Anda di halaman 1dari 54

INOPSIS : Formula Termodinamik (Obasiah Haji Usman)

Formula Termodinamik (Obasiah Haji Usman)


Sinopsis Keseluruhan
Cerita Formula Termodinamik digambarkan dengan
latar kampung yang dikelilingi sawah. Amir dan Asma
mengimbau kenangan manis zaman kanak-kanak mereka
yang selalu bermain di sawah bersama-sama Usama,
Adnin dan Zaid. Asma anak kacukan Dusun dan Brunei,
berjaya melanjutkan pelajarannya di maktab perguruan
manakala Amir dan Usama ke Politeknik. Usamah di Perak
dan Amir di Putatan. Mereka bertemu semula ketika Amir
dan Usamah menghabiskan cuti semester di rumah
nenek mereka yang tinggal bersebelahan dengan rumah
Asma. Amir dan Usama telah merancang satu projek
pengubahsuaian mesin rumput supaya berfungsi sebagai
pemotong rumput dan mencangkul tanah. Amir
menggunakan
formula
Termodinamik
bagi
memprogramkan mesin rumput terpakai dan projek ini
dibantu oleh Profesor Othman dengan Formula Dua
Hukum Popular bagi memastikan kejayaan. Sejak
tersebar berita Amir dan rakan-rakannya mencipta mesin
2 dalam 1, Aswan berasa kurang senang dan ingin
menyaingi mereka. Aswan bercadang untuk mencipta
model yang sama, menggunakan mesin rumput yang
panjang dan stor minyak petrolnya digantung di belakang
dan di hujung pemotong rumput itu diwujudkan tangan
robot. Namun begitu, semua nota telah hilang dan
perkara
tentang
Formula
Dua
Hukum
Popular
Termodinamik tidak diketahuinya. Amir sangat risau akan
kehilangan Formula Dua Hukum Popular Termodinamik
dan tiba-tiba sahaja storan formulanya hilang. Selain itu,
Amir terkejut juga apabila didapati pencerobohan berlaku
pada data syarikat ayahnya. Amir cuba menerangkan

perkara yang berlaku kepada Syarikat Bahagia


kepunyaan ayahnya tetapi gagal kerana ayahnya terlalu
sibuk. Amir telah mengatur strategi untuk menangkap
penjenayah. Akhirnya Aswan telah meminta maaf kepada
Amir dan Usama kerana dialah yang mencuri Formula
Termodinamik tersebut. Projek mesin 2 dalam 1 ciptaan
Amir dan Usama telah memenangi Anugerah Saintis
Muda dan mereka turut mendapat biasiswa kerajaan bagi
melanjutkan pelajaran di luar negara.
Sinopsis
Bab 1
Amir dan Asma mengimbau kenangan manis zaman
kanak-kanak mereka yang selalu bermain di sawah
bersama-sama Usamah, Adnin dan Zaid. Asma adalah
dua pupu Amir dan Usamah. Asma anak kacukan Dusun
dan Brunei, berjaya melanjutkan pelajaran di maktab
perguruan manakala Amir dan Usamah ke Politeknik.
Usamah di Perak dan Amir di Putatan. Mereka bertemu
semula ketika Amir dan Usamah menghabiskan cuti
semester di rumah nenek mereka yang tinggal
bersebelahan dengan rumah Asma. Amir mula berasa
ada perasaan indah yang terbit di hatinya terhadap Asma
tetapi Asma pula seperti menyimpan cerita yang sukar
diungkapkan. Dalam masa yang sama Amir dan Usamah
telah merancang satu projek pengubahsuaian mesin
rumput supaya berfungsi sebagai pemotong rumput dan
mencangkul
tanah.
Amir
menggunakan
formula
Termodinamik bagi memprogramkan mesin rumput yang
terpakai dan dibantu oleh Profesor Othman dengan
Formula Dua Hukum Popular bagi memastikan kejayaan
projek tersebut.
Bab 2

Sejak tersebar berita Amir dan rakan-rakannya


mencipta mesin 2 dalam 1, Aswan berasa kurang senang
dan ingin menyaingi mereka. Dia juga mahu menebus
kekecewaannya ketika di Politeknik dulu walaupun dia
tahu dia tidak sehebat Amir dan Usamah. Dia mahu
membuktikan yang dia tidak lemah, dia bijak dan handal
serta mampu menyaingi Amir dan Usamah. Aswan
bertekad akan menentang Amir dan Usamah. Dia tidak
akan membiarkan kedua-dua sepupu itu menempa nama
di Kampung Warisan. Aswan menyuarakan hasrat
tersebut kepada kawan-kawan baiknya, Fikri dan Majibon.
Aswan bercadang untuk mencipta model yang sama,
menggunakan mesin rumput yang panjang dan stor
minyak petrolnya digantung di belakang dan di hujung
pemotong rumput itu diwujudkan tangan robot. Fikri dan
Majibon agak kurang senang dengan hasrat dan tujuan
Aswan yang ingin menyaingi Amir dan Usamah sehingga
berlaku sedikit percanggahan prinsip di antara mereka
dengan Aswan. Bagi Fikri dan Majibon persaingan biarlah
sihat dan tidak bermusuhan. Namun begitu, Fikri dan
Majibon tidak sampai hati untuk menghampakan Aswan.
Projek tersebut akan dijalankan dengan bantuan Fikri dan
Majibon namun yang menjadi masalah ialah mereka tidak
mempunyai formula. Fikri dan Majibon tidak pernah
belajar bidang kejuruteraan, hanya Aswan seorang
pernah belajar teori kejuruteraan waktu di Politeknik.
Namun begitu, semua nota-notanya telah hilang dan
banyak perkara tentang Formula Dua Hukum Popular
Termodinamik tidak diketahuinya. Walaupun dengan
sedikit pengetahuan,
Aswan tetap yakin mampu
menyaingi Amir dan Usamah kerana dia tidak mahu
meminta bantu daripada Amir, Usamah dan Profesor
Othman seperti yang disarankan oleh Fikri dan Majibon.

Bab 3
Amir dan Usamah bertungkus lumus membuat
pengubahsuaian bagi memastikan projek mesin 2 dalam
1 mereka berjalan lancar. Mesin tersebut menggunakan
kuasa 6 kw, kincir angin model SAMA, iaitu singkatan
Sabah, Malaysia. Mana-mana komponen yang tidak
boleh dibuat sendiri kerana kekurangan kelengkapan
seperti membentuk mata pisau cangkul dihantar ke kedai
besi untuk dibentuk. Aswan, Fikri dan Majibon telah
datang melihat projek mesin 2 dalam 1 yang diusahakan
oleh pasangan sepupu itu. Fikri dan Majibon sangat
berminat dengan projek tersebut. Mereka telah diberi
penerangan terperinci tentang proses pengubahsuaian
dan pengendalian mesin 2 dalam 1 oleh Amir , penuntut
tahun akhir Diploma Kejuruteraan Am. Aswan lebih
berminat melihat bilik operasi.
Bab 4
Setelah kerja-kerja pengubahsuaian mesin 2 dalam 1
siap, Zaid dan Adnin mengajak Amir dan Usamah pergi
memancing di sawah untuk menenangkan fikiran.
Semasa memancing itulah Zaid dan Adnin telah bercerita
tentang kecurian baja subsidi orang Kampung Warisan
dari stor dewan. Zaid yakin bahawa Aswan dan rakanrakannya yang telah mencuri baja tersebut.
Bab 5
Aswan sangat gembira kerana telah berjaya
memperoleh
formula
yang
diperlukan
untuk
melaksanakan projek impiannya, mencipta mesin
menanam padi. Mesin ini amat relevan untuk masa
depan yang dapat mengurangkan risiko generasi menjadi

bongkok. Lakaran grafik yang telah disediakan oleh


Aswan diperlihatkan kepada Fikri dan Majibon. Aswan
secara terperinci menerangkan cara projek itu akan
dimulakan sehinggalah ke peringkat operasi.
Bab 6
Amir sangat risau akan kehilangan Formula Dua
Hukum Popular Termodinamik. Tiba-tiba sahaja storan
data formulanya hilang. Dia berasa kesal kerana cuai dan
tidak menyimpan storan dengan baik. Bertahun-tahun dia
mengumpul data untuk menyiapkan formula tersebut dan
dibantu oleh Profesor Othman. Dia tidak tahu orang yang
telah menceroboh masuk ke bilik operasi mereka. Bukan
mudah untuk dia mengingati formula tersebut. Amir
risau tidak dapat menunaikan janjinya kepada nenek
untuk membajak tapak semaian dengan mesin 2 dalam 1
tersebut.
Bab 7
Amir dan Usamah pulang ke Putatan. Sampai sahaja
di rumahnya, Amir terus ke pejabat persendirian ayahnya
untuk mencari Formula Termodinamik dan melayari data
Syarikat Bahagia. Amir amat terkejut mendapati ada
pencerobohan sedang berlaku pada data syarikat
ayahnya. Amir dan Usamah berusaha untuk menyekat
pencerobohan tersebut dengan menerbit kod baruAdang
Keselamatan Rahsia.
Bab 8
Intan, ibu Amir amat terkejut apabila diberitahu oleh
Amir tentang pencerobohan data Syarikat Bahagia.
Tetapi Amir tidak berpeluang untuk menceritakan
peristiwa itu kepada ayahnya kerana dia berada di Manila
atas urusan perniagaan. Amir dan Usamah pulang

semula ke Kampung Warisan. Mereka sangat gembira


melihat Asma, Zaid dan Adnin sedang menolong
neneknya di tapak semaian. Adnin sedang menolak
mesin 2 dalam 1 untuk menyediakan tapak semaian.
Neneknya tersenyum bangga. Amir mewarisi kepintaran
anaknya, Damit.
Bab 9
Amir bangga melihat semangat bergotong royong
masih menjadi amalan penduduk Kampung Warisan.
Ramai penduduk kampung datang menolong menanam
padi di sawah neneknya. Usamah bersungut tentang
mesin ciptaan Aswan yang belum disiapkan lagi, jika
tidak bolehlah digunakan oleh orang kampung pada
musim menanam kali ini. Tiba-tiba mereka dikejutkan
dengan suasana hingar bingar. Amir dan Usamah
terperanjat melihat nenek jatuh ke dalam air paya. Pak
Cik Suib, ayah Asma mengangkat nenek ke batas sawah.
Nenek tidak bersuara. Amir dan Usamah berusaha
memberi pertolongan kepada nenek. Setelah sedar
nenek dibawa pulang ke rumah. Atas desakan Asma
nenek kemudiannya dihantar ke hospital untuk
mendapatkan rawatan lanjut.
Bab 10
Nenek menjalani pembedahan kecil pada buku
lalinya untuk memastikan tidak ada pendarahan dan bagi
mengelakkan jangkitan kuman ke anggota lain. Semua
ahli keluarga Amir, ayah, ibu dan adik-adiknya serta
Usamah turut berada di hospital menemani nenek.
Nenek sangat terharu dengan layanan dan kasih sayang
daripada anak cucunya.

