Anda di halaman 1dari 4

Puan ,

Happy Easter !

This paper is divided into 2 parts. The first part is my own effort. Part 2 is a sample answer if you
think any part of 2 can strengthen my essay please highlight ,
1.Budaya membaca penting untuk membentuk masyarakat yang maju dan berilmu.
Bagaimanapun, kemajuan dalam teknologi telah melemahkan minat membaca dalam
kalangan rakyat Malaysia
Pada suatu ketika dahulu ilmu diperoleh dengan belajar melalui cara membaca tidak kira
dimana-mana sahaja sama ada di Gereja, Masjid, Universiti, Perpustakaan mahupun di rumah.
Kini dengan kemajuan Teknologi pengetahuan juga boleh diperoleh pengguna dengan bacaan
melalui medium Teknologi Maklumat (IT) seperti telefon pintar dan komputer.
Membaca adalah penting kerana kita boleh memperoleh ilmu, kemahiran dan maklumat .
Masyarakat Berpengetahuan ialah istilah untuk menggambarkan masyarakat yang bercirikan
ekonomi dan budaya dengan tahap pergantungan yang tinggi terhadap potensi mereka untuk
mencipta pengetahuan saintifik dan teknologi.
Selain itu Membaca adalah proses kita belajar menerima sesuatu maklumat tanpa kita
menggunakan pancaindera kita yang lain sebagai contoh melihat, menyentuh, mendegar,
menghidu dan sebagainya tidak dapaty dinafikan ia adalah sangat sukar dan berat untuk otak kita
menerima dan mentafsirnya. Contohnya membaca bacaan buku Undang-undang bab demi bab
dan kes demi kes tidak dapat dinafikan mengambil masa yang lama untuk kita menafsirnya.
Seterusnya, terdapat pelbagai jenis pembaca yang dapat kita kenal pasti, ada segelintir
daripada mereka membaca “hard copy” seperti surat khabar biasanya Warga Emas kerana ada
segelitir mereka masih buta teknologi .Golongan muda pula lebih cenderung mencari dan
membaca Maklumat di media massa ataupun internet melalui banyak jenis web bacaan, bukan
bacaan umum dan daripada satu sumber sahaja tidak bersumberkan “hard copy”.
Namun sedemikian, Media sosial dapat menimbulkan dan kontroversi dan propaganda
dramatic sebagai contoh berita palsu . Pembelajaran Undang-undang misalnya memerlukan
membaca bab demi bab, kes demi kes dengan teliti dan memerlukan pemahaman dan pentafsiran
yang logic dan rasional. Propoganda dan kontroversi berita palsu ini menyebabkan mereka
tersasar dari kecerdasan buatan yang dikawal oleh fikiran kita.
Tidak semua maklumat yang terdapat dibuku boleh didapati melalui sumber internet.
Setiap buku yang diterbitkan di Malaysia perlu diperluaskan kepada Perpustakan-perpustakaan
yang terdapat dalam Negara, supaya pembaca mempunyai ketersediaan yang lengkap untuk
membaca buku tanpa perlu membelinya. Perpustakaan yang selesa, luas dan tenang mampu
membuatkan pengguna menumpukan perhatian sepenuhnya tanpa sebarang gangguan. Dalam
konteks ini Perpustakaan yang baik adalah perpustakaan yang dapat memberikan kedua-dua
pengguna pengalaman membaca menggunakan medium yang berbeza, Sebagai contoh
Perpustakan Negara mempunyai gabungan kedua-dua bahan bacaan seperti salinan cetak
dan e-bacaan. Buku seperti Esiklopedia serta buku peta dunia dapat ditemui dalam Perpustakaan
ini dalam masa yang sama platform teknologi maklumat ataupun media massa seperti internet
mahupun web bacaan dapat menyediakan maklumat ringkas buku ini tetapi jika pengguna mahu
membaca dengan lebih mendalam boleh membuat rujukan pada buku .
Untuk membuat kesimpulan memandangkan saya sudah berusia, saya dapati membaca
bahan bercetak seperti buku, majalah, mahupun akhbar lebih menarik bagi saya berbanding
membaca di atas talian ataupun membaca melalui telefon pintar dan komputer walaupun kadang-
kadang saya terpaksa merujuk internet dari semasa ke semasa. Tetapi pada akhirnya, saya akui
merujuk internet dan media massa adalah paling mudah dan cepat daripada saya perlu pergi ke
perpustakaan yang jaraknya agak jauh dan hanya membuang masa semata-mata hanya untuk
memdapatkan maklumat yang ringkas

