Anda di halaman 1dari 13

EKOSISTEM

PETA SUNGAI KELANTAN.

Tumbuhan Semulajadi
Pengenalan
Disepanjang menyusuri sungai Kelantan, kita akan sedar bahawa terdapat
banyak tumbuhan semulajadi melitupi tebing-tebing. Hal ini kerana tumbuhan
semulajadi mempunyai peranan yang penting iaitu akar pokok berperanan sebagai
pencengkam tanah dan silara pokok bertindak sebagai penghalang titisan air hujan dari
terus ke tanah. Silara pokok ini menghalang air hujan daripada terus menghakis tebing.
Di semenanjung Malaysia, terdapat tujuh jenis hutan hujan. Contohnya hutan hujan
tropika yang banyak didapati di kawasan tengah semenanjung. Ekosistem darat
merupakan habitat flora dan fauna utama terutamanya ekosistem tumbuh-tumbuhan
semulajadi seperti Hutan Hujan Tropika atau Hutan Hujan Khatulistiwa. Hutan ini
meliputi kira-kira 19 juta hektar kawasan Malaysia dan 46% daripada keluasan hutan ini
terdapat di Sarawak, 31% di Semenanjung Malaysia dan 23% di Sabah.
Hutan Hujan Tropika terdiri daripada empat lapisan kesemuanya, iaitu lapisan
emergen, lapisan kanopi, lapisan tengah dan lapisan lantai hutan. Setiap lapisan
menjadi habibat kepada pelbagai spesis flora dan fauna. Di Malaysia hutan ini
merupakan hutan semulajadi yang utama dan terdapat lebih kurang 8000 spesis
tumbuhan berbunga dan pokok. Dari segi fauna, terdapat kira-kira 1000 spesis haiwan
dari pelbagai kumpulan utama iaitu mamalia, reptilia, burung dan amfibia. Tumbuhtumbuhan di hutan ini adalah malar hijau kerana tiada musim luruh yang nyata.
Jumlah hujan di kawasan Khatulistiwa seperti Malaysia adalah agak banyak dan
lebat dengan puratanya melebihi 2030 mm setahun. Faktor hutan yang begitu
menggalakkan menyebabkan pertumbuhan yang baik kepada tumbuhan semulajadi
yang sepanjang sungai Kelantan. Lebihan air akan berlaku menjelang musim tengkujuh
sekitar bulan November hingga Mac.

Pemerhatian yang dijalankan disepanjang sungai

menunjukkan terdapatnya

banyak pokok buluh di sekitar tebingnya. Malahan ada juga sejenis tumbuhan yang
dikenali sebagai pokok Tebrau. Juga telah dikenal pasti terdapat kawasan Hutan Buluh
di suatu tempat semasa menyusuri sungai Kelantan. Pokok buluh yang tumbuh meliar
disepanjang sungai tersebut juga menyumbangkan peranannya yang tersendiri kepada
ekosistem sungai Kelantan. Hutan yang masih belum diterokai sepenuhnya masih juga
dikenal pasti dan dikategorikan sebagai Hutan Hujan Khatulstiwa.

Peranan pokok buluh


Penduduk boleh menjana pendapatan melalui pokok buluh ini. Contohnya,
penghasilan barangan kraftangan, perabot dan juga pembuatan rakit semuanya
dimanfaatkan daripada buluh. Oleh itu, penduduk boleh menjual hasilnya dipasar.
Pokok buluh juga bertindak sebagai penghalang daripada berlaku hakisan di tebing
sungai. Penduduk kampung boleh menggunakannya sebagai barang perhiasan rumah
seperti kerusi buluh, perabot buluh serta barang kraftangan yang lain. Pembuatan rakit
pula digunakan sebagai alat pengangkutan tambahan selain daripada bot, perahu dan
sebagainya. Jerat untuk menangkap binatang juga boleh dihasilkan melalui pokok
buluh. Kepelbagaian penggunaan pokok buluh menyebabkan penduduk kampung
sekitar mampu memanfaatkan sumber yang ada dengan maksimum.