Bab 11
Aswan tidak lagi memberi fokus kepada projek mesin
menanam padinya tetapi banyak masanya dihabiskan di
hadapan komputer. Dia tidak berpuas hati selagi
pencariannya belum berhasil. Aswan mencuba meramal
beberapa nombor digital sehinggalah dapat ditembusi.
Maklumat yang ditemui beberapa hari lalu muncul
semula. Pengaliran data itu tidak dapat disekat lagi.
Aswan terpukau melihat jumlah aset syarikat tersebut.
Dia sangat teruja dan memperlihatkan data tersebut
kepada
Fikri
dan
Majibon.
Aswan
bercadang
memindahkan wang sejumlah RM1.3 juta itu ke dalam
akaunnya. Majibon membantah keras hasrat Aswan itu
atas prinsip agama melarang mengambil hak orang lain.
Aswan kemudiannya bercadang untuk mengambil
RM10,000.00 sahaja sebagai modal menjalankan projek
mereka. Fikri pula menentang hasrat Aswan dan
mengingatkan mereka perlu berpegang teguh pada etika
kerja serta bersaing secara sihat. Dalam masa yang
sama, Amir dapat mengesan pencerobohan dan data
syarikat ayahnya dibocori lagi. Usamah berusaha keras
mengesan
kebocoran
data
tersebut
dan
cuba
menyekatnya.
Akhirnya mereka bersepakat untuk
menyiasat perkara tersebut.
Bab 12
Amir cuba menerangkan peristiwa yang berlaku
kepada Syarikat Bahagia kepada ayahnya tetapi gagal
kerana ayahnya terlalu sibuk. Intan, ibu Amir telah
menceritakan pencerobohan dan kebocoran maklumat
syarikat mereka. Pada masa yang sama Amir dan
Usamah telah kembali semula ke Kampung Warisan.
Nenek mereka telah beransur sihat dan akan keluar dari

hospital. Amir berasa bangga melihat mesin 2 dalam 1


ciptaan mereka digunakan oleh bapa Zaid dan orangorang kampung untuk membajak tanah. Hasil ciptaan
mereka telah dapat berbakti kepada orang kampung.
Zaid dan Adnin pula telah melaporkan peristiwa yang
telah dapat menjejak penjenayah Kampung Warisan
yang menyimpan barang-barang curi di sebuah pondok
tidak jauh dari pangkalan. Amir telah mengatur strategi
untuk memerangkap penjenayah itu.
Bab 13
Dua hari membuat persiapan dan mengatur strategi,
Amir dan rakan-rakannya bergerak selepas Isyak menuju
ke pondok yang dinyatakan oleh Zaid. Setengah jam
perjalanan mereka sampai di pangkalan. Dari situ
mereka bergerak ke sebuah pondok dan bersembunyi di
tempat yang sukar dikesan oleh penjenayah. Dari situ
mereka
mengatur
strategi
untuk
memerangkap
penjenanyah tersebut. Akhirnya Lahop dan Oyong
pemuda Kampung Warisan yang diupah menjaga pondok
tersebut dapat diberkas dan dihantar ke balai polis. Amir
menemui CD yang menyimpan seribu rahsia yang sukar
ditafsir.
Bab 14
Semalaman Amir tidak dapat tidur memikirkan CD
yang ditemukan semasa operasi penangkapan dua orang
pemuda di pondok berhampiran dengan pangkalan. Amir
dan Usamah berasa kehilangan Formula Termodinamik
ada kaitan dengan CD tersebut. Tiba-tiba ada emelmasuk. Orang yang tidak dikenali menghantar mesej
meminta maaf. Mereka kehairanan dan mengesyaki
itulah orang yang telah mencuri formula mereka. Mereka

cuba bertanya tentang penghantar e-mel itu tetapi tiada


jawapan. Kemudian Zaid datang membawa berita
bahawa Asma akan berkahwin. Adnin pula menyusul
dalam keadaan basah kuyup dan mengajak mereka
membantu memindahkan orang kampung kerana air
telah naik melepasi satu meter.
Bab 15
Aswan , Fikri dan Majibon dibawa arus deras. Mereka
hanya
berpaut
pada
sebatang
kayu
untuk
menyelamatkan diri.
Aswan rasa menyesal tidak
mendengar nasihat ibunya supaya tidak menghadiri
majlis sambutan Krismas di rumah Majibon kerana cuaca
buruk. Dia juga mulai sedar mungkin itu adalah balasan
Allah terhadap dosa-dosa yang telah dilakukannya.
Dalam suasana gelap malam mereka bertiga terus
berpaut pada sebatang kayu sehinggalah diselamatkan
oleh Amir dan rakan-rakannya. Aswan telah meminta
maaf kepada Amir dan Usamah serta mengaku dialah
yang mencuri Formula Termodinamik dan penghantar emel.
Bab 16
Projek mesin 2 dalam 1 ciptaan Amir dan Usamah
telah membolehkan mereka memenangi Anugerah
Saintis Muda dan mereka turut mendapat biasiswa
kerajaan bagi melanjutkan pelajaran di luar negara.
Pada hari keberangkatan, semua ahli keluarga berada di
lapangan terbang. Aswan, Fikri dan Majibon turut sama.
Asma datang mengucapkan tahniah kepada mereka
berdua dengan menghulurkan sejambak mawar putih
buat Usamah dan mawar merah buat Amir.

Tema
Novel ini membawa tema sains dan teknologi. Dua
orang anak muda iaitu Amir dan Usamah yang
berwawasan
tinggi
dan
masih
menuntut
telah
memanfaatkan ilmu yang dipelajari dengan melakukan
inovasi terhadap mesin rumput terpakai. Inovasi tersebut
dinamakan mesin 2 dalam 1 yang berfungsi sebagai
pemotong rumput dan boleh membajak tanah. Mesin 2
dalam 1 ini akhirnya telah digunakan secara meluas oleh
penduduk Kampung Warisan. Amir dan Usamah pula
telah menerima Anugerah Saintis Muda.
Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dalam novel ini, antaranya :
i. Tanggungjawab melakukan inovasi untuk
kepentingan masyarakat
Contoh : Amir dan Usamah berusaha melakukan
pengubahsuaian terhadap mesin
rumput terpakai bagi memudahkan neneknya dan
orang kampung membajak tanah
untuk pertanian.
ii. Mengamalkan Etika
Contoh : Fikri sangat berpegang teguh kepada etika
kerja yang bersih iaitu
bersaing secara sihat dan tidak menganggap Amir dan
Usamah sebagai musuh
dalam melaksanakan projek masing-masing.
iii. Taat kepada ajaran agama
Contoh : Fikri menentang keras hasrat Aswan yang ingin
memindahkan wang RM 1.3 juta milik syarikat yang
telah diceroboh ke dalam akaunnya. Dia mengingatkan

Aswan bahawa agama melarang kita mengambil hak


orang lain, perbuatan yang
tidak bermoral.
iv. Perniagaan dan Keusahawanan
Contoh : Bapa Aswan seorang usahawan import
eksport.
v.

Kasih sayang nenek terhadap anak cucunya


Contoh : Nenek sentiasa menyokong usaha Amir dan
Usamah dalam menjayakan
Projek mesin 2 dalam 1 dan nenek juga banyak
mengajar serta mendidik mereka.
Walaupun baru saja menjalani pembedahan, nenek
sudah teringat hendak
membuat kuih bahulu kegemaran bapa Usamah.
Nenek juga berjanji untuk
membuat kuih jala untuk Amir.
vi. Tanggungjawab terhadap seorang sahabat
Contoh: Zaid, Amir, Usamah dan Adnin telah
menyelamatkan Aswan, Fikri dan Majibon daripada
mati lemas dalam kejadian banjir di kampung mereka.
vii. Mengamalkan budaya ilmu
Contoh: Amir dan Usamah telah mempraktikkan ilmu
yang dipelajari di politeknik
untuk menghasilkan projek mesin 2 dalam 1 bagi
membajak tanah pertanian untuk
kegunaan orang kampung dan tidak lokek berkongsi
ilmu dengan orang lain (ingin
membantu Aswan dalam projek mesin menanam
padi).

