Anda di halaman 1dari 115

“Inovasi Penggerak Komuniti Berkualiti”

Senarai Kandungan Muka Surat

Sidang Redaksi 1
Secubit Rasa Sebaris Kata Menteri Besar Perlis 2
Sekalung Bicara Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan,
Pembangunan Sumber Manusia,
Sains, Teknologi & Inovasi, Teknologi Maklumat & Komunikasi Negeri Perlis 3
Seuntai Kasih Pengarah Kolej Konuniti Arau Perlis 4
Seungkai Kata Pengarah Pendidikan Perlis 5
Kategori A ( Pembelajaran Dan Pengajaran ) 6 - 34
Kategori B ( Makanan & Minuman (Hospitaliti) 35 - 45
Kategori C ( Fesyen & Kecantikan ) 46 - 52
Kategori D ( Kejuruteraan ) 53 - 72
Kategori E ( Umum ) 73 - 102
PENAUNG YB ROZIEANA BINTI AHMAD
Exco Pendidikan, Pembangunan Sumber
Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi, Teknologi
Maklumat Dan Komunikasi
PENASIHAT ZAINUDIN BIN YAHYA
Pengarah Kolej Komuniti Arau
PENASIHAT BERSAMA NAHARUDEEN BIN OTHMAN
Pengarah Pendidikan Perlis
PENGERUSI 1 ROSLIAH BINTI ABU BAKAR
PENGERUSI 2 SURIZAN BIN ROMLI
KETUA EDITOR ALI BIN OTHMAN
PENOLONG KETUA EDITOR NURDILAH BINTI MOHD TAJUDDIN

IDAWATI BINTI AHMAD


MUNIRAH BINTI MANSOR
PUTERI NAZLIN ALAMIN BINTI WAN ZAINAL
ALAMN
EDITOR BAHASA WAN MUHAMMAD FITRI BIN WAN ZAHARI

NORHAYATI BINTI MD SHARIF


EDITOR GRAFIK JEFRI BIN DIN

1
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.

Saya berbesar hati menzahirkan rasa kesyukuran dan ucapan tahniah kepada Kolej Komuniti
Arau atas penganjuran Pertandingan Inovasi Institusi Pendidikan Negeri Perlis 2020 (PRINTIS
2020) dengan kerjasama penuh Kerajaan Negeri Perlis, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dan
Yayasan Inovasi Malaysia sekaligus menerbitkan Buku Inovasi Produk yang memuatkan
kesemua hasil inovasi peserta ini.

Pertandingan inovasi merupakan usaha penting untuk membudayakan aktiviti penyelidikan


dan inovasi dalam kalangan warga pendidik dan pelajar di mana pendekatan ini membuka
ruang dan peluang untuk meningkatkan pencapaian dan pengiktirafan dalam bidang
kepakaran masing-masing.

Penyelidikan dan inovasi adalah agenda penting ke arah mengukuhkan institusi pengajian
tinggi di Malaysia. Pendidik merupakan golongan cendekiawan, ilmuan dan intelektual
profesional yang mampu memberi sumbangan kepada anak bangsa serta menabur khidmat
bakti kepada negara. Pendidik juga sering dijadikan penanda aras kecemerlangan individu
berikutan peranan yang besar dalam menerapkan ilmu kepada komuniti amnya. Penyelidikan
dan inovasi bukan sahaja mampu meningkatkan martabat sistem pendidikan, malah turut
menjadi aset penting kepada negara serta menjadi cabang promosi Malaysia di mata dunia.

Melalui tema ‘Inovasi Penggerak Komuniti Berkualiti’, diharap pertandingan seperti ini dapat
menjadi wadah perbincangan intelektual dalam kalangan cendekiawan dalam melahirkan
modal insan yang terbilang dan berkualiti.

Tahniah dan Syabas!

Sekian, terima kasih.

YAB Dato’ Seri Azlan bin Man


Menteri Besar Perlis
2
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.

Syukur ke hadrat Ilahi atas limpah dan kurniaNya, Pertandingan Inovasi Institusi Pendidikan
Negeri Perlis 2020 (PRINTIS 2020) berjaya dilaksanakan secara norma baharu hasil gandingan
erat Kerajaan Negeri Perlis, Kolej Komuniti Arau dan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis serta
sokongan dan khidmat nasihat dari Yayasan Inovasi Malaysia.

Penganjuran PRINTIS 2020 dilihat mampu mengembangkan idea, kreativiti dan inovasi serta
memberi impak positif kepada negara. Kerajaan Negeri Perlis amat menyokong usaha
menyuburkan inovasi dalam kalangan warga pendidik di semua peringkat. Melalui
pertandingan seperti ini, peserta dapat menggarap idea dan menterjemahkan dalam bentuk
yang kreatif dan inovatif. Hasil produk inovasi yang berpotensi untuk dikomersialkan perlu
dipaten bagi memelihara hak cipta pemilik.

Dengan penerbitan Buku Produk Inovasi ini, diharap agar warga Perlis khususnya mendapat
manfaat sebaran pengetahuan mengenai idea inovasi serta dapat mengakses maklumat agar
budaya dan kecintaan terhadap inovasi tersemai dalam diri setiap individu.

Kerajaan Negeri berharap PRINTIS 2020 menjadi platform kepada institusi pendidikan di
Perlis untuk bersaing secara sihat dalam menjana idea-idea baru yang kreatif dalam bidang
kepakaran masing-masing.

Semoga usaha murni ini dapat mewujudkan persekitaran yang menyokong pembangunan
ekosistem inovasi yang mampan dan berterusan selari dengan perkembangan teknologi
Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).
Sekian. terima kasih.

YB PUAN ROZIEANA BINTI AHMAD


Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan,
Pembangunan Sumber Manusia, Sains,
Teknologi & Inovasi, Teknologi Maklumat & Komunikasi Negeri Perlis
3
Seuntai Kasih
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.

Saya mengucapkan jutaan tahniah dan syabas atas


penerbitan Buku Produk Inovasi Pertandingan Inovasi Institusi
Pendidikan Negeri Perlis 2020 (PRINTIS 2020) ini.
Sekalung ucapan terima kasih ditujukan khas kepada Kerajaan Negeri Perlis atas kepercayaan
dan sokongan kepada Kolej Komuniti Arau (KKA) sebagai urusetia PRINTIS 2020. Saya turut
ingin merakamkan sekalung penghargaan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dan
Yayasan Inovasi Malaysia atas komitmen sebagai rakan kerjasama dalam menjayakan PRINTIS
2020.

Buku ini mengandungi kompilasi maklumat produk inovasi yang dipertandingkan dan boleh
digunapakai sebagai rujukan pihak-pihak yang berkepentingan. Usaha penghasilan dan
penerbitan buku ini penting bagi memartabat dan meningkatkan kualiti pendidikan di
Malaysia setanding di peringkat antarabangsa.

Saya mengucapkan setinggi tahniah dan penghargaan kepada Unit Penyelidikan, Inovasi dan
Komersial KKA atas inisiatif mengangkat pertandingan inovasi ke peringkat yang lebih tinggi.
Produk inovasi yang dipertandingkan di peringkat negeri membolehkan lebih banyak idea
kreatif dan baharu diperkenalkan oleh peserta serta mampu diketengahkan untuk manfaat
komuniti.

Harapan saya agar seluruh warga pendidik dan komuniti mendapat manfaat dari maklumat
produk yang dimuatkan. Penghasilan inovasi secara berterusan dan berimpak tinggi dapat
meningkatkan kecekapan sesuatu proses atau penyampaian perkhidmatan sekaligus
memastikan keberlangsungan dan kemampanan dalam mengharungi cabaran ke arah
menjadi sebuah negara maju.

Semoga institusi pendidikan di Malaysia terus melangkah maju dan menyokong inisiatif
kerajaan dalam usaha mencapai status sebagai sebuah negara maju dan berpendapatan
tinggi.

Sekian, terima kasih.

ZAINUDIN BIN YAHYA


Pengarah Kolej Komuniti Arau

4
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.
Saya merakamkan ucapan tahniah kepada Kolej Komuniti Arau atas kejayaan menganjurkan
Pertandingan Inovasi Institusi Pendidikan Negeri Perlis 2020 (PRINTIS 2020). Jabatan
Pendidikan Negeri Perlis berbangga dipilih menjadi rakan kerjasama dengan Kerajaan Negeri
Perlis bagi menjayakan pertandingan ini.

Jabatan Pendidikan Negeri Perlis (JPN Perlis) sentiasa memberikan sokongan padu terhadap
usaha mengetengahkan idea-idea baru, kreativiti serta inovasi yang dilaksanakan oleh pelajar
serta warga pendidik di Negeri Perlis. Pertandingan ini merupakan medium terbaik dalam
menyemarakkan kreativiti, meningkatkan ilmu baharu dan menyumbang teknologi kepada
komuniti.

Saya melihat penerbitan buku produk inovasi ini sebagai suatu langkah yang sangat baik
untuk dijadikan sumber rujukan penting khususnya kepada warga pendidik dan pelajar. JPN
Perlis akan terus komited dalam memastikan idea-idea baharu dapat diketengahkan serta
berkeyakinan tinggi bahawa kreativiti dan inovasi sentiasa menjadi motivasi terbaik untuk
penambahbaikan yang berterusan. Harapan saya agar PRINTIS 2020 menjadi salah satu
medan untuk membantu warga pendidik meningkatkan kualiti kerja khususnya dalam bidang
penyelidikan dan memberi ruang kepada
pelajar untuk mengetengahkan inovasi hasil cetusan idea-idea baharu.

Penyertaan sekolah menengah di negeri Perlis dalam


pertandingan ini menunjukkan bahawa idea dan kreativiti banyak
dicetuskan oleh anak-anak seawal peringkat remaja lagi.
Saya berharap agar PRINTIS 2020 menjadi laluan perintis
kepada penyuburan inovasi di negeri Perlis khususnya.

NAHARUDEEN BIN OTHMAN


Pengarah Pendidikan Perlis

5
MUKA SURAT
1 POCKETBOOK SENI GUBAHAN DAN UKIRAN JUNAIDAH BINTI MOHD JAN JANG 6
2 MY CODING BODY NOR FADZILAH BINTI RAZALI 7
3 M-ALT NUR SYAZALINA BINTI HANAFI 8
AR4KK : PENGGUNAAN AR DALAM KURSUS TEKNOLOGI
4 MOHD NOOR ARIF ABDULLAH 9
RANGKAIAN
5 RESISTOR VALUE CHECKER (RV CHECKER) Tc. MOHD RIZWAN BIN ABD HALIM 10
6 SMART Tourism:TOURIST GUIDING TECHNIQUE NURASYIKIN BINTI MOHD SALLEH 11
7 ELECTRICAL ACCESSORIES TESTER (EAT) SHMENI BIN SHARIFF 12
8 IOT CLIENT PLATFORM TESTER KU MOHAMMAD YUSRI BIN KU IBRAHIM 13
9 SMART VEGETABLE CUT POSTER (SMART VCP) RABIATUL ADAWIYAH BINTI ISMAIL 14
CLEAR AND EASY TO UNDERSTAND CIRCUIT
10 NOR ZAIDAH BINTI MOHD ZAHARI 15
CONNECTION (CETU2C)
11 MARKETING FUN GAMES SITI LIYANA BINTI ISMAIL 16
PEMBANGUNAN PIC ( PROGRAMMABLE INTERGRATED
12 AHMAD FAKHRUL ZAMAN BIN MOHD ARIFFIN 17
CONTROLLER BOARD )
13 IOT TRAINER KU MOHAMMAD YUSRI BIN KU IBRAHIM 18
14 MINI PIZZA RING IRNA JANNAH BINTI MOHAMAD 19
APPS MODUL PENDIDIKAN ISLAM & MORAL KOLEJ
15 MOHD FUAD BIN KASSIM 20
KOMUNITI (AMPI)
16 SCOOP LADDER-STRETCHER SHAHRUL RADZI BIN MAD ZAKI @ ABDULLAH 21
17 SMART TECHNICAL DRAWING RULER AZLIA BINTI MOHD NAZLI 22
18 DES OUTILS BOX MOHD SHARIN BIN SUJOR 23
19 LAMINATED PASTRY KIT SITI AIESYAH BINTI MOHD DAUD 24
20 ROT'RULER MOHD HAKIMI BIN ABD HADI 25
21 EZY FLIP NURDILAH BINTI MOHD TAJUDDIN 26
SMAPPS: SMART APPS DTH2023 – FOOD AND
22 AZHAN BIN NAWI 27
BEVERAGE SERVICE
APLIKASI TELEFON PINTAR TN4U UNTUK PDP KURSUS
23 FARIZA BINTI ISHAK 28
DEP30083
24 MIND YOUR MOVE INTERACTIVE BOARD GAME AINUL MARDHIYAH BINTI MAT YUSOFF 29
MOHAMED SAIFUDDIN KHAN BIN MOHAMED
25 FUEL GAUGE 30
YACOB
26 PETAMA - PERMAINAN PETA MALAYSIA AHMAD ZAKI BIN ABDUL KASLI 31
27 RG TRAINER VERSI 1 SAFINAH BINTI RAMLI 32
28 SMART MAP: TRADITIONAL FOOD IN PERLIS BALQIS BINTI AHMAD SHAHAR 33
29 PROVERB NAFISAH BINTI ABDULLAH 34
POCKETBOOK –
SENI GUBAHAN DAN UKIRAN
KETUA PENYELIDIK
Junaidah Binti Mohd Jan Jang , Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Abstrak
Seni Gubahan dan Ukiran adalah pengetahuan dan kemahiran tentang asas kesenian dapur
yang meliputi gubahan bunga, ukiran buah-buahan dan sayur-sayuran, kemahiran menghias
kek, pembuatan coklat dan ukiran styrofoam. Seni gubahan dan ukiran ini penting dalam
industri hotel dan katering dimana dapat menambah dan meningkatkan nilai komersil
seseorang “Chef”. Selaras dengan keperluan politeknik, pelajar perlu mengikuti Kursus Seni
Gubahan dan Ukiran, maka terhasillah buku “Pocketbook – Seni Gubahan & Ukiran”. Buku ini
dihasilkan untuk kegunaan pensyarah dan pelajar politeknik terutamanya kepada pelajar yang
mempunyai masalah pendengaran dan pertuturan (Deaf and Mute). Dengan adanya buku ini,
ianya dapat memberi pendedahan kepada teknik asas seni gubahan dan ukiran serta dapat
mengaplikasikan teknik yang dipelajari dalam penyedian dan persembahan makanan. Selain
itu, buku ini sangat menarik dan interaktif kerana mempunyai QR Code bagi setiap topik yang
membolehkan pelajar mengakses informasi tambahan di dalam laman sesawang yang
disediakan sejajar dengan perkembangan teknologi terkini. Di dalam laman sesawang
tersebut, terdapat video interaktif yang mempunyai jurubahasa isyarat yang menterjemahkan
setiap isi kandungan. Dengan ini, pelajar dapat memahami isi kandungan dengan lebih
mendalam dan dapat meningkatkan pemahaman serta membuat latihan-latihan yang
disediakan dalam buku ini.

6
MY CODING BODY
ASAS KOD ARAHAN HTML, ASAS SAINS
KOMPUTER TINGKATAN 1
KETUA PENYELIDIK
Nor Fadzilah binti Razali , Sek. Men. Syed Alwi, Kangar, Perlis

Abstrak
Mata pelajaran Asas Sains Komputer (ASK) adalah satu mata pelajaran yang dianggap susah
oleh majoriti murid-murid yang mengambil ASK di SMK Syed Alwi terutamanya dalam
melaksanakan kod segmen atur cara. Oleh itu, satu inovasi yang dikenali sebagai My Coding
Body adalah satu inovasi menggunakan anggota badan seperti jari untuk memudahkan pelajar
memahami kod atur cara yang terlibat sekali gus dapat memupuk minat murid tingkatan 1
terhadap pengaturcaraan Asas Kod Arahan HTML. Kegunaan kod arahan HTML adalah untuk
membina laman web. Inovasi yang dihasilkan ini adalah untuk membantu murid menjawab
soalan dalam peperiksaan dan memudahkan murid belajar asas pengaturcaraan HTML dengan
mengingati tag asas yang terdapat dalam HTML tersebut.
My Coding Body menggunakan jari untuk mencipta kod segmen atur cara. My Coding Body
diperbuat daripada bahan terpakai seperti kotak/manila kad/kertas yang keras. Terlebih
dahulu murid perlu melakar bentuk jari sendiri. Kemudian, murid-murid akan potong lakaran
jari tersebut dan seterusnya memasukkan segmen kod atur cara dalam jari tersebut. Dalam
Kod Arahan HTML tingkatan 1, murid menggunakan “notepad” untuk membina laman web.
Contoh notepad:

Notepad ibarat seperti kertas kosong tidak mengandungi apa-apa. Dengan memasukkan kod
segmen aturcara, murid boleh membina laman web yang menarik. Terdapat 5 tag utama iaitu
<html> dan </html>, <head></head>, <title></title>, <body></body> dan <p></p>. Untuk
memasukkan banner, pelajar dikehendaki memasukkan tag <banner></banner>. Untuk
membuat tajuk atau sub tajuk yang berbeza saiz, murid boleh meletakkan tag <h1></h1>,
<h2><h2>, <h3></h3>, <h4></h4>, <h5></h5> dan <h6></h6>. Selain itu, murid juga boleh
memasukkan tag bagi “image” menggunakan <img src=”photo1.jpg”>. Untuk membuat
“bullet” murid boleh masukkan tag <ul><li></li></ul>. Tag yang banyak ini boleh mengelirukan
murid. Diharapkan dengan menggunakan My Coding Body murid boleh mencipta laman web
yang menarik dan kreatif

7
NORMA BAHARU PENILAIAN BERTERUSAN
KURSUS STS 3084 - ASAS LUKISAN TERUKUR :
MODEL ASAS LUKISAN TERUKUR (M-ALT)
KETUA PENYELIDIK
Nur Syazalina binti Hanafi, Kolej Komuniti Arau

Abstrak
Konsep pembelajaran kendiri di rumah merupakan satu tuntutan dalam menghadapi norma
baharudi Malaysia. Pelajar perlu belajar dan membuat eksplorasi dengan bantuan daripada
tenaga pengajar secara atas talian. Kaedah ini juga di aplikasikan dalam pentaksiran prestasi
pelajar seperti Pentaksiran Berterusan (PB). Pelajar Semester 3 Program Sijil Teknologi
Senibina (STS) di Kolej Komuniti Arau (KKA) perlu membuat pengukuran bangunan sebagai
salah satu aspek penilaian amali di dalam Kursus STS 3084 - Asas Lukisan Terukur. Walau
bagaimanapun, kekangan dari segi perlu mengikut Standard Operating Procedure (SOP) dan
perlu membuat penjarakan sosial untuk membuat lawatan tapak menjadi satu persoalan.
Model Asas Lukisan Terukur (M-ALT) dibangunkan supaya pelajar dapat membuat kerja
pengukuran bangunan di kediaman masing-masing. Model ini berkonsepkan rupa bentuk
binaan sebenar dengan menggunakan skala yang lebih kecil agar lebih mudah dibawa dan
dikendalikan. 30 orang pelajar telah diberi tugasan pengukuran menggunakan M-ALT. Pelajar
memberi laporan pengukuran melalui hasil lakaran untuk dinilai oleh pensyarah selepas 3 hari.
Pelajar juga ditemubual secara atas talian bagi mendapatkan tindak balas pelajar. Hasil
temubual mendapati bahawa, M-ALT memberi kesan positif kepada pelajar dalam lebih
memahami pengukuran menggunakan skala melalui eksplorasi model berskala kecil. Data yang
diambil daripada hasil pengukuran model tersebut telah berjaya dipindahkan kepada lakaran
untuk menghasilkan lukisan berskala sebenar menggunakan perisian AutoCAD

8
AR4KK :
Penggunaan AR dalam kursus Teknologi
Rangkaian
KETUA PENYELIDIK
Mohd Noor Arif Abdullah, Kolej Komuniti Arau

Abstrak
Teknologi Rangkaian merupakan kursus yang wajib diambil oleh pelajar Sijil Sistem Komputer
dan Rangkaian di Kolej Komuniti di Malaysia. Namun tidak semua pelajar dapat memahami
dengan mudah penggunaan perkakasan dan amali pendawaian yang terlibat dalam kursus ini.
Berdasarkan kajian rintis yang dilakukan, sebanyak 69.2% pelajar mengalami masalah dalam
penggunaan perkakasan rangkaian yang betul dan kesukaran memahami amali yang
dilaksanakan yang memerlukan kepada waktu tambahan belajar dengan membuat
pembelajaran kendiri. Justeru itu sebuah aplikasi pembelajaran mobil (mobile learning)
berasaskan augmented reality yang dikenali sebagai AR4KK telah dibangunkan sebagai
alternatif agar pelajar dapat belajar tanpa batasan masa dan tempat melalui paparan video
dan model 3D menggunakan teknik augmented reality. Augmented reality merupakan
penggabungan objek-objek yang ada di dunia maya ke dalam dunia nyata dalam bentuk dua
dimensi ataupun tiga dimensi. Penggabungan ini kemudian dimaksimakan dengan kemampuan
berinteraksi secara langsung dengan objek tersebut. Sehubungan dengan itu, satu kajian telah
dilaksanakan ke atas 40 orang pelajar semester 1 Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian (SSK) di
Kolej Komuniti Arau yang mengambil kursus Teknologi Rangkaian bagi melihat sejauh
manakah minat, motivasi dan kecekapan kendiri pelajar terhadap penggunaan teknologi
augmented reality menerusi AR4KK dalam mempelajari kursus ini. Ujian pra dan pasca telah
dijalankan untuk membandingkan jumlah markah yang telah diperoleh oleh responden
sebelum dan selepas teknologi ini digunakan. Dapatan menunjukkan peningkatan markah
sebanyak 31.2% dari 50.8% dalam ujian pra ke 82% dalam ujian pasca. Kajian yang meluas
pada masa hadapan juga boleh diadakan khususnya dalam mengatasi masalah yang telah
dikenalpasti serta menambah baik peluang yang sedia ada bagi memantapkan lagi
penggunaan teknologi augmented reality dalam pembelajaran.

