Anda di halaman 1dari 38

FOLIO BAHASA MELAYU

“FORMULA TERMODINAMIK”
(OBASIAH HAJI USMAN)
WATAK DAN PERWATAKAN
Novel Formula Termodinamik : Watak dan Perwatakan

(a) Watak utama – Amir.

(b) Watak sampingan – Usamah, Asma, Aswan, Majibon, Fikri, Adnin, Zaid, Intan,
Damit, dan nenek.
Amir

(a) Penuntut tahun akhir Diploma Kejuruteraan Am.

(b) Pemuda berdarah kacukan Cina dan Brunei.

(c) Bertubuh tegap dan tinggi lampai.

(d) Bermata sepet dan kulitnya putih pucat.

(e) Remaja yang kreatif dan inovatif.

(f) Pemaaf dan tidak berdendam.

(g) Sedia berkongsi ilmu dengan orang lain.


Usamah

(a) Penuntut politeknik di Perak.

(b) Remaja yang kreatif dan inovatif.

(c) Sepupu dan rakan baik Amir.

(d) Mahir mengendalikan komputer.

(e) Bijak dalam mencipta kod keselamatan untuk Syarikat Bahagia.

.
Asma

(a) Gadis berdarah kacukan Dusun dan Brunei

(b) Berkulit putih dan mempunyai ketinggian yang sederhana.

(c) Dua pupu dengan Amir dan Usamah.

(d) Menuntut di maktab perguruan.

(e) Menghormati orang tua.

(f) Lemah lembut, sopan tetapi tegas.

.
Aswan

(a) Anak ahli perniagaan yang berjaya.

(b) Pantang dicabar.

(c) Lepasan politeknik.

(d) Mempunyai seorang abang, iaitu Asman yang menuntut di United Kingdom.

(e) Berbadan gempal dan berkulit cerah.

(f) Berdarah Dusun dan Bajau.

(g) Suka berfoya-foya.

(h) Pemurah.

.
Fikri

(a) Rakan baik Aswan.

(b) Sahabat yang setia.

(c) Gemar menasihati rakan dengan perkara-


Majibon perkara yang baik.

.
(a) Keturunan Dusun.

(b) Rakan baik Aswan.

(c) Sentiasa menyokong segala cadangan Aswan.

.
Adnin dan Zaid

(a) Remaja yang sedang menunggu keputusan SPM.

(b) Selalu berada bersama-sama Amir dan Usamah untuk membantu mereka.

.
Damit

(a) Ayah kepada Amir, Joy, dan Lily.

(b) Berbadan gempal dan berkulit cerah.

(c) Berusia menjangkau empat puluhan.


Intan
(d) Ahli perniagaan.
(a) Ibu kepada Amir, Joy dan Lily.

(b) Isteri kepada Damit.

(c) Pegawai kanan di Jabatan Alam Sekitar.

(d) Ibu yang prihatin.


LATAR TEMPAT
Kampung Warisan, Papar, Sabah

– tempat Amir, Usamah, Aswan, Fitri, dan Majibon dilahirkan dan dibesarkan.

Bilik pembedahan

– tempat nenek Amir menjalani pembedahan kecil di buku lalinya.

Kampung Pimping

– tempat rombongan bapa Aswan untuk membincangkan persiapan majlis perkahwinan Asma dan
Asman.
Sawah padi

– tempat Amir, Usamah, dan Asma berlari – lari

Di dalam bilik

– tempat Amir menghadap komputer dan berkomunikasi dengan Profesor Othman di skrin komputer.

Tepi sungai

– tempat Amir, Usamah, dan Asma memancing ikan.

Di atas tangga, rumah Amir

– tempat Amir termenung dan memikirkan kehilangan Formula Dua Hukum Popular Termodinamik.
Pejabat Persendirian Damit, Syarikat Bahagia, Putatan

– tempat Amir menyiasat penjenayah siber yang cuba membocorkan maklumat Syarikat
Bahagia.

Rumah Majibon

– tempat sambutan majlis Hari Krismas diadakan.


GAYA BAHASA
(a) Personifikasi. Contohnya, Angin lembut membelai anak rambut Aswan, Air membuak ganas membawa keladak
dan memanjat tebing mengorek tunjang-tunjang pokok yang dirempuhnya.

