Anda di halaman 1dari 15

“Ekonomi pemangkin kemajuan Negara”

Pihak kerajaan- M2

Bismillahirahmanirrahim, saya akan


meneruskan perjuangan yab perdana menteri
dan menteri pertama.
Selaku menteri ke-2, sye ingin menegaskan
bahawA, ekonomi pmangkin kemajuan
Negara. Sebentar tadi pihak pembangkang
ada mengatakan
Contoh:

Kemajuan ilmu lebih penting brbanding kemajuan ekonomi. Saya tidak bersetuju dengan
kenyataan beliau, kerana, ilmu itu umpama pokok, manakala kekayaan ekonomi adalah
buahnya.....apalah ertinya, kte maju dlm bidamng ilmu, sedgkan ekonomi di monopoli
oleh org lain, kemajuan ekonomi tetap penting dan utama, untuk menjamin survival
tamadun Negara bangsa.

Kami pihak kerajaan menyangkal sama sekali


hujah pembangkang
Tuan yang dipertua dewan, Izinkan saya
memjawab persoalan pihak pembangkang,
selepas ini.
Teruskan bidasan

Tuan yang dipertua dwn berhubung dakwaan


pihak pembangkang
Contoh:’yg mgatakan’ kmajuan ngara hanya boleh di cpai melalui pnguasaan ilmu sahaja .saya igin
mnarik pehatian dewan bahawa usul perdebatan kita hari ini ialah ekonomi pemangkin kmajuan
ngara. Ini bermakana ekomi adlh jentera utk kte mncapai kmajuan manakala ilmu hanyalah
komponannye, umpama kte hendak pergi kesesuatu destinasi, ekonomi adlh kenderaannya
mnkala ilmu hanyalah pengetahuan bgaimne utk mengendalikan kenderaan trsebut dlm erti kte lain
tnpa kenderaan / penguasaan ekonomi kite tdak akan smpi kmana2 destinasi yg hendak kite
pergi.hanya ekonomi yg kuat kita boleh menjaga kebajikan rakyat menyediakan prasarana yg baik
membina sklh, jalan raya, mahupun asset ketenteraan utk mnjaga kedaulatan ngara.

Ekonomi dan kemajuan agama

Ibarat irama dengan lagu, bagai isi dengan kuku


Bagi mgakhiri hujah sye dengar...dngar ...dngar patun saya

Belum duduk sudah berlunjur

Terkasar kata maaf dipohon

Tibalah masa saya berundur

Ekonomi Negara tetap unggul

SEKIAN
Budaya Internet Tidak Menghakis Pemikiran
Kritis
Posted on October 9th, 2009 in Penulisan Ilmiah by mrbo

Betapa hebatnya fikir manusia akhirnya besi yang berat dapat terbang di udara, betapa
hebatnya fikir manusia akhirnya besi yang berat dapat terapung pada permukaan air dan
betapa hebatnya fikir manusia akhirnya ilmu dapat merentasi tembok besar China sehingga
ke banjaran Himalaya.

Apa yang hendak disampaikan, sekiranya pemikiran manusia diasah dengan baik, pemikiran
itu dapat diterjemahkan kepada tindakan yang membantu dalam ketamadunan hari ini. Allah
S.W.T berfirman:

“katakanlah, adakah sama orang yang mengetahui dengan tidak mengetahui? Sesungguhnya
hanya yang menerima peringatan adalah orang yang berakal”

(Az-zumar: 9)

Salah satunya adalah pembentukan ke arah pemikiran kritis, sebagaimana menurut buku
Psikologi Kognitif terbitan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) iaitu kecekapan dan
keupayaan otak untuk menilai kewajaran idea, meneliti kebaikan dan keburukan sesuatu
perkara serta membuat pertimbangan dengan alasan dan bukti yang kukuh.

Asasnya, objektif pemikiran kritis menuntut proses perkembangan, pencernaan dan


percambahan idea dalam menentukan sesuatu kepastian mahupun mendiagnosis dalam
penyelesaian masalah seperti mana kata-kata Imam Al-Ghazali, agar umat Islam tidak
bersifat taklid iaitu tidak menerima sesuatu perkara tanpa usul periksa.