Latar masyarakat:
Cerita Formula Termodinamik digambarkan dengan latar kampung yang dikelilingi
sawah. Amir dan Asma mengimbau kenangan manis zaman kanak-kanakmereka
yang selalu bermain di sawah bersama-samaUsama, Adnin dan Zaid. Asma anak
kacukan usun dan!runei, berjaya melanjutkan pela"arannya di maktabperguruan
manakala Amir dan Usama ke #oliteknik.Usamah di #erak dan Amir di #utatan.
$ereka bertemusemula ketika Amir dan Usamah menghabiskan cutisemester di
rumah nenek mereka yang tinggalbersebelahan dengan rumah Asma. Amir dan
Usamatelah merancang satu pro"ek pengubahsuaian mesinrumput supaya ber
%ungsi sebagai pemotong rumputdan mencangkul tanah. Amir menggunakan
%ormula Termodinamik bagi memprogramkan mesin rumputterpakai dan pro"ek ini
dibantu oleh #ro%esor &thmandengan Formula ua 'ukum #opular bagi
memastikanke"ayaan. (e"ak tersebar berita Amir dan rakan-rakannya mencipta
mesin ) dalam *, Aswan berasakurang senang dan ingin menyaingi mereka.
Aswanbercadang untuk mencipta model yang sama,menggunakan mesin rumput
yang pan"ang dan storminyak petrolnya digantung di belakang dan di
hu"ungpemotong rumput itu diwu"udkan tangan robot. +amunbegitu, semua nota
telah hilang dan perkara tentangFormula ua 'ukum #opular Termodinamik
tidakdiketahuinya. Amir sangat risau akan kehilanganFormula ua 'ukum #opular
Termodinamik dan tiba-tiba saha"a storan %ormulanya hilang. (elain itu,
Amirterke"ut "uga apabila didapati pencerobohan berlakupada data syarikat
ayahnya. Amir cuba menerangkanperkara yang berlaku kepada (yarikat !
ahagiakepunyaan ayahnya tetapi gagal kerana ayahnya

ATAR NOVEL FORMULA TERMODINAMIK


LATAR NOVEL FORMULA TERMODINAMIK

LATAR

LATAR TEMPAT

Di Kampung Warisan, Papar, Sabah- tempat Amir, Usamah, Aswan, Fitri, dan
Majibon dilahirkan dan dibesarkan.
Di bilik pembedahan- tempat nenek Amir menjalani pembedahan kecil di buku
lalinya.
Di Kampung Pimping,- tempat rombongan bapa Aswan untuk membincangkan
persiapan majlis perkahwinan Asma dan Asman.
Di sawah padi- tempat Amir, Usamah, dan Asma berlari - lari.
Di dalam bilik- tempat Amir menghadap komputer dan berkomunikasi dengan
Profesor Othman di skrin komputer.
Di tepi sungai- tempat Amir, Usamah, dan Asma memancing ikan.
Di atas tangga, rumah Amir- tempat Amir termenung dan memikirkan kehilangan
Formula Dua Hukum Popular Termodinamik.
Di Pejabat Persendirian Damit Syarikat Bahagia-Putatan- tempat Amir menyiasat
penjenayah siber yang cuba membocorkan maklumat Syarikat Bahagia.
Di rumah Majibon- tempat sambutan majlis Hari Krismas diadakan.

LATAR MASA

Malam sambutan Hari Krismas, iaitu semasa berlakunya kejadian air bah yang
sangat dasyat sehingga hampir meragut nyawa Aswan, Majibon, dan Fikri.
Selepas waktu isyak, iaitu Amir dan rakan- rakannya bersiap- siap untuk memulakan
misi memerangkap dan menangkap pejenayah siber.
Pada pukul 12.00 tengah malam, iaitu Amir dan Usamah tiba di rumah dan terus ke
pejabat persendirian Damit. Mereka meneliti komputer ayah Amir dan mendapati
ada orang yang berusaha untuk memindahkan storan data Syarikat Bahagia.

Pada suatu pagi, iaitu hujan lebat mencurah - curah, air naik sehingga satu meter,
dan semua penduduk kampung dipindahkan ke balai raya.

LATAR MASYARAKAT

Masyarakat yang berpendidikan tinggi. Contohnya, Asma menuntut maktab


perguruan, manakala Amir dan Usamah pula merupakan penuntut politeknik serta
bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Masyarakat yang masih mengamalkan sikap bergotong-royong.Contohnya, orang
kampung bergotong-royong untuk menyiapkan sawah milik nenek Amir.
Masyarakat yang masih mempunyai sifat iri hati dan hasad dengki apabila melihat
kejayaan Amir dan Usamah mengubah suai mesin rumput.
Masyarakat golongan muda yang mengamalkan semangat kerjasama. Contohnya,
Adin yang sedang menunggu keputusan SPM mengajak Amir dan Usamah untuk
membantu mangsa banjir yang telah pindah di kampung mereka.
Masyarakat yang suka mengambil kesempatan dan mementingkan diri sendiri.
Contohnya, Aswan telah mencuri pemacu pena [pen drive] milik Amiryang
mengandungi Formula Termodinamik demi kepentingan.

SINOPSIS : Destinasi Impian (Mohd Ismail Sarbini)


Destinasi Impian (Mohd Ismail Sarbini)
Sinopsis Keseluruhan

Cerita ini bermula dengan situasi perjalanan


mengayuh basikal oleh Johari, Firdaus dan Azlina.
Perjalanan mereka dari Kampung Bukit Kapar ke Pantai
Morib Baru adalah untuk menyahut cabaran datuk. Jarak
perjalanan mereka sejauh 50 kilometer. Firdaus sentiasa
merungut sepanjang perjalanan kerana destinasi mereka
sangat jauh dan dia berasa letih. Johari dan Azlina
memberikan dorongan semangat dan pelbagai nasihat
agar perjalanan mereka diteruskan. Tujuan Johari
mengajak Firdaus dan Azlina adalah untuk mengajar
mereka supaya mereka menjadi lasak, berdikari dan
berani. Firdaus berasa bangga kerana berjaya mengayuh
basikal hingga Pantai Morib Baru. Kawan-kawan Firdaus
berasa bangga atas kemampuan dan kejayaan Firdaus
mengayuh basikal. Akhirnya, Firdaus insaf dan sedar
serta tidak bersikap angkuh.

Sinopsis
Bab 1
Johari, Firdaus dan Azlina mengayuh basikal dari
Kampung Bukit Kapar ke Pantai Morib Baru kerana
menyahut cabaran datuk. Jarak perjalanan tersebut
sejauh 50 kilometer. Firdaus sentiasa merungut
sepanjang perjalanan kerana destinasinya jauh dan
berasa letih. Johari dan Azlina memberi dorongan
semangat dan pelbagai nasihat agar perjalanan mereka
diteruskan. Tanpa kerelaan diri, Firdaus terpaksa
meneruskan perjalanan tersebut.
Bab 2
Firdaus terus merungut dan berasa menyesal
sepanjang perjalanan. Beliau berasa letih kerana lama

mengayuh basikal. Kepanasan cahaya matahari yang


begitu lama menambahkan lagi keletihan Firdaus.
Firdaus menyatakan kekesalan kerana menyertai Johari
dan Azlina dan menganggap perjalanan sebagai
perjalanan
gila.
Bab 3
Azlina adik kepada Firdaus sangat berani dan tabah.
Walaupun sebagai seorang perempuan, dia mempunyai
semangat dan daya juang yang tinggi. Meskipun berasa
letih, Azlina tetap ingin meneruskan perjalanan kerana
mengikut sepupunya Abang Johari. Johari sentiasa
memberi nasihat dan dorangan kepada Azlina sebagai
pembakar semangat untuk meneruskan perjalanan.

Bab 4
Johari mempunyai hasrat tersirat sebab Firdaus dan
Azlina perlu menyertai perjalanan berbasikal. Tujuan
Johari agar dapat mengajar Firdaus dan Azlina supaya
tabah dan kuat menghadapi cabaran. Selain itu, Johari
mengharap agar Firdaus dan Azlina menjadi seorang
yang lasak, berdikari dan berani.
Bab 5
Firdaus berdendam terhadap adiknya, Azlina. Johari
yang memainkan peranan untuk mengubah sikap Firdaus.
Johari berjanji
pada dirinya untuk menghentikan
perasaan api dendam dan benci akan Firdaus terhadap
adiknya, Azlina. Johari tidak menduga bagaimana Firdaus
boleh mendendami adiknya sendiri, Azlina.

Bab 6
Firdaus mula berasa bangga kerana perjalanan
mengayuh basikal telah berakhir kerana berjaya sampai
ke destinasi Pantai Morib Baru. Firdaus tidak terduga
kerana dapat berkayuh basikal sejauh 50 kilometer.
Firdaus berasa bangga atas kejayaannya sampai ke
Pantai Morib Baru. Firdaus gembira kerana ketibaannya
telah disambut oleh kawan-kawannya Sazali, Mokhsin,
Salim dan Mazlinda. Kawan-kawan Firdaus berasa bangga
atas kemampuan dan kejayaan Firdaus mengayuh
basikal.
Bab 7
Firdaus sampai di Pantai Morib Baru dan bergembira
dengan kawan-kawannya. Johari dan Azlina sengaja
membicarakan tindakan Firdaus menghabiskan masa
bersama dengan rakan-rakan. Johari dan Azlina turut
gembira dan bangga kerana Firdaus akhirnya berjaya
sampai ke destinasi perjalanan, Pantai Morib Baru.
Bab 8
Azlina berbual-bual dengan Kasmadiana tentang
perjalanan berbasikal di pantai. Kasmadiana memuji
ketabahan dan kemampuan Azlina berbasikal sejauh 50
kilometer. Azlina memberitahunya bahawa dia mengikuti
Abang Johari dan menyahut cabaran datuknya.
Kasmadiana memberitahu bahawa abangnya Karman
bersama Johari dan Tamrin merancang hendak
mengelilingi Malaysia dengan berbasikal. Semasa
perbualan, mereka didatangi oleh Sazali dan Moksin
bertanya sama ada benar kenyataan yang diberikan oleh
Firdaus bahawa dia sampai dahulu ke Pantai Morib. Azlina

menafikan dan mengatakan bahawa mereka berdua telah


ditipu.
Bab 9
Firdaus bermimpi semasa tidur dalam khemah.
Dalam mimpi itu, Firdaus banyak mendapat pujian
daripada Mazlinda. Selain itu, dia merasa bertuah kerana
dapat berjumpa dengan kawan pujaannya Mazlinda.
Moksin dan Sazali telah mengetahui kisah sebenar dan
cuba mendapat kepastian daripada Firdaus. Firdaus cuba
menafikan tetapi setelah dipaksa, akhirnya dia mengaku
bahawa dia telah berbohong. Dalam mimpi itu, Firdaus
telah lemas dan menjerit meminta tolong sehingga
terjaga. Firdaus menerima sindiran tajam daripada
Mazlinda, Johari dan Azlina. Mulai saat itu, Firdaus telah
sedar dan insaf.
Bab 10
Johari membawa berita tentang Firdaus yang ingin
pulang sendiri. Azlina terkejut dengan tindakan abangnya
dan merasa bimbang. Johari cuba menenangkan Azlina
dan memberi penjelasan bahawa Firdaus mampu, yakin
dan boleh berdikari selepas pengalaman yang dilalui.
Bab 11
Firdaus membuat keputusan untuk pulang sendiri.
Dia mengetahui Johari dan Azlina telah pulang dahulu.
Kesempatan itu digunakan oleh Firdaus dan rakanrakannya untuk mandi manda di pantai. Semasa mandi,
Firdaus betul-betul lemas kerana cuba menyelamatkan
Mazlinda
yang
pura-pura
lemas.
Firdaus
telah
diselamatkan oleh Mazlinda kerana dia sebenarnya
pandai berenang. Peristiwa itu telah menyedarkan dan

menginsafkan Firdaus agar tidak bercakap bohong dan


bersikap angkuh lagi.

