Anda di halaman 1dari 25

Rumusan faedah industri desa

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan


tentang faedah industri desa dan cara-cara memajukan industri desa.
Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Industri desa dapat ditakrifkan sebagai perusahaan yang bertempat di desa,
diusahakan oleh masyarakat desa bagi menghasilkan barang-barang
tradisional yang mudah. Industri ini mungkin diusahakan secara individu,
berkumpulan melalui koperasi atau syarikat perkilangan. Lazimnya, industri
desa diusahakan dalam skala yang kecil, menggunakan bahan-bahan semula
jadi tempatan dengan kemahiran bersifat tradisional serta hanya
memerlukan pelaburan yang rendah tetapi menghasilkan pulangan yang
cepat. Industri ini seperti kraftangan, yang termasuklah anyaman, ukiran,
sulaman, serta perusahaan memproses atau membuat makanan seperti
keropok, kicap dan sos cili.
Industri desa sememangnya berpeluang cerah untuk dimajukan. Dalam hal
ini, SIRIM Berhad telah menggunakan kepakaran dalam bidang penyelidikan
dan pembangunan untuk meningkatkan nilai tambah produk-produk industri
desa. Sokongan daripada SIRIM membuktikan produk industri desa negara
kita bermutu tinggi dan mengikut piawaian yang ditetapkan. Memang tidak
dinafikan bahawa pada suatu ketika dahulu industri ini melalui zaman
kegelapan, namun fenomena peralihan teknologi dan perubahan minda
rakyat telah mengubah nasib industri ini hingga mampu memberikan
sumbangan seiring dengan industri moden.
Kini, industri desa telah berjaya menguasai pasaran domestik. Bukan setakat
itu, industri ini kini telah menembusi pasaran antarabangsa. Hal ini
merupakan suatu kejayaan cemerlang bagi industri kecil yang mampu
meneroka peluang perniagaan berteraskan import dan eksport. Industri ini
juga mampu membantu memperkukuh ekonomi negara melalui penjualan
produk sama ada di dalam negara mahupun di pasaran global.
Pengeksportan hasil industri desa ini mampu mengukuhkan nilai mata wang
Malaysia di pasaran dunia. Perkembangan industri desa turut membantu
dalam penyediaan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Hal ini
secara tidak langsung dapat meningkatkan taraf hidup sesebuah keluarga.
Program Satu Daerah Satu Produk yang dilancarkan oleh kerajaan Melaka
turut membuktikan sambutan yang menggalakkan daripada rakyat terhadap
industri tersebut. Menerusi program ini, penduduk kampung dapat
menghasilkan produk berkualiti dan memasarkan sendiri produk tersebut
tanpa campur tangan orang tengah. Sebelum ini, produk penduduk kampung
dibeli oleh orang tengah dengan harga yang rendah dan dipasarkan pula
dengan harga yang tinggi. Situasi ini akan menyebabkan penduduk kampung
tertindas oleh manipulasi harga pihak ketiga ini.
Selain kepentingan dari segi ekonomi, industri desa mampu mengekalkan
nilai-nilai seni tradisi dan kebudayaan yang diwarisi sejak zaman-berzaman.

Menerusi industri desa juga, kemajuan sektor pelancongan turut dapat


ditingkatkan. Lazimnya, para pelancong akan membeli sesuatu barangan
yang tidak terdapat di negara mereka. Oleh itu, mereka akan membeli
barangan kraf tangan dan buah tangan yang lain sebagai tanda kenangkenangan sewaktu berada di Malaysia. Oleh itu, semua pihak tidak harus
meminggirkan industri tersebut yang ternyata mempunyai pelbagai
kepentingan yang tersendir
Soalan 2(a) Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan- sendiri.soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda ;
(i) Berikan maksud rangkai kata berpeluang cerah. [2 markah]
(ii) Apakah masalah yang berlaku apabila menggunakan khidmat orang
tengah dalam urusan jual
beli? [3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, mengapakah produk industri desa masih kurang
mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat tempatan?
Berikan tiga sebab. [4 markah]
ASPEK: RUMUSAN - SOALAN DIKIRIM OLEH MONASRIM PADA 23:11
18.5.12

Rumusan kepentingan teknologi maklumat

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan


tentang kepentingan teknologi maklumat dan langkah-langkah untuk
melahirkan masyarakat yang celik teknologi maklumat. Panjang rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Era globalisasi yang melanda dunia tidak akan lengkap tanpa kewujudan
perkembangan teknologi maklumat. Tidak dinafikan bahawa teknologi
maklumat membawa dimensi baru yang pelbagai pada corak kehidupan
manusia. Penyebaran maklumat secara besar-besaran sudah tentu akan
mempercepat usaha kita untuk mencapai status negara maju. Hal ini
disebabkan teknologi ini akan membawa kita ke arah perkembangan yang
berkaitan dengan pelbagai cara menerima dan menyampaikan maklumat
secara elektronik.

Dalam konteks pendidikan, peranannya bukan setakat mampu membantu


memudahkan tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, malah berpotensi

sebagai alat untuk memperluas persekitaran pengajaran dan pembelajaran.


Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan
memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif dan penyayang
dengan menggunakan teknologi terkini. Berdasarkan alasan inilah pihak
kerajaan melalui Kementerian Pelajaran mewujudkan Sekolah Bestari yang
sekali gus bertindak mengisi
agenda perancangan dan pelaksanaan Koridor Raya Multimedia. Dengan
penggunaan teknologi maklumat, pelajar lebih mahir membuat kajian dan
lebih berfikiran secara kritikal.

Selain itu, kemajuan teknologi maklumat membolehkan pakar-pakar


perubatan berinteraksi tentang teknik-teknik pembedahan dan diagnosis
yang terkini. Dalam kehidupan seharian pula, pembayaran pelbagai bil dapat
dilakukan dengan mudah dan cepat. Jadi, kesesakan lalu lintas dan tekanan
kerja dapat dielakkan dengan mudah. Di samping itu, pendidikan jarak jauh
juga dapat dijalankan dengan adanya kemudahan teknologi maklumat.
Melalui konsep e-pembelajaran yang diperkenalkan ini, guru dan murid tidak
perlu lagi melakukan interaksi empat mata, sebaliknya proses berinteraksi
berupaya dilakukan pada jarak yang tiada sempadan dan kekangan, iaitu
hanya perlu menggunakan komputer dan internet sebagai medium. Dalam
sesebuah organisasi, teknologi ini dapat berfungsi sebagai alat latihan yang
berkesan dan efisien. Latihan secara teknik audio visual,
penggunaan perisian komputer, dan arahan kerja secara elektronik
merupakan sebahagian daripada penggunaan teknologi komunikasi yang
dapat dipraktikkan berulang kali.

Walau bagaimanapun, teknologi yang dibangunkan bersama-sama dengan


arus kemodenan ini turut digunakan untuk tujuan yang tidak wajar. Sekalipun
dari sudut lain, teknologi maklumat membawa kebaikan dalam hidup
manusia, namun kewujudannya dieksploitasikan pula oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab dengan begitu rakus untuk pelbagai matlamat.
Menerusinya, teknologi canggih internet ini telah digunakan untuk melakukan
pelbagai jenayah tradisional dalam bentuk moden seperti memeras ugut,
menipu, dan menyebarkan fitnah. Perkembangannya yang begitu pantas juga
mungkin akan mewujudkan sindrom ketagihan dalam kalangan pengguna
internet. Virus komputer yang begitu dibimbangi sejak belakangan ini juga
disebarkan melalui internet untuk menghapuskan data-data penting dan
mengakibatkan kerosakan komputer. Situasi ini akhirnya akan mengakibatkan
operasi sesebuah syarikat atau agensi kerajaan lumpuh kerana sistem
komputer tidak berfungsi dan data-data tidak dapat diakses.

Soalan 2(a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan


menggunakan ayat anda sendiri.

(i)

Berikan maksud rangkai kata interaksi empat mata. [2 markah]

(ii) Pengarang mengemukakan kesan negatif kemajuan teknologi maklumat.


