Anda di halaman 1dari 25

1.

0 Pengenalan

Dewasa ini, sering kedengaran tentang bencana alam yang berlaku di negara kita. Bencana
alam dapat diklafikasikan sebagai sesuatu peristiwa yang berlaku dan merosakkan
persekitaran, harta benda serta boleh mengakibatkan kehilangan nyawa. Antara contoh
bencana alam yang sering berlaku di Malaysia adalah banjir, gempa bumi, ribut dan juga tanah
runtuh. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, banjir dapat didefinisikan sebagai keadaan air
menenggelami atau menggenangi kawasan yang luas. Banjir juga merupakan satu keadaan di
mana air telah naik melebihi paras bahaya dan diisyhtiharkan banjir oleh pihak berkuasa.
Menurut Burton (1968), mengatakan banjir sebagai air sungai yang melampaui tebingnya, atau
satu fenomena yang disebabkan oleh kenaikan aras air sungai utama dan anak-anak sungai.
Oleh itu, fenomena banjir ini amat berbahaya dan berupaya menyebarkan penyakit yang
berbahaya seperti taun dan sebagainya.

Di Malaysia, banjir amat diberi perhatian kerana ia mengancam nyawa dan dapat
melemahkan sistem ekonomi penduduk. Kejadian banjir yang berlaku dalam di negara ini
seringkali dikaitkan dengan negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan
Pahang yang disebabkan oleh tiupan angin Monsun Timur Laut iaitu sekitar bulan November
dan Disember. Tetapi sejak kebelakangan ini, banjir di negara kita tidak hanya terhad di negeri
Pantai Timur malah telah menular ke negeri-negeri selatan dan utara tanah air seperti di Johor
dan Kedah malahan bandaraya Kuala Lumpur juga tidak terkecuali dalam mencatatkan kes
banjir kilat. Walaupun fenomena banjir ini dikaitkan dengan bencana alam dan berlaku secara
semulajadi, namun pada hakikatnya terdapat faktor seperti tindakan manusia yang mengubah
struktur permukaan tanah yang menyebabkan larian air permukaan terganggu kerana banyak
kawasan parit-parit dan sungai ditimbus untuk tujuan pembangunan.

Seperti yang diketahui, kawasan yang kerap dilanda banjir adalah di kawasan bandar. Hal
ini kerana di bandar terdapat banyak pembangunan yang telah mengubah permukaan tanah
daripada kawasan telap air kepada kawasan-kawasan yang tidak telap air melalui pembinaan
jalan raya, bangunan, zon letak kereta dan sebagainya. Kawasan yang tidak telap air
merupakan kawasan yang mempunyai permukaan tidak telap air seperti konkrit, simen, asphalt
dan sebagainya. Selain itu, sistem perparitan yang tidak sempurna turut menjadi faktor
berlakunya banjir. Hal ini kerana, sistem perparitan tidak diselenggara dengan baik, ia akan
tersumbat dengan pelbagai jenis sampah sarap dan menghalang larian air apabila hujan.
Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya banjir-banjir kilat di kebanyakan bandar.

1
Antara peristiwa banjir yang berlaku di Malaysia adalah banjir yang melanda negeri Johor
pada bulan Disember 2006 akibat daripada hujan lebat yang tidak berhenti. Dikatakan Taufan
Utor menjadi punca utama fenomena ini berlaku. Antara daerah yang teruk dilanda bah ini
adalah Batu Pahat, Johor Bharu, Kluang, Kota Tinggi, Mersing, Muar, Pontian dan Segamat.
Keadaan menjadi lebih teruk apabila hubungan ke Kota Tinggi dan Segamat telah terputus
terus dan 90, 000 orang dipindahkan ke tempat yang selamat. Kesan daripada fenomena ini,
banyak kes-kes kecurian yang dilaporkan dan risiko untuk mendapat penyakit bawaan air
semakin tinggi.

Selain itu, antara kes banjir yang terburuk dicatatkan berlaku di Shah Alam dan dipercayai
merupakan banjir yang terburuk dalam tempoh 10 tahun. Kejadian ini berlaku pada bulan
Februari 2006 akibat daripada hujan lebat luar biasa. Dua lebuh raya utama iaitu Lebuhraya
Baru Lembah Klang (NKVE) dan Lebuhraya Persekutuan terpaksa ditutup kerana dinaiki air.
Menurt perangkaan yang dibuat oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, kira-kira 9, 000 orang
terlibat dalam situasi yang tidak menyenangkan ini. Oleh itu, permasalahan banjir yang berlaku
di bandar mungkin akan menjadi lebih serius jika pelbagai pihak termasuklah pihak berkuasa,
badan swasta dan juga masyarakat tidak mengambil langkah segera untuk mengawalnya.

2
2.0 Permasalahan Banjir Di Bandar

2.1 Pembinaan sistem perparitan yang tidak efektif dan tidak seimbang dengan
pembangunan

Masalah banjir yang berlaku di Kuala Lumpur disebabkan oleh sistem perparitan yang tidak
efektif. Sistem saliran yang tidak cekap menjadikan kelancaran aliran air hujan tidak dapat
mengalir dengan baik di longkang dan sungai yang terdapat di Kuala Lumpur. Pembinaan
sistem saliran juga tidak seimbang dengan pembangunan yang berlaku di Kuala Lumpur telah
menyebabkan masalah ini berlaku. Pelbagai pembangunan dilakukan namun tiada
perancangan yang sistematik dalam menentukan lokasi dan rekabentuk sistem perparitan. Hal
ini telah menyebabkan pembangunan yang berlaku tidak sejajar dengan penaiktaraf sistem
perparitan.

Keadaan saiz longkang yang kecil tidak dapat menampung aliran air yang datang dari
kawasan persekitaran pembangunan yang sedang membangun. Kedudukan longkang juga
hanya terletak pada sebelah sisi jalan sahaja. Hal ini menyebabkan berlaku kenaikan air ke
kawasan jalan sehingga menjadikan kesesakan lalu lintas. Air hujan yang menaiki jalan raya
berlaku akibat peninggian aras jalan raya. Longkang menjadi saluran yang penting kepada
kawasan bandar kerana sekiranya ketiadaan longkang air tidak dapat dialirkan kerana tanah
yang berturap tidak menyerab air hujan yang mengalir. Keadaan ini berbeza dengan kawasan
desa kerana air hujan masih boleh meresap ke dalam tanah dan risiko untuk air memenuhi
kawasan permukaan sangat sedikit. Hanya kawasan tanah yang rendah akan meyebabkan air
bertakung.

Selain itu, keadaan ini berlaku kerana kecerunan sistem perparitan berada dalam
keadaan yang landai. Aliran air yang mengalir tidak dapat ditampung oleh longkang yang landai
dan rendah. Kecerunan sistem perparitan yang landai menyebabkan air sungai yang
berhampiran memecah kawasan dan membolehkn air bertakung serta mendakan kelodak
berkumpul. Oleh itu pihak pemaju atau perancangan bandar perlu mengambil langkah yang
bijak sebelum membuat perangcangan dalam aspek pembangunan. Keutamaan perlu diberikan
kepada sistem perparitan kerana apabila hujan air di kawasan sekitar dapat disalirkan dengan
baik. Kecerunan sistem perparitan merupakan aspek penting dalam penyediaan sistem saliran
yang baik.

3
Sistem perparitan yang kurang sempurna menjadi punca utama kepada peningkatan
aras air. Keadaan longkang yang berada di tepi jalan telah rosak atau pecah menjadikan air
yang mengalir ke luar dari arah saluran yang sebenar. Hal ini bertambah teruk apabila berlaku
hujan yang lebat dan air hujan akan melimpah keluar dari sistem perparitan yang ada.
Manakala keadaan longkang yang kecil, sempit dan pendek menyebabkan air tidak disalurkan
dengan baik. Manakala kawasan sungai atau longkang itu tidak didalamkan, ini menyebabkan
air cepat melimpah keluar.

Aktiviti pembangunan di kawasan bandar telah menganggu lembangan saliran air. Banjir
di Kuala Lumpur juga bukan berpunca daripada kesan pembangunan yang tidak mampan
namun akibat kejadian tanah runtuh, sistem saliran yang tersumbat akan menghalang
pengaliran air. Proses perbandaran yang dilakukan menyebabkan berlakunya endapan yang
sangat ketara daripada pembuangan sampah. Hal ini berlaku apabila proses perbandaran
dilakukan ia akan melibatkan perubahan tanah secara besar- besaran. Oleh itu berlaku
perubahan pada permukaan bumi serta mempengaruhi kadar endapan tanah ke kawasan
sungai atau longkang.

