Anda di halaman 1dari 62

PORTFOLIO KOMSAS ANTOLOGI GEMA SEPI GADIS GENIUS DAN NOVEL WIRA PERSONA AVATARI

Nama : Muhammad Isfahan Bin Ahmad Shafie Kelas : 2 Al - Kattani

Guru : Cik Farhana Bte. Jantan

INDEKS

NOVEL WIRA PERSONA AVATARI

SINOPSIS KESELURUHAN
Pasukan Zamrud II yang dianggotai oleh Adeen, Anas, Pauline, Aina, dan Anjali sudah bersiap sedia untuk meneruskan Pertandingan Avatari di peringkat akhir, yang akan bermula pada jam 3.00 petang. Adeen yang masuk dahulu ke bilik persalinan, diikuti oleh Anas, Aina, Zuriani, Pauline, dan Anjali . Adeen terpandang dua lelaki yang mencurigakan di bilik persalinan itu, seorang lelaki Cina dan seorang lelaki India. Berlaku pergelutan antara mereka. Lelaki India itu Berjaya diberkas oleh Adeen dan Anas manakala lelaki Cina dapat meloloskan diri setelah dia menembak Aina. Aina akhirnya pengsan di atas pangkuan ibunya, Maizan. Aina merupakan seorang murid yang tabah dan tekun. Semasa waktu rehat, Aina masih berada di dalam bilik darjahnya untuk menyiapkan kerja kerja sekolahnya melalui jaringan internet. Zuriani, kawan baiknya datang dan memberitahu Aina tentang poster mengenai Pertandingan Avatari Kebangsaan kali kesepuluh yang ditampal di papan kenyataan.

Semasa abangnya, Anas pulang, Aina segera memberitahu Anas tentang Pertandingan Avatari itu. Pada sebelah malamnya, Anas dan Aina asyik melayari komputer untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Pertandingan Avatari itu. Mereka juga berbincang tentang bagaimana hendak mendapatkan sebuah komputer realiti maya dan perisian Avatari yang mahal harganya itu. Akhirnya mereka mendapat bantuan daripada Pak Cik Ho, rakan sepasukan ayah mereka semasa memenangi Pertandingan Avatari yang pertama dahulu. Mereka sudah ada empat orang dalam pasukan yang bertanding nanti. Mereka hanya memerlukan seorang lagi ahli untuk memenuhi syarat lima orang ahli dalam satu pasukan. Aina mencadangkan Adeen , anak Profesor Zakri. Kumar, salah seorang ahli Pasukan Zamrud II panas baran orangnya. Dia akhirnya menarik diri. Anas, Aina, Pauline, dan Adeen menjalani latihan fizikal di bawah bimbingan Cikgu Nisah. Pak Cik Ho juga datang memantau mereka berlatih permainan Avatari. Anas dan Pauline berbincang untuk mencari untuk mencari pengganti Kumar. Akhirnya seorang gadis India, Anjali menyertai Pasukan Zamrud II.

Zuriani merajuk terhadap Aina yang begitu lama tidak mendampingi dirinya. Aina memujuk Zuriani untuk menyertai Pasukan Zamrud II sebagai ahli pasukan simpanan. Hari pertandingan tiba. Pasukan Zamrud II menempuh pelbagai cabaran dan halangan sebelum muncul menjadi juara Pertandingan Avatari Kebangsaan kali kesepuluh. Salah satu halangan yang paling penting ialah sabotaj yang dilakukan oleh pihak musuh kepada Pak Cik Ho. Musuh itu ialah ketua samseng yang hendak membeli pusat permainan video Game Star milik Pak Cik Ho. Sebagai akibatnya, Aina, salah seorang ahli Pasukan Zamrud II kena tembak. Kemudian, cip mikroelektronik mesin Avatari Pasukan Zamrud II telah dicuri oleh Anjali, ahli Pasukan Zamrud II sendiri. Kejadian sabotaj ini menyebabkan Pasukan Zamrud II hampir terkeluar daripada pertandingan. Walau bagaimanapun, dengan kecekapan, kemahiran, dan keberanian ahli ahli Pasukan Zamrud II, semua halangan dan permasalahan ini dapat diatasi dengan jayanya. Pasukan Zamrud II akhirnya muncul sebagai juara Pertandingan Avatari Kebangsaan kali kesepuluh.

INTI PATI / SINOPSIS BAB


BAB 1 : POSTER MISTERI
Enam orang remaja, iaitu Adeen, Anas, Aina, Pauline, Anjali, dan Zuriani sedang berjalan kea rah bilik persalinan sementara yang dibina khas bersempena dengan Pertandingan Avatari Kebangsaan kali kesepuluh yang diadakan di kompleks beli - belah Anggun. Mereka perlu bersiap semula untuk meneruskan cabaran terakhir yang akan bermula pada jam 3.00 petang. Adeen terpandang dua orang lelaki yang mencurigakan di dalam bilik persalinan itu. Seorang lelaki Cina bernama Ah Kong dan seorang lelaki India bernama Samy. Baju baju khas Pertandingan Avatari yang sedang dibelekoleh mereka itu dicampakkan ke lantai. Mereka hendak lari tetapi dihalangoleh remaja berenam itu. Suasana menjadi tenang dan cemas. Samy mengeluarkan sebilah pisau, tetapi Adeen dan Anas dengan pantas menyerang dan berjaya menahan Samy dengan kemahiran silat mereka. Ah Kong hendak lari tetapi dihalang oleh Aina. Ah Kong mengeluarkan sepucuk pistol lalu menembak Aina. Aina tersungkur ke lantai. Ah Kong meluru keluar dan melepaskan diri. Ho Shao Long

memeriksa tempat tembakan di bahu Aina. Dalam keadaan yang kritikal itu, Aina menjadi semakin lemah. Fikiran Aina melayang layang ke masa lepas. Selepas itu, Aina pengsan di pangkuan ibunya. Aina merupakan seorang murid yang cekal dan tekun. Walaupun pada waktu rehat, Aina masih berada di dalam kelasnya untuk menyiapkan kerja sekolahnya. Kemudian, Zuriani kawan sekelasnya tiba. Zuriani mengajak Aina keluar untuk melihat poster yang baru ditampalkan di papa kenyataan di kantin. Aina sangat teruja dan terus bergegas ke kantin.

BAB 2 : KAMAR BICARA


Aina tidak sabar memberitahu abangnya, Anas tentang suatu berita penting. Sekembalinya Anas,Aina terus mendapatkan abangnya. Anas kelihatan muram kerana paskan hoki sekolahnya kalah. Anas seperti tidak berminat untuk mendengar berita yang hendak disampaikan oleh Aina. Namun, apabila Aina menyebut Avatari,Anas menjadi teruja. Pertandingan Avatari Kebangsaan kali kesepuluh sudah diumumkan. Anas terkenang akan ayah mereka yang menginginkan mereka menjadi juara Avatari seprti beliau dulu. Ayah mereka menjadi juara kebangsaan

pertandingan Avatari pertama sepuluh tahun dahulu. Aina terdiam seketika apabila nama ayah mereka disebut. Hal ini demikian keran sudah enam bulan ayah mereka dan pasukannya hilang dalam ekspidisi penyelidikan misteri di Laut Andaman. Aina sangat merindui ayah. Pada malamnya, Anas dan Aina asyik melayari laman web Avatari untuk mendapatkan maklumat yang lengkap tentang pertandingan yang akan diadakan itu. Kedua-dua beradik itu berbincang dan merancang untuk menyertai Pertandingan Avatari.Melalui Kamar Bicara, mereka bermain permainan video secara interaktif melalui watak avatar, iaitu watak tiga dimensi janaan komputer. Dalam salah satu interaksi itu, Anas telah terlibat dalam satu sesi perdebatan dengan seorang gadis jepun, Aya Morita dari sebuah kafe siber di kawasan hiburan Tokyo. Perdebatan antara Anas melalui avatar Hang Tuah dan Aya Morita berlarutan sehingga jam 1.00 pagi.