9
RESISTOR VALUE CHECKER(RV CHECKER)

KETUA PENYELIDIK
Tc. Mohd Rizwan bin Abd Halim , Giatmara, Kangar

Abstrak
Resistor Value Checker (RV Checker) dihasilkan bagi mempercepatkan proses menentukan nilai
perintang (resistor value) yang mana pada ketika ini melalui pembelajaran dan pengajaran
(P&P) penggunaan carta kod warna perintang yang masih diamalkan dikatakan agak lambat
dan sukar untuk diterjemahkan dengan nilai-nilai perintang yang pelbagai. Resistor Value
Checker (RV Checker) direka khas bagi semua golongan tidak kira muda atau berusia sama ada
pelatih, pelajar, pengajar, pekerja dalam bidang elektronik/elektrikal.
Kewujudan inovasi ini ekoran daripada masalah kelaziman pada semua orang dalam bidang
elektronik/elektrik dari segi ingin menukar atau menterjemahkan nilai mengikut warna pada
badan perintang tersebut. Justeru, produk ini bertujuan memberi kemudahan kepada mereka
dengan kaedah yang cepat dan menjimatkan masa. Produk ini dihasilkan dengan
menggunakan bahan yang diperbuat daripada PVC. Selain ianya dikatakan lasak bahan ini juga
adalah kalis air. Maka dengan itu ianya sesuai tahan dan kekal lama dari segi penggunaan
secara berterusan.
Terdapat tiga jenis resistor value checker iaitu untuk perintang jenis 4 jalur warna (4 band), 5
jalur warna (5 band) dan 6 jalur warna (6 band). Setiap jalur warna direka khas dengan roda
berputar yang mewakili setiap warna yang ada pada kod warna perintang. Oleh itu pilihan
warna jalur pada setiap perintang akan berfungsi untuk menunjukkan nilai tertentu mengikut
warna yang dipilih.
Impak daripada produk ini membawa kepada kaedah menukar warna kepada nilai yang lebih
cepat daripada kebiasaanya dan seterusnya dapat menjimatkan masa untuk mengetahui nilai
sesuatu perintang. Fungsinya yang boleh digerakkan secara manual untuk setiap jalur dan
ringkas serta mampu memberikan tahap kefahaman yang lebih tepat bagi mereka yang baru
mempelajari berkaitan komponen pasif seperti perintang dalam bidang elektronik/elektrik.
Inovasi ini dapat membantu menyerlahkan tahap keyakinan diri dalam kebolehan menentukan
nilai perintang. Oleh kerana perintang mempunyai pelbagai warna dan pelbagai nilai perintang
dalam pasaran alat ganti, ianya dapat diterjemahkan dengan mudah sama ada melalui P&P
atau untuk membaikpulih peranti elektronik/elektrik yang kebanyakkannya menggunakan
banyak komponen pasif seperti perintang dalam sesuatu litar elektronik/elektrik.

10
SMART Tourism: Tourist Guiding Technique

KETUA PENYELIDIK
Nurasyikin Binti Mohd Salleh , Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Abstrak
SMART Tourism dihasilkan bagi memenuhi keperluan kursus DTM 3033 - Tourist Guiding
Technique. Kursus ini merupakan kursus wajib bagi pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan
semester 2. Kursus ini memerlukan pelajar mengurus dan menyampaikan komentar semasa
lawatan serta mempunyai pengetahuan tentang produk pelancongan di dalam negara
khususnya di Perlis. Berdasarkan kepada penggunaan telefon pintar secara meluas, idea ini
dihasilkan secara tidak langsung bagi memudahkan maklumat dicapai oleh pelajar. Selain itu,
ia juga merupakan inovasi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) di dalam kelas.
Penghasilan produk ini ekoran daripada masalah pelajar kurang berminat untuk
menyampaikan komentar dengan berkesan. Justeru SMART Tourism bertujuan memberi
kemudahan kepada pelajar dalam membantu meningkatkan pengetahuan serta teknik
penyampaian komentar. Malah ia juga memberi tambahan maklumat berkenaan produk
pelancongan yang ada di Perlis. Produk ini dihasilkan dengan menggunakan QR Code yang
boleh di imbas dari telefon pintar yang diedarkan QR Code kepada pelajar. Objektif inovasi ini
adalah untuk membangunkan SMART Tourism sebagai salah satu pemudahcara dalam PdP.
Objektif kedua, bagi meningkatkan pengetahuan produk pelancongan di kalangan pelajar.
Akhir sekali, inovasi ini juga dihasilkan bagi memberi motivasi kepada pelajar dalam
menyampaikan komentar. Impak daripada produk ini,pelajar mendapat tambahan maklumat
serta membantu membina keyakinan diri dalam melakukan komentar.

11
ELECTRICAL ACCESSORIES TESTER (EAT)

KETUA PENYELIDIK
Shmeni Bin Shariff, Kolej Komuniti Arau

Abstrak
Electrical Accessories Tester (EAT) dibangunkan untuk untuk menguji aksesori elektrik seperti
suis dan soket secara cepat dan selamat. Kaedah biasa mengambil masa lebih lama kerana
pengguna perlu membuat tetapan terlebih dahulu pada Multimeter, terminal perlu diuji satu
per satu, peralatan perlu dipegang dengan betul dan keputusan perlu diambil daripada bacaan
Multimeter. Penguna EAT dapat menjimatkan masa pengujian kerana semua terminal dapat
diuji serentak, melancarkan proses pengujian litar hidup kerana aksesori telah diuji sebelum
pemasangan dalam litar dan dapat menggelakkan pengguna mengunakan aksesori yang rosak.
Penjimatan masa akan berlaku kerana keputusan pengujian boleh didapati serentak untuk
kesemua terminal (Life, Neutral atau Earth). Kos penghasilan EAT juga rendah kerana peralatan
boleh dihasilkan daripada bahan kitar semula. Kendaliannya juga mudah kerana tidak perlu
tetapan tambahan tetapi hanya perlu menyambungkan pada terminal dan terus menekan suis
ON. Kaedah pengujian dilakukan dengan menguji keterusan litar antara terminal masukan dan
terminal keluaran bagi setiap aksesori elektrik yang diuji. Jika kesemua terminal memperolehi
keterusan yang baik maka aksesori tersebut adalah dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
Penambahbaikan boleh dilakukan dengan menambah penggunaan bunyi buzzer sebagai
penunjuk kedua kerana kaedah sedia ada hanya menggunakan LED. Semoga inovasi ini dapat
membantu pensyarah dan pelajar melaksanakan pengujian ke atas aksesori secara cepat dan
selamat.

12
IOT CLIENT PLATFORM TESTER

KETUA PENYELIDIK
Ku Mohammad Yusri Bin Ku Ibrahim, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Abstrak
Akhir-akhir ini banyak servis laman sesawang membangunkan platform IOT (Internet of Thing)
yang mengintegrasikan kesemua fungsi-fungsi penting yang diperlukan bagi membangunkan
system IOT. Projek inovasi yang dijalankan oleh kami iaitu IOT Client Platform Tester adalah
bertujuan untuk membangunkan satu platform yang dapat menguji komunikasi perkakasan
atau projek pelajar melaui platform internet. Inovasi ini memainkan peranan sebagai peralatan
penyedia dan pemula yang bijak, yang mana boleh digunakan untuk melengkapi sesuatu
projek pelajar dengan kawalan jauh dan fungsi pemantauan masa nyata melalui internet.
Inovasi ini dihasilkan dengan pembangunan pelayan yang dilengkapi dengan MQTT (MQ
Telemetry Transport). Ia direka sebagai pengangkut pesanan penerbitan/langganan. Platform
ini dibangunkan sebagai salah satu alat bantu mengajar bagi kursus Projek (DEE40082).
Penggunaan platform ini adalah bagi memudahkan para pelajar khususnya bagi program
Diploma Teknologi Komputer (DTK) untuk membuat pengujian projek mereka yang
menggunakan sistem Internet of Thing (IOT) yang mana melibatkan komunikasi antara
perkakasan dan juga internet.

13
SMART VEGETABLE CUT POSTER

KETUA PENYELIDIK
Rabiatul Adawiyah Binti Ismail , Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Abstrak

14
Clear & Easy to Understand Circuit Connection
(CETU2C)
KETUA PENYELIDIK
Nor Zaidah Binti Mohd Zahari , Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Abstrak
Clear & Easy to Understand Circuit Connection (CETU2C) adalah sebuah Kit Pembelajaran yang
dibangunkan untuk memudahkan demonstrasi penyambungan komponen-komponen
elektronik dibuat di atas papan litar dan juga cara pengukuran dibuat. CETU2C dilengkapi
dengan papan litar, sumber bekalan kuasa, perintang serta model analog multimeter berskala
besar bagi menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran ketika amali dijalankan. Ia
dibina dalam skala yang besar agar mudah dilihat dan difahami oleh pelajar ketika demonstrasi
dijalankan. Ia digunakan kepada pelajar semester satu khususnya bagi kursus-kursus asas
elektrik iaitu Electrical Technology (DET10013) dan Measurement (DET10012). Saiz papan litar,
model analog multimeter dan perintang yang besar dapat menampung kapasiti pelajar 40
orang dalam satu kelas. Struktur binaan papan litar yang lutsinar dapat membantu pelajar
melihat sambungan sebenar sebuah papan litar. Oleh itu, pelajar akan lebih jelas lagi tentang
cara penyambungan litar sesiri, selari dan siri-selari di atas papan litar dan seterusnya
pengukuran bagi voltan, arus dan rintangan dapat dilakukan dengan betul. Kesan penggunaan
CETU2C di dalam kelas mendapati, pelajar sangat teruja menggunakannya seterusnya
meningkatkan tahap kefahaman pelajar berkenaan sambungan litar semasa amali dijalankan.
Hasilnya, CETU2C dapat membantu pensyarah melakukan demonstrasi dengan lebih mudah
dan menarik serta menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih bersistematik dan
berkesan.

15
MARKETING FUN GAMES

KETUA PENYELIDIK
Siti Liyana Binti Ismail, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Abstrak

16
PEMBANGUNAN PIC (Programmable Intergrated
Circuit) BOARD
KETUA PENYELIDIK
Ahmad Fakhrul Zaman Bin Mohd Ariffin

Abstrak

Programmable Integrated Circuit (PIC) Board merupakan satu peralatan yang dihasilkan untuk
menguji keberhasilan pengaturcaraan yang dibina dalam latihan amali bagi kursus Embedded
System Application (DEC40053). Alat ini dapat meningkatkan pemahaman pelajar terhadap
konsep dan aplikasi sebenar ‘embedded system’ dimana keberhasilan pengaturcaraan dapat
dilihat secara nyata. Ia merupakan pembelajaran efektif yang boleh menarik minat dan
memudahkan pelajar untuk lebih memahami konsep dan kaedah yang digunakan dalam
kursus Embedded System Application. Tujuan modul ini dibangunkan adalah salah satu usaha
meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada serta boleh
membantu pelajar dalam melakukan latihan amali dengan lebih berkesan. Pembangunan alat
ini menggunakan pengawalmikro PIC18F45K22 dan digabungkan bersama komponen masukan
dan keluaran seperti suis, perintang bole laras, buzzer dan led yang dilihat bakal memberi
impak yang lebih positif terhadap proses pembelajaran. Alat ini telah digunapakai pada sesi
semasa iaitu Sesi Disember 2019 bagi kursus Embedded System Aplication. Dengan adanya alat
iniia dapat membantu memudahkan proses penyampaian pengajaran dan pembelajaran
kepada pelajar semester 4 yang mengambil kursus ini di Jabatan Kejuruteraan Elektrik,
Polieknik Tuanku Syed Sirajuddin.

17
IOT TRAINER

KETUA PENYELIDIK
Ku Mohammad Yusri Bin Ku Ibrahim, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Abstrak

18
MINI PIZZA RING

KETUA PENYELIDIK
Irna Jannah Binti Mohamad, Kolej Komuniti Arau

Abstrak

Mini Pizza Ring dihasilkan bertujuan untuk membantu proses PdP khususnya bagi Modul Satu
(1) Pemprosesan Roti dan Pastri bagi Program Sijil Asas Pemprosesan Makanan, kursus SPK
1044 Pemprosesan Kek dan Roti bagi Program Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan
dan kursus pendek bagi Unit Pendidikan Berterusan di Kolej Komuniti Arau. Idea rekaan alat
ini adalah sebagai langkah menggantikan cara biasa yang digunakan dalam menghasilkan
produk penghasilan roti. Terdapat beberapa isu yang menjadi kelemahan apabila menjalankan
amali pemprosesan roti piza iaitu (1) tempoh masa penghasilan produk mengambil masa yang
lama. Kaedah tradisional menggunakan pembaris atau dengan menggangar kelebaran doh
tersebut memerlukan tempoh masa yang lebih lama menyebabkan kelas terpaksa melebihi
masa seperti yang telah ditetapkan di dalam jadual waktu. (2) Hasil produk yang tidak
seragam. Kaedah yang digunakan sebelum ini menghasilkan produk yang tidak sama saiz. (3)
Kawalan kualiti semasa penghasilan produk kerana pelajar masih belum mahir menguruskan
doh dengan baik. Idea rekaan alat ini adalah acuan yang berbentuk bulat berukuran 6 inci.
Acuan ini diwujudkan sebagai langkah menggantikan cara yang biasa dilakukan iaitu
menggunakan pembaris ataupun hanya sekadar menganggar kelebaran doh piza tersebut.
Acuan ini dihasilkan bagi memudahkan proses penghasilan roti piza bagi mendapatkan saiz
hasil yang sama dan mempercepatkan proses PdP.

19
APPS MODUL PENDIDIKAN ISLAM & MORAL
KOLEJ KOMUNITI (AMPI)
KETUA PENYELIDIK
Mohd Fuad Bin Kassim, Kolej Komuniti Arau

Abstrak

Inovasi ini adalah bertujuan untuk menghasilkan satu aplikasi yang dapat membantu proses
PdP khususnya bagi kursus Pendidikan Islam dan Moral di Kolej Komuniti. Masalah yang
dihadapi ialah pelajar tiada rujukan atau buku nota khusus untuk kursus tersebut. Aplikasi ini
direkabentuk agar dapat memudahkan pelajar mengakses bahan rujukan atau nota dan juga
dapat menjawab soalan-soalan kuiz yang disediakan. Di samping itu juga, aplikasi ini mudah
diakses dengan menggunakan telefon pintar sesuai dengan saranan Kementerian Pengajian
Tinggi iaitu menjalankan proses PdP secara atas talian. Aplikasi ini terdiri daripada 4 modul
kursus iaitu MPU 1311 Pendidikan Islam 1, MPU 1321 Pendidikan Moral 1, MPU 1331
Pendidikan Islam 2 dan MPU 1341 Pendidikan Moral 2. Hasil daripada inovasi ini mendapati
bahawa aplikasi ini boleh digunapakai oleh semua pelajar kolej komuniti di seluruh Malaysia.
Kajian selanjutnya boleh dijalankan untuk mengenalpasti keberkesanan penggunaan aplikasi
ini di kalangan pelajar kolej komuniti khususnya dalam proses PdP.

20
SCOOP LADDER-STRETCHER

KETUA PENYELIDIK
Shahrul Radzi Bin Mad Zaki @ Abdullah

Abstrak
Scoop Ladder-Stretcher (SLS) adalah alat bahan bantu mengajar ABBM bagi kursus badan
beruniform Pasukan Institusi Pertahan Awam (PISPA) di bawah bimbingan Angkatan
Pertahanan Awam (APM). Produk ini dibangunkan sebagai alatan kecemasan dan
penyelamatan disebabkan oleh masalah kekurangan peralatan ketika PdP serta kesukaran di
dalam kerja-kerja menyelamat disebabkan ketiadaan peralatan menyelamat dalam Emergency
Response Team (ERT) ketika berlaku kecemasan. Justeru Scoop Ladder- Stretcher dihasilkan
dengan menggabungkan dua fungsi iaitu tangga dan pengusung. SLS telah dijadikan sebagai
ABBM semasa sesi latihan menyelamat anggota PISPA ketika aktiviti kokurukulum. Ia juga
telah digunakan oleh anggota PISPA yang bertugas setiap hari jika berlaku kecemasan di
kamsis seperti digunakan untuk mengangkut pelajar pengsan dan sukar berjalan. Walaupun
SLS telah memberi impak positif, namun ia masih perlu dibuat penambahbaikan seperti
menggunakan bahan lebih ringan dan kuat serta dibuat pengubahsuaian supaya ketinggian
tangga dapat dilaraskan. Impak daripada produk ini telah menjadikan PdP PISPA menjadi lebih
menarik dan realistik.

21
SmarTDR

KETUA PENYELIDIK
Azlia Binti Mohd Nazli

Abstrak

Smart Technical Drawing Ruler (SmarTDR) dihasilkan bagi memenuhi keperluan pengguna
masa kini yang menitikberatkan ketepatan ukuran dan kefahaman tentang lakaran teknikal
dalam proses menghasilkan rekaan. Selain daripada itu, pengguna mudah menggambarkan
perincian pada rekaan serta boleh melakukan pengubahsuaian rekaan dan perincian ke atas
lakaran bagi menjimatkan masa. Smart Technical Drawing Ruler (SmarTDR) direka khas bagi
pelajar dan semua golongan pengguna di dalam bidang Rekaan Fesyen. Kewujudan produk ini
adalah ekoran daripada masalah pelajar Sijil Fesyen Dan Pakaian dalam melakar lukisan
teknikal dan mentafsir rekaan. Secara objektifnya, pengguna dapat memahami cara mentafsir
peletakan rekaan. Produk ini ringan dan kecil serta mudah disimpan. Kegunaan Produk Inovasi
ini sangat mudah, pengguna memindahkan garis struktur badan manusia seperti garis bahu,
garis dada, pinggang dan punggung dengan ketepatan yang tepat dan memasukkan perincian
rekaan. Impak daripada produk inovasi ini, pengguna memahami kriteria rekaan kepada
proses penghasilan jahitan yang tepat, teliti dan kemas.

22
DES OUTILS BOX

KETUA PENYELIDIK
Mohd Sharin Bin Sujor, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Abstrak
Des Outils Box adalah satu inovasi dalam bidang penyajian makanan dan minuman yang direka
khas bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi pensyarah dan pelajar.
Produk inovasi ini adalah sebuah kit mobil yang dilengkapi dengan peralatan untuk menyusun
peranggu meja (table setting). Peranan inovasi ini adalah untuk membantu pensyarah dan
pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutama untuk mengetahui cara yang
betul, mengingati, melatih dan menyusun peranggu meja dengan cara dan mengguna
peralatan yang tepat. Masalah dalam mengenalpasti jenis peralatan, jenis susunan peranggu
meja mengikut jenis menu, limitasi masa dan kesukaran meminjam alatan adalah antara
masalah yang kerap timbul. Ini membuatkan pelajar sering mengeluh kerana hilang fokus dan
hilang minat dalam topik ini. Bagi pihak pensyarah pula faktor pembaziran masa, tenaga dan
kesulitan mencari alatan sewaktu proses menyediakan alat bantu mengajar (ABM) adalah
cabaran yang sering berlaku. Situasi ini menyukarkan pensyarah dan pelajar. Atas kesulitan
yang sering berlaku, tercetuslah idea inovasi ini. Kit mobil ini adalah satu kotak penyimpanan
peralatan yang berpusat atau one stop center di mana semua alatan utama berkaitan peranggu
meja disimpan. Ini akan memudahkan proses demonstrasi susunan oleh pensyarah dan juga
pelajar pula mudah berlatih latihan amali dalam menyusun peranggu meja dengasn lebih
mudah. Sejajar dengan arus perkembangan teknologi telefon pintar, aplikasi QR kod juga
diguna pakai sebagai penambahbaikan dalam proses menambah pengetahuan pelajar dalam
latihan menyusun peranggu meja. Inovasi ini juga telah diperkenalkan kepada pensyarah dari
Kolej Vokasional dalam bidang Katering, dia ia telah terbukti membantu dalam proses
pembelajaran dan pengajaran pelajar. Inovasi ini sudah tentu menjadi satu kaedah terbaik
dalam meningkatkan kemahiran pelajar sebagai objektif utama sasaran selaras tercetusnya
idea inovasi ini. Akhir kata diharap inovasi ini akan membantu proses pengajaran dan
pembelajaran pada masa akan datang.

23
LAMINATED PASTRY KIT

KETUA PENYELIDIK
Siti Aiesyah Binti Mohd Daud, Kolej Komuniti Arau

Abstrak

Laminated Pastry Kit dihasilkan bertujuan untuk membantu proses PdP khususnya bagi kursus
SPK 3094 Pemprosesan Konfeksionari di Kolej Komuniti Arau. Penghasilan pastri merupakan
salah satu topik yang terdapat dalam kursus ini. Masalah yang selalu dihadapi ketika
menjalankan amali pastri ialah pelajar tidak dapat mencanai doh menjadi bentuk segi empat
tepat dengan sempurna semasa proses laminasi doh. Proses laminasi ini penting bagi
menghasilkan pastri naik dan pastri peram yang berkualiti. Apabila doh tidak dicanai dengan
baik, kebiasaannya lebihan doh yang telah dipotong tidak dapat dibentuk mengikut bentuk
yang dikehendaki dan seringkali juga berlaku pembaziran doh. Alat ini direkabentuk agar dapat
memudahkan proses mencanai, membentuk dan menentukan ketebalan doh dengan lebih
baik. Laminated Pastry Kit terdiri daripada 2 keping acuan pencanai yang mempunyai saiz yang
bersesuaian dengan doh yang akan dicanai dan 1 set acuan penerap. Bahan daripada stainless
steel dipilih untuk menghasilkan alat ini kerana mempunyai ketahanan selain mudah untuk
dibersihkan dan disanitasi. Hasil daripada inovasi ini mendapati, para pelajar dapat
menggunakan alat ini dalam kursus SPK 3094 Pemprosesan Konfeksionari dengan baik malah
lebihan doh dapat dikurangkan kepada 10 - 20%. Pelajar juga dapat menghasilkan produk 2
kali ganda daripada sebelumnya.