(b) Simile. Contohnya, Mengumpat sama seperti memakan daging saudara sendiri, Sinarnya bagaikan benang
berselirat, kilat bagaikan cahaya laser menguak bumi, Kakinya bagaikan berat untuk melangkah, Hatinya seperti
menyelongsong memintanya berpatah balik.

(c) Metafora. Contohnya, kotak fikirannya, sebongkah cinta.

(d) Peribahasa. Contohnya, seperti cendawan tumbuh selepas hujan, mati akal, batang hidung, bertepuk sebelah
tangan.

(e) Hiperbola. Contohnya, Perasaan marah membuak-buak.

(f) Bahasa Arab. Contohnya, Assalamualaikum, Waalaikumussalam, syafaat, alhamdulillah, Insya-Allah.

(g) Sinkope. Contohnya, tak, saja.


SINOPSIS BAB 1

Amir dan Asma mengimbau kenangan manis zaman kanak-kanak mereka yang selalu bermain di
sawah bersama-sama Usamah, Adnin dan Zaid. Asma adalah dua pupu Amir dan Usamah.
Asma anak kacukan Dusun dan Brunei, berjaya melanjutkan pelajaran di maktab perguruan
manakala Amir dan Usamah ke Politeknik. Usamah di Perak dan Amir di Putatan. Mereka
bertemu semula ketika Amir dan Usamah menghabiskan cuti semester di rumah nenek mereka
yang tinggal bersebelahan dengan rumah Asma. Amir mula berasa ada perasaan indah yang
terbit di hatinya terhadap Asma tetapi Asma pula seperti menyimpan cerita yang sukar
diungkapkan. Dalam masa yang sama Amir dan Usamah telah merancang satu projek
pengubahsuaian mesin rumput supaya berfungsi sebagai pemotong rumput dan mencangkul
tanah. Amir menggunakan formula Termodinamik bagi memprogramkan mesin rumput yang
terpakai dan dibantu oleh Profesor Othman dengan Formula Dua Hukum Popular bagi
memastikan kejayaan projek tersebut.
SINOPSIS BAB 2
Sejak tersebar berita Amir dan rakan-rakannya mencipta mesin 2 dalam 1, Aswan berasa kurang
senang dan ingin menyaingi mereka. Dia juga mahu menebus kekecewaannya ketika di Politeknik
dulu walaupun dia tahu dia tidak sehebat Amir dan Usamah. Dia mahu membuktikan yang dia
tidak lemah, dia bijak dan handal serta mampu menyaingi Amir dan Usamah. Aswan bertekad
akan menentang Amir dan Usamah. Dia tidak akan membiarkan kedua-dua sepupu itu menempa
nama di Kampung Warisan. Aswan menyuarakan hasrat tersebut kepada kawan-kawan baiknya,
Fikri dan Majibon. Aswan bercadang untuk mencipta model yang sama, menggunakan mesin
rumput yang panjang dan stor minyak petrolnya digantung di belakang dan di hujung pemotong
rumput itu diwujudkan tangan robot. Fikri dan Majibon agak kurang senang dengan hasrat dan
tujuan Aswan yang ingin menyaingi Amir dan Usamah sehingga berlaku sedikit percanggahan
prinsip di antara mereka dengan Aswan. Bagi Fikri dan Majibon persaingan biarlah sihat dan
tidak bermusuhan. Namun begitu, Fikri dan Majibon tidak sampai hati untuk menghampakan
Aswan. Projek tersebut akan dijalankan dengan bantuan Fikri dan Majibon namun yang menjadi
masalah ialah mereka tidak mempunyai formula. Fikri dan Majibon tidak pernah belajar bidang
kejuruteraan, hanya Aswan seorang pernah belajar teori kejuruteraan waktu di Politeknik. Namun
begitu, semua nota-notanya telah hilang dan banyak perkara tentang Formula Dua Hukum Popular
Termodinamik tidak diketahuinya. Walaupun dengan sedikit pengetahuan, Aswan tetap yakin
mampu menyaingi Amir dan Usamah kerana dia tidak mahu meminta bantu daripada Amir,
Usamah dan Profesor Othman seperti yang disarankan oleh Fikri dan Majibon.
SINOPSIS BAB 3
Amir dan Usamah bertungkus lumus membuat pengubahsuaian bagi memastikan
projek mesin 2 dalam 1 mereka berjalan lancar. Mesin tersebut menggunakan
kuasa 6 kw, kincir angin model SAMA, iaitu singkatan Sabah, Malaysia. Mana-
mana komponen yang tidak boleh dibuat sendiri kerana kekurangan kelengkapan
seperti membentuk mata pisau cangkul dihantar ke kedai besi untuk dibentuk.
Aswan, Fikri dan Majibon telah datang melihat projek mesin 2 dalam 1 yang
diusahakan oleh pasangan sepupu itu. Fikri dan Majibon sangat berminat dengan
projek tersebut. Mereka telah diberi penerangan terperinci tentang proses
pengubahsuaian dan pengendalian mesin 2 dalam 1 oleh Amir , penuntut tahun
akhir Diploma Kejuruteraan Am. Aswan lebih berminat melihat bilik operasi.
SINOPSI BAB 4

