Anda di halaman 1dari 2

Apakah itu banjir

Banjir ialah keadaan air yang menenggelami atau mengenangi sesuatu kawasan atau tempat yang
luas. Banjir merupakan satu geobencana pasif iaitu bencana yang berkaitan dengan aktiviti manusia.
Banjir berlaku pada kepantasan sederhana tetapi mempunyai saiz bencana yang besar.

Punca banjir

Punca banjir yang paling biasa adalah hujan lebat yang berterusan. Hujan yang lebat boleh
mengakibatkan paras air di dalam sungai, longkang dan sebagainya menaik dan ia juga boleh
menyebabkan pembentukan lopak air di darat. Apabila hujan lebat tidak berhenti malah berterusan
untuk tempoh masa yang panjang, paras air juga akan naik secara berterusan sehingga sungai,
longkang dan sebagainya penuh sehingga berlimpahan. Ini akan menyebabkan air memenuhi ruang
daratan dan berlakulah banjir*.

- 2.Kerosakan pada Empangan Air

Empangan air adalah suatu struktur yang biasanya dibina di sungai yang berdekatan dengan
kawasan bandar atau kawasan perumahan. Fungsi utama empangan air adalah untuk menghalang
air sungai yang berlebihan melimpah ke dalam kawasan bandar dan perumahan. Ini boleh dilakukan
kerana empangan air adalah seakan sebuah benteng atau dinding yang tinggi yang menyekat saluran
air di sungai. Apabila empangan air rosak, air yang sepatutnya disekat akan melimpah melalui
benteng ke kawasan bandar dan perumahan dan ini boleh menyebabkan banjir berlaku.

3.Hakisan Tebing Sungai

Hakisan tanah adalah fenomena yang mana tanah di kawasan tebing menjadi longgar dan jatuh dari
tebing itu. Apabila hakisan tanah berlaku di tebing sungai, tanah yang dihakis akan jatuh dari tebing
sungai ke lantai sungai. Jika ini berlaku secara berterusan, paras lantai sungai akan menaik. Ini
bermakna sungai itu akan mempunyai kurang ruang untuk mengandungi air dan oleh itu, limpahan
air senang berlaku. Limpahan air yang berlaku di kawasan sungai yang mengalami hakisan boleh
menyebabkan banjir.

4.Faktor Perhutanan

Hutan memainkan peranan yang penting dalam mengawal aliran air di permukaan bumi kita.
Kebanyakan hutan tropika seperti yang terdapat di Malaysia adalah kawasan tadahan air. Ini
bermakna bahawa apabila hujan lebat melanda, banyak kandungan air ditadah atau diperangkap di
permukaan pokok-pokok dan tumbuhan-tumbuhan lain yang bertumbuhan di hutan. Jika tiada
hutan atau apa-apa tumbuhan untuk menadah air, air hujan akan terus jatuh ke darat dan ini boleh
mempercepatkan kebanjiran.

Banjir yang teruk boleh dianggap sebagai sejenis malapetaka kerana ia boleh menyebabkan banyak
kemusnahan harta dan juga merbahaya kepada pelbagai hidupan termasuk manusia. Walaupun
kami tidak ada banyak yang kita boleh buat untuk menghalang banjir daripada berlaku, kita boleh
bersedia untuk banjir dengan lebih berkesan jika kita tahu lebih tentang punca-punca fenomena ini.
Menyediakan Sistem Perparitan

Parit-parit yang telah cetek akibat daripada bahan-bahan kumuhanhendaklah sentiasa dibersihkan.
Dengan ini air limpahan dan hujan dapatdialirkan dengan baik.

Projek Pendalaman Sungai

Kebanyakan kejadian banjir berlaku kerana kecetekan sungai. Jika dahulusungai mampu mengalirkan
sejumlah air yang banyak dalam sesuatu masa,kini pengaliran telah berkurangan. Ini disebabkan
proses pemendapan danpembuangan bahan-bahan buangan.Langkah untuk menangani masalah ini
ialah dengan menjalankan prosespendalaman sungai dengan mengorek semua lumpur dan
kekotoran yangterdapat di sungai. Apabila proses ini dilakukan, sungai bukan sahaja menjadidalam
tetapi mampu mengalirkan jumlah air hujan dengan banyak.

Memelihara Hutan

Kegiatan pembalakan di mana penerokaan di kawasan pinggir sungaidigemari menyebabkan tanah


terhakis dan runtuh ke sungai. Keadaan yangsama juga berlaku apabila aktiviti pembalakan yang giat
dilakukan di lereng-lereng bukit.Oleh itu pemeliharaan hutan merupakan cara yang baik untuk
mengatasimasalah banjir. Hutan boleh dijadikan kawasan tadahan yang mampumenyerap air hujan
daripada mengalir terus ke bumi.Hutan boleh berfungsisebagai bunga karang (sponge) dengan
menyerap air hujan dan mengalirdengan perlahan-lahan ke anak-anak sungai. Ia juga bertindak
sebagaipenapis dalam menentukan kebersihan dan kejernihan air. Hutan mampumenyerap air hujan
pada kadar 20%. Kemudian air hujan ini dibebaskankembali ke atmosfera melalui sejatan
pemeluwapan. Hanya dengan inisahaja pengurangan air hujan dapat dilakukan.

Mengawal Aktiviti Manusia

Banjir kilat yang berlaku terutamanya di bandar disebabkan pembuangan samapah dan sisa industri
ke sungai dan parit. Bagi menangani masalah ini,kesedaran kepada masyarakat perlu didedahkan
supaya aktiviti negatif initidak terus dilakukan seperti mengadakan kempen mencintai sungai
dansebagainya

Anda mungkin juga menyukai