Nyatakan tiga kesan tersebut. [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah tindakan yang wajar dilakukan untuk
menangani masalah penyebaran maklumat dan bahan yang negatif melalui
internet? Jelaskan tiga langkah yang sesuai. [4 mark
Rumusan tanggapan negatif terhadap warga tua
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan
tentang tanggapan negatif sesetengah anggota masyarakat terhadap warga
tua dan kesan-kesannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi
120 patah perkataan.

Jumlah warga tua akan berganda kepada kira-kira 828 juta orang pada tahun
2020 dan sejumlah besar daripada mereka berada di negara-negara
membangun. Pertambahan ketara warga tua menjelang waktu itu nanti
sebenarnya telah menimbulkan satu kesedaran yang mendesak kepada
pengenalan cara dan corak pendekatan yang inovatif dalam sistem ekonomi,
sosial dan politik, sama ada dari sudut sebuah negara mahupun dari sudut
institusi keluarga. Bagi mempersiapkan diri untuk menghadapi perubahan
demografi sejagat, semua pihak perlu mengambil langkah pada usia muda
untuk menjaga kesihatan, menuntut ilmu yang bermanfaat, bijak dalam
mengatur urusan kewangan, mewujudkan rangkaian kenalan yang luas serta
mendidik generasi muda dengan nilai-nilai murni dan moral yang tinggi.

Peningkatan golongan tua di negara ini bukanlah satu perkara yang


membimbangkan tetapi persoalan yang wujud sekarang ialah penerimaan
sebahagian anggota masyarakat terhadap golongan tua. Mereka
berpandangan bahawa warga tua merupakan satu kelompok masyarakat
yang tidak produktif. Tidak banyak orang yang melihat golongan ini sebagai
golongan yang patut dihormati sepanjang masa. Mereka mengabaikan
golongan tua sebagai pusat rujukan dalam mengharungi cabaran hidup ini.
Selain itu, golongan ini dipeleceh sebagai golongan yang sudah ketinggalan
zaman.

Pertambahan jumlah penghuni rumah orang-orang tua di negara ini jelas


menampakkan kelemahan yang wujud dalam struktur institusi keluarga.
Adakah warga tua hanya layak tinggal di tempat-tempat seperti itu? Jumlah
mereka yang semakin banyak di tempat-tempat sedemikian seolah-olah
mengiakan pandangan tersebut! Perkembangan yang mencemaskan ini
membuktikan bahawa sebahagian generasi kini sudah kehilangan nilai-nilai
murni, lalai terhadap tanggungjawab serta sibuk sepanjang masa.

Penggerak utama masyarakat, termasuk sektor awam dan swasta, media


massa, badan sukarela dan juga kanak-kanak haruslah ditanam dengan satu
sikap yang wajar terhadap warga tua menerusi wahana pendidikan yang
betul. Warga tua tidak harus dianggap sebagai golongan yang terlalu
mengongkong kebebasan. Pembinaan lebih banyak rumah orang-orang tua
bukanlah jalan penyelesaian kerana selain menunjukkan kelemahan institusi
keluarga, rumah-rumah itu juga akan menambahkan beban kerajaan,
khususnya dari segi kewangan, sedangkan hal ini boleh dibendung oleh ahli
keluarga itu sendiri. Kita perlu melahirkan semula potensi kepakaran warga
tua bagi membuktikan nilai harga diri mereka kepada masyarakat, memberi
kefahaman tentang proses penuaan, menolak pandangan buruk terhadap
warga tua dan meningkatkan kesejahteraan warga tua melalui penyediaan
suasana persekitaran yang penyayang.
Soalan 2(a) : Petikan Umum [9 markah]
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut menggunakan
ayat anda sendiri.
i. Berikan maksud seolah-olah mengiakan pandangan tersebut. [2 markah]
ii. Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk menghargai sumbangan
warga tua? [3 markah]
iii. Pada pendapat anda, mengapakah isu warga tua perlu diberi perhatian?
[4 markah]
ASPEK: RUMUSAN - SOALAN DIKIRIM OLEH MONASRIM PADA 18:22
29.7.10

Rumusan langkah-langkah meningkatkan kemajuan sektor pelancongan


kesihatan
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan
tentang langkah-langkah meningkatkan kemajuan sektor pelancongan

kesihatan di Malaysia dan kesan-kesannya. Panjangnya rumusan


hendaklahtidak melebihi 120 patah perkataan.

Pelancongan kesihatan merupakan satu lagi cabang ekonomi baru yang wajar
diusahakan oleh kerajaan. Dengan kewujudan banyak hospital dan pusat
kesihatan swasta, Malaysia sebenarnya mampu bersaing dengan negerinegeri lain yang telah mempunyai prasarana kukuh dalam industri baru ini
seperti Thailand, Jordan dan India. Kelebihan Malaysia ialah memiliki
kepakaran yang tinggi untuk ditawarkan, selain kos perubatan yang rendah
mengikut tukaran mata wang asing. Keindahan alam semula jadi yang
dimiliki oleh negara ini juga penyumbang utama terhadap sektor
pelancongan kesihatan. Dalam hal ini, beberapa buah syarikat swasta di
negara ini telah bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk menarik
kedatangan pelancong luar.
Pelancongan kesihatan mempunyai potensi besar berdasarkan kepada
kejayaan negara menarik sebanyak 174,200 warga asing dan menjana
pendapatan sebanyak RM105 juta pada tahun 2004 berbanding sebanyak
103,000 pelancong dengan jumlah pendapatan hanya RM59 juta pada tahun
2003. Dalam usaha mendorong pembangunan sektor pelancongan kesihatan
tersebut pelbagai langkah telah diketengahkan oleh pihak kerajaan. Perkara
utama yang diberikan perhatian ialah menyusun pakej pelancongan
kesihatan dengan menyelaraskan tawaran hospital dan hotel di samping
membentuk rujukan rangkaian antarabangsa.
Malah dalam hal ini, pihak kerajaan menggalakkan hospital mendapat
akreditasi dengan pusat perubatan terkemuka di dunia. Pendekatan yang lain
ialah menggalakkan pembentukan syarikat multinasional Malaysia oleh pihak
swasta. Apabila usaha sedemikian dilaksanakan perkembangan pelancongan
kesihatan amat memberangsangkan terutamanya daripada pasaran Asia
Barat dengan peningkatan mendadak jumlah pelancong dari Kuwait, Arab
Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu. Usaha seterusnya yang dilakukan oleh
pihak berkenaan ialah melonggarkan syarat imigresen bagi pakar perubatan
dan terapi asing serta pesakit.
Kerajaan juga turut memberikan sokongan penyelidikan klinikal di institusi
Kesihatan untuk membina pusat kecemerlangan klinikal. Kerajaan juga
sentiasa mengalu-alukan usaha pihak swasta mengendalikan promosi
perkhidmatan rawatan dan kesihatan di hospital-hospital swasta tempatan.
Misalnya pada tahun 2004, Kementerian Kebudayaan, kesenian dan
Pelancongan telah memberi kerjasama ekoran penubuhan Medical Services
Coordination Sdn. Bhd(MSC) yang menyumbang kepada perkembangan
industri pelancongan kesihatan di negeri ini. Hal ini selari dengan dasar
Persyarikatan Malaysia yang diamalkan oleh kerajaan.

Secara tuntas, pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak kerajaan bagi
menawarkan kualiti perkhidmatan kesihatan bagi menarik lebih banyak
warga asing melalui produk pilihan khidmat kesihatan swasta di Malaysia.
Pemantauan yang berterusan turut dilakukan termasuk menubuhkan Unit
Pelancongan Kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan. Walau
bagaimanapun mereka yang terlibat dalam industri ini haruslah
mempunyai tanggungjawab sosial dan mengutamakan perkhidmatan yang
berkualiti, di samping mengambil kira keuntungan yang diperoleh.
Soalan 2(a) Petikan Umum
(i) Berikan maksud rangkai kata tanggungjawab sosial. [2 markah]
(ii) Nyatakan faktor-faktor yang mendorong perkembangan pelancongan
kesihatan di
Malaysia. [3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, apakah kekangan-kekangan yang terdapat dalam
proses
pelaksanaan pelancongan kesihatan ? [4 markah]
ASPEK: RUMUSAN - SOALAN DIKIRIM OLEH MONASRIM PADA 16:13
17.3.09
Rumusan kesan-kesan negatif penggunaan internet
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian buat satu rumusan
tentang kesan-kesan negatif penggunaan internet dan langkah-langkah untuk
membendung penyalahgunaannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.

