Anda di halaman 1dari 23

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

BBP 20203 GRAFIK KEJURUTERAAN


SEMESTER 1 2018/2019

LAPORAN TUGASAN KUMPULAN


TAJUK PROJEK : CAN CRUSHER (SMASH-IT)

NAMA PENSYARAH : DR YEE MEI HEONG & DR AINI NAZURA BINTI


PAIMIN @ ABDUL HALIM

SEKSYEN : 2

NAMA PELAJAR NO. PENDAFTARAN

1) MUHAMMAD LUQMAN BIN MUHAMMAD


CB170044
SAIFUL HAQ

2) MOHAMAD NASRUL HADI BIN MOHD AYOP CB170018

3) MOHAMAD AMIRUL HAZIQ BIN SALMAN CB170077

4) KHAIRUL AZREE BIN RAHIM CB170047

5) MOHAMAD ROFIQ BIN CHARISHUN CB170011


KANDUNGAN

No Perkara Muka surat

1. BAB 1
1
1.1 Latar Belakang Projek 1
2. BAB 2 2
2.1 Tujuan projek 2
3. BAB 3
3
3.1 Fungsi
3
3.2 Komponen utama
3
3.3 Kelebihan dan kekurangan
4
4. BAB 4 8
4.1 Idea asal 8
4.2 Reka bentuk cadangan 9
4.3 Justifikasi
11
5. BAB 5
12
5.1 Penutup 12
6. BAB 6
13
6.1 Refleksi
13
7. LAMPIRAN
-
1

BAB 1

1.1 Latar Belakang Projek

Dewasa ini, terdapat pelbagai usaha yang telah dilakukan untuk menjaga
alam sekitar antaranya adalah kempen kitar semula. Terdapat beberapa
jenis barang yang boleh dikitar semula. Antaranya, plastik, kaca dan
aluminium. Jenis barang yang paling mudah untuk dikitar semula adalah
barangan aluminium seperti tin minuman. Boleh dikatakan setiap hari akan
ada tin minuman yang boleh didapati untuk dikitar semula di tong-tong
sampah dan di jalanraya.

Reka bentuk tin minuman masa kini adalah bersaiz lebih tinggi
dengan lebarnya dikurangkan. Tin minuman ini dikemekkan terlebih dahulu
sebelum dikitar semula untuk menjimatkan ruang dan kos. Terdapat sebuah
mesin bernama ”can crusher” telah dicipta pada tahun 1937. “Can crusher”
ini berfungsi untuk mengemekkan tin minuman menggantikan tenaga
manusia. Terdapat pelbagai adaptasi dan pembaharuan telah dilakukan
dari semasa ke semasa terhadap “can crusher “.

Oleh itu, berdasarkan mesin “can crusher sedia ada kami dikehendaki
mereka bentuk sebuah mesin “can crusher” yang telah dinovasikan
berdasarkan mesin “can crusher” yang sudah sedia ada ciptaanya dengan
mengaplikasikan segala ilmu yang dipelajari dalam lukisan kejuruteraan
sama ada secara manual (lukisan tangan) dan berbantukan perisian
komputer (lukisan AutoCAD).

Pemulaan untuk mereka bentuk “can crusher” adalah dengan


melihat beberapa video di youtube berkaitan “can crusher” sedia ada.
Hasilnya, kami dapat mereka bentuk sebuah “can crusher” yang
menggunakan tenaga hidraulik untuk menggemekkan tin, bersaiz
sederhana kecil, berbentuk silinder, boleh dilekatkan pada “vending
machine”. Segala maklumat yang lebih lengkap berkaitan dengan “can
2

crasher” kami seperti kekuatan, kelemahan, jenis barang yang digunakan,


segala fungsi yang terdapat dan cara menggunakan akan diceritakan
lebih lanjut pada bab yang seterusnya.

BAB 2

2.1 Tujuan projek

Dalam bahagian ini akan menerangkan tujuan projek “can crusher” ini di
lakukan dan setiap tujuan ini akan di sertakan dengan penerangan yang
mudah di fahami.

2.1.1 Perubahan tradisional ke moden

Kaedah tradisional menggunakan kaki atau mesin yang masih


menggunakan tenaga manusia bagi mengemekkan tin.

2.1.2 Mengurangkan tenaga manusia.

Mesin yang di bina menggunakan piston sistem hidraulik dan sensor bagi
mengemekkan tin dan tenaga manusia hanya di gunakan untuk
memasukkan tin dan mengambil tin setelah di kemekkan.

