Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KONSEP

PERMOHONAN MENAIK TARAF KIOSK KOLEJ KEDIAMAN KOLEJ


VOKASIONAL TANJUNG PUTERI

1) Pengenalan

Kiosk Kolej Kediaman Kolej Vokasional Tanjung Puteri merupakan sebuah


perniagaan yang diusahakan oleh Koperasi Kolej Vokasional Tanjung Puteri yang
menyediakan makanan dan minuman kepada pelajar kolej kediaman sejak tahun 2017.
Perniagaan Kiosk kolej kediaman ini dijalankan di sebelah pejabat warden dimana
keluasannya kecil dan sangat terhad kepada pelajar kolej kediaman. Oleh yang
demikian, cadangan untuk memulakan fasa ke-2 iaitu mempertingkatkan kapasiti,
penambahbaikan peralatan dan kelengkapan dan dalam masa yang sama mewujudkan
keselesaan dan persekitaran yang kondusif kepada pelajar.

2) Tujuan

Kertas kerja ini bertujuan untuk pertimbangan Koperasi KVTP bagi meluluskan
peruntukan kewangan untuk menaik taraf Kiosk Kolej Kediaman Kolej Vokasional
Tanjung Puteri kepada kafe dan kedai gunting rambut.

3) Objektif

3.1 Mewujudkan kemudahan kepada pelajar kolej kediaman untuk membeli minuman
dan makanan.
3.2 Menambahkan keselesaan dan persekitaran yang kondusif kepada pelajar semasa
perniagaan dijalankan
3.3 Mewujudkan kemudahan yang selesa kepada pelajar kolej kediaman untuk
menggunting rambut.
4) Rancangan Teknikal

4.1 Kelengkapan yang Diperlukan


- Melalui pembiayaan kewangan yang dipohon ini, Koperasi KVTP
akan membeli aset tetap untuk menambah kemudahan di kafe dan kedai
gunting rambut seperti jadual di bawah.

Bil Jenis/Model Harga/Unit Kuantiti Nilai (RM)


(RM)
1 KABINET SINKI RM 3000 1 RM 3500
2 MEJA KAUNTER RM 3000 1 RM 3500
3 PARTITION RM 1000 1 RM 1000
4 PINTU RM 1500 1 RM 1500
Jumlah RM 9500

- Berdasarkan kepada jadual di atas jumlah pembelian aset tetap


dan. kelengkapan kedai yang memerlukan pembiayaan kewangan
Koperasi Kolej Vokasional Tanjung Puteri adalah sebanyak RM 8500.
-
4.2 ) Lakaran Susunatur Ruang Premis

5) Penutup

Diharapkan permohonan
menaiktaraf ini dapat dilaksanakan
dengan jayanya dan dapat
mencapai objektif yang ditetapkan
dan secara langsung dapat
mengembangkan dan mengangkat
perniagaan Koperasi Kolej
Vokasional Tanjung Puteri setaraf dengan koperasi-koperasi yang berjaya di
peringkat kebangsaan.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

……………………………… …………………………………

(AMIR MUSTAQIM BIN YUSOF) (AZNEEN NELY BINTI BASIR)


Pensyarah Teknologi Elektrik, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik
Kolej Vokasional Tanjung Puteri Kolej Vokasional Tanjung Puteri
Johor Bahru Johor Bahru

Disahkan oleh :

………………………………………

(ABDUL RAHMAN BIN HASHIM)


Pengarah
Kolej Vokasional Tanjung Puteri
Johor Bahru

Anda mungkin juga menyukai