Anda di halaman 1dari 2

MENGAWAL ALIR AIR DAN KUALITI AIR Apabila hujan turun dengan lebat, air hujan akan menitis

ke bawah menuju ke lantai hujan dengan pantas. Akan tetapi, pergerakan titisan air hujan dapat dilambatkan oleh kanopi hutan dan lapisan tumbuhan di bawahnya. Struktur Hutan Hujan Tropika yang berkanopi adalah penghalang hujan yang sangat cekap. Mengikut pendapat para ahli ekologi, liputan hutan dapat mengurangkan kejadian banjir pada musim hujan lebat dangan memerangkap sebahagian daripada air hujan dan mengembalikan sebahagiannya kepada atmosfera. Sebenarnya, hujan yang sampai ke muka bumi akan membebaskan tenaga yang akan mengakibatkan serakan kumin tanih. Dengan ini, untuk menitis air hujan, kanopi hutan dapat menghasilkan perubahan kadar dan tempoh curahan air hujan ke lantai hutan. Yang penting sekali ialah hutan dapat mengurangkan kesan titisan air hujan ke atas tanah. Di samping itu, daun-daun yang gugur di lantai hutan juga boleh bertindak ssebagai "kusyen" yang dapat menyerap titisan air hujan dan seterusnya menghalang pengaliran air ke dalam tanah di bawahnya. Justeru, peranan hutan bukan sahaja dapat mengurangkan kesan titisan hujan ke atas tanah, tetapi ia juga menggalakkan penyusupan air. Hal ini penting kerana penyusupan air dapat menghalang sesuatu kawasan itu daripada digenangi air. Selain itu, kewujudan humus dapat memperbaiki tekstur dan meningkatkan ketelapan supaya membantu dalam penyusupan air. Oleh itu, boleh mengatakan bahawa hutan berperanan untuk mengurangkan larian air dan meningkatkan keupayaan penyusupan serta membantu perkolasi air. Pada hakikatnya, hanya sebahagian sahaja hujan yang turun dapat sampai ke lantai tanah hutan akibat daripada pemintasan tumbuhan. Kuantiti hujan yang sampai ke lantai hutan adalah bergantung kepada bentuk dan susunan daun dan ranting pokok dalam hutan. Tanah hutan hujan primer dilindungi oleh beberapa lapisan kanopi. Oleh itu, berapa banyak hujan yang dipintas oleh pelbagai lapisan kanopi bergantung kepada keamatan hujan dan tempoh hujan turun. Sebahagian besar air hujan yang dipintas tidak sampai ke tanah dan sebelumnya akan tersejat ke atmosfera. Sebaliknya, air hujan yang tidak terpintas akan menjadi aliran terus atau aliran batang dan akan mengalir secara perlahan-lahan ke anak-anak sungai. Selain itu, sistem saliran yang ada sekarang adalah tidak dapat menampung kesemua hujan yang turun pada musim hujan dan mengakibatkan berlakunya banjir. Banjir berlaku akibat daripada air yang berlebihan dalam sungai dan rangkaian sungai. Sebelum air hujan mengalir ke sungai dan rangkaian sungai, ia akan melalui aliran dataran, aliran dasar dan aliran subpermukaan. Mengikut