Anda di halaman 1dari 1

1.

0 Latar Belakang Projek

Dewasa ini, terdapat pelbagai usaha yang telah dilakukan untuk


menjaga alam sekitar antaranya adalah kempen kitar semula. Terdapat
beberapa jenis barang yang boleh dikitar semula. Antaranya, plastik,kaca
dan aluminium. Jenis barang yang paling mudah untuk dikitar semula
adalah barangan aluminium seperti tin minuman. Boleh dikatakan setiap
hari akan ada tin minuman yang boleh didapati untuk dikitar semula di tong-
tong sampah dan di jalanraya.
Reka bentuk tin minuman masa kini adalah bersaiz lebih tinggi
dengan lebarnya dikurangkan. Tin minuman ini dikemekkan terlebih dahulu
sebelum dikitar semula untuk menjimatkan ruang dan kos. Terdapat sebuah
mesin bernama”can crusher” telah dicipta pada tahun 1937. “Can crusher”
ini berfungsi untuk mengemekkan tin minuman menggantikan tenaga
manusia. Terdapat pelbagai adaptasi dan pembaharuan telah dilakukan
dari semasa ke semasa terhadap “can crusher “.
Antara penambahan yang telah dilakukan terhadap mesin “can
crusher” sedia ada adalah mesin tersebut boleh berfungsi secara automatik,
menggunakan tenaga hidraulik dan pneumatik serta ia mesra pengguna
dan alam sekitar. Oleh itu, berdasarkan mesin “can crusher sedia ada kami
dikehendaki mereka bentuk sebuah mesin “can crusher” yang telah
dinovasikan berdasarkan mesin “can crusher” yang sudah sedia ada
ciptaanya dengan mengaplikasikan segala ilmu yang dipelajari dalam
lukisan kejuruteraan sama ada secara manual (lukisan tangan) dan
berbantukan perisian komputer (lukisan AutoCAD).
Pemulaan untuk mereka bentuk “can crusher” adalah dengan
melihat beberapa video di youtube berkaitan “can crusher” sedia ada.
Hasilnya, kami dapat mereka bentuk sebuah “can crusher” yang
menggunakan tenaga hidraulik untuk menggemekkan tin, bersaiz
sederhana kecil, berbentuk silinder, boleh dilekatkan pada “vending
machine” untuk memudahkan pengguna terus menggemekkan tin
minuman selepas diminum dan mesra pengguna. Segala maklumat yang
lebih lengkap berkaitan dengan “can crasher” kami seperti kekuatan,
kelemahan, jenis barang yang digunakan, segala fungsi yang terdapat dan
cara menggunakan akan diceritakan lebih lanjut pada bab yang
seterusnya.

Anda mungkin juga menyukai