuk menghasilkan idea bagi penambahbaikan kelas mereka
supaya persekitaran kelas lebih kondusif sesuai mengikut kehendak mereka. (Ong Zhe Xian)

Kesimpulannya, guru memainkan peranan penting dalam menguruskan bilik darjah untuk menjalankan
proses pembelajaran dan pemudah caraan tanpa gangguan. Sehubungan dengan itu, sebagai seorang guru
perlulah mempunyai sikap keprihatinan, tanggungjawab, keadilan dan fleksibiliti dalam merealisasikan
persekitaran pembelajaran yang kondusif serta pembinaan hubungan yang positif antara guru dan murid.
(Ong Zhe Xian)

Anda mungkin juga menyukai