Anda di halaman 1dari 9

SINOPSIS: Formula Termodinamik (Obasiah Haji Usman)

Formula Termodinamik (Obasiah Haji Usman)


Sinopsis Keseluruhan
Cerita Formula Termodinamik digambarkan dengan latar kampung
yang dikelilingi sawah. Amir dan Asma mengimbau kenangan manis zaman
kanak-kanak mereka yang selalu bermain di sawah bersama-sama Usama,
Adnin dan Zaid. Asma anak kacukan Dusun dan Brunei, berjaya
melanjutkan pelajarannya di maktab perguruan manakala Amir dan Usama
ke Politeknik. Usamah di Perak dan Amir di Putatan.
Mereka bertemu semula ketika Amir dan Usamah menghabiskan cuti
semester di rumah nenek mereka yang tinggal bersebelahan dengan rumah
Asma. Amir dan Usama telah merancang satu projek pengubahsuaian mesin
rumput supaya berfungsi sebagai pemotong rumput dan mencangkul tanah.
Amir menggunakan formula Termodinamik bagi memprogramkan mesin
rumput terpakai dan projek ini dibantu oleh Profesor Othman dengan
Formula Dua Hukum Popular bagi memastikan kejayaan. Sejak tersebar
berita Amir dan rakan-rakannya mencipta mesin 2 dalam 1, Aswan berasa
kurang senang dan ingin menyaingi mereka. Aswan bercadang untuk
mencipta model yang sama, menggunakan mesin rumput yang panjang dan
stor minyak petrolnya digantung di belakang dan di hujung pemotong
rumput itu diwujudkan tangan robot.
Namun begitu, semua nota telah hilang dan perkara tentang Formula Dua
Hukum Popular Termodinamik tidak diketahuinya. Amir sangat risau akan
kehilangan Formula Dua Hukum Popular Termodinamik dan tiba-tiba sahaja
storan formulanya hilang. Selain itu, Amir terkejut juga apabila didapati
pencerobohan berlaku pada data syarikat ayahnya. Amir cuba menerangkan
perkara yang berlaku kepada Syarikat Bahagia kepunyaan ayahnya tetapi
gagal kerana ayahnya terlalu sibuk. Amir telah mengatur strategi untuk
menangkap penjenayah. Akhirnya Aswan telah meminta maaf kepada Amir
dan Usama kerana dialah yang mencuri Formula Termodinamik tersebut.
Projek mesin 2 dalam 1 ciptaan Amir dan Usama telah memenangi
Anugerah Saintis Muda dan mereka turut mendapat biasiswa kerajaan bagi
melanjutkan pelajaran di luar negara.
Sinopsis
Bab 1
Amir dan Asma mengimbau kenangan manis zaman kanak-kanak
mereka yang selalu bermain di sawah bersama-sama Usamah, Adnin dan
Zaid. Asma adalah dua pupu Amir dan Usamah. Asma anak kacukan Dusun
dan Brunei, berjaya melanjutkan pelajaran di maktab perguruan manakala

Amir dan Usamah ke Politeknik. Usamah di Perak dan Amir di Putatan.