Melatari perubahan teknologi, Internet adalah salah satu instrumen yang digunakan sebagai
alat untuk keperluan perhubungan, penyampaian dan sebagainya dalam masyarakat siber hari
ini.

Timbul persoalan, adakah Internet menghalang minda manusia daripada melakukan analisis
maklumat dan mengekang keboleh fikiran seseorang? Adakah Internet perlu dipersalahkan
kerana penyebaran dakyah dan ideologi yang merosakkan fikiran manusia?

Jangan kerana cyberphobia, kita menolak kecanggihan jaluran nano informatif Internet
sehingga kita diibaratkan katak di bawah tempurung. Marilah sama-sama kita bermuhasabah
dan mengubah orientasi tabiat manusia untuk menggunakan Internet sebagai gedung
pengetahuan ke arah pembentukan citra pemikiran masyarakat abad ke-21 yang hebat.
Internet merupakan teknologi masa kini yang membolehkan manusia berfikir dan merubah
keadaan yang akan memberikan manfaat dan kebaikan bersama.

Dua perspektif akan dikemukakan iaitu

1. Internet adalah gedung informasi dan penyebaran maklumat yang proaktif


2. Budaya Internet menjadi amalan komunikasi yang efektif tanpa sempadan

Gedung Informasi dan Penyebaran Maklumat yang Proaktif


‘Tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China’

Betapa Islam menuntut umatnya mendalami ilmu pengetahuan agar menjadi aset yang
berharga untuk menjadi masyarakat madani yang cemerlang, sebagaimana hadith Rasulullah
S.A.W:

“Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap Muslim”

Maka, dengan kepesatan teknologi maklumat telah merubah sistem yang lebih pantas dalam
proses pencarian ilmu pengetahuan pelbagai bidang tidak kira cendekiawan, budayawan, ahli
akademik, jurnalis, pelajar-pelajar, orang kenamaan, ahli politik sehinggalah pekebun kecil
berebut-rebut untuk meninggikan taraf keilmuan.

Daripada sistem tradisional dengan mengunjungi perpustakaan, tapi modenisasi telah


membawa maklumat hanya di hujung jari anda dengan formula 4A iaitu anywhere, anyhow,
anyone dananything.  Bahkan, penggunaan hiperteks memudahkan bahan-bahan bacaan untuk
diperolehi.

Internet juga ibarat perpustakaan maya yang mengumpulkan ilmu dan pangkalan data yang
tidak terhingga dengan hanya menekan tetikus untuk melayari laman-laman sesawang yang
ada.

Pengguna Internet di Arab Saudi hampir mencecah 25 juta orang yang telah mengakses
Internet bagi tujuan penerokaan ilmu dan 50 daripada 150 laman sesawangnya yang popular
adalah berkaitan pendidikan nilai spiritual dan keagamaan. Bahkan, negara-negara maju
mempunyai Indeks Kepentingan Maklumat (IEI) yang tinggi kerana penggunaan Internet
yang meluas.

Rakyat Malaysia mula menerima Internet pada awal tahun 1990 manakala penggunaan jalur
lebar pada tahun 2001. Dengan pembangunan Koridor Raya Multimedia (MSC) dan
kemunculan National Information Technology Council (NITC) telah menganjalkan doktrin
penyebaran ilmu kepakaran pelbagai bidang termasuklah akses online journal dan e-
Book bagi rangkaian pengguna di universiti, telah meninggikan status penerokaan ilmu yang
lebih canggih dan berdaya saing. Bahkan, Malaysia merupakan antara 10 buah negara di Asia
yang mempunyai bilangan pengguna Internet paling ramai.

Tuntasnya, keperluan Internet telah mendesak masyarakat siber hari ini untuk menjadikan
medan maya sebagai gedung pengetahuan yang dapat digunakan sebagai aset keboleh fikiran
seseorang. Kita mungkin tidak dapat melakukan pengembangan idea yang baik sekiranya
persekitaran tidak diperkaya dengan maklumat. Pastinya, Internet adalah jawapannya.

