Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum w.b.t.

Lama rasanya tidak menukilkan sesuatu di ruangan wadah ini. Lantaran sibuk dengan
kuliah dan peperiksaan akhir menggamit diri untuk tunduk dan fokus kepada keperluan
tuntutan ilmu. Alhamdulillah, seusai kertas akhir peperiksaan tadi, barulah diri ini dapat
menarik nafas lega dan bersyukur kerana setelah bertungkus-lumus selama tiga tahun
menimba ilmu di perantauan, akhirnya penat lelah itu hampir sampai ke kemuncaknya.
Insya-Allah, jika tiada aral, penghujung tahun ini akan berkesempatanlah diri ini
menghadirkan diri ke majlis konvokesyen yang merupakan saat yang paling ditunggu-
tunggu buat setiap insan yang bergelar graduan.

Sewaktu berkesempatan menonton sebuah cerita yang berbentuk animasi berkisar


tentang kisah junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W 'THE LAST PROPHET', hati
terpaut untuk mendalami dan menghayati perjalanan kisah hidup baginda S.A.W.
menerusi jalinan cerita di dalam filem ini.

Terimbau kembali kenangan semasa menuntut di sekolah dahulu yang mana begitu
sukar sekali hendak menghafal dan menyebut fakta-fakta sejarah yang banyak
menggunakan simbol tarikh dan pelbagai lagi. Jenuh pula hendak mengingat dan
memahami satu persatu sirah junjungan ini memandangkan pada waktu itu, diri ini
masih lagi kerdil dalam mengenali dunia Islam dan erti dakwah itu sendiri.

Berkat panduan dan kesungguhan dalam menuntut ilmu, Alhamdulillah segala halangan
dalam jihad menuntut ilmu dapat diatasi. Itu untuk mereka yang mahu berusaha dan
punya waja diri yang kuat untuk berjihad, bagaimana pula bagi yang kurang upaya dan
lemah semangatnya? Pasti kecundang di pertengahan jalan sedang dakwah yang
disampaikan tidak dapat disebarkan. Hati-hati kecil inilah yang perlu dilentur dan
dibentuk semangat jati dirinya agar kelak ketika sudah menjadi dewasa, tak kan
goyah menerima cercahan.

Tetapi bagaimana caranya yang efektif? Cara pendekatan yang menghiburkan dan
yang dekat di pandangan. Jika cerita ini ditontoni oleh adik kecil yang masih di awal
usia, pasti guru-guru mereka tidak sukar menyampaikan dakwah kepada mereka
lantaran dibantu dek teknologi media. Cerita ini menggamit hati untuk mengimbau
kenangan semasa di bangku persekolahan suatu ketika dahulu lantas memberi sejenak
kesempatan untuk mencoretkan apa yang ada di lintasan fikiran.

Namun, bukan itu tajuk utama yang hendak disampaikan mahupun dirungkaikan.
Persoalan yang terdetik di minda pemberian tuhan Rabbul izzati ini adalah bagaimana
caranya untuk memastikan medium dakwah ini mampu diterapkan ke dalam hati minda-
minda si kecil masa kini agar jiwa-jiwa kecil ini mampu terdidik dan terasuh dengan
asuhan berlandaskan ad-Deen itu sendiri.

Sungguh, medium yang paling hampir dengan seluruh umat manusia masa kini adalah
telekomunikasi yang jika diperkecilkan lagi skopnya adalah menerusi medium hiburan
yang berbentuk informasi atau dengan kata lain menerusi filem mahupun rancangan di
televisyen. Nah, ternyata medium inilah yang sekarang mencatat kedudukan tertinggi di
hati insan dan bukan sahaja digemari oleh  kanak-kanak, tetapi seluruh dunia.

Masya-Allah! Persoalan baru sahaja dirungkaikan, namun isinya masih belum dikupas
dan diberi dengan hujahan-hujahan dan bukti yang utuh lagi kukuh. Terfikirkah di benak
kita ini bahawa betapa menularnya ideologi-ideologi yang cuba ditanamkan oleh
orientalis Barat yang bertunjangkan nafsu dunia semata-mata menerusi medium yang
kita praktikkan masa kini.

Lihat sahaja di kaca televisyen bagaimana serangan yang dilakukan oleh orientalis
Barat ini telah meracuni pemikiran umat masa kini dengan hiburan yang melalaikan,
perbuatan maksiat yang dianggap sebagai gaya dan rencah hidup masa kini yang
berteraskan arus kemodenan yang melalaikan.

Nyata sahaja golongan kufar ini mampu mendabik dada dan berteriak "Inilah serangan
yang dapat kami takhluki tanpa pertumpahan darah! Inilah kemenangan yang berjaya
kami bolosi dengan serangan jiwa dan pemikiran umat masa kini. Kami kuasai
ekonomi, hiburan dan maklumat terkini menerusi satu saluran iaitu teknologi multimedia
yang semakin dikenali dan diagungi! Nah, nyata kemenangan telah kami perolehi!!"
Persoalan dan bukti menampakkan diri, kini hujahan berikut mengukuhkan bukti.