KEGUNAAN POKOK BULUH


Pembuatan
rakit

Alat
perangkap
binatang

Penghasilan
perabot

Kraftangan

Benteng
semulajadi
hakisan

Peranan pokok tebrau


Selain daripada pokok buluh, pokok Tebrau juga mudah didapati di sepanjang
sungai Kelantan. Maksimum tingginya ialah 1.5 meter dan sesuai untuk diberi makan
kepada lembu dan kerbau Ia merupakan tumbuhan semulajadi yang tumbuh begitu
banyak di sepanjang sungai. Walaupun pokok Tebrau tidak menyumbangkan kepada
peningkatan dalam sektor ekonomi, tetapi pokok Tebrau mewujudkan ekosistem yang
seimbang dan bertindak sebagai benteng semulajadi untuk menghalang proses hakisan
yang ekstrem.

Bentang semulajadi untuk


menghalang proses hakisan.

Mewujudkan ekosistem yang


seimbang.

Peranan Hutan Hujan Khatulistiwa


Pada bahagian pokok, terdapat satu bahagian yang terkuat iaitu akarnya. Akar
pokok dapat menjalar di dalam tanah sedalam bermeter-meter untuk mencari sumber
air. Oleh itu, tidak hairan jika akar dapat mencengkam dengan kuat.

Sistem akar

tumbuh-tumbuhan di dalam hutan hujan tropika mampu memegang komponen tanah


untuk mengelak hakisan supaya tidak berlaku tanah runtuh. Kejadian hakisan tanah
semakin parah apabila tiada tumbuh-tumbuhan yang meliputi permukaan lantai
bumi.Hutan hujan juga dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan. Ini kerana
tumbuhan semulajadi yang berhutan tebal dan padat mempunyai kepentingan sebagai
kawasan tadahan. Apabila hujan turun, air hujan mengalir ke anak-anak sungai dan ke
sungai utama.
Selain daripada itu, hutan ini merupakan pembekal kayu keras utama seperti
cengal, nyatoh dan lain-lain yang mempunyai pasaran harga yang tinggi. Kayu keras
yang didapati melaui aktiviti pembalakan ini amat sesuai untuk industri pembinaan dan
industri pembuatan perabot. Malahan, ia juga dapat digunakan oleh penduduk dalam
pembinaan rumah mereka, bot dan lain-lain lagi.
Di dalam aktiviti pemburuan, hutan hujan amat sesuai kepada aktiviti pemburuan
sama ada pemburu berlesen atau secara haram. Ini kerana, haiwan buruan utama
seperti kijang, kancil, ayam hutan dan sebagainya amat mudah ditemui. Selain itu,
pemburu juga hanya memburu untuk dijadikan barangan hiasan seperti harimau dan
buaya bagi mendapatkan kulitnya.
Pihak kerajaan boleh menjadikan kawasan hutan sebagai tempat lindungan
haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Pihak kerajaan akan mewartakan hutan ini sebagai
taman negara contohnya apabila ingin menjadikan hutan itu sebagai tempat lindungan.
Haiwan-haiwan dapat memperolehi makanan mereka daripada hutan dengan aman
tanpa gangguan pemburu haram.