BAB 3 : PASUKAN ZAMRUD II


Anas dan Aina membaca risalah dan borang pertandingan berulang kali. Mereka sedang memikirkan bagaimana hendak mendapatkan komputer reality maya dan perisian Avatari. Harga sebuah komputer reality maya yang paling

murah dalam lingkungan RM 50 ribu. Perisian Avatari pula dalam lingkungan RM 10 ribu. Mereka memikirkan siapakah yang sanggup menaja mereka. Tiba tiba Aina teringat akan Pak Cik Ho di rumah. Pauline, anak perempuan Pak Cik Ho menjawab. Dia memberitahu Anas bahawa Pak Cik Ho tidak ada. Anas meninggalkan pesan supaya Pak Cik Ho menelefonnya kembali. Anas dan Aina pergi ke rumah Pak Cik Ho. Pak Cik Ho memberitahu mereka bahawa Pak Cik Kuppusamy tela menawarkan anaknya, Kumar untuk menyertai pasukan Avatari Anas dan Aina. Pasukan Avatari Anas dan Aina juga dibenarkan untuk menggunakan komputer realiti maya kepunyaan pasukan mereka itu. Mereka sudah ada empat orang ahli untuk pasukan mereka. Mereka memerlukan seorang lagi ahli. Orang yang kelima ini penting kerana dia mesti seorang pengatur cara komputer yang hebat. Aina teringat akan Adeen, anak Profesor Zakri. Aina akan cuba memujuk Adeen untuk menyertai pasukan Avatari mereka.

BAB 4 : LIBASAN PARI


Anas, Aina, Pauline, dan Kumar sedang menuggu Adeen di pusat permainan video Game Star. Kumar tidak sabar

menunggu ketibaan Adeen. Pauline pula tidak senang dengan sikap Kumar yang panas baran itu. Berlaku konflik kecil antara Pauline dan Kumar. Anas mencuba mententeramkan pertelegahan antara Kumar dengan Pauline. Akhirnya Adeen sampai. Kumar melihat Adeen dengan sinis. Dia tidak yakin dengan kebolehan Adeen. Aina memperkenalkan Kumar kepada Adeen. Seperti biasa, Kumar menunjukkan sikap egonya terhadap Adeen dengan tindakannya yang teragak agak untuk bersalaman dengan Adeen. Seterusnya Aina memperkenalkan Pauline kepada Adeen. Mereka berlima pergi berjumpa dengan Pak Cik Tan, pengurus pusat permainan video Game Star, untuk mendengar taklimat daripada beliau. Pak Cik Tan seorang pekerja yang setia kepada majikannya, iaitu Encik Ho Shao Long. Semasa melihat komputer Avatari yang akan digunakan dalam pertandingan nanti, Kumar menyatakan tidak mahu terlibat dalam pertandingan itu kerana tidak yakin terhadap komputer yang kelihatan antik itu. Kumar menarik diri. Semua orang menjadi bingung dengan tindakan Kumar itu.

BAB 5 : SENTRI MUDA


Anas, Aina, Pauline, dan Adeen menjalani latihan senaman silat di bawah bimbingan Cikgu Nisah, seorang guru silat dan bekas sarjan komando. Latihan silat ini sebagai persiapan mereka untuk menghadapi Pertandingan Avatari yang penuh dengan halangan, cabaran, dan muslihat. Ho Shao Long dating untuk meninjau perkembangan Pasukan Zamrud II membuat latihan permainan Avatari. Adeen cuba menerangkan kepada Pak Cik Ho sebab sebab CPU Voltra yang canggih milik Pak Cik Ho itu perlu diubah suai lagi. Hal ini demikian kerana CPU tersebut masih lemah mengawal pergerakan avatar ketika bertempur. Pak Cik Ho akur akan kelemahan yang terdapat pada komputernya itu. Adeen mencadangkan cip mikroelektronik yang lebih hebat daripada cip Voltra milik Pak Cik Ho, iaitu prototaip cip Alif yang baru dihasilkan oleh MIMOS Berhad yang berkelajuan 100 gigahertz. Pak Cik Ho akur akan penerangan Adeen itu.

BAB 6 : RIBUT DALAM CAWAN


Semasa Adeen mengubah suai mesin Avatari, Anas dan Pauline pergi makan di restoran McDonalds di seberang

yang bertentangan dengan pusat permainan video Game Star. Mereka berbincang untuk mencari ahli baru sbagai pengganti Kumar. Pauline mencadangkan supaya memujuk Kumar untuk kembali menyertai pasukan Avatari mereka. Namun, Anas tidak bersetuju kerana bagi Anas, Kumar terlalu angkuh. Anas dan Pauline teringat akan pesanan Cikgu Nisah berhubung kitar hayat pasukan dalam sesi strategi pertempuran. Mereka kembali ke pusat permainan video Game Star. Anas lalu di bahagian permainan video Robot War. Banyak remaja berkumpul di situ. Anas ternampak seorang gadis India sedang tekun mengendalikan mesin permainan Robot War. Dia sedang bersaing dengan beberapa orang remaja lelaki dalam permainan Robot War melalui mesin yang dirangkaikan. Akhirnya, gadis India itu yang bernama Anjali Berjaya mengalahkan remaja remaja lelaki itu. Anas memberitahu Pauline bahawa dia hendak berjumpa dengan ahli kelima Pasukan Zamrud II. Anas mendekati Anjali. Pauline tidak senang dengan tindakan Anas itu.

BAB 7 : LATIHAN TEMPUR


Zuriani merajuk terhadap Aina kerana sejak akhir-akhir ini Aina telah jarang-jarang bertemu dengannya. Sejak

Aina mendaftar untuk memasuki Pertandingan Avatari , dia sudah tidak ada masa untuk sahabat karibnya itu. Aina mengakui bahawa memang dia terlalu sibuk sejak memasuki Pertandingan Avatari. Untuk memujuk hati kawannya itu, Aina mengajak Zuriani menyertai dalam Pertandingan Avatari. Walaupun ahli pasukan Avatari Aina sudah ada lima orang, tetapi Zuriani boleh ikut serta sebagai ahli pasukan simpanan. Untuk itu, Zuriani perlu ikut sama berlatih. Zuriani bersetuju. Pada suatu pagi, Anas, Adeen, Pauline, Aina, Anjali, dan Zuriani menjalani latihan kembara di kawasan bukitbukau dan belukar. Semasa berehat, Aina mengorek rahsia Anjali tentang sebab dia menggunakan nama Anjali padahal nama sebenarnya Laksmini. Anjali kemudiannya mengimbas kembali peristiwa yang menyebabkan dia bersetuju untuk menyertai Pasukan Zamrud II. Anjali sebenarnya telah kalah kepada Anas dalam peristiwa cabarmencabar dalam permainan video Robot War. Setelah keluar dari kawasan bukit-bukau dan belukar, mereka berlatih tempur pula di tepi pantai dengan bimbingan Cikgu Nisah. Cikgu Nisah mengajarkan beberapa srategi pertempuran untuk mengalahkan musuh. Pauline dipasangkan dengan Anjali untuk latihan tempur.

Semasa latihan silat, Cikgu Nisah mendapati Pauline dan Anjali betul-betul bergaduh. Selepas latihan, Cikgu Nisah memanggil Pauline. Cikgu Nisah tahu bahawa Pauline cemburu akan Anjali yang rapat dengan Anas. Cikgu Nisah menasihati Pauline tentang cara hendak menambat hati lelaki berdasarkan pengalamannya sekali.

