Anda di halaman 1dari 8

Novel Formula Termodinamik

(a) Watak utama – Amir.

(b) Watak sampingan – Usamah, Asma, Aswan, Majibon, Fikri, Adnin, Zaid, Intan, Damit, dan nenek.

.
1. Amir

(a) Penuntut tahun akhir Diploma Kejuruteraan Am.


(b) Pemuda berdarah kacukan Cina dan Brunei.
(c) Bertubuh tegap dan tinggi lampai.
(d) Bermata sepet dan kulitnya putih pucat.
(e) Remaja yang kreatif dan inovatif.
(f) Pemaaf dan tidak berdendam.
(g) Sedia berkongsi ilmu dengan orang lain.

a) Seorang yang pemaaf dan tidak berdendam. Sebagai contoh, Amir memaafkan Aswan walaupun banyak
kesalahan yang dilakukan oleh Aswan terhadap dirinya.

b) Seorang yang kreatif dan inovatif. Sebagai contoh, Amir mencipta mesin 2 dalam 1 berpandukan Formula
Dua Hukum Popular Termodinamik dan menggunakan kreativiti dan inovasi.

c) Seorang yang bijaksana. Sebagai contoh, Amir membuat rancangan untuk memberkas penjenayah yang
mencuri baja subsidi penduduk kampung dengan bijaksana.

d) Seorang yang penyayang. Sebagai contoh, Amir menyayangi neneknya.

e) Seorang yang bersungguh-sungguh. Sebagai contoh, Amir mencipta mesin 2 dalam 1 dengan bersungguh-
sungguh dan hasilnya, mesin tersebut mendapat sambutan penduduk kampung.

.
2. Usamah

(a) Penuntut politeknik di Perak.


(b) Remaja yang kreatif dan inovatif.
(c) Sepupu dan rakan baik Amir.
(d) Mahir mengendalikan komputer.
(e) Bijak dalam mencipta kod keselamatan untuk Syarikat Bahagia.

3. .Asma

(a) Gadis berdarah kacukan Dusun dan Brunei


(b) Berkulit putih dan mempunyai ketinggian yang sederhana.
(c) Dua pupu dengan Amir dan Usamah.
(d) Menuntut di maktab perguruan.
(e) Menghormati orang tua.
(f) Lemah lembut, sopan tetapi tegas.

4. .Aswan

(a) Anak ahli perniagaan yang berjaya.


(b) Pantang dicabar.
(c) Lepasan politeknik.
(d) Mempunyai seorang abang, iaitu Asman yang menuntut di United Kingdom.
(e) Berbadan gempal dan berkulit cerah.
(f) Berdarah Dusun dan Bajau.
(g) Suka berfoya-foya.
(h) Pemurah.
5. .Majibon

(a) Keturunan Dusun.


(b) Rakan baik Aswan.
(c) Sentiasa menyokong segala cadangan Aswan.

6. .Fikri

(a) Rakan baik Aswan.


(b) Sahabat yang setia.
(c) Gemar menasihati rakan dengan perkara-perkara yang baik.

7. Adnin dan Zaid

(a) Remaja yang sedang menunggu keputusan SPM.


(b) Selalu berada bersama-sama Amir dan Usamah untuk membantu mereka.

8. .Intan

(a) Ibu kepada Amir, Joy dan Lily.


(b) Isteri kepada Damit.
(c) Pegawai kanan di Jabatan Alam Sekitar.
(d) Ibu yang prihatin.

9. .Damit

(a) Ayah kepada Amir, Joy, dan Lily.


(b) Berbadan gempal dan berkulit cerah.
(c) Berusia menjangkau empat puluhan.
(d) Ahli perniagaan.