Kelebihan utama internet berbanding dengan media lain ialah keupayaannya


memberikan maklumat tanpa sekatan. Internet membolehkan masyarakat
memperoleh dan menyebarkan maklumat dengan bebas. Internet bukan
sahaja menjelaskan konsep demokrasi maklumat, malah dapat mengubah
cara manusia berkomunikasi. Perubahan cara komunikasi inilah yang
menerbitkan krisis dalam aspek keselamatan maklumat dan aspek
tanggungjawab.

Sesungguhnya, pengenalan internet menimbulkan perdebatan dalam


pelbagai isu. Penyebaran bahan imperialisme yang dapat meruntuhkan nilainilai budaya dan moral sesuatu bangsa jelas menunjukkan bahawa internet
mudah dikaitkan dengan perkara-perkara yang kurang menyenangkan.
Internet merupakan media yang membolehkan sesiapa sahaja menerbitkan

bahan kepada masyarakat dunia dengan kos yang sangat murah. Hakikat ini
telah menyebabkan kerajaan-kerajaan di seIuruh dunia cuba mengawal
media baru ini. Keupayaan rangkaian canggih ini menyebarkan imej digital
menyebabkan internet sering dijadikan wahana untuk menyebarkan bahan
tidak bermoral secara talian terus.

Di samping itu, internet digunakan juga untuk menyebarkan pelbagai judul


buku yang diharamkan di sesetengah negara. Malah, penerbit buku di seluruh
dunia mempersoalkan pelanggaran hak cipta yang banyak dilakukan dalam
internet. SeIain itu, rangkaian ini juga digunakan untuk menyebarkan iklan
yang mungkin tidak diterima oleh media lain, kerana iklan itu melanggar kod
etika pengiklanan seperti mengeksploitasikan wanita dan cita rasa kanakkanak. Kebebasan penyebaran maklumat menyebabkan internet digunakan
untuk menyebarkan fitnah dan khabar angin terhadap kerajaan atau
organisasi tertentu. Internet turut menimbulkan masalah perundangan
terbesar dalam undang-undang harta intelek dan kebebasan hak asasi.

Beberapa terbitan Ensiclopedia World Wide telah disebarkan melalui internet


tanpa izin pemegang hak ciptanya. Perbuatan tersebut memang menyalahi
undang-undang, tetapi perkara ini telah berlaku dalam ruang siber dewasa
ini. Kebimbangan terhadap internet turut tertumpu terhadap kegiatan
jenayah ekonomi dan penipuan dalam transaksi talian terus. Internet
menjadikan sempadan geografi semakin tidak jelas. Internet sering mencabar
amalan budaya dan moral. Menyedari hakikat ini, banyak negara berusaha
mengambil Iangkah-Iangkah yang sewajarnya bagi memerangi
penyalahgunaan internet.
Soalan 2 : Pemahaman [10 markah]
Soalan 2(a) Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Apakah maksud rangkai kata sering dijadikan wahana? [3 markah]
(ii) Internet mempunyai beberapa kebaikan. Nyatakan kebaikan tersebut.
[3 markah]
(iii) Berikan pendapat anda tentang ciri-ciri laman web mata pelajaran yang
menarik. [4 markah]
ASPEK: RUMUSAN - SOALAN DIKIRIM OLEH MONASRIM PADA 12:39

3.12.08
Rumusan peranan media massa
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian buat satu rumusan
tentang peranan media massa danlangkah menyekat penerbitan bahan yang
negatif. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Pada waktu yang Iampau, perhubungan antara orang perseorangan ataupun
antara suatu pihak dengan orang ramai hanya diikat melalui percakapan.
Kini, kaedah tersebut sudah tidak memadai. Peranan media massa menjadi
sangat luas. Kemajuan teknologi dunia hari ini membolehkan sesiapa saja
berada di rumah tanpa rasa bosan. Media massa merupakan alat pengumpul
dan penyebar mesej semasa tentang masyarakat. Isu-isu terkini tentang
kemalangan, rusuhan, pertelingkahan politik dan sebagainya dapat
disebarkan dengan cepat. Rakyat pelbagai negara dapat berkongsi kesedihan
dan kegembiraan menerusi siaran media massa itu. Selain itu, sebagai bahan
hiburan yang murah, media massa membolehkan orang ramai mengisi masa
lapang. Dalam konteks perpaduan, media massa menjadi agen penggerak
pembangunan dan pembaharuan sesebuah negara. Hal ini kerana menerusi
media massa, pengetahuan asas budaya, bahasa dan adat resam golongan
etnik yang berlainan dapat disebarkan. Secara tidak Iangsung, semangat
perpaduan dapat disemai dalam masyarakat.
Maklumat tentang virus HIV, teknologi DNA atau punca penipisan lapisan
ozon dapat difahami melalui laporan yang dibaca, didengar ataupun ditonton.
Dalam hal ini, bagi orang ramai, media massa merupakan saluran atau
sumber penting untuk mengetahui hal ehwal sains dan teknologi. Rakyat
Jepun tidak ketinggalan zaman kerana sering rnemanfaatkan laporan sains
yang disiarkan menerusi televisyen, akhbar dan majalah.
Berita-berita yang sengaja direka, secara tidak langsung berbahaya kerana
berkemungkinan melaga-lagakan masyarakat. Sentimen yang bersifat
spekulatif dan provokatif yang mungkin memburukkan imej negara dapat
disekat dengan adanya media yang bertanggungjawab. Media massa menjadi
jambatan untuk merapatkan jurang perbezaan pandangan dan perselisihan
pendapat ini sebelum rusuhan dan pergolakan politik menjadi kenyataan.
Perang Amerika-Vietnam adalah yang mula-mula disiarkan secara Iangsung
oleh televisyen Amerika dan hasilnya perang ini mendapat tentangan hebat
daripada rakyat Amerika terhadap campur tangan di Vietnam. Ternyata,
media massa telah membangkitkan sikap antipeperangan dalam kalangan
manusia. Mesej bahawa peperangan perlu dihentikan sukar untuk sampai
kepada khalayak ramai tanpa bantuan media massa.
Kini, media massa, khasnya akhbar turut menjadi saluran bagi orang ramai
untuk mengemukakan idea dan kritikan mereka tentang sebarang perkara.

Malangnya, sesetengah orang telah menyalahgunakan hak itu. Mereka


mengecam sesuatu dasar atau sistem secara membuta tuli. Sikap
antiperubahan dalam kalangan sebilangan ahli masyarakat ini akan
menghakis kepercayaan rakyat terhadap pemerintah secara beransur-ansur.
Apabila keadaan ini berlaku, sebarang dasar yang dikemukakan sukar untuk
dijayakan. Kekukuhan ekonomi dan kestabilan politik akan terjejas akhirnya.
Peranan pihak media massa perlu dikaji dari semasa ke semasa. Pengamal
media perlu terus menegakkan kebenaran tanpa syarat melalui kandungan
editorial berita, ulasan serta analisis gambar yang tulen. Selagi media massa
menjalankan peranannya dengan betul, institusi itu dan kerajaan pasti dapat
berganding bahu dengan baik ke arah kecemerlangan.
Soalan 2(a) : Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
i. Berikan maksud rangkai kata membolehkan orang ramai mengisi masa
lapang dalam petikan di atas.
[2 markah]
ii. Apakah akibat yang akan berlaku jika media massa dijadikan saluran untuk
mengecam dasar
pemerintah hati? [3 markah]
iii. Pada pendapat anda, mengapakah pengamal media kian cenderung
menyiarkan bahan yang
bersifat negatif? [4 markah]
ASPEK: RUMUSAN - SOALAN DIKIRIM OLEH MONASRIM PADA 13:11
5.1.08
Rumusan kepentingan proses kitar semula
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan
tentang kepentingan proses kitar semula dan masalah-masalah
pelaksanaannya di Malaysia. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi
120 patah perkataan.
Proses kitar semula melibatkan usaha mengumpul, memproses dan
menggunakan semula bahan-bahan yang pernah dianggap sebagai sampah.
Kitar semula memungkinkan bahan-bahan yang terbuang dapat
dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Tahukah anda bahawa rakyat Malaysia
membuang sampah-sarap dalam pelbagai bentuk pada kadar 15000 tan
sehari? Apakah yang akan berlaku dalam tempoh sepuluh tahun jika keadaan
ini berterusan?