BAB 8 : CABARAN BERMULA


Pagi Sabtu. Para penonton sudah mula berkumpul di hadapan skrin besar di ruang legar Kompleks Beli Belah Anggun. Pengacara terkenal, Halim melalui avatarnya, muncul di skrin besar. Penonton memberikan tepukan yang gemuruh. Halim mengumumkan bahawa Pertandingan Avatari ialah pertandingan kembara atau adventure game bagi makhluk janaan komputer yang dipanggil avatar. Pertandingan ini disertai oleh beberapa pasukan dari seluruh dunia. Halim memberikan keterangan dan arahan kepada peserta. Dalam pusingan pertama, setiap pasukan yang ingin pusingan kedua mestilah mencari sebuah pasu emas yang tersorok dalam ruang siber misteri pertama. Pasu emas itu mengandungi teka teki untuk pusingan kedua. Sebelum pertandingan bermula, Halim memperkenalkan peserta dari Malaysia, iaitu Pasukan Zamrud II, Pasukan

Harimau Kumbang, Kumpulan Sinaran, dan Pasuka Aura Suci. Para penonton memberikan tepukan. Pertandingan bermula. Adeen bertindak sebagai pengawal mesin permainan Avatari yang berada di bilik khas. Adeen mempunyai peranan penting kerana dia bertugas memantau setiap pergerakan pemain dan berfungsi menyalurkan arahan, maklumat, dan sebarang keperluan lain semasa pertandingan. Dalam pusingan pertama, Pasukan Zamrud II menggunakan persona Badang untuk mewakili mereka, iaitu watak wira dalam Sejarah Melayu. Ruang siber bagi saringan pertama Pertandingan Avatari ialah zaman prasejarah. Avatar avatar pasukan yang mengambil bahagian berhadapan dengan dinosaur dinosaur yang besar dan ganas. Pelbagai halangan dan cabaran yang dilalui oleh avatar Pasukan Zamrud II. Pasukan Zamrud II sudah berjaya memperoleh pasu emas yang terdapat di dalam buah cempedak aneh itu. Mereka sudah hampir pasti untuk layak ke pusingan kedua. Namun malangnya, buah cempedak aneh yang mengandungi pasu emas di dalamnya telah dirampas oleh Pasukan Aura Suci.

BAB 9 : JUARA SONGSANG


Ahli ahli Pasukan Zamrud II tidak menyangka bahawa Pasukan Aura Suci bertindak jahat dengan merampas buah cempedak aneh tersebut. Mereka sungguh kecewa. Tiba tiba Adeen memberitahu mereka bahawa cabaran Pasukan Zamrud II belum berakhir dan mengarahkan mereka mencari pasu emas itu di atas lantai terowong. Pasukan Aura Suci telah dibatalkan penyertaan mereka kerana didapati menggunakan kaedah tidak bermoral terhadap Pasukan Zamrud II. Para ahli Pasukan Zamrud II segera berpatah balik dan mencari pasu emas itu. Pauline menemukan pasu emas itu. Dengan itu Pasukan Zamrud II telah berjaya ke pusingan kedua. Juruacara Halim muncul di skrin sekali lagi. Halim mengumumkan bahawa dalam pusingan kedua ini, para peserta akan memasuki ruang siber misteri kedua untuk mencari pelbagai objek harta karun berdasarkan petunjuk yang akan diperoleh daripada teka silang kata yang diselesaikan oleh mereka. Para ahli pasukan Pertandingan Avatari sudah bersedia untuk memulakan pusingan kedua. Semasa pertandingan baru berlangsung, Adeen mendapati salah satu cip

mikroelektronik penting mesin Avatari sudah hilang. Anggota Pasukan Zamrud II mula resah. Adeen yang lebih tertekan. Tiba tiba Adeen teringat akan Pak Cik Tan ada membawa papan litar gantian dan cip yang sama pasti ada di atas papan litar itu. Adeen bernasib baik kerana papan litar itu masih ada dan lengkap dengan cip mikrolektronik. Adeen segera memasang cip itu. Para ahli Pasukan Zamrud II sudah bersedia untuk berjuang. Mereka telah mendapat jawapan kepada teka silang kata, iaitu buaya. Jawapan itu tepat dan avatar Pasukan Zamrud II memasuki kawasan padang pasir. Mereka berada dalam zaman Mesir purba, iaitu zaman Firaun. Setelah melepasi halangan daripada ulat besar, mereka akhirnya berjaya sampai ke kawasan bangunan yang luas. Di situ mereka berjaya menemukan buaya emas. Adeen mengarahkan ahli pasukannya pergi ke Kuil Abu Simbel untuk mengutip lebih banyak harta karun. Pasukan Zamrud II berjaya ke pusingan ketiga.

BAB 10 : MALAYSIA SERBA BOLEH


Dalam pusingan ketiga, cabarannya ialah bertanding permainan tradisi. Setiap pasukan akan bertanding dengan pasukan lain untuk menentukan pasukan mana yang

layak ke pertandingan akhir. Setiap pasukan mesti menguasai sebanyak mungkin permainan. Pauline memilih memanah. Aina memilih congkak. Anas memilih catur. Anjali pula memilih mahjong. Apabila pusingan ketiga tamat, Jepun menduduki tempat pertama, Rusia di tempat kedua, Australia di tempat ketiga, dan Amerika Syarikat di tempat keempat. Malaysia berkongsi markah dengan Thailand dan Republik Rakyat China. Oleh sebab terdapat tiga pasukan yang layak, maka satu pemecah seri akan diadakan. Halim muncul untuk menentukan pasukan mana yang mendapat tempat kelima untuk ke pertandingan akhir. Setiap pasukan akan diberi satu peluang untuk meneka apa yang ada di dalam genggaman Halim. Thailand meneka guli. China meneka wang syiling. Malaysia melalui Aina meneka belalang. Tekaannya tepat. Pasukan Zamrud II layak ke pertandingan akhir.

BAB 11 : JUTAWAN MUDA


Keadaan di bilik persalinan masih tegang walaupun Aina telah dibawa ke hospital. Ahli Pasukan Zamrud II tidak dapat bersama Aina di hospital kerana perlu meneruskan cabaran pada peringkat akhir. Pada mulanya mereka

hendak menarik diri, tetapi Pak Cik Ho menghalang kerana keadaan Aina sudah stabil. Mereka harus memikirkan kepentingan negara. Mereka merupakan satu satunya pasukan Malaysia yang berjaya ke peringkat akhir. Anas masih tidak berpuas hati terhadap dua orang penceroboh yang memasuki bilik persalinan mereka. Memandangkan Aina telah ditembak, Zuriani menjadi pengganti kepada Aina. Semasa pusingan akhirhendak bermula, Pak Cik Tan masih lagi berada di dalam bilik persalinan. Dia sedang memeriksa beg beg ahli Pasukan Zamrud II. Dia mengesyaki sesuatu. Dia mendapati cip mikroelektronik yang hilang itu ada di dalam salah satu beg ahli Pasukan Zamrud II namun dia tidak dapat mengenal pasti pemilik beg itu. Halim muncul sekali lagi untuk mengumumkan peraturan pertandingan pusingan akhir. Lima pasukan akan berentap. Setiap pasukan akan diberi masalah yang sama, iaitu mengubah sejarah dunia. Mereka akan diberi sebuah mesin masa yang dapat membawa mereka kembali ke zaman zaman yang mereka mahu. Mana mana pasukan yang dapat mengubah sejarah sehingga

menyebabkan kesan paling besar di dunia akan memenangi Pertandingan Avatari kesepuluh dan mendapat hadiah RM 1 juta. Malaysia memilih kembali ke zaman Melaka untuk membantu perajurit Melaka melawan Portugis. Anas yang terkejut apabila mengetahui pasukan Rusia memilih untuk kembali ke Timur Tengah pada 20 April 570, iaitu tarikh kelahiran Nabi Muhammad SAW cepat cepat memberitahu ahli Pasukan Zamrud II. Mereka mesti menghalang percubaan Rusia itu dengan menghentikan proses mesin masa. Pada waktu inilah, Adeen menggunakan sepenuh kepakaran dan pengalamannya dalam bidang komputer untuk menyelesaikan masalah yang sangat kritikal ini. Pelbagai masalah dihadapi oleh ahli ahli Pasukan Zamrud II. Berkat kepakaran Adeen sebagai pengendali mesin Avatari dan keberanian para avatar Pasukan Zamrud II, mereka akhirnya berjaya mematikan mesin masa itu. Hasrat empat pasukan Avatari dari empat negara itu untuk mengubah sejarah dunia tidak kesampaian. Akhirnya, Pasukan Zamrud II telah diumumkan sebagai juara Pertandingan Avatari Kebangsaan kali kesepuluh.