Dan
2. KARANGAN BERBENTUK PERBINCANGAN
Tajuk : Budaya membaca penting untuk membentukkan masyarakat maju dan berilmu. Walau
bagaimanapun,kemajuan dalam bidang teknologi telah melunturkan minat membaca dalam
kalangan masyarakat Malaysia.
Bincangkan.
Minat membaca dapat ditakrifkan sebagai keinginan atau kesanggupan seseoarang individu
dalam semua lapisan masyarakat untuk membaca, menelaah atau mendalami maklumat dan ilmu
yang terkandung dalam sesebuah bahan bacaan yang mendatangkan manfaat atau berunsur
ilmiah. Sejak merdeka, negara kita yang tercinta dan berdaulat sudah menempa kejayaan demi
kejayaan baik dari segi politik, ekonomi mahupun dari segi sosial. Sekali imbas, lihatlah
prasarana bertaraf dunia seperti Menara Berkembar Petronas, Putrajaya atau Lapangan Terbang
Anatarabangsa di Sepang (KLIA) yang dibangai dan berjaya meletakkan Malaysia di persada
dunia. Namun demikian, jika kita halusi dan lebih peka, akan kita dapati bahawa tahap minat
membaca dalam kalangan masyarakat kita masih berada pada takok lama. Oleh sebab tahap
minat membaca sesebuah masyarakat memang diakui sebagai pemangkin dalam penambahan
nilai sumber tenaga dan pembangunan negara, ada baiknya faktor-faktor yang menjurus kepada
maslah ini diperinci dan diteliti. Masa berlalu zaman beredar