Setelah kerja-kerja pengubahsuaian mesin 2 dalam 1 siap, Zaid dan Adnin


mengajak Amir dan Usamah pergi memancing di sawah untuk menenangkan
fikiran. Semasa memancing itulah Zaid dan Adnin telah bercerita tentang
kecurian baja subsidi orang Kampung Warisan dari stor dewan. Zaid yakin
bahawa Aswan dan rakan-rakannya yang telah mencuri baja tersebut.
SINOPSIS BAB 5

Aswan sangat gembira kerana telah berjaya memperoleh formula yang diperlukan
untuk melaksanakan projek impiannya, mencipta mesin menanam padi. Mesin
ini amat relevan untuk masa depan yang dapat mengurangkan risiko generasi
menjadi bongkok. Lakaran grafik yang telah disediakan oleh Aswan
diperlihatkan kepada Fikri dan Majibon. Aswan secara terperinci
menerangkan cara projek itu akan dimulakan sehinggalah ke peringkat operasi.
SINOPSAS BAB 6

Amir sangat risau akan kehilangan Formula Dua Hukum Popular Termodinamik.
Tiba-tiba sahaja storan data formulanya hilang. Dia berasa kesal kerana cuai
dan tidak menyimpan storan dengan baik. Bertahun-tahun dia mengumpul data
untuk menyiapkan formula tersebut dan dibantu oleh Profesor Othman. Dia
tidak tahu orang yang telah menceroboh masuk ke bilik operasi mereka. Bukan
mudah untuk dia mengingati formula tersebut. Amir risau tidak dapat
menunaikan janjinya kepada nenek untuk membajak tapak semaian dengan
mesin 2 dalam 1 tersebut.
SINOPOSIS BAB 7

Amir dan Usamah pulang ke Putatan. Sampai sahaja di rumahnya, Amir terus ke
pejabat persendirian ayahnya untuk mencari Formula Termodinamik dan
melayari data Syarikat Bahagia. Amir amat terkejut mendapati ada
pencerobohan sedang berlaku pada data syarikat ayahnya. Amir dan Usamah
berusaha untuk menyekat pencerobohan tersebut dengan menerbit kod baru
Adang Keselamatan Rahsia.
SINOPSIS BAB 8

Intan, ibu Amir amat terkejut apabila diberitahu oleh Amir tentang pencerobohan
data Syarikat Bahagia. Tetapi Amir tidak berpeluang untuk menceritakan
peristiwa itu kepada ayahnya kerana dia berada di Manila atas urusan
perniagaan. Amir dan Usamah pulang semula ke Kampung Warisan. Mereka
sangat gembira melihat Asma, Zaid dan Adnin sedang menolong neneknya di
tapak semaian. Adnin sedang menolak mesin 2 dalam 1 untuk menyediakan
tapak semaian. Neneknya tersenyum bangga. Amir mewarisi kepintaran
anaknya, Damit.
SINOPSIS BAB 9

Amir bangga melihat semangat bergotong royong masih menjadi amalan penduduk
Kampung Warisan. Ramai penduduk kampung datang menolong menanam
padi di sawah neneknya. Usamah bersungut tentang mesin ciptaan Aswan yang
belum disiapkan lagi, jika tidak bolehlah digunakan oleh orang kampung pada
musim menanam kali ini. Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan suasana hingar
bingar. Amir dan Usamah terperanjat melihat nenek jatuh ke dalam air paya.
Pak Cik Suib, ayah Asma mengangkat nenek ke batas sawah. Nenek tidak
bersuara. Amir dan Usamah berusaha memberi pertolongan kepada nenek.
Setelah sedar nenek dibawa pulang ke rumah. Atas desakan Asma nenek
kemudiannya dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
SINOPSIS BAB 10