Mereka bertemu semula ketika Amir dan Usamah menghabiskan cuti
semester di rumah nenek mereka yang tinggal bersebelahan dengan rumah
Asma. Amir mula berasa ada perasaan indah yang terbit di hatinya terhadap
Asma tetapi Asma pula seperti menyimpan cerita yang sukar diungkapkan.
Dalam masa yang sama Amir dan Usamah telah merancang satu projek
pengubahsuaian mesin rumput supaya berfungsi sebagai pemotong rumput
dan mencangkul tanah. Amir menggunakan formula Termodinamik bagi
memprogramkan mesin rumput yang terpakai dan dibantu oleh Profesor
Othman dengan Formula Dua Hukum Popular bagi memastikan kejayaan
projek tersebut.
Bab 2
Sejak tersebar berita Amir dan rakan-rakannya mencipta mesin 2
dalam 1, Aswan berasa kurang senang dan ingin menyaingi mereka. Dia
juga mahu menebus kekecewaannya ketika di Politeknik dulu walaupun dia
tahu dia tidak sehebat Amir dan Usamah. Dia mahu membuktikan yang dia
tidak lemah, dia bijak dan handal serta mampu menyaingi Amir dan
Usamah. Aswan bertekad akan menentang Amir dan Usamah. Dia tidak
akan membiarkan kedua-dua sepupu itu menempa nama di Kampung
Warisan. Aswan menyuarakan hasrat tersebut kepada kawan-kawan
baiknya, Fikri dan Majibon. Aswan bercadang untuk mencipta model yang
sama, menggunakan mesin rumput yang panjang dan stor minyak petrolnya
digantung di belakang dan di hujung pemotong rumput itu diwujudkan
tangan robot. Fikri dan Majibon agak kurang senang dengan hasrat dan
tujuan Aswan yang ingin menyaingi Amir dan Usamah sehingga berlaku
sedikit percanggahan prinsip di antara mereka dengan Aswan. Bagi Fikri
dan Majibon persaingan biarlah sihat dan tidak bermusuhan. Namun
begitu, Fikri dan Majibon tidak sampai hati untuk menghampakan Aswan.
Projek tersebut akan dijalankan dengan bantuan Fikri dan Majibon namun
yang menjadi masalah ialah mereka tidak mempunyai formula. Fikri dan
Majibon tidak pernah belajar bidang kejuruteraan, hanya Aswan seorang
pernah belajar teori kejuruteraan waktu di Politeknik. Namun begitu,
semua nota-notanya telah hilang dan banyak perkara tentang Formula Dua
Hukum Popular Termodinamik tidak diketahuinya. Walaupun dengan sedikit
pengetahuan, Aswan tetap yakin mampu menyaingi Amir dan Usamah
kerana dia tidak mahu meminta bantu daripada Amir, Usamah dan Profesor
Othman seperti yang disarankan oleh Fikri dan Majibon.
Bab 3
Amir dan Usamah bertungkus lumus membuat pengubahsuaian bagi
memastikan projek mesin 2 dalam 1 mereka berjalan lancar. Mesin
tersebut menggunakan kuasa 6 kw, kincir angin model SAMA, iaitu

singkatan Sabah, Malaysia. Mana-mana komponen yang tidak boleh dibuat


sendiri kerana kekurangan kelengkapan seperti membentuk mata pisau
cangkul dihantar ke kedai besi untuk dibentuk. Aswan, Fikri dan Majibon
telah datang melihat projek mesin 2 dalam 1 yang diusahakan oleh
pasangan sepupu itu. Fikri dan Majibon sangat berminat dengan projek
tersebut. Mereka telah diberi penerangan terperinci tentang proses
pengubahsuaian dan pengendalian mesin 2 dalam 1 oleh Amir , penuntut
tahun akhir Diploma Kejuruteraan Am. Aswan lebih berminat melihat bilik
operasi.
Bab 4
Setelah kerja-kerja pengubahsuaian mesin 2 dalam 1 siap, Zaid dan
Adnin mengajak Amir dan Usamah pergi memancing di sawah untuk
menenangkan fikiran. Semasa memancing itulah Zaid dan Adnin telah
bercerita tentang kecurian baja subsidi orang Kampung Warisan dari stor
dewan. Zaid yakin bahawa Aswan dan rakan-rakannya yang telah mencuri
baja tersebut.
Bab 5
Aswan sangat gembira kerana telah berjaya memperoleh formula
yang diperlukan untuk melaksanakan projek impiannya, mencipta mesin
menanam padi. Mesin ini amat relevan untuk masa depan yang dapat
mengurangkan risiko generasi menjadi bongkok. Lakaran grafik yang telah
disediakan oleh Aswan diperlihatkan kepada Fikri dan Majibon. Aswan
secara terperinci menerangkan cara projek itu akan dimulakan sehinggalah
ke peringkat operasi.
Bab 6
Amir sangat risau akan kehilangan Formula Dua Hukum Popular
Termodinamik. Tiba-tiba sahaja storan data formulanya hilang. Dia berasa
kesal kerana cuai dan tidak menyimpan storan dengan baik. Bertahun-tahun
dia mengumpul data untuk menyiapkan formula tersebut dan dibantu oleh
Profesor Othman. Dia tidak tahu orang yang telah menceroboh masuk ke
bilik operasi mereka. Bukan mudah untuk dia mengingati formula
tersebut. Amir risau tidak dapat menunaikan janjinya kepada nenek untuk
membajak tapak semaian dengan mesin 2 dalam 1 tersebut.
Bab 7
Amir dan Usamah pulang ke Putatan. Sampai sahaja di rumahnya,
Amir terus ke pejabat persendirian ayahnya untuk mencari Formula
Termodinamik dan melayari data Syarikat Bahagia. Amir amat terkejut
mendapati ada pencerobohan sedang berlaku pada data syarikat ayahnya.
Amir dan Usamah berusaha untuk menyekat pencerobohan tersebut dengan
menerbit kod baru Adang Keselamatan Rahsia.