BAB 12..

Tema
Novel ini membawa tema masalah dan konflik
seorang remaja yang menghadapi cabaran dalam hidup.
Firdaus seorang individu yang berada dalam keadaan
dicabar dan mencabar. Bukan mudah untuk menghadapi
cabaran dan bukan semua orang suka dicabar. Firdaus
seorang anak muda yang dicabar oleh orang yang akrab
dalam keluarga
Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam novel ini,
antaranya:
i. Jiwa remaja yang mudah memberontak
Contoh: Firdaus seorang anak muda yang cepat
mengalah dan tidak tahan menerima cabaran. Akibatnya
dia selalu sahaja merungut dan memberontak apabila
mengalami kesusahan.
ii. Keprihatinan dan kemurahan hati terhadap insan
lain.
Contoh: Johari sentiasa membantu sepupunya apabila
ditimpa kemalangan. Beliau cepat-cepat datang memberi
bantuan kepada Firdaus dan Azlina ketika jatuh dari
basikal.
iii. Keberanian mengharungi rintangan

Contoh: Azlina seorang perempuan berumur 16 tahun,


pelajar tingkatan 4 sanggup menerima cabaran untuk
mengayuh basikal sejauh 50 kilometer. Sebagai seorang
pelajar, dia mempunyai daya juang yang tinggi dan
penyabar.
iv. Keinsafan setelah sedar dari kesilapan
Contoh: Firdaus akhirnya menyesal apabila sedar dari
melakukan kesilapan. Beliau seorang yang panas baran,
pembohong dan bersifat angkuh. Selepas peristiwa lemas
di pantai, dia mula sedar dan insaf dari kesalahannya.
v. Usaha dan kerjasama menghasilkan kejayaan
Contoh: Johari, Firdaus dan Azlina berjaya mengayuh
basikal dan sampai ke destinasi Pantai Morib Baru.
Mereka berjaya kerana usaha yang gigih dan
bekerjasama semasa dalam perjalanan.

SINOPSIS : Pelari Muda (Ghazali Ngah Azia)


Pelari Muda (Ghazali Ngah Azia)
Sinopsis Keseluruhan
Cerita ini mengisahkan pengalaman watak utama
iaitu Kamarul seorang pelajar tingkatan 5 yang berjaya
dalam acara sukan olahraga. Beliau pernah terpilih
mewakili negara dalam kejohanan sukan SEA di Brunei.
Kamarul terpilih untuk mewakili negara dalam kejohanan
sukan SEA di Bangkok dua bulan lagi. Dia dilatih oleh
Encik Kadir. Kejayaan ini telah menjadikan Kamarul
dikenali
ramai,
disanjung
dan
popular.
Walau
bagaimanapun, di sebalik kejayaan ini sikap Kamarul
pada pandangan kawan-kawannya sudah berubah.
Kamarul bersikap sombong, ego, menjauhkan diri
daripada kawan-kawan, malah tidak berdisiplin menjalani
latihan di bawah bimbingan Encik Kadir. Akibat sikapnya
yang rendah moral itu, Kamarul ditegur oleh kawan
baiknya Saridah. Teguran Saridah menjadi punca dia

menyepikan diri daripada Saridah. Kamarul juga


menunjukkan sikap tidak menghormati jurulatihnya.
Teguran-teguran yang diberikan oleh Encik Kadir dibalas
dengan jawapan dan tindakan yang tidak bermoral. Suatu
hari, dalam perjalanan balik daripada latihan Kamarul
dilanggar kereta. Dia dimasukkan ke hospital. Sepanjang
berada di hospital, Encik Kadir dan Saridah tetap
menziarahi Kamarul. Sikap bertanggungjawab Encik Kadir
dan keprihatinan Saridah menjadikan titik mula Kamarul
insaf dan berubah sikap. Setelah sembuh daripada
kecederaan, Kamarul menjalani semula latihan di bawah
bimbingan Encik Kadir. Hubungan Kamarul dengan Encik
Kadir bertambah baik. Hasrat Kamarul untuk mewakili
nergara telah direstui pihak sekolah. Kamarul dan
delegasi Malaysia berlepas ke Bangkok untuk menyertai
kejohanan sukan SEA ke-14 di Bangkok. Di Bangkok,
Kamarul mengambil kesempatan bertemu De Wega, atlit
sukan lari Filipina yang terkenal. Berita tentang Kamarul
sebagai atlit Malaysia tersiar dalam media massa di
Bangkok. Dalam acara lari 100m dan 400m kejohanan
tersebut Kamarul berjaya meraih pingat emas. Kejayaan
Kamarul mendapat pujian dan ucapan daripada Encik
Kadir dan rakan-rakan, termasuk rakan-rakan sekelasnya
di Malaysia. Kamarul mengucapkan terima kasih atas
bimbingan yang diberikan oleh Encik Kadir dan menjadi
pendorong kejayaan. Kamarul terkejut dan terharu
apabila Encik Kadir menyatakan hasrat untuk bersara.
Setelah kejohanan Sukan SEA tamat, Kamarul dan
delegasi Malaysia berangkat pulang ke Malaysia
membawa kejayaan cemerlang untuk negara, sekolah

dan untuk dirinya sendiri. Di lapangan terbang Kamarul


telah disambut meriah dengan ucapan tahniah daripada
ibu bapa dan rakan-rakannya.
Sinopsis Mengikut Bab
Bab 1
Setelah pulang berjoging Kamarul menunjukkan
sikap yang berbeza daripada biasa. Perubahan sikap
Kamarul disedari ibunya Mak Jah. Mak Jah mengesyaki
perubahan itu kerana pergaduhan dengan Saridah.
Sangkaan Mak Jah itu benar, apabila Kamarul mengakui
bahawa berlaku sedikit salah faham dengan Saridah.
Saridah menegur sikap Kamarul yang menjauhkan diri
daripadanya dan juga kawan-kawan lain setelah Kamarul
menjadi terkenal sebagai atlit sukan lumba lari 100 m di
peringkat
antarabangsa.
Kamarul
berasa
resah
mengenangkan pertengkaran yang berlaku itu dan
mencari Saridah untuk memohon maaf.
Bab 2
Sures kecewa kerana Kamarul mungkir janji untuk
hadir pada sesi latihan di Pusat Sukan Kampung Pandan.
Sikap Kamarul telah menimbulkan tanda tanya Sures.
Encik Kadir selaku jurulatih pula risau dengan prestasi
Kamarul. Latihan pada petang itu dijalankan seperti
biasa. Oleh sebab, Kamarul tidak hadir, acara 100 m

terpaksa dibatalkan. Setelah tamat latihan, Sures pulang


ke rumah. Sewaktu sampai di laman rumah, Saridah
datang bertemu Sures bertanyakan tentang Kamarul.
Sures pula musykil dengan punca masalah yang berlaku
di antara Saridah dengan Kamarul. Walau bagaimanapun,
Saridah berharap masalah yang dihadapinya tidak
diperbesar-besarkan.
Bab 3
Saridah berada di perpustakaan dan berharap dapat
berjumpa dengan Kamarul. Walau bagaimanapun, dia
kecewa kerana Kamarul tidak muncul. Saridah berasa
kecewa dan merasakan dirinya dipersalahkan atas sikap
dingin Kamarul. Dalam keadaan sedih dan resah itu
muncul kawan rapatnya, Juriah dan bertanya tentang
masalah Saridah. Setelah diberitahu Saridah, Juriah
meminta Saridah tidak terlalu memikirkan tentang
Kamarul, sebaliknya percaya masih ada masa untuk
Saridah memperbaiki persahabatannya dengan Kamarul.
Saridah tidak terus pulang ke rumah walaupun loceng
tamat persekolahan hari itu telah berbunyi, sebaliknya
dia berseorangan di dalam bilik darjah memikirkan
masalahnya
dengan
Kamarul.
Saridah
membuat
keputusan untuk menulis surat kepada Kamarul. Juriah
yang menjengok ke bilik itu terkejut mendapati Saridah
belum pulang ke rumah. Kesempatan Juriah datang ke
situ, Saridah meminta pertolongan Juriah untuk
menyampaikan surat yang dituliskan itu kepada Kamarul
Bab 4

Mak Jah memerhatikan gelagat anaknya ketika


Kamarul hendak keluar berjoging. Mak Jah terbayang
keresahan yang dialami Kamarul. Apabila Kamarul mula
hendak pergi, Mak Jahpun memberikan surat yang
diterima kepada Kamarul. Kamarul pula berasa musykil
tentang pengirim surat itu tetapi tidak dinyatakan oleh
Mak Jah pengirimnya. Sambil berlari, Kamarul membaca
surat yang diterima itu. Kamarul terkejut kerana surat itu
datangnya daripada Saridah. Hatinya terharu dengan
kejujuran Saridah menulis. Kamarul terus berjoging
masuk ke Stadium Merdeka. Melihat suasana stadium
yang luas itu, Kamarul terbayang dirinya sedang beraksi
dan penonton pula bersorak dengan bersemangat
menjerit-jeritkan
namanya.
Khayalan
Kamarul
kemudiannya terganggu dan dia meraung sekuat hati ke
dalam stadium dan kemudiannya berlari keluar dari
stadium dengan perasaan sayu mengingatkan Saridah.
Bab 5
Saridah kecewa kerana Juriah yang ditunggu tidak
datang pada masa yang dijanjikan. Dalam jemu
menunggu Saridah teringat Kamarul yang juga tidak
datang menemuinya di perpustakaan. Sewaktu menatap
sekeping gambar dalam album di bilik rumahnya, Saridah
teringat kenangan manis bertemu Kamarul sewaktu
menyertai sukan MSSM di Stadium Merdeka. Kenangan
itu amat menyentuh perasaan Saridah, kerana hubungan
baik dengan Kamarul berpanjangan dari padang
permainan ke bilik darjah hingga ke rumah. Saridah
teringat kemesraan ibu bapa Kamarul terhadapnya.