Sisa bahan buangan yang terdiri daripada 27% kertas, 36.5% sisa buangan
dari rumah, 3.9% besi, 3.7% kaca, 16.4% plastik dan 12.5% lain-lain. Hal ini
akan menyebabkan pencemaran alam sekitar. Pembuangan sampah dan sisa
buangan rumah dilonggokkan di tepi-tepi jalan bukan sahaja menyakitkan
mata memandangnya, malah bau yang busuk tentu sahaja mengganggu
keselesaan kita. Lebih teruk lagi kesannya akan mengancam sistem air
bawah tanah yang menjadi salah satu punca sumber air dalam kehidupan
kita. Kita sering kali merungut apabila sampah melewati kawasan rumah kita
kerana baunya yang busuk. Hal ini seharusnya kita ambil sebagai iktibar
kerana jika kitar semula tidak diamalkan dan kita sendiri mengambil sikap
endah tak endah, kita akan dibelenggu oleh bau yang busuk sepanjang masa.
Melalui amalan kitar semula, kita dapat membantu mengurangkan
pencemaran alam sekitar demi kesejahteraan hidup.
Kerajaan amat bersungguh-sungguh dalam melaksanakan kempen kitar
semula untuk memastikan ruang hidup manusia akan terus terpelihara. Pada
masa ini terdapat kira-kira 230 buah tapak pelupusan sampah di Malaysia.
Setiap satunya dianggarkan berkeluasan 20 hingga 150 ekar bergantung
kepada lokasi dan jumlah sampah yang dibuang. Andainya keadaan ini
berterusan tentulah kawasan kediaman akan terjejas. Lantaran itu, usaha ini
juga dapat menjamin persekitaran yang lebih sihat dan bersih. Keadaan di
kawasan pembuangan sampah yang kotor dan menjijikkan tentu sahaja
menjadi tempat pembiakan serangga perosak. Oleh itu, proses kitar semula
ini bukan sahaja dapat mengatasi masalah pembuangan sampah, malah
dapat mengawal penyakit daripada merebak.
Walaupun aktiviti pengutipan sampah sekarang memberi peluang pekerjaan
kepada sesetengah orang, namun jika program kitar semula dilaksanakan,
lima kali lebih banyak peluang pekerjaan akan tersedia untuk warga
Malaysia. Keperluan terhadap jurutera, pakar mesin, pakar alam sekitar,
pekerja am dan sebagainya amat dikehendaki oleh kilang-kilang terbabit.
Dari segi jangka panjang, kos untuk melaksanakan kitar semula jauh lebih
rendah jika dibandingkan dengan biaya pemuliharaan alam sekitar yang telah
musnah. Oleh itu, masyarakat mestilah dididik supaya peka akan masalah
yang kita cipta ini. Pelaksanaan kaedah ini tidak sukar untuk dijayakan.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan semakin giat menggalakkan
pengitaran semula bahan-bahan buangan menerusi majlis perbandaran di
setiap daerah dan kawasan. Malah, kita memuji langkah Jabatan Alam Sekitar
yang mengadakan pelbagai aktiviti menerusi media massa dan mengadakan
penerangan hingga ke sekolah dalam usaha melahirkan rakyat yang
mencintai alam sekitar. Oleh itu, kerjasama yang berterusan oleh semua
pihak iaitu individu, masyarakat, pihak berkuasa, media massa, kerajaan dan
pihak swasta amat dituntut untuk menjamin pengekalan kebersihan dalam
kehidupan.
Soalan 2(a) : Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan


menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata menyakitkan mata memandangnya. [2
markah]
(ii) Apakah kesan daripada pembuangan sampah yang tidak terurus? [3
markah]
(iii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk
memastikan alam sekitar dihargai? [4 markah]
ASPEK: RUMUSAN - SOALAN DIKIRIM OLEH MONASRIM PADA 10:39
Rumusan faktor pengangkutan awam semakin tidak popular
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan
tentang faktor pengangkutan awam semakin tidak popular dan kewajaran
masyarakat mengutamakan perkhidmatannya. Panjang rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Pengangkutan awam merupakan satu alternatif untuk sampai ke
destinasi yang biasa dilihat terutamanya di kota-kota besar. Walau
bagaimanapun, sering juga terdengar rungutan tentang masalah masa
perjalanan pengangkutan awam di negara kita yang tidak tetap. Perkara
inilah yang mendorong sebilangan pekerja menggunakan kenderaan sendiri
ke tempat kerja daripada menaiki pengangkutan awam. Selain itu, ada yang
beranggapan bahawa pengangkutan awam disediakan hanya untuk golongan
yang kurang mampu. Oleh hal yang demikian, mereka tidak mahu untuk
menggunakan perkhidmatan tersebut.
Sikap suka meremehkan perkhidmatan pengangkutan awam harus dikikis
daripada pemikiran kita semua. Hal ini demikian kerana pengangkutan awam
mempunyai kepentingan dan peranannya yang tersendiri dalam membantu
orang ramai sampai ke destinasi. Di negara-negara maju pengangkutan
awam telah menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyatnya. Senario
seumpama ini belum wujud sepenuhnya di negara kita kerana pengangkutan
awam bukan saja dianggap tidak cekap, malah sering disalahkan kerana
tidak menyediakan perkhidmatan yang mampu memenuhi keperluan para
pengguna. Selain itu, mutu pengangkutan awam di Malaysia dikatakan
ketinggalan jika dibandingkan dengan mutu pengangkutan awam di negaranegara lain. Sebagai akibatnya, pengangkutan awam menjadi semakin tidak
popular di kalangan masyarakat kita dan kepentingannya hilang di tengahtengah arus pembangunan negara. Selain itu, ada dakwaan lain yang
menyebut bahawa banyak terdapat perkhidmatan teksi dan bas yang
dijadikan pengangkutan awam sudah uzur dan tidak layak bergerak di atas
jalan raya. Di samping itu, terdapat juga kereta sewa yang beroperasi
sebagai pengangkutan awam tetapi kebanyakannya dalam keadaan yang

cukup uzur dan usianya melebihi sepuluh tahun.


Kesulitan orang ramai untuk mendapatkan perkhidmatan pengangkutan
awam pada waktu puncak sudah berlarutan beberapa Iama dan perkara ini
melemahkan semangat mereka untuk menggunakannya. Oleh sebab itu,
langkah segera perlu diambil bagi mengatasi masalah ini jika kerajaan mahu
menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam.
Perkhidmatan bas misalnya, perlu ditambah dan diperkemas jadual
perjalanannya supaya tidak terus menimbulkan kesulitan kepada orang ramai
yang terpaksa menunggu ketibaan bas secara tidak menentu sebelum
mereka sampai ke tempat yang dituju. Dalam tempoh terdekat ini suatu
kempen besar-besaran perlu dilakukan untuk menarik minat orang ramai
menggunakan pengangkutan awam. Syarikat pengangkutan awam pula wajar
menyediakan insentif kepada orang ramai yang menggunakan perkhidmatan
yang disediakan oleh mereka, misalnya dengan memberikan potongan harga
bagi perjalanan jangka masa panjang.
Soalan 2(a)
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
i. Apakah maksud alternatif untuk sampai ke destinasi dalam petikan di atas?
[2 markah]
ii. Bagaimanakah perkhidmatan pengangkutan awam dapat dibaiki? [3
markah]
iii. Pada pendapat anda, bagaimanakah masalah penumpang yang dikenakan
bayaran yang mahal oleh pemandu teksi dapat ditangani? [4 markah]
ASPEK: RUMUSAN - SOALAN DIKIRIM OLEH MONASRIM PADA 10:22
30.8.07
Rumusan langkah menangani masalah vandalisme
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian tulis satu rumusan tentang
langkah-langkah menangani masalah vandalisme dan akibat daripada
masalah tersebut. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.
Perbuatan merosakkan harta benda awam atau vandalisme kian hari kian
menular di negara kita. Harta benda awam telah dirosakkan sewenangwenangnya. Perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini telah mengundang
pelbagai komplikasi. Pengerusi Jawatankuasa Antivandalisme Dewan Bandar
Raya Kuala Lumpur, Datuk Lee Lam Thye mengelaskan vandalisme kepada
vandalisme perlakuan, iaitu menjual harta benda yang dicuri, vandalisme
dendam dan vandalisme conteng. Gejala negatif ini biasanya melibatkan
mereka yang berusia antara 15 hingga 21 tahun. Antara kemudahan-