Bab 8
Intan, ibu Amir amat terkejut apabila diberitahu oleh Amir tentang
pencerobohan data Syarikat Bahagia. Tetapi Amir tidak berpeluang untuk
menceritakan peristiwa itu kepada ayahnya kerana dia berada di Manila
atas urusan perniagaan. Amir dan Usamah pulang semula ke Kampung
Warisan. Mereka sangat gembira melihat Asma, Zaid dan Adnin sedang
menolong neneknya di tapak semaian. Adnin sedang menolak mesin 2
dalam 1 untuk menyediakan tapak semaian. Neneknya tersenyum bangga.
Amir mewarisi kepintaran anaknya, Damit.
Bab 9
Amir bangga melihat semangat bergotong royong masih menjadi
amalan penduduk Kampung Warisan. Ramai penduduk kampung datang
menolong menanam padi di sawah neneknya. Usamah bersungut tentang
mesin ciptaan Aswan yang belum disiapkan lagi, jika tidak bolehlah
digunakan oleh orang kampung pada musim menanam kali ini. Tiba-tiba
mereka dikejutkan dengan suasana hingar bingar. Amir dan Usamah
terperanjat melihat nenek jatuh ke dalam air paya. Pak Cik Suib, ayah
Asma mengangkat nenek ke batas sawah. Nenek tidak bersuara. Amir dan
Usamah berusaha memberi pertolongan kepada nenek. Setelah sedar
nenek dibawa pulang ke rumah. Atas desakan Asma nenek kemudiannya
dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Bab 10
Nenek menjalani pembedahan kecil pada buku lalinya untuk
memastikan tidak ada pendarahan dan bagi mengelakkan jangkitan kuman
ke anggota lain. Semua ahli keluarga Amir, ayah, ibu dan adik-adiknya serta
Usamah turut berada di hospital menemani nenek. Nenek sangat terharu
dengan layanan dan kasih sayang daripada anak cucunya.

Bab 11
Aswan tidak lagi memberi fokus kepada projek mesin menanam
padinya tetapi banyak masanya dihabiskan di hadapan komputer. Dia tidak
berpuas hati selagi pencariannya belum berhasil. Aswan mencuba meramal
beberapa nombor digital sehinggalah dapat ditembusi. Maklumat yang
ditemui beberapa hari lalu muncul semula. Pengaliran data itu tidak dapat
disekat lagi. Aswan terpukau melihat jumlah aset syarikat tersebut. Dia

sangat teruja dan memperlihatkan data tersebut kepada Fikri dan Majibon.
Aswan bercadang memindahkan wang sejumlah RM1.3 juta itu ke dalam
akaunnya. Majibon membantah keras hasrat Aswan itu atas prinsip agama
melarang mengambil hak orang lain. Aswan kemudiannya bercadang untuk
mengambil RM10,000.00 sahaja sebagai modal menjalankan projek
mereka. Fikri pula menentang hasrat Aswan dan mengingatkan mereka
perlu berpegang teguh pada etika kerja serta bersaing secara sihat. Dalam
masa yang sama, Amir dapat mengesan pencerobohan dan data syarikat
ayahnya dibocori lagi. Usamah berusaha keras mengesan kebocoran data
tersebut dan cuba menyekatnya. Akhirnya mereka bersepakat untuk
menyiasat perkara tersebut.
Bab 12
Amir cuba menerangkan peristiwa yang berlaku kepada Syarikat
Bahagia kepada ayahnya tetapi gagal kerana ayahnya terlalu sibuk. Intan,
ibu Amir telah menceritakan pencerobohan dan kebocoran maklumat
syarikat mereka. Pada masa yang sama Amir dan Usamah telah kembali
semula ke Kampung Warisan. Nenek mereka telah beransur sihat dan akan
keluar dari hospital. Amir berasa bangga melihat mesin 2 dalam 1 ciptaan
mereka digunakan oleh bapa Zaid dan orang-orang kampung untuk
membajak tanah. Hasil ciptaan mereka telah dapat berbakti kepada orang
kampung. Zaid dan Adnin pula telah melaporkan peristiwa yang telah dapat
menjejak penjenayah Kampung Warisan yang menyimpan barang-barang
curi di sebuah pondok tidak jauh dari pangkalan. Amir telah mengatur
strategi untuk memerangkap penjenayah itu.
Bab 13
Dua hari membuat persiapan dan mengatur strategi, Amir dan rakanrakannya bergerak selepas Isyak menuju ke pondok yang dinyatakan oleh
Zaid. Setengah jam perjalanan mereka sampai di pangkalan. Dari situ
mereka bergerak ke sebuah pondok dan bersembunyi di tempat yang sukar
dikesan oleh penjenayah. Dari situ mereka mengatur strategi untuk
memerangkap penjenanyah tersebut. Akhirnya Lahop dan Oyong pemuda
Kampung Warisan yang diupah menjaga pondok tersebut dapat diberkas
dan dihantar ke balai polis. Amir menemui CD yang menyimpan seribu
rahsia yang sukar ditafsir.
Bab 14
Semalaman Amir tidak dapat tidur memikirkan CD yang ditemukan
semasa operasi penangkapan dua orang pemuda di pondok berhampiran
dengan pangkalan. Amir dan Usamah berasa kehilangan Formula
Termodinamik ada kaitan dengan CD tersebut. Tiba-tiba ada e-mel masuk.
Orang yang tidak dikenali menghantar mesej meminta maaf. Mereka