Oleh sebab tidak ingin terpinggir daripada persaingan global dalam teknologi komunikasi dan
penyiaran, Malaysia telah melancarkan satelit yang dinamai MEASAT 1 dan MEASAT 2 sekali
gus membuka lembaran baru dengan mengamalkan dasar langit terbuka. Dasar ini membolehkan
rakyat Malaysia menikmati seribu satu rancangan menarik sajian lebih dariapada 176 saliran
televisyen seperti Astro, TV3, NTV7, TV8 termasuk MTV Antaranya ada saluran yang
menyiarkan program 24 jam. Pertumbuhan stesen-stesen televisyen swasta itu pula
mengakibatkan persaingan sengit untuk meraih pendapatan iklan. Sebagai akibat, stesen-stesen
televisyen swasta itu telah menyiarkan rancangan hiburan secara berlebihan untuk memancing
selera penonton. Misalnya, rancangan-rancangan hiburan seperti ‘Akademi Fantasia’, ‘America
Idol’, ‘Mentor”, ‘Fear Factor” dan rancangan video muzik (MTV) sudah seolah-olah bersebati
dengan kehidupan masyarakat khususnya golongan remaja memandangkan media elektronik
khususnya televisyen memang berpengaruh sebgai agen pemasyarakatan. Tidak hairanlah banyak
remaja kini yang berangan-angan untuk menjadi penghibur tetapi tidak mengenali ilmuan
tersohor seperti Socrates, Plato, Abdullah Mushi atau Confucius kerana bukti-bukti karangan
pemikir-pemikir agung itu tidak pernah dibelek apatah lagi dijadikan teman hidup mereka.
Selain tarikan media elektronik, minat membaca dalam kalangan masyarakat kita juga semakin
terhakis dan kecundang dalam persaing dengan daya tarikan daripada pusat-pusat hiburan. Jika
kita lebih peka akan kita dapati bahawa percambahan pusat-pusat hiburan di negara kita bagai
‘cendawan yang tumbuh selepas hujan’.
Sebagai akibat kelonggaran pihak berkuasa tempatan dalam pemberian lesen, pusat-pusat
hiburan seperti pusat permainan video, kelab malam, karaoke atau kafe siber memang mudah
ditemukan baik di sekitar petempatan yang padat penduduknya mahupun di celah-celah pasar
raya. Memandangkan perniagaan ini menjanjikan pendapatan yang lumayan, para pengusaha
yang mengendalikan pusat-pusat hiburan itu rata-rata akan memejamkan sebelah mata dengan
tidak menguatkuasakan larangan kemasukan remaja di bawah umur 18 tahun ke premis-premis
itu. Contohnya, kafe siber yang boleh beroperasi 24 jam telah menawarkan pelbagai permainan
komputer atau aplikasi internet yang berunsur seks, keganasan malah perjudian untuk menarik
kunjungan para pelanggan khususnya para belia atau pelajar oleh sebab sudah ketagih dan
mungkin sudah berhabis-habisan untuk mendapatkan keseronokan sementara yang melekakan di
pusat-pusat hiburan itu, sudah pasti masyarakat kita terutamanya golongan belia tidak terdorong
atau ketandusan wang untuk mengunjungi toko-toko buku atau berjinak-jinak dengan bahan
bacaan yang berunsur ilmiah untuk mengisi ilmu di dada.
Di samping itu, minat membaca dalam kalangan masyarakat kita yang kian lekang juga didasari
sikap masyarakat terutamanya warga kota yang bertuhankan kebendaan. Zaman ini sering
diibaratkan sebagai zaman kebendaan. Akibatnya, orang yang kaya lazimnya disanjungi dan
dihormati manakala para cendikiawan yang berilmu dan memiliki sahsiah yang terpuji pula
dianaktirikan dan dipandang remeh. Oleh sebab mentaliti yang berpaksikan ‘ada wang semua
jadi’ itu telah berakar umbi dalam jiwa masyarakat pada zaman moden ini, tonggak sesebuah
keluarga atau ibu bapa zaman ini rata-ratanya bekerja siang malam dan berlempas-pulas untuk
mengejar wang. Sebagai natijah, kehidupan yang sibuk diburu waktu seolah-olah tidak
membenarkan mereka mendekati buku, majalah atau bahan bacaan yang dapat membina minda
mereka. Misalnya, kita akan mendapati bahawa kebanyakkan ibu bapa sekarang yang mampu
dan berada lebih suka memperkasakan status dan darjat diri mereka dengan membeli barang-
barang yang mewah seperti beg berjenamakan LV, kereta BMW yang menelan kos ratusan ribu.
Akan tetapi, yang dikesali adalah banyak yang didapati kedekut untuk membeli buku bagi
memperkaya ilmu. Memandangkan pepatah Melayu ada menyetakan ‘Bagaimana acuan,
begitulah kuihnya’, tidak hairanlah jika anak-anak mereka turut terbawa-bawa dengan sikap ibu
bapa mereka yang mengagung-agungkan kebendaan tetapi mengetepikan buku dan ilmu
Seperti yang sedia kita maklumi, istitusi persekolahan kini tidak lagi dijadikan wadah untuk
membina ilmu atau dibudayakan dengan minat membaca dalam erti kata yang sebenarnya.
Sebaliknya, sebgai akibat desakan dan harapan tinggi menggunung daripada masyarakat
khususnya ibu bapa, sekolah atau institusi pengajian tinggi seoalah-olah menjadi ‘kilang’ untuk
melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik atau memiliki segulung ijazah semata-
mata. Contohnya, liputan media massa yang meluas akan dibuat jika sesebuah sekolah telah
berjaya mencatat keputusan yang cemerlang atau memecahkan rekod dalam peperiksaan awam
seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Peperiksaan Menengah Rendah (PMR), Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Untuk ‘bersaing’
dengan sekolah yang dikatakan unggul itu, pengetua-pengetua sekolah lain pula akan terdesak
untuk mengerah tenaga-tenaga pengajar di sekolah masing-masing untuk mengadakan tuisyen
tambahan pada hujung minggu atau memberikan latihan tubi dan kerja rumah yang tidak
kunjung habis kepada pelajar-pelajar mereka. Akibatnya, minat membaca pelajar yang sejati
turut terhakis kerana sistem pendidikan yang berorentasikan peperiksaan itu sendiri banyak akan
‘memualkan’ mereka terhadap buku. Contohnya, banyak professional seperti peguan, jututera
atau guru yang didapati tidak lagi menghayati pembacaan selepas meninggalkan menara gading.
Justeru, tidak keterlaluan jika kita katakana bahawa system pendidikan yang pincang juga perlu
dipersalah dalam mewujudkan masyarakat yang tidak berminat untuk membaca.
Sebagai kesimpulan, ternyata bahawa kemajuan dalam teknologi bukan faktor tunggal yang
melunturkan minat membaca dalam kalangan masyarakat kita. Sebaliknya faktor-faktor seperti
pembukaan pusat-pusat hiburan yang tidak terkawal, sikap mayarakat kini yang berkiblatkan
kebendaan dan system pendidikan yang kurang memberikan penekanan dan pemupukan minat
membaca turut tidak boleh dikesampingkan. Walau bagaimanapun, kita harus menyedari bahawa
minat membaca turut tidak boleh dikesampingkan. Walau bagaimanapun, kita harus menyedari
bahawa minat membaca yang mendekatkan seseorang rakyat dengan buku atau bahan bacaan
yang baik memang penting dan perlu dalam menampilkan modal insane yang berilmu, peka,
kritis, kreatif dan berdaya saing lebih-lebih lagi pada zaman globalisasi ini.Oleh sebab itu, bagi
mempersiapkan rakyat kita dalam mendepani dunia yang menyamai perkampungan global dan
tidak bersemapadan ini, semua pihak yang terlibat baik perancang dasar, pendidik, media massa
mahupun ibu bapa hendaklah merangka strategi yang mapuh lagi bersepadu dalam membajai
minat membaca yang kental dalam jiwa masyarakat kita khususnya generasi muda yang
digalaskan harapan sebagi pewaris tampuk kepimpinan negara pada hari muka, ‘Membaca
Jambatan Ilmu

Anda mungkin juga menyukai