kemudahan awam yang sering menjadi mangsa ialah telefon awam, papan
tanda, lif rumah pangsa dan dinding-dinding bangunan. Saban tahun,
kerajaan memperuntukkan wang berjuta-juta ringgit untuk meningkatkan
keselesaan rakyat dengan menyediakan kemudahan awam kepada
rakyatnya. Malangnya, wujud golongan yang tidak berkesedaran sivik
tergamak untuk merosakkan harta benda awam ini. Justeru, kita perlu
menghalusi punca-puncanya dan mengorak langkah proaktif demi
memeranginya ke akar umbi.
Memandangkan ketenatan masalah vandalisme, suatu penyelesaian segera
amat diperlukan untuk menghapuskan masalah ini. Melentur buluh biarlah
dari rebungnya. Ibu bapa berperanan untuk mendidik anak-anak agar
menghargai harta benda awam. Pihak sekolah pula harus memberikan
bimbingan dan nasihat tentang pentingnya menjaga harta benda awam.
Konsep Masyarakat Penyayang harus dihidupkan semula supaya para
remaja sedar akan peranan mereka selaku pembela bangsa pada hari muka.
Masyarakat perlu bersikap proaktif terhadap gejala vandalisme yang
dilakukan di kawasan mereka.
Langkah drastik, iaitu mengenakan tindakan undang-undang terhadap
sesiapa yang melakukan vandalisme perlu dilaksanakan. Akta Kerajaan
Tempatan yang menetapkan sesiapa yang merosakkan harta benda awam
boleh didenda RM2000.00 atau penjara tidak lebih setahun jika sabit
kesalahan perlu dikuatkuasakan. Pihak berkuasa disarankan agar membuat
rondaan di tempat-tempat yang menjadi tumpuan remaja. Pesalah-pesalah
vandalisme wajar didenda supaya melakukan kerja-kerja kemasyarakatan.
Selain itu, langkah bersama yang boleh diambil ialah mengadakan program
tindakan bersama seperti menganjurkan pameran yang melibatkan agensi
kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, dan
Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur.
Tindakan setegas-tegasnya amat perlu supaya dapat menimbulkan keinsafan
dan memberi pengajaran kepada mereka yang ingin melakukan vandalisme
agar berfikir sebelum berbuat demikian. Tindakan ini juga secara tidak
langsung dapat menjimatkan kos kerajaan untuk membaiki kerosakan
terhadap harta awam. Disebabkan benteng didikan agama yang rapuh,
golongan ini akan melakukan kegiatan vandalisme demi mendapatkan
perhatian masyarakat.

2(a) Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut menggunakan
ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata mengundang pelbagai komplikasi.
[2 markah]

(ii) Mengapakah tindakan tegas perlu dilaksanakan untuk menangani


masalah vandalisme?
[3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, apakah langkah yang boleh diambil untuk
membentuk masyarakat
yang lebih bertanggungjawab? [4 markah]
ASPEK: RUMUSAN - SOALAN DIKIRIM OLEH MONASRIM PADA 21:07
5.8.07
Rumusan kekangan dalam usaha mewujudkan semangat patriotik
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat suatu rumusan
tentang kekangan dalam usaha mewujudkan semangat patriotik dan peranan
ibu bapa untuk merealisasikan usaha tersebut. Panjangnya rumusan anda
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Setiap kali Malaysia merayakan sambutan Hari Kebangsaan, semua stesen
televisyen dan radio akan menyiarkan acara sambutannya. Pihak akhbar
tidak ketinggalan juga memaparkan pelbagai berita mengenainya. Di
samping itu, tema perbincangan pula lazimnya berkisar pada soal perlunya
patriotisme ditingkatkan kerana patriotisme melibatkan setiap rakyat dan
meliputi kemerdekaan serta kedaulatan negara. Kehangatan perbincangan
isu tersebut berhubung terus dengan hasrat kerajaan mewujudkan semangat
patriotik yang kental di kalangan rakyat, khususnya golongan belia. Hal ini
dititikberatkan kerana alaf baru membawa negara berhadapan dengan
pelbagai cabaran baru yang berkaitan dengan persoalan patriotisme.
Banyak pihak yang terpaksa akur bahawa kini semakin berleluasa fahaman
individualisme. Pada sudut yang Iain kita berdepan pula dengan asakan
globalisasi dan kecanggihan teknologi komunikasi yang mewujudkan pertembungan antara negara maya dengan negara nyata. Negara maya ialah
negara tanpa sempadan seperti dalam konteks internet, komunikasinya
dapat dibentuk tanpa memerlukan kerakyatan serta tidak mempunyai ketua
yang sah. Dalam era baru ini, kita berdepan juga dengan hakikat bahawa
kemerdekaan negara tergugat oleh penjajahan-penjajahan bentuk baru,
umpamanya penjajahan budaya dan ekonomi. Kegawatan ekonomi beberapa
tahun lalu merupakan percubaan penjajahan baru dalam bentuk ekonomi
yang digerakkan oleh kuasa ekonomi asing.
Dari segi pendidikan, penyemaian semangat patriotik pernah dilaksanakan di
sekolah-sekolah melalui mata pelajaran Sivik tetapi usaha ini menemukan
kegagalan. Kini nilai-nilai patriotisme diterapkan pula melalui mata pelajaran
Sejarah, tetapi masalahnya mata pelajaran ini hanya mula diajarkan pada
peringkat sekolah menengah. Persoalannya, mampukah mata pelajaran
Sejarah memikul tanggung- jawab itu? Cabaran-cabaran itu menjadi premis

supaya diadakan penyeragaman semula pemupukan semangat patriotik di


kalangan belia. Suatu program khusus pendidikan patriotisme mesti
dilaksanakan dalam bentuk pendidikan kewarganegaraan sebagai sokongan
dan susulan kepada mata pelajaran Sejarah. Program ini mesti disegerakan
kerana cabaran yang paling besar dalam hal ini ialah mereka tidak
menghargai kemerdekaan negara, sedangkan setiap individu dalam setiap
generasi mesti bertanggungjawab mempertahankan negara dan menegakkan
kedaulatannya. Nilai-nilai patriotisme yang melintasi zaman perlu diterapkan
dalam kehidupan mereka; antaranya berbangga sebagai rakyat Malaysia dan
bersemangat setia kepada negara. Mereka sewajarnyalah juga menyanjungi
semangat kekitaan.
Kita mesti juga berusaha menangani belia yang mengetahui kepentingan
ilmu tetapi tidak bersungguh-sungguh mengejar ilmu. Kita tidak harus gagal
dalam hal ini. Perkara ini sangat penting untuk meningkatkan patriotisme di
kalangan belia. Persoalan-persoalan yang ditimbulkan ini merupakan
sebahagian danpada agenda bagi memperlengkap, memperkukuh dan
meneruskan perjuangan mengangkat martabat bangsa dan negara ke tahap
yang lebih cemerlang dan gemilang.