SINOPSIS KESELURUHAN

Cerita Formula Termodinamik digambarkan dengan latar kampung yang dikelilingi sawah. Amir dan Asma
mengimbau kenangan manis zaman kanak-kanak mereka yang selalu bermain di sawah bersama-sama Usama,
Adnin dan Zaid. Asma anak kacukan Dusun dan Brunei, berjaya melanjutkan pelajarannya di maktab perguruan
manakala Amir dan Usama ke Politeknik. Usamah di Perak dan Amir di Putatan. Mereka bertemu semula ketika
Amir dan Usamah menghabiskan cuti semester di rumah nenek mereka yang tinggal bersebelahan dengan
rumah Asma. Amir dan Usama telah merancang satu projek pengubahsuaian mesin rumput supaya berfungsi
sebagai pemotong rumput dan mencangkul tanah. Amir menggunakan formula Termodinamik bagi
memprogramkan mesin rumput terpakai dan projek ini dibantu oleh Profesor Othman dengan Formula Dua
Hukum Popular bagi memastikan kejayaan. Sejak tersebar berita Amir dan rakan-rakannya mencipta mesin 2
dalam 1, Aswan berasa kurang senang dan ingin menyaingi mereka. Aswan bercadang untuk mencipta model
yang sama, menggunakan mesin rumput yang panjang dan stor minyak petrolnya digantung di belakang dan di
hujung pemotong rumput itu diwujudkan tangan robot. Namun begitu, semua nota telah hilang dan perkara
tentang Formula Dua Hukum Popular Termodinamik tidak diketahuinya. Amir sangat risau akan kehilangan
Formula Dua Hukum Popular Termodinamik dan tiba-tiba sahaja storan formulanya hilang. Selain itu, Amir
terkejut juga apabila didapati pencerobohan berlaku pada data syarikat ayahnya. Amir cuba menerangkan
perkara yang berlaku kepada Syarikat Bahagia kepunyaan ayahnya tetapi gagal kerana ayahnya terlalu sibuk.
Amir telah mengatur strategi untuk menangkap penjenayah. Akhirnya Aswan telah meminta maaf kepada Amir
dan Usama kerana dialah yang mencuri Formula Termodinamik tersebut. Projek mesin 2 dalam 1 ciptaan Amir
dan Usama telah memenangi Anugerah Saintis Muda dan mereka turut mendapat biasiswa kerajaan bagi
melanjutkan pelajaran di luar negara.
Sinopsis : Bab 1

Amir dan Asma mengimbau kenangan manis zaman kanak-kanak mereka yang selalu bermain di sawah
bersama-sama Usamah, Adnin dan Zaid. Asma adalah dua pupu Amir dan Usamah. Asma anak kacukan Dusun
dan Brunei, berjaya melanjutkan pelajaran di maktab perguruan manakala Amir dan Usamah ke Politeknik.
Usamah di Perak dan Amir di Putatan. Mereka bertemu semula ketika Amir dan Usamah menghabiskan cuti
semester di rumah nenek mereka yang tinggal bersebelahan dengan rumah Asma. Amir mula berasa ada
perasaan indah yang terbit di hatinya terhadap Asma tetapi Asma pula seperti menyimpan cerita yang sukar
diungkapkan. Dalam masa yang sama Amir dan Usamah telah merancang satu projek pengubahsuaian mesin
rumput supaya berfungsi sebagai pemotong rumput dan mencangkul tanah. Amir menggunakan formula
Termodinamik bagi memprogramkan mesin rumput yang terpakai dan dibantu oleh Profesor Othman dengan
Formula Dua Hukum Popular bagi memastikan kejayaan projek tersebut.