Nenek menjalani pembedahan kecil pada buku lalinya untuk memastikan tidak ada
pendarahan dan bagi mengelakkan jangkitan kuman ke anggota lain. Semua
ahli keluarga Amir, ayah, ibu dan adik-adiknya serta Usamah turut berada di
hospital menemani nenek. Nenek sangat terharu dengan layanan dan kasih
sayang daripada anak cucunya.
SINOPSIS BAB 11

Aswan tidak lagi memberi fokus kepada projek mesin menanam padinya tetapi banyak
masanya dihabiskan di hadapan komputer. Dia tidak berpuas hati selagi
pencariannya belum berhasil. Aswan mencuba meramal beberapa nombor digital
sehinggalah dapat ditembusi. Maklumat yang ditemui beberapa hari lalu muncul
semula. Pengaliran data itu tidak dapat disekat lagi. Aswan terpukau melihat
jumlah aset syarikat tersebut. Dia sangat teruja dan memperlihatkan data tersebut
kepada Fikri dan Majibon. Aswan bercadang memindahkan wang sejumlah RM1.3
juta itu ke dalam akaunnya. Majibon membantah keras hasrat Aswan itu atas
prinsip agama melarang mengambil hak orang lain. Aswan kemudiannya
bercadang untuk mengambil RM10,000.00 sahaja sebagai modal menjalankan
projek mereka. Fikri pula menentang hasrat Aswan dan mengingatkan mereka
perlu berpegang teguh pada etika kerja serta bersaing secara sihat. Dalam masa
yang sama, Amir dapat mengesan pencerobohan dan data syarikat ayahnya
dibocori lagi. Usamah berusaha keras mengesan kebocoran data tersebut dan cuba
menyekatnya. Akhirnya mereka bersepakat untuk menyiasat perkara tersebut.
SINOPSIS BAB 12

Amir cuba menerangkan peristiwa yang berlaku kepada Syarikat Bahagia kepada
ayahnya tetapi gagal kerana ayahnya terlalu sibuk. Intan, ibu Amir telah
menceritakan pencerobohan dan kebocoran maklumat syarikat mereka. Pada
masa yang sama Amir dan Usamah telah kembali semula ke Kampung Warisan.
Nenek mereka telah beransur sihat dan akan keluar dari hospital. Amir berasa
bangga melihat mesin 2 dalam 1 ciptaan mereka digunakan oleh bapa Zaid dan
orang-orang kampung untuk membajak tanah. Hasil ciptaan mereka telah
dapat berbakti kepada orang kampung. Zaid dan Adnin pula telah melaporkan
peristiwa yang telah dapat menjejak penjenayah Kampung Warisan yang
menyimpan barang-barang curi di sebuah pondok tidak jauh dari pangkalan.
Amir telah mengatur strategi untuk memerangkap penjenayah itu.
SINOPSISI BAB 13

Dua hari membuat persiapan dan mengatur strategi, Amir dan rakan-rakannya
bergerak selepas Isyak menuju ke pondok yang dinyatakan oleh Zaid. Setengah
jam perjalanan mereka sampai di pangkalan. Dari situ mereka bergerak ke
sebuah pondok dan bersembunyi di tempat yang sukar dikesan oleh
penjenayah. Dari situ mereka mengatur strategi untuk memerangkap
penjenanyah tersebut. Akhirnya Lahop dan Oyong pemuda Kampung Warisan
yang diupah menjaga pondok tersebut dapat diberkas dan dihantar ke balai
polis. Amir menemui CD yang menyimpan seribu rahsia yang sukar ditafsir.
SINOPSIS BAB 14