BAB 12 : PERANGKAP MUSANG


Pak Cik Tan masih bersembunyi di dalam bilik persalinan. Dia hendak memastikan pemilik beg yang dicurigai itu akan dating untuk mengambilnya sebelum rakan rakan yang lain tiba. Suasana di luar masih meriah dengan ucapan syabas dan tahniah atas kejayaan Pasukan Zamrud II dari Malaysia. Pak Cik Tan menjangka dalam keadaan riuh rendah itu tentu si musang akan menyelinap keluar untuk mengambil haknya. Jangkaan Pak Cik Tan tepat. Namun, Pak Cik Tan terkejut apabila mendapati si musang itu ialah Anjali. Anjali pula sangat terperanjat apabila ditegur oleh Pak Cik Tan. Setelah didesak oleh Pak Cik Tan, akhirnya Anjali menjelaskan segala segalanya. Anjali melakukan perbuatan itu kerana dipaksa oleh abangnya, iaitu Muthu, yag merupakan ketua samseng yang hendak membeli pusat permainan video Game Star, tetapi Pak Cik Ho menolaknya. Pak Cik Tan bersimpati terhadap Anjali. Sementara itu, Aina sudah tiga hari berada di wad kelas pertama. Semua datang melihat keadaannya di hospital kecuali Anjali. Aina menjadi sangat teruja apabila mendengar berita melalui televisyen, iaitu pasukan

penyelidik yang diketuai oleh ayahnya yang hilang di Laut Andaman telah ditemui dengan selamat. Doanya telah dimakbulkan Tuhan.

MAKLUMAT CERITA
TEMA :
Memupuk semangat patriotisme melalui penguasaan teknologi maklumat dalam kalangan remaja. Aina, baru sahaja mencecah usia 12 tahun, tetapi dengan kebolehannya dalam bidang teknologi maklumat, bersama sama dengan rakan rakan remajanya yang lain telah menaikkan imej Negara di persada dunia dengan memenangi Pertandingan Avatari Kebangsaan kali kesepuluh.

PERSOALAN :
a) Kerja sepasukan (team work) adalh penting untuk mencapai sesuatu matlamat. Ahli ahli Pasukan Zamrud II telah memberikan kerjasama serta komitmen yang padu dalam Pertandingan Avatari Kebangsaan kali kesepuluh. Walaupun menghadapi pelbagai masalah, rintangan, dan cabaran, tetapi akhirnya mereka berjaya. Unsur perpaduan merupakan salah satu factor penting untuk membangun dan memajukan Negara yang berbilang bangsa. Adeen, Anas, Pauline, Anjali,

b)

dan Zuriani telah membuktikan bahawa bangsa yang berbeza boleh bersatu dan bekerjasama untuk mencapai kejayaan. c) Teknonologi maklumat dan komunikasi telah menjadi suatu keperluan dan gaya hidup baru dalam kehidupan moden. Aina membuat kerja sekolahnya melalui sumber daripada internet. Encik Ho Shao Long menjalankan perniagaan dengan membuka kafe siber. Ketajaman dan kecerdasan remaja dapat dilatih sejak usia awal kanak kanak. Adeen digalakkan oleh bapanya, iaitu Profesor Zakri, menggunakan komputer sejak dia kecil lagi. Sekarang Adeen sedang mengambil kursus kejuruteraan di kolej khas di Koridor Raya Multimedia. Kekayaan boleh menjadikan seseorang itu angkuh dan sombong. Kumar yang merupakan anak kepada jutawan rangkaian kedai barang kemas bersikap ego dan panas baran. Persekitaran membentuk sahsiah seseorang. Anjali hidup dalam keluarga yang bermasalah. Anjali dibesarkan oleh abang nombor duanya, iaitu Muthu, yang merupakan seorang ketua samseng.

d)

e)

f)

WATAK DAN PERWATAKAN:


a) b) Watak watak utama dalam novel ini ialah Aina dan Anas. Watak watak sampingan terdiri daripada Adeen, Pauline, Anjali, Kumar, Ho Shao Long, Tan Beng Kiat, Zuriani, Cikgu Nisah, Maizan, Ah Kong, dan Samy. Watak watak yang hanya disebut nama mereka, yakni tidak muncul secara fizikal dalam cerita terdiri daripada Profesor Muhammad Fitri Izzati (bapa Anas dan Aina), Profesor Zakri (bapa Adeen). Encik Kuppusamy (bapa Kumar), Muthu (abang Anjali), Chan Kok Meng, Mak Cik Nora, dan Vicky.

c)

AINA
a) b) c) d) Aina berusia 12 tahun dan sedang belajar dalam tahun enam. Aina anak kepada Profesor Muhammad Fitri Izzati dan adik kepada Anas. Aina berbadan kecil. Aina seorang yang pintar. Rakan rakan sekelasnya menggelarnya si cili padi.

e)

Aina cekap menggunakan komputer. Dia membuat kerja sekolahnya dengan mencari bahan dari sumber internet. Aina merupakan ahli Pasukan Zamrud II. Aina mahir bersilat. Dia mempelajari silt di sekolah dan juga dengan Cikgu Nisah. Aina berani dengan bertindak menghalang lanun penceroboh yang memasuki bilik persalinan Pasukan Zamrud II. Sebagai akibatnya, dia ditembak. Aina mengambil berat dan mengamalkan aspek keagamaan. Sejak kecil dia memakai tudung. Aina berprinsip dan tetap pendirian serta kritis. Semasa Pak Cik Ho memberitahunya bahawa dia tiada pilihan dan terpaksa membeli satu cip yan controversial dari Jepun melalui pasar gelap, Aina menegaskan bahawa yang salah tetap salah Pak Cik Ho.

f) g) h)

i) j)

ANAS
a) b) c) d) Anas remaja berusia 17 than dan sedang belajar dalam tingkatan lima. Anas anak kepada Profesor Muhammad Fitri Izzati dan abang kepada Aina. Anas mahir mengendalikan komputer. Anas mahir dalam permainan catur. Kemahirannya bermain catur membantunya semasa mengambil bahagian dalam Pertandingan Avatari. Anas mahir bersilat. Anas bersama dengan Adeen telah berjaya memberkas Samy yang menceroboh bilik persalinan Pasukan Zamrud II. Anas salah seorang pemain hoki untuk pasukan sekolahnya. Anas belajar satu sekolah dengan Pauline tetapi berlainan kelas. Anas mempunyai ciri ciri kepemimipinan. Semasa Pertandingan Avatari, Anas merupakan ketua di medan pertempuran Avatari. Atas kepintaran dan kecekapannya bertindak, Pasukan Zamrud II muncul sebagai juara.

e)

f) g) h)

i)

Anas berani. Semasa saat saat genting terutamanya dalam pusingan akhir Pertandingan Avatari, Anas dengan berani telah bertindak sedaya mungkin untuk mematikan mesin masa yang akhirnya membawa kemenangan kepada Pasukan Zamrud II. Anas telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di sebuah university terkemuka apabila dia tamat sekolah nanti.

j)

ADEEN
a) b) c) d) Adeen remaja berusia 18 tahun. Orangnya tinggi dan berambut pendek. Adeen anak Profesor Zakri, seorang pakar komputer di UTM. Adeen pernah tinggal berjiran dengan keluarga Anas dan Aina. Adeen mengambil kursus kejuruteraan komputer di kolej khas di Koridor Raya Multimedia.

e)

Adeen tenang, sabar, matang, dan tidak mudah marah. Adeen masih bersikap tenang walaupun Kumar telah berlaku biadap terhadap dirinya. Adeen berimej rapper. Adeen gemar memakai baju T labuh, berseluar besar longgar, berkaca mata tebal, dan telinganya disumbat dengan pembesar suara Walkman. Adeen mempunyai kepakaran tinggi dalam bidang komputer. Hal ini demikian kerana sejak kecil bapanya, Profesor Zakri telah menggalakkan dia menggunakan komputer. Pak Cik Ho pula tertarik oleh kepakaran Adeen mengubah suai mesin Avatari. Adeen diberi tugas untuk mengendalikan mesin Avatari sepanjang pertandingan berjalan. Tugasnya sangat penting, iaitu menyusun strategi, memantau, dan memberikan arahan kepada rakan rakannya yang berada di medan tempur ruang reality maya itu. Atas kecekapan dan kepakarannya, Adeen berjaya mengatur strategi untuk mematikan mesin masa. Usaha untuk mematikan mesin masa itu telah berjaya dilaksanakan oleh Anas dengan bantuan rakan rakan yang lain.