2.2 Sistem saliran yang tidak berfungsi dengan sempurna

Sistem saliran berfungsi untuk mengalirkan air permukaan dan bahan sisa-sisa domestik
ke kawasan seperti kolam, tasik, sungai atau laut. Ia tidak akan merosakkan laluan atau struktur
yang berhampiran. Sistem saliran mempunyai kaitan rapat dengan sistem perparitan serta
mempunyai fungsi yang tersendiri. Masalah banjir di Kuala Lumpur berlaku disebabkan oleh
sistem pengurusan air yang tidak sempurna.

Keadaan sistem saliran yang tidak berfungsi dengan sempurna merupakan punca
utama banjir yang berlaku di sekitar Kuala Lumpur. Sistem saliran yang kurang sempurna
menjadi punca utama kenaikan aras air. Terdapat banyak longkang yang dibina di Kuala
Lumpur namun ianya tidak berfungsi dengan sempurna. Permasalah ini wujud longkang yang
ada ialah longkang tanah dan bukannya daripada binaan konkrit atau simen. Pembinaan
longkang konkrit juga merupakan antara penyumbang masalah banjir kerana ia tidak dapat
menyerap air. Hal ini kerana ia merupakan kesan kepada penambahan ciri-ciri saluran
menyebabkan isipadu aliran lebih banyak dilimpahkan ke kawasan hilir bandar.

4
Oleh itu, longkang tanah akan ditumbuhi dengan rumput yang keadaan semak serta
dipenuhi sisa pejal. Sisa pejal tidak dapat dialirkan kerana tersangkut pada rumput dan
menjadikan air tidak boleh mengalir. Hal ini menyebabkan longkang mudah tersumbat dan air
melimpah ke keluar seterusnya berlakulah banjir. Keadaan sungai dan longkang yang dilitipi
dengan rumput membolehkan sampah tersangkut dan meyebabkan tidak boleh menampung
penngkatan iar yang mendadak akibat jumlah hujan yang turun.Kawasan pengairan yang
kurang sempurna terdapat di beberapa sungai utama yang terdapat di Kuala Lumpur antaranya
Sungai Klang, Sungai Gombak dan Sungai Kerayong. Kawasan yang mudah dinaiki air iaitu
Sungai Klang yang meliputi kawasan Datuk Keramat, Kampung Baru, Jalan Yap Kwan Seng,
Jalan Dang Wangi dan Jalan Tun Perak Jalan Melaka1,Dataran Merdeka, Masjek Jamek,
Stesen LRT Masjid Jamek, Kampong Chubadak dan Sentul.

2.3 Sikap masyarakat yang tidak bertanggungjawab

Selain itu, masalah banjir berpunca daripada kepadatan penduduk yang tinggal di
kawasan bandar. Hal ini berlaku apabila kawasan di tepi sungai dijadikan sebagai pusat
penempatan. Contohnya penduduk di kawasan setinggan seperti Kampung Baru, di mana
penghuni yang menetap tergolong dalam kumpulan miskin. Oleh kerana tidak mampu untuk
memiliki rumah mereka terpaksa menetap di kawasan itu. Permasalahan yang wujud apabila
penduduk setinggan yang menggunakan sungai dan longkang sebagai tempat pelupusan
sampah. Mereka juga membuang bahan kumbahan ke dalam sungai yang berhampiran.

Segelintir masyarakat bandar terutamanya penduduk setinggan yang tidak


bertanggungjawab telah menyebabkan bandaraya Kuala Lumpur mengalami banjir. Sikap
masyarakat yang suka membuang sampah sarap seperti kertas, barangan plastik, botol-botol,
dan kaca ke dalam sungai dan longkang. Oleh sebab sikap mereka yang tidak
bertanggungjawab menjadikan suasana sungai dan longkang tercemar dengan sampah sarap.
Masalah banjir turut disebabkan oleh sikap masyarakat yang kurang mengambil perhatian
mengenai kesejahteraan sungai. Suasana ini tidak elok berlaku di bandaraya seperti Kuala
Lumpur kerana ia merupakan ibu negara Malaysia.

1
Berita harian, 24 Jan 2008.

5
Penduduk kawasan setinggan tidak menyedari bahawa perbuatan mereka menjejaskan
sistem perparitan. Perbuatan itu menyebabkan longkang-longkang tersumbat dan air tidak
dapat mengalir. Apabila hujan, air longkang melimpah. Sampah sarap yang dibuang ke dalam
sungai pula mendap di dasar sungai serta mencetekkan sungai. Dengan itu banjir akan berlaku
pada bila-bila masa sahaja kerana tiada penjagaan ke atas sistem perparitan. Tiada kesedaran
masyrakat tentang kebersihan alam sekitar. Hal ini menyebabkan mereka membuang sampah
ke dalam sungai seterusnya mengakibatkan banjir.

2.4 Pembangunan di kawasan sungai

Kepesatan pembangunan di bandar nyata mendatangkan kesan buruk terhadap alam


sekitar terutamanya apabila pembangunan yang dijalankan tidak terkawal. Kepesatan
pembangunan yang dijalankan mendorong lebih banyak kawasan lapang dibangunkan,
termasuk beberapa kawasan yang kurang sesuai untuk dibangunkan seperti di sekitar pinggir
sungai. Pembangunan tidak terancang sama ada secara sah ataupun haram di kawasan
berisiko seperti ini mengundang lebih banyak masalah pada masa akan datang dan
menjejaskan kualiti alam sekitar.

Pembangunan di kawasan pinggir sungai menyebabkan kelebaran sungai semakin


berkurangan dan sungai akan bertambah cetek dari masa ke semasa, disamping turut
berhadapan dengan kesan pembangunan projek-projek untuk kemudahan bandaraya.
Umpamanya, projek pembinaan tiang transit ringan dan lebuh raya bertingkat di sekitar
Bandaraya Kuala Lumpur, yang telah menyempitkan aliran sungai. Aliran sungai yang sempit ini
menyebabkan pengaliran air ke laut menjadi perlahan disamping turut terhalang dengan
beberapa bangunan yang dibina di sekitarnya.2 Laluan air sungai yang sempit dan aliran air
yang terhadang dengan pembinaan-pembinaan di pinggirnya menyukarkan pergerakan air ke
laut.

Aliran sungai yang bergerak perlahan dan tidak mampu menampung jumlah air yang
besar ini akan membawa kepada masalah banjir apabila hujan lebat melanda Bandaraya Kuala
Lumpur. Air akan melimpah dan membanjiri kawasan bandar. Selain masalah berkenaan,
pembangunan secara haram seperti penempatan haram di kawasan pinggir sungai di sekitar
bandaraya memburukan lagi permasalahan banjir di Kuala Lumpur. Penempatan haram yang
dibina tanpa sebarang perancangan menimbulkan pelbagai masalah antaranya sistem

2
Banjir, http://www.wikipedia (diakses pada 10 jan 2010)

6
perparitan yang tidak sistematik dan pengurusan sisa rumah yang tidak terkawal yang terus
disalurkan ke sungai. Keadaan ini memburukan lagi keadaan aliran sungai di bandaraya.

Selain itu sisa-sisa pembangunan, sampah sarap dan pelbagai bendasing terbiar yang
wujud akibat daripada projek pembangunan dan penempatan akan mengalir masuk ke sungai
apabila hujan turun. Air hujan akan membawa segala sisa ini ke dalam sungai. Selain sisa
buangan tersebut air hujan akan turut membawa tanah yang terhakis dari tapak pembinaan
bersamanya masuk ke dalam aliran sungai. Sisa-sisa yang dihanyutkan ke sungai ini akan
mendak ke dasar sungai dan menyebabkan timbulnya gangguan kepada fungsi semulajadi
sungai. Sungai akan menjadi bertambah cetek dan keupayaan untuk menampung aliran air
menjadi semakin terhad. Selain perlu menampung jumlah air hujan yang turun dan aliran air
secara langsung dari sekitarnya, sungai juga terpaksa menampung jumlah air yang disalurkan
oleh sistem perparitan di bandar. Air yang disalurkan menerusi sistem perparitan biasanya
dalam kuantiti yang besar terutamanya ketika hujan lebat. Keadaan ini menyebabkan sungai
akan berhadapan dengan jumlah air yang sangat besar untuk ditampung dalam masa yang
sama.

Memandangkan keadaan sungai yang semakin terjejas, jelas jumlah air yang perlu
ditampung oleh sungai dari pelbagai aliran masuk ini melangkaui kemampuan semasa sungai di
bandar. Tekanan-tekanan yang dikenakan ke atas aliran sungai menjadikan ia semakin ‘tenat’.
Pembinaan di kawasan pinggir harus dikawal, supaya masalah banjir tidak menjadi bertambah
buruk dan demi untuk mengelakkan pelbagai kesan sampingan lain yang boleh menjejaskan
kualiti alam sekitar. Adalah menjadi satu keperluan untuk menjaga dan memulihara semula
sungai, agar ia dapat kembali berfungsi seperti sedia kala dan pada tahap yang maksima.
Permasalahan banjir di Bandaraya Kuala Lumpur khususnya mungkin tidak seburuk seperti
sekarang sekiranya sungai dipelihara dengan sebaiknya bagi membolehkan ia berperanan
selayaknya.

7
2.5 Kekurangan kawasan telap air

Kepesatan pembangunan yang melanda kawasan bandar mengakibatkan kebanyakkan


kawasan tanah didirikan dengan bangunan, diturap sebagai jalan raya dan sebagainya.
Keadaan ini meyebabkan permukaan telap air menjadi semakin berkurangan dari hari ke hari.
Semakin banyak pembangunan yang dilaksanakan semakin berkurang kawasan telap air yang
dimiliki oleh sesebuah bandar terbabit.

Kekurangan kawasan telap air ini menyebabkan air hujan tidak dapat diserap oleh
tanah. Air mengambil masa yang lama untuk menyerap ke dalam tanah kerana lapisan atasnya
telah dihalang oleh permukaan yang sukar menyerap air. Kuantiti air hujan yang turun dengan
banyak menyebabkan kawasan bandar dilimpahi dengan air. Faktor kekurangan kawasan telap
air merupakan salah satu punca utama kejadian banjir sering berlaku di bandar. Pembangunan
pesat yang dialami oleh bandaraya Kuala Lumpur menyebabkan kebanyakan kawasan telap air
telah dibangunkan untuk pelbagai tujuan. Hal ini menyebabkan bandaraya ini sering dilanda
banjir terutamanya apabila hujan lebat. Kawasan hutan yang dimusnahkan dan digantikan
dengan pembangunan mendatangkan kesan buruk kepada kitaran air hujan yang jatuh ke bumi,
dimana hutan sebenarnya memainkan peranan untuk menyerap air hujan yang turun.

Hutan menyerap kira-kira dua hingga 20 peratus air hujan yang turun ke permukaan
bumi. Air yang diserap oleh pokok-pokok besar seterusnya akan turut dialirkan kepada anak-
anak pokok melalui akarnya. Titisan air yang tersisa pada pokok pula akan mengalami proses
pemeluapan,3 maka air secara semulajadi akan dilepaskan semula ke udara menerusi proses
ini. Pemusnahan kawasan telap air semulajadi ini nyata mengurangkan keupayaan tanah
secara agak drastik untuk menyerap air hujan yang turun. Air hujan yang turun tidak lagi dapat
diserap oleh agen-agen semulajadi dan sebaliknya terus bergenang di permukaan bersimen
dan berturap dengan kadar resapan yang amat rendah atau mengalir terus ke sungai dan
seterusnya menyebabkan air sungai yang semakin sempit tersebut melimpah dan membanjiri
kawasan sekitarnya.

Fenomena banjir yang sering berlaku di bandaraya Kuala Lumpur salah satunya
disebabkan oleh kurangnya kawasan telap air seperti yang telah dibincangkan. Bandaraya
Kuala Lumpur pernah mengalami banjir kilat pada kedalaman 1.8 meter pada tahun 2007, banjir
ini mengambil masa selama empat jam untuk kembali pulih 4. Antara kawasan utama yang

3
Punca-punca banjir, http://www.hbp.usm.my. ( 12 jan 2010)
4
Banjir kilat di Kuala Lumpur, http://www.wikipedia (11 jan 2010)

8
ditenggelami air ketika itu ialah Dataran Merdeka, Jalan Tun Perak, Jalan Raja, Kelab Diraja
Selangor, Jalan Ipoh, Jalan Masjid India, Masjid Jamek, Stesen LRT Masjid Jamek, Kampung
Baru, Kampung Chubadak dan Sentul. Antara jalan lain yang turut dilimpahi oleh air banjir
adalah Jalan Tun Razak, Jalan Ampang, Jalan Dang Wangi, Jalan Kampung Pandan dan Jalan
P. Ramlee.5 Kawasan yang digendangi air banjir didapati mengalami proses pembangunan
yang pesat dan agak padat. Rata-rata permukaan tanah telah bertukar kepada permukaan tidak
telap air.

Keadaan ini menjelaskan antara faktor utama mengapa banjir mudah berlaku di
kawasan terbabit dan sukar untuk menyusut. Manakala, air banjir yang memenuhi Dataran
Merdeka terpaksa disedut keluar. Ini jelas membuktikan kadar penyerapan permukaan tanah
telah merosot dengan sangat mendadak kesan daripada kegiatan pembangunan yang menutup
permukaannya dengan bendasing yang tidak mesra alam dan tidak telap air. Beberapa tahun
sebelumnya iaitu pada tahun 2003 banjir yang melanda bandaraya Kuala Lumpur menyaksikan
air banjir telah terperangkap selama seminggu di bawah Dataran Merdeka. 6 Kereta yang
diletakan di kawasan tersebut ditenggelami air banjir sepanjang tempoh seminggu kerana air
banjir yang melimpah tidak dapat keluar dari kawasan tersebut dan proses resapan ke dalam
tanah sangat rendah.

Banjir yang dialami oleh pengguni bandaraya Kuala Lumpur mungkin akan bertambah
parah sekiranya penyelesaian segera tidak diambil, kerana nyata proses pembangunan sangat
pesat berlaku dan sekaligus mengurangkan kawasan telap air secara beransur- ansur.
Seharusnya pembangunan dan alam sekitar harus diseimbangkan dalam proses
membangunkan sesebuah bandar. Konsep bandar dalam taman mungkin merupakan salah
satu cara yang boleh diaplikasikan bagi mewujudkan keseimbangan antara alam sekitar dan
kemajuan pembangunan. Keseimbangan ini harus dijaga demi keharmonian alam sekitar dan
untuk keselesaan hidup manusia sendiri. Jika alam sekitar tidak dipelihara kesannya akan
berbalik kepada kehidupan manusia sendiri.

Alam semulajadi memainkan peranan yang sangat besar dalam kehidupan manusia.
Kitaran semulajadi nyata lebih berkesan berbanding sistem baru yang diwujudkan manusia
untuk mengatasi bencana yang dicipta dengan tangan sendiri. Umpamanya kawasan telap air
semulajadi yang memainkan peranan yang sangat besar dalam menjaga kestabilan alam

5
Ibid
6
Ibid

9
sekitar. Kemusnahannya jelas mendatangkan pelbagai komplikasi negatif kepada alam sekitar
dan menjejaskan kualiti penghidupan masyarakat keseluruhannya.

3.0 Langkah Untuk Mengatasi Permasalahan Banjir Di Bandar

3.1 Membaiki sistem perparitan

Di samping itu, untuk mengatasi masalah banjir di kawasan sekitar Kuala Lumpur ialah
dengan mengambil inisiatif untuk membaiki sistem perparitan supaya masalah ini dapat diatasi
dengan berkesan. Menurut statistik, di Kuala Lumpur telah dianggarkan seramai 2.5 juta
penduduk yang menetap di dataran banjir. Masalah banjir ini akan berterusan sekiranya
kawasan tersebut mengalami masalah sistem perparitan yang kurang sempurna. Hal ini kerana
ia akan menyebabkan aras air akan meningkat dan seterusnya menyebabkan banjir berlaku.
Bagi mengatasi masalah banjir ini, pihak kerajaan seharusnya membina parit ini dengan
melebarkan kawasan parit tersebut supaya banjir dapat dikawal dengan baik. Langkah
pencegahan ini perlu dilakukan dengan kadar yang segera supaya tidak berlaku ancaman
nyawa kepada penduduk di dataran banjir tersebut.

Sistem perparitan yang kurang efisyen tidak mampu mengalirkan air ke sungai dan telah
menyebabkan air bertakung. Hal ini telah menyebabkan berlakunya banjir lebih-lebih lagi di
kawasan dataran rendah. Keadaan seperti ini hanya mampu diatasi sekiranya sistem perparitan
di kawasan tersebut bersistematik dan dalam keadaan baik. Ia bukan sahaja mampu
menyenangkan semua penduduk yang tinggal di kawasan rendah malah dapat mengurangkan
masalah banjir yang kita hadapi sejak dahulu lagi. Sistem empangan juga turut penting dalam
mengatasi masalah ini kerana ia berfungsi untuk mengawal air dari terus mengalir ke kawasan
yang rendah. Empangan juga mampu menampung ledakan air yang boleh memusnahkan alam
sekitar. Sistem perparitan ini perlulah segera diperbaiki supaya semua penduduk yang sering
ditimpa masalah banjir ini tidak berasa takut sekiranya hujan yang berterusan melanda di
kawasan mereka.

Dalam konteks kejadian banjir ini, keutamaan perlulah diberikan terhadap pembinaan
sistem perparitan yang baik. Hal ini kerana ianya akan mampu menampung jumlah air yang
banyak terutama sekali apabila berlakunya hujan lebat yang berterusan. Hal ini juga telah
dipersetujui oleh pakar alam sekitar sendiri iaitu Datuk Dr. James Dawos Mamit yang
mengatakan bahawa kebanyakan sistem perparitan sekarang telah dibina dengan binaan

10
konkrit yang lebih menggalakkan limpahan air keluar sebagai langkah mengelakkan kejadian
banjr berlanjutan. Beliau telah menggalakkan penggunaan Manual Saliran Mesra Alam
(Masma) yang telah diperkenalkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang mana telah
dipertanggungjawabkan untuk mengawal keadaan banjir sejak tahun 19717. Sistem ini boleh
digunakan oleh pihak majlis pembandaran atau pihak berkuasa tempatan di mana mereka telah
menggantikan bahan konkrit kepada binaan tanah. Hal ini dapat dibuktikan keberkesanannya
apabila negara Jepun juga sudah mampu menyekat banjir yang berterusan serta
penggunaanya sangat mesra alam sekitar.

Selain itu, kerajaan juga telah mengambil tindakan berjaga-jaga dengan peningkatan
aras air melalui kaedah menaik taraf parit-parit induk di sekitar Kuala Lumpur. Proses ini juga
berlanjutan apabila pihak berwajib mengenalpasti lokasi parit induk yang baru supaya
permasalahan ini dapat diatasi dengan jayanya. Menjadi keutamaan bagi pihak tertentu supaya
memeriksa kesemua saluran air tersebut dikawal daripada sebarang gangguan seperti sampah
sarap dan pemendapan supaya projek ini dapat dijalankan dengan sepenuhnya. Dikatakan
projek yang dijalankan oleh pihak kerajaan ini mampu menangani masalah banjir bukan sahaja
di kawasan Kuala Lumpur malah di semua kawasan ibu negara Malaysia. Di sinilah, perlu ada
satu sistem dan perancangan yang sistematik supaya dapat mengimbangi keseimbangan
keadaan tanah yang telah dibangunkan.

3.2 Mendalamkan atau melebarkan sungai

Cara mendalamkan atau melebarkan kawasan sungai juga merupakan langkah terbaik
untuk mengatasi masalah banjir terutama Sungai Gombak dan Sungai Klang. Kebiasaanya,
banjir ini berlaku di kawasan perumahan kerana kebanyakan sungai dan saliran akan merentasi
kawasan tersebut. Banjir yang berlaku di bandar-bandar atau di sesuatu tempat adalah
disebabkan oleh kecetekan sungai tersebut. Hal ini kerana apabila hujan turun dengan kadar
yang banyak, ia akan menyebabkan sungai yang cetek itu tidak mampu mengalirkan kuantiti air
tersebut dengan baik. Aktiviti pembuangan sampah sarap yang melampau telah menyebabkan
pemendapan berlaku dan seterusnya menyebabkan kawasan sungai tersebut menjadi semakin
cetek. Perkara lain yang menyebabkan perkara ini berlaku juga disebabkan oleh pembuangan
keladak dari tapak-tapak pembinaan dan telah membuatkan ke dalam sungai terjejas. Sungai

7
Keberkesanan Tindakan Kerajaan Dalam Mengatasi Masalah Banjir (2009), Diperolehi daripada
http://www.hbp.usm.my/banjir/nilai_kerajaan.htm

11
yang cetek tidak mampu untuk mengalirkan air hujan sebaliknya akan menyebabkan air hujan
melimpah ke kawasan yang lain.

Banjir besar yang berlaku di Kuala Lumpur pada tahun 1971 adalah disebabkan oleh
sungai tersumbat dengan sampah sarap yang dibuang oleh manusia yang tinggal di kawasan
sekitar itu. Ekoran daripada itu, kerajaan telah mengambil satu langkah berjaga-jaga supaya
masalah ini tidak berlarutan dengan menjalankan projek tebatan banjir serta diperluaskan lagi
ke seluruh Lembah Klang pada tahun 1989 8. Sungai sekitar penempatan penduduk perlu
diperluaskan serta didalamkan kerana sekiranya ada pokok-pokok yang tumbang ia juga boleh
menghalang pengaliran arus untuk membawa air sungai. Takungan air juga akan berlaku
sekiranya pokok-pokok tersebut tidak dibersihkan serta dialihkan. Disebabkan hal inilah kuantiti
air semakin meningkat dan air akan naik dari semasa ke semasa seterusnya paras air akan
meningkat dan boleh membahayakan nyawa penduduk di kawasan tersebut.

Isu banjir ini sudah sinonim dengan masyarakat di sekitar kawasan Lembah Klang yang
sering kali menjadi mangsa bencana alam seperti banjir. Contohnya pada 3 Jun 2007 telah
berlaku banjir yang teruk di 14 kawasan sekitar Kuala Lumpur. Hal ini disebabkan oleh hujan
lebat yang berterusan selama 2 jam dengan kapasiti 453 milimeter. Kesemua tempat yang
mengalami banjir tersebut disebabkan oleh limpahan daripada Sungai Klang. Antara kawasan
yang menghadapi banjir ialah di Jalan Melaka, Jalan Tun Perak, Jalan Melayu,Jalan Munshi
Abdullah, Jalan Dang Wangi dan Kampung Periok di Kampung Baru. Kejadian tersebut boleh
dikatakan sebagai yang paling buruk sepanjang 2003 dan berterus kepada tahun yang
berikutnya. Seterusnya pada 10 jun 2007 di mana banjir telah berlaku lagi dan telah melanda
kawasan Dataran Merdeka, Jalan Masjid India, Jalan Ipoh dan disekitarnya 9. Banjir yang
melanda kawasan tersebut dikatakan telah ditenggelami air sehingga paras pinggang dan turut
memasuki ruang sembahyang Masjid Jamek. Kawasan ini berhampiran kira-kira 10 meter dari
Sungai Gombak dan Sungai Klang.

Datuk Paduka Ir Keizrul Abdullah yang merupakan Ketua Pengarah Jabatan Pengairan
dan Saliran mengatakan bahawa untuk melakukan kerja mendalamkan sungai ini memerlukan

8
Thomas Chong (2010), RM6.2 bilion projek tebatan banjir di Lembah Klang.Diperoleh daripada
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2007&dt=0609&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_08.htm&arc=hive

9
Haliza Abdul Rahman (2007) suatu tinjauan terhadap permasalahan banjir kilat di Lembah Klang. Diperolehi
daripada http://sssums.files.wordpress.com/2007/09/suatu-tinjauan-terhadap-permasalahan-banjir-kilat-di-
lembah-klang.pdf

12
kontraktor yang cekap bagi melaksanakan tugas tersebut. Bagi mendalamkan sungai tersebut
ia merupakan salah satu usaha bagi pihak JPS untuk mengatasi masalah banjir yang telah
menyebabkan penduduk yang menghadapi masalah banjir ini terpaksa berpindah kerana
dikhuatiri tahap keselamatan penduduk tersebut terancam. Langkah mendalamkan atau
melebarkan sungai ini adalah untuk melancarkan laluan air supaya dapat mengalir ke kawasan
tersebut tanpa melimpah keluar. Kerja-kerja menggorek dan mendalamkan sungai di daerah
Kuala Lumpur ini tidak akan memberikan kesan yang buruk kepada penduduk setempat malah
akan dapat melindungi mereka daripada bencana alam tersebut. Bagi mendalamkan sungai ini,
pihak yang terlibat memeriksa terlebih dahulu kedalamannya dan seterusnya menambahkan
kedalaman yang sedia ada. Contohnya pada mulanya kedalam sungai tersebut adalah kira-kira
4.5 meter dan akan berubah kepada 6.5 meter setelah selesai kerja-kerja tersebut.

Perkara ini dipersetujui lagi oleh Pengarah Tebatan Banjir iaitu Datuk Ir. Abd.Rahim
Kaparawi yang menjelaskan bahawa kerja-kerja melebarkan dan mendalamkan sungai mampu
mengatasi masalah banjir di sesuatu kawasan terbabit. Menurut beliau lagi, bukan sahaja
mendalamkan sungai mampu mengatasi masalah banjir ini, malah terdapat beberapa lagi
usaha-usaha kerajaan seperti pembinaan empangan, kolam takungan air, lencongan sungai
serta pembinaan pam air. Namun begitu, perancangan jangka masa panjang juga telah
difikirkan oleh pihak yang terlibat di mana mereka akan membina sebuah terusan yang
menyambungkan Sungai Klang dan Sungai Langat. Kedua-dua sungai ini dikatakan mampu
untuk menampung tujuh juta meter padu air. Maka jika hujan lebat berterusan, sekurang-
kurangnya, kuantiti air yang banyak boleh ditampung oleh kedua-dua sungai tersebut dan
seterusnya mengelakkan daripada banjir berlaku atau berulang.

3.3 Memasang perangkap sampah

Seterusnya usaha kerajaan bagi mengatasi masalah banjir ini dengan memasang
perangkap sampah di kawasan sungai atau saliran. Tujuan utama pemasangan perangkap
sampah ini adalah untuk membendung kejadian banjir di kawasan tersebut. Seperti yang kita
ketahui, sampah sarap yang terperangkap dengan kuantiti yang banyak boleh menyebabkan
saliran sungai tidak mampu mengalirkan air hujan yang turun. Perkara ini seterusnya akan
menyebabkan sungai atau parit akan memuntahkan air keluar kerana mempunyai halangan
untuk mengalir dengan baik. Maka perangkap sampah ini telah diusahakan sebagai salah satu
langkah yang dapat menghalang daripada sampah itu daripada mengalir. Kebiasaannya,

13
perangkap sampah ini dipasang di sekitar kawasan saliran atau sungai bagi memerangkap
sampah yang telah dibuang ke dalam sistem saliran tersebut. Melalui cara ini secara tidak
langsung akan dapat membantu kejadian banjir di sesuatu kawasan.

Perangkap sampah ini sangat penting kerana ia merupakan pusat pengumpulan


sampah sebelum dialirkan ke kawasan saliran seperti sungai. Melalui perangkap sampah ini ia
mampu mengurangkan kawasan mendap yang berlaku di kawasan sistem saliran. Namun
begitu, perangkap sampah ini perlulah dibersihkan supaya tidak berlaku kepadatan sampah
lebih-lebih lagi dalam keadaan hujan kerana sampah tersebut boleh terkeluar akibat pengaliran
arus yang deras. Pihak berwajib perlulah memantau pengumpulan sampah ini sekurang-
kurangnya dibersihkan seminggu sekali. Walaupun dilihat peyelenggaraan ini dilihat
menggunakan tenaga yang banyak namun langkah ini berkesan bagi mengelakkan kejadian
banjir. Bagi memastikan perangkap sampah ini berkesan, pihak yang terlibat telah membuat uji
kaji terlebih dahulu dengan mengenal pasti tahap keberkesannya. Sebagai contoh, mereka
telah menguji perangkap sampah ini mampu atau tidak untuk memerangkap sampah ini dalam
keadaan hujan atau kering. Mereka juga mengambil kira kapasiti sampah, jenis sampah dan
kedudukan sampah yang sistematik. Apabila diyakini keberkesananya, maka pihak pengurusan
menggunakan langkah ini sebagai salah satu langkah bagi mengawal banjir yang berlaku.

Terdapat dua jenis perangkap sampah yang terdapat di Malaysia bagi mengatasi
masalah banjir ini, iaitu jenis manual dan jenis mekanikal. Perangkap sampah jenis manual ini
memerlukan tenaga manusia bagi memungut sampah sarap yang tersangkut di dalam
perangkap sampah. Perangkap sampah jenis manual ini hanya diletakkan pada saliran yang
bersaiz kecil dan sederhana sahaja. Jenis-jenis perangkap sampah manual ini ialah seperti ‘log
boom’, jenis tong drum, jenis trapezium, jenis buaya sangkut dan jenis B10. Manakala jenis
perangkap sampah mekanikal pula, ia akan bertindak secara automatik, dimana ia akan
bertindak serta merta apabila sampah sarap melalui kawasan perangkap sampah berkenaan.
Cara perangkap sampah mekanikal ini melakukan pekerjaannya melalui sistem hidraulik yang
akan menarik sampah dan memasukkan ke dalam perangkap sampah tersebut.

3.4 Memelihara hutan

10
Kajian Keberkesanan Pemasangan Perangkap Sampah di Sungai Daerah Johor Bharu Mohd, Zuhaimi Bin
Zainuddin (2007), Diperolehi daripada
http://www.efka.utm.my/thesis/IMAGES/3PSM/2007/JKAS/PARTS2/mohdzuhaimiba030061d07ttt.pdf

14
Hutan berperanan sebagai bunga karang atau nama saintifiknya sponge dan boleh
menyerap air hujan yang mengalir ke anak sungai. Dikatakan hutan mampu menyerap air hujan
dengan kadar 20 peratus serta dapat mengurangkan pengaliran air berlaku. Oleh itu
pemeliharaan hutan merupakan cara yang terbaik bagi mengatasi masalah banjir ini. Hutan
juga boleh dijadikan kawasan tadahan yang mampu menyerap air hujan daripada mengalir
terus ke bumi. Manusia perlulah menjaga hutan supaya boleh membendung masalah banjir
daripada terus berlaku dari semasa ke semasa. Hutan memainkan peranan penting kepada
manusia serta negara. Jika hutan dimusnahkan, maka manusia tidak dapat manfaat daripada
kepentingan hutan tersebut.

Namun begitu, pemusnahan hutan sering berlaku sejak kebelakangan ini seperti
penebangan hutan secara berleluasa. Pihak pembalak sangat gemar melakukan aktiviti
pembalakkan di kawasan pinggir sungai. Akibat daripada hal ini tanah akan terhakis dan
seterusnya akan runtuh memasuki sungai. Disebabkan hal sebeginilah, sungai akan menjadi
cetek dan tidak dapat mengalirkan muatan seperti sampah sarap. Seterusnya hutan yang
menimpa kawasan sungai secara berterusan akan menyebabkan air tidak dapat mengalir
dengan baik dan melimpah ke luar tebing-tebing sungai serta menenggelamkan kawasan
sekitarnya. Berpunca daripada aktiviti memusnahkan hutan inilah berlakunya bencana alam
seperti banjir ini.

Pembakaran hutan yang melampau juga akan menyebabkan tanah tidak mampu
menerima hentakan yang kuat apabila hujan yang berterusan turun. Hal ini kerana, cengkaman
akar pokok tidak dapat membantu tanah kerana pokok-pokok tersebut sudah ditebang oleh
mereka yang tidak bertanggungjawab. Perkara ini bukan sahaja boleh menyebabkan bencana
alam banjir, bahkan kejadian jerebu, tanah runtuh, pemanasan global, kesan rumah hijau dan
kemusnahan flora dan fauna juga boleh berlaku. Air hujan yang turun tidak mempu untuk
bertakung dalam kawasan tadahan air hujan kerana telah dimusnahkan serta larian air hujan itu
akan terus bertakung di kawasan-kawasan yang rendah. Oleh kerana kawasan rendah itu tidak
mampu mengalirkan paras air yang semakin meningkat maka banjir akan berlaku di kawasan
tersebut.

Langkah yang paling berkesan untuk menghentikan aktiviti manusia yang gemar
menusnahkan alam sekitar ini ialah dengan membuat undang-undang supaya aktiviti
pembalakkan ini seharusnya perlulah berlesen. Dengan cara ini mereka tidak sewenang-

15
wenangnya untuk menebang kawasan hutan tersebut. Cara lain pula ialah dengan mewartakan
hutan tersebut sebagai hutan simpan. Ia juga mampu menjaga flora dan fauna daripada terus
menjadi mangsa keganasan manusia. Generasi akan datang juga boleh melihat keindahan
hutan yang ada di Malaysia serta boleh memperlihatkan hutan yang baik kepada negara luar.
Selain itu, pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) perlulah sentiasa mengawasi pergerakkan
manusia supaya perkara yang tidak diingini berlaku.

3.5 Terowong SMART

Banjir kilat merupakan satu fenomena biasa yang sering berlaku di bandar-bandar
besar. Pelbagai faktor dikenalpasti sebagai penyebab banjir berlaku. Antara faktor tersebut
adalah kadar hujan yang tinggi, aktiviti masyarakat serta sikap masyarakat yang tidak
mengambil berat mengenai kebersihan sungai sehingga berlaku pencemaran. Fenomena banjir
yang berlaku di bandar-bandar besar seperti Lembah Klang memerlukan jalan penyelesaian
kerana masyarakat sudah mulai sedar akan kesan daripada banjir yang berlaku. Terdapat
banyak faktor yang dikenal pasti sebagai penyebab kepada permasalahan banjir di bandar-
bandar besar. Antaranya ialah kadar hujan yang tinggi, pembangunan masyarakat yang pesat
dan juga sikap masyarakat yang tidak mengambil berat akan kebersihan sungai. Aktiviti
manusia adalah faktor utama perkara ini berlaku. Justeru langkah yang berkesan perlu diambil
untuk mengelakkkan perkara ini berterusan.

Kerajaan telah mengambil beberapa inisiatif untuk mengelakkan banjir berlaku.


Antaranya ialah pembinaan terowong jalan raya atau pengurusan banjir. Terowong jalan raya
atau pengurusan banjir (SMART) dibina oleh kerajaan sebagai projek jalan dan perparitan yang
dijalankan di Kuala Lumpur. Ia merupakan terowong lencongan air yang terpanjang di Asia
Tenggara dan kedua terpanjang di Asia. Terowong ini dibina untuk menyelesaikan masalah
banjir di Kuala Lumpur dan sekaligus mengurangkan kesesakan di sepanjang Jalan Sungai
Besi dan jejambat Loke Yew di Pudu. Terowong tersebut dibina dengan dua fungsi yang
berbeza iaitu sebagai jalan kedua sewaktu kesesakan berlaku dan juga untuk pengaliran air
sewaktu hujan lebat. Kerajaan telah membelanjakan sekurang-kurangnya RM1.9 bilion untuk
membina terowong tersebut yang dilengkapi dengan dua lapisan pintu kawalan automatik di
kedua-dua penghujung terowong.

16
Tanggungjawab mengendalikan terowong SMART bukanlah perkara mudah.
Pengendalian terowong tersebut perlu disertai dengan keyakinan dan penelitian yang tinggi.
Tugas menyalurkan air dari terowong ke kolam takungan adalah tugas Jabatan Pengairan dan
Saliran (JPS). Terowong itu adalah penghubung sistem pengaliran air yang dibina antara
Sungai Klang dan Sungai Ampang serta Sungai Kerayong untuk mengelakkan banjir berlaku.
Pengaliran air di kedua-dua sungai tersebut diselia sepenuhnya oleh JPS manakala SMART
hanya menunggu arahan untuk membuka saluran ke dalam terowong tersebut. Segala sampah
yang ada akan ditapis terlebih dahulu sebelum air tersebut memasuki terowong. Kesannya,
sampah-sampah yang besar tidak akan tertinggal dalam terowong tersebut kecuali kesan-kesan
lumpur.

Walau bagaimanapun, fungsi utama terowong SMART adalah untuk mengawal kejadian
banjir di Kuala Lumpur. Pembinaan terowong tersebut telah mengurangkan kesesakan yang
berlaku ketika banjir . Apabila hujan lebat berlaku, kerajaan akan menutup laluan di sepanjang
terowong tersebut untuk mengalirkan air ke kolam-kolam takungan untuk mengelakkan banjir
berlaku. Orang ramai seharusnya sedar akan perkara tersebut serta memberikan kerjasama
sewaktu penutupan terowong tersebut. Kuala Lumpur merupakan sebuah bandar yang sangat
pesat membangun dengan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Namun, jika berlaku banjir
ia tidak dapat mengalirkan air yang bertakung kerana keadaan sekeliling yang amat padat.
Justeru, kerajaan dalam projek pembangunannya telah membina terowong SMART sebagai
alternatif untuk mengawal banjir.

Selain itu, terowong SMART juga perlu diperiksa dan dipantau untuk memastikan
terowong tersebut berada dalam keadaan yang baik. Ketika hujan lebat berlaku, terowong
tersebut perlu ditutup untuk menyalurkan air ke kolam-kolam takungan. Antara pemeriksaan
yang perlu dilakukan ialah memastikan kamera litar tertutup (CCTV) berfungsi serta sistem
perangkap haba berada dalam keadaan yang baik. Pemeriksaan tersebut membolehkan
penyaluran air ke kolam berjalan dengan lancar.

Pembinaan terowong SMART di Kuala Lumpur telah mengurangkan kejadian banjir


berlaku. Namun, masyarakat sendiri perlu sedar akan bahaya banjir jika ia berlaku. Oleh itu,
masyarakat perlu menjaga alam sekitar agar ia tidak tercemar. Mereka juga perlu mengikuti
segala arahan dan juga saranan yang dikeluarkan oleh kerajaan. Pembangunan yang dibuat
juga perlu menitikberatkan mengenai kepentingan alam sekitar agar ia tidak pupus dari muka
bumi ini.

17
3.6 Pembinaan rumah kos rendah (PPR)

Selain membina terowong SMART, kerajaan juga telah mengambil langkah dengan
membina banyak perumahan kos murah di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bersepadu
untuk membina kawasan penempatan baru bagi penduduk yang tinggal di kawasan setinggan.
Penempatan baru yang dibina boleh mengurangkan masalah pembuangan sampah yang tidak
terurus di kawasan rumah setinggan. Kehidupan di kawasan rumah setinggan merupakan
kehidupan yang penuh dengan masalah. Mereka tiada kemudahan asas dalam kehidupan
seharian seperti elektrik, air, tempat pembuangan sampah dan sebagainya. Ketiadaan tempat
pembuangan sampah yang sempurna menyebabkan kawasan setinggan terkenal dengan bau
busuk sampah dan kawasan sekitar yang penuh dengan sampah.

Kerajaan khususnya, perlu sedar akan permasalahan ini. Penduduk yang tinggal di
kawasan setinggan ini merupakan penduduk yang miskin dan taraf hidup yang rendah. Mereka
tidak mampu untuk menyewa rumah di kawasan perumahan yang lebih elok kerana
pendapatan mereka yang rendah. Justeru, mereka memilih untuk tinggal di kawasan setinggan.
Penduduk yang tinggal di kawasan ini perlulah dibantu untuk meningkatkan taraf hidup mereka.
Mereka boleh dibantu dengan memperbaiki sistem perparitan yang ada bagi melancarkan
pengaliran air dan juga mengelakkan sampah dari tersekat. Jika sistem perparitan dibina
dengan sempurna, maka kejadian banjir tidak akan berlaku. Banjir banyak berlaku di kawasan
setinggan kerana sistem perparitan yang tidak sempurna.

Pihak kerajaan juga boleh membantu penduduk di kawasan setinggan dengan membina
lebih banyak rumah kos rendah yang lebih baik dan mampu disewa. Sehinggan hari ini, kadar
penduduk yang tinggal di kawasan setinggan semakin bertambah. Ia dapat dilihat di bandar-
bandar besar seperti di Kuala Lumpur. Mereka tidak dapat menampung kos hidup yang tinggi di
Kuala Lumpur dan terpaksa tinggal di kawasan setinggan. Dengan menempatkan mereka di
kawasan rumah kos rendah, ia boleh meningkatkan taraf hidup mereka dan memperbaiki
kehidupan mereka. Namun, kerajaan perlu memastikan mereka yang tinggal di kawasan rumah
kos rendah adalah penduduk setinggan yang memerlukan bantuan dan bukanlah mereka yang
mementingkan keuntungan semata-mata.

Selain itu, rumah-rumah yang dibina juga perlulah bersesuaian dengan taraf hidup
mereka. Dengan itu, taraf hidup mereka akan dapat ditingkatkan selaras dengan hasrat

18
kerajaan untuk mengurangkan kemiskinan tegar. Jika semua rakyat dapat hidup dengan aman,
maka ekonomi negara dapat ditingkatkan dan sekaligus memajukan negara. Sebelum ini
penduduk di kawasan setinggan mengalami masalah dengan pembuangan sampah. Mereka
tiada tempat pembuangan sampah yang terancang. Sampah dibuang di merata-rata tampat di
sekitar kawasan setinggan. Rumah-rumah yang dibina terlalu rapat telah menyebabkan
kawasan setinggan menjadi kotor dan berbau. Kerajaan seharusnya peka dengan
permasalahan ini mengambil jalan penyelesaian yang betul.

Jika sampah yang dibuang tidak diselenggara dengan baik. Ia akan menyebabkan
longkang atau sistem perparitan menjadi tersumbat. Jika hujan turun dengan lebat, longkang
yang tersumbat akan menyebabkan air hujan tidak dapat dialirkan dengan baik dan kesannya
bakal menyebabkan banjir berlaku. Jika bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur mengalami
banjir, kesannya amat buruk sekali kerana pembangunan yang amat pesat di sekeliling.
Justeru, pembinaan rumah kos rendah akan mengurangkan masalah pembuangan sampah
yang tidak sempurna di kawasan setinggan. Ia sekaligus dapat mengurangkan masalah
kemiskinan tegar dan memajukan ekonomi negara.

3.7 Mempertingkatkan lagi sistem ramalan dan amaran banjir

Banjir di Kuala Lumpur merupakan salah satu masalah serius yang melanda bandaraya
tersebut. Walau bagaimanapun, kerajaan sentiasa berusaha dalam mengatasi masalah banjir.
Pelbagai langkah telah dilakukan dengan melibatkan semua pihak. Walaupun masalah banjir ini
sukar untuk diatasi, namun kerajaan masih perlu berusaha membantu masyarakat yang tinggal
di kawasan ibu kota dalam menghadapi masalah banjir. Antara langkah kerajaan ialah dengan
mempertingkatkan lagi sistem ramalan dan amaran banjir. Melalui sistem ini, pihak yang
bertanggungjawab iaitu Jabatan Meteorologi, Kementerian Sains dan Inovasi perlu memainkan
peranan penting dengan memberi maklumat mengenai keadaan cuaca.

Melalui sistem ramalan dan amaran banjir, kerajaan telah menggunakan sistem khidmat
pesanan ringkas (SMS). Sistem ini perlu dinaik taraf supaya ia lebih berkesan dan lebih efisyen.
Sistem SMS ini bertujuan bagi memberi amaran kepada penduduk apabila diramalkan akan
berlaku banjir di kawasan tersebut. Penduduk akan menerima maklumat melalui telefon bimbit
masing-masing. Oleh itu, penduduk yang dijangka akan terlibat dengan banjir perlu mendaftar
terlebih dahulu bagi memudahkan maklumat disebar. Melalui sistem ini penduduk dapat
membuat persediaan lebih awal bagi mengelakkan sebarang masalah berlaku. Amaran yang

19
akan dikeluarkan adalah 12 jam lebih awal sebelum keadaan bertambah buruk. Langkah ini
penting terutamanya pada musim tengkujuh. Selain itu, siren-siren juga perlu ditambah dan
diletakkan di kawasan yang sering dilanda banjir. Siren itu juga perlulah dipastikan berfungsi
kerana ia dapat membantu penduduk untuk bertindak lebih awal. Oleh itu, pihak Jabatan
Meteorologi dan pihak-pihak lain yang terlibat perlulah sentiasa bersedia dalam menghadapi
sebarang kemungkinan yang berlaku.

Di samping itu juga, melalui sistem ramalan dan amaran banjir, satu Sistem Eletronik
Amaran Banjir (SEAB) dan lima stesen memantau kadar aliran air sungai serta dua stesen
perakam paras air sungai telah dibina di Kuala Lumpur. 11 Stesen-stesen tersebut perlulah
ditambah dan perlu berfungsi dengan baik supaya dapat membantu bukan sahaja penghuni-
penghuni rumah malah pemilik kedai dan bangunan. Sistem ini bertujuan bagi mengesan dan
memantau tahap bahaya sungai serta dapat menyebarkan maklumat kepada pemilik bangunan
dan penghuni rumah. Melalui sistem ini penduduk di kawasan berkenaan dapat mengemas
barang lebih awal dan memindahkannya ke tempat yang lebih selamat. Mereka juga dapat
mengalihkan kenderaan dengan cepat sebelum kawasan tersebut dinaiki air sekiranya
menerima maklumat lebih awal. Sistem dan langkah yang diambil oleh pihak Dewan Bandaraya
Kuala Lumpur (DBKL) ini dapat meringankan beban mangsa banjir.

Melalui aktiviti pemantauan kadar ketinggian air, kerajaan telah menggunakan kamera
litar tertutup (CCTV) bagi memantau paras air sungai di pusat bandar pada musim hujan lebat.
Walau bagaimanapun banyak pihak yang tidak berpuas hati kerana tidak semua tempat yang
sering dilanda banjir dipasang CCTV. Oleh itu, pihak DBKL perlukan memantau keadaan ini
supaya CCTV ditambah dan sentiasa berfungsi dengan baik. Pihak DBKL juga telah memasang
Building Flood Elert Terminal (BEAT) di 11 bangunan di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur.
Namun, langkah ini tidak akan berkesan sekiranya pemilik bangunan tersebut tidak
menghidupkan sistem komputer mereka atau mereka mencabut talian telefon yang
menghubungkan BEAT dengan tempat tersebut. Tindakan ini tidak wajar berlaku kerana akan
memberi masalah kepada penghuni di kawasan tersebut. Oleh itu, pihak DBKL perlu
mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengelak perkara ini berlaku.

Selain pemasangan BEAT di beberapa bangunan, pihak DBKL juga telah memasang
CCTV di dalam Terowong SMART yang telah dibina. CCTV tersebut berperanan dalam
memantau aras air ketika banjir. Terowong SMART telah dibina bagi mengatasi masalah banjir

11
Internet. Banjir Kilat di Kuala Lumpur 2007, www.wikipedia.com.my

20
dengan mengalirkan air sungai ke kolam takungan air. Dengan adanya CCTV di dalam
terowong tersebut dapat memudahkan pengawal Terowong Smart dan pihak Jabatan
Pengairan dan Saliran (JPS) bagi memantau keadaan di dalam terowong tersebut apabila
berlaku banjir. CCTV yang dipasang perlulah jenis kalis air supaya dapat berfungsi dengan
baik.

Selain pemasangan CCTV, kerajaan juga telah memasang papan tanda elektronik di
kawasan yang sering dilanda banjir. Pemasangan papan tersebut perlu ditambah dan haruslah
diletakkan di kawasan yang berhampiran dengan sungai. Papan tanda elektronik itu juga perlu
diletakkan di kawasan yang senang dilihat oelh penduduk. Hal ini kerana, papan tersebut dapat
memberi amaran kepada penduduk supaya bersiap sedia untuk berkemas dan berpindah ke
tempat lain. Papan tersebut akan memberi maklumat mengenai paras air hujan dan jangka
masa banjir akan berlaku dan seterusnya dapat membantu pennduduk bertindak lebih awal.
Melalui papan tanda elektronik tersebut, bacaan paras amaran akan diperolehi. Bacaan sistem
amaran awal bagi bacaan paras hujan ialah 28 sentimeter dan pada paras ini semua
penguatkuasa DBKL akan dihantar ke kawasan yang sering dinaiki air untuk memberi amaran
dan bantuan. Sistem ramalan dan amaran banjir yang telah dilaksanakan oleh kerajaan
bukanlah satu langkah untuk mengatasi masalah banjir di Pusat Bandar Kuala Lumpur tetapi ia
sebagai langkah awal apabila dilanda banjir. Sistem ini juga dapat membantu dalam
mengurangkan jumlah kerugian yang dialami oleh penduduk akibat daripada kerosakan harta
benda.

3.8 Mempertingkatkan Penguatkuasaan Undang-Undang dan Garis Panduan

Selain kaedah kejuruteraan seperti memperbaiki sistem perparitan dan pembinaan


Terowong SMART, kaedah perudangan juga merupakan salah satu langkah mengatasi
masalah banjir di Bandaraya Kuala Lumpur. Fenomena banjir di ibu kota ini bukan hanya
disebabkan hujan lebat tetapi juga disebabkan aktiviti manusia yang tidak bertanggungjawab.
Oleh itu penguatkuasaan undang-undang adalah penting bagi mengawal aktiviti manusia yang
boleh menyumbang kepada banjir. Setiap individu yang menyebabkan permasalahan ini perlu
diambil tindakan dan didakwa mengikut undang-undang yang telah ditetapkan. Pelbagai Akta
telah digubal dalam memelihara alam sekitar. Ini menunjukkan bahawa kerajaan memandang
serius dengan isu alam sekitar.

21
Antara akta yang digunakan untuk mendakwa seseorang yang terlibat dengan masalah
bencana alam yang sering memudaratkan orang ramai ialah Akta Kualiti Alam Sekeliling,1974.
Bahagian IV dalam Akta tersebut telah menerangkan berkenaan larangan dan kawalan
12
mengenai pencemaran. Masyarakat dilarang melakukan sebarang pencemaran sama ada
pencemaran air, tanah, udara, dan bunyi. Fenomena banjir yang sering melanda Bandaraya
Kuala Lumpur biasanya dikaitkan dengan aktiviti manusia yang tidak bertanggungjawab.
Mereka sering melakukan pencemaran dengan membuang sampah-sarap di dalam sungai.
Sampah-sarap yang dibuang telah menyebabkan gangguan kepada saliran air. Sampah itu
telah menyekat air daripada mengalir. Keadaan ini akan menjadi bertambah rumit apabila
turunnya hujan lebat seterusnya akan menyebabkan banjir berlaku dengan pantas. Individu
yang tidak bertanggungjawab ini perlu diberi tindakan yang sewajarnya dan perlu didakwa di
mahkamah kerana perbuatan tersebut telah mencemarkan alam sekitar dan memudaratkan
kehidupan masyarakat lain.

Golongan yang sering melakukan pencemaran ini perlu diberi hukuman yang setimpal
kerana tindakan tersebut boleh membawa kepada banjir kilat dan seterusnya akan
memusnahkan harta benda. Dalam mengatasi masalah isu alam sekitar ini, Kementerian
Sumber Asli dan Alam Sekitar telah memperkenalkan hukuman mandotori kepada pesalah
yang terlibat dengan pencemaran sungai. Langkah ini amat sesuai dilaksanakan kerana banyak
sungai yang telah tercemar akibat perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab.
Pembuangan sampah-sarap ini juga sering berlaku di kawasan rumah setinggan. Di kawasan
tersebut tidak mempunyai tempat pembuangan sampah yang sempurna.

Dalam Kanun Tanah Negara 1965, telah dinyatakan bahawa setiap pemilik tanah
mempunyai hak dalam menikmati tanahnya.13 Walau bagaimanapun, tidak bermakna pemilik
tanah boleh bertindak sesuka hati sehingga boleh memudaratkan dan membahayakan nyawa
dan harta benda orang lain. Sesetengah pemilik tanah tidak memikirkan akibat atau kesan yang
bakal diterima oleh orang lain hasil daripada pembangunan yang diciptanya. Sebagai contoh,
terdapat pemilik tanah yang ingin membangunkan tanahnya dengan membina kawasan
perumahan. Oleh itu, mereka menjalankan aktiviti meratakan tanah dan terpaksa membuang
tanah atas. Kesan daripada aktiviti tersebut, telah menyebabkan sisa-sisa pokok dan sampah-
sarap telah mengalir masuk ke dalam sungai. Hal ini menyebabkan aliran sungai terganggu dan
boleh menyebabkan saluran tersumbat. Masalah ini boleh menyumbang kepada banjir yang

12
Internet. Undang-undang Malaysia Akta 127: Kualiti Alam Sekeliling,1974, http://www.parlimen.gov.my
13
Internet. Kanun Tanah Negara 1965, www.instun.gov.my

22
boleh berlaku dengan pantas kerana air bertakung dan tidak dapat mengalir dengan baik.
Dalam hal ini, pemilik dibenarkan menggunakan tanah tetapi tidaklah sampai boleh
memudaratkan orang lain. sekiranya pemilik tanah tidak melakukan aktiviti pembangunan
dengan prosedur yang betul, tindakan undang-undang perlu dikenakan.

Di samping itu juga, terdapat juga pemilik tanah yang menjalankan aktiviti pembangunan
secara tidak terancang dan juga secara haram. Banyak pokok ditebang untuk menjalankan
aktiviti pembangunan. Kesan daripada penebangan pokok tersebut telah menyebabkan hakisan
tanah dan boleh membawa kepada banjir kilat kerana air tidak mampu diserap oleh tanah.
Kesan buruk lebih dialami oleh penduduk di kawasan tanah rendah dan berhampiran dengan
sungai. Mereka lebih berisiko dilanda banjir. Oleh itu, setiap pemaju perlulah mempunyai lesen
sebelum menjalankan sesuatu aktiviti pembangunan. Sekiranya, pemaju yang tidak mempunyai
lesen, tindakan undang-undang perlu dikenakan. Kerajaan juga perlulah membuat rancangan
pembangunan di bandar supaya kawasan di bandar bukan sahaja dipenuhi dengan permukaan
yang bersimen tetapi masih lagi dipenuhi dengan permukaan tanah yang mampu menyerap air
apabila hujan lebat. Oleh itu, penguatkuasaan undang-undang adalah penting sebagai langkah
awal bagi mengatasi masalah banjir. Setiap masyarakat perlulah bekerjasama dengan
membuat aduan dan memberi maklumat kepada pihak kerajaan berkenaan kegiatan segelintir
individu yang tidak bertanggungjawab serta tidak memelihara alam sekitar dengan baik.

4.0 Penutup

23
Kesimpulannya, permasalahan banjir yang berlaku di kawsan bandar khususnya
Bandaraya Kuala Lumpur telah memberikan impak yang besar kepada masyarakat dan negara.
Bencana yang melanda negara ini sedikt sebanyak telah membawa kerugian yang bernilai
ribuan ringgit kepada masyarakat dimana apabila berlaku banjir, ekonomi masyarakat tersekat
dan menyebabkan masyarakat terputus hubungan dengan kawasan luar. Hal ini kerana, aktiviti
jual beli terpaksa dihentikan dan banyak kedai-kedai ditutup akibat banjir. Hal ini jelas
merugikan peniaga-peniaga dan juga turut menyusahkan orang ramai kerana sukar untuk
mendapatkan sesuatu barangan ataupun perkhidmatan. Selain itu, penyakit-penyakit bawaan
air juga akan mudah menular dan menjangkiti orang ramai. Hal ini akan menyebabkan klinik
dan juga hospital penuh dan rawatan yang sempurna tidak dapat diberikan kerana kekurangan
peralatan dan ubat-ubatan. Kesannya, negara akan kerugian kerana kehilangan tenaga buruh
jika seseorang itu kehilangan nyawa akibat penyakit bawaan air ini.

Di samping itu, banjir juga telah menyebabkan kerosakan harta benda dan infrastruktur
yang dibekalkan oleh kerajaan. Hal ini telah menjadikan suasana di bandar yang dilanda banjir
ibarat padang jarak padang terkukur. Kos membaikpulih infrastruktur yang telah rosak
memerlukan peruntukan kewangan yang tinggi dan merugikan kerajaan kerana seharusnya
wang itu disalurkan kepada bidang pendidikan ataupun bidang penyelidikan dan pembangunan
(R&D). Sementara itu, banjir juga telah menyekat atau menyebabkan sesuatu jalan ditutup
kerana dilimpahi air banjir. Hal ini telah menyebabkan ada dalam kalangan pengguna jalan raya
yang terperangkap kerana banjir kilat yang melanda. Kesan daripada kejadian ini, pengguna
jalan raya mengalami pelbagai risiko seperti kerosakan kenderaan dan lebih teruk lagi boleh
menyebabkan kehilangan nyawa. Justeru itu, langkah demi langkah yang telah dinyatakan di
dalam tugasan ini diambil semua pihak untuk menangani permasalahan yang berlaku.

Oleh yang demikian, semua pihak seharusnya lebih peka dan memainkan peranan
untuk membendung permasalahan banjir di bandar terutamanya di bandar besar seperti Kuala
Lumpur agar semua pihak mendapat manfaat daripadanya dan peristiwa yang tidak diingini
seperti kehilangan harta benda serta nyawa dapat dielakkan. Jika negara bebas daripada
bencana alam seperti banjir ini, kemungkinan besar semakin ramai pelancong asing akan
datang ke negara ini dan dapat menambahkan lagi pendapatan KDNK negara dan seterusnya
mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.

24
25

Anda mungkin juga menyukai