Semalaman Amir tidak dapat tidur memikirkan CD yang ditemukan semasa operasi
penangkapan dua orang pemuda di pondok berhampiran dengan pangkalan.
Amir dan Usamah berasa kehilangan Formula Termodinamik ada kaitan
dengan CD tersebut. Tiba-tiba ada e-mel masuk. Orang yang tidak dikenali
menghantar mesej meminta maaf. Mereka kehairanan dan mengesyaki itulah
orang yang telah mencuri formula mereka. Mereka cuba bertanya tentang
penghantar e-mel itu tetapi tiada jawapan. Kemudian Zaid datang membawa
berita bahawa Asma akan berkahwin. Adnin pula menyusul dalam keadaan
basah kuyup dan mengajak mereka membantu memindahkan orang kampung
kerana air telah naik melepasi satu meter.
SINOPSIS BAB 15

Aswan , Fikri dan Majibon dibawa arus deras. Mereka hanya berpaut pada
sebatang kayu untuk menyelamatkan diri. Aswan rasa menyesal tidak
mendengar nasihat ibunya supaya tidak menghadiri majlis sambutan Krismas
di rumah Majibon kerana cuaca buruk. Dia juga mulai sedar mungkin itu
adalah balasan Allah terhadap dosa-dosa yang telah dilakukannya. Dalam
suasana gelap malam mereka bertiga terus berpaut pada sebatang kayu
sehinggalah diselamatkan oleh Amir dan rakan-rakannya. Aswan telah
meminta maaf kepada Amir dan Usamah serta mengaku dialah yang mencuri
Formula Termodinamik dan penghantar e-mel.
SINOPSIS BAB 16

Projek mesin 2 dalam 1 ciptaan Amir dan Usamah telah membolehkan mereka
memenangi Anugerah Saintis Muda dan mereka turut mendapat biasiswa
kerajaan bagi melanjutkan pelajaran di luar negara. Pada hari keberangkatan,
semua ahli keluarga berada di lapangan terbang. Aswan, Fikri dan Majibon
turut sama. Asma datang mengucapkan tahniah kepada mereka berdua dengan
menghulurkan sejambak mawar putih buat Usamah dan mawar merah buat
Amir.
SINOPSIS KESELURUHAN
Cerita Formula Termodinamik digambarkan dengan latar kampung yang dikelilingi sawah. Amir dan
Asma mengimbau kenangan manis zaman kanak-kanak mereka yang selalu bermain di sawah
bersama-sama Usama, Adnin dan Zaid. Asma anak kacukan Dusun dan Brunei, berjaya
melanjutkan pelajarannya di maktab perguruan manakala Amir dan Usama ke Politeknik.
Usamah di Perak dan Amir di Putatan. Mereka bertemu semula ketika Amir dan Usamah
menghabiskan cuti semester di rumah nenek mereka yang tinggal bersebelahan dengan rumah
Asma. Amir dan Usama telah merancang satu projek pengubahsuaian mesin rumput supaya
berfungsi sebagai pemotong rumput dan mencangkul tanah. Amir menggunakan formula
Termodinamik bagi memprogramkan mesin rumput terpakai dan projek ini dibantu oleh Profesor
Othman dengan Formula Dua Hukum Popular bagi memastikan kejayaan. Sejak tersebar berita
Amir dan rakan-rakannya mencipta mesin 2 dalam 1, Aswan berasa kurang senang dan ingin
menyaingi mereka. Aswan bercadang untuk mencipta model yang sama, menggunakan mesin
rumput yang panjang dan stor minyak petrolnya digantung di belakang dan di hujung pemotong
rumput itu diwujudkan tangan robot. Namun begitu, semua nota telah hilang dan perkara tentang
Formula Dua Hukum Popular Termodinamik tidak diketahuinya. Amir sangat risau akan
kehilangan Formula Dua Hukum Popular Termodinamik dan tiba-tiba sahaja storan formulanya
hilang. Selain itu, Amir terkejut juga apabila didapati pencerobohan berlaku pada data syarikat
ayahnya. Amir cuba menerangkan perkara yang berlaku kepada Syarikat Bahagia kepunyaan
ayahnya tetapi gagal kerana ayahnya terlalu sibuk. Amir telah mengatur strategi untuk
menangkap penjenayah. Akhirnya Aswan telah meminta maaf kepada Amir dan Usama kerana
dialah yang mencuri Formula Termodinamik tersebut. Projek mesin 2 dalam 1 ciptaan Amir dan
Usama telah memenangi Anugerah Saintis Muda dan mereka turut mendapat biasiswa kerajaan
bagi melanjutkan pelajaran di luar negara.
TEMA

