Anda di halaman 1dari 1

IMPLIKASI BUDAYA HEDONISME

Antara salah satu Implikasi terhadap pengaruh budaya hedonisme adalah keruntuhan akhlak dalam
diri seseorang . Hal ini kerana , golongan tersebut terpengaruh dan berpegang dengan materialisme
yang telah mengajak manusia supaya memberi keutamaan kepada dunia dan menjadikan dunia
sebagai matlamat kehidupan . Hal ini juga dapat digambarkan dengan sikap-sikap anak muda zaman
sekarang yang sanggup menghantar ibu bapa mereka ke rumah kebajikan disebabkan kerana terlalu
mengejar kebahagiaan dan keseronokan dunia .Kesan daripada itu , budaya ini telah menjadikan
seseorang anak mejadi derhaka terhadap ibu bapa mereka sekaligus menjadikan mereka mukmin
yang dimurkai oleh Allah SWT . Selain itu , fitnah juga boleh diwujudkan akibat sikap mereka dan
juga boleh memutuskan hubungan silaturahim antara keluarga mahupun masyarakat di luar sana .
Dengan ini jelas lah bahawa budaya ini mempamerkan banyak kesan buruk terhadap diri , keluarga
mahupun negara . Hal ini akan merosakkan masa depan seseorang terutamanya golongan remaja
yang merupakan watak utama dalam budaya hedonisme . Remaja juga merupakan akar tunjang
kepada negara kerana pada masa akan dating , mereka merupakan pengganti kepada pemimpin
yang memimpin negara kita pada waktu ini . Kesimpulannya , setiap masyarakat hendaklah berhati-
hati dalam menjalani kehidupan yang penuh cabaran pada zaman yang semakin pesat dengan
teknologi manusia agar tidak termakan dengan tipu daya budaya barat yang boleh meruntuhkan
intitusi diri , keluarga , agama dan negara .

Selain itu , implikasi yang wujud akibat daripada budaya hedonisme ialah penggantian AI ( Artifical
Intelligence ) iaitu kaedah menggantikan manusia dengan mesin atau robot dalam kehidupan harian.
Seiring dengan perkembangan dan kemajuan teknologi masa kini , banyak teknologi yang telah
dicipta dan diperkenalkan kepada dunia hari ini . Dengan ini , banyak pekerjaan menjadi lebih mudah
dan teratur . Walaubagaimanapun , hal ini telah menjadikan masyarakat semakin malas dan terlalu
bergantung kepada kemudahan dan kesenangan yang dibawa oleh teknologi baru pada hari ini .
Semakin hari , semakin banyak teknologi yang dihasilkan oleh manusia akibat daripada terlalu taksub
terhadap kecanggihan terknologi sehingga menyebabkan banyak kesan negative berbanding positif .
Misalnya , ‘Google ‘s self-driving car project yang bernama Waymo , menggunakan gabungan dengan
sensor , Lidar iaitu pengesanan cahaya dan jarak serta kamera dan mengumpulkan semua data yang
dihasilkan oleh system berikut untuk mengetahui segala-galanya di sekeliling kereta dan
menjangkakan apa yang boleh dilakukan seterusnya . Selain itu , contoh yang lebih mudah boleh
dilihat adalah mesin-mesin yang digunakan di kilang pembuatan yang banyak digunakan oleh
pengusaha sesuatu barangan . Hal ini kerana , pada pendapat mereka dengan menggunakan mesin ,
masa yang digunakan lebih singkat dan tidak perlu menggunakan tenaga kerja yang banyak sekaligus
dapat mengurangkan kos yang dikeluarkan . Kesan daripada ini , terjadinya pengangguran dalam
kalangan masyarakat . Hal ini kerana , robot dan mesin telah menggantikan manusia dalam banyak
pekerjaan seperti juruwang , pemandu , kerani , jurubank dan lain-lain . Dengan ini , imej negara
akan jatuh dan negara kita akan dipandang rendah oleh negra lain . Bukan ini sahaja , dengan kadar
pengangguran yang tinggi , kadar kemiskinan juga akan meningkat disebabkan oleh kekurangan
pendapatan dan masyarakat mengalami masalah kewangan dalam kehidupan . Jelaslah bahawa
budaya hedonism memberi banyak kesan negatif kepada masyarakat di dunia dan haruslah dijauhi
supaya tidak menjadi akar kepada kebinasaan manusia .

Anda mungkin juga menyukai