Anda di halaman 1dari 2

PENYATAAN PROFESIONAL

Praktikum Fasa 2 akan saya jalani bermula pada 10 Jun 2019 sehingga 6 September
2019 yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Keladi, 09000, Kulim, Kedah. Saya akan
menjalani praktikum bersama dua orang lagi rakan sekelas saya iaitu Nurul Husna binti Ismail,
dan Nur Syafiqah binti Mohd Sabri. Bidang subjek major saya sewaktu menjalankan praktikum
ialah Sains manakala subjek minor ialah Bahasa Inggeris. Praktikum bagi fasa kedua ini akan
dijalankan selama tiga bulan untuk memberi pengalaman kepada para guru pelatih merasai
persekitaran sekolah yang sebenar dan mengaplikasikan teori pedagogi yang telah dipelajari.
Di samping itu, guru pelatih dapat menambah ilmu pengetahuan melalui pengalaman dan
bimbingan guru-guru serta pensyarah bagi menjadi seorang guru yang kompeten pada masa
akan datang.

Sebagai seorang guru pelatih, saya berharap agar saya dapat membina keyakinan
dan mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang mencukupi untuk mengajar dan
menguruskan kelas dengan baik. Saya amat berharap murid-murid dapat memberikan
kerjasama supaya saya dapat menyampaikan ilmu dengan efektif kepada mereka. Tugas
seorang guru bukan sahaja untuk mengajar tetapi guru juga perlu mendidik murid secara
menyeluruh selari dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), iaitu pendidikan
bertujuan untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari aspek jasmani, rohani, intelek,
dan sosial. Oleh itu, kerjasama yang baik antara murid dan guru di sekolah sangat diperlukan
untuk merealisasikan matlamat ini.

Peluang berpraktikum di sekolah mendedahkan saya kepada situasi sebenar yang


bakal dihadapi oleh guru. Justeru, saya amat berharap agar guru-guru di sekolah dapat
membantu dan membimbing saya dengan baik sepanjang saya berpraktikum. Hal ini demikian
kerana banyak ilmu dan tunjuk ajar yang boleh saya perolehi daripada mereka yang lebih
berpengalaman dalam bidang pendidikan. Saya juga berharap dapat membina hubungan
yang baik serta menyesuaikan diri dengan guru-guru di SK Keladi. Hubungan yang baik antara
guru membolehkan saya berkomunikasi dengan lebih berkesan. Saya juga berharap agar
saya dapat menyesuaikan diri dan mempunyai hubungan yang baik dengan pihak pentadbir
sekolah serta staf sokongan di SK Keladi. Saya amat berharap guru pembimbing saya, Puan
Nur Farhanah binti Mohd Amin dan Puan Asmohaina binti Mohamed dapat berkongsi ilmu
dan pengalaman kepada saya untuk membantu saya menjadi seorang guru yang lebih baik.
Bukan itu sahaja, saya juga berharap agar guru pembimbing dapat menegur kesilapan dan
membantu saya membaiki kelemahan sepanjang saya berada di sekolah tersebut.

Bukan itu sahaja, saya amat berharap pensyarah pembimbing saya Tn. Hj. Ismail bin
Hj. Abdullah dan Encik Azizan bin Ariffin sudi memberikan bimbingan dalam menjalankan
proses pengajaran dan pembelajaran bagi praktikum kali ni. Saya percaya ilmu dan
pengalaman mereka dalam bidang ini amat berguna dan dapat membantu saya menjadi
seorang guru yang kompeten. Saya berharap mereka dapat memberikan nasihat dan
bimbingan selama saya berpraktikum di sekolah. Saya tidak akan mensia-siakan peluang ini
dan saya akan sedaya upaya untuk meningkatkan prestasi saya sebagai seorang guru
berdasarkan bimbingan dan nasihat yang diberikan oleh kedua-dua pensyarah pembimbing
saya.

Melalui praktikum ini, saya amat berharap praktikum kali ini akan lebih baik daripada
praktikum sebelumnya dari segi kemahiran pedagogi dan kawalan kelas. Akhir sekali, saya
amat berharap saya dapat memberikan usaha yang terbaik semasa berpraktikum untuk
menjadi seorang pendidik yang cemerlang pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai