Anda di halaman 1dari 13

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

AG10503 PENGANTAR GEOGRAFI

SEMESTER 1 – 2023/2024

SOALAN 6 : MENERANGKAN PENGARUH MANUSIA TERHADAP KITARAN


HIDROLOGI

NAMA EVANGELINA XAVERIE ANAK RICHARD

NO MATRIK BA23110572

NAMA PENSYARAH DR. COLONIUS BIN ATANG

NAMA TUTOR ALEX JO MARJUN

TARIKH DAN MASA 24 NOVEMBER 2023


HANTAR
PENGENALAN

Pengaruh manusia dalam pembangunan negara pada masa kini sangat memainkan
peranan serta mendatangkan impak dalam kitaran hidrologi. Tambahan pula, aktiviti
manusia juga boleh menyebabkan kitaran hidrologi di sesuatu kawasan terganggu serta
menjadi tidak seimbang. Menurut Ayoade, J.O (1988) dalam bukunya “Tropical Hydrology
and Water Resources” mengatakan hidrologi adalah satu penelitian saintifik tentang kitaran
air. Istilah kitaran digunakan untuk menerangkan pertukaran air yang berterusan dalam
berbagai bentuk seperti wap, cecair dan pepejal yang melibatkan berbagai ruang sama ada
ruang hidrosfera, atmosfera, biosfera dan ruang litosfera. Kitaran hidrologi ini sebenarnya
tiada titik permulaan dan penamat yang mutlak. Hal ini demikian kerana kitaran hidrologi
merujuk kepada sistem edaran air yang melibatkan berbagai storan dan laluan untuk air
tersebut berputar dan bertukar bentuk dari satu tahap ke tahap yang lain. Air tersejat ke
atmosfera dari lautan iaitu membentuk wap-wap air yang akan berkumpul menjadi awan.
Wap-wap air tersebut kemudian akan dialirkan secara melintang oleh angin ke bahagian
daratan. Apabila mencapai ke peringkat tepu maka akan turun sebagai kerpasan sama ada
dalam bentuk hujan, embun dan salji. Di bahagian dataran kerpasann akan dialirkan dalam
pelbagai cara seperti larian air permukaan atau dialir oleh sistem sungai ke laut selepas
dipintas oleh tumbuhan. Selain itu, kerpasan itu juga akan menyusup masuk ke dalam tanah
dan mengalir sebagai air bawah tanah dimana juga menuju ke laut. Di fasa lautan pula kitar
hidrologinya adalah lebih pendek dan lebih mudah. Air tersejat dari permukaan laut ke
atmosfera iaitu termeluwap menjadi awan. Apabila mencapai ke tahap tepu atau takat
embun, ia akan jatuh semula ke permukaan laut sebagai kerpasan. Di samping itu, terdapat
dua proses dalam kitaran hidrologi iaitu proses menegak dan proses mendatar. Proses
menegak seperti proses sejatan, sejatpeluhan, kerpasan, aliran batang dan resapan. Proses
mendatar seperti larian air permukaan, aliran air bawah tanah dan alir lintang atmosfera.
Pengaruh manusia terhadap kitaran hidrologi ini mampu menjejaskan kualiti sumber air dan
edaran air bawah tanah.
Aktiviti Manusia Melalui Pembalakan

Gambar 1 : Sarawak tumpas aktiviti pembalakan haram dengan keseluruhan nilai


rampasan lebih RM4 juta
Sumber : Utusan Malaysia (2023)

Menurut gambar 1 melapor yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia yang timbul iaitu
aktiviti pembalakan haram yang berlaku berleluasa di Sarawak telah berjaya
mematahkan aktiviti pembalakan haram dengan nilai jualan kayu rampasan anggaran
berjumlah RM4,027,150 bagi tempoh tahun 2020 hingga 2022, kata Timbalan Premier
Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Beliau yang juga Menteri Perdagangan
Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Menteri Kedua Sumber Asli dan Pembangunan
Bandar berkata dalam tempoh yang sama, sebanyak 264 kes kesalahan hutan telah
direkodkan dengan keseluruhan nilai kompaun berjumlah RM1.6 juta.
Perkara ini sangat memberi impak kepada penduduk serta alam sekitar di sekeliling
kawasan tersebut. Hal yang demikian kerana aktiviti pembalakan mampu mendorong
berlakunya hakisan tanah. Perkara ini berlaku dimana penebangan pokok dalam skala
yang besar menyebabkan permukaan tanah menjadi gondol sekaligus menerima hujan
secara terus dengan kelajuan yang sangat tinggi apabila tiada tumbuhan yang
menghalangnya. Tambahan lagi, ini merupakan punca berlakunya peningkatan larian air
permukaan serta gelongsoran tanah. Struktur tanah menjadi longgar kerana peranan
akar pokok atau hutan sebagai penyerap air hujan melalui proses pintasan dan aliran
batang telah musnah. Apabila berlakunya tanah runtuh, kelodak atau tanah tersebut
akan dibawa masuk ke dalam sungai dimana telah menjejaskan kualiti air sungai.
Kemerosotan kualiti air sungai dapat dilihat melalui warna iaitu air sungai menjadi keruh
dan kotor. Secara langsung, proses resapan berlaku dengan rendah kerana tiada pokok
yang berperanan untuk melakukan proses pintasan dan aliran batang dengan giat
dimana proses tersebut merupakan penyumbang terbesar kepada sumber air bawah
tanah iaitu akan disalurkan semula ke badan-badan air seperti sungai dan tasik untuk
kegunaan seharian dan hidupan akuatik.
Sebagai contoh, isu yang berlaku di Seremban menurut laporan daripada Astro
Awani iaitu tanah runtuh di Hutan Simpan Gunung Berembun punca gangguan bekalan
air di Port Dickson. Pengarah Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) Ir Mohd Yazid Ahmad
berkata gangguan berkenaan menyebabkan hamper 4000 akaun pengguna di kawasan
tersebut turut terjejas. Beliau berkata air sungai dari hutan terbabit merupakan punca
itama bekalan air ke Loji Rawatan Air (LRA) Linggi sebelum disalurkan ke Springhill dan
ada kalanya loji terpaksa mengurangkan atau menghentikan operasi pam air bagi
menepati piawaian air minum kebangsaan. Air sungai menjadi keruh akibat kemasukan
bendasing putih seperti pasir halus dan sampah sehingga menyebabkan muka sauk dan
sistem penyaringan skrin tersumbat.
Melalui ini, pihak kerajaan haruslah melaksanakan strategi jangka masa pendek iaitu
memasang alat kawalan tekanan dan melaraskan injap berkaitan bagi mempercepatkan
bekalan air ke sesuatu tempat dengan menghantar tangki statik ke kawasan gangguan.
Selain itu, penaiktarifan juga harus dibuat bagi membaik pulih sistem penyaringan dan
papan suis panel bagi mengatasi masalah bekalan air berkenaan. Dengan mengambil
insiatif dalam pengurusan yang lebih sistematik, kemusnahan alam semula jadi akan
lebih terkawal. Tidak dapat disangkal bahawa gangguan kitaran hidrologi mampu
mempengaruhi keseimbangan ekologi dan ekosistem bagi menentukan keselamatan
sejagat sekaligus dapat mengelakkan kehilangan harta dan nyawa yang drastik dimana
mampu memberi impak yang besar dalam kehidupan seharian kita.

Aktiviti Manusia Melalui Pembandaran

Aktiviti pembandaran memerlukan penebangan pokok dalam skala yang besar


dimana telah menganggu ekosistem serta kitaran hidrologi di kawasan tersebut. Maka,
kadar pintasan juga semakin berkurangan kerana tiada pokok-pokok. Menurut Horton
(1919) “pintasan atatu cegatan silara merujuk kepada halangan dari kanopi (silara)
tumbuhan terhadap air hujan yang turun. Halangan ini datangnya dari daun, ranting, dahan,
batang dan lain-lain yang menyebabkan tudak 100% titisan hujan akan menimpa bumi”.
Situasi ini kerana proses pembandaran menyebabkan sebahagian besar permukaan tanah
dipenuhi kawasan tepu bina seperti bangunan dan jalan raya maka berlakunya peningkatan
larian air permukaaan. Kawasan tepu bina yang dibina daripada konkrit, bitumen dan lapisan
batu bata tersebut adalah bersifat tidak telap air iaitu air tidak dapat meresap kedalamnya.
Maka, perkara tersebut menyebabkan curahan hujan yang jatuh terus mengalir sebagai air
larian permukaan dimana menyebabkan berlakunya banjir kilat di kawasan bandar akibat
ketidakcekapan sistem saliran dan juga sikap manusia yang tidak bertanggungjawab.

Menurut isu di gambar 2 iaitu laporan yang dikeluarkan dari Sinar Harian di Melaka
iaitu penduduk dakwa perparitan, saliran tidak sistematik punca banjir kilat. Masalah sistem
perparitan dan saliran tidak terancang dipercayai penyebab masalah banjir kilat yang kerap
melanda sekitar kawasan Taman Perumahan Bukit Beruang Bestari, sekaligus meresahkan
penduduk di situ setiap kali hujan lebat berlaku. Penduduk mendakwa banjir kilat berulang
kali berlaku iaitu berpunca daripada perparitan yang tidak sistematik di kawasan tadahan
yang tidak diketahui pemilikan dan statusnya. Selain sungai berhampiran menyebabkan air
melimpah dan terperangkap di kawasan perumahan itu terutama ketika hujan lebat.
Menurut seorang penduduk bernama Adhlan Ali, berumur 40 tahun berkata bahawa
penghuni blok rumahnya berada dalam dilema dan terpaksa berdepan situasi yang sama
sejak 2017 sehingga ada dalam kalangan mereka terpaksa berpindah kerana tidak mampu
menanggung kerugian lagi.

Kesan daripada isu yang dilaporkan tersebut terbukti bahawa banjir kilat berlaku
akibat kegagalan sistem peparitan menampung isipadu air semasa hujan dimana air
tersebut telah melimpah keluar dari longkang sekaligus menjadi larian air permukaan. Hal
demikian kerana terdapat bendasing seperti pasir dan kelodak di dalam longkang dimana
telah menyebabkan longkang menjadi cetek sekaligus menggangu aliran air tersebut untuk
mengalir dengan lancar. Bukan itu sahaja malah sikap manusia yang tidak
bertanggungjawab juga iaitu membuang sisa domestik seperti botol dan sampah sarap ke
dalam longkang menjadi punca tersumbat dan banjir kilat. Secara tidak langsung, proses
sejatan dan proses resapan giat berlaku iaitu permukaan air akibat banjir tersebut tersejat
ke atmosfera dalam bentuk wap air dimana mendorong berlakunya proses pemeluwapan
bagi membantu pembentukan awan kumulonimbus yang akan menurunkan kerpasan.
Limpahan air tersebut juga akan menyusup masuk dalam tanah dimana membantu
meningkatkan kuantiti air bawah tanah dimana sebahagian daripada air tersebut akan
dialirkan semula ke badan-badan air seperti sungai dan tasik.

Oleh itu, sangat jelas dilihat bahawa kelemahan penegasan terhadap tindakan yang
dibuat melalui Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) iaitu satu proses pencegahan
daripada berlakunya kemerosotan kualiti alam sekitar. Penilaian tersebut bertujuan
mengelakkan berlakunya kerugian besar khusunya terhadap alam sekitar akibat kesilapan
perancangan dan perlaksanaan sesuatu projek pembangunan. Laporan tersebut dilakukan
sebelum, semasa dan selepas aktiviti pembangunan dilaksanakan. Tambahan lagi, pihak
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCORP) hendaklah
melakukan kerja-kerja pembersihan secara berlaka di kawasan perumahan yang dipenuhi
sisa domestik bagi mengawal berlakunya banjir kilat.

Gambar 2 : Penduduk dakwa perparitan, saliran tidak sistematik punca banjir kilat

Sumber : Sinar Harian (2022)

Aktiviti Manusia Melalui Pertanian

Aktiviti pertanian dijalankan memerlukan aktiviti pembersihan kawasan hutan untuk


pertanian pindah dan pertanian ladang di kawasan lereng bukit atau kaki buki yang beralun.
Perkara ini menyebabkan peningkatan larian air permukaan kerana permukaan tanah yang
terdedah serta tiada halangan pokok akan menyebabkan air hujan jatuh secara langsung ke
permukaan tanah sekaligus mengalir sebagai larian air permukaan. Struktur tanah di
kawasan tersebut juga akan longgar kerana tiada akar pokok yang berperanan untuk
mencengkam tanah sekaligus mendorong hakisan giat berlaku di kawasan tersebut.
Proses ini berlaku secara perlahan-lahan dan mengambil masa yang sangat lama
serta melibatkan keseluruhan permukaan bumi (Pimentel dan Kounang, 1998). Hal ini
demikian kerana tanih yang terhakis akan termendap di sekitar kawasan yang sama
sebelum dibawa ke kawasan yang lebih rendah (Wan Ruslan Ismail dan Zainudin Otman,
2017). Hakisan tanah suatu proses hakisan yang tercetus dimana mengganggu keadaan
semula jadi alam sekitar. Selain itu, hakisan melibatkan satu proses fizikal pemindahan atau
penyingkiran tanah dari satu tempat ke tempat yang lain. Dua daya atau agen hakisan
utama yang mempengaruhi kejadian hakisan tanah ialah air dan angin. Namnu begitu
terdapat juga beberapa factor lain yang mempengaruhi hakisan tanih agen hakisan,
keterhakisan tanih, cerun tanah dan litupan tumbuhan semulajadi (Morgan, 1995).
Di samping itu, penggunaan baja kimia dalam aktiviti pertanian menjadi isu kepada
pencemaran sungai berlaku. Secara ringkasnya, baja kimia dapat membekalkan nutrien
dengan segera ke atas tumbuhan yang ditanam dimana bagus untuk pertumbuhan yang
cepat kerana nutrien yang dibekalkan bersifat mudah larut. Oleh itu, kesan penggunaan
baja lebih cepat kerana mengandungi pelbagai nutrien yang sedia untuk digunakan oleh
tumbuhan. Malah, penggunaan baja kimia secara berlebihan juga akan memberi impak
negatif seperti pencemaran air dalam tanah, menjejaskan strktur tanah sekaligus
peningkatan keasidan tanah berlaku. Nutrien yang terdapat dalam tanah akan hilang maka
tumbuhan tidak dapat menyerap nutrien tersebut dengan efisien bagi tumbesaran.
Tambahan lagi, keasidan tanah sangat mempengaruhi kualiti air bawah tanah kerana
baja tersebut telah larut ke dalam tanah dimana air tersebut akan dialirkan semula juga ke
badan-badan air. Secara ringkasnya, air sungai juga turut tercemar dan tidak selamat
digunakan secara terus dalam aktiviti domestik. Hidupan akuatik juga akan terganggu
kerana habitatnya telah musnah iaitu nilai pH air sungai telah meningkat dimana tidak
sesuai untuk hidupan tersebut untuk terus hidup. Apabila air dari sungai tersebut tersejat,
wap air itu juga akan membawa sekali kandungan natrium klorida iaitu dikenali sebagai
garam tersejat ke atmosfera. Perkara ini menyebabkan kadar sejatan menurun namun
berpotensi untuk menurunkan hujan asid kerana kandungan asid tersebut akan
bertindakbalas dengan wap air yang membentuk asid nitrik di awan kemudian dijatuhkan ke
permukaan bumi.
Isu ini terbukti melalui laporan yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia iaitu
berkaitan dengan projek pertanian punca sungai tercemar diarah henti operasi di Ipoh.
Sebuah syarikat pemaju diarah menghentikan operasi dan kerja tanah membabitkan projek
pertanian di Sungai Raia sehingga menyebabkan pencemaran sungai. Projek pertanian
tersebut beroperasi dengan keluasan lebih kurang 247 ekar tanpa kelulusan Penilaian Impak
Alam Selitar (EIA). Syarikat pemaju tersebut dikenakan tindakan perintah larangan di bawah
Seksyen 34AA, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang mengarahkan apa-apa kerja tanah
perlu dihentikan serta-merta. Justeru, isu tersebut telah menyebabkan penduduk mengalami
krisis bekalan air bersih dimana pihak Lembaga Air Perak (LAP) terpaksa menghantar empat
lori tangki air bersih di kawasan kampung tersebut. Air Sungai Trolak bertukar warna
menjadi kekeruhan kerana dipenuhi tanah daripada runtuhan tersebut.

Gambar 4 : Projek pertanian punca sungai tercemar diarah henti operasi


Sumber : Utusan Malaysia (2021)

Aktiviti Manusia Melalui Penghutanan Semula

Aktiviti penghutanan semula ini ialah kegiatan menanam semula hutan yang telah
ditebang dengan spesies pokok yang cepat tumbuh dan bermutu. Melalui cara ini
kelembapan suhu dapat dikekalkan. Hal demikian kerana aktiviti penghutanan berupaya
meningkatkan kadar perpeluhan, resapan dan aliran air bawah tanah. Secara ringkasnya,
semakin banyak jumlah pokok, semakin giat proses resapan berlaku sekaligus menyumbang
kepada kepadatan tumbuhan hijau semakin meningkat. Oleh yang demikian, jumlah
pintasan yang tinggi membolehkan kadar kelembapan meningkat. Secara tidak langsung,
perkara ini membantu wujudnya akuifuq dan akuilud dengan lebih giat di sesuatu kawasan.
Akuifuq dedifinisikan sebagai formasi batuan yang hanya boleh menyimpan air seperti air
yang disimpan dalam formasi batuan granit manakala akuilud ialah formasi batuan yang
boleh menyimpan dan berfungsi sebagai konduit untuk membekalkan air sebagai aliran air
bawah tanah seperti air yang tersimpan di dalam lapisan tanah liat.
Selain itu, aktiviti penghutanan semula ini juga membantu meningkatkan kandungan
air bawah tanah dimana boleh menjadi sumber alternatif kepada kita semasa berlakunya
krisis bekalan air. Hal ini kerana berdasarkan analisis yang dilaksanakan dalam artikel,
sumber air bawah tanah ialah air yang terdapat dalam lapisan akuifer iaitu terbentuk secara
geologikal melalui batu, pasir dan kerikil yang menampung air dalam kuantiti yang banyak.
Potensi air bawah tanah adalah lebih tinggi berbandng potensi air permukaan sepertiair
sungai, tasuk dan empangan.
Sebagai contoh, berdasarkan analisis dari artikel iaitu di Semenanjung Malaysia, air
hujan yang turun akan mengalir ke sungai 43% manakala sebahagiannya akan kembali ke
udara melalui proses sejatan 51% maka bakinya akan menyusup masuk ke dalam tanah
dimana telah menjadi air bawah tanah 6%. Air yang menyusup ke dalam tanah tersebut
akan menjadi storan air tanah dengan purata kadar aliran air bawah tanah adalah 0.2-20
m/hari membuktikan air tawar banyak terdapat dalam tanah berbanding di permukaan.
Melalui ini, potensi sumber air bawah tanah wajar dibangunkan sebagai satu sumber
alternatif yang boleh diterokai serta dimanfaatkan bagi menghadapi ancaman terhadap
sumber air permukaan. Apatah lagi dengan kekerapan gangguan bekalan air tidak berjadual
menyebabkan pengguna terpaksa menanggung beban dan kesengsaraan apabila terputus
bekalan air untuk beberapa hari. Justeru, langkah meningkatkan rizab air dengan mencari
sumber lain seperti air bawah tanah adaah pilihan terbaik bagi menjamin sumber air
daripada sebarang krisis.
Jelaslah bahawa penggunaan sumber air bawah tanah perlu dtingkatkan bagi
menyokong keperluan bekalan air bersih kerana airnya sangat bernilai dimana sukar untuk
tercemar disebabkan wujudnya penapis semula jadi. Tambahan lagi, air bawah tanah kaya
dengan bahan mineral menyebabkan air tersebut boleh terus digunakan sebagai air
minuman kerana enap cemar yang terhasil daripada rawatan air bawah tanah adalah lebih
rendah kerana kejernihan air bawah tanah. Perkara ini juga menyebabkan rawatan untuk air
bawah tanah adalah pada kadar yang minima. Lantaran, pengurusan lestari kawasan
tadahan adalah sangat penting untuk meningkatkan sumber air bawah tanah.
Aktiviti penghutanan semula ini dapat membantu menggiatkan lagi proses
sejatpeluhan iaitu berdasarkan penulisan dalam artikel, ianya didefinisikan sebagai proses
pemindahan wap air ke atmosfera melalui proses transiprasi dari tumbuhan dan sejatan
daripada tumbuhan dan tanah. Perkara ini terjadi kerana tekanan wap pada sel-sel
permukaan daun lebih tinggi berbanding dengan tekanan udara dalam atmosfera terutama
pada waktu siang yang panas. Berlaku ketika stomata terbuka untuk laluan karbon dioksida
(CO2) dan oksigen (O2) semasa proses fotosentesis.
Di samping itu, pokok menyerap air menerusi akarnya sekaligus air tersebut tersejat
menerusi liang-liang stoma daunnya melalui proses transpirasi. Kadar transpirasi pokok
meningkat apabila berlakunya peningkatan suhu, intensiti cahaya matahari, bekalan air dan
saiz pokok. Keupayaan tumbuhan untuk melakukan transpirasi air dalam jumlah yang besar
adalah tinggi dimana proses ini sangat penting dalam kitaran hidrologi. Secara langsung,
perkara ini mempunyai peranan serta hubungkait yang lebih kompleks seperti kejadian aliran
air bawah tanah, tanah runtuh dan juga pengekalan kelembapan dalam atmosfera. Namun
begitu, transpirasi hampir tidak berlaku ketika waktu malam atau musim hujan kerana cuaca
sejuk dan kelembapan tinggi menyebabkan berlaku defusi wap air dari saluran udara di
dalam daun ke udara luar. Maka, apabila proses transpirasi kurang, imbangan air tidak dapat
berjalan dengan sempurna dimana menyebabkan air dalam tanih akan cepat tepu yang
boleh mengundang tanah runtuh berlaku di kawasan cerun.
RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Kesimpulannya, sebuah negara haruslah bijak dalam merancang pembangunan yang