f)

g)

h)

i)

ANJALI
a) b) c) d) Anjali seorang gadis India yang lincah. Nama sebenarnya ialah Laksmini. Anjali mahir bermain mahjong. Anjali dicemburui oleh Pauline kerana kelihatan rapat dengan Anas. Anjali membesar tanpa didikan ibu bapanya. Ibunya telah meninggal dunia. Bapanya pula telah menghilangkan diri tanpa berita. Dia dibersarkan oleh abangnya yang kedua, Muthu yang merupakan seorang ketua samseng. Sebagai akibatnya, Anjali membesar sebagai remaja yang bermasalah. Anjali keras hati dan kadangkala bersikap ganas dan kejam. Peribadinya terbentuk oleh persekitaran Bandar dan sosial serta keluargany sendiri. Anjali lebih selesa dengan lagak kelelakian oleh sebab dia selalu berkawan dengan budak lelaki yang kasar. Anjali pakar bermain permainan video. Dalam permainan Robot War, remaja remaja lelaki tidak dapat mengalahkannya. Anjali pada dasarnya seorang gadis yang baik, tetapi keadaan adalah memaksa dia melakukan

e)

f) g)

h)

perkara perkara yang negatif. Dia mencuri cip mikroelektronik dari mesin Avatari Pasukan Zamrud II adalah atas arahan abangnya, Muthu. Dia sendiri tidak bersetuju dengan perbuatan itu malah menyesali tindakannya itu.

PAULINE
a) b) c) d) e) Pauline remaja berusia 17 tahun. Anak tunggal kepada Encik Ho Shao Long dan Puan Angie. Pauline pelajar tingkatan lima. Dia belajar di sekolah yang sama dengan Anas tetapi berlainan kelas. Pauline berkawan rapat dengan Anas semasa kecil kerana mereka tinggal berjiran. Pauline bercita cita menjadi seorang peguam kerana dia seorang yang kritis dan suka berhujah. Pauline cepat bertindak apabila tercabar. Dia mencabar Kumar supaya meninggalkan Pasukan Zamrud II, setelah Kumar menunjukkan sikap sombong dan memperkecil kemampuan ahli ahli Pasukan Zamrud II untuk memasuki Pertandingan Avatari. Pauline mahir dalam seni mempertahankan diri. Dia belajar wushu dengan Pak Cik Tan.

f)

g)

Pauline menyimpan perasaankasih terhadap Anas. Perasaan cemburunya terhadap Anjali adalah buktinya. Pauline tidak senang apabila Anjali rapat dengan Anas. Pauline sorang pendendam. Semasa menjalani latihan tempur di bawah bimbingan Cikgu Nisah, Pauline betul betul bergaduh dengan Anjali. Dia betul betul mahu mencederakan Anjali.

h)

KUMAR
a) Kumar remaja lelaki India berusia 15 tahun. Anak bongsu kepada Encik Kuppusamy, seorang jutawan rangkaian kedai barang kemas ternama di Malaysia. Kumar remaja yang bermasalah. Mungkin kerana kedudukannya sebagai anak bongsu kepada seorang jutawan menjadikan dirinya sombong dan angkuh. Semasa Adeen mnghulurkan tangan hendak bersalam dengannya, Kumar teragak agak untuk menyambut salam itu. Kumar tidak sabar dan panas baran. Semasa menunggu ketibaan Adeen di pusat permainan video Game Star, Kumar menunjukkan reaksi yang

b)

c)

biadap kerana Adeen lambat tiba. Kumar bercakap dengan nada suara yang tinggi untuk menunjukkan emosi marahnya. d) Kumar bersikap sinis dan memperkecil orang lain. Kumar menyindir dan memperlekehkan kebolehan dan kemahiran Adeen sebagai pakar komputer untuk Pasukan Zamrud II. Perangai Kumar amat bertentangan dengan bapanya, Encik Kuppusamy yang terkenal sebagai seorang yang baik budi pekertinya. Kumar menyesali perbuatannya yang lepas setelah melihat kejayaan Pasukan Zamrud II.

e)

f)

CIKGU NISAH
a) b) c) d) e) Nama penuhnya ialah Nisah Hj. Nawawi. Seorang guru dan bekas sarjan komando. Cikgu Nisah berbadan kecil tetapi garang dan tegas. Suaranya menggerunkan. Cikgu Nisah mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang persilatan. Cikgu Nisah bersemangat tinggi. Dia ingin melihat Anas, Aina, Adeen, dan Pauline berjaya dalam

Pertandingan Avatari. Kerana itu, Cikgu Nisah menjalankan latihan yang intensif dan keras kepada pelatih pelatihnya agar mereka dapat menghadapi Pertandingan Avatari yang pasti lebih mencabar. f) Cikgu Nisah memegang prinsip otak yang cergas hanya datang daripada tubuh badan yang sihat.

PAK CIK HO (HO SHAO LONG)


a) b) Bapa kepada Pauline. Beliau bekas ahli Pasukan Zamrud, bersama dengan Profesor Muhammad Fitri Izzati dan tiga yang lain, yang telah memenangi Pertandingan Avatari yang pertama sepuluh tahun yang lalu. Beliau pemillik pusat permainan video Game Star. Beliau baik hati. Beliau sanggup membenarkan Pasukan Zamrud II menggunakan mesin Avatari milik Pasukan Zamrud di kedainya. Walaupun sudah berumur, Pak Cik Ho tetap bersemangat seperti orang muda yang mahu belajar dan melakukan perkara perkara yang baru. Pak Cik Ho berminat hendak tahu tentang cip baru yang diperkenalkan Adeen yang lebih hebat daripada cip di dalam CPU Voltra miliknya.

c) d)

e)

PAK CIK TAN (TAN BENG KIAT)


a) b) c) Pak Cik Tan lelaki Cina yang berbadan kurus dan berusia lewat enam puluhan. Dia menjadi pengurus kedai permainan video Game Star milik Pak Cik Ho. Walaupun rambut sudah beruban, dia masih sihat dan tegap keranadia mengamalkan senaman tai chi dan minum teh ginseng. Dia sudah bekerja dengan keluarga Pak Cik Ho lebih daripada 30 tahun. Dia seorang pekerja yang setia dengan majikannya.

d) e)

LATAR :

LATAR TEMPAT
a) Kompleks Beli belah Anggun tempat Pertandingan Avatari Kebangsaan kali kesepuluhan diadakan. Di rumah Aina tempat tinggal Anas dan Aina. Di rumah ini juga tempat Aina dan Anas berbincang cara cara untuk menyertai Pertandingan Avatari kali kesepuluh. Di pusat permainan video Game Star tempat Pak Cik Ho menyimpan mesin Avatari kepunyaan Pasukan Zamrud yang memenangi Pertandingan Avatari pertama sepuluh tahun lalu. Di restoran McDonalds tempat Anas dan Pauline makan tengah hari sementara menantikan Adeen mengubah suai mesin Avatari di pusat permainan video Game Star. Di kawasan bukit bukau dan belukar di Batu Layar tempat ahli Pasukan Zamrud II menjalani latihan kecergasan fizikal dengan Cikgu Nisah. Di sekolah tempat Aina dan Zuriani belajar.

b)

c)

d)

e)

f)

g)

Lokasi prasejarah lokasi ini merupakan lokasi pusingan pertama Pertandingan Avatari. Di sinilah tempat Pasukan Zamrud II dikehendaki mencari buah cempedak aneh tetapi terpaksa menghadapi halangan daripada kumpulan dinosaur prasejarah. Mesir(Zaman Firaun) dalam pusingan ketiga Pertandingan Avatari, Pasukan Zamrud II dikehendaki mencari tongkat Nabi Musa di dalam makam Firaun yang terletak di kawasan padang pasir.

h)

LATAR MASA
a) Pada petang Sabtu Anas, Aina, Adeen, dan Pauline mula mula menjalani latihan kecergasan dengan Cikgu Nisah. Pada hari Ahad dalam bulan Disember pusingan akhir Pertandingan Avatari kali yang kesepuluh sedang berlangsung di Kompleks Beli belah Anggun. Pada waktu malam Aina dan Anas melayari internet untuk mengetahui lebih lanjut tentang Pertandingan Avatari kali kesepuluh. Kemudian,

b)

c)

Anas berdebat dan bertukar tukar hujah secara jarak jauh dengan Aya Morita, seorang gadis Jepun dari sebuah kafe hiburan di Tokyo.