24
ROT’RULER

KETUA PENYELIDIK
Mohd Hakimi Bin Abd Hadi, Kolej Vokasional Kangar

Abstrak

Rot’ruler dihasilkan bagi memenuhi keperluan pelajar yang ingin menguasai subtopik Putaran.
Putaran merupakan salah satu ciri penjelmaan bagi mata pelajaran Matematik. Konsep
putaran mempunyai banyak kaedah untuk diselesaikan dengan menggunakan bantuan alatan
mahupun formula. Antara kaedah yang sedang digunakan adalah rumus, penggunaan kertas
surih, protraktor dan pembaris. Kaedah yang digunakan ini memperuntukkan masa yang lama
untuk menyelesaikan soalan yang melibatkan konsep putaran. Oleh itu, alat Rot’ruler ini
adalah satu alternatif yang telah diinovasi daripada kaedah sedia ada dalam membantu pelajar
mahupun guru dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan konsep putaran. Secara amnya,
pelajar sukar memahami konsep dan keliru arah putaran dan sukar menentukan objek dan
imej yang ingin dihasilkan. Rot’ruler ini dapat membantu pelajar mengenalpasti arah sudut
900 dan 1800, menjimatkan masa untuk mendapatkan jawapan dan dapat membantu pelajar
dapat menyelesaikan soalan putaran dengan tepat dan cepat Manakala, guru dapat
menerangkan dengan lebih mudah bagi subtopik putaran. Produk ini boleh diperbuat daripada
thermoplastic elastomer. Ciri-cirinya adalah mudah lentur, ringan dan selamat digunakan.
Secara keseluruhan, inovasi ini juga dapat meransang pemikiran guru dalam menjana kaedah
pengajaran dan pemudahcaraan.

25
EZY FLIP

KETUA PENYELIDIK
Nurdilah Binti Mohd Tajuddin, Kolej Komuniti Arau

Abstrak

Proses pembelajaran dan pengajaran bagi program Sijil Asas Pemprosesan Makanan adalah
sepenuhnya secara hands-on. Kebanayakan pelajar berkeperluan khas bagi program ini adalah
terdiri daripada pelajaran yang mengalami masalah pembelajaran (slow learner). Di samping
itu, pelajar yang hadir untuk program ini juga kebanyakan mempunyai masalah dari segi
psikomotor iaitu moto kasar. Idea inovasi ezy flip ini tercetus apabila kebanyakan pelajar gagal
melipat kulit popia untuk menghasilkan kuih samosa dengan baik. Oleh yang demikian,
penghasilan ezy flip ini dapat membantu pelajar khususnya pelajar berkelainan upaya dalam
melatih aktiviti melipat kulit popia menjadi bentuk kuih samosa yang cantik dan kemas. Alat
ini juga dihasilkan dengan bahan tahan karat bagi memudahkan proses pembersihan
disamping dapat menjaga tahap sanitasi yang tinggi semasa proses pembelajaran dan
pengajaran berlangsung. Produk inovasi ini juga berjaya membuka minda para pensyarah
dalam mencetus kelainan dan kreativiti dalam menjalankan proses pembelajaran dan
pengajaran khususnya kepada pelajar berkelainan upaya di Kolej Komuniti Arau

26
SMAPPS : SMART APPS DTH2023- FOOD AND
BEVERAGE SERVICE
KETUA PENYELIDIK
Azhan Bin Nawi, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Abstrak

Sebahagian besar pelajar kurang berminat dengan pengajaran di dalam kelas dan sukar
mencari nota untuk mengulang kaji pelajaran. Objektif penghasilan SMAPPS yang bersifat
aplikasi pintar ini adalah untuk mengembangkan strategi pembelajaran mudah alih atau alat
pembelajaran interaktif yang lebih berkesan, untuk menarik pelajar kepada kaedah
pembelajaran yang lebih kreatif dan inovatif dan menarik minat pelajar untuk lebih fokus
semasa proses pembelajaran berlangsung. Kaji selidik juga telah dilakukan menggunakan
kaedah kuantitatif dan tinjauan dinilai dengan menggunakan teknik soal selidik. Populasi
adalah pelajar yang mengambil kursus DTH2023 - DTH2023 – Food and Beverage Service
seramai 150 orang dan 136 orang telah dipilih sebagai sampel. Kajian ini mengumpulkan data
responden yang merupakan pelajar semester 2 dan semester 4 yang mengambil kursus
DTH2023 - Food and Beverage Service sahaja. Tujuan utama aplikasi ini diwujudkan adalah
bagi membolehkan penggunaan Aplikasi Pintar kepada pelajar untuk memudahkan pelajar
membaca nota di mana sahaja. Berdasarkan analisis dan dapatan dari kajian yang dijalankan,
pelajar lebih cenderung kepada video animasi dan gambar yang terdapat di dalam video yang
akan menarik minat pelajar untuk lebih berminat dalam mempelajari kursus ini. Item "Boleh
meningkatkan kemahiran pelajar dalam DTH2023" dikumpulkan skor min tertinggi iaitu 4.57.
Kajian ini dapat memberi gambaran yang baik di politeknik mengenai kepentingan dan faedah
proses SMAPPS sebagai alat pengajaran. Kesimpulannya, kaedah yang telah dihasilkan ini
dapat membantu pensyarah dalam menyelesaikan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh
pelajar di politeknik kerana kaedah pembelajaran pintar dapat digabungkan dengan teknik
pembelajaran konvensional semasa proses pembelajaran berlangsung.

27
APLIKASI TELEFON PINTAR TN4U UNTUK PDP
KURSUS DEP30083
KETUA PENYELIDIK
Fariza Binti Ishak, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Abstrak

Penggunaan Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM) dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran
(PDP) adalah amat penting bagi memastikan penyampaian maklumat yang berkaitan dengan
kursus yang diajar adalah lebih jelas dan sistematik. Ini kerana kebanyakkan kursus teknikal
menghadapi masalah semasa proses PDP dilaksanakan seperti kekangan masa, peralatan
terhad dan tidak terkini serta pelajar berasa bosan dan tidak menunjukkan minat serta susah
untuk memahami teori pembelajaran. Bersesuaian dengan perkembangan teknologi pada
masa kini, penggunaan aplikasi telefon pintar sebagai ABBM adalah satu alternatif kepada
pensyarah untuk melaksanakan proses PDP dengan lebih menarik dan pelajar dapat
memahami apa yang dipelajari di dalam kelas dengan mudah dan berkesan. Justeru itu aplikasi
TN4U ini dihasilkan dan proses membangunkan kandungan aplikasi TN4U ini adalah
berbantukan teknologi web 2.0 iaitu Padlet, Quizizz serta laman penyimpanan video Youtube.
Aplikasi TN4U ini dibangunkan dalam bentuk aplikasi Android menggunakan perisian MIT
Apps Inventor agar dapat digunapakai menggunakan telefon pintar. Aplikasi ini direkabentuk
sebagai ABBM, bagi membolehkan pelajar menonton video demontrasi amali dan mencapai
nota interaktif berkaitan. Pelajar juga boleh berkomunikasi secara dua hala dengan pensyarah
sebelum atau selepas sesi pembelajaran di atas satu platform pembelajaran iaitu Padlet serta
membuat penilaian kendiri melalui kuiz atas talian menggunakan aplikasi yang boleh dimuat
turun ke dalam peranti mudah alih masing-masing iaitu Quizizz. Penghasilan aplikasi telefon
pintar TN4U ini diperlukan untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas di samping meningkatkan kefahaman pelajar. Hasil aplikasi TN4U yang dibangunkan ini
dapat memberikan pilihan kepada pensyarah untuk meningkatkan kefahaman pelajar secara
beransur-ansur melalui pendekatan yang sistematik dan berkesan. Aspek persepsi pelajar
terhadap pengajaran guru yang positif dapat dipupuk serta ditingkatkan dari semasa ke
semasa Supaya ianya menjadi salah satu pendorong untuk pelajar meminati kursus DEP30083
Telecommunication Network

28
MIND YOUR MOVE (INTERACTIVE BOARD GAME)

KETUA PENYELIDIK
Ainul Mardhiyah Binti Mat Yusoff, Kolej Komuniti Arau

Abstrak

29
FUEL GAUGE

KETUA PENYELIDIK
Mohamed Saifuddin Khan Bin Mohamed Yacob

Abstrak

Pemandu kenderaan pasti melihat dahulu meter minyak untuk memastikan minyak yang
mencukupi sehingga sampai ke destinasi. Meter minyak kenderaan di Malaysia menggunakan
tolok minyak yang memberi gambaran kuantiti minyak yang ada di dalam tangki kenderaan.
Kekurangan sistem ini ialah tolok minyak kereta tidak konsisten. Jika anda baru mengisi
minyak, anda akan dapati tolok minyak lambat turun. Apabila tolok minyak mencecah separuh
meter, anda akan dapati penurunan laju pula. Untuk mengatasi masalah ketepatan meter
minyak ini, kumpulan SMKBes menginovasikan tolok minyak kepada meter digital. Komponen
utama projek ini adalah microcontroller PIC16877A. Prototaip ini berfungsi apabila bekalan
kuasa 12V dibekalkan kepada motor untuk memindahkan minyak dari tangki pertama ke
tangki kedua (proses penggunaan minyak oleh kenderaan). Semasa proses ini, pelampung
minyak akan menurun. Microcontroller akan berfungsi dan menghantar output kepada 7-
segment display yang memaparkan kuantiti minyak sebenar di dalam tangki.

30
PETAMA – PERMAINAN PETA MALAYSIA

KETUA PENYELIDIK
Ahmad Zaki Bin Abdul Kasli, SMK Dato’ Ali Mohd Sharifuddin

Abstrak

Permainan Peta Malaysia (PETAMA) dihasilkan untuk meningkatkan tahap kemahiran murid
berkaitan peta Malaysia. Inovasi ini tercipta secara langsung semasa mengajar tajuk lakaran
peta Malaysia. Dengan menggunakan beberapa contoh soalan berdasarkan peta Malaysia,
PETAMA dapat membantu murid menyatakan nama tempat dalam peta Malaysia dan penting
kepada murid yang merupakan warganegara Malaysia. Tambahan pula, terdapat video yang
tular di media sosial apabila ada sesetengah warganegara Malaysia yang tidak boleh
melabelkan atau menyatakan kedudukan negeri dalam peta Malaysia. Perkara ini sangatlah
serius sekiranya tidak diatasi semasa murid di sekolah.
PETAMA adalah satu kaedah PDPc dalam bentuk permainan yang diasaskan berdasarkan
inovasi yang sebelum ini iaitu Buzom Game. Selain itu, PETAMA disasarkan kepada semua
murid yang mempelajari mata pelajaran geografi sama ada peringkat menengah rendah atau
menengah atas dan juga meliputi aras kefahaman murid yang berbeza-beza iaitu tingkatan 1,
2,3,4 dan 5 meliputi KSSM dan juga KBSM. Kaedah ini sesuai digunakan kepada semua murid
yang mempelajari tajuk yang berdasarkan peta Malaysia.
PETAMA ini juga dapat membantu murid yang lemah, sederhana dan cemerlang untuk
meningkatkan pengetahuan dalam tajuk berkaitan peta Malaysia dengan betul dan mudah.
Bahan asas yang dihasilkan menggunakan modeling paper, digital printing dan digital sticker.
PETAMA dapat membantu murid menyelesaikan masalah dan memudahkan memahami
konsep serta meningkatkan kefahaman murid mengikut konstruk mengingat, memahami, dan
mengaplikasi terutamanya dalam perletakan negeri dan nama ibu negeri di Malaysia serta
soalan yang berkaitan dengan mata pelajaran geografi.

31
RG TRAINER VERSI 1

KETUA PENYELIDIK
Safinah Binti Ramli, Giatmara Kangar

Abstrak

RG TRAINER VERSI 1, Sebagai alat bantuan mengajar kepada Tenaga Pengajar dalam melatih
pelajar mencari titik refleksologi pada tapak kaki manusia seterusnya mengesan titik
rangsangan yang tepat pada badan berbanding secara manual. Kewujudan produk ini ekoran
dari masalah tenaga pengajar, para pelajar dan pegawai fisioterapi sukar mencari titik
refleksologi pada kaki manusia juga mengambil masa yang lama mengenalpasti titik
rangsangan yang tepat pada badan. Justeru, produk ini amat sesuai dengan objektif
pendidikan iaitu mendidik pelajar dengan kaedah yang lebih kreatif dan inovatif. Malah ia
adalah kaedah pembelajaran yg lebih mudah, cepat dan selesa. Berdasarkan kajian oleh
Interligent SPAS Malaysia berhasrat untuk mewujudkan 3540 pekerjaan dengan pendapatan
negara kasar sebanyak RM374.1 juta menjelang 2020, di bawah rancangannya untuk
mengembangkan industri ini sebagai sebahagian daripada bidang ekonomi utama
pelancongan. Ini membayangkan industri spa dan refleksologi yang rancak sebagai cara untuk
meningkatkan pendapatan dari pelancong dengan hasil tinggi. Berikutan daripada kenyataan
ini maka terciptalah RG Trainer versi 1 ini. Secara teknikal bagi produk ini, Casing diperbuat
daripada acrylic warna hitam yang lebih tahan kerana ketebalan 4mm. Gambarajah body
daripada kayu nipis yang dipasang pada kerangka besi kosong dan kotak paparan skrin
daripada PVC. Impak dari produk ini membawa kepada kualiti sosial iaitu mengurangkan
tekanan kepada pengajar dan pelajar sewaktu pembelajaran berlaku. Ia Juga telah
meningkatkan kualiti hidup di mana lebih praktikal sekaligus menjimatkan masa
, lebih efisyen, ergonomik, meningkatkan prestasi kerja bertepatan dengan kata kunci Press-N-
See

32
SMART MAP: TRADITIONAL FOOD OF PERLIS

KETUA PENYELIDIK
Balqis Binti Ahmad Shahar, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Abstrak

An effective teaching and learning (PnP) process needs to be supported by effective facilities
and equipment towards comprehensive education. Thus this innovation aims to transform
traditional maps from static to dynamic maps. The main objective of this study is to provide
easy access to information on traditional food in the state of Perlis which is increasingly
forgotten and no longer exists. Augmented reality was used in making the smart map to
provide a livable and an interactive experience for the users and also to make the map easier
to access. While the data were obtained through questionnaires and interviews among the
people around the state of Perlis that differ in terms of social background. A total of 20
respondents were selected to participate in this study and based on the analysis of information
obtained, in terms of percentage shows the knowledge of the population on this traditional
food is very low. Traditional foods in the state of Perlis needs to be studied and further refined
so that students know the existence of this food and then give exposure to the people of Perlis
and the community in general.

33
PROVERB

KETUA PENYELIDIK
Nafisah Binti Abdullah, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Abstrak

34
MUKA SURAT
1 MINI LEPAT LIAT FROZEN NORZIANA BINTI ABU SAMAH 35
2 EASY BRIX SITI NUR SAFIAH BINTI NIZAM 36
PASTA CHEESY BALL: AN ALTERNATIVE OF HEALTHY
3 MUHAMMAD NOOR IZAD 37
FOOD CHOICE FOR KIDS
4 CANDY DATE NURUL NAJWA BINTI MAT ISA 38
5 OKARA PIE CRUST QAYYIM SYAFIQ 39
6 MARMALAD PITAYA LUQMANUL HAKIM BIN ISMAIL 40
7 SHOYU NUGGET FATIN HANISAH BINTI ABD HAMID 41
8 OnFoND: ONLINE FOOD NUTRIENTS DIARY KASMAWATI ABU KASIM 42
9 MUSHRAYA PATTY NURDIYANAH FATIN BINTI RUSLAN 43
10 LEKORZILLA KOREAN CHESSE NURAINA ALIA BINTI JASIN 44
11 PADDY CRUJIDO SUHAILA BINTI ISHAK 45
MINI LEPAT LIAT SAVOURY FROZEN

KETUA PENYELIDIK
Norziana Binti Abu Samah , Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Abstrak

Innovation is the creation, development and implementation of a new product, process or


service, with the aim of improving efficiency, effectiveness or competitive advantage. In oder
to promote requirement of innovation we decided to introduce Lepat Liat Savoury to the
public. In order to make a different version to rebranding and make it unique in promoting and
accepted by the public. This Lepat Liat Frozen has gone through the lab test and the result
shown that Mini Lepat Liat Savoury per 100g contain calories 243g protein, 4.5g carbohydrates,
and 6.0g fats. We conducted the research by distributing questionnaires in order to get a
response of market in accepting the changes of the product. The result shown, 11% disagrees,
22.22% not interested and 66.66% agreed Mini Lepat Liat Savoury can be commercialize into
the market. The conclusion is, we hope that our products can enter the market all over
Malaysia and known worldwide.

35
EASY BRIX

KETUA PENYELIDIK
Siti Nur Safiah Binti Nizam, Kolej Komuniti Arau

Abstrak

Darjah Brix (simbol °Bx) adalah kandungan gula daripada larutan akueus. Satu darjah Brix
adalah bersamaan dengan 1 gram sukrosa dalam 100 gram larutan dan mewakili kekuatan
larutan tersebut sebagai peratusan mengikut berat (% w / w). °Bx digunakan secara meluas
dalam industri wain, gula, jus buah-buahan dan madu. Untuk menentukan °Bx bagi sesuatu
produk, para pelajar perlu membuat pengiraan yang agak rumit dan meperlukan masa yang
panjang untuk menyelesaikannya. Oleh itu, aplikasi Easy Brix ini dibina bagi memudahkan
pelajar mendapatkan nilai °Bx dengan tepat dan dalam jangkamasa yang lebih singkat. Selain
itu, sistem ini juga boleh digunakan oleh pensyarah dan pelajar pada bila-bila masa.
Berdasarkan soal selidik yang dijalankan, hampir kesemua responden mengalami masalah
untuk menghafal formula bagi pengiraan Brix. Selain itu, mereka juga tidak dapat membuat
pengiraan Brix dengan cepat dan tidak pasti sama ada pengiraan yang dibuat adalah tepat atau
sebaliknya. Setelah menggunakan Easy Brix ini, responden mendapat jawapan yang cepat dan
tepat dengan lebih mudah.

36
PASTA CHEESY BALL: AN ALTERNATIVE OF
HEALTHY FOOD CHOICE FOR KIDS
KETUA PENYELIDIK
Muhammad Noor Izad Bin Zailani, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Abstrak

Pada masa ini, produk makanan yang diproses beku boleh didapati dengan mudah dari mana-mana pusat
membeli-belah, pasar raya atau kedai sejuk beku di Malaysia. Kepelbagaian pilihan makanan sejuk beku
telah diproses di pasaran telah menarik perhatian pengguna yang sibuk untuk lebih cenderung memilih dan
menjadikannya sebagai makanan harian disebabkan oleh kesuntukan masa. Manusia memerlukan makanan
yang seimbang dan sihat untuk mendorong pertumbuhan dan mengekalkan status kesihatan yang baik.
Memilih pilihan produk makanan sejuk beku yang salah yang mengandungi diet dan pemakanan yang tidak
seimbang boleh membawa kesan buruk kepada kesihatan. Obesiti adalah salah satu masalah kesihatan yang
muncul sebagai kesan jangka panjang akibat pengambilan makanan sejuk beku yang tidak sihat sebagai diet
harian. Objektif inovasi ini adalah untuk mencipta makanan sejuk beku yang diproses dan mengandungi
khasiat lengkap sebagai diet harian serta bersesuaian dimakan oleh pelbagai pengguna. Selain itu, ia turut
dapat menjadi variasi baru bagi produk makanan sejuk beku terproses yang sedia ada di pasaran pada hari
ini, di mana mampu membawa kelebihan daya saing dalam industri makanan serta memberikan pilihan yang
baik bagi pengguna untuk memiliki makanan yang sihat dalam jangka waktu yang singkat tanpa membuang
dan menghabiskan waktu yang lama untuk menyediakan makanan. Pasta Cheesy Ball ini mengandungi
nutrien lengkap seperti protein, karbohidrat, kalsium, vitamin dan serat makanan. Saiz Pasta Cheesy Ball
direka untuk memenuhi keperluan pengguna dan sesuai untuk golongan kanak-kanak di mana ia
menawarkan ciri-ciri mudah dipegang. Pasta Cheesy Ball dihasilkan dalam bentuk sejuk beku untuk memberi
kemudahan kepada pengguna bagi proses menyimpanan sebagai stok dan bertanggungjawab untuk
memanjangkan jangka hayat produk. Pengujian dari segi saiz, tekstur, rasa dan penampilan fizikal produk
makanan telah dilakukan semasa proses pembangunan produk. Sampel makanan telah diedarkan dengan
tinjauan soal selidik secara rawak untuk mendapatkan tindak balas terhadap tahap penerimaan pengguna.
Soal selidik ini terdiri daripada 3 bahagian iaitu kualiti makanan, penerimaan dan pengkomersialan. Hasil
kajian menunjukkan bahawa lebih daripada 80% pengguna bersetuju dengan rasa dan kesesuaian saiz,
dimana mempunyai rasa yang enak dan mengekalkan rasa tempatan yang asli serta mudah untuk dipegang.
Dari segi penyediaannya, lebih daripada 90% bersetuju bahawa ia mudah disediakan dan dapat
mengurangkan masa penyediaan. Selain itu, pengkomersialan produk menunjukkan bahawa lebih daripada
90% responden turut bersetuju bahawa produk tersebut sesuai untuk berada di pasaran Malaysia yang
boleh diletakkan di pasar raya. Kemudian, 74% responden juga percaya bahawa produk ini dapat menarik
perhatian golongan pengguna yang mementingkan kesihatan. Dari segi kebolehpasaran dan
pengkomersialan,
Pasta Cheesy Ball dilihat sebagai pilihan
yang baik untuk mana-mana pengguna
yang sibuk atau golongan pengguna yang
lebih mementingkan makanan sihat.
Pasta Cheesy Ball dipercayai dapat menembusi
pasaran produk makanan terproses sejuk beku
sedia ada, ini disebabkan oleh kerana ketiadaan
produk pasta di pasaran yang mempunyai
keistimewaan sebegini.

