Anda di halaman 1dari 3

KESAN PEMBALAKAN TERHADAP ALAM SEKITAR

FIZIKAL
Isi:-

 Kemusnahan habitat,ekosistem dan biodiversiti


 Memusnahkan edaran nutrien tanah
 Mengubah cuaca dunia atau pemanasan setempat
 Meningkatkan kadar hakisan
 Kesan keatas system hidrologi
 Kesan keatas sistem geomorfologi

Huraian:-

 Kemusnahan habitat,ekosistem dan biodiversiti :


pelbagai spesies fauna dan flora diancam
kepupusan dan kemusnahan akibat daripada pembalakan yang melampau. Apabila
hutan dimusnahkan,fungsi pokok sebagai pengeluar utama akan turut mengalami
kemusnahan. Hidupan yang bergantung kepada tumbuh-tumbuhan seperti herbivor
akan kehilangan sumber-sumber makanan. Contohnya ,gajah,rusa,monyet dan lain-
lain. Kerosakan ekosistem seperti kemusnahan rantaian makanan, kitar tenaga
komponen biotik dan abiotik yang kelak menganggu keseimbangan ekologi setempat.
Gangguan ekologi secara menyeluruh akan berlaku apabila hutan-hutan dimusnahkan

 Memusnahkan edaran nutrien tanah : selainitu, kesan akibat aktiviti pembalakan juga akan
memusnahkan edaran nutrien dalam tanah. Dalam keadaan semula jadi edaran nutrien akan
berlaku dengan lengkap dan sempurna di bawah pokok hutan. Namun begitu, jika berlaku
penebangan hutan, rantaian dan nutrien tanah akan hilang dengan cepat kerana larian air
permukaan bertambah dengan mendadak di kawasan hutan gondol. Proses fotosintesis juga akan
turut terganggu yang sekaligus memusnahkan edaran nutrien.

 Mengubah cuaca dunia atau pemanasan setempat: peningkatan suhu sekitar disebabkan ketiadaan
pelindung yang menghalang pancaran matahari, dan lebihan gas karbon dioksida dalam
atmosfera. Seterusnya akan mengurangkan hujan atau mengubah corak hujan yang lazimnya
berlaku sehingga mewujudkan fenomena kemarau. Pengurangan kelembapan udara ekoran
daripada fungsinya untuk membebaskan wap-wap air ke udara melalui proses transpirasi sudah
hilang atau berkurangan. Udara sekitar menjadi kering dan cuaca menjadi panas. Hutan tidak lagi
mampu berfungsi untuk menyederhanakan suhu dengan cara memerangkap bahangan matahari
dan membebaskan wap-wap air menerusi proses perpeluhan.
 Meningkatkan kadar hakisan: kesan pembalakan turut menyumbang kepada berlakunya hakisan
tanah. Apabila hutan ditebang, akar-akar pokok tidak lagi mencengkam tanah di bawah
permukaan bumi. Apabila tiada akar untuk mencengkam tanah, menyebabkan struktur tanah
menjadi longgar. Apabila hujan turun, aliran air hujan akan menyebabkan struktur tanah menjadi
lembut dan lincin. Tanah yang lembut dan lincin akan bergerak menuruni cerun-cerun bukit dan
berlakulah tanah runtuh. Kejadian tanah runtuh bukan sahaja merosakkan ekosistem hutan, tetapi
turut membahayakan nyawa manusia seperti yang berlaku di Bukit Antarabangsa.

 Kesan keatas sistem hidrologi: pembalakan


juga menyebabkan kitaran hidrologi menjadi tidak stabil.
Pembalakan juga mengurangkan kadar susupan air ke dalam tanah dan seterusnya menurunkan
paras air dalam tanah. Hal ini akan menjejaskan kawasan tadahan air dan bekalan air kepada
sungai,tasik,kolam dan paya. Pembalakan juga menyumbang kepada kadar larian air permukaan
yang membawa banyak kelodak dan lumpur ke dalam sungai yang seterusnya menggalakkan
kejadian banjir.

 Kesan keatas sistem geomorfologi: penebangan hutan akan mendedahkan permukaan bumi secara
langsung kepada pelbagai proses geomorfologi seperti luluhawa, hakisan, larian air permukaan,
serta pelbagai jenis pergerakan jisim. Permukaan bumi yang kehilangan pelindung, daya
pengikat, dan cengkaman tanah oleh akar-akar pokok menyebabkan struktur tanah menjadi
longgar dan cerun-cerun bukit menjadi tidak stabil.

Anda mungkin juga menyukai