kehairanan dan mengesyaki itulah orang yang telah mencuri formula


mereka. Mereka cuba bertanya tentang penghantar e-mel itu tetapi tiada
jawapan. Kemudian Zaid datang membawa berita bahawa Asma akan
berkahwin. Adnin pula menyusul dalam keadaan basah kuyup dan
mengajak mereka membantu memindahkan orang kampung kerana air
telah naik melepasi satu meter.
Bab 15
Aswan , Fikri dan Majibon dibawa arus deras. Mereka hanya berpaut
pada sebatang kayu untuk menyelamatkan diri. Aswan rasa menyesal tidak
mendengar nasihat ibunya supaya tidak menghadiri majlis sambutan
Krismas di rumah Majibon kerana cuaca buruk. Dia juga mulai sedar
mungkin itu adalah balasan Allah terhadap dosa-dosa yang telah
dilakukannya. Dalam suasana gelap malam mereka bertiga terus berpaut
pada sebatang kayu sehinggalah diselamatkan oleh Amir dan rakanrakannya. Aswan telah meminta maaf kepada Amir dan Usamah serta
mengaku dialah yang mencuri Formula Termodinamik dan penghantar emel.
Bab 16
Projek mesin 2 dalam 1 ciptaan Amir dan Usamah telah
membolehkan mereka memenangi Anugerah Saintis Muda dan mereka
turut mendapat biasiswa kerajaan bagi melanjutkan pelajaran di luar
negara. Pada hari keberangkatan, semua ahli keluarga berada di lapangan
terbang. Aswan, Fikri dan Majibon turut sama. Asma datang mengucapkan
tahniah kepada mereka berdua dengan menghulurkan sejambak mawar
putih buat Usamah dan mawar merah buat Amir.
Tema
Novel ini membawa tema SAINS DAN TEKNOLOGI. Dua orang anak
muda iaitu Amir dan Usamah yang berwawasan tinggi dan masih
menuntut telah memanfaatkan ilmu yang dipelajari dengan melakukan
inovasi terhadap mesin rumput terpakai. Inovasi tersebut dinamakan mesin
2 dalam 1 yang berfungsi sebagai pemotong rumput dan boleh membajak
tanah. Mesin 2 dalam 1 ini akhirnya telah digunakan secara meluas oleh
penduduk Kampung Warisan. Amir dan Usamah pula telah menerima
Anugerah Saintis Muda.
Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dalam novel ini, antaranya :
i. Tanggungjawab melakukan inovasi untuk kepentingan
masyarakat

Contoh : Amir dan Usamah berusaha melakukan pengubahsuaian


terhadap mesin
rumput terpakai bagi memudahkan neneknya dan orang kampung
membajak tanah
untuk pertanian.
ii. Mengamalkan Etika
Contoh : Fikri sangat berpegang teguh kepada etika kerja yang bersih
iaitu
bersaing secara sihat dan tidak menganggap Amir dan Usamah sebagai
musuh
dalam melaksanakan projek masing-masing.
iii. Taat kepada ajaran agama
Contoh : Fikri menentang keras hasrat Aswan yang ingin memindahkan
wang RM
1.3 juta milik syarikat yang telah diceroboh ke dalam
akaunnya. Dia mengingatkan
Aswan bahawa agama melarang kita mengambil hak orang lain,
perbuatan yang
tidak bermoral.
iv. Perniagaan dan Keusahawanan
Contoh : Bapa Aswan seorang usahawan import eksport.
v.