Lihat sahaja bagaimana fasihnya dan tekunnya anak-anak muda generasi kini
menghafal dan mengagungkan artis barat yang menjadi idola mereka. Fasihnya mereka
ini menghafal lagu-lagu yang kadang butir katanya adakala berbaur lucah dan bersifat
nista, sedangkan kitab Al-Quran itu seakan beban untuk dibaca apa lagi untuk dihafaz.
Agungnya artis barat itu sehingga sanggup bergolok bergadai untuk ke konsert yang
dibuat atas dasar 'inilah bukti setianya aku kepadamu' sedangkan tokoh-tokoh agama,
panglima-panglima Islam yang punya sejarah gemilang tak mereka ketahui, malahan
ada yang memeritkan Rasul pesuruh Allah itu tak diketahui sirah dan sifatnya. Masya-
Allah! Bala apakah ini?

Demokrasi. Satu sistem yang dianggap adil dan saksama kerana menggunakan
majoriti dan suara orang ramai dalam mencari sesuatu penyelesaian. Tetapi, lihat
secara tersiratnya, bukan yang tersuratnya sejauh mana sistem ini mampu menaikkan
sesebuah negara jika sistem yang dijalankan ini tidak diamalkan bertunjangkan Al-
Quran dan As-Sunnah. Sejauh manakah keberkesanan dan berjayanya undang-undang
itu seandainya hanya mampu dipraktikkan di atas kertas semata mahupun kata
'DEMOKRASI' itu sendiri sedangkan tidak diamalkan dengan cara yang betul?

Siapakah yang harus dipersalahkan sekiranya gejala buli, merompak, memperkosa


semakin menular dalam kalangan masyarakat masa kini sedangkan jika dikaji dan
ditimbang tara masalah ini berpunca daripada penerapan ideologi kufar itu sendiri.
Masyarakatkah yang salah kerana membiarkan diri mereka terjebak dalam kancah
kebingungan jajahan pemikiran orientalis barat ini? Kucing mana yang mahu menolak
ikan segar tersedia di depan mata, siapa yang tidak akan tertarik jika pelbagai taktik
yang menyilaukan pandangan dijadikan umpan untuk menarik perhatian. Sisipan iman
di dada yang lemah tidak dapat membantu menguatkan diri untuk menegah
daripada berlakunya kemungkaran yang bermaharajalela di depan mata.

Pimpinan iman itu yang menyelamatkan hati-hati daripada terpaut pada ajakan lawan.
Nah, nyata di sini bagaimana faktor kepimpinan itu sendiri yang dapat memainkan
peranan yang teramat penting bagi menggalas bebanan ini. Sekiranya kepimpinan yang
di atas pundak itu berjuang dengan panduan Al-Quran dan As sunnah, mengamalkan
yang makruf dan menghindar yang mungkar, pasti gejala yang berlaku pada masa kini
tidak terjadi.

Penyelesaian tidak dapat dicari andai kita saling salah menyalahi. Pentingnya di sini,
ekonomi Islam itu perlu kita kuasai, ilmu duniawi itu perlu kita terokai, untuk
bimbingan menuju uhkrawi. Menghurai maksud isi dunia menerusi permasalah yang
cuba dikaji, nyata medium yang selama ini menjadi hiburan insan ini perlu kita kuasai
dengan cara yang islami agar nilai kesedaran itu dapat kita perolehi. Lihat sahaja
sejarah bagaimana Malaysia yang tercinta ini mendapat kemenangan daripada jajahan
takhlukan kuasa yang lain dan tidak bukan bertitik tolak daripada medium yang paling
hampir dengan masyarakat iaitu media massa.

Media massa yang memainkan peranan yang sangat penting kepada masyarakat
dalam usaha dakwah Ad-Deen ini. Corak penyampaian yang sangat berkesan dan
memudahkan adalah dengan cara penyampaian di saluran kaca televisyen, dan di
corong-corong radio. Bukan hendak menafikan medium penulisan yang juga
memainkan peranan yang sangat penting, namun kesibukan masyarakat masa kini
memungkinkan hanya segelintir yang membaca berbanding dengan mendengar
mahupun menonton.

Berbalik kepada isu sampingan yang dikemukakan di awal penghujahan, telah terang
lagi bersuluh dapat dilihat bagaimana medium dakwah yang disebarkan melalui filem
dapat menarik hati ini untuk menonton dan memahami perjuangan rasul junjungan
suatu ketika dahulu untuk menyebarkan syiar Islam.

Terdetik di hati ini bahawa inilah medium yang dicari yang dapat membawa kepada
penyelesaian kerosakan akidah masa kini. Bertitik tolak daripada itu, hati ini senantiasa
mengharap redha Ilahi mengiringi langkah perjuangan jihad di jalan seni dengan
bertunjangkan kalimah Lailaha Ilallah Muhammadur Rasulullah. Moga jalan yang
diceburi tak dicemari oleh nafsu kepada duniawi hingga lalai pada yang ukhrawi.

[Bingkisan Penulis: Insya-Allah, jika tiada aral, bakal meneruskan perjuangan ke


peringkat ijazah sarjana muda penulisan artistik di bawah fakulti Teknologi Kreatif dan
Artistik. Akan kuubah paradigma masyarakat kini dengan usaha dan tawakal kepada
Ilahi. Amin..]

Anda mungkin juga menyukai