statistik, larian air dalam hujan adalah rendah iaitu 40%50% kerana sebahagian besarnya telah dipintas oleh hutan. Ekosistem hutan berperanan sebagai "regulator" air dalam mengawal kadar alirannya. Kajian Liken 1970 telah menunjukkan bahawa kehilangan litupan hutan akan menyebabkan air hujan terus mengalir ke sungai-sungai dan mengakibatkan kejadian banjir kilat secara tidak langsung yang mendatangkan bencana kepada manusia. Ini dapat dilihat pada sebatang anak sungai yang mengalir ke kawasan hutan dan berbanding dengan sebatang sungai yang mengalir ke kawasan rancangan perumahan ketika hujan lebat. Disebabkan oleh kurangnya air hujan yang terpintas dan tersejat, kekerapan banjir dan kehebatannya dapat dilihat setelah pemusnahan hutan berlaku. Hutan adalah sangat penting sebagai satu sistem penyediaan kualiti air yang bermutu kepada manusia. Ramai ahli ekologi bersetuju bahawa legah yang dilitupi tumbuhan membekalkan air yang berkualiti lebih baik digunakan oleh manusia kerana hutan bertindak sebagai penapis dalam menentukan kebersihan dan kejernihan air. Penebangan hutan bukan sahaja mempengaruhi aliran sungai dan suhu air sungai tetapi juga boleh menimbulkan perubahan keadaan kimia air sungai. Hal ini disebabkan apabila pokok-pokok ditebang, bekalan nutrien yang tersimpan dalam tumbuhan akan hilang. Walaupun sebahagian daripada nutrien boleh digunakan oleh tumbuhan lain yang ditanam oleh petani pindah tetapi kebanyakannya akan terlarut resap dan mengalir ke sungai. Perubahan nutrien yang banyak mungkin menimbulkan kesan yang tidak diingini seperti eutrofikasi tasik dan kolam. Dengan ini, kemerosotan kualiti air akan berlaku. MENGAWAL HAKISAN TANAH Masalah hakisan tanah sering berlaku kebelakangan ini akibat daripada aktiviti manusia sendiri. Kawasan hutan telah ditebang dan diusahakan untuk pertanian dan kegiatan lain yang menguntungkan manusia pada jangka masa yang pendak. Akibat penebangan hutan yang melampau, proses hakisan tanah telah mula berlaku secara perlahan-lahan. Apabila hujan diturunkan dengan lebat, percikan titisan hujann akan mempercepatkan proses hakisan. Hal ini kerana agregat tanih relai dan liang-liang besar dalam tanih telah ditutupi atau disumbati. Dengan ini, aliran daratan pun mula memperlihatkan kesannya dengan membawa bersama-sama kumin-kumin tanih. Proses sedemikian dinamakan sebagai proses iring arus. Di kawasan tropika lembap, proses penggondolan melibatkan beberapa proses yang penting. Antara prosesproses itu termasuklah: 1. 2. Penggondolan kimia yang berlaku apabila batuan bertindak balas dengan air dan gas yang terlarut dalamnya. Eluviasi mekanikal yang berlaku apabila kumin halus kelodak dan lampung di bawa air.