Novel ini membawa tema sains dan teknologi. Dua orang anak muda iaitu Amir dan
Usamah yang berwawasan tinggi dan masih menuntut telah memanfaatkan ilmu
yang dipelajari dengan melakukan inovasi terhadap mesin rumput terpakai.
Inovasi tersebut dinamakan mesin 2 dalam 1 yang berfungsi sebagai pemotong
rumput dan boleh membajak tanah. Mesin 2 dalam 1 ini akhirnya telah
digunakan secara meluas oleh penduduk Kampung Warisan. Amir dan Usamah
pula telah menerima Anugerah Saintis Muda.
PERSOALAN
i. Tanggungjawab melakukan inovasi untuk kepentingan masyarakat
Contoh : Amir dan Usamah berusaha melakukan pengubahsuaian terhadap mesin
rumput terpakai bagi memudahkan neneknya dan orang kampung membajak tanah
untuk pertanian.
ii. Mengamalkan Etika
Contoh : Fikri sangat berpegang teguh kepada etika kerja yang bersih iaitu
bersaing secara sihat dan tidak menganggap Amir dan Usamah sebagai musuh
dalam melaksanakan projek masing-masing.

iii. Taat kepada ajaran agama


Contoh : Fikri menentang keras hasrat Aswan yang ingin memindahkan wang RM 1.3 juta milik
syarikat yang telah diceroboh ke dalam akaunnya. Dia mengingatkan
Aswan bahawa agama melarang kita mengambil hak orang lain, perbuatan yang
tidak bermoral.
iv. Perniagaan dan Keusahawanan
Contoh : Bapa Aswan seorang usahawan import eksport.

v. Kasih sayang nenek terhadap anak cucunya


Contoh : Nenek sentiasa menyokong usaha Amir dan Usamah dalam menjayakan
Projek mesin 2 dalam 1 dan nenek juga banyak mengajar serta mendidik mereka.
Walaupun baru saja menjalani pembedahan, nenek sudah teringat hendak
membuat kuih bahulu kegemaran bapa Usamah. Nenek juga berjanji untuk
membuat kuih jala untuk Amir.

vi. Tanggungjawab terhadap seorang sahabat


Contoh: Zaid, Amir, Usamah dan Adnin telah menyelamatkan Aswan, Fikri dan
Majibon daripada mati lemas dalam kejadian banjir di kampung mereka.

vii. Mengamalkan budaya ilmu


Contoh: Amir dan Usamah telah mempraktikkan ilmu yang dipelajari di politeknik
untuk menghasilkan projek mesin 2 dalam 1 bagi membajak tanah pertanian untuk
kegunaan orang kampung dan tidak lokek berkongsi ilmu dengan orang lain (ingin

membantu Aswan dalam projek mesin menanam padi).


PLOT-TEKNIK
a) Imbas kembali. Contohnya, Asma masih mengingati ketika dia, Amir, dan Usamah masih kecil mereka
sering berlari di atas batas-batas sawah padi.

(b) Imbas muka. Contohnya, Amir menyatakan jika ada peluang satu hari nanti dia akan membina
terowong di bawah dasar laut untuk disambungkan ke Semenanjung. Hal ini memudahkan kereta
berulang-alik seperti di negara Jepun.

(c) Pemerian. Contohnya, penulis menyatakan keadaaan di Kampung Warisan, Papar apabila ditimpa
hujan yang lebat sehingga menyebabkan berlakunya banjir.

(d) Monolog. Contohnya, Aswan berkata sendirian bahawa dia juga mampu mengubah suai mesin
rumput seperti yang dilakukan oleh Amir dan Usamah.

(e) Kejutan. Contohnya, Amir dan Usamah terkejut apabila nenek jatuh terjelopok ke dalam paya ketika
mereka sedang bergotong-royong menanam padi.

(f) Saspens . Contohnya, pembaca dan pelajar-pelajar tertanya-tanya akan kehilangan data storan yang
mengandungi data Formula Dua Hukum Popular Termodinamik tersebut.
PLOT-BINAAN
(a) Permulaan – pengarang memaparkan suasana sebuah kampung di Sabah. Amir, Usamah, dan Asma bertemu
semula setelah meningkat remaja. Usamah menuntut di Politeknik Perak, Amir menuntut di Politeknik Putatan,
dan Asma menuntut di maktab perguruan di daerah tersebut. Asmah merupakan dua pupu Amir dan Usamah.