Soalan 2(a) : Petikan Umum [9 markah]


Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut menggunakan
ayat anda sendiri.
i. Berikan maksud rangkai kata berhubung terus dengan hasrat. [2 markah]
ii. Apakah nilai patriotisme yang perlu dipupuk dalam diri warga Malaysia?
[3 markah]
iii. Sebagai seorang pelajar, apakah bukti-bukti yang boleh menunjukkan
anda mempunyai semangat patriotisme yang tinggi? [4 markah]

ASPEK: RUMUSAN - SOALAN DIKIRIM OLEH MONASRIM PADA 13:59


31.7.07
Rumusan faktor dadah mesti diperangi

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat rumusan tentang faktorfaktor dadah mesti diperangidan rintangannya. Panjang rumusan anda
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Bahaya yang berpunca daripada ancaman dadah diakui oleh beberapa pihak
tetapi langkah pencegahannya agak kurang berjaya. Oleh sebab itu, barubaru ini kerajaan dan agensinya iaitu Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)
telah melancarkan perang besar-besaran menentang penyalahgunaan dadah
di Malaysia. Kempen yang dikenal sebagai Enam Jahanam itu ditujukan
kepada penghapusan heroin, morfin, syabu, pil ecstasy, ganja, dan candu
kerana keenam-enam jenis dadah itulah yang paling banyak disalahgunakan
oleh penagih di negara ini. Perang besar menentang dadah ini akan
berterusan sehingga penyalahgunaan semua jenis dadah itu dapat
dihapuskan.
Kita telah memerangi dadah lebih daripada 20 tahun menerusi pelbagai
kempen dan seminar tetapi kejayaannya belum ketara. Menurut laporan
pihak berkuasa, sejumlah 274 923 penagih dadah dapat dikesan sejak tahun
1998 sehingga Januari lalu di negara ini. Hal yang menyedihkan daripada
angkara dadah ialah penagihnya banyak membabitkan golongan muda dalam
lingkungan usia 19 hingga 39 tahun. Lebih malang lagi, pembabitan dalam
kes penagihan dadah ini turut membuatkan keluarga mereka menderita dan
hidup tak keruan. Tenaga muda ini kalau dimanfaatkan akan menjadi aset
negara yang sangat berharga. Namun demikian, dadah telah melalaikan
mereka daripada menyertai pertubuhan belia dan sukan yang membolehkan
mereka menggunakan masa lapang sebaik-baiknya melalui kegiatan yang
sihat dan bermakna ini. Kita pasti gembira kalau golongan muda ini dapat
hidup dengan sihat dan selamat serta disayangi oleh semua orang.
Penagih dadah hidup bagaikan bangkai bernyawa dan tidak dapat
menyumbang tenaga untuk pembangunan negara. Sehubungan dengan itu,
sewajarnya kita mengelakkan diri daripada terjebak dalam musibah yang
sangat berbahaya ini. Tambahan pula, kepuasan yang dirasai daripada
perbuatan menagih dadah itu sekejap saja, sedangkan penderitaannya
berpanjangan. Sesiapa yang sudah terjebak dalam kancah penagihan dadah
mestilah berazam untuk meninggalkannya dengan berusaha mengubati
ketagihannya.
Perkara yang tidak dapat diabaikan ialah penagihan dadah akan membawa
masalah lain termasuk jangkitan HIV dan AIDS serta penagih mudah terlibat
dalam perlakuan jenayah. Dalam usaha membanteras penyalahgunaan
dadah, kerajaan telah berikrar akan bekerja kuat untuk memeranginya.
Rakyat haruslah memberi sokongan padu terhadap usaha serius kerajaan
menjadikan Malaysia negara yang bebas daripada dadah menjelang tahun
2015.
Kita tetap menerima hakikat bahawa bukanlah suatu tugas mudah untuk
memulihkan penagih dadah. Apabila sudah ketagih, mangsanya akan terus
menagih dadah dan menderita sepanjang masa melainkan ada semangat

yang kental dalam jiwa orang itu untuk memeranginya. Melalui kerja keras
pelbagai pihak yang disertai izin daripada Allah, kita berharap agar negara
kita dapat merungkaikan diri daripada terus menjadi mangsa dadah. Kita
berdoa mudah-mudahan masalah ini tidak akan menghantui kita lagi.
Soalan 2(a) : Petikan Umum (9 markah)
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Jelaskan maksud langkah pencegahannya agak kurang berjaya. [2 markah]
(ii) Apakah harapan yng diletakkan terhadap golongan muda di negara ini? [3
markah]
(iii) Pada pendapat anda, apakah punca-punca yang memungkinkan golongan
muda terjebak dalam kancah penyalahgunaan dadah? [4 markah]
ASPEK: RUMUSAN - SOALAN DIKIRIM OLEH MONASRIM PADA 17:13
Rumusan kelemahan pihak berkuasa tempatan menangani isu petempatan
haram pendatang tanpa izin
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan
tentang kelemahan pihak berkuasa tempatan dalam menangani isu
petempatan haram pendatang tanpa izin dan kesan-kesannya. Panjang
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Bermula dengan arahan Timbalan Perdana Menteri, barulah pihak berkuasa
tempatan (PBT) di Lembah Klang tergesa-gesa bertindak merobohkan rumah
setinggan terutama yang dijadikan petempatan oleh pendatang tanpa izin.
Jika selama ini gambaran yang diberikan ialah tidak ada pihak yang berani
menjentik pendatang tanpa izin, tetapi setelah menerima teguran daripada
pihak atasan, barulah mereka bertungkus-lumus menjalankan kerja
penguatkuasaan. Kealpaan mereka selama ini sebenarnya menyusahkan diri
sendiri.
Lewat bertindak menyebabkan petempatan pendatang tanpa izin ini
bertambah besar dan bilangan mereka bertambah ramai. Mereka
beranggapan tidak ada pihak yang berani mengusir mereka. Pendatang
berlagak seolah-olah mereka kebal daripada sebarang tindakan pihak
berkuasa. Ketenteraman penduduk awam tidak pernah diberi pertimbangan
seolah-olah mereka lebih berkuasa daripada penduduk tempatan.
Sepatutnya, PBT tidak perlu menunggu arahan untuk merobohkan rumah
pendatang tanpa izin ini kerana mereka dengan jelas menceroboh tanah
kerajaan atau tanah simpanan di samping melanggar undang-undang negara
ini.
Pendatang tanpa izin tidak boleh berbuat apa-apa jika rumah mereka

dirobohkan. Malangnya, selama ini PBT mendiamkan diri walaupun banyak


aduan diterima daripada penduduk tempatan yang bimbang terhadap
kehadiran pendatang asing di kawasan mereka. Laporan mengenai
petempatan asing secara haram di tanah kerajaan dan tanah simpanan
sering juga dilaporkan media. Anehnya, tidak ada tindakan bersepadu diambil
untuk mengusir mereka yang mendirikan rumah secara haram. Hanya
dengan arahan terbaru itu, barulah nampak kesannya. Majlis Perbandaran
Ampang Jaya (MPAJ) merobohkan kira-kira 50 rumah setinggan di Taman
Dagang. Operasi ini turut disertai oleh pihak polis dan Jabatan Pendaftaran
Negara (JPN). Disebabkan petempatan pendatang tanpa izin ini bertaburan di
merata-rata tempat di seluruh negara, sepatutnya setiap PBT dapat bertindak
serentak.
Gerakan merobohkan petempatan haram secara bersepadu ini tidak
bermakna tugas PBT selesai. Dalam gerakan kali ini, tugas merobohkan
rumah perlulah disusuli dengan gerakan pengawalan supaya rumah baru
tidak didirikan pula di atas tapak kosong itu. Maknanya, PBT terbabit perlu
mengadakan pengawasan setiap masa untuk mencegah kemungkinan ini
berlaku. Mana-mana pendatang yang didapati tidak mempunyai permit untuk
tinggal di negara ini hendaklah dihantar pulang ke negara asal. Jika
mempunyai dokumen yang lengkap pula, mereka perlu berpindah ke tempat
yang sewajarnya, bukan tinggal di tanah yang diceroboh.