Walau
bagaimanapun,
setelah
Kamarul
terkenal
danglamour sebagai atlit sukan, sikapnya terhadap
Saridah
mula
berubah.
Perubahan
inilah
yang
membuatkan Saridah kecewa dan sedih.
Bab 6
Encik Kadir menyuarakan rasa tidak puas hati
terhadap kemerosotan prestasi Kamarul. Manakala
prestasi Sures kian cemerlang. Encik Kadir sangat bangga
akan pencapaian prestasi Sures. Dia mahu semua
pelatihnya mengatasi rekod terpantas yang dibuat oleh
pelari sukan negara lain. Encik Kadir memanggil Kamarul
bertanya tentang masalah yang dihadapi Kamarul, tetapi
Kamarul tidak menceritakan masalahnya, sebaliknya
menunjukkan respon yang angkuh terhadap Encik Kadir.
Kamarul memberitahu bahawa dia boleh berlatih sendiri
dan tidak perlu latihan daripada orang lain. Sikap
Kamarul ini amat memeranjatkan Encik Kadir.

Bab 7
Kamarul melepaskan kemarahan kepada Encik Kadir
setelah membaca kenyataan Encik Kadir dalam akhbar.
Sikap itu ditegur oleh Mak Jah. Pada ketika itu juga
Kamarul menerima panggilan telefon daripada Saridah.
Saridah menyatakan kemaafannya dan mendoakan
kejayaan Kamarul di Bangkok nanti. Pada sebelah petang
di sekolah, Saridah bertemu dengan Juriah. Mereka

berbual-bual di kantin begitu lama. Saidah meluahkan


perasaan hatinya yang terpendam terhadap Kamarul
untuk dikongsi bersama-sama dengan Juriah. Juriah
memahami perasaan yang dialami Saridah dan memberi
kata nasihat supaya Saridah lebih mengutamakan
pelajaran. Setelah lama berbual-bual, merekapun pergi ke
padang sekolah.
Bab 8
Kamarul dipanggil oleh Cikgu Zainal ke bilik guru.
Sebelum keluar, berlaku sedikit perang mulut antara
Kamarul dengan Adibah, Ketua Kelas apabila Kamarul
cuba keluar kelas sebelum loceng berbunyi. Sikap angkuh
Kamarul menimbulkan rasa tidak puas hati Adibah.
Apabila loceng berbunyi, Kamarul terus pergi menemui
Cikgu Zainal. Cikgu Zainal memberitahu bahawa Kamarul
diberi kebenaran untuk bercuti bagi mewakili negara.
Cikgu Zainal mengucapkan syabas kepada Kamarul dan
menasihati Kamarul supaya memberi perhatian terhadap
peperiksaan SPM di samping kegiatan sukan yang
diceburinya.
Bab 9
Kamarul menjalani latihan seperti biasa bersamasama dengan Sures dan rakan-rakan pelatih lain. Sures
menunjukkan prestasi yang cemerlang, manakala
Kamarul masih tidak berjaya mencapai rekod lamanya.
Encik Kadir tidak berpuas hati dengan pencapaian

Kamarul. Beliau menasihati Kamarul agar lebih serius dan


berdisiplin menjalani latihan. Kamarul tidak menunjukkan
sikap patuh, sebaliknya Kamarul berpendapat tanpa
disiplin pun dia boleh berjaya. Encik Kadir memberikan
sebutir pingat yang pernah dimenanginya sebagai
pendorong Kamarul. Namun, Kamarul tidak mahu
menerima pingat itu dan bertindak melemparkannya di
hadapan Encik Kadir. Encik Kadir terkejut dengan
tindakan Kamarul. Dalam perjalanan pulang, Kamarul
teringat-ingat perbuatan terhadap Encik Kadir. Terbayang
juga dalam ingatan akan sikap angkuh dan menyoal diri
sendiri dengan sikapnya itu. Tanpa menoleh ke kiri dan
kanan ketika melangkah menyeberangi jalan raya,
Kamarul dilanggar sebuah kenderaan.
Bab 10
Kamarul dirawat di hospital kerana kecederaan yang
dialami dengan ditemani ibunya Mak Jah. Saridah dan
Encik Kadir datang menziarahi Kamarul tetapi dia masih
tidur di katil. Sebelum beredar Encik Kadir menenangkan
Mak Jah dengan harapan kesihatan Kamarul segera pulih.
Setelah sedar, Kamarul dapati Saridah ada di sisinya.
Mereka bertanya khabar dan Saridah menyampaikan
salam daripada Encik Kadir dan Sures. Dalam pada itu,
Saridah masih berharap kesalahannya yang lalu
dimaafkan Kamarul. Doktor memberitahu bahawa
kecederaan Kamarul tidak serius dan boleh balik ke
rumah. Kunjungan kawan-kawan ke hospital membuatkan
Kamarul berasa terharu, terutama pada Saridah dan
Encik Kadir. Kamarul mengelamun tentang sikap

buruknya terhadap Encik Kadir, Cikgu Zainal, Saridah dan


kawan-kawan yang lain. Timbul keinsafan dalam dirinya
dan mula timbul keazaman untuk serius dalam latihan.
Encik Kadir datang menyebabkan lamunan Kamarul
terganggu. Encik Kadir memberitahu bahawa dia akan
membawa Kamarul balik ke rumah. Kamarul berasa
terharu dengan keikhlasan Encik Kadir tetapi dalam masa
yang sama dia ceria dan gembira kerana dapat keluar
dari hospital.
Bab 11
Pihak KOAM mengeluarkan kenyataan akhbar
meletakkan harapan yang tinggi pada Kamarul dalam
sukan SEA di Bangkok. Kenyataan ini membuatkan
Kamarul resah. Walau bagaimanapun, Kamarul telah
bersedia
untuk
berlatih
bersungguh-sungguh.
Kedatangan Kamarul di pusat latihan menggembirakan
Encik Kadir. Encik Kadir menguji kepantasan Kamarul,
namun prestasi Kamarul masih tidak memuaskan hati
Encik Kadir. Namun, Encik Kadir meyakinkan Kamarul
bahawa
prestasinya
akan
meningkat
apabila
kesihatannya kembali normal. Di rumah, Kamarul menilik
gambar-gambar atlet sukan olahraga yang terkenal.
Daripada situ, beliau berazam untuk membuat catatan
terbaik sebagaimana tokoh-tokoh atlet yang berjaya itu.
Bab 12
Suasana di lapangan terbang sebelum Kamarul dan
atlet lain berlepas ke Bangkok. Dalam keriuhan dan suara

kawan-kawan yang memberi semangat, Kamarul masih


tercari-cari Saridah yang masih tidak muncul. Keresahan
Kamarul menjadi usikan kawan-kawannya Adibah dan
Fazilah. Tidak lama kemudian Saridah sampai di situ dan
disambut riang oleh Kamarul. Saridah dengan mesra
mengucapkan selamat jalan dengan harapan semoga
Kamarul berjaya.
Bab 13
Kontinjen Malaysia sampai di Bangkok. Kamarul dan
Sures tinggal sebilik. Mereka seronok kerana inilah kali
pertama mereka ke Bangkok. Kamarul masih dilanda
perasaan muram kerana bimbang akan kecergasannya
yang
belum
mencapai
tahap
terbaik.
Walau
bagaimanapun, ia ditenangkan oleh Sures dengan katakata semangat dan keyakinan untuk berjaya. Kamarul
dan atlet lain menjalani latihan kepantasan di gimnasium
A. Seusai latihan Kamarul mencari De Wega, atlit Filipina
yang diminatinya. Pertemuan dengan De Wega amat
mengembirakan Kamarul. Mereka berkenalan dan berbual
panjang tentang publisiti De Wega, tentang semangat
kesukanan, disiplin dan pengalaman diri. Banyak
maklumat yang diperoleh oleh Kamarul daripada De
Wega dan banyak pula pengajaran yang meningkatkan
semangatnya.
Kamarul
berasa
gembira
dengan
pertemuan itu dan semangatnya untuk berjaya semakin
berkobar-kobar.
Bab 14

Berita tentang Kamarul muncul dalam televisyen dan


akhbar di Bangkok. Kamarul terkejut mendengar hal itu
apabila diberitahu oleh Abdul Rahman. Pada sebelah
petang berlangsung upacara pembukaan rasmi Sukan
SEA Ke-14. Kamarul dan Sures menyertai perbarisan
kontingen Malaysia. Pertandingan acara bermula selepas
itu. Pada hari pertama, Malaysia telah memenangi
beberapa pingat emas, perak dan gangsa. Encik Kadir
dan penolong jurulatihnya memberi perangsang dan
semangat kepada Kamarul dan atlit Malaysia yang lain.
Encik Kadir memberikan Kamarul sebutir pingat emas
yang pernah dimenanginya sebagai perangsang Kamarul.
Kamarul menerima dan mengikatnya di pinggang. Acara
100m bermula. Kamarul berjaya meraih kejayaan
menewaskan peserta lain termasuk atlit Filipina, De Wega
yang diminatinya. Pada sebelah petang, Kamarul
memenangi satu lagi pingat emas menerusi acara 400m.
Kejayaan Kamarul mendapat pujian dan ucapan tahniah
daripada rakan-rakan atlit dan pegawai-pegawai,
termasuk ucapan tahniah daripada rakan-rakan di
Malaysia terutamanya Saridah. Encik Kadir berasa puas
dengan kejayaan Kamarul. Kamarul terkejut apabila Encik
Kadir memberitahu cadangannya untuk bersara selepas
kejohanan sukan ini. Kamarul terharu dan terkilan apabila
diberitahu Encik Kadir sepatutnya bersara pada tahun ini
tetapi menangguhkannya demi kejayaan sukan SEA ini.

