Anda di halaman 1dari 5

BENCANA BANJIR: PERANAN KITA

Apa Itu Banjir?


Bencana banjir dapat didefinisikan sebagai suatu keadaan dimana suatu tempat ditangkungi
air dalam jumlah yang sangat besar. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, banjir bermaksud
keadaan air menenggelami atau menggenangi kawasan yg luas.

Banjir kebiasaannya dapat dijangka dengan memperhatikan curahan air hujan dan aliran air.
Namun, adakalanya banjir datang dengan tiba-tiba akibat angin badai dan sebagainya.

Jenis-Jenis Banjir
Menurut rasmi The National Severe Storms Laboratory (NSSL), National Oceanic &
Atmospheric Administration (NOAA) Amerika Syarikat membezakan banjir kepada 5 jenis,
iaitu:

rajah menunjukkan jenis-jenis banjir

1. Banjir Sungai (river flood)

 Banjir sungai terjadi ketika permukaan air naik di atas tepian sungai (riverbanks)
kerana hujan berlebihan. 
 Banjir sungai terjadi akibat badai terus menerus yang terjadi di daerah yang sama
dalam tempoh waktu lama, gabungan hujan dan pencairan salji atau sumbatan akibat
ais. 
 Banjir sungai adalah salah satu jenis banjir pedalaman yang paling umum terjadi
ketika badan air melebihi kapasitinya. 
 Ketika sebuah sungai meluap ke tepiannya, biasanya kerana hujan yang lebat dalam
tempoh waktu yang lama.

2. Banjir Pantai (coastal flood)

 Banjir pantai atau penggenangan area daratan di sepanjang pantai, disebabkan oleh
pasang naik yang lebih tinggi dari kebiasaannya dan diburukkan lagi dengan hujan
yang lebat dan angin yang bertiup ke arah darat dari laut.
 Wilayah pesisir sering kali mengalami badai hebat, terutamanya apabila badai ini
telah melaju kencang di samudera. 
 Cuaca melampau dan gelombang pasang tinggi menyebabkan kenaikan permukaan
laut kemudian mengakibatkan banjir pesisir. 
 Daerah tepi laut yang rendah biasanya disertai penahan air seperti bukit pasir
mahupun buatan manusia.

3. Gelombang Ribut (storm surge)

 Gelombang ribut adalah kenaikan permukaan air yang tidak normal di daerah pantai,
di atas dan di atas gelombang astronomi biasa. 
 Gelombang ribut disebabkan oleh kekuatan yang dihasilkan dari angin badai yang
hebat, gelombang dan tekanan atmosfera yang rendah. 
 Gelombang ribut sangat berbahaya kerana dapat membanjiri daerah pantai yang luas. 
 Banjir melampau dapat terjadi di daerah pesisir khususnya ketika gelombang ribut
bertepatan dengan air pasang normal. 
 Banjir melampau mengakibatkan gelombang pasang mencapai 20 kaki atau lebih. 
 Di sepanjang pantai, gelombang ribut seringkali merupakan ancaman terbesar
terhadap kehidupan dan harta benda akibat ribut.

4. Banjir di Daratan (inland flooding)

 Banjir di daratan terjadi ketika curahan hujan selama beberapa hari, curahan hujan
yang deras turun selama tempoh waktu yang singkat atau sungai meluap karena ais.

5. Banjir Kilat (flash flood)

 Banjir kilat disebabkan hujan yang lebat dan tiba-tiba, kadang terjadi ketika tanah
tidak dapat menyerap air secepat jatuhnya. 
 Banjir kilat disebabkan hujan lebat atau berlebihan dalam waktu singkat, umumnya
kurang dari enam jam. 
 Banjir kilat biasanya ditandai dengan derasnya arus setelah hujan lebat yang merobek
dasar sungai, jalan-jalan bandar dan menyapu semua yang dilaluinya. 
 Banjir kilat dapat terjadi dalam beberapa minit atau beberapa jam akibat hujan yang
berlebihan. Bahkan banjir kilat dapat terjadi tanpa didahului hujan. 
 Banjir kilat ini biasanya surut dengan cepat dan berbahaya. 
 Banjir kilat dapat dicegah dengan sistem longkang yang baik dan dengan menghindari
pengembangan berlebihan pada dataran banjir (floodplains).
Punca-Punca Berlakunya Banjir
Banjir sememangnya berlaku biasanya akibat hujan lebat tetapi tahukah anda punca
berlakunya banjir dan apakah faktor-faktor yang menyebabkan fenomena ini?

rajah menunjukkan punca-punca berlakunya banjir

1. Hujan Lebat Berterusan

 Punca utama banjir kebiasaannya adalah akibat hujan lebat yang berterusan.
 Hujan lebat yang berterusan mengakibatkan paras air di dalam sungai,longkang, dan
sebagainya menaik seterusnya menghasilkan lopak air  di darat.
 Dalam tempoh masa yang panjang, hujan lebat yang berterusan ini akan memenuhkan
longkang sehingga melimpah dan memenuhi ruang daratan seterusnya berlakulah
banjir.

2. Kerosakan pada Empangan Air

 Empangan air merupakan suatu struktur yang dibina di sungai yang berdekatan
dengan kawasan bandar.
 Empangan air ini berfungsi sebagai penghalang air sungai yang berlebihan daripada
melimpah ke kawasan bandar dan perumahan.
 Perkara ini berlaku akibat empangan air seakan sebuah benteng atau sebuah dinding
yang dapat menyekat saluran air sungai daripada melimpah keluar
 Apabila berlakunya kerosakan empangan air, air yang sepatutnya disekat oleh benteng
akan melimpah keluar ke kawasan bandar dan perumahan dan berlakunya banjir.

3. Hakisan Tebing Sungai

 Fenomena ini di mana tanah di kawasan tebing menjadi longgar dan jatuh dari tebing.
 Apabila berlakunya hakisan tanah yang berdekatan dengan sungai, tanah yang
terhakis akan jatuh ke dalam sungai.
 Hal demikian apabila berlaku secara berterusan, maka akan meningkatkan paras lantai
sungai seterusnya limpahan air senang berlaku.
 Limpahan air yang berlaku ini mengakibatkan banjir.

4. Faktor Perhutanan

 Kebanyakan hutan tropika yang terdapat di negara kita adalah kawasan tadahan air di
mana apabila hujan lebat sedang melanda, kandungan air banyak ditadah dan
diperangkap oleh permukaan pokok dan tumbuhan lain.
 Jika hutan atau tumbuhan-tumbuhan ini tiada, maka tiada tumbuhan yang dapat
menadah air. 
 Akibatnya, air hujan akan terus jatu ke darat dan mempercepatkan lagi kebanjiran.

Langkah-Langkah Persediaan Menghadapi Banjir

Di rumah

 Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda.


 Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui
radio,televisyen dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta Bilik Gerakan
Banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran.
 Periksa lubang air seperi longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan
pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak masuk melaluinya.
 Pastikan di mana Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda.
 Sediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan secukupnya.
 Pastikan seluruh keluarga anda mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di
rumah.

Anda mungkin juga menyukai