sistematik bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang yang mampan sekaligus tidak
membelakangi pentingnya kitaran hidrologi dalam kehidupan harian. Berkah air untuk
memastikan kita mendapat sumber air yang sentiasa bersih. Kita perlu memainkan peranan
bagi mengelakkan membuang sampah dan bahan toksik ke dalam sungai, merawat
kumbahan dari rumah, kilang dan kawasan pertanian sebelum melepaskannya ke dalam
sungai atau laut dan kawalan dari segi penggunaan baja dan racun perosak di kawasan
pertanian. Melalui ini, mampu meningkatkan kesejahteraan rakyat serta kepentingannya
kepada negara pada masa hadapan.
BIBLIOGRAFI

Astro Awani, (2022, Jun 27), Tanah Runtuh Di Hutan Simpan Gunung Berembun Punca

Gangguan Bekalan Air Di Port Dickson. https://www.astroawani.com/berita-


malaysia/tanah-runtuh-di-hutan-simpan-gunung-berembun-punca-gangguan-
bekalan-air-di-port-dickson-368467. Dicapai pada 3 November 2023.

Ayoade J. O. (1988). Tropical Hydrology And Water Resourses. United Kingdom: Macmillan

Education.

Chan Ngai Weng. (1993). Pengantar Geografi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Kementerian Pendidikan Malaysia.

Main, R., Tengku N.L.S., Rusmini S. , Robiah R. (2010). Proses sejatpeluhan tumbuhan
terpilih

sebagai kaedah mendapatkan dan menangani masalah sumber air. Malaysian


Journal of Society and Space 6 issue 2, (10 - 19) . Article 1. Retrieved November 4,
2023, from
https://myjurnal.mohe.gov.my/filebank/published_article/11463/2_2010_2_Main.pdf.

Nooryati. (2022). Potensi Bangun Air Bawah Tanah. Universiti Putra Malaysia, Selangor,
Artikel

1. Retrieved November 5, 2023, from


https://ipsas.upm.edu.my/artikel/potensi_bangun_air_bawah_tanah-69417.

Sinar Harian, (2021, November 2), Penduduk Dakwa Perparitan, Saliran Tidak Sistematik
Punca

Banjir Kilat. https://www.sinarharian.com.my/article/170235/edisi/penduduk-dakwa-


perparitan-saliran-tidak-sistematik-punca-banjir-kilat. Dicapai pada 6 November 2023.

Utusan Malaysia, (2023, Jun 3), Projek Pertanian Punca Sungai Tercemar Diarah Henti
Operasi.
https://www.utusan.com.my/terkini/2021/06/projek-pertanian-punca-sungai-
tercemar- diarah-henti-operasi/. Dicapai pada 4 November 2023.

Utusan Malaysia, (2023, Mei 24), Sarawak Tumpas Aktiviti Pembalakan Haram Dengan

Keseluruhan Nilai Rampasan Lebih RM4 Juta.


https://www.utusan.com.my/nasional/2023/05/sarawak-tumpas-aktiviti-pembalakan-
haram-dengan-keseluruhan-nilai-rampasan-lebih-rm4-juta/. Dicapai pada 31 Oktober
2023.

Anda mungkin juga menyukai