Bab 15
Kejohanan Sukan SEA Ke-14 di Bangkok telah
berakhir. Malaysia menduduki tepat kedua. Di hotel
penginapan, Kamarul dikunjungi De Wega. De Wega
mengucapkan tahniah kepada Kamarul. De Wega
memberi nasihat dan kata perangsang kepada Kamarul.
Kemudian Kamarul memberikan cenderamata kepada De
Wega sebagai kenang-kenangan. Demikian juga De Wega
turut memberikan cenderamata berupa sebutir pingat
emas yang pernah dimenangi dalam sukan SEA di Brunei
kepada Kamarul. Penerbangan pulang atlit Malaysia
mendarat di Lapangan Terbang Subang Kuala Lumpur dan
disambut meriah oleh emak, ayah,kakak, Saridah dan
beberapa orang kawan-kawannya. Semua mengucapkan
tahniah atas kejayaan Kamarul.

Kuingin Berterima Kasih

(Ihsan Noorzali)

MAKSUD SAJAK
Rangkap Maksud 1 Penyajak berterima kasih kepada hujan yang turun membasahi bumi.
Kehadiran hujan menyejukkan suasana dan jiwa manusia. Kedinginan yang dibawa
mampu meredakan api kemarahan.
2 Penyajak juga ingin berterima kasih dan berbakti kepada tanah yang subur. Tanah
yang subur telah memberikan rezeki dan pendapatan kepada para petani.
3 Penyajak juga ingin berterima kasih kepada ikan-ikan yang di laut kerana memberikan
kegembiraan kepada nelayan.
4 Penyajak juga berasa amat kagum atas pengorbanan para perajurit yang telah banyak
berkorban jiwa dan raga demi mempertahankan tanah air daripada ancaman musuh.
Pengorbanan mereka itu mempamerkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi seorang
anak tempatan.
5 Kadangkala penyajak teringin untuk menjadi sukarelawan yang dapat mengubati duka
lara dan penderitaan mangsa perang. Penyajak juga berharap dapat memberikan
kesedaran kepada masyarakat dunia betapa peperangan hanya akan menimbulkan lebih
banyak kehancuran dan penderitaan.

6 Penyajak berpendapat bahawa dunia akan lebih aman dan damai jika semua pihak
dapat berfikir secara waras dan bersama-sama berganding bahu menuju kejayaan dan
keamanan sejagat.

TEMA Menghargai dan mensyukuri kurniaan Tuhan kepada manusia.

PERSOALAN
i.

Hujan memberikan kesejahteraan kepada manusia.

ii.

Berbakti kepada tanah akan membuahkan hasil.

iii.

Ikan di laut memberikan pendapatan kepada nelayan.

iv.

Menghargai jasa perwira-perwira negara.

v.

Dunia akan menjadi aman damai dan indah jika semua orang menghargainya.

BENTUK Bebas
Terdapat enam rangkap
Baris-baris ayat dan rima akhir

Rangkap 1 terdapat 4 baris. Rima akhir abcd

Rangkap 2 terdapat 4 baris. Rima akhir abca

Rangkap 3 terdapat 5 baris. Rima akhir abccc

Rangkap 4 terdapat 5 baris. Rima akhir abcbb

Rangkap 5 terdapat 5 baris. Rima akhir abcbd

Rangkap 6 terdapat 3 baris. Rima akhir abc

GAYA BAHASA
Simile

Contoh: kepada hujan bagai tetamu

Personifikasi

Contoh: ikan-ikan yang riang

Metafora Contoh: darah kesetiaan

Kata Ganda Contoh: di taman-taman keresahan hidup

Asonansi - pengulangan vo Contoh : kepadamu pejuang negara

Aliterasi - pengulangan konsonan k

Contoh : sesekali kuingin kalungkan kagum

NILAI
Mengenang jasa Contoh: mengenang jasa pejuang negara.

Keinsafan

Contoh: perang menyebabkan kerosakan kepada manusia dan alam.

Kesetiaan

Contoh: pejuang setia kepada negara.

Kesyukuran

Contoh: mensyukuri nikmat pemberian Tuhan.

PENGAJARAN

Kita hendaklah mengenang jasa mereka yang telah berjuang untuk negara.
Kita haruslah mensyukuri nikmat yang telah diberikan oleh Tuhan kepada kita.
Kita hendaklah sanggup berjuang demi negara tercinta.

SINOPSIS

OREN

Cerpen ini mengisahkan mengenai seekor kucing yang diberi nama Oren.
Ayah yang pada mulanya enggan membenarkan anak-anaknya memelihara
kucing telah membawa Oren pulang dan dijadikan sebahagian daripada
ahli keluarga mereka. Pertanyaan ibu mengenai Oren terjawab juga
apabila ayah memberitahu bahawa dia telah melanggar ibu Oren. Tidak
beberapa lama kemudian, seekor kucing lain juga telah dibawa pulang,
iaitu Kelabu yang akhirnya telah menimbulkan konflik kepada Oren.
Kehilangan Oren telah disedari oleh ayah dan seisi keluarga. Mereka
mengaitkan kehilangan itu dengan sikap Oren yang berasa iri hati dengan
Kelabu yang berjaya menawan hati mereka sekeluarga. Setelah ketiadaan
Oren, ayah amat berasa kehilangannya sehingga bermimpi Oren pulang ke
rumah tetapi realitinya Oren telah ditemui mati oleh Anis di celah pokok
tua yang tumbang.

TEMA
Kasih sayang kepada binatang.
Buktinya ayah sekeluarga telah memelihara dua ekor kucing yang diberi nama Oren
dan Kelabu. Seluruh ahli keluarga telah menunjukkan minat masing-masing untuk
memelihara binatang ini. Kedua-dua kucing ini dijaga dengan baik dan diberikan
kasih sayang yang sepenuhnya.
PERSOALAN
i.

Hubungan baik antara manusia dan haiwan

Contoh: Ayah dan ahli keluarga memelihara dua ekor kucing dan sangat
menyayangi kedua-dua kucing tersebut
ii.

Konflik antara Oren dan Kelabu

Contoh: Oren lebih banyak mengalah dan selalu mendiamkan diri. Malahan Oren
akan membiarkan Kelabu makan dahulu dan baharulah dia menghabiskan sisa-sisa
makanan Kelabu.
iii. Berkongsi minat yang sama
Contoh: Ayah berkongsi minat memelihara kucing dengan ahli keluarganya.
PLOT
i.

Permulaan/Eksposisi

Kisah bermula dengan Oren yang sudah empat hari menghilangkan diri. Kehilangan
Oren telah dirasai oleh seluruh ahli keluarga

ii.

Perkembangan

Ayah tidak mengetahui sebab-sebab mengapa Oren menghilangkan diri dari rumah.
Kehilangan Oren telah mendatangkan kesedihan kepada ayah. Azura memberitahu
kepadaku bahawa Oren melarikan diri kerana berasa cemburu dengan Kelabu yang
mendapat perhatian daripada seluruh ahli keluargaku.

iii. Klimaks
Ayah mula sedar kesilapannya yang mengabaikan Oren telah menyebabkan Oren
menghilangkan diri dari rumah tanpa dapat dikesan. Kerisauan ayah semakin

berganda apabila cuaca pada hujung pertengahan Disember yang selalu


menurunkan hujan akan mendatangkan masalah kepada Oren.

iv. Peleraian
Anis menjumpai bangkai Oren di bawah pokok tua yang tumbang di taman
permainan hadapan rumah mereka. Mata ayah berkaca selepas mendengar
kejadian tersebut
TEKNIK PENCERITAAN
i.

Pemerian

Contoh: Pengarang menceritakan kejadian kemalangan yang melibatkan ayah dan


ibu Oren.
ii.

Dialog

Contoh: Perbualan antara ahli keluarga dan ayah mengenai kehilangan Oren.
iii. Monolog
Contoh: Ayah yang bercakap dengan Oren bertanyakan ke mana Oren
menghilangkan diri selama empat hari.
iv. Monolog Dalaman
Contoh: Semasa kejadian kemalangan yang menimpa ibu Oren, Oren datang
mengiau memanggil ibunya dan terdetiklah dalam hati ayah bahawa kucing yang
dilanggarnya itu adalah ibu Oren.
v.

Imbas Kembali

Contoh: Pengarang yang teringat semula kejadian ayah membawa pulang Kelabu ke
rumah mereka.
vi. Imbas Muka
Contoh: Anis ada melihat Oren sedang bermain-main di bawah pokok tua di taman
permainan dan empat hari selepas itu bangkai Oren ditemui di bawah pokok tua
yang sudah tumbang.
WATAK DAN PERWATAKAN
Watak Utama
Ayah

i.
ii.

Seorang ayah yang penyayang


Membela dua ekor kucing, iaitu Oren dan Kelabu

iii. Hilang selera makan setelah menyedari kehilangan Oren


iv. Menunjukkan kasih sayang kepada Oren dengan membelai-belai bulu di badan
Oren
v.

Merindui Oren, sehingga bermimpi jumpa Oren

vi. Menangisi kematian Oren


Watak Sampingan
1.

Oren

i.

Seekor kucing yang mempunyai bulu yang berwarna oren

ii.

Dibela sejak kecil selepas kematian ibunya

iii. Seekor kucing yang suka mengalah contohnya, memakan sisa makanan selepas
Kelabu makan
iv. Menghilangkan diri dari rumah kerana merajuk dengan ayah yang melebihlebihkan Kelabu

2.

Kelabu

i.

Salah seekor daripada kucing belaan ayah

ii.

Dinamakan Kelabu sempena bulu badannya yang berwarna kelabu

iii. Menjadi saingan kepada Oren dalam merebut perhatian daripada ayah dan
keluarganya
iv. Digambarkan sebagai kucing yang tidak tahu membuang najisnya
v.

Pandai bermanja dan menggesel-geselkan badannya ke kaki ayah

LATAR
Latar Masa
i.
ii.

Kehilangan Oren selama empat hari


Sudah seminggu hujan turun

iii. Setiap malam

iv. Hujung pertengahan Disember


v.

Makan malam

vi. Dua hari yang lalu


Latar Tempat/ Ruang
i.