Sinopsis : Bab 2

Sejak tersebar berita Amir dan rakan-rakannya mencipta mesin 2 dalam 1, Aswan berasa kurang senang dan
ingin menyaingi mereka. Dia juga mahu menebus kekecewaannya ketika di Politeknik dulu walaupun dia tahu
dia tidak sehebat Amir dan Usamah. Dia mahu membuktikan yang dia tidak lemah, dia bijak dan handal serta
mampu menyaingi Amir dan Usamah. Aswan bertekad akan menentang Amir dan Usamah. Dia tidak akan
membiarkan kedua-dua sepupu itu menempa nama di Kampung Warisan. Aswan menyuarakan hasrat tersebut
kepada kawan-kawan baiknya, Fikri dan Majibon. Aswan bercadang untuk mencipta model yang sama,
menggunakan mesin rumput yang panjang dan stor minyak petrolnya digantung di belakang dan di hujung
pemotong rumput itu diwujudkan tangan robot. Fikri dan Majibon agak kurang senang dengan hasrat dan tujuan
Aswan yang ingin menyaingi Amir dan Usamah sehingga berlaku sedikit percanggahan prinsip di antara mereka
dengan Aswan. Bagi Fikri dan Majibon persaingan biarlah sihat dan tidak bermusuhan. Namun begitu, Fikri dan
Majibon tidak sampai hati untuk menghampakan Aswan. Projek tersebut akan dijalankan dengan bantuan Fikri
dan Majibon namun yang menjadi masalah ialah mereka tidak mempunyai formula. Fikri dan Majibon tidak
pernah belajar bidang kejuruteraan, hanya Aswan seorang pernah belajar teori kejuruteraan waktu di Politeknik.
Namun begitu, semua nota-notanya telah hilang dan banyak perkara tentang Formula Dua Hukum Popular
Termodinamik tidak diketahuinya. Walaupun dengan sedikit pengetahuan, Aswan tetap yakin mampu
menyaingi Amir dan Usamah kerana dia tidak mahu meminta bantu daripada Amir, Usamah dan Profesor
Othman seperti yang disarankan oleh Fikri dan Majibon.

Sinopsis : Bab 3

Amir dan Usamah bertungkus lumus membuat pengubahsuaian bagi memastikan projek mesin 2 dalam 1
mereka berjalan lancar. Mesin tersebut menggunakan kuasa 6 kw, kincir angin model SAMA, iaitu singkatan
Sabah, Malaysia. Mana-mana komponen yang tidak boleh dibuat sendiri kerana kekurangan kelengkapan
seperti membentuk mata pisau cangkul dihantar ke kedai besi untuk dibentuk. Aswan, Fikri dan Majibon telah
datang melihat projek mesin 2 dalam 1 yang diusahakan oleh pasangan sepupu itu. Fikri dan Majibon sangat
berminat dengan projek tersebut. Mereka telah diberi penerangan terperinci tentang proses pengubahsuaian
dan pengendalian mesin 2 dalam 1 oleh Amir , penuntut tahun akhir Diploma Kejuruteraan Am. Aswan lebih
berminat melihat bilik operasi.
Sinopsis : Bab 4

Setelah kerja-kerja pengubahsuaian mesin 2 dalam 1 siap, Zaid dan Adnin mengajak Amir dan Usamah pergi
memancing di sawah untuk menenangkan fikiran. Semasa memancing itulah Zaid dan Adnin telah bercerita
tentang kecurian baja subsidi orang Kampung Warisan dari stor dewan. Zaid yakin bahawa Aswan dan rakan-
rakannya yang telah mencuri baja tersebut.

Sinopsis : Bab 5

Aswan sangat gembira kerana telah berjaya memperoleh formula yang diperlukan untuk melaksanakan projek
impiannya, mencipta mesin menanam padi. Mesin ini amat relevan untuk masa depan yang dapat
mengurangkan risiko generasi menjadi bongkok. Lakaran grafik yang telah disediakan oleh Aswan diperlihatkan
kepada Fikri dan Majibon. Aswan secara terperinci menerangkan cara projek itu akan dimulakan sehinggalah
ke peringkat operasi.