Kasih sayang nenek terhadap anak cucunya


Contoh : Nenek sentiasa menyokong usaha Amir dan Usamah dalam
menjayakan
Projek mesin 2 dalam 1 dan nenek juga banyak mengajar serta mendidik
mereka.
Walaupun baru saja menjalani pembedahan, nenek sudah teringat
hendak
membuat kuih bahulu kegemaran bapa Usamah. Nenek juga berjanji
untuk
membuat kuih jala untuk Amir.
vi. Tanggungjawab terhadap seorang sahabat
Contoh: Zaid, Amir, Usamah dan Adnin telah menyelamatkan Aswan,
Fikri dan Majibon daripada mati lemas dalam kejadian banjir di kampung
mereka.
vii. Mengamalkan budaya ilmu
Contoh: Amir dan Usamah telah mempraktikkan ilmu yang dipelajari di
politeknik
untuk menghasilkan projek mesin 2 dalam 1 bagi membajak tanah
pertanian untuk

kegunaan orang kampung dan tidak lokek berkongsi ilmu dengan orang
lain (ingin membantu Aswan dalam projek mesin menanam padi).
LATAR NOVEL FORMULA TERMODINAMIK
LATAR
LATAR TEMPAT
Di Kampung Warisan, Papar, Sabah- tempat Amir, Usamah, Aswan, Fitri, dan
Majibon dilahirkan dan dibesarkan.
Di bilik pembedahan- tempat nenek Amir menjalani pembedahan kecil di
buku lalinya.
Di Kampung Pimping,- tempat rombongan bapa Aswan untuk
membincangkan persiapan majlis perkahwinan Asma dan Asman.
Di sawah padi- tempat Amir, Usamah, dan Asma berlari - lari.
Di dalam bilik- tempat Amir menghadap komputer dan berkomunikasi
dengan Profesor Othman di skrin komputer.
Di tepi sungai- tempat Amir, Usamah, dan Asma memancing ikan.
Di atas tangga, rumah Amir- tempat Amir termenung dan memikirkan
kehilangan Formula Dua Hukum Popular Termodinamik.
Di Pejabat Persendirian Damit Syarikat Bahagia-Putatan- tempat Amir
menyiasat penjenayah siber yang cuba membocorkan maklumat Syarikat
Bahagia.
Di rumah Majibon- tempat sambutan majlis Hari Krismas diadakan.
LATAR MASA
Malam sambutan Hari Krismas, iaitu semasa berlakunya kejadian air bah
yang sangat dasyat sehingga hampir meragut nyawa Aswan, Majibon, dan
Fikri.
Selepas waktu isyak, iaitu Amir dan rakan- rakannya bersiap- siap untuk
memulakan misi memerangkap dan menangkap pejenayah siber.

Pada pukul 12.00 tengah malam, iaitu Amir dan Usamah tiba di rumah dan
terus ke pejabat persendirian Damit. Mereka meneliti komputer ayah Amir
dan mendapati ada orang yang berusaha untuk memindahkan storan data
Syarikat Bahagia.
Pada suatu pagi, iaitu hujan lebat mencurah - curah, air naik sehingga satu
meter, dan semua penduduk kampung dipindahkan ke balai raya.
LATAR MASYARAKAT

Masyarakat yang berpendidikan tinggi. Contohnya, Asma menuntut


maktab perguruan, manakala Amir dan Usamah pula merupakan
penuntut politeknik serta bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Masyarakat yang masih mengamalkan sikap bergotongroyong.Contohnya, orang kampung bergotong-royong untuk
menyiapkan sawah milik nenek Amir.

Masyarakat yang masih mempunyai sifat iri hati dan hasad dengki
apabila melihat kejayaan Amir dan Usamah mengubah suai mesin
rumput.

Masyarakat golongan muda yang mengamalkan semangat kerjasama.


Contohnya, Adin yang sedang menunggu keputusan SPM mengajak
Amir dan Usamah untuk membantu mangsa banjir yang telah pindah
di kampung mereka.

Masyarakat yang suka mengambil kesempatan dan mementingkan diri


sendiri. Contohnya, Aswan telah mencuri pemacu pena [pen drive]
milik Amiryang mengandungi Formula Termodinamik demi
kepentingan.

Anda mungkin juga menyukai