LATAR MASYARAKAT
a) Masyarakat yang celik komputer dan teknologi maklumat. Aina membuat kerja sekolahnya melalui sumber daripada internet. Adeen pula sangat mahir mengendalikan programdan perkakasan komputer. Masyarakat yang terdiri daripada golongan terpelajar. Bapa Aina dan Anas, iaitu Profesor Dr. Muhammad Fitri Izzati merupakan ketua pasukan penyelidik yang membuat penyelidikan di Laut Andaman. Masyarakat yang terdiri daripada golongan pelajar. Aina dan Zuriani belajar di sekolah rendah manakala Anas dan Pauline belajar di sekolah menengah. Adeen pula pelajar kursus kejuruteraan komputer di kolej khas di Koridor Raya Multimedia. Masyarakat yang menjalankan perniagaan. Ho Shao Long menjalankan perniagaan kedai permainan video, iaitu Game Star. Encik Kuppusamy pula

b)

c)

d)

merupakan jutawan yang memiliki rangkaian kedai barangan kemas ternama di Malaysia. e) Masyarakat yang terdiri daripada golongan samseng. Abang Anjali, Muthu merupakan ketua samseng yang sering membuat kacau di kedai permainan video milik Ho Shao Long. Muthu telah dibayar oleh Chan Kok Meng, ketua penjenayah ang berselindung sebagai tokoh korporat. Masyarakat yang bantu membantu dan saling bekerjasama. Ahli Pasukan Zamrud II saling membantu ketika berada di setiap lokasi maya Pertandingan Avatari.

f)

PLOT :

JALINAN PERISTIWA PENTING


a) Enam remaja, iaitu Adeen, Aina, Anas, Pauline, Anjali, dan Zuriani sedang menuju ke bilik persalinan. Adeen ternampak dua orang penceroboh berada di dalam bilik persalinan mereka. Berlaku pergelutan antara enam remaja itu dengan dua penceroboh itu. Dalam keadaan yang mencemaskan itu, Aina ditembak oleh salah seorang penceroboh. Aina pengsan. (Imbas kembali) Aina berada di dalam kelas semasa waktu rehat. Dia tidak keluar rehat kerana dia berpuasa. Dia tekun membuat kerja sekolahnya. Zuriani memberitahu Aina tentang poster Pertandingan Avatari yang ditampal di papan kenyataan di kantin sekolah. Aina sangat teruja dan terus pergi melihatnya. Petang itu, Aina memberitahu abangnya, Anas tentang poster yang menyiarkan iklan tentang Pertandingan Avatari. Anas turut teruja. Aina dan Anas berbincang tentang bagaimana hendak mendapatkan komputer reality maya dan

b)

c)

d)

perisian Avatari yang mahal harganya itu. Mereka pergi berjumpa dengan Pak Cik Ho unutk mendapatkan bantuan. Pak Cik Ho bersedia membantu mereka. e) Anas, Pauline, Aina, dan Kumar sedang menunggu Adeen untuk memulakan latihan di pusat permainan video Game Star milik Pak Cik Ho. Kumar menjadi emosional kerana Adeen lambat tiba. Akhirnya Kumar menarik diri daripada terlibat dalam Pertandingan Avatari. Adeen membuat pengubahsuaian pada mesin Avatari di kedai permainan video milik Pak CikHo. Pak Cik Ho tertarik oleh kepakaran Adeen dalam bidang komputer. Sambil makan burger dan kentang goring di restoran McDonalds di seberang jalan yang bertentangan dengan pusat permainan video Game Star, Anas dan Pauline berbincang tentang pengganti Kumar. Semasa kembali ke pusat permainan video itu, Anas terpandang seorang gadis India sedang bermain permainan video Robot War. Namanya Anjali.dia telah berjaya mengalahkan beberapa orang remaja lelaki yang bersaing

f)

g)

dengannya. Anas memberitahu Pauline bahawa dia hendak berjumpa dengan ahli kelima Pasukan Zamrud II, iaitu Anjali. h) Zuriani merajuk terhadap Aina kerana sudah lama Aina tidak berjumpa dengannya. Aina berjaya memujuk Zuriani menyertai Pasukan Zamrud II sebagai ahli simpanan. Adeen, Anas, Aina, Pauline, Anjali, dan Zuriani menjalani latihan kecergasan fizikal di bawah bimbingan Cikgu Nisah sebagai persediaan untuk menghadapi Pertandingan Avatari nanti. Sejak pagi lagi para penonton telah mula berkumpul di hadapan skrin besar di ruang legar Kompleks Beli belah Anggun untuk menyaksikan Pertandingan Avatari Kebangsaan yang kesepuluh. Dalam pusingan pertama, 100 pasukan terbaik akan dipilih. Dalam pusingan kedua, 25 pasukan terbaik akan dipilih. Dalam pusingan ketiga, 5 pasukan terbaik akan dipilih untuk memasuki pusingan keempat, iaitu pusingan akhir. Pasukan Zamrud II telah berjaya menjadi salah satu daripada lima pasukan

i)

j)

yang terpilih untuk ke peringkat akhir bersama sama dengan pasukan dari Amerika Syarikat, Rusia, Australia, Jepun, dan Jerman. k) (Peristiwa semasa) Suasana di bilik persalinan masih tegang walaupun Aina telah dibawa ke hospital. Ahli Pasukan Zamrud II tidak dapat bersama dengan Aina kerana mereka perlu meneruskan cabaran pada peringkat akhir. Zuriani menggantikan Aina dalam pusingan peringkat akhir ini. Setelah mengalami pelbagai masalah dan cabaran sama ada daripada segi fizikal, emosi dan mental, Pasukan Zamrud II dari Malaysia telah berjaya muncul sebagai johan Pertandingan Avatari Kebangsaan yang kesepuluh.

l)

m) Sepanjang pertandingan pusingan akhir berjalan, Pak Cik Tan bersembunyi di dalam bilik persalinan Pasukan Zamrud II dengan tujuan untuk mengenal pasti pemilik beg yang mengandungi cip mikroelektronik mesin Avatari Pasukan Zamrud II yang telah hilang itu. Perangkap yang dipasang oleh Pak Cik Tan mengena. Orang yang dating untuk mengambil beg itu ialah Anjali. Anjali sangat terkejut apabila melihat Pak Cik Tan berada di dalam

bilik persalinan itu. Anjali menceritakan perkara sebenar, iaitu punca yang menyebabkan dia mengkhianati rakan rakannya sendiri. n) Aina sudah tiga hari berada di wad kelas pertama kelas. Piala Avatari yang menjadi kebanggaan terletak megah di atas almari bajunya. Semua ahli Pasukan Zamrud II dating melawatnya kecuali Anjali. Aina tidak tahu akan kisah sebenar tentang Anjali. Semasa menonton berit di televisyen, Aina mendengar berita yang menggembirakan, iaitu bapanya, Profesor Muhammad Fitri Izzati dan pasukan penyelidiknya yang hilang di Laut Andaman telah ditemui dengan selamat.