Soalan 2(a) : Petikan Umum [9 markah]


Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut menggunakan
ayat anda sendiri.
i. Berikan maksud rangkai kata menjentik pendatang tanpa izin berdasarkan
petikan di atas. [2 markah]
ii. Jelaskan sikap pendatang tanpa izin sehingga mereka berani mendirikan
petempatan di negara ini. [3 markah]
iii. Pada pendapat anda, apakah tindakan yang wajar diambil untuk
mengatasi masalah kelemahan pihak berkuasa tempatan dalam menangani
isu petempatan haram pendatang tanpa izin? [4 markah]
ASPEK: RUMUSAN - SOALAN DIKIRIM OLEH MONASRIM PADA 17:09
Rumusan kepentingan belia menguasai isu antarabangsa
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan
tentang kepentingan belia menguasai isu antarabangsa dan punca mereka
tidak mengutamakannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120
patah perkataan.
Kebelakangan ini Malaysia mengambil bahagian secara aktif dalam hampir

semua persidangan sama ada yang diadakan di dalam atau di luar negara.
Penyertaan Malaysia ini sudah membuktikan bahawa betapa soal hal ehwal
antarabangsa amat penting dalam konteks melaksanakan dasar luar negara
kita. Lebih penting, suara negara ini adalah untuk keadilan dan kita
menentang setiap perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh manusia.
Tetapi apalah ertinya jika pemimpin kita sahaja yang berjuang sedangkan
golongan belia hanya berpeluk tubuh dan tidak ambil peduli tentang apa-apa
yang sebenarnya sedang berlaku. Belia seharusnya tidak ketinggalan
melibatkan diri dalam isu global ini. Jika mereka tidak mengikuti
perkembangan itu, mereka akan ketinggalan dan tercicir buat selamalamanya.
Atas dasar menyedari kecetekan ilmu golongan belia dan remaja mengenal
soal antarabangsa inilah Menteri Belia dan Sukan mengajak mereka supaya
mengambil tahu tentang isu dan masalah globalisasi. Kita menganggap
saranan ini mempunyai signifikasinya yang tersendiri kepada belia bukan
sahaja untuk membolehkan mereka mengenali diri mereka malah tahu akan
perkembangan semasa dunia. Kita mencadangkan kepada Kementerian Belia
dan Sukan agar menjalankan kempen besar-besaran untuk mengenalkan
belia dan remaja dengan isu antarabangsa. Program yang dianjurkan
bukanlah terbatas kepada peraduan kuiz dan pertandingan seperti syarahan
dan perdebatan tentang topik antarabangsa semata-mata malah belia dan
remaja hari ini mestilah digalakkan berdebat menerusi internet. Jika kita lihat
dalam internet hari ini, pelbagai isu sudah pun diperdebatkan. Mereka yang
tahu memanfaatkannya dapat menimba ilmu menerusinya. Tentunya kita
tidak mahu golongan belia dan remaja kita asyik berbincang tentang perkara
yang remeh-temeh yang kurang memberi faedah kepada diri dan
masyarakat.
Dalam keadaan dunia hari ini yang sering berubah, kita memerlukan belia
dan remaja yang berfikiran kritis dan mampu melihat sesuatu peristiwa dan
menterjemahkannya kepada keadaan di negara ini. Dengan cara ini mereka
dapat menghargai kemakmuran dan kemerdekaan negara dengan
membandingkan peristiwa yang berlaku di serata dunia.
Jika kita menjadikan isu antarabangsa sebagai satu standard untuk mengukur
kematangan belia dan remaja, kita percaya bahawa mutu golongan belia
perlu ditingkatkan lagi. Jika mereka golongan pelajar, pengetahuan dan ilmu
di dada mereka perlu diperluas bukan hanya berkisar kepada jurusan ilmu
yang dipelajari oleh mereka semata-mata. Soal-soal antarabangsa bukanlah
perkara yang perlu dipelajari tetapi perlu dikuasai.

Soalan 2(a) : Petikan Umum [9 markah]


Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut menggunakan
ayat anda sendiri.

i. Apakah maksud menghargai kemakmuran dan kemerdekaan negara?


[2 markah]
ii. Apakah program yang dicadangkan untuk menggalakkan belia menguasai
isu antarabangsa? [3 markah]
iii. Pada pendapat anda, bagaimanakah kesedaran tentang kepentingan isu
antarabangsa dapat
dipupuk di sekolah? [4 markah]
ASPEK: RUMUSAN - SOALAN DIKIRIM OLEH MONASRIM PADA 16:58
20.5.07
Rumusan masalah untuk menghapuskan rasuah
Soalan 1
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian rumuskan masalah untuk
menghapuskan gejala rasuah dan kesan rasuah terhadap pembangunan
negara. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.
Ada anggota dalam perkhidmatan awam yang memerangi rasuah dengan
bersungguh-sungguh. Mereka bukan sahaja mengelakkan diri daripada
terlibat dalam amalan ini, malah telah melaporkan hal itu kepada pihak yang
berkuasa. Sikap kakitangan seperti inilah yang diharapkan oleh Badan
Pencegah Rasuah (BPR) sehingga membolehkan badan berkenaan bertindak
ke atas 924 orang yang dituduh memberikan rasuah dalam tempoh tiga
tahun yang lalu. Pengamal rasuah itu telah pun didakwa di mahkamah. Walau
bagaimanapun, jumlah pengamal rasuah yang sebenarnya jauh lebih besar
daripada angka tersebut.
Rasuah, makan suap, tumbuk rusuk atau apa-apa saja istilahnya, merupakan
penyakit sosial yang semakin merebak. Rasuah bukan sahaja terdapat dalam
bentuk wang tunai dan untuk mempercepat kelulusan sesuatu projek sahaja,
malah rasuah boleh wujud dalam apa-apa bentuk dan untuk sebarang
tujuan. Hal ini telah menular dan menjadi barah, baik di sektor awam
mahupun di sektor swasta. Rasuah, sama seperti virus berbahaya, dapat
menyusup ke mana-mana saja, dan menyerang sesiapa sahaja. Usaha
memerangi amalan ini bukan mudah. Hal ini demikian kerana tidak banyak
orang yang tabah hatinya dan kuat imannya, sehingga dapat menolak rasuah
yang bernilai jutaan ringgit. Malah, banyak orang yang boleh menjadi kelabu
mata apabila dihulurkan rasuah, walaupun nilainya hanya RM100.00.
Sebenarnya, masalah ini bukan terletak pada undang-undang. Kekurangan
kakitangan untuk menguatkuasakan undang-undang tersebut telah
menyukarkan tindakan diambil. Selain itu, tindakan mengesan amalan rasuah

biasanya terpaksa melalui proses yang panjang dan berliku-liku. Banyak


aduan dan tuduhan tentang rasuah yang melibatkan berbilion-bilion ringgit
masih belum dapat dibawa ke muka pengadilan, walaupun proses
siasatannya telah berjalan bertahun-tahun.
Banyak juga siasatan tentang kes ini yang terpaksa dihentikan. Bukti dan
fakta yang kukuh untuk mendakwa pihak yang terlibat bukanlah senang
untuk diperoleh. Selain itu, taktik perasuah yang semakin canggih
menyebabkan perasuah terlepas begitu sahaja walaupun umum mengetahui
rasuah telah dilakukan dan melibatkan jumlah suapan yang besar. Pemberi
dan penerima rasuah tetap bertukar ganti dalam masa yang begitu pantas.
Kerajaan berusaha menguatkuasakan sepenuhnya Seksyen 11B Akta
Pencegahan Rasuah 1997. Seksyen 17 akta yang sama diwujudkan oleh
pihak berkuasa yang menghendaki kakitangan awam membuat aduan
sekiranya mereka cuba ditumbuk rusuk oleh mana-mana pihak. Namun,
bagaimanakah masalah ini mampu dikurangkan jika pihak yang menolak
tawaran rasuah enggan bekerjasama dengan pihak berkuasa? Semakin pesat
negara membangun, semakin banyaklah peluang ekonomi untuk rakyat.
Akan tetapi, peluang ekonomi yang terhidang itu telah menggalakkan
kemunculan beraneka bentuk rasuah dalam kalangan rakyat jelata.
Soalan 2(a) : Petikan Umum [9 markah]
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut menggunakan
ayat anda sendiri.
i. Berikan maksud rangkai kata hal ini telah menular dalam petikan di atas.
[2 markah]
ii. Apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk
membendung gejala rasuah?
[3 markah]
iii. Pada pendapat anda, apakah punca-punca yang mendorong berlakunya
gejala rasuah?
[4 markah]
ASPEK: RUMUSAN - SOALAN DIKIRIM OLEH MONASRIM PADA 12:13
Rumusan kesan bahan bacaan picisan
Soalan 1
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian tuliskan satu rumusan tentang
kesan bahan bacaan picisan terhadap generasi muda dan langkah-langkah