Rumah ayah membawa Oren pulang ke rumah

ii. Halaman Anis ada melihat kelibat Oren dua hari sebelum kehilangannya di
kawasan halaman rumah
iii. Taman permainan tempat bangkai Oren ditemui oleh Anis
iv. Dapur ayah membawa Oren ke dapur den menghidangkan susu
v. Ruang tamu setiap kali ayah pulang dari kerja, Kelabu akan datang ke ruang
tamu untuk bermanja dengan ayah
vi. Tepi longkang tempat Oren membuang najisnya
Latar Masyarakat
i.
Masyarakat yang menyayangi binatang belaan seperti kucing ayah dan
keluarganya sangat menyayangi binatang dan telah memelihara dua ekor kucing
ii. Masyarakat yang bertanggungjawab ayah yang melanggar ibu Oren telah
bertanggungjawab dengan membawa Oren pulang ke rumah untuk dipelihara
iii. Masyarakat yang pemurah ayah dan anak-anaknya menjaga kucing
peliharaan mereka dengan memberi makanan yang berkhasiat seperti susu
Gaya Bahasa
i.
ii.

Simile seperti ada yang membersihkannya


Personifikasi setiap kali mata Oren dan matanya bertemu

iii. Personifikasi Oren cemburu akan kehadiran Kelabu


iv. Sinkof tika (ketika)
Nilai
i.

Kasih sayang ayah dan keluarganya menyayangi kucing peliharaan mereka

ii. Bertanggungjawab ayah bertanggungjawab memelihara Oren selepas


kematian ibunya

iii. Baik hati ayah memberikan makanan yang berkhasiat kepada kucing
peliharaannya
Pengajaran
i.
Kita hendaklah mengamalkan sikap berkasih sayang walaupun kepada
makhluk selain manusia.
ii. Kita perlulah bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu perbuatan dan tidak
menganiayai orang lain,
iii. Sifat baik hati adalah sifat yang terpuji dan perlu diamalkan oleh semua orang
untuk menjamin kesejahteraan dalam hidup.

Hadiah

( Tie Camar )

SINOPSIS
Mengisahkan sekumpulan murid yang sedang bercakap-cakap mengenai
hadiah yang akan diberikan kepada guru kesayangan mereka sewaktu
sambutan Hari Guru yang akan tiba tidak lama lagi. Setiap murid masingmasing menceritakan mengenai kehebatan hadiah yang akan diberikan.
Azizah seorang pelajar yang miskin tidak mampu untuk membelikan
hadiah kepada guru kesayangannya, Cikgu Zaleha. Azizah berasa risau
dan sedih kerana dia tidak mampu untuk membeli hadiah untuk gurunya.
Azizah cuba meminta duit daripada emaknya namun hampa kerana
emaknya menyatakan bahawa dia tidak mempunyai duit untuk diberikan
kepada Azizah. Sekali lagi Azizah cuba meminta duit tetapi kali ini dia
cuba meminta duit daripada bapanya pula. Namun, Azizah sekali lagi
terpaksa menerima hakikat bahawa keluarganya tidak mampu untuk
memberikan duit kepadanya.
Akhirnya, Azizah berasa lega kerana emaknya telah mencadangkan agar
Azizah membuat tudung saji untuk dijadikan sebagai hadiah kepada Cikgu Zaleha.
Setelah mempelajari cara menganyam daripada emaknya, Azizah berusaha untuk
menyiapkan tudung saji yang cantik untuk diberikan kepada Cikgu Zaleha. Apabila
Hari Guru tiba, Azizah terlalu gembira untuk menyerahkan hadiah kepada cikgu
kesayangannya. Setelah menyerahkan hadiah kepada Cikgu Zaleha, Azizah
dikejutkan dengan tawaran oleh Cikgu Zaleha kepadanya mengenai satu
pertandingan.
Setelah menerima tawaran tersebut, Azizah telah berusaha sedaya
upayanya untuk menghasilkan pelbagai rekaan yang berkualiti dan menarik. Azizah
telah berjaya memenangi Pertandingan Kraftangan Peringkat Daerah dan
seterusnya ke peringkat negeri. Sehinggalah dia ahkirnya telah berjaya menambat
hati juri dan hakim di peringkat kebangsaan. Hakikatnya usaha gigih dan kerajinan
yang ditunjukkan Azizah adalah satu kejayaan terbesar Cikgu Azizah.

TEMA
Kegigihan dan kecekalan seorang murid yang akhirnya memperoleh kejayaan.
Buktinya, kesungguhan Azizah setelah menerima tawaran Cikgu Zaleha untuk
menyertai Pertandingan Kraftangan Peringkat Daerah. Seterusnya, Azizah telah
berjaya layak ke peringkat negeri dan juga memperoleh kejayaan untuk
meneruskan ke peringkat kebangsaan.

PERSOALAN
Persoalan menghargai jasa guru.
i.
Persoalan ini dapat dilihat pada gelagat murid-murid yang begitu teruja untuk
memberikan hadiah kepada guru masing-masing sempan sambutan Hari Guru.

ii.

Persoalan Kegigihan dan kerajinan seorang murid.

Persoalan ini dapat dilihat pada watak Azizah yang begitu gigih menghasilkan
tudung saji yang ingin dihadiahkan kepada guru kesayangannya. Selain itu,
dia
juga gigih dan rajin menghasilkan bahan yang akan digunakan untuk Pertandingan
Kraftangan.

PLOT
i.

Permulaan

Sekumpulan murid sedang bercakap-cakap mengenai hadiah yang akan diberikan


kepada guru masing-masing sempena dengan sambutan Hari Guru.

ii.

Perkembangan

Azizah cuba meminta duit daripada emak dan bapanya untuk memastikan dia dapat
membeli hadiah untuk gurunya. Namun, semuanya hampa kerana ibubapanya tidak
mampu untuk memberikan duit kepada Azizah akibat kehidupan mereka yang serba
kekurangan. Akhirnya, Azizah telah mendapat idea daripada emaknya untuk
membuat tudung saji sebagai hadiah kepada CIkgu Zaleha.

iii. Klimaks
Azizah menerima borang Pertandingan Kraftangan Peringkat Daerah daripada Cikgu
Zaleha.

iv. Peleraian

Azizah telah menjadi johan untuk Pertandingan Kraftangan Peringkat Daerah dan
naib johan peringkat negeri. Seterusnya Azizah telah berjaya menambat hati juri
dam hakim peringkat kebangsaan manakala Cikgu Zaleha telah Guru Inovatif.

TEKNIK PENCERITAAN

i.

Dialog
Contoh: "Kau nak hadiahkan apa, Aliza?" Tanya Hamidah.

ii.

Monolog Dalaman

Contoh: Cukupkah dengan dua ringgit? Nak beli apa?Sapu tangan? Sehelai sapu
tangan harganya dua ringgit lapan puluh sen.
iii. Saspens
Contoh: "Azizah, cikgu nak hadiah yang lebih besar, boleh?" Wajah Cikgu Zaleha
yang begitu tulus dan penuh kesungguhan itu ditenung Azizah lamalama.
Ingin meneka apa yang tersirat disebalik perkataan "besar" itu.
WATAK PERWATAKAN
Watak Utama
Azizah
i.
ii.

Seorang murid yang miskin.


Murid kesayangan Cikgu Zaleha.

iii. Seorang yang terlalu merendah diri.


Contoh: Cikgu Zaleha yakin sungguh kepada Azizah yang diiktiraf sebagai serba
boleh, cuma sifat rendah diri Azizah itu terlalu tebal.
iv. Seorang murid yang rajin
Contoh: Azizah juga dipuji kerana rajin belajar dan merupakan pelajar yang
berdisiplin.

Watak Sampingan

Cikgu Zaleha
I.

Cikgu kepada Azizah

II.

Seorang guru yang berdedikasi

Emak
i

emak Azizah

ii

seorang yang cacat sebelah kaki

iii

mengambil upah menganyam tikar mengkuang

bapa Azizah

ii

berkerja sebagai penarik beca

Bapa

iii
LATAR
Latar Masa
Waktu pagi
Contoh: Azizah bertanya bapanya mengenai duit sewaktu mereka sedang
bersarapan pagi.
ii

Waktu petang

Contoh: Azizah sibuk menganyam tudung saji yang akan diberikan kepada
Cikgu Zaleha.
iii

Hari Guru

Contoh: Cikgu Zaleha dikerumuni ramai peminat cilik yang beratur untuk
memberikan hadiah padanya.

Latar Tempat
i

Kelas

Contoh: Di dalam kelas tempat Azizah dan kawan-kawanya sedang


bercakap-cakap mengenai hadiah yang akan diberikan kepada guru mereka.

ii

Rumah Azizah

Contoh: Sewaktu Azizah meminta duit dengan emaknya untuk membelikan


hadiah kepada Cikgu Zaleha.
iii

Bilik Guru

Contoh: Sewaktu Azizah bertanya pada Cikgu Zaleha mengenai hadiah yang
diinginkan oleh Cikgunya itu.
iv

Tapak Perhimpunan
Contoh: Tempat majlis sambutan Hari Guru diadakan.

Latar Masyarakat
i

Masyarakat Pelajar

ii

Masyarakat yang miskin

iii

Masyarakat Guru

Gaya Bahasa
i

Sinkope
Contoh: "Tak payahlah Zizah, menyusahkan kamu saja."

Nilai
i

Nilai Ketabahan

ii

Nilai Kasih Sayang

Contoh: Azizah sayangkan Cikgu Zaleha kerana guru itu selalu memuji
kepandaian Azizah dalam kebanyakan mata pelajaran.
iii

Nilai Kerajinan
Contoh: Azizah pulang tengahari itu dengan tekad dan semangat kuat untuk
membuktikan bahawa usaha gigih dapat membina dirinya.

Pengajaran
i

Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup

ii

Kita mestilah rajin dalam melakukan sesuatu kerja

iii

Kita perlulah menanam sifat kasih sayang dengan guru

Kuih Bakul Limau Mandarin


(Mohd. Helmi Ahmad)
SINOPSIS
Mengisahkan Sim Pau, seorang ibu yang gembira apabila menerima
panggilan telefon daripada Lim Meng yang hendak pulang beraya. Namun
berita gembira itu tidak disenangi oleh Lim Pooi, si ayah yang masih
menyimpan kemarahan terhadap anak perempuannya itu. Anak bongsu
keluarga berbangsa Cina dipersalahkan atas segala musibah yang
menimpa keluarga mereka termasuklah kematian anak sulung lelaki
mereka, Lim Foong. Sim Pau yang selama ini bersabar, akhirnya bersuara
menentang suaminya. Lim Pooi terkejut melihat keberanian isterinya. Sim
Pau menceritakan segala-galanya termasuklah punca kematian Lim Foong.
Lim Pooi menginsafi kesalahannya. Sehari sebelum Tahun Baru Cina,
kepulangan Lim Meng disambut dengan perasaan terharu. Akhirnya,
mereka berkumpul sebagai sebuah keluarga semula.
TEMA
Kasih sayang keluarga yang kembali terjalin.
Buktinya Lim Pooi, Sim Pau dan Lim Meng berkumpul semula sebagai sebuah
keluarga setelah mereka melupakan konflik yang melanda mereka.
PERSOALAN
i.