BINAAN PLOT
a) Dalam bahagian eksposisi atau permulaan, pembaca diperkenalkan dengan enam orang remaja, iaitu Adeen, Anas, Aina, Pauline, Anjali, dan Zuriani yang sedang berjalan menuju ke bilik persalinan. Adeen yang masuk dahulu ke bilik persalinan itu. Adeen ternampak dua orang lelaki menceroboh bilik

persalinan itu. Penceroboh berbangsa India dapat diberkas tetapi lelaki Cina dapa meloloskan diri setelah menembak Aina. b) Dalam bahagian perkembangan, secara imbas kembali, Aina sedang membuat kerja sekolah semasa murid murid lain sedang menikmati waktu rehat. Zuriani datang dan memberitahu Aina tentang poster Pertandingan Avatari yang dipamerkan di bilik abangnya, Anas untuk mencari maklumat lanjut tentang Pertandingan Avatari itu menerusi internet. Mereka mendapat bantuan daripada Pak Cik Ho untuk menyediakan komputer reality maya dan perisian Avatari.

c)

Konflik mula berlaku apabila Kumar, salah seorang


ahli Pasukan Zamrud II menarik diri. Empat ahli Pasukan Zamrud II yang lain, iaitu Adeen, Anas, Aina, dan Pauline kebingungan dengan tindakan Kumar itu. Akhirnya Anjali menjadi pengganti Kumar. Namun, kehadiran Anjali dicemburui Pauline kerana Anjali kelihatan sangat rapat dengan Anas. Jalan cerita menjadi semakin menarik apabila pertandingan bermula. Dalam pusingan pertama, Pasukan Zamrud II telah Berjaya mendapat pasu

emas seperti yang dikehendaki oleh pihak penganjur, tetapi pasu emas itu telah dirampas oleh Pasukan Aura Suci. Namun kemudiannya, Pasukan Zamrud II layak ke pusingan kedua kerana penyertaan Pasukan Aura Suci telah dibatalkan lantaran tindakan mereka yang tidak bermoral itu. Semasa pusingan kedua hendak bermula, salah satu cip mikroelektronik mesin Avatari Pasukan Zamrud II telah hilang. Sebagai akibatnya, Pasukan Zamrud II tidak dapat memulakan pertandingan. Nasib menyebelahi mereka Adeen Berjaya mendapat cip mikroelektronik gentian yang diperoleh daripada papan litar gentian yang dibawa oleh Pak Cik Tan. Dengan itu, Pasukan Zamrud II dapat meneruskan pertandingan dan berjaya memasuki pusingan ketiga. Apabila pusingan ketiga tamat, Malaysia yang diwakili oleh Pasukan Zamrud II telah seri dengan Thailand dan Republik Rakyat China. Namun, Malaysia bernasib baik kerana memenangi persaingan pemecah seri dan layak ke pusingan akhir. d) Pada bahagian klimaks atau kemuncak, plot kembali ke peristiwa semasa, keadaan di bilik persalinan masih tegang, walaupun Aina telah dibawa ke

hospital. Kerana kejadian yang menimpa Aina itu, ahli ahli Pasukan Zamrud II hendak menarik diri daripada bertanding. Namun, Pak Cik Ho menghalang niat mereka itu kerana Aina telah stabil. Zuriani mengambil alih tempat Aina. Pusingan akhir Pertandingan Avatari Kebangsaan dimulakan. Dalam pusingan akhir ini, setiap pasukan diberi peluang untuk mengubah sejarah dunia dengan menggunakan mesin masa. Mereka boleh pergi ke mana mana masa atau zaman. Malaysia memilih kembali ke zaman Melaka untuk membantu perajurit Melaka melawan Portugis. Amerika Syarikat, Jepun, Australia, dan Rusia telah memilih destinasi masing masing. Semua pasukan telah masuk ke dalam mesin masa. Tiba tiba Anas tersedar bahawa pasukan dari Rusia itu mesti dihalang, kerana jika Rusia Berjaya, bermakna pihak musuh Islam telah memperoleh kejayaan moral. Untuk menghalang niat pasukan Rusia itu, mesin masa itu perlu dimatikan. Sementara itu, avatar avatar dari Rusia, Amerika Syarikat, Jepun, dan Australia menyerang pasukan Malaysia. Keadaan menjadi sangat kritikal. Pasukan Rusia sedar bahawa pasukan Malaysia hendak memusnahkan mesin masa. Namun atas

keberanian dan kepakaran ahli ahli pasukan dari Malaysia, akhirnya mesin masa itu berjaya dimatikan. Dalam beberapa saat kemudian, semua lampu terpadam. Kemudian lampu dinyalakan menandakan bahawa Pertandingan Avatari sudah tamat. Pasukan Zamrud II dari Malaysia telah dipilih sebagai pemenangnya. e) Pada pengakhiran atau peleraian cerita, pendeta tua menerangkan sebab sebab Pasukan Zamrud II dari Malaysia diberi kemenangan. Pak Cik Tan yang bersembunyi di dalam bilik persalinan akhirnya telah berjaya menangkap orang yang mensabotaj Pasukan Zamrud II dengan tujuan untuk menggagalkan perjuangan mereka. Orang itu ialah Anjali.

TEKNIK PLOT
a) Teknik pemerian Pengarang memerihalkan persona Badang yang digunakan oleh Pasukan Zamrud II dalam Pertandingan Avatari. Contohnya :

Pasukan Zamrud II menggunakan persona Badang untuk mewakili mereka dalam saringan pertama. Badang, watak wira dalam Sejarah Melayu, difikirkan watak paling sesuai untuk melambangkan aspirasi pasukan mereka. Empat buah avatar Badang yang sama rupa itu sah berjaya memasuki ruang siber. Hanya satu nombor hingga empat di baju mereka yang membezakan mereka.
[hal. 111] b) Teknik dialog Banyak terdpat dialog antara watak wataknya. Contohnya :

Hah bagaimana, nak dating petang ni? gesa Aina apabila kawannya masih diam. Baiklah, Zu dating. Di mana kita nak jumpa? Zu datanglah ke rumah Aina kita pergi bersama sama dengan abang Anas. Setuju? Tentu sekali, setuju! [hal. 86]
c) Teknik imbas kembali Ada beberapa peristiwa yang telah berlaku disorot semula oleh pengarang. Antaranya termasuklah Aina yang membayangkan semula peristiwa sebelumnya bagaimana dia boleh terlibat dalam Pertandingan Avatari. Contohnya :

Aina yang masih di pangku ibunya tidak dapat berkata apa apa. Matanya berpinar pinar dan keadaan sekeliling semakin gelap dirasakan. Antara separuh sedar itu, fikirannya melayang laying memikirkan kenapa dia sanggup menentang ibunya dan memasuki pertandingan itu? Mindanya semakin lemah itu cuba juga mencari jawapan.
[hal. 8] d) Imbas muka Aina mengajak Zuriani menyertai Pasukan Zamrud II sebagai ahli simpanan. Siapa yang akan bertanding pada hari sebenar akan diputuskan kemudian. Zuriani memang benar benar bertanding dalam pusingan akhir Pertandingan Avatari Kebangsaan menggantikan Aina yang telah cedera terkena tembakan. Contohnya :

Itu Zu risau. Anggap beres. Kita kan boleh ada ahli pasukan simpanan. Siapa yang akan bertanding pada hari sebenar nanti biar kita putuskan kemudian. Yang penting, Zu sertai kami dan turut ikut latihan. [hal. 85 86]

e)

Teknik monolog

Semasa Anas membaca sajak yang ditulis Aina. Contohnya :

Tak sangka Aina pandai tulis sajak, walaupun perlu diperbaiki lagi, kata Anas sendirian. [hal. 37]
f) Teknik monolog dalaman Pauline memikirkan kata kata Anas yang mahu mempelawa Anjali sebagai ahli kelima Pasukan Zamrud II. Contohnya :

Ahli yang kelima? tanya hati Pauline lagi. Apa maksud Anas? Budak perempuan itu? Ah, tak mungkin! [hal. 81]
g) Teknik saspens Ahli Pasukan Zamrud II tertanya Tanya apakah yang terjadi kepada Aina sewaktu Aina terjatuh ke dalam sebuah lubang semasa berada di padang pasir di Mesir. Contohnya :

Sedang mereka terfikir fikir apa yang harus dilakukan, Pauline ternampak suatu pergerakan di dalam pasir berhampiran. Dia segera menguit kepada rakan rakannya yang lain untuk memandang ke arah pergerakan itu. Mereka bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Adakah yang akan muncul di hadapan mereka itu binatang atau makhluk apa?

