Anda di halaman 1dari 1

Ketagihan Internet

Disumbangkan oleh Suhaimi Shafie Friday, 05 October 2007 Terakhir dikemaskini Thursday, 29 November 2007

Adakah kehadiran teknologi maklumat dan internet dalam dunia ini telah menjadikan sesetengah kelompok individu menghidapi sejenis penyakit atau kecelaruan yang dikenali sebagai ketagihan internet (internet addiction disorder)atau pun ketagihan komputer? Adakah ia sejenis penyakit baru, yang sebelum ini tiada dalam istilah perubatan? Atau mungkinkah sejenis gangguan yang telah sedia ada dalam diri individu terbabit, sama seperti ketagihan dadah dan arak, tetapi ia berlaku disebabkan oleh komputer dan internet?Adakah komputer atau internet juga boleh menyebabkan ketagihan? Ini merupakan satu aspek yang perlu diberi perhatian lebih-lebih lagi banyak laporan dan kajian memang mengakui terdapat individu mengalami ketagihan komputer dan internet. Apakah ketagihan internet? Persoalan yang amat sukar dijawab tetapi perlu dijawab berdasarkan kepada fakta dan kajian yang kukuh. Adakah ketagihan internet atau ketagihan komputer ini berbeza dari ketagihan yang lain seperti ketagihan dadah, arak, rokok dan sebagainya? Dan apakah kesan dari ketagihan internet? Perlu juga difikirkan.Kajian sains mendapati manusia sebagai makhluk yang paling mudah mendapat ketagihan dalam kehidupan mereka, walaupun pada masa yang sama mereka amat takut menjadi seorang penagih. Sememangnya terdapat banyak perkara yang boleh mendatangkan ketagihan seperti makan, membeli belah, menonton, membaca dan lain-lain. Malah ada individu yang ketagih bekerja. Tetapi mengapa ada individu lain yang juga menonton, bekerja, makan dan membeli-belah, tetapi tidak mengalami ketagihan?Dunia perkomputeran, teknologi maklumat dan internet juga sudah tentu boleh membuat seseorang menjadi ketagih. Mengapa?Ketagihan internet merangkumi pelbagai jenis tabiat dan masalah kawalan desakan. Kepelbagaian tabiat itu boleh diklasifikasikan kepada lima kategori: Ketagihan Komputer: Pada awalnya ia hanya membabitkan permainan komputer seperti Solitaire dan Minesweeper. Pada hari ini ada pelbagai permainan di internet dan menjadi masalah kepada syarikat kerana kebanyakan pekerja menghabiskan masa dengan bermain daripada bekerja.Permainan internet: Ini termasuk terlalu taksub dengan perjudian, permainan atau beli belah secara online. Antaranya Internet Casinos Inc, Interactive Gaming and Communications Corp. Kini, beribu-ribu laman web disediakan untuk perjudian, serta permainan Game Online. Kajian mendapati perjudian yang sah kini meningkat 100 peratus sehingga 550 peratus.Maklumat Terlalu Banyak – Melayari laman web dan kumpulan data menyebabkan ramai individu mengambil masayang lama untuk mencari, mengumpul dan menyusun data. Pengurangan produktiviti adalah antara akibatnya. Ketagihan Seks Di Internet – Individu akan selalu melihat, memuat turun bahan lucah atau terbabit dengan fantasi dalam bilik berborak (chat).Ketagihan Perhubungan Siber – Ketagihan berborak di internet menjadi satu fenomena biasa. Kadang kala, mereka menjadi terlalu taksub dengan hubungan dalam internet sehingga mengabaikan kehidupan sebenar bersama keluarga dan rakan.Internet juga adalah satu dunia baru. Setiap hari, ia akan berkembang dengan kegiatan manusia seluruh dunia.Dalam dunia baru ini tiada sempadan yang wujud. Semua orang digalakkan untuk terbabit dan menyumbang berdasarkan pengetahuan dan pengalaman mereka. Dalam dunia baru ini, pengguna tidak boleh mengharapkan kawalan yang teliti daripada kerajaan. Sesungguhnya, kerajaan sudah kehilangan peranan mereka sebagai penapis; peranan yang sekarang ini diambil oleh setiap individu. Bagi kanak-kanak, peranan itu perlu digalas oleh ibu bapa mereka.

http://intra.hukm.ukm.my/ptm/ptm

Dikuasai oleh Joomla!

Dijanakan : 26 November, 2011, 16:08

Anda mungkin juga menyukai