2.1.3 Menjimatkan Masa.

Penggunaan mesin ini dapat menjimat masa pengguna kerana setiap tin
yang dikemekkan oleh “can crusher” adalah secara automatik.

2.1.4 Memudahkan kerja-kerja industri.

Bagi setiap industri yang mengumpul dan membeli tin aluminium, mereka
boleh mengemek tin dalam keadaan yang banyak.
3

2.1.5 Mesin Mudah-alih.

Setiap pengguna boleh membawa mesin ini ke mana sahaja kerana saiz
yang kecik dan mudah disimpan menjadikan mesin ini sebagai mesra
pengguna.

BAB 3

3.1 Fungsi

“can crusher” merupakan alat yang efisien dan sangat berguna yang boleh
digunakan bukan sahaja di rumah tetapi juga tempat lain untuk
mengemekkan tin aluminium yang kosong. Tujuannya adalah untuk
memudahkan proses kitar semula, menjimatkan ruang penyimpanan.
Terdapat pelbagai jenis, reka bentuk dan saiz yang berbeza yang boleh
digunakan untuk merenyukkan tin. Proses mengemekkan tin secara
tradisional iaitu menggunakan kaki atau tangan memerlukan tenaga
manusia yang lebih, mengambil masa yang lama dan kemungkinan boleh
menyebabkan kecederaan adalah tinggi. Oleh itu, dengan menggunakan
“can crusher” dapat memudahkan proses mengemekkan tin dalam jumlah
yang banyak kerana “can crusher” menjimatkan masa dan tenaga serta
menjimatkan ruang penyimpanan tin aluminium.

3.2 Komponen utama

Keluli padat
-Rangka dalaman diperbuat
daripada keluli padat untuk
menahan daya tekanan
hidraulik mengemekkan
tin.
4

Stainless steel
-Produk tahan lasak dalam
apa jua keadaan. Dapat
melindungi komponen
elektronik dari rosak.

Sensor Pam Hidraulik

- Sensor yang digunakan -Berfungsi untuk


bersifat mengesan tin. Ia memapatkan tin minuman
bagi menggantikan
komponen suis.

3.3 Kelebihan dan kekurangan

Kami akan menerangkan lebih lanjut tentang kelebihan dan kekurangan


produk yang ada dipasaran berbanding produk lain.

3.3.1 DC Mach

Kelebihan Kekurangan
 Memampatkan 10 tin dalam  Hanya boleh digunakan
satu masa. dengan tangan sahaja.
 Bebas daripada karat kerana  Tidak tahan lama dan
diperbuat daripada plastik mungkin cepat rosak jika
nilon. menggunakan secara
kerap kerana diperbuat
daripada plastik.
5

3.3.2 Basic Industries International 77703

Kelebihan Kekurangan
 Banyak tin boleh  Pemegang untuk
dimampatkan dalam satu memampatkan tin akan
masa. mudah bengkok jika
menggunakan dengan
kerap.

3.3.3 Can Pactor Multi Position

Kelebihan Kekurangan
 Tidak berkarat jika terkena air.  Memerlukan tenaga yang
 Boleh digunakan dengan kaki lebih untuk memampatkan
dan tangan tin.
6

 Hanya satu tin boleh


dimampatkan dalam satu
masa.

3.3.4 Zing 7008

Kelebihan Kekurangan
 Mempunyai ruang  Tidak sesuai digunakan oleh
penyimpanan tin yang telah orang yang tinggi.
dimampatkan.  Harga yang mahal
 Boleh dibasuh menggunakan
air kerana diperbuat
daripada plastik.

3.3.5 Easy Pull Can Crushing System


7

Kelebihan Kekurangan

 Sesuai digunakan oleh kanak-  Sesuai digunakan dengan


kanak. tangan sahaja.
 Mempunyai ruang
penyimpanan tin yang telah
dimampatkan.

3.3.6 Progressive “can crusher” Pepworks

Kelebihan Kekurangan

 Boleh dipasang pada tong  Tiada ruang penyimpanan


sampah dan dinding. tin yang telah
 Harga berpatutan. dimampatkan.