(b) Perkembangan – Amir dan Usamah menerima e-mel daripada Profesor Othman. Mereka berkomunikasi
tentang projek pengubahsuaian mesin rumput yang terpakai. Profesor Othman mengucapakan syabas dan sedia
menghulurkan bantuan. Amir meminta Profesor Othman untuk menitipkan Formula Dua Hukum Popular.
Setelah mereka menerima sedikit penerangan dan faham akan formula tersebut Amir bertekad untuk
menyiapkan mesin rumput tersebut dalam masa sehari dua.

(c) Perumitan – Aswan mendapat berita mengenai Amir dan Usamah yang telah berjaya mencipta mesin baharu
yang dinamakan 2 dalam 1. Aswan berasa sangat iri hati dan sangat tercabar. Aswan bertekad untuk bersaing
dengan Amir dan Usamah walau dengan apa-apa cara sekalipun.

(d) Klimaks – Kampung mereka ditenggelami banjir. Arus tersebut telah menghanyutkan Aswan, Majibon, dan
Fikri sewaktu menghadiri Majlis Sambutan Hari Krismas di rumah Majibo. Dalam kejadian tersebut Amir dan
rakan-rakannya datang menyelamatkan Aswan dan rakan-rakannya. Aswan berasa sangat malu. Dia berterus
terang tentang perkara yang telah dilakukan terhadap Amir. Dia memohon maaf atas keterlanjurannya.

(e) Peleraian – Amir dan Usamah telah memenangi Anugerah Saintis Muda. Hal ini telah melayakkan mereka
melanjutkan pelajaran ke luar negara dengan mendapat tajaan biasiswa. Mereka bertekad untuk membawa
kejayaan yang lebih gemilang untuk dibawa pulang.
NILAI
(a) Kasih sayang. Contohnya, Amir Usamah dan Asma sangat menyayangi nenek mereka, sikap kasih sayang mereka jelas
dibuktikan semasa nenek mereka sedang sakit dan ditahan di wad hospital.

(b) Kebijaksanaan. Contohnya, Amir dan Usamah merupakan golongan remaja yang bijak menggunakan satu data storan
yang dikenal sebagai Formula Dua Hukum Popular Termodinamik.

(c) Kreatif dan Inovatif. Contohnya, Amir dan Usamah merupakan remaja yang kreatif dan inovatif kerana mampu
mengubah suai mesin rumput terpakai menjadi mesin 2 dalam 1.

(d) Semangat bermasyarakat. Contohnya, penduduk Kampung Warisan bergotong-royong menanam padi di sawah nenek.

(e) Bertanggungjawab. Contohnya, ibu Amir terlalu risau apabila Amir dan Usamah tidak pulang ke rumah tanpa
meninggalkan sebarang pesanan.

(f) Keinsafan. Contohnya, Aswan berasa insaf bahawa dirinya telah banyak melakukan kesalahan terutamanya, kepada
Amir.

(g) Pemaaf. Contohnya, Amir memaafkan segala kesalahan Aswan yang telah mengkhianatinya.

(h) Simpati. Contohnya, Adnin simpati terhadap ibu Aswan yang bimbang kerana kehilangan Aswan.

(i) Baik hati. Amir dan rakan-rakannya membantu anggota penyelamat mencari Aswan, Fikri, dan Majibon yang hilang
PENGAJARAN
(a) Kita perlulah berusaha dengan gigih untuk mencapai sesuatu kejayaan.

(b) Kita haruslah memiliki kreativiti dan inovasi terutamanya pada zaman moden ini.

(c) Kita juga perlu memiliki ilmu untuk meneruskan kehidupan.

(d) Janganlah kita berhasad dengki dengan kejayaan orang lain.

(e) Kita mestilah mendengar nasihat ibu bapa.

(f) Kita hendaklah mempraktikkan amalan bergotong-royong dalam hidup bermasyarakat.

(g) Perasaan yang terpendam perlulah diluahkan jika tidak akhirnya akan menjerat diri sendiri.

(h) Kita hendaklah menganggap setiap cabaran yang pahit akan menjadi manis jika ditempuhi
dengan penuh reda dan ditangani dengan bijak.
“SEKIAN TERIMA KASIH”

Anda mungkin juga menyukai