Budaya Internet: Amalan Komunikasi yang Efektif

Internet menggalakkan perkongsian ilmu dan diskusi siber seperti telesidang yang dapat
meningkatkan kebarangkalian mobiliti idea dan pengembangan pemikiran. Apabila wujud
pertembungan interaksi, secara tidak langsung dapat membetuli miskonsepsi antara satu sama
lain. Bahkan, Internet turut memberi ruang dan peluang untuk melaksanakan urus niaga yang
efisien dan menjimatkan tenaga.
Sesungguhnya, persepsi negatif dan Islamophobia semakin menebal dalam kondisi hari ini.
Namun, dengan kehadiran Internet sebagai laman perbincangan maya seperti
Islamonline.com menjadi platform yang berkesan untuk memperbetul imej Islam.

Internet adalah medium bagi generasi muda. Sudah pasti, pembabitan remaja dengan impak
siber terkandung erat fasa moral, perkembangan dan pembentukan intelektualisme serta
idealisme mereka. Sering kali mereka ini dikaitkan budaya hedonisme tatkala
menggunakannya. Selagi mana mereka berpegang pada Al-Quran dan As-Sunnah serta
memegang prinsip yang mulia, perkara-perkara yang kurang elok dapat dihindari.

Usahlah disalahkan Internet, kerana itu hanyalah alat umpama pisau. Tujuan asalnya untuk
kegunaan harian namun apabila disalahgunakan oleh pelakunya, pisau itu boleh berbahaya.
Dalam konteks ini, usahlah disalahkan Internet tatkala kebejatan moral yang sangat
merisaukan. Sedarlah, selagi mana mereka didedahkan dengan kandungan dan maksud
komunikasi yang sebenarnya, Internet adalah batu loncatan kepada proses transformasi dalam
proses sosial remaja dan penjanaan pandangan mereka yang dikalsifikasikan  sebagai
cendekia muda alaf baru seterusnya membina keboleh fikiran mereka.

HUJAH PEMBANGKANG
Faedah internet dalam dunia serba canggih ini:

Melatari perubahan teknologi, Internet adalah salah satu instrumen yang digunakan sebagai


alat untuk keperluan perhubungan, penyampaian dan sebagainya dalam masyarakat siber hari
ini.

Jangan kerana cyberphobia, kita menolak kecanggihan jaluran nano informatif Internet
sehingga kita diibaratkan katak di bawah tempurung.

cyberphobia- TAKUT PADA KOMPUTER

teknologi maklumat masa kini yang membolehkan manusia berfikir dan merubah keadaan
yang akan memberikan manfaat dan kebaikan bersama.

Dua perspektif akan dikemukakan iaitu

1. Internet adalah gedung informasi dan penyebaran maklumat yang proaktif


2. Budaya Internet menjadi amalan komunikasi yang efektif tanpa sempadan

Dengan kepesatan teknologi maklumat telah merubah sistem yang lebih pantas dalam proses
pencarian ilmu pengetahuan pelbagai bidang tidak kira cendekiawan, budayawan, ahli
akademik, jurnalis, pelajar-pelajar, orang kenamaan, ahli politik sehinggalah pekebun kecil
berebut-rebut untuk meninggikan taraf keilmuan.

 Modenisasi telah membawa maklumat hanya di hujung jari anda dengan formula 4A
iaitu anywhere, anyhow, anyone dan anything.

 Modenisasi- Satu proses transformasi yang melibatkan aspek kehidupn


manusia.

BIDASAN BAGI MYNYANGKAL HUJAH PIHAK KERAJAAN 

Buat pengetahuan pihak kerajaan,

Rakyat Malaysia mula menerima Internet pada awal tahun 1990 manakala penggunaan jalur
lebar pada tahun 2001.
Bahkan, Malaysia merupakan antara 10 buah negara di Asia yang mempunyai bilangan
pengguna Internet paling ramai. 

Tuntasnya, keperluan Internet telah mendesak masyarakat siber hari ini untuk menjadikan
medan maya sebagai gedung pengetahuan. Kita mungkin tidak dapat melakukan
pengembangan idea yang baik sekiranya persekitaran tidak diperkaya dengan maklumat.

Internet adalah jawapannya kepada segala persoalan.. 