3.3.7 Produk Yang Dihasilkan


8

Kelebihan Kekurangan

 Stabil  Menggunakan sistem


 Tidak berkarat hidraulik untuk beroperasi
 Menjimatkan masa  Memerlukan bekalan kuasa
 Kurang menggunakan elektrik
tenaga manusia  Hanya satu tin dapat
 Mengurangkan risiko dimampatkan dalam satu
kecederaan masa
 Bersaiz kecil  Perlu diselenggara mengikut
waktu

BAB 4

4.1 Idea asal

4.1.1 Idea pertama

Idea asal kami ingin menggunakan sistem pemampat pneumatik kerana


ia sangat kecil dan berkuasa tinggi untuk mengemek tin. Tetapi ia
didampingi dengan masalah paling besar iaitu, sebuah air compressor
diperlukan. Compressor ini sangat mahal dan bising kepada pengguna.
Oleh itu, kami perlu mengubah sistem pengemek kami kepada lebih mesra
pengguna.
9

4.1.2 Idea kedua

Rentetan dari idea pertama, kami menggunakan sistem pemampat


hidraulik. Kelemahan utama gambar rajah diatas ialah selepas
mengemekkan tin, mereka perlu mengeluarkan tin secara manual dan
perlu juga menekan suis untuk ia berfungsi. Akhirnya, satu cadangan reka
bentuk baru telah berjaya kami lakukan.

4.2 Reka bentuk cadangan

Nama produk : SMASH-IT!


Saiz : Rujuk lampiran untuk ukuran dimensi yang lebih lengkap
10

1 2 3

1. Tin akan dimasukkan di ruangan atas.


2. Ruangan ini boleh dimuatkan pelbagai saiz tin minuman.
3. Apabila pengesan tin bertindak balas, pemampat hidraulik akan
berfungsi dan menolak kehadapan untuk mengemekan tin

1. Pemampat hidraulik akan patah kembali pada kedudukan asal


setelah tin dikemekkan.
2. Tin akan dikemekkan sehingga melepasi kawasan ini.
3. Tin yang dikemekkan akan jatuh dengan tarikan graviti dan masuk
kedalam tong sampah melepasi ruangan ini.
11

4.3 Justifikasi

Justifikasi penambahbaikan produk kami yang paling utama ialah :

4.3.1 Menghasilkan sistem automatik dan sifar tenaga manusia

Penggunaan hidraulik telah membawa perubahan yang besar dalam


menghasilkan produk sifar tenaga manusia. Ia boleh beroperasi untuk
tempoh yang lama tanpa henti berbanding tenaga manusia yang terhad
dan memerlukan rehat.

Tambahan pula, penggunaan `metal sensor` memberi kelebihan kepada


produk kami untuk berfungsi secara automatik. Tidak ada lagi proses
mengemek tin menggunakan tangan dan kaki, ataupun menekan
sebarang suis. Oleh itu, anda hanya semudah minum dan kemek!

4.3.2 Penambahan sistem keselamatan

Aspek keselamatan amat kami titik beratkan. Produk ini tidak akan
mencederakan pengguna jika tangan mereka dimasukkan. Hal ini kerana
penggunaan sensor hanya mengesan tin sahaja. Tambahan pula, rangka
badan yang tertutup akan melindungi pengguna jika ada serpihan atau
cecair terpercik ketika proses pengemekkan tin. Oleh itu, pengguna tidak
perlu risau akan kemalangan tangan dikemekkan.

4.3.3 Saiz yang compact

Saiz produk kami telah dikecilkan seminimum untuk dimuatkan bersama


sistem hidraulik kami yang kecil dan ruangan mengemek tin yang tahan
lasak. Oleh itu, ia sesuai dipasang pada dinding dan mana-mana
permukaan kecil tanpa ada masalah.
12

4.3.4 Menyahut cabaran revolusi industri 4.0

Produk kami boleh diimplimentasiakan dan merupakan langkah awal yang


besar dalam merealisasikan revolusi industri ini. Langkah seterusnya yang
kami perlu lakukan hanya membangunkan sistem capaian cloud IOT dan
pengesan tong sampah jika penuh. Hal ini kerana penggunaan sensor
produk ini boleh membantu dalam memberi maklumat bilangan tin yang
dikemekkan.

BAB 5

5.1 Penutup

Hasil daripada projek “can crusher” ini, kami dapat menambah baik “can
crusher” yang asal dan menamakan projek kami sebagai ‘SMASH IT’.
‘SMASH IT’ berfungsi untuk memampatkan tin dan botol minuman secara
automatik. Ia juga dapat menjimatkan masa dan tenaga. Ketika
pelaksanaan projek dilakukan, terdapat pelbagai perkara yang dapat kami
pelajari semasa proses melaksanakan projek ini. Pengalaman kami lalui
begitu berguna kepada kami untuk menghasilkan hasil kerja yang lebih baik
dan berkualiti.