membendung penyebarannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak


melebihi 120 patah perkataan.
Bahan bacaan picisan semakin membanjiri pasaran dengan kemunculan
berbagai-bagai buku, novel, majalah, komik dan tabloid yang berunsur
hiburan, lucah, tahayul dan pop. Di pasaran terbuka sahaja, tidak kurang
daripada puluhan bahan penerbitan seumpamanya dalam bahasa Melayu
telah diterbitkan setiap bulan. Ini belum lagi termasuk dalam bahasa Cina,
Tamil dan Inggeris serta yang diimport dari luar negeri dan dijual secara
meluas di pasaran terbuka atau yang diseludup masuk ke negara ini. Bahan
picisan ini mendapat sambutan yang menggalakkan, khususnya golongan
kanak-kanak, pelajar dan remaja. Ini kerana kandungannya ringan,
menghiburkan dan mengghairahkan. Paparan yang terkandung dalam bahan
bacaan itu tidak semuanya benar, tetapi banyak mengandungi bahan yang
karut. Golongan pembaca yang masih mentah ini, mudah terpengaruh
dengan bahan yang tidak benar itu. Malah terdapat unsur lucah yang tidak
sesuai untuk bacaan umum, khususnya remaja, sekali gus boleh merosakkan
pemikiran mereka yang masih mentah.
Bahan picisan sedemikian bukan sahaja tidak membantu perkembangan
minda pembacanya, malahan menjadi antara punca berlakunya berbagaibagai masalah juvenil dalam masyarakat. Pada hakikatnya, kita tidak boleh
menolak fakta bahawa sebahagian kejadian jenayah yang dilaporkan sejak
akhir-akhir ini mempunyai hubungan dengan penerbitan bahan-bahan picisan
yang berunsur lucah dan ganas. Penggunaan imej wanita dalam pelbagai
bahan penerbitan picisan ini juga merupakan suatu bentuk pengeksploitasian
dan penghinaan yang berleluasa terhadap mereka. Harga wanita diletakkan
dengan begitu murah sekali semata-mata bagi melariskan penjualan bahan
picisan yang diterbitkan tanpa sedikit pun rasa tanggungjawab sosial.
Bagi golongan penerbit ini, perkara yang lebih penting ialah nilai komersial
dan keuntungan yang boleh didapati. Persoalan apa yang akan berlaku
terhadap masyarakat dan anak bangsanya tidak pernah terlintas dalam
fikirannya. Oleh sebab itulah bahan bacaan berbentuk picisan yang terdapat
di pasaran semakin bertambah dari semasa ke semasa walaupun pelbagai
usaha telah dilakukan untuk membendungnya. Bagi remaja pula, mereka
sanggup mengeluarkan wang saku yang sepatutnya digunakan untuk
membeli makanan dan buku. Ibu dan ayah memberikan wang untuk
perbelanjaan harian, tetapi wang itu mengalir ke jalan yang salah. Dengan
memilih bahan bacaan yang tidak berfaedah, sesetengah remaja akan
banyak berkhayal.

Soalan 2(a) : Petikan Umum [9 markah]


Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut menggunakan
ayat anda sendiri.

i. Berikan maksud semakin membanjiri pasaran dalam petikan di atas.


[2 markah]
ii. Mengapakah penerbit bahan bacaan picisan dipersalahkan?
[3 markah]
iii. Pada pendapat anda, mengapakah bahan-bahan bacaan berbentuk ilmiah
kurang mendapat sambutan daripada masyarakat?
[4 markah]
ASPEK: RUMUSAN - SOALAN DIKIRIM OLEH MONASRIM PADA 12:06
Rumusan kesan kenaikan harga barang
Soalan 1
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang
kesan kenaikan harga barangan keperluan harian di negara kita dan langkah
kerajaan untuk menanganinya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.
Pengguna tidak dapat menerima percanggahan bahawa ketika kerajaan
melarang peniaga menaikkan harga barang, pengguna terpaksa membayar
harga yang lebih mahal daripada biasa. Kita tidak mahu kenaikan harga
barang hari ini menjadi asas untuk kenaikan harga barang yang lebih tinggi
pada masa yang berikutnya.
Kenaikan harga sesuatu barang mempunyai pertalian antara satu dengan
yang lain. Dalam hal ini, peniaga menentukan harga barangan mengikut cita
rasa mereka dan mengingkari arahan pihak berkuasa. Tindakan mereka itu
menyebabkan beban tanggungan sesebuah keluarga bertambah berat.
Rakyat umumnya beranggapan bahawa jika para peniaga masih berdegil
ketika peringatan sudah diberikan oleh kerajaan, maka kementerian yang
bertanggungjawab mesti mengambil tindakan segera. Jika tindakan ini lesu,
peniaga lebih berani menaikkan harga barangan dan sentiasa mencari helah
baru untuk menghalalkan tindakan mereka.
Pengguna pula tetap beranggapan, selagi tidak ada pengumuman rasmi
mengenai kenaikan harga sesuatu barang keperluan, tindakan peniaga
adalah bertentangan dengan kehendak undang-undang. Walau
bagaimanapun, kenaikan harga tanpa sebarang penjelasan daripada pihak
berkuasa menimbulkan keraguan dalam kalangan pengguna. Kita bimbang
bahawa perkara ini akan menimbulkan suasana yang tidak sihat kerana
dikatakan ada pihak yang tidak bertanggungjawab yang akan mempengaruhi
pengguna untuk memburukkan kerajaan meskipun pihak tersebut

sebenarnya menyedarkan pengguna tentang hak mereka. Peluang begini


juga boleh digunakan oleh sesetengah peniaga untuk memanipulasi pasaran
dan memberikan pelbagai alasan untuk menaikkan harga barang. Keyakinan
pengguna juga bertambah menebal juga terhadap dakwaan itu disebabkan
tidak ada usaha yang berterusan untuk menyekat kenaikan harga. Dengan
itu, mereka terpaksa akur dengan tindakan peniaga. Hal ini akan
menyebabkan kuasa beli pengguna bertambah kecil. Sehubungan dengan itu,
keadaan kegawatan ekonomi yang cuba dikawal oleh kerajaan menjadi sia-sia
akibat tindakan peniaga yang tamak dan mementingkan diri sendiri.
Dalam keadaan tidak menentu sekarang, para peniaga patut sama-sama
berkorban untuk menghadapi kemungkinan berlakunya kegawatan ekonomi
yang lebih teruk. Suasana sekarang tidak mengizinkan peniaga mencari
helah baru untuk mengaut keuntungan. Mereka patut menghindarkan diri
daripada mengambil kesempatan apabila keadaan ekonomi negara kurang
stabil.

Soalan 2(a) : Petikan Umum [9 markah]


Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut menggunakan
ayat anda sendiri.
i. Apakah yang dimaksudkan dengan rangkai kata mempunyai pertalian
antara satu dengan yang lainberdasarkan petikan di atas?
[2 markah]
ii. Mengapakah peniaga dianggap tidak mahu bekerjasama dalam masalah
kepenggunaan?
[3 markah]
iii. Pada pendapat anda, apakah peranan yang perlu dimainkan oleh
pengguna dan peniaga dalam membendung kenaikan harga barangan?
[4 markah]

Anda mungkin juga menyukai