Anda di halaman 1dari 2

Bagaimanakah budaya hedonisme melalui hiburan maya ini boleh merosakkan etika dan akhlak

remaja?

Budaya hedonisme merupakan salah satu gejala yang mudah berlaku pada masyarakat kini
khususnya di kalangan remaja. Gejala ini perlu dipandang serius kerana ia boleh merosakkan etika
dan ahklak remaja melalui tiktok, bigo dan aplikasi2 yang lain. Budaya hedonisme yang dipupuk oleh
hiburan maya akan menyebabkan belia hari ini lupa erti kehidupan yang sebenar. Akibatnya,
matlamat remaja untuk menjadi insan yang murni akan terjejas dari segi intelek, rohani, jasmani dan
emosi kerana boleh menyebabkan ketagihan kepada remaja terhadap media sosial. Budaya
hedonism ini telah melahirkan generasi muda yang tidak mementingkan masa depan dan hidup
hanya untuk bersuka ria dan berfoya-foya.

Yang kedua, budaya hedonisme ini terjadi disebabkan remaja kini terlalu mengikut trend terkini
hingga sanggup mempamerkan aurat kerana hilangnya sifat malu dalam diri dengan berjoget dan
bergelek di platform seperti tiktok, youtube dan sebagainya. Imej yang bertatu dan bersubang, lirik
lagu dan muzik yang tidak sopan dibimbangi menjadi ikutan generasi muda yang baru mengenali
kehidupan luar.

Yang ketiga, hidup dalam keadaan bebas bersosial menyebabkan remaja masa kini hidup dalam
budaya hedonisme. Mereka lebih mementingkan sesuatu yang mereka lakukan hanya mengikut
nafsu mereka tanpa memikirkan agama untuk keseronokan dan kepuasan hidup semata-mata.
Media hiburan yang dibawa oleh negara barat menyebabkan anak muda didedahkan dengan
pertuturan yang kasar, gaya berpakaian dan pergaulan yang bebas.

Yang keempat, Budaya hedonisme hiburan maya ini akan meruntuhkan lagi nilai-nilai agama dalam
kalangan remaja dan anak muda. Nilai-nilai agama adalah sangat penting kerana ia menjadi panduan
kepada kita semasa kita mengharungi liku-liku kehidupan yang semakin sukar, dan mereka yang
mengambil bahagian dalam budaya ini pasti akan menjejaskan tingkah laku moral dan sekali gus
merosakkan etika mereka.
Kesan budaya hedonisme kepada peradaban manusia.

Budaya hedonistik masyarakat masa kini mempunyai pelbagai kesan. Antara kesan tersebut adalah
kepada ilmu. Ilmu adalah sngt penting kepada manusia. Gabungan daripada otak dan minda
menghasilkan manusia yang cemerlang dan gemilang. Keinginan yang kuat untuk belajar pada usia
muda menghasilkan masyarakat yang berwawasan dan berbakat. Namun, masyarakat remaja masa
kini telah mengambil kesempatan daripada kerumitan sains dan teknologi. Manusia akan terhindar
daripada akibat tamadun dan fahaman yang berbahaya dan menipu jika mereka berbekalkan ilmu.
Sains moden penciptaan manusia, sebaliknya, disokong oleh sebahagian besar manusia hari ini.
Akibatnya, ideologi dan budaya Barat lebih cenderung untuk menyerang dan mempengaruhi
disebabkan mereka mengabaikan kewajipan untuk mengekalkan ilmu akibat daripada mengejar
kesenangan hidup.

Isi yang kedua adalah budaya hedonism mengalakkan manusia melakukan kejahatan. Mereka yang
terpengaruh dan taksub dengan materialisme menggesa manusia untuk mendahulukan dunia dan
menjadikannya sebagai matlamat hidup. Manusia yang metarialisme dgn taksud akan kekayaan akan
sentiasa melakukan tindakan mengikut sifat mereka itu. Kesannya, anak – anak meletakkan ibu bapa
mereka di rumah kebajikan kerana kekangan kewangan.

Isi yang ketiga melahirkan manusia yang keras hati yang sentiasa menolak kebenaran dan sentiasa
salah. Ini menyebabkan sifat bongkak terhadap nasihat dan degil menganggu hati manusia dalam
kepercayaan terhadap pembohongan. Mereka diperbodohkan oleh nikmat , wang dan kuasa yang
mereka perolehi dlm hidup. Hedonisme ialah budaya yang mengutamakan kebebasan dan memuja
hiburan dalam hidup yang bersifat metarialistik, tamak dan memetingkan diri sendiri.

Isi yang keempat, budaya hedonisme menjadikan manusia bersikap sombong serta jahat dan
bongkak dan menutup pintu hati manusia. Ianya mendorong manusia melakukan jenayah seperti
rasuah kerana tamak mengumpul harta, keinginan untuk hidup mewah, dan bermegah-megah
terutama kepada usahawan muda yang tertarik kepada kekayaan dan kemewahan. Rasuah
mempunyai akibat yang sangat buruk kepada individu, masyarakat, dan negara.

Anda mungkin juga menyukai