Selain itu, hasil daripada pemerhatian terhadap projek yang telah


kami laksanakan ‘SMASH IT’ ini hanya menggunakan bahan-bahan yang
murah tetapi berkualiti. Ini secara tidak langsung mencetuskan idea dalam
diri kami dan menjadi asas untuk membina ‘SMASH IT’ tersebut. Perkara yang
perlu diberi perhatian semasa membuat projek ini ialah:

 Perancangan yang teliti haruslah diberi perhatian sama ada semasa


proses memebuat lukisan dan semasa kerja pembuatan dilaksanakan
 Produk yang dihasilkan ini akan membantu untuk keselesaan
pengguna.
13

BAB 6

6.1 Refleksi

Saya Muhammad Luqman Bin Muhammad Saiful Haq (CB 170044)


berasa sangat bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia dan
keberkatannya dapatlah saya menyiapkan tugasan “can crusher” yang
diberikan pensyarah dengan baik. Saya juga mengucapkan terima kasih
kepada rakan sekumpulan saya dalam menjayakan tugasan ini. Ucapan
terima kasih ini juga ditujukan kepada pensyarah kami, Dr Aini Naura Binti
Paimin dan Dr Yee Mei Heong atas bimbingan, bantuan serta tunjuk ajar
beliau dapat menjadikan kami berilmu dalam mata pelajaran Lukisan
Kejuruteraan (LK) ini. Walaupun terdapat beberapa kekangan seperti tidak
mempunyai asas dalam Lukisan Kejuruteraan dan perisian AutoCAD bukan
menjadi penghalang bagi diri saya dan saya menganggap ianya sebagai
satu cabaran untuk menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan.
Namun, dorongan dan bantuan daripada rakan-rakan telah membuatkan
saya sentiasa bersemangat, sabar dan berusaha dalam menyelesaikan
tugasan ini.Secara keseluruhan saya sangat gembira dan bangga dengan
diri saya kerana saya berjaya mendisiplinkan diri untuk terus berusaha dan
belajar tentang asas lukisan dan AutoCAD sehingga saya berjaya
menyiapkan tugasan ini.

Saya Muhamad Nasrul Hadi bin Mohd Ayop (CB170018) berasa


sangat bersyukur dan gembira kerana dapat menyiapkan tugasan projek
”can crusher”. Bersyukur ke hadrat ilahi dengan bantuan dan tunjuk ajar
pensyarah iaitu Dr Aini Nazura Binti Paimin dan Dr Yee Mei Heong dapat saya
mempelajari beberapa ilmu berkaitan dengan grafik kejuruteraan yang
banyak membantu dalam menyiapkan projek ini. Terdapat beberapa
perkara yang baru saya pelajari dalam lukisan kejuruteraan dan perisian
AutoCAD. Misalnya, menerbitkan objek 3D daripada bentuk 2D dan
14

mengetahui langkah-langkah kerja yang sesuai, mudah dan cepat yang


membantu dalam lukisan. Kerjasama setiap ahli kumpulan berada pada
tahap yang tinggi dalam menyiapkan tugasan ini. Saya berharap dengan
ilmu yang dipelajari dapat diamalkan, disampaikan dimanafaatkan untuk
kegunaan seharian dan juga pada masa hadapan. Akhir sekali, saya
memohon agar segala ilmu diberikan oleh kedua-dua orang pensyarah
yang telah saya sebutkan di atas diberkati dan dirahmati.

Saya Mohamad Rofiq bin Charishun pada semester ini telah


mengambil kursus ini. Sepanjang tempoh pembelajaran, Banyak ilmu baru
yang saya perolehi. Terima kasih kepada pensyarah Dr Yee Dan Dr Aini
kerana telah membimbing sepanjang kelas. Pada diri saya, sebelum ini saya
ada pengetahuan tentang lukisan kejuruteraan dan ia tidak menjadi
masalah untuk saya memahami kursus ini malah mengukuhkan lagi
pengetahuan saya terutamanya, teknik dan peralatan dalam
menghasilkan lukisan manual dan AutoCAD. Tugasan yang telah diberikan
telah saya siapkan bersama kumpulan dengan mudah. Kami tiada masalah
dalam menyiapkan tugasan. Kami saling bantu membantu jika ada rakan
yang mempunyai kesukaran dalam menghasilkan tugasan dan
pembahagian tugasan yang melancarkan tugasan.