Sinopsis : Bab 6

Amir sangat risau akan kehilangan Formula Dua Hukum Popular Termodinamik. Tiba-tiba sahaja storan data
formulanya hilang. Dia berasa kesal kerana cuai dan tidak menyimpan storan dengan baik. Bertahun-tahun dia
mengumpul data untuk menyiapkan formula tersebut dan dibantu oleh Profesor Othman. Dia tidak tahu orang
yang telah menceroboh masuk ke bilik operasi mereka. Bukan mudah untuk dia mengingati formula tersebut.
Amir risau tidak dapat menunaikan janjinya kepada nenek untuk membajak tapak semaian dengan mesin 2
dalam 1 tersebut.

Sinopsis : Bab 7

Amir dan Usamah pulang ke Putatan. Sampai sahaja di rumahnya, Amir terus ke pejabat persendirian ayahnya
untuk mencari Formula Termodinamik dan melayari data Syarikat Bahagia. Amir amat terkejut mendapati ada
pencerobohan sedang berlaku pada data syarikat ayahnya. Amir dan Usamah berusaha untuk menyekat
pencerobohan tersebut dengan menerbit kod baru Adang Keselamatan Rahsia.

Sinopsis : Bab 8

Intan, ibu Amir amat terkejut apabila diberitahu oleh Amir tentang pencerobohan data Syarikat Bahagia. Tetapi
Amir tidak berpeluang untuk menceritakan peristiwa itu kepada ayahnya kerana dia berada di Manila atas
urusan perniagaan. Amir dan Usamah pulang semula ke Kampung Warisan. Mereka sangat gembira melihat
Asma, Zaid dan Adnin sedang menolong neneknya di tapak semaian. Adnin sedang menolak mesin 2 dalam 1
untuk menyediakan tapak semaian. Neneknya tersenyum bangga. Amir mewarisi kepintaran anaknya, Damit.

Sinopsis : Bab 9

Amir bangga melihat semangat bergotong royong masih menjadi amalan penduduk Kampung Warisan. Ramai
penduduk kampung datang menolong menanam padi di sawah neneknya. Usamah bersungut tentang mesin
ciptaan Aswan yang belum disiapkan lagi, jika tidak bolehlah digunakan oleh orang kampung pada musim
menanam kali ini. Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan suasana hingar bingar. Amir dan Usamah terperanjat
melihat nenek jatuh ke dalam air paya. Pak Cik Suib, ayah Asma mengangkat nenek ke batas sawah. Nenek
tidak bersuara. Amir dan Usamah berusaha memberi pertolongan kepada nenek. Setelah sedar nenek dibawa
pulang ke rumah. Atas desakan Asma nenek kemudiannya dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan
lanjut.
Sinopsis : Bab 10

Nenek menjalani pembedahan kecil pada buku lalinya untuk memastikan tidak ada pendarahan dan bagi
mengelakkan jangkitan kuman ke anggota lain. Semua ahli keluarga Amir, ayah, ibu dan adik-adiknya serta
Usamah turut berada di hospital menemani nenek. Nenek sangat terharu dengan layanan dan kasih sayang
daripada anak cucunya.

Sinopsis : Bab 11

Aswan tidak lagi memberi fokus kepada projek mesin menanam padinya tetapi banyak masanya dihabiskan di
hadapan komputer. Dia tidak berpuas hati selagi pencariannya belum berhasil. Aswan mencuba meramal
beberapa nombor digital sehinggalah dapat ditembusi. Maklumat yang ditemui beberapa hari lalu muncul
semula. Pengaliran data itu tidak dapat disekat lagi. Aswan terpukau melihat jumlah aset syarikat tersebut. Dia
sangat teruja dan memperlihatkan data tersebut kepada Fikri dan Majibon. Aswan bercadang memindahkan
wang sejumlah RM1.3 juta itu ke dalam akaunnya. Majibon membantah keras hasrat Aswan itu atas prinsip
agama melarang mengambil hak orang lain. Aswan kemudiannya bercadang untuk mengambil RM10,000.00
sahaja sebagai modal menjalankan projek mereka. Fikri pula menentang hasrat Aswan dan mengingatkan
mereka perlu berpegang teguh pada etika kerja serta bersaing secara sihat. Dalam masa yang sama, Amir
dapat mengesan pencerobohan dan data syarikat ayahnya dibocori lagi. Usamah berusaha keras mengesan
kebocoran data tersebut dan cuba menyekatnya. Akhirnya mereka bersepakat untuk menyiasat perkara
tersebut.