Usahlah disalahkan Internet, kerana itu hanyalah alat umpama pisau.Usahlah disalahkan
Internet tatkala kebejatan sosial yang sangat merisaukan. Sedarlah, selagi mana mereka
didedahkan dengan kandungan dan maksud komunikasi yang sebenarnya, Internet
adalah batu loncatan kepada proses transformasi dalam proses sosial remaja dan penjanaan
pandangan mereka yang dikalsifikasikan  sebagai cendekia muda alaf baru seterusnya
membina keboleh fikiran mereka.

ULASAN SEBELUM MENGAKHIRI BIDASAN PEMBANGKANG TERAKHIR

Persoalannya:
Adakah masyarakat akan terus menunding jari kearah kemajuan teknologi maklumat
sebagai penyebab utama kebejatan sosial dalam kalangan rakyat khususnya remaja dan
belia?

Jangan kerana cuka setitik, rosak susu sebelanga


jangan kerana nampak buruknya, tidak dipandang kelebihannya

SEKIAN....

Kerajaan
Berita harian

STATISTIK ANAK LUAR NIKAH DI MALAYSIA


Posted on the November 27th, 2009 under Tempatan by johnjimat
Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang
dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan
sijil kelahiran. Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran anak tidak sah
taraf.
Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf. Nombor sijil yang lazimnya tertera di
bahagian kanan dokumen, dicetak di bahagian bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak
mengetahui ayah kandungnya.
STATISTIK
Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000
sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.
Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada
setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17
saat!

Pecahan mengikut negeri:


Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.
Sejak akhir-akhir ini, gejala sosial di Malaysia nampaknya semakin banyak dan menjadi-jadi.
Jika dulu setiap
kali isu sosial ini timbul, masyarakat akan terus mencemuh dan mengaitkannya dengan
budaya kehidupan Barat.
Istilah ‘budaya kuning’ cukup popular suatu waktu dulu bagi menggambarkan kehidupan
bebas di Barat yang menjadi
kegilaan muda-mudi di Malaysia. Waktu itu, masyarakat masih memandang keji budaya
import ini yang telah merosakkan
akhlak, khususnya golongan muda. Tahun demi tahun berlalu, istilah budaya kuning semakin
terhakis dan terus hilang
dari kamus. Dengan kata lain, ‘budaya kuning’ itu telah kehilangan kuningnya dan kini telah
menjadi ‘budaya kita’.
Sebab itulah, gejala sosial yang berlaku kini bukanlah merupakan satu perkara asing lagi di
dalam masyarakat. Masyarakat
nampaknya sudah ‘lali’ dengan apa yang berlaku dan sudah pasrah dengannya, bak kata
pepatah ‘alah bisa tegal
biasa’.
Hampir setiap hari kita didedahkan dengan bermacam-macam laporan tentang masalah
salah laku remaja. Berduaduaan
di antara lelaki dan perempuan sudah terlalu lumrah, sehingga ia tidak lagi dilakukan di
tempat yang tersorok,
malah telah berlaku secara terang-terangan di tempat awam. Jika dulu kes-kes berpeluk,
cium dan raba adalah fenomena
biasa di tasik-tasik, kini ia boleh dilihat di mana-mana, termasuklah di kedai-kedai mamak
sekalipun. Budaya rempit
sudah tidak terkata dan semakin hari mereka semakin menunjukkan belang. Ini terjadi
setelah golongan mat rempit ini
semakin mendapat perhatian kerajaan, seolah-olah mereka ini telah diberi satu
‘pengiktirafan’. Baik di bandar mahupun
kampung, golongan ini sudah tidak memilih tempat lagi, asalkan ada jalan raya. Lebih buruk,
aktiviti rempit ini turut
melibatkan golongan remaja perempuan. Apa yang paling menyedihkan kita ialah, mereka
ini semuanya beragama
Islam! Malah sebahagian besar kes gejala sosial yang berlaku di Malaysia adalah melibatkan
muda-mudi Islam!
Sedikit Berita Terkini
Bagi mereka yang mengikuti perkembangan isu-isu yang
berkaitan dengan permasalahan moral khususnya yang
menyentuh perkara-perkara berkaitan hubungan antara
lelaki dan perempuan, mereka pastinya telah mengetahui
tentang isu terkini sekitar laporan kajian Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) yang telah dibuat oleh
pakar Psikologi Kanak-kanak dan Remaja, Dr. Khaidzir
Ismail telah mendedahkan bahawa hanya seorang sahaja
daripada subjek-subjek ujikaji berjumlah 887 remaja
bermasalah masih belum pernah melakukan ’hubungan
seks’. Laporan tersebut telah menjadi isu kontroversi di
mana penemuan tersebut telah dikritik hebat oleh Menteri
Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang
menyatakan hasil laporan tersebut tidak boleh diguna
pakai kerana terdapat kesalahan dari segi statistik serta
definisi.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula meluahkan, ‘‘Jangan
hukum seluruh generasi muda hanya kerana perlakuan
886 gadis... ramai lagi golongan remaja perempuan
yang baik, rajin, menghormati orang tua dan tidak
tinggal sembahyang... kenapa kita tidak bercakap
mengenai mereka? Kenapa kita hanya menumpu
kepada isu-isu kecil sahaja”. Beliau seterusnya
menyatakan, ‘‘Jangan jadikan hasil kajian ini untuk
menghukum mereka. Henti menghukum generasi muda,’’
katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran
media Festival Sastera Antarabangsa Kuala Lumpur [UM
02/03/07].
Cukup malang apabila kita mendengar kes ini dianggap
sebagai kes kecil sahaja, apatah lagi bila dikatakan tidak
perlu menghukum remaja dengan (kajian) kes-kes
sebegini. Mungkin kerana ia melibatkan remaja maka ia
dianggap kes kecil dan tidak perlu menghukum, tetapi
jika ia melibatkan mana-mana Datuk atau Menteri, maka
kes ini adalah kes besar dan perlu dihukum. Mungkin
juga kerana ia dilakukan secara suka sama suka oleh remaja
yang berkenaan, maka ia dianggap sebagai kes kecil sahaja
dan tidak perlu menghukum remaja kerananya, tetapi jika
remaja memaksa (mencabul kehormatan/merogol) remaja
lain, barulah kes ini dikatakan besar! Pelik! Apakah
standard/ukuran yang digunakan? Walhal di dalam Islam,
sesiapa sahaja yang berkhalwat, berzina (suka sama suka)
atau merogol, sama ada rendah atau tinggi status
sosialnya sekalipun, jika ia dilakukan oleh orang yang
telah baligh dan berakal, maka ia wajib dihukum. Dengan
kata lain, kes ini wajib diselesaikan, bukan dibiarkan.
Biarpun kesahihan kajian UKM tersebut dipertikaikan,
namun apa yang pasti masalah keruntuhan akhlak
terutama yang membabitkan hubungan antara lelaki dan
perempuan seperti khalwat, zina dan lain-lain, memang
telah lama menular di dalam masyarakat Islam di Malaysia.
Pertikaian dari segi statistik dan definisi ini tidak dapat
menidakkan gejala sosial yang semakin parah ini.
Tambahan lagi, bukan soal statistik dan definisi yang ingin
kita bahaskan, tetapi kesalahan itu sendiri. Maksudnya,
wujud atau tidak salah laku tersebut, inilah yang kita perlu
persoalkan. Jika wujud, tidak kira berapa statistiknya
sekalipun, kita wajib menyelesaikannya, dan wajib
diselesaikan menurut perspektif Islam, bukan menurut akal
kita. Cara memandang dan menilai salah laku remaja dari
Usul ke-2
Literal
Kecanggihan- moden

Teknologi- yang menggunakan sains untuk praktis dalam


industry,pertanian dan lain-lain.

Maklumat- keterangan butir-butir

Punca- berasal dari/penyebab kepada

Kebejatan- keburukan/ kerosakan

Social- perihal masyarakat bergaul/bermesra

Konseptual
Usul ke-3
Literal
Kemahiran- kecekapan, kepandaiaan

Mendominasi- menguasai

Kecemerlangan- kegemilangan

Generasi- individu baru

Muda- tidak tua dan lebih merujuk kepada remaja

Konseptual
Usul ke-4
Literal
Bakat- kebolehan semulajadi

Perlu- harus/menjadi kemestian

Dipupuk- sesuatu kepada menyuburkan

Bukan- tidak

Diperoleh- mendapat/mencapai

Secara- dengan cara

Semulajadi- nature

Konseptual

Anda mungkin juga menyukai