Herba-herba atau ubatan tradisional boleh juga didapati di hutan ini. Akar kayu,
daun dan kulit kayu terpillih seperti pokok tongkat Ali, kacip fatimah dan hempedu bumi
menjadi bahan untuk perubatan tradisional. Contohnya hempedu bumi, penduduk
kampung boleh menggunakannya sebagai ubat penghalang nyamuk. Selain itu, hutan
juga dapat membantu mengawal suhu udara di sekeliling. Hal ini terjadi apabila daun
pokok melakukan proses fotosintesis, air dikeluarkan melalui liang stoma daun sebagai
peluh. Proses sejatpeluh itu akan melembapkan udara. Oleh itu, udara menjadi lembap
dan sejuk.
Hakisan
Proses hakisan biasanya akan terjadi apabila terdapat air, angin dan ombak.
Hakisan merupakan proses penggondolan dan kikisan yang dialami oleh permukaan
bumi. Hakisan biasanya berlaku di cerun bukit yang tidak mempunyai pokok atau
tumbuhan untuk mencengkam tanah. Kadar penggondolan dipengaruhi oleh bentuk
muka bumi, tekstur batuan, iklim, tumbuh-tumbuhan, tindakan haiwan dan aktiviti
manusia yang berlaku dalam tempoh masa yang panjang.
Hakisan hanya terjadi kerana adanya tenaga kinetik dan geseran semasa agen
hakisan bergerak menuruni cerun permukaan bumi. Terdapat dua konsep hakisan iaitu
hakisan permukaan dan hakisan alur . Hakisan permukaan melibatkan pengaliran air
dan layangan angin di cerun secara meluas dan hakisan dalam alur melibatkan hakisan
dan galur oleh air mengalir.

Hakisan percikan
Proses hakisan ini biasanya berlaku di kawasan yang terdedah dan lapisan tanah yang
kering. Contohnya di kawasan bukit yang sudah diggondolkan. Proses ini berlaku
apabila titisan hujan terus jatuh ke tanah. Hentaman titisan hujan ini berupaya
mengempaskan butiran dan jatuh semula ke permukaan. Proses ini akan menghasilkan
hakisan percikan.

Hakisan kepingan
Proses hakisan jenis kepingan biasanya berlaku apabila terdapat air larian
permukaan. Air larian permukaan ini berupaya menghakis tanah di permukaan lalu
mengangkut butiran yang halus yang terdapat di permukaan tanah ke kawasan yang
lebih rendah.
Kawasan permukaan yang terdedah kepada suhu tinggi juga akan menyebabkan
hakisan kepingan berlaku. Hal ini kerana suhu tinggi akan mengurangkan lembapan
tanih dan dengan demikian mengurangkan kejereketan atau kejelekitan tanih (coheren
dan cohesion) serta mengizinkan tindakan angin menjadi efektif kerana tanih tidak lagi
mempunyai ikatan yang kukuh dan berongga. Angin yang bertiup di kawasan itu akan
menyebabkan berlakunya hakisan kepingan.

Hakisan galir dan galur


Proses hakisan galir dan galur ini terjadi apabila pergerakan air larian permukaan yang
menuruni cerun berlaku secara berterusan, aliran ini akan mengalir melalui kawasan
tanih permukaan yang lembut dan membentuk alur yang halus. Alur halus ini dikenali
sebagai galir. Peredaran masa menyebabkan alur halus akan berkembang menjadi alur
yang lebih dalam dan besar yang dikenali sebagai galur.
Gambar menunjukkan hakisan yang berlaku di sepanjang sungai Kelantan ialah
hakisan permukaan. Hakisan permukaan terdiri daripada tiga jenis hakisan seperti yang
di jelaskan di atas.

Faktor yang mempengaruhi hakisan permukaan


Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi proses hakisan permukaan.
Keamatan hakisan bergantung kepada faktor-faktor yang saling mempengaruhi di
antara satu sama lain.
Faktor yang pertama ialah iklim. Faktor iklim yang mempengaruhi hakisan ialah
kerpasan, suhu, angin, kelembapan dan radiasi matahari. Apabila semakin banyak
intensiti hujan yang turun dan berlaku dalam jangka masa yang panjang di sesuatu
kawasan maka hakisan permukaan akan giat berlaku.

Jenis batuan atau tanih juga menjadi faktor yang mempengaruhi hakisan
permukaan.Sifat fizikal tanah mempengaruhi keupayaan penyusupan dan sejauh mana
partikel tanah akan pecah dan diangkut apabila terkena hentaman air hujan. Sifat tanah
yang penting ialah kerentanan tanah dan kebolehan untuk diangkut kerentanan tanah
merujuk kepada keboleh hakisan tanah. Di kawasan berbatuan keras seperti granit,
kejadian hakisan agak kurang berlaku berbanding dengan kawasan yang berbatu
lembut seperti batuan syal.