3. 4.

Basuhan cerun akibat tindakan titisan air hujan dan larian permukaan. Hakisan oleh sungai.

Antara proses-proses tersebut ada perbezaan dari segi kepentingannya. Peranan penggondolan kimia adalah lebih berkesan daripada hakisan mekanikal. Hakisan ini telah memberi implikasi bahawa litupan tumbuh-tumbuhan di rantau ini melindungi permukaan bumi daripada hakisan mekanikal. Sebenarnya, litupan tumbuh-tumbuhan bertindak sebagai penutup bumi yang semulajadi. Ia dapat melindungi permukaan tanah daripada hentaman titisan air hujan dan akarnya dapat mencengkam pada tanah, pokok-pokok juga berfungsi sebagai pengikat tanah-tanih dengan akarnya. Keupayaan ini dapat mengelakkan butirbutir tanah daripada pecah dan dihakis oleh air. Dengan ini, enapan dalam sungai akan berkurangan dan seterusnya terus mengurangkan pemendakan di hilir sungai. Dengan keupayaan ini, hutan dapat memelihara kualiti alam sekitar dan mencegah kejadian-kejadian buruk seperti banjir kilat daripada berlaku. Sebenarnya cara yang paling mudah untuk merosakkan tanih ialah dengan membasmi litupan tumbuhtumbuhan dan mendedahkannya kepada hujan lebat yang menghakis bahagian atas tanah. Bahagian atas tanah kaya dengan humus dan mengandungi banyak pengurai. Jika litupan tumbuhan dibuangkan maka ini seolah-olah menyingkirkan sebahagian besar daripada kesuburan tanah. Tanah yang kehilangan humus tidak akan dapat serap air hujan dengan berkesan dan membiarkannya menjadi air lari. Hal in akan menyebabkan berlakunya hakisan tanah yang serius. Justeru, hutan memang memainkan peranan yang tidak dapat digantikan dalam mengawal hakisan tanah. Satu tinjauan telah dilakukan untuk mengukur larian air yang berlaku dalam hutan. Keputusannya menunjukkan bahawa kadar larian air adalah sebanyak 40%-50% sahaja. Ini adalah rendah di kawasan Hutan Hujan Tropika kerana kadar pemintasan oleh kanopi hutan adalah tinggi. Selain itu, bukit-bukit yang curam juga perlukan perlindungan daripada hutan untuk mencegah kerosakan yang serius yang disebabkan oleh hakisan. Dengan ini, jelaslah kita lihat peranan hutan sebagai pengawal hakisan tanah yang penting. KESTABILAN CUACA Pengurangan kawasan Hutan Hujan Tropika sejak kebelakangan ini telah disedari dengan memberi kesan terhadap cuaca di bumi. Semasa proses fotosintesis terjadi pada tumbuhan, tumbuh-tumbuhan akan menyerap karbon dioksida dengan mengeluarkan oksigan. Serasah daun yang terkumpul di lantai hutan juga akan menyimpan karbon dari atmosfera dalam proses fotosintesis. Proses karbonisasi pula telah diimbangi oleh pernafasan tumbuhan dan haiwan dan aktiviti ungkaibina yang mengakibatkan penggunaan oksigan dan pengeluaran karbon dioksida. Hutan Hujan Tropika adalah unik kerana mempunyai kadar biojisim yang tinggi. Mengikut statistik, daripada sejumlah 8330 bilion tan organik karbon yang terkumpul bersama-sama bahan tumbuhan, 40 % daripadannya dihasilkan di Hutan Hujan Tropika (Whitmore 1984). Pemusnahan hutan yang berlarutan bererti semakin berkurangnya penukaran karbon dioksida kepada organik karbon di udara. Hal ini terjadi lebih serius lagi dengan pembakaran fosil seperti arang batu, minyak dan gas asli untuk menampung keperluan tenaga. Yang membimbangkan kita ialah proses ini telah mengeluarkan karbon dioksida yang banyak ke udara. Ini telah menjejaskan suhu udara di sekitar kawasan hutan yang asalnya adalah lebih rendah dan selesa daripada kawasan yang terbuka tanpa tumbuhan. Kenyataan menunjukkan bahawa pemekatan karbon dioksida di udara telah bertambah. Ini telah kelihatan semakin jelas sejak 100 tahun kebelakangan ini. Para saintis meramalkan bahawa hal ini akan mengakibatkan pemanasan dunia. Ianya akan mempengaruhi pengugangan kadar gas dan secara tidak langsung juga mempengaruhi ketebalan lapisan ozon yang terdapat di atmosfera. Kehadiran gas-gas seperti karbon dioksida, kloroflorokarbon (CFC), nitrid oksida di atmosfera akan menyekat pelepasan tenaga sinaran daripada permukaan bumi tetapi ia tidak menghalang laluan tenaga haba dari matahari ke atmosfera. Ini telah menyebabkan suhu meningkat. Fenomena ini dikenali sebagai kesan rumah hijau. Jika kita berjalan dalam kota raya yang penuh dengan bangunan batu dan kemudiannya berjalan melalui jalan yang dinaungi oleh pokok-pokok, sudah pasti mendapat jawapan betapa hutan memberi kesan terhadap cuaca persekitaran yang nyaman. Saintis-saintis alam sekitar telah mendapati bahawa suhu pada siang hari di bandar adalah lebih tinggi berbanding kawasan luar bandar. Di kawasan bandar, pokok-pokok berfungsi sebagai agen pembersih udara melalui proses fotosintesis di mana gas karbon dioksida diserap dan gas oksigan dibebaskan. Wapwap air hasil daripada proses ini pula menolong melembap dan menyamankan udara. Pokok-pokok yang ditanam di kawasan bandar dan di sepanjang jalan selain daripada mempunyai fungsi tersebut juga dapat bertindak sebagai zon penyerap bunyi di samping menambah keindahan suasana sekeliling.

Anda mungkin juga menyukai