37
CANDY DATE

KETUA PENYELIDIK
Nurul Najwa Binti Mat Isa, Kolej Komuniti Arau

Abstrak

Candy Date merupakan kandi yang diperbuat daripada buah kurma, oat dan coklat gelap.
Penghasilan Candy Date ini adalah bertujuan untuk mempelbagaikan snek yang menggunakan
bahan buah kurma. Selain itu, kandi ini tidak mengandungi gula tambahan dan memilik
gluten. Walaupun kita sedia maklum bahawa buah kurma ini kurang digemari di kalangan
kanak- kanak dan remaja. Kemudian, kami melakukan beberapa inovasi dengan mengubah
buah kurma menjadi Candy Date. Candy Date ini dicipta agar dapat menarik perhatian kanak-
kanak dan remaja yang kurang mengemari buah kurma. penghasilan Candy Date ini juga dapat
mengurangkan pembaziran yang dilakukan oleh kanak- kanak dan dewasa. Untuk
menghasilkan Candy Date ini ialah kurma dipisahkan dari biji dan direndam ke dalam air panas
sehingga kembang.Selain itu, badam serta oat dikisar sehingga halus. Seterusnya kurma dikisar
bersama badam dan oat yang dihancurkan. Kemudian, bentukkan ke dalam acuan coklat dan
membuat salutan coklat. Penghasilan inovasi ini dapat menarik minat kanak- kanak dan
remaja yang mengenai buah kurma. Hasil inovasi ini juga dapat dijadikan snek yang berkhasiat,
kanak- kanak dan remaja dapat menerima daripada buah kurma dan oat secara tidak langsung.
Penghasilan Candy Date ini juga dapat mengurangkan pengambilan snek yang memudaratkan
diri. Produk ini dilihat berpotensi untuk dipasarkan ke pasaran tempatan dan juga
antarabangsa. Menghasilkan produk yang lebih menarik perhatian kanak- kanak dan remaja.
Contohnya, memperbanyakkan bentuk seperti bulat, bunga atau love. Selain itu, dapat
dipelbagaikan dengan perisa seperti strawberi, oren atau epal. Kesimpulannya, kami dapat
menghasilkan produk Candy Date ini dengan baik, kami juga dapat mengenalpasti masalah
yang berlaku dan tercetuslah idea ini untuk mengasilkan produk Candy Date yang berkhasiat
ini. Selain itu, kita semua hendaklah mempunyai keberanian diri untuk mencuba dalam
menghasilkan sesuatu yang baru supaya dapat memajukan negara.

38
OKARA PIE CRUST

KETUA PENYELIDIK
Qayyim Syafiq Bin Kamal, Kolej Komuniti Arau

Abstrak

39
MARMALAD PITAYA

KETUA PENYELIDIK
Luqmanul Hakim Bin Ismail, Kolej Komuniti Arau

Abstrak

40
SHOYU NUGGET

KETUA PENYELIDIK
Fatin Hanisah Binti Abd Hamid , Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Abstrak

Makanan berasaskan kacang soya terkenal diAsia sejak beribu tahun dahulu dan ia tidak hanya
diiktiraf sebagai makanan tradisi tetapi mempunyai potensi untuk kesihatan. Mengikut
Peraturan Makanan 1985: Peraturan ke-357 menyatakan susu kacang soya hanyalah minuman
ringan yang diperbuat melalui pengekstrakan daripada kacang soya (dikenali Glycine max).
Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kadar penggunaan produk
hampas kacang soya dan mengkaji kadar penerimaannya di kalangan penguna. Ubahsuai
penggunaan hampas kacang soya telah di maksimumkan dengan menghasilkan inovasi produk
fozen yang diberi nama shoyu nugget. Shoyu nugget ialah gabungan antara hampas kacang
soya dengan beberapa jenis sayur dan tepung. Misi utama penghasilan produk ini adalah
untuk menarik minat masyarakat setempat untuk memakan makanan sihat dan berkhasiat
disamping mengurangkan kadar pembuangan hampas kacang soya. Selain itu, inovasi produk
ini merupakan langkah awal bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan
pengambilan pemakanan yang seimbang di negara ini.

41
OnFoND : Online Food Nutrients Diary

KETUA PENYELIDIK
Kasmawati Binti Abu Kasim, Kolej Komuniti Arau

Abstrak

OnFoND: Online Food Nutrients Diary adalah sistem buku harian nutrisi makanan dalam talian
untuk kakitangan dan pelajar Kolej Komuniti Arau menyimpan catatan harian permakanan
mereka. OnFoND boleh digunakan untuk mengawasi pengambilan makanan dan memastikan
pengguna mendapat cukup nutrien yang betul. Ini adalah kaedah untuk mengesan
pengambilan kalori dan boleh berguna untuk menurunkan dan menambah berat badan. Salah
satu ciri OnFoND adalah buku harian yang selamat kerana tiada siapa dapat mengaksesnya
kecuali pengguna sendiri. Selain itu, data boleh diakses pada bila-bila masa pengguna
memerlukannya dan semua rekod disimpan dengan selamat di dalam pangkalan data
berasaskan SQL.

42
MUSHRAYA PATTY

KETUA PENYELIDIK
Nurdiyanah Fatin Binti Ruslan, Kolej Komuniti Arau

Abstrak

Mushraya Patty dihasilkan daripada gabungan tiga bahan utama iaitu sayur seperti cendawan,
bijian seperti Okara (hampas soya) dan buah iaitu Kulit Buah Naga. Idea penghasilan produk
ini tercetus apabila terdapat lebihan Okara dari kelas SPK 1024 Pemprosesan Hasilan Bijian
selepas pemprosesan produk hasilan kacang soya. Disamping itu, penggunaan kulit buah naga
juga tidak dioptimumkan sedangkan kandungan Dalam Kulit Buah Naga tersebut kaya dengan
nutrien dan antioksidan. Cendawan digunakan bagi memberi tekstur kenyal kepada produk ini.
Penghasilan produk ini mengadaptasi teknik pemprosesan Patty Vegan Burger yang terdapat di
pasaran dan diolah mengikut kesesuaian. Hasil produk ini menunjukkan rasa yang enak, bau
yang sedap, warna yang seakan patty daging kerana gabungan warna cendawan yang
berwarna coklat gelap dan Kulit Buah Naga yang berwarna merah. Cuma tekstur patty tidak
sekenyal patty yang diperbuat daripada daging. Kajian selanjutnya boleh dijalankan untuk
mengenalpasti jenis bahan lain yang mungkin lebih sesuai digunakan bagi memberi
kekenyalan yang lebih baik pada tekstur produk.

43
LEKORZILLA KOREAN CHESSE

KETUA PENYELIDIK
Nuraina Alia Binti Jasin, Kolej Komuniti Arau

Abstrak

Keropok lekor merupakan sejenis makanan tradisional pantai timur Semenanjung Malaysia
khususnya , terkenal di Terengganu . Tujuan kami menghasilkan keropok lekor ini adalah untuk
menjadikan keropok lekor lebih menarik dan mengikut permakanan moden yang terkini
.Keropok lekor ini juga kaya dengan cheese dan ianya menyatukan rasa kepedasan sos Korean .
Keropok ini diperbuat daripada isi ikan termenung , tepung ubi , mozzarella cheese , sos
korean dan garam . Seterusnya , ramuan tersebut diuli dan digentel bulat bersama cheese
didalamnya sebelum direbus di dalam air panas . Sebaik sahaja dimasak keropok lekor di
angkat lalu digaul bersama sos Korean dan dihias menggunakan cheese yang akan dibakar .
Keropok lekor ini mempunyai pelbagai variasi dan produk ini akan mendapat sambutan yang
sangat hebat . Ianya juga mempunyai keboleh pasaran yang tinggi kerana terdapat ramai
peminat makanan tradisional dan sekaligus disatukan bersama peminat makanan korea .

44
PADDY CRUJIDO – AN INNOVATOR OF RICE BRAN
BISCUITS IN MALAYSIA
KETUA PENYELIDIK
Suhaila Binti Ishak, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Abstrak

This paper intended to explore the possibility of fortifying the rice bran (RB) also known as
hampas padi in order to formulate the functional biscuit, which have the ability to improve the
quality of food products due to various functional properties. The aim of this research is to
develop new food product innovation by using local ingredient in order to help local farmer
and reduce the percentage of imported food ingredient especially in agriculture product like
oat and whole wheat in Malaysia. Generally, the bran contain much more importance
nutrients including: soluble and non-soluble fibers, vitamins, minerals, lipids and proteins
(Murtaugh et al., 2003; Chronakis et al., 2004; Faccin et al., 2009). RB (smooth and non-
smooth) is a good source of bioactive phytochemicals such as γ-oryzanol, tocopherols, and to-
cotrienols; which have health beneficial properties and antioxidant activity (Watchararuji et
al., 2008; Moongngarm et al., 2012). The rice bran (RB) was undergoes treatment of alkaline
and dry heat treatment before preparing the dough biscuit. Chemical analysis of the biscuit
revealed that there was no significant difference in chemical, physical and sensory properties
of biscuit. Dough analysis by mixing the rice bran (RB) and sago flour was tested at 50 %, 80%,
and 0 % of ratio level for each dough biscuit. Prepared biscuit is subjected the qualitative and
descriptive profiling analyses. The rational of using qualitative approached by distributing
questionnaire is to get an information on awareness of consumer, food producer and local
farmer regarding on the advantages of rice bran. However, descriptive-profiling analyses has
also been conducted in order to get an review from the respondent regarding on innovation
food product using rice brans flour

45
MUKA SURAT
1 INTIMATE MASSAGE COVER (IMC) ROSLINDA BINTI MUSA 46
2 BATIK RAINY CAP AZLAN BIN OTHMAN 47
3 SisPerSyen - SISTEM PENGURUSAN PEREKA FESYEN MOHAMMAD NIZAM SAAD 48
4 JUBAH MESRA WUDUK FARRA DIYANAH BT ABD GHANI 49
5 STYLO SMOCKING LED SUIT ALEA SURAYA BINTI SAPIAI 50
6 2 IN 1 REVERSIBLE BLOUSE AHMAD SHAHRUL HAKIM BIN SYAFAWI 51
7 GO GREEN GLOWING DRESS (3G DRESS) FATIN FASIHAH BINTI AZIZAN 52
INTIMATE MASSAGE COVER (IMC)

KETUA PENYELIDIK
Roslinda Binti Musa, Kolej Komuniti Arau

Abstrak

Intimate Massage Cover (IMC) merupakan satu alat bantuan atau pelindung badan untuk
dipakai oleh peserta yang akan diurut bagi menggantikan penggunaan kain batik yang
biasanya digunakan sebelum ini. Idea menghasilkan IMC ini terhasil dari beberapa isu yang
timbul semasa proses PdP berlansung antaranya adalah kain batik sahaja yang digunakan,
ikatan kain batik tidak kemas dan kerap terbuka, kain batik yang dibawa menyerap bau minyak
urut dan susah hilang bau. Tujuan penghasilan rekaan inovasi IMC adalah menjadi satu
alternatif untuk menggantikan kain batik bagi membantu dalam memberi keselesaan dengan
mewujudkan keadaan yang lebih selamat kepada peserta. IMC memiliki beberapa ciri
keistimewaan iaitu, rekaannya lebih tertumpu kepada bahagian sensitif wanita iaitu bahagian
dada dan juga abdomen dan penggunaan material fabrik Microfibre yang lembut serta
pengurangan serapan minyak. Selain itu kaedah penggunaan yang mudah peserta hanya perlu
menggantikan pakaian dengan IMC dan membuka zip kawasan badan tertentu sahaja. IMC
boleh diperluaskan penggunaanya dalam bidang spa dan kecantikan dan memberi impak
terhadap penjimatan kos dan sangat berbaloi dimiliki. Melalui penelitian dan perbincangan
penambahbaikan terhadap IMC adalah mencari material yang boleh dipakai buang pulak bagi
yang memerlukan dan tidak mengunakan kain. Dengan ini,harapan kami agar produk IMC
boleh digunakan secara menyeluruh bagi proses pdp oleh semua pusat latihan yang
menawarkan bidang urutan, spa dan kecantikan.

46
BATIK RAINY CAP

KETUA PENYELIDIK
Azlan Bin Othman , Kolej Komuniti Arau

Abstrak

BATIK RAINY CAP dihasilkan bagi memenuhi keperluan aktiviti kehidupan masa kini yang perlu
menampilkan cara yang lebih bergaya dan mudah selain menggunakan payung semasa hujan .
Batik Rainy Cap direka khas bagi semua golongan yang mampu dimiliki tidak kira muda atau
berusia dan ia boleh digunakan. Selain itu kewujudan produk ini ekoran daripada masalah
kelaziman tidak membawa payung semasa hujan juga sebagai dalam cara kehidupan norma
baru sebagai penlindung serta penjarakkan sosial Covid-19 dengan lebih konsisten dalam soal
aspek pemakaian serta lebih fleksibel untuk menyimpan dan dibawa kemana sahaja. Fabrik
batik tempatan di gunakan dalam produk ini dalam untuk mengekalkan warisan tekstil
tempatan agar nilainya terus diimplikasikan dalam aktiviti seharian . Justeru, produk ini
bertujuan memberi kemudahan kepada para pengguna yang inginkan bergaya semasa hujan
secara ekspres dalam apa jua keadaan dan kondisi dengan menjimatkan masa. Malah, ia juga
memberi keselesaan kepada para pengguna. Produk ini dihasilkan dengan menggunakan
bahan-bahan ringkas seperti fabrik batik, butang tekan ,plastik lutsinar ,tertulang plastik dan
benang. Sebagai pengubahsuaian topi atau cap yang fleksibel disamping gabungan fleksibel
bulatan plastik lutsinar 360 darjah yang boleh dilipat . Impak daripada produk ini membawa
kepada terserlahnya satu penampilan diri yang bersifat ringkas dan ideal di alaf kehidupan
norma baru . Ianya ringkas mudah dibawa ,digunakan serta mengekalkan nilai tradisi tekstil
tempatan .

47
SisPerSyen – Sistem Pengurusan Pereka Fesyen

KETUA PENYELIDIK
Mohammad Nizam Bin Saad , Kolej Komuniti Arau

Abstrak

Sistem Pengurusan Pereka Fesyen (SisPerSyen) merupakan sebuah sistem pengurusan untuk
penjahit dan pereka fesyen. SisPerSyen dapat membantu pereka fesyen menguruskan semua
pesanan dan penjualan, pelanggan, pendapatan, perbelanjaan, pengukuran, sehingga
mendapatkan laporan terperinci mengenai perniagaan fesyen semasa mereka menumpukan
perhatian pada perkara penting yang lain. SisPerSyen juga membolehkan pengukuran ukuran
pelanggan, pesanan dan juga boleh menghantar mesej kepada pelanggan ketika pesanan
selesai serta mencetak resit untuk mereka secara atas talian. Ia juga mempunyai kalender yang
terpasang (build in) bagi mengetahui tarikh pelanggan memerlukan pakaian yang dipesan.
Selain itu, dengan menggunakan SisPerSyen, pengguna dapat menggunakan sistem ini di
mana-mana pada bila-bila masa sahaja. Pereka fesyen dengan mudah dapat melihat statistik
semasa
rekod penjualan perniagaan fesyen yang dijalankan. SisPerSyen yang dibangunkan dengan
menggunakan perisian PHP dan menggunakan metodologi Rational Unified Process (RUP)
mempunyai kitaran empat fasa dan dapat menjimatkan masa dan kos. Selain itu, hasil analisa
data keberkesanan penggunaan sistem yang diperoleh telah membuktikan bahawa
penggunaan SisPerSyen dapat menjadi satu alternatif kepada sistem automasi pejabat di
samping memperkenalkan faedah dan kepentingan sinkronisasi yang menjadi pemangkin
ekonomi dan teknologi semasa ke arah pengunaan teknologi IR 4.0 dalam dunia rekaan fesyen
masa kini.

48
JUBAH MESRA WUDUK

KETUA PENYELIDIK
Farra Diyanah Binti Abd Ghani, SMK Dato’ Ali Ahmad

Abstrak

Jubah mesra wuduk dalam bidang fesyen amat diperlukan oleh kaum wanita. Oleh itu, kami
mengeluarkan suatu produk yang memudahkan kaum wanita untuk mengambil wuduk serta
menjimat masa kaum wanita ketika berwuduk. Hal ini kerana, kaum wanita tidak lagi perlu
membuang masa dengan melipat lengan baju dan memegang kain baju dalam satu masa
secara berulang-ulang kali apabila kain jubah tersebut terlepas dari pengangan tangan.
Seterusnya, jenis kain yang digunakan oleh kami ialah kain fabrik. Proses penghasilan jubah
mesra wuduk ini disiapkan dalam masa satu minggu. Selain itu, kami menambah zip pada
lengan jubah untuk dibuka ketika mengambil wuduk dan juga menambah butang katup/ketip
untuk mengunci kain lengan daripada terlepas daripada lengan. Bukan itu sahaja, kami juga
menambah butang pada tepi jubah untuk menyangkut lubang butang baju supaya kain jubah
tersebut tidak terlepas dari tangan serta tidak terkena percikan air wuduk.

49
STYLO SMOCKING LED SUIT

KETUA PENYELIDIK
Alea Suraya Binti Sapiai, Kolej Vokasional Kangar

Abstrak

Stylo Smocking LED Suit direka khas berinspirasikan ladybird untuk golongan remaja yang
meminati rekaan terkini dan stylo. Rekaan ini mengetengahkan seni jahitan kreatif smocking
dan sulaman tangan. Smocking adalah teknik yang sangat tua dari manipulasi kain di mana
kain diberikan reka bentuk dan tekstur melalui penggunaan lipatan. Ia dilakukan dengan
menjahit tangan pada titik-titik tertentu di belakang kain. Teknik smocking yang digunakan
ialah lattice smocking yang diaplikasikan pada fabrik net, bagi memberi efek pada sayap dalam
ladybird. Teknik sulaman tangan yang digunakan ialah sulaman web labah-labah bagi memberi
efek bintik hitam pada tekstur sayap luar ladybird. Inovasi yang diterapkan pada rekaan pakain
itu adalah penggunaan lampu LED diletakkan pada ‘lattice smocking’ untuk menampakkan ia
lebih menarik dan unik, apabila digayakan pada waktu malam untuk majlis keramaian
tertentu. Selain itu, rekaan ini juga mengaplikasikan pengguna plastik terbuang iaitu plastik
coklat yang mempunyai bahagian lapisan silver foil. Plastik coklat ini dijadikan hiasan pada
bahagian sulaman web labah-labah kerana estetika warnanya yang tahan lama, kalis air dan
memberi efek cahaya berkilauan. Secara tidak langsung ini dapat membantu menangani
masalah pencemaran alam sekitar kerana plastik mengambil masa 100-500 tahun untuk lupus
secara semulajadi. Produk ini akan memberi impak kepada peminat rekaan berwarna merah
hitam yang berkonsepkan stylo. Justeru ini memberi satu penampilan diri yang trending dan
sangat ideal kepada para remaja untuk digayakan di majlis formal atau separa formal.

50
2 IN 1 REVERSIBLE BLOUSE

KETUA PENYELIDIK
Ahmad Shahrul Hakim Bin Syafawi, Kolej Vokasional Kangar

Abstrak

2 in 1 Reversible Blouse dihasilkan untuk golongan wanita masa kini yang sentiasa ingin tampil
bergaya dan cantik dengan lebih mudah, serta pantas. Di samping itu, ia membantu wanita
berkerjaya untuk menyesuaikan gaya dan penampilan supaya kelihatan lebih cantik,
berkeyakinan dan sopan ketika melakukan aktiviti harian mereka. Kewujudan produk ini
adalah bagi membantu masalah kelaziman masa serta aspek pemilihan pakaian formal dan
kasual bagi sesetengah wanita bekerjaya yang mempunyai jadual aktiviti yang padat seharian.
Justeru, produk ini dapat membantu para wanita untuk bergaya dengan lebik baik secara
fleksibel dalam apa jua aktiviti, dengan mudah dan pantas disamping menjimatkan masa.
Selain itu, ia juga membantu memberi fungsi berbeza kepada pemakai mengikut cara
pemakaian dan penggayaan. Produk ini dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan ringkas
seperti fabrik dual lapis dan zip mudah tanggal sebagai pengubahsuaian mengikut kesesuaian
penggayaan yang dikehendaki oleh pemakai. Fabrik yang digunakan adalah berkualiti tinggi,
selesa dan tidak mudah berkedut. Terdapat dua cara penggayaan blaus ini iaitu ia boleh
dipakai pada sebelah luar (fabrik polos) dan juga sebelah dalam (fabrik corak). Pemakaian
pada sebelah luar merupakan fabrik taffeta polos yang menyerlahkan penampilan ringkas,
kemas dan sesuai untuk ke tempat kerja dan pejabat. Manakala pemakaian pada sebelah
dalam pula merupakan fabrik poliester bercorak yang memberi penampilan yang menarik,
santai dan sesuai untuk acara kasual. Selain itu, blaus ini juga mempunyai dua fungsi iaitu ia
boleh diubah suai sebagai top/cardigan dan juga blaus peplum labuh mengikut citarasa
pengguna. Diharap produk ini dapat memberi impak dalam membantu wanita untuk bergaya
dan tampil yakin dengan penampilan mereka. Di samping itu, ia membantu menjimatkan masa
dan kos kerana kemudahan dwi fungsi tersebut dapat membantu dalam menggalakkan wanita
menggunakan konsep ‘Mix and Match’ yang sesuai dalam pemakaian harian.

51
GO GREEN GLOWING DRESS (3G DRESS)

KETUA PENYELIDIK
Fatin Fasihah Binti Azizan, Kolej Vokasional Kangar

Abstrak

Go Green Glowing Dress ialah rekaan pakaian yang berkonsepkan futuristik dan
berinspirasikan bunga rafflesia. Penggunaan teknik yang digunakan dan diterapkan dalam
penghasilan rekaan projek ini adalah teknik jahitan kreatif Trapunto. Teknik ini dikenali sebagai
quilting Itali yang menggunakan dua lapisan kain dan pemadat iaitu kapas fiber yang hanya
diletakkan di kawasan yang ditetapkan setelah semua jahitan selesai dan hanya meninggalkan
ruang untuk masukkan pemadat. Rekaan yang akan diketengahkan di pasaran pakaian ini akan
membuatkan orang ramai lebih berfikiran terbuka tentang berfesyen. Go Green Glowing Dress
dihasilkan bertujuan untuk menonjolkan penggayaan seseorang wanita dan menampakkan
kecantikannya. Ia sesuai digayakan oleh golongan wanita yang umurnya lingkungan remaja
sehingga dewasa. Terhasilnya rekaan ini kerana perkembangan fesyen dan pakaian telah
membuka ruang kepada perkembangan mobiliti sosial di samping cetusan daya kreativiti
bersama kemahiran inovasi dan daya menciptanya. Go Green Glowing Dress ini direka dengan
menggunakan bahan – bahan terbuang (recycle) iaitu dengan mengitar semula bahan dan
menjadikan ia item yang lebih bernilai tinggi. Contohnya, klip penarik tin minuman dan guni
bawang. Hal ini akan memberi kesan konsep pemakaian dan inspirasi rekaan yang ingin
ditonjolkan dan diperkenalkan kepada orang ramai. Selain itu, penggunaan bahan keselamatan
juga diterapkan pada rekaan ini iaitu stripe glow in the dark yang menampakkan ciri
keselamatan kepada pemakai ketika berada di dalam keadaan gelap. Oleh itu, implikasi
daripada rekaan yang dihasilkan ini terbukti bahawa ia mempunyai kelainan dan daya tarikan
tersendiri yang dapat membezakannya dengan pakaian yang sedia ada dan yang sering
didapati di pasaran selama ini. Selain itu, pakaian ini juga dapat memenuhi keinginan
seseorang wanita yang berkerjaya tampil lebih berkeyakinan, menawan dan berfikiran jauh
dalam dunia fesyen terkini.