Saya Mohamad Amirul Haziq bin Salman (CB170077) telah berjaya


menyiapkan tugasan projek “can crusher” dengan bantuan rakan sekelas
dan komitmen ahli kumpulan yang sangat memuaskan. Tidak lupa juga
pada tenaga pengajar iaitu Dr Aini Naura Binti Paimin dan Dr Yee Mei Heong
yang telah mengajar, membimbing serta membantu saya dalam
mempelajari ilmu lukisan kejuruteraan dan AutoCAD. Saya juga tidak
mempunyai apa-apa asas dalam lukisan kejuruteraan dan AutoCAD
sebelum memasuki kelas Grafik kejuruteraan, tetapi atas berkat ilmu yang di
ajar oleh Dr Aini Naura Binti Paimin dan Dr Yee Mei Heong, saya dapat
memahami dan menguasai kemahiran lukisan kejuruteraan dan AutoCAD.
Antara halangan yang terpaksa saya hadapi semasa belajar dan semasa
menyiapkan tugasan adalah laptop saya tidak dapat menampung aplikasi
15

AutoCAD, tetapi itu bukan alasan untuk saya tidak menyiapkan tugasan
yang diberikan. Saya tidak menjadikan ini satu masalah pada saya. Apabila
laptop saya tidak dapat menampung aplikasi AutoCAD, saya meminjam
laptop kawan sekelas saya atau saya melaksanakan tugasan di komputer
makmal AutoCAD untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.

Saya Khairul Azree bin Rahim (CB170047) telah berjaya menyiapkan


tugasan projek “can crusher” dengan bantuan rakan kumpulan yang
komitment dan telus bagi menyempurnakan tugasan tersebut. Dua orang
pensyarah yang tidak pernah penat memberi bimbingan ketika
menyiapkan projek ini, iaitu Dr Aini Nazura Binti Paimin dan Dr Yee Mei
Heong. Mereka yang mengajar saya tentang ilmu lukisan grafik kejuteraan
dan AutoCAD. Saya yang mempunyai asas terhadap grafik kejuteraan
dapat membantu rakan-rakan dan bantuan dua orang pensyarah tersebut
pengetahuan dan kemahiran saya di asah bagi menyiapkan tugasan
tersebut dengan sempurna. Permasalahan yang dapat menghalang saya
bagi menyiapkan tugasan tersebut ialah komputer riba saya tidak mampu
menampung perisian AutoCAD. Oleh itu, saya tidak dapat menyiapkan
tugasan tersebut ketika berada di luar kelas.
LAMPIRAN

Justifikasi tugasan ahli kumpulan


Nama ahli kumpulan

1. Muhammad Nasrul Hadi bin Mohd Ayop


2. Muhammad Luqman bin Muhammad Saiful Haq
3. Mohamad Amirul Haziq bin Salman
4. Khairul Azree bin Rahim
5. Mohamad Rofiq bin Charishun

TUGASAN NASRUL LUQMAN AMIRUL KHAIRUL ROFIQ


Idea dan lakaran √
bentuk
Slide √
Ukuran produk √
Harga produk √
Bahan pembuatan √
Perbentangan √ √ √ √ √
Lukisan manual √ √ √ √ √
Lukisan AutoCAD √ √ √ √ √
Laporan Bab 1 √
Laporan Bab 2 √ √
Laporan Bab3 √ √
Laporan bab 4 √ √
Laporan bab 5 √ √
Tugasan kumpulan √
Compile laporan √
Edit laporan √
Print laporan √
280
70

90 53

TOP VIEW ISOMETRIC VIEW


R30

10

81

R40

40 140
R45

280

FRONT VIEW SIDE VIEW


UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN TUGASAN PROJEK 1 ~ SMASH-IT ~ 12 DISEMBER 2018
MALAYSIA (FPTV) CAN CRUSHER 1:1
3D VIEW TOP 3D VIEW BOTTOM

CROSS SECTION VIEW CROSS SECTION VIEW WITH CAN


UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN TUGASAN PROJEK 1 ~ SMASH-IT ~ 12 DISEMBER 2018
MALAYSIA (FPTV) CAN CRUSHER 1:1
280

40 90 20 70

0 53
20

100 40

TOP VIEW
280

70 70

40
90

40
40

130

FRONT VIEW
53
40

20 40

R30

R45
R40

SIDE VIEW

Anda mungkin juga menyukai