Kepercayaan pada perkara khurafat

Contoh: Lim Pooi mempercayai bahawa kelahiran Lim Meng membawa malang
kepada keluarga dan perniagaannya.
ii.

Keegoan seorang bapa

Contoh: Lim Pooi tidak mahu menerima kepulangan Lim Meng kerana dia
berpendapat bahawa Lim Meng ialah punca segala kesedihannya.
iii. Keberanian menyuarakan pendapat
Contoh: Sim Pau berani menyuarakan pendapatnya tentang perkara sebenar yang
berlaku yang berkaitan dengan Lim Foong.
iv. Keinsafan seorang bapa
Contoh: Lim Pooi menginsafi kesalahannya terhadap Lim Meng setelah mendengar
perkara sebenar daripada Sim Pau.
PLOT

i.

Permulaan/Eksposisi

Sim Pau menerima panggilan telefon daripada Lim Meng yang mahu pulang beraya.
Berita kepulangan Lim Meng tidak disenangi oleh Lim Pooi. Lim Pooi tidak mengakui
Lim Meng sebagai anaknya.

ii.

Perkembangan

Lim Pooi menyalahkan Lim Meng atas nasib malang yang menimpa keluarganya.
Sikap Lim Pooi diselar oleh Sim Pau yang sudah hilang sabar. Pertengkaran antara
mereka berlaku. Sim Pau menceritakan keadaan sebenar kepada Lim Pooi. Lim Pooi
menyedari kesalahannya lalu memohon maaf kepada Sim Pau tetapi Sim Pau mahu
Lim Pooi meminta maaf kepada Lim Meng.

iii. Klimaks
Lim Meng pulang ke rumah dan disambut oleh Sim Pau dengan pelukan. Namun dia
masih ragu-ragu akan penerimaan bapanya.

iv. Peleraian
Lim Pooi meminta maaf kepada Lim Meng yang masih menyimpan dendam.
Akhirnya, Lim Meng tidak mahu mendendami bapanya lagi lalu memeluk bapanya.
Kemudian, mereka membuat persiapan perayaan dengan penuh gembira.

TEKNIK PENCERITAAN
i.

Pemerian

Contoh : Memerihalkan jiran-jiran Lim Pooi dan Sim Pau yang sudah membuat
persiapan untuk menyambut perayaan sedangkan mereka tidak membuat sebarang
persiapan.

ii.

Imbas Kembali

Contoh : Sim Pau mengimbas kembali punca kematian Lim Foong akibat lemas
ketika melarikan diri daripada orang yang menuntut hutang.

iii. Imbas Muka


Sim Pau memberitahu Lim Pooi bahawa Lim Meng akan pulang semasa Tahun Baru
Cina kelak.

iv. Dialog
Contoh : Perbualan antara Sim Pau, Lim Meng dengan Lim Pooi tentang barangbarang yang hendak dibeli untuk menyambut perayaan.

v.

Monolog Dalaman

Contoh : Sim Pau berkata-kata di dalam hati bahawa dia terlalu menurut kata-kata
Lim Pooi namun sampai bila?

vi. Saspens
Contoh : Pembaca tertanya-tanya punca Lim Pooi menyatakan bahawa hutang
darah mesti dibayar dengan darah.

WATAK DAN PERWATAKAN


Watak utama
Sim Pau
i.
ii.

Isteri kepada Lim Pooi


Ibu kepada Lim Foong dan Lim Meng

iii. Memiliki keberanian menyatakan kebenaran


Contoh : Sim Pau berani menyatakan kebenaran tentang punca sebenar kematian
Lim Foong kepada Lim Pooi.
iv. Memiliki kesabaran

Contoh : Selama ini, Sim Pau bersabar atas keegoan Lim Pooi yang tidak mahu
menerima kehadiran Lim Meng.
v.

Mudah terasa / sensitif

Contoh : Sim Pau mengalirkan air mata apabila mendengar kata-kata Lim Pooi yang
tidak mahu mengakui Lim Meng sebagai anaknya.

Lim Pooi
i.
ii.

Suami kepada Sim Pau.


Ayah kepada Lim Foong dan Lim Meng.

iii. Berbadan kurus, bermata kuyu dan mukanya cengkung.


iv. Memiliki sikap suka berdendam
Contoh: Lim Pooi mendendami Lim Meng yang dianggap sebagai pembawa malang
dan pembunuh Lim Foong.
v.

Ego

Contoh: Lim Pooi bersikap ego dan tidak mengakui Lim Meng sebagai anaknya.

vi. Peniaga yang tamak


Contoh: Mengaut keuntungan dengan menyorokkan gula yang kemudiannya dijual
pada harga yang mahal.
vii. Pemarah
Contoh: Lim Pooi merotan Lim Meng yang mengadu tentang Lim Foong yang
mencuri wang di kedai.
viii.Menginsafi kesalahannya
Contoh: Selepas bertengkar dengan Sim Pau, Lim Pooi menyedari kesalahannya lalu
insaf.

Lim Meng
i.
ii.

Anak bongsu daripada dua beradik.


Bertanggungjawab

Contoh: Lim Meng mencuba menyelamatkan Lim Foong daripada lemas sebaliknya
dia pula yang hampir lemas.
iii. Suka mengalah
Contoh: Lim Meng mengalah dengan keluar dari rumah apabila Lim Pooi mengugut
hendak melaporkan bahawa Lim Meng ialah pembunuh Lim Foong.
iv. Pemaaf
Contoh: Lim Meng memaafkan bapanya yang pernah berlaku kejam kepadanya.

Lim Foong
i.
ii.

Anak sulung daripada dua beradik.


Anak kesayangan Lim Pooi.

iii. Suka berjudi.


iv. Mati lemas.

Sudin
i.
ii.

Penduduk kampung
Ikhlas

Contoh: Sudin membantu menyelamatkan Lim Meng daripada lemas dengan ikhlas
tanpa memandang bangsa.

LATAR
Latar Masa
i.

Beberapa hari sebelum Tahun Baru Cina

Contoh : Setelah menerima panggilan telefon daripada Lim Meng, Sim Pau dan Lim
Pooi bertengkar.

ii.

Sehari sebelum Tahun Baru Cina

Contoh : Lim Meng pulang ke rumah.


iii. Tiga hari
Contoh : Selama tiga hari, Lim Pooi tidak makan apa-apa semasa menunggu
kepulangan Lim Meng.

Latar Tempat
i.

Dapur

Contoh : Sim Pau sedang menyiapkan sup untuk Lim Pooi.


ii.

Kedai

Contoh : Lim Meng ternampak Lim Foong mencuri wang di kedai.


iii. Stor di belakang kedai
Contoh : Lim Pooi menyorokkan gula di stor di belakang kedai untuk menjualnya
pada harga yang tinggi ketika suatu masa lain.
Latar Masyarakat
1.

Masyarakat yang berdendam.

Contoh: Lim Pooi berdendam terhadap Lim Meng yang menurutya ialah pembunuh
Lim Foong.
2.

Masyarakat yang menginsafi kesalahan.

Contoh: Lim Pooi menginsafi kesalahannya yang bersangka buruk terhadap Lim
Meng.
3.

Masyarakat yang sabar menghadapi masalah.

Contoh: Sim Pau sabar menghadapi masalah keluarga apabila suamianya


menghalau anak perempuannya keluar dari rumah.
GAYA BAHASA
i.

Simpulan bahasa

Contoh : Baginya hutang darah perlu dibayar dengan darah.


Contoh : Air matanya sudah tiada nilai lagi bagi Lim Pooi.

ii.

Peribahasa

Contoh : Dia bukannya mahu menegakkan benang yang basah tapi dia mahu
menyedarkan Lim Pooi yang terlalu mengikut perasan.
iii. Sinkof/sinkope
Contoh : Aku tak benarkan dia jejak kaki lagi di rumah ini.
Contoh : Anak aku dah mati.
iv. Personifikasi
Contoh : Segala kekusutan dan kerinduan yang membelit hatinya perlahanlahan terungkai setelah menjawab telefon yang baru sahaja diletakkan gagangnya.
Contoh : Sebaliknya kata-katanya itu ibarat racun yang disembur pada
ladang bunga-bunga gembira yang baru berputik di hati Sim Pau.
v.

Simile

Contoh : Sebaliknya kata-katanya itu ibarat racun yang disembur pada ladang
bunga-bunga gembira yang baru berputik di hati Sim Pau.

vi. Metafora
Contoh : Lim Pooi masih berada dalam kandang kemarahan.
vii. Bahasa perbualan
Contoh : Lim Meng pernah mengadu dekat aku orang kampung
semuanya kompelin.
NILAI
i.

Nilai keberanian

Contoh : Sim Pau berani menyatakan kebenaran bahawa Lim Meng tidak bersalah
atas kematian Lim Foong.
ii.

Nilai keikhlasan

Contoh : Sudin ikhlas membantu menyelamatkan Lim Meng daripada lemas.


iii. Nilai kasih sayang.
Contoh : Lim Meng mencuba menyelamatkan Lim Foong yang lemas atas dasar
kasih sayang sesama keluarga.

PENGAJARAN
i.

Kita tidak boleh berprasangka buruk terhadap seseorang tanpa usul periksa.

Contoh : Lim Pooi berprasangka buruk terhadap Lim Meng yang menurutnya
menjadi penyebab kematian Lim Foong.
ii.

Kita mestilah bersikap jujur.

Lim Meng bersikap jujur apabila memberitahu Lim Pooi tentang kecurian wang di
kedai yang dilakukan oleh Lim Foong.
iii. Kita mestilah mengelakkan sikap yang tidak bermoral.
Contoh : Lim Foong berjudi yang menyebabkan dia dikejar oleh orang yang menagih
hutang.

Anda mungkin juga menyukai