52
MUKA SURAT
MUHAMUHAMMAD DANISH B. SYUJAHUDDIN
1 VEHICLE ALERT SYSTEM 53
GANESON
2 MOVING LADDER ADAM ALIXSIUS 54
3 BACKUP CHARGER WAN IZZUL AZIB BIN WAN BAKRI 55
4 SMART HOUSE SECURITY LOCKER MUHAMMAD ZARIF BIN ZAHIDAN 56
MUHAMMAD YUSHAFIZUL HAZMI BIN MOHD
5 AUTOMATED PLASTIC WINDBREAK APW 57
YUSOF
6 EZ VACUM CLEANER MUHAMMAD AFIFI BIN OMAR 58
7 D.I.Y HOMEMADE WATER PUMP AHMAD HAIKAL HUSAINI BIN ROSLI 59
8 MULTIDIMENSIONAL RULER SAIDATUL AISHAH BINTI AZEMI 60
9 SOLAR WATER FILTER MUHAMMAD DANISH SYAFI BIN AZDIKIRANA 61
10 PERSONALIZED WOODERN HOLDER MUHAMMAD AMIR HAIKAL 62
11 EMERGENCY EXIT LOCKSET FOR DOORS OR WINDOWS JAMAZUKI BIN OTHMAN 63
12 MODISH SMART KEY BOX MOHD ZULFABLI BIN HASAN 64
DURIAN SKIN : AN ALTERNATIVE MATERIAL FOR
13 YAP TEK HONG 65
PARTICLE BOARD
14 EVO FENCE KAMRUL ZAMAN BIN HUSSIN 66
AUTOMATIC SANITIZER SYSTEMS WITH HUMAN
15 SUHAINA BINTI SHAMSUDDIN 67
TEMPERATURE AND ATTENDANCE DATA COLLECTOR
16 A.C COMPRESSOR SMART TESTER (CS TESTER) MOHD KHAIRI BIN ROMLI 68
17 EASY TO SANITIZE ( E2S) AHMAD FAKHRUL ZAMAN BIN MOHD ARIFFIN 69
18 I-SUHU MOHD HAFIZUL HUSAINI BIN MD HUSSAIN 70
19 WATTMETER TRAINER NOR AZUANA BINTI TAIB 71
20 SOFA SIDE TABLE SUHAINA BT MUSTAFA 72
VEHICLE ALERT SYSTEM

KETUA PENYELIDIK
Muhammad Danish Bin Syujahuddin Ganeson, Kolej Vokasional Arau

Abstrak

Kenderaan merupakan keperluan utama dalam kehidupan seharian masa kini terutamanya
kereta. Penggunaan kenderaan yang banyak bukan sahaja menimbulkan masalah peningkatan
kemalangan di atas jalan raya malah semasa kenderaan berada di tempat meletak kenderaan
juga berlakunya tragedi yang tidak diingini. Banyak kes telah berlaku di mana kanak-kanak
ditinggalkan di tempat duduk belakang kereta akibat dari kelalaian ibu bapa sehingga ada yang
membawa kepada berlakunya kematian. Selain itu, terdapat kes individu yang maut semasa
tidur di dalam kenderaan yang dihidupkan enjin mengakibatkan keracunan karbon monoksida
kepada mangsa. Di samping itu, terdapat peningkatan kes kanak-kanak dan bayi terkunci di
dalam kereta semasa ibu bapa meninggalkan mereka. Bayi dan kanak-kanak yang masih kecil
serta tidak dapat memahami situasi tersebut sudah tentu tidak mampu untuk membuka pintu
kereta walaupun kunci tertinggal di dalamnya. Oleh itu, projek “Vehicle Alert System” telah
direka bentuk untuk mengatasi masalah yang telah dihadapi oleh pengguna kenderaan
terutamanya kereta. Sistem ini direka bentuk agar dapat mengesan individu di belakang
tempat duduk kereta dan menghantar notifikasi ke aplikasi telegram ibu bapa atau pengguna
jika mereka terlupa. Sistem ini juga mampu untuk mengesan kebocoran gas yang masuk ke
dalam kereta semasa enjin kereta dihidupkan. ‘buzzer’ akan berbunyi dan tingkap kereta akan
dibuka secara automatik jika kandungan gas karbon monoksida tinggi dikesan di dalam kereta.
Di samping itu, sistem ini mampu membuka kembali pintu kereta yang terkunci daripada
dalam. Pengguna hanya perlu menghantar “message” melalui aplikasi Telegram dan kunci
pintu akan dibuka secara automatik. Malahan jika telefon pengguna tertinggal di dalam kereta,
sistem ini membolehkan pengguna mengguna mana-mana telefon lain dan menghantar SMS
ke sistem ini dan kunci pintu akan boleh dibuka. Kesimpulannya, matlamat utama projek ini
dibangunkan adalah untuk mengatasi masalah-masalah kelalaian ibu bapa meninggalkan anak-
anak di dalam kenderaan serta pengguna yang tertidur di dalam kereta sehingga membawa
kepada kematian sekaligus diharap dapat membantu mengurangkan kes-kes sedemikian pada
masa akan datang.

53
MOVING LADDER

KETUA PENYELIDIK
Adam Alixsius, Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Perlis

Abstrak

Movlad atau pun moving ladder adalah sebuah projek penambahbaikan alat bantu kerja
capaian tempat tinggi iaitu tangga.Tangga ini direka dan diubahsuai bagi melancarkan proses
kerja ,meningkatkan produktiviti dan menjimatkan tenaga kerja manusia.DiSamping itu,ia
memudahkan pekerja untuk melakukan kerja dengan lebih mudah dan cepat serta kerja yang
berkualiti.Movlad ini direkakhas bagi golongan pekerja awam, juruteknik dan
sebagainya.Kewujudan projek ini ekoran daripada kelaziman masa kerja yang tidak konsisten
dalam soal proses kerja.Justeru itu,projek ini bertujuan untuk memberi kemudahan kepada
para pekerja agar dapat menjimatkan lebih banyak masa bekerja.Projek ini dihasilkan dengan
menggunakan bahan-bahan yang sedia ada dan bahan yang terpakai.Rantai basikal,brek
tangan kenderaan,besi terpakai dan sebagainya. Kendalian projek movlad ini juga sangatlah
mudah kerana hanya perlu melepaskan brek dan memutarkan pengayuh untuk menggerakkan
tangga.Kos projek ini juga tidak terlalu mahal dan mampu milik.Impak daripada projek ini
dapat menjimatkan lagi tenaga kerja manusia,penggunaan utility dan pekerja mampu
menyiapkan satu kerja dengan lebih cepat dan mudah.

54
BACKUP CHARGER

KETUA PENYELIDIK
Wan Izzul Azib Bin Wan Bakri ,Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Ali Ahmad

Abstrak

Charger merupakan barang keperluan bagi pengguna alat komunikasi seperti telefon bimbit.
Alat ini dicipta untuk dijadikan alat pengecas sokongan apabila tiada sebarang punca kuasa
yang lain. Alat ini boleh digunakan ketika berada dalam situasi kecemasan seperti berada di
dalam hutan yang tiada tempat untuk mengecas telefon bimbit. Oleh itu, alat ini sangat
berguna ketika berada dalam situasi tersebut. Selain itu, alat ini tidak perlu dicas dan alat ini
juga akan menjimatkan masa pengguna. Alat ini juga mudah dibawa kemana mana sahaja
kerana saiznya yang tidak terlalu besar dan akan menjimatkan ruang. Seterusnya, alat ini juga
tidak terlalu berat untuk dibawa

55
SMART HOUSE SECURITY LOCKER

KETUA PENYELIDIK
Muhammad Zarif Bin Zahidan,Sek Men Keb Tengku Suleiman

Abstrak

Smart House Security Locker (SHSL) dihasilkan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini
apabila seseorang terlupa menutup pintu rumah atau kediaman. Alat ini bercirikan
keselamatan yang dapat melindungi orang tersayang. Kebanyakan orang terlalu sibuk bekerja
sehingga terlupa yang mereka mempunyai anak atau tanggungan yang berada di rumah. Alat
ini juga mudah alih dan boleh dibawa semasa bercuti jika tempat penginapan tiada
menyediakan sistem keselamatan. SHSL dapat memberi isyarat amaran melalui telefon bimbit
jika pintu rumah tidak ditutup dan membantu mengunci semula pintu Alat ini dapat dihasilkan
dengan kos yang murah daripada microcontroller Arduino yang dapat beroperasi dengan
voltan yang rendah.

56
AUTOMATED PLASTICS WINDBREAK APW

KETUA PENYELIDIK
Hamidah Binti Abdul Rahman, SMK Agama Arau

Abstrak

Windbreaks are porous barriers that decrease wind velocity especially in open area.
Windbreaks often are used to protect young trees in plantations and forest nurseries. There
are two types of windbreaks, which is using trees or plastic windbreaks fencing mesh. Both
types of windbreaks have their own pros and cons. However, using trees as windbreaks in
Malaysia are inadvisable. There are money and time needed to plant the trees. Area in which
the windbreak is planted will lost to production and roots and branches may need to be
pruned to prevent competition with the crop. It will have effects on microclimate and pest
population. Thus, we build Automated Plastic Windbreak (APW) that will fit most Malaysian
small farms. APW is an automated system that control movement of plastic windbreaks based
on wind direction. It contains wind direction sensor that attach to plastic windbreaks.

57
EZ VACUM CLEANER

KETUA PENYELIDIK
Muhammad Afifi Bin Omar, Kolej Komuniti Cawangan Kangar

Abstrak

EZ Vacum Cleaner dihasilkan untuk menyelesaikan masalah pengguna membersihkan kotoran


dan habuk di celah-celah ruang yang sempit dengan kos yang minima tanpa perlu
menggunakan bekalan elektrik 240VAC. Masalah ini dihadapi oleh sesiapa sahaja terutama suri
rumah yang ingin memastikan kediaman bebas tanpa habuk dan kotoran di ruang yang sempit.
Penggunaannya juga senang, ringkas dan murah. Produk ini boleh juga digunakan untuk
membersihkan di celah-celah kerusi di dalam kenderaan seperti kereta. Menggunakan kuasa
bateri DC dan mudahalih menjadikan produk ini sangat efisyen digunakan tidak kira peringkat
usia. Produk ini dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan terbuang seperti botol air
1500ml, kain perca sebagai penapis habuk, kepingan besi sebagai kipas, dawai, bateri DC,
motor 12 VDC, wayar penyambung dan suis punat tekan. Keseluruhan harga produk ini adalah
yang termurah dan sesiapa sahaja boleh membuatnya kerana binaannya yang ringkas. Suis
pula menggunakan suis punat tekan. Bateri yang digunakan ialah bateri 12 VDC tanpa
menggunakan bekalan kuasa elektrik 240 VAC. Impak daripada produk ini ialah untuk
memudahkan pengguna melaksanakan kerja pembersihan ketika berada di rumah atau di
mana sahaja. Jadi secara keseluruhannya produk ini selamat digunakan dan boleh di bawa ke
mana sahaja apabila ia diperlukan.

58
D.I.Y HOMEMADE WATER PUMP

KETUA PENYELIDIK
Ahmad Haikal Husaini Bin Rosli, Kolej Komuniti Cawangan Kangar

Abstrak

DIY Homemade Water Pump dihasilkan untuk memenuhi keperluan kepada para penternak
ikan hiasan di dalam akuarium. Di samping itu, ia memudahkan para penternak untuk
menukar air tanpa menggunakan tenaga yang banyak. Produk ini direka khas kepada golongan
penternak ikan yang mampu dimiliki mengikut kreativiti masing-masing. Kewujudan produk ini
ekoran daripada masalah kelaziman masa yang tidak konsisten semasa proses menukar air.
Justeru, produk ini bertujuan memberi kemudahan kepada para penternak untuk menukar air
tanpa perlu mengangkat dan menyauk air. Produk ini sudah pasti dapat menjimatkan masa
serta memberi kesenangan kepada para penternak yang sudah lama atau yang masih baru
menceburi dalam bidang ini. Produk ini dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan ringkas
dan terpakai seperti tiub getah, DC motor, bateri, suis dan kabel. Produk ini boleh
ditambahbaik mengikut kreativiti dan keperluan, contohnya menukarkan motor yang lebih
tinggi kadarannya sekiranya mahu kuasa sedutan yang lebih kuat. Motor yang digunakan ini
adalah DC motor 12 VDC berharga anggaran bawah RM 10. Manakala suis pula menggunakan
suis punat tekan. Bateri yang digunakan ialah bateri 12 VDC tanpa merlu menggunakan
bekalan kuasa elektrik 240 VAC. Impak daripada produk ini ialah memberi kemudahan
terutamanya untuk menukar air tanpa perlu mengangkat aquarium. Hanya perlu memasukkan
tiub menyedut ke dalam akuarium manakala tiub keluaran terus ke dalam longkang atau baldi.
Jadi produk ini secara keseluruhannya akan memudahkan semua kerja berkaitan dengan
pemindahan air untuk penternak ikan khususnya.

59
MULTIDIMENSIONAL RULER

KETUA PENYELIDIK
Saidatul Aishah Binti Azemi, Kolej Komuniti Arau

Abstrak

Architecture is the process and product of planning, designing, and constructing buildings or
any other structures. Architectural works are frequently perceived as cultural symbols and as
works of art. In general, historical civilizations are often identified through their architectural
achievements. Therefore, in order to train the art of drawing skills, Architecture students are
known as a course that needs its’ students to carry multiple of tools to class in order to help
them in their drawings. Eventhough in current years most drawings are prepared with
computer applications, new students are still being taught of manual drawing techniques.
Besides of being burden by varieties of tools to be carried to class, new students also have to
face challenges in constructing technical drawings manually such as perspective from many
views and angles including casting shadow. Therefore, in order to reduce burden of
architecture students from carrying too much tools to class and difficulties in defining angles
for perspective drawings, ‘Multidimensional Ruler’ is created. This multi-functional ruler was
created to help them in constructing drawing lines, angles as well as casting shadow for
perspectives drawings. On the other hand, ‘Multidimensional Ruler’ also comes with scale
rulers using measurement, which are needed in technical drawings. This multi-functional ruler
is made of acrylic with 36cm length and 3.5 cm width. It is purposely customized in order to
make sure of its portability and affordability. Moreover, ‘Multidimensional Ruler’ has become
a favourite architecture tool among students in several community college who have
experimented it since it helps to ease and speed up a lot of drawing task. Finally, this multi-
functional tool has helped Architecture students excellently in completing their perspective
drawings as well as casting shadow.

60
SOLAR WATER FILTER

KETUA PENYELIDIK
Muhammad Danish

Abstrak

Kejadian banjir sering terjadi di Perlis melibatkan kawasan yang kedudukan agak rendah
menyebabkan air cepat naik dan banjir terjadi. Kejadian banjir boleh berlarutan beberapa hari
sehingga memakan masa berminggu minggu untuk pulih sepenuhnya. Dalam keadaan banjir
ini bekalan air bersih untuk minuman seharian kita tercemar dengan sisa-sia kotoran dan
sebagainya. Oleh yang demikian satu inovasi telah direka bagi memudahkan mangsa banjir
mendapatkan bekalan air bersih segera dan mudah. Solar water filter di hasikan untuk
menapis air banjir tersebut menjadi bersih dan boleh diminum. 4 lapisan penapis terdiri dari
batu, pasir dan lapisan arang. Kuasa untuk menyedut air banjir ke dalam penapis
menggunakan kuasa solar untuk menggerakkan motor pam. Solar Water Filter ini
menggunakan bahan terbuang seperti botol dan tin untuk mengapongkan SWF di permukaan
air bah. Air yang keluar melalui saluran paip itu bolehlah dimasukkan ke dalam gelas dan sedia
untuk diminum.

61
PERSONALIZED WOODERN HOLDE

KETUA PENYELIDIK
Muhammad Amir Haikal , Sek Men Keb Syed Alwi

Abstrak

Personallized Wooden Holder dihasilkan bagi memenuhi keperluan pengguna yang ingin
menampilkan penyimpanan barang peribadi agar mudah dikesan apabila diperlukan. Di
samping itu, ia memudahkan bagi pengguna menyimpan barang bersifat peribadi serta mesra
pengguna. Personalized Wooden Holder direka khas kepada pengguna yang mampu dimiliki
mengikut kehendak pengguna mengikut perkembangan gajet semasa. Justeru, produk ini
bertujuan memberi kemudahan kepada pengguna menyusun atur ruang agar barang—barang
peribadi disimpan secara teratur. Malah, ia juga memberi keselesaan kepada penggguna
menghiasi ruang tampil kemas. Produk ini dapat menyelesaikan masalah pengguna yang sering
lupa meletak barang peribadi untuk digunakan. Produk ini dihasilkan dengan menggunakan
bahan-bahan seperti OSB (Oriented Strand Board), glu pva dan lacquer clear. Kayu yang
digunakan yang digunakan berkualiti, tidak terlalu mahal dan tahan serap air. Rekabentuk
produk direka ringkas untuk menyimpan telefon bimbit, jam tangan, kunci kereta, dompet dan
aksesori mengikut kehendak pelanggan. Rekaannya yang dapat memenuhi kehendak
pengguna mengikut keperluan perkembangan gajet dan keperluan peribadi meletakkan
barang-barang lebih sistematik serta unik.

62
EMERGENCY EXIT LOCKSET FOR DOORS OR
WINDOWS
KETUA PENYELIDIK
Jamazuki Bin Othman ,Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Abstrak

In the event of an emergency, allowing unhindered escape from a building can be difficult at
time. The grille door of any premises is commonly locked by a locking device or a padlock
through the holes of the locking brackets. However, in case of an emergency or a panic
situation, the key to open the locking device may not be available and loss of lives could
happen. This invention, the emergency lockset is designed to enable one of the locking
brackets to be easily detached from the structure and to allow the grille door to open without
using a key. This Emergency Exit Lockset for Grille Doors or Windows is characterized by a
rectangular elongated housing with a detachable locking bracket held by a movable plunger
and an actuator which is linked to the plunger. The housing of the emergency exit lockset is
installed in the frame of the grille structure. Upon triggering, the actuator retracts the plunger
and the detachable locking bracket is released and separated from its housing. This invention
takes into consideration the function of the grille door which is to maintain the security of the
premises because the actuator that releases the locking bracket is mounted inside the
premises. With the benefit thorough safety and security, specifications can be devised to
optimize the emergency exit grille door through the use of specialized design of this prototype.

63
MODISH SMART KEY BOX

KETUA PENYELIDIK
Mohd Zulfabli Bin Hasan ,Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Abstrak

Modish Smart Key Box (MSKB) merupakan sebuah kotak kunci yang dicipta dengan ciri-ciri
keselamatan, teknologi dan rekabentuk yang moden. Ia dibangunkan seiring dengan revolusi
industri 4.0 menggunakan Internet of Things (IoT), Augmented Reality Technology (AR), Cloud
Computing dan Integrated System yang mana diantara empat (4) daripada sembilan (9) teras
utama dalam revolusi industri 4.0 (IR4). MSKB mengaplikasikan IoT untuk sentiasa
mengemaskini penggunaan kunci secara instan menerusi LCD dan telefon mudah alih. Konsep
lean manufacturing telah diadaptasikan dalam pembangunan produk ini dengan menggunakan
visual factory untuk mekanisma pemantauan. Visual factory ini menggunakan sistem alat
komunikasi untuk berkongsi maklumat pada masa dan tempat dan juga memaparkan
maklumat tentang pengunaan kunci dengan mengunaan arduaino WEMOS mega dan LCD.
MSKB telah dihasilkan dengan permulaannya direka bentuk dengan menggunakan software
inventor dan seterusnya proses pembuatan. Pembangunan MSKB ni diadaptasi dengan kaedah
Software Development Life Cycle (SDLC). Produk ini telah memberikan impak yang besar
kepada organisasi dan masyarakat apabila mampu menyelesaikan masalah kehilangan kunci,
meningkatkan tahap keselamatan kunci, menambahbaik kaedah pemantauan kunci,
meningkatkan produktiviti pensyarah (mengurangkan masa menunggu dan pergerakan
mengesan kehilangan kunci).