Pasir dikuis dan tiba tiba kepala avatar Aina tersembul keluar. [hal. 135]
h) Teknik kejutan Semasa Aina memperkenalkan Pauline kepada Adeen merupakan suatu kejutan bagi Anas dan Pauline, kerana Aina telah mengucapkan kata kata yang di luar jangkaan mereka. Contohnya :

Tapi abang jangan cuba nak mengurat amoi ni, sebab sebab abang Anas dah cup dia. [hal. 55]

GAYA BAHASA
DIKSI
Pemilihan kata yang digunakan oleh pengarang bersesuaian dengan jalan cerita yang berkaitan dengan kepintaran dalam bidang pengkomputeraan serta teknologi maklumat dan komunikasi. Contoh kata-kata tersebut seperti modul litar, cip mikroelektronik, ruang siber, reality maya, kamar bicara, dan sebagainya.

AYAT
a) Ayat pendek. Contohnya : Zuriani berfikir sejenak. [hal. 11]

Zuriani tersengih lagi. Masuk? Anas terdiam. Mata Aina terbeliak. b) Ayat panjang. Contohnya :

[hal. 13] [hal. 30] [hal. 40] [hal. 190]

Kelas silat yang dihadirinya di sekolah setiap

petang Selasa dan Khamis banyak memberi gadis itu keyakinan diri dan kemahiran hidup berdikari.

Di hujung talian kawalan avatar Shogun, di sebuah kafe siber di kawasan hiburan Tokyo, seorang gadis bernama Aya Morita mendengar jawapan Hang Tuah dengan teliti melalui skrin komputer multimedianya. [hal. 33]

SIMILE

Banyak unsur simile digunakan oleh pengarang. Contohnya : a) b) c)

Hidup manusia semakin sintetik seperti kad plastik yang sudah menggantikan wang kertas. [hal. 1] Sakitnya terlalu pedih seperti dilibas seekor pari. [hal.
60]

Kalau ikatan untuk bersama dalam satu pasukan itu kuat, maka ribut yang berlaku itu tak ubah seperti ribut dalam cawan. [hal. 74] Walaupun dia tahu Anjali ikhlas, panggilan Anjali itu terasa seperti bunyi halilintar membelah bumi di telinganya. [hal. 88]

d)

PERSONIFIKASI
Unsur personifikasi, iaitu memberikan sifat manusia kepada benda atau perkara tertentu dimasukkan oleh pengarang. Contohnya : a) b) c)

Petang semakin tua. Kipas siling berputar ligat. Hati kecil Anas mencabar mindanya.

[hal. 17] [hal. 38] [hal. 43]

d)

Adeen, Anas, Aina, dan Pauline diam kerana minda mereka masih menghadam apa yang baru disampaikan oleh Cikgu Nisah. [hal. 65] Dia cuba menolak perasaan itu, tetapi perasaan itu semakin gila mencengkam hatinya. [hal. 80] Tepukan gemuruh menyambut ucapan Halim.
103] [hal.

e) f)

SINKOPE
Pengarang menggunakan sinkope atau langakaran kata, bersesuaian dengan gaya bahasa dialog. Contohnya : a)

Papa ni kalau kami menang papa pun tentu akan dapat pulangan berlipat ganda daripada pelaburan papa tu, usik Pauline pula. [hal. 59] Hei amoi, cakap tu baik baik sikit ya. Aku ada di
sini pun bukan kerana aku suka, tau. Kalau tak kerana desakan papaku, jangan harap aku nak datang. [hal.51]

b)

c)

Ala abang Anas ni. Aina bergurau sikit pun tak


boleh. [hal. 55]

METAFORA
Unsur gaya bahasa metafora digunakan juga. Contohnya : a) b)

Memang ayah pelita hidup ibu.

[hal. 23]

Senyuman yang sejak tadi menghiasi bibir tuanya terus lenyap dimamah bias kata kata Kumar. [hal.
59]

PERIBAHASA
Unsur peribahasa turut digunakan oleh pengarang. Contohnya : a) b) c)

Hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih.


28]

[hal.

Menunggu buah yang tidak mahu gugur. [hal. 50] Perigi mencari timba.
[hal. 99]

FALSAFAH / KATA KATA HIKMAT


Falsafah hidup atau kata kata hikmat turut digunakan oleh pengarang. Contohnya :

a)

Dalam dunia ini memang kita perlu membuat keputusan dan pilihan yang tidak dapat memenangi dan memuaskan hati semua pihak. [hal. 42] Tiada guna melawan api dengan api. Dia lebih suka menjadi air yang sentiasa sejuk dan tenang. [hal.
55]

b)

c)

Jodoh, pertemuan, ajal dan maut di tangan Allah. Berpantang mati sebelum ajal. Selagi ada nyawa selagi itu ada daya. [hal. 23]

PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS


a)

Hanya laungan kecemasan Mayday, Mayday dari dek katamaran itu yang terakhir diterima sebelum kapal itu ghaib. [hal. 22] Penyemak lewa atau browser Internet yang sudah dilancarkan. [hal. 25] Kolej itu hanya mengambil pelajar yang mempunyai intellectual quotient atau I.Q yang tinggi. [hal. 49] Macam rapper saja. Habislah kita. Tahukah dia guna komputer? [hal. 53]

b) c) d)

NILAI
a) Baik hati. Contohnya, Pak Cik Ho bermurah hati dengan membenarkan ahli Pasukan Zamrud II menggunakan mesin komputer Avatar milik pasukannya, iaitu Pasukan Zamrud. Pak Cik Ho turut membenarkan ahli Pasukan Zamrud II menjalani latihan untuk menghadapi Pertandingan Avatari di pusat permainan video miliknya. Bersimpati. Contohnya, Pak Cik Tan bersimpati terhadap Anjali setelah Anjali menceritakan latar belakang hidupnya yang sebenar, iaitu bagaimana dia dibesarkan dalam keluarga yang bermasalah. Kerjasama. Contohnya, Anas, Adeen, Aina, Pauline, dan Zuriani memberikan kerjasama yang padu dengan berlatih bersungguh sungguh bagi menjamin kemenangan kepada Pasukan Zamrud II dalam Pertandingan Avatari Kebangsaan kali kesepuluh. Hemah tinggi. Contohnya, Adeen merupakan seorang yang berjiwa besar dengan tidak memarahi atau

b)

c)

d)

mengambil hati dengan tingkah laku biadap Kumar terhadap dirinya. Adeen menganggap Kumar masih muda dan mentah. e) Keberanian. Contohnya, Anas, Adeen, Aina, dan ahli Pasukan Zamrud II yang lain dengan berani menghadapi dua orang lelaki yang menceroboh bilik persalinan mereka. Keyakinan. Contohnya, ahli ahli Pasukan Zamrud II mempunyai keyakinan tinggi sebelum dan semasa bertanding dalam Pertandingan Avatari. Kerana keyakinan inilah, mereka akhirnya muncul sebagai juara. Ketekunan. Contohnya, para ahli Pasukan Zamrud II gigih berlatihdari segi fizikal mahupun mental. Walaupun latihan yang dilalui mereka itu sangat meletihkan fizikal dan emosi, mereka meneruskan juga supaya mereka mempunyai daya saing yang tinggi bagi menghadapi Pertandingan Avatari Kebangsaan kali kesepuluh itu.

f)

g)

PENGAJARAN
1. Kita hendaklah berani berjuang untuk mencapai matlamat Contoh: Anas membahayakan dirinya untuk memastikan Pasukan Zamrud II menjuarai Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh. 2. Kita perlulah mengetepikan kepentingan diri sekiranya ingin mencapai kejayaan dalam pasukan Contoh: Cikgu Nisah menasihati Pauline supaya mengubah sikapnya yang cemburu terhadap Anjali. 3. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai matlamat Contoh: Ahli kumpulan Pasukan Zamrud II gigih berlatih sehingga menjuarai Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh. 4. Kita haruslah sanggup berjuang untuk mempertahankan agama Contoh: Anas sanggup menentang Pasukan Zion dari Rusia yang mahu membunuh Nabi Muhammad semasa peringkat akhir pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh dengan dibantu oleh ahli Pasukan. 5. Kita tidak harus mengkhianati kepercayaan orang

terhadap kita Contoh: Anjali mensabotaj Pasukan Zamrud II sehingga pasukan itu hampir-hampir tewas dalam pertandingan Avatari.

Anda mungkin juga menyukai