Sinopsis : Bab 12

Amir cuba menerangkan peristiwa yang berlaku kepada Syarikat Bahagia kepada ayahnya tetapi gagal kerana
ayahnya terlalu sibuk. Intan, ibu Amir telah menceritakan pencerobohan dan kebocoran maklumat syarikat
mereka. Pada masa yang sama Amir dan Usamah telah kembali semula ke Kampung Warisan. Nenek mereka
telah beransur sihat dan akan keluar dari hospital. Amir berasa bangga melihat mesin 2 dalam 1 ciptaan
mereka digunakan oleh bapa Zaid dan orang-orang kampung untuk membajak tanah. Hasil ciptaan mereka
telah dapat berbakti kepada orang kampung. Zaid dan Adnin pula telah melaporkan peristiwa yang telah dapat
menjejak penjenayah Kampung Warisan yang menyimpan barang-barang curi di sebuah pondok tidak jauh dari
pangkalan. Amir telah mengatur strategi untuk memerangkap penjenayah itu.

Sinopsis : Bab 3

Dua hari membuat persiapan dan mengatur strategi, Amir dan rakan-rakannya bergerak selepas Isyak menuju
ke pondok yang dinyatakan oleh Zaid. Setengah jam perjalanan mereka sampai di pangkalan. Dari situ mereka
bergerak ke sebuah pondok dan bersembunyi di tempat yang sukar dikesan oleh penjenayah. Dari situ mereka
mengatur strategi untuk memerangkap penjenanyah tersebut. Akhirnya Lahop dan Oyong pemuda Kampung
Warisan yang diupah menjaga pondok tersebut dapat diberkas dan dihantar ke balai polis. Amir menemui CD
yang menyimpan seribu rahsia yang sukar ditafsir.
Sinopsis : Bab 14

Semalaman Amir tidak dapat tidur memikirkan CD yang ditemukan semasa operasi penangkapan dua orang
pemuda di pondok berhampiran dengan pangkalan. Amir dan Usamah berasa kehilangan Formula
Termodinamik ada kaitan dengan CD tersebut. Tiba-tiba ada e-mel masuk. Orang yang tidak dikenali
menghantar mesej meminta maaf. Mereka kehairanan dan mengesyaki itulah orang yang telah mencuri formula
mereka. Mereka cuba bertanya tentang penghantar e-mel itu tetapi tiada jawapan. Kemudian Zaid datang
membawa berita bahawa Asma akan berkahwin. Adnin pula menyusul dalam keadaan basah kuyup dan
mengajak mereka membantu memindahkan orang kampung kerana air telah naik melepasi satu meter.

Sinopsis : Bab 15

Aswan , Fikri dan Majibon dibawa arus deras. Mereka hanya berpaut pada sebatang kayu untuk
menyelamatkan diri. Aswan rasa menyesal tidak mendengar nasihat ibunya supaya tidak menghadiri majlis
sambutan Krismas di rumah Majibon kerana cuaca buruk. Dia juga mulai sedar mungkin itu adalah balasan
Allah terhadap dosa-dosa yang telah dilakukannya. Dalam suasana gelap malam mereka bertiga terus berpaut
pada sebatang kayu sehinggalah diselamatkan oleh Amir dan rakan-rakannya. Aswan telah meminta maaf
kepada Amir dan Usamah serta mengaku dialah yang mencuri Formula Termodinamik dan penghantar e-mel.