64
DURIAN SKIN : AN ALTERNATIVE MATERIAL
MATERIAL FOR PARTICLE BOARD
KETUA PENYELIDIK
Yap Tek Hong ,Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Abstrak

65
EVO FENCE

KETUA PENYELIDIK
Kamrul Zaman Bin Hussin, Kolej Komuniti Arau

Abstrak

‘Evolution Fence’ dihasilkan dan direka bentuk sebagai satu alternative berimpak tinggi
kepada penyelesaian dalam mengahadapi bencana alam bagi isu tertentu dan evolusi ini juga
boleh dijadikan satu pemecah kebuntuan fikiran dalam tanggani cara untuk menyelamatkan
orang ramai. Evolution Fence merupakan produk yang berpotensi untuk digunakan secara
meluas di seluruh dunia, khasnya di Malaysia kerana rekaannya yang mudah guna dan mesra
alam oleh pemilik kediaman dan seterusnya menjadi inisatif yang boleh diambil oleh pemilik
kediaman yang berada di kawasan yang berisiko banjir . Evolution Fance boleh bertindak
sebagai pelantar apungan untuk tujuan menyelamat nyawa dan harta benda. Manakala Evo
Fence Tsunami pula adalah produk istimewa yang dicipta bagi menyelamatkan nyawa
mangsa bencana ombak besar dan tsunami. Ciptaan yang berimpak tinggi ini berpotensi juga
sebagai inisiatif tambahan kepada pasukan penyelamat seperti bomba, JPAM, angkatan
tentera untuk bertindak menyelamat mangsa dengan lebih pantas dengan adanya Evo Fence
tanpa halangan dan sangat efektif

66
AUTOMATIC SANITIZE SYSTEMS WITH HUMAN
TEMPERATURE AND ATTENDANCE DATA
COLLECTOR
KETUA PENYELIDIK
Suhaina Binti Shamsuddin , Institut Latihan Perindustrian Perlis

Abstrak

Produk ini dihasilkan bagi memenuhi keperluan pengesanan suhu badan manusia untuk
mengenalpasti pembawa virus Covid-19, pengesanan suhu dan penyemburan hand sanitizer
secara contactless (secara tidak bersentuhan), pendaftaran dan pemyimpanan rekod kehadiran
dalam sesuatu premis secara automatik dengan menggunakan kad pengenalan. Pada masa ini,
negara kita dan seluruh dunia menghadapi masalah pandemic covid19. Masalah pandemic
Covid-19 ini menyebabkan penduduk dunia terpaksa mengamalkan social distancing (tidak
boleh bersentuhan sesama manusia dan juga barangan lain , penjarakan sosial) dan juga
seseorang yang dijangkiti covid19 akan mempunyai suhu badan yang tinggi melebihi 37.5°C.
Penciptaan produk ini adalah mengesan suhu badan manusia, menghasilkan contactless untuk
pengesan suhu badan dan penyemburan cecair hand sanitizer, mendaftar, merekod dan
menyimpan kedatangan secara automatik dengan menggunakan kad pengenalan dan rekod
kehadiran dan bacaan suhu akan dipaparkan di layar. Produk ini direkabentuk untuk mengesan
suhu manusia dengan menggunakan pengesan suhu, pengesan suhu ini dipasang kepada
motor elektrik yang boleh bergerak mengikut ketingginan manusia, produk ini juga dilengkapi
dengan hand sanitizer, pengesan dan motor lektrik yang boleh membuat semburan secara
automatik, kad pengenalan digunakan untuk mengenalpasti pengguna produk ini, merekod
kedatangan jika perlu dan rekod ini boeh disimpan di database (server). Layar (screen)
digunakan untuk memaparkan suhu dan kedatangan pengguna dan lain-lain keperluan. Produk
ini diharap dapat memenuhi keperluan mendesak ketika ini yang berhadapan dengan
pandemic covid19. Produk disasarkan kepada semua peringkat pengguna, sama ada dari
sektor awam dan swasta.

67
A.C COMPRESSOR SMART TESTER (CS TESTER)

KETUA PENYELIDIK
Mohd Khairi Bin Romli ,Institut Kemahiran Mara Berseri Perlis

Abstrak

CS Tester ini terhasil daripada pemerhatian dan beberapa permasalahan yang dihadapi
juruteknik penyaman udara dalam melakukan kerja-kerja menguji dan seterusnya mentauliah
sesebuah pemampat yang kebiasaannya hanya menggunakan alatan standard seperti ohm
meter dan lain lain alatan pengujian. Penggunaan pelbagai alatan pengujian ini sememangnya
amat menyukarkan kerja-kerja seorang juruteknik. CS Tester dicipta dan dibangunkan dengan
harapan ia akan memudahkan kerja menguji dan mengesahkan sesebuah pemampat dalam
keadaaan terbaik sebelum dikimpal pada unit outdoor. CS Tester ini sangat mudah digunakan
lantaran terdapat manual dibekalkan. Semua personnel penyaman udara pasti mudah
mengendalikan alatan yang mesra pengguna ini.

68
EASY TO SANITIZE (E2S)

KETUA PENYELIDIK
Ahmad Fakhrul Zaman Bin Mohd Ariffin, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Abstrak

Easy to Sanitize (E2S) merupakan satu produk inovasi yang dihasilkan bagi meningkatkan ciri-ciri
keselamatan contohnya mengelakkan risiko jangkitan virus khususnya Covid-19 kepada orang
awam. Keistimewaan alat ini ialah orang awam tidak perlu menyentuh botol atau bekas cecair
sanitasi tangan tersebut kerana alat ini akan mengesan tangan pengguna seterusnya
mengeluarkan cecair sanitasi tersebut. Kuantiti kandungan cecair juga dikeluarkan dengan
kadar yang berpatutan seterusnya menjimatkan penggunaan cecair sanitasi. Pengujian yang
telah dijalankan mendapati bacaan ukuran alat sanitasi sedia adalah 1.6ml berbanding alat E2S
iaitu 0.7ml sahaja. Pengesan Infra Red akan mengesan tangan yang berada di bawah alat dan
menghantar isyarat kepada pengawalmikro (Arduino Nano) dan seterusnya arahan akan
dihantar ke motor untuk membolehkan ia beropersi. Buzzer dan led akan berfungsi untuk
menyatakan proses telah tamat. Sekiranya bekalan kuasa (bateri) telah mencapai tahap minima,
system notifikasi akan berfungsi dan alat penunjuk iaitu LED merah akan berkelip. Selain itu,
saiz produk yang yang kecil dan mesra pengguna memudahkan ia dipasang dimana-mana
sahaja tempat yang bersesuaian seperti rumah-rumah ibadat, pasaraya, institusi pendidikan,
premis-premis kerajaan dan lain-lain. Produk ini sedia digunakan dengan kaedah plug and play
dimana is boleh terus digunapakai pada tempat yang hendak dipasang. E2S telah didaftarkan di
bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia dengan nombor pendaftaran LY2020002992

69
I-SUHU

KETUA PENYELIDIK
Mohd Hafizul Husaini Bin Md Hussain, Kolej Komuniti Arau

Abstrak

Internet of Things (IoT) adalah istilah yang digunakan untuk membolehkan semua peranti
berhubung/berkomunikasi melalui internet untuk proses menerima dan menghantar data.
Untuk memperkenalkan IoT kepada pelajar, ESP8266 boleh digunakan untuk membangunkan
sistem yang mudah kerana peranti ini boleh bertindak sebagai pengawal mikro yang boleh
disambungkan terus ke internet tanpa menggunakan peranti tambahan untuk tujuan
pembelajaran. Justeru itu I-SUHU dibangunkan untuk menghasilkan model sistem pengesan
suhu dan kelembapan yang bertindakbalas secara automatik dan membolehkan data yang
diperolehi dihantar ke aplikasi telegram untuk tujuan pemantauan atau analisis. I-SUHU
membabitkan peluasan ketersambungan internet melalui alat standard seperti komputer dan
telefon pintar yang membenarkan ia berkomunikasi sesama sendiri, boleh diperhatikan dan
dikawal dari jauh dengan menerusi wayarles peribadi menggunakan NodeMCU (ESP8266). I-
SUHU dapat mengesan suhu persekitaran dan seterusnya dapat menghantar notfikasi ke
platform Telegram apabila suhu menjadi terlalu sejuk. I-SUHU dicipta bagi menyelesaikan
masalah bilik pensyarah di Kolej Komuniti Arau yang kadang kala terlalu sejuk dan memerlukan
perhatian PIC (person in charge) untuk menutup penghawa dingin apabila suhu menjadi terlalu
sejuk. Dengan mengunakan I-SUHU, mesej akan diterima di aplikasi Telegram dan seterusnya
PIC dapat bertindak. Secara tidak langsung I-SUHU dapat menjimatkan masa dan tenaga di
sampingsumber elektrik yang digunakan.

70
WATTMETER TRAINER

KETUA PENYELIDIK
Norazuana Binti Taib , Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Abstrak

Penghasilan projek inovasi Wattmeter Trainer ini adalah sebagai salah satu Alat Bahan Bantu
Mengajar (ABBM) dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Masalah yang dihadapi
sebelum inovasi ini dibangunkan ialah para pelajar mengambil masa yang lama untuk
memasang perintang pada breadboard seterusnya menyambung litar pada DC power supply
dan seterusnya menyambung wattmeter pada litar. Seterusnya, penyambungan litar perintang
untuk mengukur kuasa adalah tidak praktikal kerana hanya sedikit sahaja pesongan pada
wattmeter. Selain itu, penyambungan perintang untuk mengukur kuasa adalah tidak selamat,
kerana apabila arus dalam kuantiti yang besar diberikan, akan menyebabkan perintang
terbakar. Wattmeter Trainer ini dibangunkan bagi memenuhi keperluan untuk membuat ujikaji
berkaitan pengukuran kuasa dalam tajuk Power Meter bagi Kursus DEE10013 – Measurement
and Devices. Selain itu trainer ini berfungsi untuk mengukur jumlah penggunaan kuasa untuk
sesuatu beban. Selain daripada itu juga, inovasi ini berfungsi untuk memaparkan jumlah
penggunaan kuasa untuk pelbagai jenis beban yang digunakan. Kaedah yang digunakan dalam
membangunkan inovasi ini adalah dengan memasang paip konduit untuk membuat
pendawaian pada papan lapis untuk menghubungan soket dan pemegang lampu pada suis
utama dan suis soket. Seterusnya bekalan kuasa adalah dari soket bekalan kuasa. Manakala
impak daripada inovasi ini ialah memudahkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dimana
pelajar senang untuk mengukur kuasa menggunakan wattmeter. Selain itu pelajar berminat
untuk melakukan ujikaji. Cadangan penambahbaikan di masa hadapan adalah menggunakan
wattmeter yang lebih kecil dan ringan untuk di letakan sekali pada papan projek inovasi
tersebut.

71
SOFA SIDE TABLE

KETUA PENYELIDIK
Suhaina Binti Mustafa , Sek Men Keb Syed Alwi

Abstrak

Sofa Side Table dihasilkan untuk memudahkan pengguna mengakses komputer riba duduk di
sofa dan terdapat ruang simpan barang. Di samping itu, ia memudahkan pengguna menyimpan
barang seperti alat kawalan jauh televisyen atau kipas serta majalah atau buku rujukan yang
berperanan sebagai mesra pengguna. Sofa Side Table direka khas untuk pengguna yang mampu
milik. Justeru itu, produk ini bertujuan memberi kemudahan kepada pelanggan menggunakan
komputer riba dengan selesa apabila duduk di sofa apabila berada di ruang tamu. Di samping
itu, produk ini juga memberi keselesaan kepada pengguna serta dapat mendekorasi ruang agar
ruang tampil lebih tersusun dengan rapi. Produk ini dapat menyelesaikan masalah pengguna
sering mengekses komputer riba di meja kopi. Ini menimbulkan ketidak selesaan secara
antropometrik emasa menggunakan komputer riba atau seumpamanya ketika berada di ruang
tamu atau duduk di sofa. Produk ini dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan seperti
Oriented Strand Board (OSB), glue pva dan lacquer clear. Bahan yang digunakan tidak terlalu
mahal tetapi kelihatan menarik. Reka bentuk direka ringkas untuk memudahkan pengguna
mengalih produk tersebut ke lokasi yang berbeza mengikut keselesaan. Rekaannya juga dapat
memenuhi pengguna berkerusi roda. Produk ini mudah disimpan serta mudah disusun atur
secara sistematik serta penampilan yang unik sukar terdapat di pasaran.

72
MUKA SURAT
1 G-CARD MUHAMMAD ARIEFF BIN HELMY SHAM 73
2 3 IN 1 MEMBERI DAN MENJAWAB SALAM RAJA NUR KHAIRINA BINTI RAJA SULAIMAN 74
3 GAWHILEARN (Zaman Khulafa' Ar-Rasyidin) NUR IZZAH AQILAH BINTI SARUDIN 75
4 ADVENTURE HAJJ AND UMRAH BOOK NUR ARDINI BINTI MOHD SAIPUDIN 76
MUHAMMAD ARIF IHSAN BIN
5 SMART PARKING 77
ROHAYA@YAHAYA
6 EVERGREEN BOOSTER NUR MASHITAH BINTI MAKROFI 78
7 ARAU SMART BIN ZULFIKRI BIN NOORINI 79
8 KIT PANJANG FOKUS KANTA CEMBUNG ADAM HAKIMIE BIN YUSRI 80
9 SMART WATER JACKET MUHAMMAD AMIR BIN NADZARI 81
10 E-GAME JUTAWAN MINDA AMIRUL NASYRIQ MD NORDIN 82
11 e-EASY NOTE FOR COMPUTER APPLICATION NURSHANA ARISYA BINTI SAID 83
12 e-FINANCIAL PLANNER NURSHANA ARISYA BINTI SAID 84
13 e-AWAKENING NOTE SAIDATUL AISHAH BINTI AZEMI 85
14 SMART ROD MUHAMMAD NASRUL BIN MOHD YUSAINI 86
15 WONDER BOX NUR AMIRA SOFIA BINTI AZIZ 87
16 DREAM HOUSE SAL SABRINA BINTI AHMAD SHAIDI 88
17 SMART DUSTER UMAIRAH BINTI MOHD NADZIR 89
18 EZY GO GREEN (EGG) AJRIYATUL AIFFA HUSNA BINTI HUSAINI 90
19 e-CONSTRUCTION TECHNOLOGY MASTERY SAIDATUL AISHAH BINTI AZEMI 91
20 WATER-BASED PORTABLE COOKER HOOD IDA ROHAYU BINTI MOHD ROMLI 92
21 E-KENDERAAN KK ARAU ZAINUDIN BIN YAHYA 93
22 SiReS: SISTEM REKOD SIJIL KOLEJ KOMUNITI NORHAYATI MD SHARIF 94
23 INTELLIGENT CERTIFICATE (iCERT) NASRUL EFFENDY BIN MAT NASIR 95
24 I-ICG INTERACTIVE INTERNSHIP COMPACT GUIDELINES MOHD ZULFABLI BIN HASAN 96
25 COVKIT ORGANIZER NUR ILYANI BINTI RAMLY 97
e4P@KKAPS (ePENDAFTARAN PENYERTAAN PROGRAM
26 MOHD KHAIRUL ANUAR MAT KUPLI 98
PELAJAR @ KKAPS)
27 eGMG (ELECTRONIC GREEN MOSQUE GUIDE) RITA NURSHAHRIZAD BINTI MOHD RADZI 99
28 KATS: KOLEJ KOMUNITI ARAU TIMETABLES SYSTEM HASNURUL NAZIMAH HASHIM 100
29 COVID-19 TRACKER NUR NADINA BINTI ANUAR 101
INOVASI PRODUK "BABY SAFETY" SEBAGAI SISTEM
30 FARIZA BINTI ISHAK
AMARAN AWAL BAYI TERTINGGAL DI DALAM KENDERAAN 102
G-CARD

KETUA PENYELIDIK
Muhammad Arieff Bin Helmy Sham, Maktab Rendah Sains MARA Arau

Abstrak

G-CARD dihasilkan bagi membantu masalah guru-guru dan murid-murid yang mengajar dan
belajar di aliran Sains Komputer. Produk ini dapat membantu guru-guru dan murid-murid untuk
lebih memahami tentang salah satu daripada silibus pelajaran Sains Komputer iaitu asas
penggunaan perisian Python. Perisian Python memerlukan pemahaman yang tinggi tentang
Bahasa Python, produk G-CARD akan membantu untuk memahirkan penggunaan Bahasa
Python. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan kepada kebanyakan guru dan murid di aliran
Sains Komputer, didapati mereka menghadapi masalah untuk memahami tentang penggunaan
salah satu daripada perisian komputer iaitu Python. Justeru, penciptaan produk ini adalah
untuk memudahkan kerja-kerja guru dan murid-murid tentang penggunaan perisian Python.
Kad akan dikocak, kemudian akan disusun mengikut susunan yang telah ditetapkan,iaitu
susunan tangga terbalik seperti permainan Solitaire. Pelajar akan cuba untuk menyusun kad
mengikut set. Terdapat 5 set, bagi setiap set terdapat pula 7 kad. Pelajar perlu menyelesaikan
kesemua set untuk mendapatkan ganjaran daripada guru. Kebanyakkan murid dan guru-guru
memberi impak yang positif selepas menggunakan produk G-CARD, produk ini dapat
membantu murid-murid untuk memahami Bahasa Python dan juga murid-murid mendapatkan
markah yang tinggi dalam peperiksaan. Dalam pada itu, terdapat juga beberapa kelemahan
pada G-CARD yang perlu ditambahbaik berdasarkan cadangan yang diperoleh daripada
pelanggan. Antara cadangan-cadangan yang diberikan oleh pelanggan ialah, menggunakan
sistem permainan yang mudah untuk dimainkan. Seperti mana yang dimaklumkan di
atas,produk ini menggunakan sistem permainan Solitaire yang agak sukar dan mengambil masa
untuk memahamkan cara permainan. Tuntasnya,G-CARD memainkan peranan yang penting
dalam pembelajaran dan pengajaran untuk membangunkan sektor pendidikan di negara
tercinta ini.

73
3 IN 1 MEMBERI DAN MENJAWAB SALAM

KETUA PENYELIDIK
Raja Nur Khairina Binti Raja Sulaiman

Abstrak

Para pelajar pada masa kini mengalami kesukaran untuk mempelajari subjek Syariah kerana tajuknya
yang banyak dan isi-isi setiap tajuk dalam subjek tersebut sangat banyak untuk diingati. Maka, inovasi 3
in 1 yang terdiri daripada inovasi Roda Kandungan, Detik-detik Ilmu dan Pizza Syariah dihasilkan bagi
memudahkan para pelajar untuk mempelajari dan memahami sebuah topik dalam subjek ini iaitu tajuk
bidang Hadis Hukum iaitu Memberi dan Menjawab Salam. Objektif utama untuk penghasilan produk ini
adalah memudahkan pemahaman para pelajar bagi tajuk ini. Kemudian, membuatkan sesi pengajaran
dan pembelajaran lebih menarik dan akhir sekali, mengaplikasikan kaedah pembelajaran abad ke-21
melalui sesi perbincangan dan pembentangan kumpulan.
Roda Kandungan mempunyai reka bentuk seperti roda bertuah yang berbentuk bulatan dan bulatan
tersebut dibahagikan kepada enam bahagian mengikut bilangan subtopik yang terdapat dalam tajuk
Memberi dan Menjawab Salam. Para pelajar akan memutarkan roda tersebut untuk menentukan
subtopik yang perlu difahami dan dikaji oleh mereka kemudiannya dibentangkan kepada seluruh kelas.
Sesi pembentangan tersebut dikenali sebagai Detik-detik Ilmu kerana para pelajar akan diberikan masa
yang terhad untuk melakukan pembentangan. Pizza Syariah pula merupakan permainan yang dihasilkan
menggunakan kepingan-kepingan papan sebagai roti dan kertas berwarna merah jambu dan kuning
sebagai peperoni dan keju yang diletakkan di atas roti tersebut. Peperoni dan keju itu mengandungi isi-
isi bagi lima subtopik yang terdapat dalam tajuk tersebut. Para pelajar akan dibahagikan kepada lima
kumpulan lalu setiap kumpulan perlu menghasilkan sekeping pizza mengikut subtopik masing-masing.
Mereka perlu mendapatkan peperoni dan keju boleh didapati daripada kumpulan lain menggunakan
sistem barter.
Antara impak bagi produk ini ialah membina semangat berpasukan antara ahli kumpulan. Selain itu,
menajamkan kemahiran berkomunikasi melalui sesi perbincangan dan pembentangan. Kemudian,
mengelakkan para pelajar daripada berasa bosan. Akhir sekali, membina kemahiran berfikir secara
pantas melalui permainan menguji minda.
Cadangan penambahbaikan bagi inovasi ini adalah mengurangkan tempoh masa putaran roda agar tidak
terlalu lama iaitu dengan meletakkan pasak pada roda tersebut. Inovasi 3 in 1 ini dapat membantu
pelajar bukan sahaja dalam pembelajaran tetapi juga menanam rasa cinta terhadap subjek Syariah
melalui cara pengajaran yang sesuai dengan jiwa remaja mereka.

74
GAWHILEARN (Khulafa’ Ar-rasyidin)

KETUA PENYELIDIK
Nur Izzah Aqilah Binti Sarudin , SMKA (P) Alawiyah

Abstrak

Inovasi ini telah dihasilkan berdasarkan tajuk pembelajaran Pendidikan Syariah Islamiah tingkatan empat iaitu
Zaman Khulafa’ Ar-rasyidin. Inovasi ini bertujuan bagi memudahkan para pelajar memahami tajuk ini dengan lebih
mendalam serta menguji tahap pengetahuan mereka mengenai tajuk tersebut. Bab ini dikatakan tidak mudah bagi
pelajar untuk menguasainya kerana kandungan fakta-fakta dan sejarah-sejarah tentang zaman khulafa’ ar-rasyidin
yang harus dihafal. Justeru, tercetuslah idea-idea inovasi ini bagi memudahkan proses pembelajaran pelajar untuk
memahami objektif tajuk dan isi-isi pentingnya dengan menggunakan dan mengaplikasikan inovasi ini. Antara
produk yang dihasilkan ialah blok garis zaman, roda seribu satu tanda tanya, pancing rod dan parking lot. Blok garis
zaman mempunyai empat tahap berdasarkan zaman khulafa’ ar-rasyidin iaitu zaman pemerintahan Abu Bakar As-
sidik, zaman Umar bin AL-khatab, zaman Osman bin Affan dan zaman Ali bin Abi Talib. Kegunaan blok garis zaman
ini adalah sebagai penentu tahap para pelajar. Pada tahap pertama iaitu pada zaman Abu Bakar As-sidik, pelajar
akan bermain permainan roda seribu satu tanda tanya yang merangkumi soalan tentang fakta-fakta perkembangan
dan kegemilangan tamadun Islam. Seorang pelajar akan memutarkan roda sehingga jarum diberhentikan pada slot
tertentu dan soalan akan ditanyakan kepada pelajar tersebut mengenai bidang yang telah diberhentikan oleh
jarum tersebut. Hal ini akan membuatkan mereka lebih bersedia dengan soalan-soalan yang akan dilontarkan dan
berusaha membaca serta mengingatinya. Setelah pelajar melepasi tahap pertama, mereka dapat bergerak ke tahap
yang kedua iaitu zaman Umar bin Al-khatab dimana pelajar akan bermain pancing rod.Di dalam sebuah kolam ikan
kecil yang direka khas, terdapat beberapa isi tentang faktor-faktor kegemilangan tamadun Islam pada zaman
khulafa’ ar-rasyidin dan idea untuk meningkatkan kehidupan masyarakat Islam pada masa kini. Dengan
menggunakan joran mainan yang menggunakan magnet sebagai mata kail, pelajar perlu memancing dan
mendapatkan isi-isi tersebut. Kemudian mereka harus mengenal pasti sama ada isi tersebut merupakan isi bagi
faktor atau isi bagi idea. Perkara ini jelas terbukti bahawa cara ini, pelajar dapat membezakan isi-isi penting dan
kata kunci antara faktor-faktor dan idea, seterusnya mengelakkan kekeliruan berlaku. Sehabis sahaja permainan
pada tahap kedua, pelajar
terus maju kepada tahap yang ketiga
iaitu zaman Osman bin Affan. Sementara itu,
pada tahap ketiga ini, permainan yang akan
dimainkan adalah untuk menguji pengetahuan
am para pelajar mengenai tokoh terkemuka
pada zaman khulafa’ ar-rasyidin iaitu permainan
parking lot. Para pelajar memilih satu atau dua
biji bola yang tertulis watak dan personaliti atau
sumbangan tokoh-tokoh tertentu. Kemudian bola
tersebut harus dilontarkan ke dalam bekas yang
sepadan dengan tokoh tersebut. Dengan ini, kita
dapat lihat para pelajar dapat mengenal pasti watak,
personaliti dan sumbangan setiap tokoh pada
zaman khulafa’ ar-rasyidin. Akhir sekali, pada tahap
yang terakhir iaitu zaman Ali bin Abi Talib, pelajar
telah menguasai tajuk Zaman khulafa’ Ar-rasyidin
dan seterusnya mencapai objektif pada bab ini
dengan jayanya. Melalui keempat-empat inovasi ini,
para pelajar dapat mengingati isi kandungan tajuk ini
dalam masa yang singkat dan cepat.