Faktor kecerunan akan menentukan aliran permukaan. Semakin curam sesuatu


cerun itu, aliran air menjadi semakin laju dan hakisan akan menjadi semakin giat.
Sebaliknya, semakin landai sesuatu cerun itu akan menyebabkan aliran permukaan
menjadi semakin perlahan dan ini mengurangkan kejadian hakisan.
Pengaruh tumbuh-tumbuhan pula penting kerana akar pokok berperanan
sebagai pencengkam tanah dan silara pokok bertindak sebagai penghalang titisan air
hujan dari terus ke tanah. Di kawasan batuan syal yang terdiri daripada hutan primer
kadar hakisan hanya 1.50 meter bagi setiap kilometer setahun tetapi di kawasan hutan
sekunder seperti belukar kadar hakisan boleh mencapai sehingga 4.00 meter bagi
setiap kilometer setahun.

Kegiatan manusia di kawasan cerun bukit seperti penyahutanan melalui aktiviti


pembalakan akan menyebabkan hutan ditebang dan permukaan tanah digondolkan.
Keadaan ini akan mendedahkan permukaan tanih kepada tindakan hakisan yang giat.
Apabila manusia meneroka cerun bukit untuk kegiatan pertanian kawasan hutan
terpaksa ditebang.aktiviti pertanian di kawasan cerun termasuk pertanian pindah jga
telah menyebabkan tanah terdedah kepada aktiviti hakisan terutamanya ketika berlaku
penebangan dan pembakaran hutan di cerun bukit.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI


HAKISAN PERMUKAAN

iklim

Tindakan
manusia

kecerunan

Jenis
permukaan
batuan atau
tanih

Liputan
tumbuhtumbuhan

Kesan penerokaan dan kaitannya dengan ekosistem sungai


Manusia telah mengakibatkan gangguan kepada ekosistem. Hal ini dapat dilihat
apabila mereka ingin memajukan sesuatu kawasan tanpa mengendahkan kawasan
hutan yang menjadi habitat kepada flora dan fauna.. Kesan penerokaan dapat dilihat
melalui kegiatan pembalakan, pertanian, penternakan, pembinaan jeti dan pembinaan
petempatan baru terhadap ekosistem.
Kegiatan pembalakan yang berlaku tanpa kawalan oleh pihak perhutanan akan
menyebabkan pokok yang berperanan sebagai kawasan tadahan air tidak lagi dapat
berfungsi dengan baik. Begitu juga dengan kegiatan pertanian dan perternakan yang
akan menyebabkan tebing sungai terdedah proses hakisan dan pemendapan sungai.
Malah, penduduk di sepanjang sungai Kelantan akan terdedah kepada kejadian banjir
terutama ketika musim tengkujuh iaitu sekitar bulan November hingga Mac.
Aktiviti manusia terus menyumbang kepada kemerosotan kualiti sungai iaitu
sungai menjadi semakin keruh dan boleh menyebabkan pencemaran sungai. Jika
kandungan oksigen kurang di dalam air maka kadar pencemaran air tersebut adalah
tinggi kerana mengandungi bahan-bahan organik yang banyak yang menggalakkan
aktiviti organisma. Indeks kemerosotan kualiti air bersih diukur melalui indikator,
antaranya

melalui

kandungan

permintaan

oksigen

biologikal

(BOD)

deangan

menggunakan larutan Metalina. Malahan, kedalaman sungai tersebut semakin cetek


akibat pemendapan berterusan akibat aktiviti hakisan.
Pembalakan, pertanian, pembinaan rumah di atas air atau di sekitarnya dan
pembinaan jeti boleh memberi kesan kepada sungai Kelantan khususnya. Kegiatan
perikanan akan sedikit terjejas kerana kebergantungan ekosistem berkait antara satu
sama lain. Hidupan sungai akan berkurangan akibat pencemaran yang berlaku. Ini
kerana hidupan air kekurangan oksigen untuk pernafasan.

Anda mungkin juga menyukai