Sinopsis : Bab 16

Projek mesin 2 dalam 1 ciptaan Amir dan Usamah telah membolehkan mereka memenangi Anugerah Saintis
Muda dan mereka turut mendapat biasiswa kerajaan bagi melanjutkan pelajaran di luar negara. Pada hari
keberangkatan, semua ahli keluarga berada di lapangan terbang. Aswan, Fikri dan Majibon turut sama. Asma
datang mengucapkan tahniah kepada mereka berdua dengan menghulurkan sejambak mawar putih buat
Usamah dan mawar merah buat Amir.

Tema

Novel ini membawa tema sains dan teknologi. Dua orang anak muda iaitu Amir dan Usamah yang berwawasan
tinggi dan masih menuntut telah memanfaatkan ilmu yang dipelajari dengan melakukan inovasi terhadap mesin
rumput terpakai. Inovasi tersebut dinamakan mesin 2 dalam 1 yang berfungsi sebagai pemotong rumput dan
boleh membajak tanah. Mesin 2 dalam 1 ini akhirnya telah digunakan secara meluas oleh penduduk Kampung
Warisan. Amir dan Usamah pula telah menerima Anugerah Saintis Muda.

Persoalan

Terdapat beberapa persoalan dalam novel ini, antaranya :

i. Tanggungjawab melakukan inovasi untuk kepentingan masyarakat


Contoh : Amir dan Usamah berusaha melakukan pengubahsuaian terhadap mesin rumput terpakai bagi
memudahkan neneknya dan orang kampung membajak tanah untuk pertanian.

ii. Mengamalkan Etika


Contoh : Fikri sangat berpegang teguh kepada etika kerja yang bersih iaitu bersaing secara sihat dan tidak
menganggap Amir dan Usamah sebagai musuh dalam melaksanakan projek masing-masing.

iii. Taat kepada ajaran agama


Contoh : Fikri menentang keras hasrat Aswan yang ingin memindahkan wang RM 1.3 juta milik syarikat
yang telah diceroboh ke dalam akaunnya. Dia mengingatkan Aswan bahawa agama melarang kita
mengambil hak orang lain, perbuatan yang tidak bermoral.
iv. Perniagaan dan Keusahawanan
Contoh : Bapa Aswan seorang usahawan import eksport.

v. Kasih sayang nenek terhadap anak cucunya


Contoh : Nenek sentiasa menyokong usaha Amir dan Usamah dalam menjayakan Projek mesin 2 dalam 1
dan nenek juga banyak mengajar serta mendidik mereka. Walaupun baru saja menjalani pembedahan,
nenek sudah teringat hendak membuat kuih bahulu kegemaran bapa Usamah. Nenek juga berjanji
untuk membuat kuih jala untuk Amir.

vi. Tanggungjawab terhadap seorang sahabat


Contoh: Zaid, Amir, Usamah dan Adnin telah menyelamatkan Aswan, Fikri dan Majibon daripada mati
lemas dalam kejadian banjir di kampung mereka.

vii. Mengamalkan budaya ilmu


Contoh: Amir dan Usamah telah mempraktikkan ilmu yang dipelajari di untuk menghasilkan projek mesin 2
dalam 1 bagi membajak tanah pertanian untuk kegunaan orang kampung dan tidak lokek berkongsi ilmu
dengan orang lain (ingin membantu Aswan dalam projek mesin menanam padi).

Latar tempat :

1. Sebuah rumah dua tingkat : terletak di Putatan dan pejabat itu kepunyaan Damit.

2.Kampung Warisan, Papar : iaitu tempat kelahiran Amir dan Usaniah dan di kampung itulah proses mengubah
suai mesin dilakukan berdasarkan Formula Dua Hukum Popular Termodinamik, sehingga terhasilnya mesin 2
dalanm 1 untuk dimanfaatkan oleh para petani.