75
ADVENTURE HAJJ AND UMRAH BOOK

KETUA PENYELIDIK
Nur Ardini Binti Mohd Saipudin ,SMK Agama (P) Alawiyah Kangar

Abstrak

Adventure Hajj and Umrah Book dihasilkan bagi memudahkan para pelajar lebih memahami
tajuk haji dan umrah. Di samping itu, ia memudahkan bagi para pelajar yang berasa tajuk ini
sukar difahami dan diingati. Adventure Hajj and Umrah Book ini sesuai untuk golongan dalam
lingkungan umur antara 9-17 tahun yang ingin belajar mengenai tajuk haji dan umrah dengan
pantas. Kewujudan produk ini ekoran daripada masalah kesukaran untuk memahami tajuk haji
dan umrah yang ada di dalam subjek Syariah Tingkatan 4 dalam kalangan para pelajar. Oleh
sebab itu, bagi mengatasi masalah ini, kami telah menghasilkan produk yang merupakan
sebuah buku yang berjudul 'Adventure Hajj and Umrah Book' bagi membantu para pelajar
membayangkan situasi sebenar ketika mengerjakan haji dan umrah agar mereka dapat
memahaminya dengan lebih efisien. Produk ini dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan
ringkas seperti kain felt, kotak, kertas manila kad, dan gam uhu. Impak daripada produk ini
menyebabkan para pelajar lebih memahami dan mengingati dengan mudah tentang perkara
yang berkaitan dengan haji dan umrah disebabkan adanya ilustrasi yang menarik dan huraian
yang ringkas dan padat. Para pelajar juga dapat menguasai tajuk haji dan umrah dengan pantas.
Buku ini boleh diberi penambahbaikan dengan menambah lebih banyak latihan dan
menggunakan kain dan kertas yang lebih berkualiti agar buku ini tahan lebih lasak dan tidak
mudah rosak. Buku ini juga boleh diaplikasikan untuk subjek-subjek yang lain seperti Quran
Sunnah dan Bahasa Arab. Kesimpulannya, Adventure Hajj and Umrah Book ini amatlah
bermanfaat dan dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari tajuk haji dan umrah ini.

76
SMART PARKING

KETUA PENYELIDIK
Muhammad Ariff Ihsan Bin Rohaya @ Yahaya ,SMK Arau

Abstrak

Pengetahuan teknologi dalam reka bentuk bagi menyelesaikan masalah terhadap isu budaya,
alam sekitar dan apresiasi reka bentuk yang diperkenalkan dalam KSSM memainkan peranan
dalam kehidupan seharian. Penggabungan elemen mekatronik, elektrik, elektronik dan
pengaturcaraan diadaptasikan pada tempat letak kereta seperti di kawasan perumahan yang
tempat letak keretanya sempit dan terciptalah SMART PARKING. Hasrat projek ini ialah ingin
memudahkan penduduk perumahan taman untuk keluarkan kereta mereka. Selain itu, ianya
juga dapat mendedahkan bahawa masyarakat tentang kepentingan teknologi pada zaman
sekarang. Pengendalian secara automatik pada SMART PARKING memudahkan kereta berputar
terus dan tidak perlu lagi untuk memperbetulkan bahagian depan bahagian kereta yang
menghala ke arah pintu pagar agar mudah untuk keluar terutamanya ketika kecemasan.

77
EVERGREEN BOOSTER

KETUA PENYELIDIK
Nur Mashitah Binti Makrofi,sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi

Abstrak

Evergreen Booster merupakan baja dan hormon penggalak pertumbuhan organik yang
dihasilkan melalui fermentasi daripada sumber sayur-sayuran berdaun. Produk ini
mengandungi hormon yang kaya dengan unsur nitrogen yang penting untuk pertumbuhan
batang, cabang dan daun pokok. Dalam bidang pertanian antara perkara yang menjadi masalah
kepada petani adalah apabila hasil tanaman kurang, pertumbuhan tanaman kecil, dan kurang
subur, daun berwarna kuning serta diserang serangga perosak. Tujuan produk ini adalah untuk
meningkatkan pertumbuhan batang, cabang dan daun pokok, mendapatkan tanaman yang
subur dan hijau, meningkatkan hasil dan kualiti tanaman di samping mengelakkan serangan
serangga perosak. Produk ini dihasilkan dengan menggunakan campuran sayuran kangkung,
pegaga, serai wangi dan gula perang dan diperam selama dua minggu. Tanaman serai wangi
bertindak sebagai tumbuhan ‘repellent’ yang mempunyai ciri bau yang amat kuat untuk
menghalau serangga perosak. Terdapat dua jenis bentuk produk Evergreen Booster iaitu jus
baja yang perlu dicairkan sebelum digunakan dan baja yang siap dibancuh. Impak daripada
Evergreen Booster dapat mengurangkan kebergantungan petani kepada baja kimia di pasaran
yang jauh lebih mahal. Baja ini juga selamat digunakan

78
ARAU SMARTBIN

KETUA PENYELIDIK
Zulfikri Bin Noorini ,SMK Arau

Abstrak

Pengetahuan teknologi dalam rekabentuk bagi menyelesaikan masalah terhadap isu


budaya,alam sekitar dan apresiasi reka bentuk yang diperkenalkan dalam KSSM memainkan
peranan dalam kehidupan seharian. Penggabungan elmen elektrik, elektronik, mekanikal dan
pengaturcaraan diadaptasikan pada tong sampah, dan akhirnya terciptalah ARAU SMARTBIN.
Hasrat projek ingin membudayakan masyarakat untuk sentiasa menjaga kebersihan
persekitaran setempat. Selain itu, ianya juga dapat mendedahkan masyarakat tentang
kepentingan teknologi kepada manusia sejagat. Pengendalian secara automatik pada ARAU
SMART BIN memudahkan sampah dibuang tanpa dibuka penutupnya dengan tangan dan ianya
lebih mesra pengguna. Oleh itu dengan adanya idea ini, kajian penambahbaikab seterusnya
akan dilaksanakan bagi mendapat hasil yang lebih efektif.

79
KIT PANJANG FOKUS KANTA CEMBUNG

KETUA PENYELIDIK
Adam Hakimie Bin Yusri ,SMK Derma

Abstrak

Kit Panjang Fokus Kanta Cembung dihasilkan bagi memenuhi keperluan murid-murid untuk
melaksanakan eksperimen yang terdapat di dalam buku teks tingkatan 4. Di samping itu, alat ini
dapat menyingkatkan masa kerana ianya mudah digunakan dan dapat digunakan oleh sesiapa
sahaja. Kit Panjang Fokus Kanta Cembung direka khas bagi para murid tingkatan 4 bagi
melaksanakan Aktiviti 6.8 Textbook Physics muka surat 253. Produk ini direka kerana masalah
penggunaan masa yang terlalu lama dan terjadinya kemalangan yang menyebabkan sesuatu
bahan itu rosak dan tidak lagi dapat digunakan. Oleh yang demikian, produk ini dihasilkan
untuk mengurangkan penggunaan masa pada waktu pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc).
Bahan yang digunakan bagi menghasilkan produk ini ialah kotak, kanta, pembaris besi dan
magnet. Bahan yang digunakan murah dan mudah didapati. Tempoh masa yang diambil bagi
menyiapkan produk ini hanyalah selama seminggu. Produk ini digunakan dengan cara
meletakkan produk ini di hadapan punca cahaya supaya imej tajam terbentuk di atas skrin.
Jarak di antara kanta dan imej diambil melalui pembaris besi yang dilekatkan pada produk ini.

80
SMART WATER JACKET: A SMART SOLUTION FOR
HEALTHY SENSITIVE VEGETABLES STORAGE
KETUA PENYELIDIK
Muhammad Amir Bin Nadzari , SMK Syed Ahmad ,Perlis

Abstrak

A healthy food is very important to our daily live. Like the rest of the healthy foods, a fresh
vegetable is very important in preparing the healthy food. The fast tendency of vegetables to
become wither is the main concern and the storing process needs to be thoroughly
implemented in order to preserve from wither. Basically, a conventional method to preserve
vegetables is by using chiller in which costly to the small vegetable sellers. Moreover, the low
temperature and humidity conditions make vegetables less of its quality. Thus, the innovation
of low-cost water flow called smart water jacket (SWJ) is proposed to replace the costly chillers.
A moderate temperature condition in SWJ (16-19 °C) with high humidity makes this prototype is
the best solution for preserving the sensitive vegetables from wither.

81
E-GAME JUTAWAN MINDA

KETUA PENYELIDIK
Amirul Nasyriq Md Nordin ,Kolej Komuniti Arau

Abstrak

Pendekatan gamifikasi yang menggunakan elemen permainan dapat meransang dan memberikan
motivasi kepada pelajar agar pengajaran dapat diintegrasi dalam bentuk permainan. Pendekatan yang
menggunakan kaedah permainan ini menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan
interaktif. Justeru itu satu aplikasi gamifikasi berasaskan mobil yang dikenali sebagai JutawanMinda
telah dibangunkan dengan tujuan supaya pelajar dapat belajar menerusi elemen permainan tanpa
batasan masa dan tempat bagi kursus Asas Pengaturcaraan di Kolej Komuniti Arau. Ini berdasarkan
daripada hasil kajian rintis yang dibuat yang mendapati 56.3% pelajar mengalami kesukaran untuk
memahami konsep yang terdapat dalam kursus Asas Pengaturcaraan kerana kesukaran memahami
banyak istilah dan logik. Objektif utama aplikasi JutawanMinda ini adalah untuk memberi motivasi
kepada pelajar serta merangsang minat bagi mewujudkan pengalaman menarik kepada pelajar serta
menggalakkan pembelajaran dan menyelesaikan masalah serta membina kemahiran melalui setiap
peringkat permainan. Satu kajian turut dilaksanakan ke atas 40 orang pelajar semester 1 Sijil Sistem
Komputer dan Rangkaian (SSK) di Kolej Komunit Arau yang mengambil kursus Asas Pengaturcaraan bagi
melihat impak kepada sikap serta motivasi pelajar terhadap penggunaan aplikasi permainan ini. Ujian
pra dan pasca telah dijalankan untuk membandingkan jumlah markah yang telah diperoleh olehi
responden sebelum dan selepas aplikasi ini digunakan. Setelah kedua-dua ujian ini dijalankan, dapatan
menunjukkan peningkatan markah sebanyak 30.4% dari 55.60% dalam ujian pra ke 86% dalam ujian
pasca. Selain itu, instrumen pengujian berskala likert yang mengandungi 4 konstruk Ujian Ukuran Skala
Motivasi Bahan Pengajaran (IMMS) digunakan untuk menguji tahap motivasi dan sikap pelajar semasa
menggunakan aplikasi gamifikasi ini. Data yang diperoleh telah membuktikan bahawa penggunaan
aplikasi gamifikasi ini dapat menjadi satu alternatif sebagai alat pembelajaran kendiri selaras dengan
Revolusi Industri 4.0 dengan menerapkan unsur Education 4.0 ke arah pembelajaran kendiri
menggunakan pendekatan heutagogi dalam menjadikan proses pembelajaran lebih menarik dan
interaktif.

82
E-EASY NOTE FOR COMPUTER

KETUA PENYELIDIK
Nurshana Arisya Binti Said, Kolej Komuniti Arau

Abstrak

Sewaktu tempoh pengajian, jika tidak dapat hadir ke kelas, ia akan menjadi kesukaran kepada
pelajar dalam melaksanakan Amali atau Tugasan dengan baik kerana pelajar telah tertinggal
sesi PdP. Oleh itu nota digital ini dicipta sebagai rujukan bagi memudahkan pelajar subjek
Aplikasi Komputer dalam melaksanakan Amali atau Tugasan. Nota digital ini memaparkan
kaedah ringkas yang mudah difahami, selain nota yang dapat menarik minat pelajar untuk
melaksanakan Amali bagi subjek Aplikasi Komputer. Bukan itu sahaja, malah ia dapat
meningkatkan motivasi pelajar dalam meneruskan usaha untuk terus cuba memahami kaedah
pengaplikasian komputer. Nota digital ini adalah ringkas dan mudah. Ia dapat meningkatkan
kefahaman pelajar dalam memahami subjek Aplikasi Komputer. Ini adalah kerana, ia
memaparkan kaedah melaksanakan Amali dan Tugasan dengan baik. Bagi meningkatkan kualiti
nota digital ini kaedah penerangan berbentuk audio dapat ditambah baik. Nota digital ini
mudah untuk dibawa kemana-mana. Ia juga dapat meningkatkan pemahaman serta minat
pelajar terhadap subjek Aplikasi Komputer.

83
E-FINANCIAL PLANNER

KETUA PENYELIDIK
Nurshana Arisya Binti Said

Abstrak

Status sebagai pelajar yang masih memerlukan bantuan kewangan daripada ibu bapa
membuatkan ramai pelajar Kolej Komuniti Arau mempunyai masalah kewangan dalam
menjalani pengajian. Namun ada juga pelajar yang layak menerima bantuan elaun dan
biasiswa. Walaupun begitu, kurangnya ilmu perancangan kewangan membuatkan pelajar
kurang pengetahuan dalam berbelanja dan merancang kewangan sedia ada mahupun untuk
tempoh pengajian ataupun untuk masa hadapan. Oleh itu, tercetuslah satu ilham bagi
mewujudkan satu perancang kewangan digital dalam memberi gambaran kaedah penyimpanan
wang dan merancang perbelanjaan khas untuk pelajar. Antara kelebihan aplikasi digital ini
adalah 1) dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk menabung. 2) membentuk sikap pelajar
yang berkhemat, disamping 3) dapat menerapkan minda perancang kewangan kedalam diri
pelajar. Aplikasi ini menerangkan tentang kaedah penyimpanan wang melalui pelbagai saluran.
Ia juga mempunyai contoh pengiraan kumpulan wang simpanan agar pengguna dapat membuat
perancangan kewangan. Selain itu, aplikasi ini juga dapat membuat pengiraan kewangan bagi
membantu pengguna merancang kewangan. Lebih menarik lagi, kaedah dan jumlah anggaran
simpanan juga dinyatakan bagi memberi galakkan kepada pengguna dalam merancang
kewangan dengan betul dan berkhemat. Aplikasi ini diharap dapat meningkatkan motivasi lebih
ramai pelajar untuk terus menyimpan dan pada masa yang sama, melahirkan sikap pelajar yang
berkhemat. Pada masa hadapan, aplikasi ini dijangkakan dapat dinaiktaraf agar dapat memberi
kaedah pengiraan dan penyimpanan wang dengan lebih terperinci. Kesimpulannya, aplikasi e-
Financial Planner ini mudah digunakan dan dibawa kemana-mana. Selain dapat meningkatkan
motivasi pelajar untuk menabung, ia juga dapat membentuk peribadi pelajar yang berkhemat
disamping menerapkan minda perancang kewangan kepada pelajar.

84
e-AWAKENING NOTE

KETUA PENYELIDIK
Saidatul Aishah Binti Azemi, Kolej Komuniti Arau

Abstrak

Sebagai pelajar, pelbagai cabaran yang harus ditempuhi dalam menamatkan sesi pengajian.
Oleh sebab itu, bukan semua pelajar dapat menamatkan pengajian disebabkan oleh pelbagai
permasalahan. Kadang-kala motivasi pelajar menurun disebabkan oleh pelbagai pelbagai isu
seharian.Oleh itu notis digital ini direka khas bagi
1) membantu meningkatkan motivasi pelajar untuk meneruskan usaha untuk berjaya,
2) membentuk pelajar yang bermotivasi dan bersemangat tinggi, serta bagi
3) menerapkan minda perlu berjaya kepada pelajar.
Notis digital ini memaparkan kata-kata semangat serta perancangan didalam kehidupan pelajar.
Ia dapat dijadikan sebagai paparan hadapan telefon bimbit atau komputer riba pelajar. Antara
impak notis digital ini adalah dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk terus berusaha dan
lakukan yang terbaik, melahirkan sikap pelajar yang bermotivasi tinggi, serta membentuk
minda pelajar agar mempunyai visi dan misi kehidupan. Notis ini mempunyai maklumat
cadangan solusi bagi contoh permasalahan yang mungkin dapat dikaitkan dengan kehidupan
seharian pelajar. Kesimpulannya, notis digital ini mudah untuk dibawa kemana-mana.
Kelebihannya dalam meningkatkan motivasi pelajar bagi meneruskan usaha untuk berjaya
sekaligus membentuk pelajar yang bermotivasi dan bersemangat tinggi. Akhir sekali, ia juga
menerapkan kedalam minda pelajar, keperluan untuk berjaya.

85
SMART ROD (SR)

KETUA PENYELIDIK
Muhammad Nasrul Bin Mohd Yusaini , SMK Tengku Suleiman

Abstrak

Smart Rod (SR) dihasilkan bagi membantu pihak nelayan dalam mengelakkan terlepasnya ikan-
ikan yang ditangkap . Kejadian ini berlaku kerana nelayan tidak mengetahui berat ikan atau
daya kekuatan ikan setelah umpan dimakan. SR merupakan inovasi kepada joran sedia ada
dengan menambah peranti elektronik supaya dapat mengetahui berat atau daya ikan. Jadi
nelayan dapat menarik joran atau bertindakbalas berdasarkan isyarat yang diterima dari SR ke
telefon bimbit. Selain nelayan, produk ini juga boleh digunakan oleh pemancing ikan yang
menjadikan memancing sebagai hobi di masa lapang.

86
WONDER BOX

KETUA PENYELIDIK
Nur Amira Sofia Bt Aziz , SMKA (P) Alawiyah

Abstrak

Wonder Box dihasilkan bagi memberi kelainan serta keseronokan sambil belajar di samping
mengikuti cara pembelajaran abad ke-21. Selain itu,ia memudahkan guru untuk mengajar topik
pembelajaran .Wonder box direka bagi menjadikan masa PDPC lebih efektif dan berkesan kepada
para pelajar.seterusnya ,Inovasi ini juga menekankan aplikasi konsep peta I -THINK yang
bertepatan dengan pembelajaran alaf baru .Hal ini secara tidak langsung memudahkan pelajar
untuk memahami dan menulis nota ringkas mengenai topik yang dipelajari dengancepat dan
tepat. Kewujudan projek ini ekoran daripada masalah pelajar yang kurang memahami topik yang
dipelajari serta minat murid yang semakin kurang terhadap hal-hal akademik. Justeru,produk ini
bertujuan untuk memberi keseronakan dan keterujaan kepada para pelajar sambil menikmati
proses pembelajaran. Malahan,ia memudahkan guru untuk mengukur tahap kefahaman setiap
pelajar di dalam kelas.produk ini dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan ringkas seperti
kotak kadbod,kertas pembalut hitam dan fail jernih yang dilekatkan pada setiap sisi kotak sebagai
satu medium bagi guru jika ingin mengubah tajuk yang dipelajari.kotak yang digunakan adalah
berkualiti tinggi besar dan tidak mudah rosak .Terdapat pelbagai permainan yang boleh diolah
menggunakan Wonder Box mengikut kreativiti para guru. Wonder Box ini mempunyai empat sisi
yang boleh dilekatkan nota mengikut konsep peta I-THINK di setiap sisi dan boleh dikeluarkan jika
guru ingin mengajar topik yang berlainan. Impak produk ini membawa kepada lahirnya pelajar
yang berilmu dan berkualiti.ia juga menjadikan masa pengajaran tersusun,mudah dan masa
persekolahan lebih menerujakan .

87
DREAM HOUSE

KETUA PENYELIDIK
Sal Sabrina Binti Ahmad Shaidi , SMKA (P) Alawiyah

Abstrak

Dream House terdiri daripada sebuah lif yang mempunyai info berkenaan kaedah istinba’
hukum. Selain itu, terdapat beberapa patung yang mewakili golongan yang perlu meminta izin
mengikut situasi tertentu serta sahabat yang terlibat dalam sebab nuzul ayat. Di samping itu,
pokok-pokok yang dihiasi di halaman rumah mewakili adab sebelum memasuki bilik ibu bapa
dan kepentingan melaksanakan tuntutan wajib meminta izin sebelum memasuki bilik.
Seterusnya, rumah empat tingkat yang mempunyai tiga bilik dengan waktu yang berbeza iaitu
sebelum Subuh, sebelum Zohor dan selepas Isyak yang mewakili tiga waktu yang wajib
meminta izin. Akhir sekali, replika rumah Rasulullah yang digunakan untuk menceritakan
sebab-sebab nuzul ayat dan di dalamnya terdapat kad-kad yang dicampur dengan isi-isi bagi
kepentingan melaksanakan tuntutan wajib meminta izin sebelum memasuki bilik dan adab
sebelum memasuki bilik ibu bapa.