3. Tapak semaian, di Kampung Warisan : iaitu tempat mesin 2 dalam 1 digunakan untuk menggantikan cangkul.

4. Lapangan terbang : iaitu tempat Amir dan Usamah dihantar oleh ahli keluarga mereka sebelum berlepas ke
luar negara untuk melanjutkan pelajaran.

Latar masa :

i. Malam sambutan Hari Krismas, iaitu semasa berlakunya kejadian air bah yang sangat dasyat sehingga
hampir meragut nyawa Aswan, Majibon, dan Fikri.
ii. Selepas waktu isyak, iaitu Amir dan rakan- rakannya bersiap- siap untuk memulakan misi memerangkap
dan menangkap pejenayah siber.
iii. Pada pukul 12.00 tengah malam, iaitu Amir dan Usamah tiba di rumah dan terus ke pejabat persendirian
Damit. Mereka meneliti komputer ayah Amir dan mendapati ada orang yang berusaha untuk
memindahkan storan data Syarikat Bahagia.
iv. Pada suatu pagi, iaitu hujan lebat mencurah - curah, air naik sehingga satu meter, dan semua penduduk
kampung dipindahkan ke balai raya.
Latar masyarakat :

i. Masyarakat yang berpendidikan tinggi. Contohnya, Asma menuntut maktab perguruan, manakala Amir
dan Usamah pula merupakan penuntut politeknik serta bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara.
ii. Masyarakat yang masih mengamalkan sikap bergotong-royong.Contohnya, orang kampung bergotong-
royong untuk menyiapkan sawah milik nenek Amir.
iii. Masyarakat yang masih mempunyai sifat iri hati dan hasad dengki apabila melihat kejayaan Amir dan
Usamah mengubah suai mesin rumput.
iv. Masyarakat golongan muda yang mengamalkan semangat kerjasama. Contohnya, Adin yang sedang
menunggu keputusan SPM mengajak Amir dan Usamah untuk membantu mangsa banjir yang telah
pindah di kampung mereka.
v. Masyarakat yang suka mengambil kesempatan dan mementingkan diri sendiri. Contohnya, Aswan telah
mencuri pemacu pena [pen drive] milik Amiryang mengandungi Formula Termodinamik demi
kepentingan.

Nilai murni :

1. Kerjasama
contohnya penduduk Kampung Warisan, Papar bergotong-royong mengusahakan padi untuk memastikan kerja-
kerja pertanian dapat dilakukan dengan lebih cepat.

2. Kasih sayang
contohya Intan berasa risau dan amat bimbang akan keselamatan Amir apabila anaknya itu meninggalkan
rumah tanpa memberi sebarang pesan.

3. Kejujuran
contohnya Fikri menentang hasrat Aswan memindahkan wang Syarikat Bahagia sebayak RM1.3 juta kerana
menganggap perbuatan itu tidak bermoral.

4. Keberanian
contohnya Amir berani menyerbu masuk ke dalam pondok untuk menangkap penjenayah yang mencuri harta
benda penduduk Kampung Warisan.

Pengajaran :

1. Kita hendaklah mengamalkan sikap bekerjasama


contohnya penduduk Kampung Warisan, Papar bergotong-royong mengusahakan padi untuk memastikan kerja-
kerja pertanian dapat dilakukan dengan lebih cepat.

2. Kita semestinya memiliki sikap kasih sayang


contohnya Intan berasa risau dan amat bimbang akan keselamatan Amir apabila anaknya itu meninggalkan
rumah tanpa memberi sebarang pesan.

3. Kita sewajarnya memiliki sikap jujur


contohnya Fikri menentang hasrat Aswan memindahkan wang Syarikat Bahagia sebayak RM1.3 juta kerana
menganggap perbuatan itu tidak bermoral.

4. Kita hendaklah memiliki sikap berani

contohnya Amir berani menyerbu masuk ke dalam pondok untuk menangkap penjenayah yang mencuri harta
benda penduduk Kampung Warisan.

Anda mungkin juga menyukai