88
SMART DUSTER

KETUA PENYELIDIK
Umairah Binti Mohd Nadzir , MRSM Arau

Abstrak

Inovasi Smart Duster dalam bidang umum adalah produk pemadam papan putih yang lebih
efisien. Penggunaan pemadam papan putih yang tidak efisien di dalam kelas menyebabkan
guru mengambil masa yang lama untuk memadam papan putih dan masa pembelajaran pelajar
juga dibazirkan dengan menunggu guru memadam papan putih. Ia juga menghabiskan tenaga
untuk memadam papan putih secara konvensional. Setelah membuat kajian, guru mengambil
masa hampir 7 minit untuk memadam papan putih bersaiz 120 × 240 cm. Dengan Smart Duster,
ia memberi impak baik dengan memudahkan guru untuk memadam papan putih dan ia dapat
menjimatkan masa . Produk ini mudah digunakan oleh guru kerana Smart Duster ini
menggunakan alat kawalan jauh yang menggunakan bateri dan ia mudah digunakan kerana
reka bentuk alat kawalan jauhnya yang diinspirasikan daripada alat kawalan jauh kereta
mainan. Jelaslah terbukti bahawa Smart Duster memudahkan guru mengajar dan lebih
menjimatkan masa guru daripada membuang masa dengan memadam papan putih.

89
EZY GO GREEN(EGG)

KETUA PENYELIDIK
Ajriyatul Aiffa Husna Binti Husaini , SMK Syed Hassan

Abstrak

Ezy Go Green (EGG) dihasilkan bagi memenuhi keperluan sendiri semasa Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) kali pertama di mana sukar untuk mendapatkan fungsi baja dan racun organik
yang baik sebagai penggalak tumbesaran pokok, di samping dapat menguruskan sisa buangan
domestik yang banyak. Penghasilan EGG juga adalah 100% dihasilkan dengan menggunakan sisa
terbuang yang berasaskan organik kerana tiada bahan kimia dimasukkan. EGG dihasilkan
dengan menggunakan air hujan yang ditadah dan juga kulit telur , sisa-sisa sayuran dan buah-
buahan yang boleh didapati dari dewan makan asrama dan kantin sekolah. Kesemua bahan
buangan ini akan diletakkan di dalam tong yang ditutup rapi agar lalat tidak dapat masuk dan
juga mempunyai sistem penapis yang dapat mengasingkan bahan berbentuk pepejal dan
dibiarkan terurai selama 3-5 bulan. Apabila bahan buangan ini terurai, ia akan menghasilkan
cecair EGG yang berbaur sedikit masam, ada juga cecair EM yang berbau 'manis'. Cecair
bewarna perang yang terhasil dari proses ini dipanggil EGG dan ia yang akan dicampurkan
bersama bahan kompos asli untuk diperam dan dijadikan baja kompos yang sempurna. EGG
berpotensi dipasarkan dengan mudah kerana kos penghasilan bahan yang rendah dan mudah
didapati serta mampu milik.

90
E-CONSTRUCTION TECHNOLOGY MASTERY

KETUA PENYELIDIK
Saidatul Aishah Binti Azemi, Kolej Komuniti Arau

Abstrak

Subjek Teknologi Pembinaan yang menggunakan banyak terminologi teknikal agak sukar
difahami oleh sesetengah pelajar yang tidak mempunyai latarbelakang teknikal sejak di
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Oleh itu, nota digital ini diwujudkan dalam
menyediakan nota asas bagi subjek Teknologi Pembinaan dengan menggunakan kaedah ringkas
yang mudah difahami. Nota ini dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari subjek
Teknologi Pembinaan disamping meningkatkan motivasi pelajar bagi meneruskan usaha untuk
terus cuba memahami terminologi teknikal. Selain itu, ia juga mempunyai paparan warna yang
ceria untuk menarik minat pelajar dalam mempelajari subjek Teknologi Pembinaan. Sebagai
penambahbaikan dimasa hadapan, ia juga perlu mempunyai penera`ngan berbentuk audio.
Kesimpulannya nota digital ini mudah untuk dibawa kemana-mana. Ia juga dapat meningkatkan
pemahaman serta minat pelajar terhadap subjek Teknologi Pembinaan.

91
WATER-BASED PORTABLE COOKER HOOD

KETUA PENYELIDIK
Ida Rohayu Binti Mohd Romli ,Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Abstrak

Pendedahan terhadap pencemaran udara dalam jangka panjang atau pendek telah dikaitkan
dengan kesan kesihatan yang boleh menyebabkan peningkatan kadar mortaliti dan morbiditi.
Salah satu faktor penyumbang yang diabaikan terhadap masalah ini adalah asap memasak yang
mengandungi bahan zarah terampai 2.5 (pm2.5) yang telah dikaji dengan teliti dan biasa
digunakan sebagai petunjuk pencemaran udara. Asap memasak yang tidak terkawal dan tidak
dirawat oleh mana-mana alat kawalan pencemaran dan kurangnya kesedaran di kalangan
peniaga mahupun pengendali makanan dikenal pasti sebagai salah satu faktor yang
mempengaruhi kualiti hidup. Oleh itu, objektif inovasi ini adalah untuk merangka dan
menghasilkan produk inovatif yang dapat mengatasi masalah yang telah dikenal pasti. Water-
Based Portable Cooker Hood yang berasaskan air, menggunakan sistem penyaringan atau
penapisan yang dibangunkan dan berfungsi sendiri untuk merawat asap memasak dan
mengukur perubahan zarah terampai pm2.5, sebelum dan selepas rawatan menggunakan alat
pengesan kualiti udara. Inovasi ini direka dengan mudah dan berfungsi untuk merawat asap
memasak sebelum dilepaskan kembali ke persekitaran, termasuk mempromosikan amalan
memasak yang mesra alam dan juga membantu peniaga makanan untuk memiliki hud
memasak yang sesuai untuk kegunaan di luar premis. Keistimewaan produk ini memainkan
peranan utama untuk mendapatkan kerjasama orang ramai untuk mencapai matlamat
mengurangkan pencemaran udara di peringkat domestik. Hasil kajian menunjukkan bahawa
Water-Based Portable Cooker Hood yang berasaskan air secara signifikan telah mempengaruhi
kualiti udara yang dibebaskan dan bertanggungjawab dalam mengurangkan tahap bacaan
pm2.5. Di samping itu,
ia dilihat sebagai satu kaedah
yang dapat menyalurkan amalan
memasak secara konvensional
kepada amalan yang lebih selamat
yang dapat menghasilkan udara bersih
dan dikembalikan ke persekitaran

92
E-KENDERAAN KK ARAU

KETUA PENYELIDIK
Zainudin Bin Yahya ,Kolej Komuniti Arau

Abstrak

E-Kenderaan KKA merupakan sistem pergerakan kenderaan Kolej Komuniti Arau yang
dibangunkan untuk memudahkan kakitangan Kolej Komuniti Arau untuk medapatkan
maklumat semasa pergerakan kenderaan jabatan di Kolej Komuniti Arau. Ini juga bertujuan
untuk membantu warga kolej menjimatkan masa untuk menempah kenderaan kolej tanpa
perlu pergi ke pejabat pentadbiran. E-Kenderaan KKA juga dapat memudahkan pihak
pentadbiran mengemaskini tempahan kenderaan Kolej Komuniti Arau secara terus di atas
talian. Melaui sistem ini, setiap pengguna yang hendak menggunakan kenderaan jabatan perlu
memohon melalui sistem ini. Selepas diluluskan oleh pegawai, pengguna tersebut boleh
menyemak status permohonannya. Semasa kenderaan keluar atau masuk melalui pintu pagar,
pengawal akan merekodkan masa ke dalam sistem ini. Kenderaan setiasa boleh dipantau sama
ada telah keluar atau belum pulang. Antara impak penggunaan sistem ini ialah dapat
memudahkan kakitangan Kolej Komuniti Arau untuk membuat tempahan kenderaan di mana
sahaja lokasi yang mempunyai rangkaian internet di samping mengelakkan daripada berlaku
pertindihan penempahan kenderaan. Secara tidak langsung, ia juga dapat menjimatkan kos dan
masa dalam membuat pengurusan tempahan kenderaan.

93
SIRES: SISTEM REKOD SI J I L KOLEJ KOMUNITI
ARAU
KETUA PENYELIDIK
Norhayati Md Sharif ,Kolej Komuniti Arau

Abstrak

SiReS: Sistem Rekod Sijil Kolej Komuniti Arau adalah sistem pengurusan rekod dan sijil secara
elektronik. Sistem ini dibangunkan khusus bagi membantu unit peperiksaan Kolej Komuniti
Arau Perlis (KKAP) dalam mengendalikan rekod dan sijil dengan sistematik. Ini berikutan
masalah dalam mengenalpasti lokasi fail, sijil dan transkrip pelajar di dalam simpanan unit
peperiksaan. Justeru itu, tujuan utama pembangunan dan pelaksanaan SiReS adalah membantu
institusi meningkatkan mutu pengurusan rekod yang lebih sistematik. Objektif khusus
pembangunan SiReS adalah untuk membolehkan unit peperiksaan KKAP menyimpan rekod sijil
dengan lebih sistematik dan teratur selain menjimatkan masa, kos dan tenaga dengan
mempercepatkan proses carian sijil pelajar. Sistem ini juga dapat memudahkan pengguna
menyemak status sijil dan transkrip para pelajar sama ada telah diambil atau belum. Impak dari
sistem ini, pengguna boleh mengenalpasti fail, sijil dan transkrip melalui sistem dengan lebih
pantas. Ini kerana penggunaan hanya perlu menaip sahaja di dalam sistem dan akan terus
mendapat maklumat simpanan ke fail yang khusus. Selain itu, SiReS dapat menyokong Green
Technology kerana menyokong penggunaan paperless. SiReS huga berkonsep mesra pengguna
kerana bahan sumber dapat dicapai dengan mudah dan mengaplikasikan kaedah
perkomputeran selaras dengan teknologi terkini Revolusi Industri 4.0.

94
INTELLIGENT CERTIFICATE (ICERT)

KETUA PENYELIDIK
Nasrul Effendy Bin Mat Nasir ,Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Abstrak

95
INTERACTIVE INTERNSHIP COMPACT GUIDELINES
(i-ICG)
KETUA PENYELIDIK
Mohd Zulfabli Bin Hasan ,Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Abstrak

Interactive Internship Compact Guidelines atau dikenali sebagai i-ICG adalah satu nota padat
berkenaan garis panduan latihan industri Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis. Produk ini
dibangunkan seiring dengan revolusi industri 4.0 menggunakan Internet of Things (IoT) dan
Augmented Reality Technology (AR) yang mana dua (2) daripada sembilan (9) teras utama
dalam revolusi industri 4.0 (IR4). Sejajar dengan evolusi generasi Z pada masa kini, kajian
menunjukkan generasi Z lebih berminat kepada penggunaan teknologi, aplikasi telefon pintar
dan nota interaktif. Justeru, projek ini dibangunkan bagi menepati kehendak generasi Z supaya
proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) dapat diteruskan dan saling memenangi antara
kedua-dua pihak (win-win situation). Di samping itu, latihan industri juga memainkan peranan
penting dalam membentuk dan menghasilkan graduan yang berkualiti sebelum menamatkan
pengajian di IPTA/IPTS. Oleh itu, Unit Perhubungan & Latihan Industri mengambil pendekatan
dengan menghasilkan garis panduan latihan industri yang interaktif kepada para pelajar yang
bakal menjalani latihan industri di PTSS supaya informasi dan garis panduan yang perlu diikuti
mampu disampaikan dengan cara yang paling terbaik kepada para pelajar. Kaedah yang
digunakan dalam menghasilkan nota ini adalah dengan menggunakan perisian Sparkol
videoscribe, penggunaan quick respond (QR) dan Augmented Reality technology (AR) dengan
bantuan aplikasi Zappar digunakan untuk mencapai pautan video tersebut. Secara tidak
langsung, penjanaan kod QR dan AR ini mampu menyokong teknologi hijau dengan
penggurangan penggunaan kertas (paperless). Hasil daripada penggunaan i-ICG ini, para pelajar
lebih memahami dan lebih berminat untuk mendapatkan informasi kerana ia dibekalkan
dengan cara yang menarik melalui video dan penyampaian yang interaktif. Hasil ujilari i-ICG ini
menunjukkan 98% pelajar tertarik dengan nota tersebut. Oleh itu, i- ICG ini telah diguna pakai
dan mendapat maklumbalas yang positif.

96
COVKIT ORGANIZER

KETUA PENYELIDIK
Nur Ilyani Bt Ramly ,Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Abstrak

CovKit Organizer dihasilkan untuk memenuhi keperluan rakyat Malaysia yang sedang menjalani
kehidupan norma baharu kesan daripada penyebaran wabak Corona Virus Desease – 2019
(COVID-19). Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyarankan beberapa amalan bagi
pencegahan COVID-19 antaranya seperti menyaring suhu badan, memakai pelitup hidung dan
mulut serta mengamalkan penjarakkan sosial untuk mengekang penyebaran wabak. Justeru,
segala aktiviti telah berubah daripada kebiasaan bagi memastikan semua individu patuh
dengan Standard Operation Procedures (SOP) yang telah ditetapkan. Ini merupakan cabaran
yang perlu dihadapi oleh semua pihak bagi memastikan (SOP) dipatuhi. CovKit Organizer direka
khas untuk semua golongan masyarakat dan merupakan produk mampu milik. Kewujudan
produk ini untuk memudahkan individu sentiasa peka untuk membawa pelitup hidung dan
mulut serta hand sanitizer setiap masa. CovKit Organizer membawa maksud CovKit Organizer
yang mengandungi pelitup hidung dan mulut serta hand sanitizer di dalam satu bekas kecil. Kit
ini boleh diletak di dalam beg tangan wanita atau dijadikan sling bag bagi lelaki. CovKit
Organizer menggunakan bahan-bahan ringkas seperti fabrik fennal dan butang (untuk dijadikan
kit) manakala di dalamnya terdapat hand sanitizer, dan pelitup hidung dan mulut. KKM telah
menyarankan kaedah yang betul untuk menyimpan pelitup hidung dan mulut semasa makan,
iaitu tidak boleh meletakkannya di bawah dagu. Arahan itu turut menyatakan penutup muka
perlu dibuka sepenuhnya ketika melakukan aktiviti berkaitan di bahagian muka. Maka dengan
adanya kit ini selain mudah untuk dibawa, ia dapat menyimpan pelitup hidung dan mulut
dengan kaedah yang betul. Kesimpulannya produk ini dapat membantu masyarakat dalam
mengamalkan norma baharu bagi berdepan dengan wabak Covid-19.

97
e4P@KKAPS (ePENDAFTARAN PENYERTAAN
PROGRAM PELAJAR @ KKAPS)
KETUA PENYELIDIK
Mohd Khairul Anuar Mat Kupli, Kolej Komuniti Arau

Abstrak

Unit Pembangunan Pelajar diwujudkan bagi memastikan proses pendaftaran pelajar serta
pembangunan pelajar berjalan dengan sistematik, teratur dan lancar. Selaku mantan pegawai
pengambilan serta inisiatif unit Pembangunan Pelajar telah mewujudkan satu sistem yang
dikenali sebagai e4P@KKAPs (ePendaftaran Penyertaan Program Pelajar @ KKAPs). Kewujudan
sistem ini adalah ekoran daripada pemasalahan yang wujud hasil daripada pemerhatian di
kaunter Unit Pembangunan Pelajar yang tidak tersusun dengan dokumen-dokumen melibatkan
penyertaan aktiviti pelajar. Keadaan ini disebabkan pelajar terpaksa mengisi borang penyertaan
sesuatu aktiviti dalam tempoh 1-2 minit bagi menyertai aktiviti yang bakal dilaksanakan oleh
Unit Pembangunan Pelajar. Dengan kewujudan sistem ini, peruntukan masa yang diperlukan
oleh seseorang pelajar bagi melengkap maklumat yang kehendaki bagi menyertai sebarang
aktiviti Kolej Komuniti Arau yang telah dirancang adalah kurang daripada 20 saat. Inovasi ini
dilihat sebagai cara terbaik untuk menggantikan kaedah manual kepada kaedah yang lebih
bersistematik yang mana ianya dapat mengurangkan penggunaan kertas, menjimatkan kos,
masa serta melancarkan proses pendaftaran penyertaan sesuatu aktiviti yang melibatkan
pelajar. Secara tidak langsung, segala aktiviti-aktiviti yang dirancang sebelumnya dapat direkod
untuk penyediaan laporan bulanan dan tahunan.

98
e-GREEN MOSQUE GUIDE (e-GMG)

KETUA PENYELIDIK
Rita Nurshahrizad Binti Mohd Radzi ,Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Abstrak

e-Green Mosque Guide (e-GMG) merupakan satu kaedah mudah dan pantas dalam memberi
panduan praktikal tentang amalan hijau di masjid. Ia dihasilkan bagi memenuhi keperluan
masjid dalam memberi kesedaran kepada pengunjung berkaitan amalan hijau dengan lebih
mudah dan berkesan terutamanya bagi menyelesaikan masalah berkaitan alam sekitar. Bagi
mengaplikasikan e-GMG, Masjid al Hussain, yang terkenal sebagai sebuah tarikan pelancongan
di Perlis telah dipilih ekoran isu bil air dan bil elektrik yang tinggi serta pencemaran udara dan
sampah yang dihadapinya. Justeru, e-GMG dihasilkan dengan menggunakan aplikasi Quick
Respond (QR) code yang dicetak pada poskad Masjid al Hussain sebagai medium akses untuk
pengunjung mendapatkan maklumat dan panduan amalan hijau dan amalan sunnah musafir
secara interaktif. Penggunaan e-GMG dapat memberi panduan praktikal dan seterusnya
meningkatkan kesedaran kepada pengunjung tentang amalan hijau di masjid. Dengan ini, isu bil
air dan bil elektrik yang tinggi serta pencemaran udara dan sampah dapat dibendung.
Penggunaan e-GMG diharap dapat diperluaskan lagi kepada institusi masjid yang lain sebagai
satu usaha bagi mendapatkan pengiktirafan Green Mosque.

99
KATS: KOLEJ KOMUNITI ARAU TIMETABLES
SYSTEM
KETUA PENYELIDIK
Hasnurul Nazimah Hashim, Kolej Komuniti Arau

Abstrak

KATS: Kolej Komuniti Arau Timetables System merupakan sistem penjadualan waktu kuliah
secara atas talian di Kolej Komuniti Arau. Dengan menggunakan sistem ini, seseorang
penyelaras jadual waktu tidak perlu lagi membuat instalasi perisian pada sesebuah komputer.
Dengan menggunakan komputer dan sambungan ke internet, penyelaras jadual waktu
berkenaan boleh membina jadual waktu kuliah walau di mana beliau berada. Melalui sistem
KATS pelbagai urusan dan masalah berkaitan dengan penjadualan dapat dilakukan dengan
mudah, cepat dan berkesan. KATS juga dapat menjimatkan kos dan masa pihak pengurusan
kolej, pensyarah dan pelajar dalam menguruskan dan merancang jadual waktu akademik di
Kolej Komuniti Arau

100
COVID-19 TRACKER

KETUA PENYELIDIK
Nur Nadina Binti Anuar ,Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Abstrak

Mobile application system has become a daily necessity, simplifying tasks and matters with
itsexistence. Like the rest of the world, Malaysia, too, could not escaped from falling victim to
the deadly Covid-19 pandemic. The Malaysian government has proactively carried out the
Movement Control Order (MCO) in effort to curb the spread of the virus in Malaysia.
Furthermore, the Enhanced Movement Control Order (RCMO) were strictly enforced on the
worst affected area and listed as the red zones. Nevertheless, there are new cases reported in
new areas, believed to brought in by Covid-19 carrier(s) from the red zones. Returning
Malaysians from foreign countries are also the main contributors to Covid-19 positive cases in
Malaysia and the possibility for these returnees failing to adhere to the mandatory home
quarantine order make the situation more worrisome. The inefficiency in the current data
collecting system and the returnees’ status are the main cause of the stated concerns. On that
account, the main purpose for the proposal to build an integrated application named as COVID
Tracker in collecting the data on those who are at higher risk of being infected with COVID- 19
and track the movement and whereabouts of COVID-19 high-risk individual. The produced
application will be beneficial to avoid the virus from spred. Only by rapid identification and
tracking movement of these high-risk individuals whenever they are in public areas will allow
the curbing of the spread of this deadly virus, Covid-19, in Malaysia.

101
BABY SAFETY,

KETUA PENYELIDIK
Fariza Binti Ishak, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Abstrak

Insiden bayi yang tertinggal di dalam kenderaan oleh pemandu sehingga menyebabkan
kematian bukanlah suatu yang janggal. Dalam konteks Malaysia, data yang dibentang di Dewan
Rakyat pada Ogos 2020 menunjukkan sejak dari tahun 2018 sehingga Ogos 2020 terdapat enam
kematian direkodkan berkaitan bayi yang ditinggalkan di dalam kenderaan akibat kecuaian yang
tidak diinginkan oleh mana - mana ibubapa. Walaupun bilangan ini dilihat rendah berbanding
kemalangan melibatkan kenderaan di jalan raya saban hari, pengusaha kenderaan seperti
General Motors yang berpengkalan di Amerika Syarikat sanggup membangunkan produk yang
dinamakan "Rear Seat Reminder yang berfungsi untuk mengingatkan pemandu untuk meninjau
tempat duduk belakang apabila ingin keluar dari kenderaan tersebut. Kajian turut menunjukkan
suhu di dalam sebuah kenderaan akan meningkat secara mendadak dengan tahap kepanasan
boleh meningkat dalam 10 hingga 20 darjah Celcius dalam masa 20 minit. Produk "Baby Safety
ini dibangunkan dengan fungsi memberikan amaran awal kepada pemandu secara langsung
menerusi bunyi sekiranya pemandu penggera dan peringatan tambahan kepada telefon pintar
mengendahkan atau tidak mendengar dengan jelas bunyi penggera. Notifikasi secara langsung
kepada telefon pintar pemandu adalah idea serta langkah susulan dalam memastikan pemandu
diberikan amaran tambahan. Produk ini menggunakan mikropengawal dan penderia yang
diletakkan di bangku bayi yang terdapat dipasaran serta bantal leher pemandu. Ubahsuai yang
minimum kepada kerusi bayi adalah penting dalam memastikan fungsi dan faktor keselamatan
kerusi bayi yang sedia ada tidak diganggu. Kos penghasilan produk yang rendah tetapi mampu
memberikan dua amaran awal kepada pemandu merupakan kelebihan produk ini untuk
disebarluaskan. Produk ini secara kesimpulannya memberi jawapan kepada permasalahan ibu
bapa tertinggal bayi di dalam kenderaan akibat tergesa - gesa meningggalkan kenderaan pada
masa akan datang

102

Anda mungkin juga menyukai