Anda di halaman 1dari 7

Novel Wira Persona Avatari karya Ahamad Zaki Abu Bakar mengisahkan enam orang remaja,

iaitu Adeen, Anas, Aina, Pauline, Anjali dan Zuriani mewakili Malaysia dalam pertandingan
permainan avatari komputer. Dalam pusingan pertama mereka telah berjaya memperoleh pasu
emas. Dalam pusingan kedua pasukan mereka, Zamrud II telah menghadapi beberapa masalah
apabila satu cip elektronikmikro dalam mesin pasukan mereka telah hilang. Namun begitu,
masalah tersebut telah dapat diatasi dan seterusnya mereka telah berjaya melangkah ke pusingan
ketiga. Dalam pusingan ketiga Pasukan Zamrud II telah diputuskan seri dengan pasukan dari
Thailand dan pasukan dari China. Walau bagaimanapun, Malaysia akhir nya melangkah ke
pusingan akhir setelah memenangi pusingan pemecah seri.
Dalam pusingan terakhir Pertandingan Avayari ke-10, Zuriani menyertai mereka kerana
menggantikan tempat Aina yang telah ditembak. Apabila setiap pasukan diberi cabaran untuk
mengubah sejarah dunia, Pasukan Zamrud II telah memilih untuk kembali ke zaman Melaka.
Mereka ingin membantu Melaka menangkis serangan askar Portugis. Dalam pada itu, hasrat
pasukan dari Rusia yang cuba untuk kembali ke zaman kelahiran Nabi Muhammad s.a.w dapat
dihalang oleh pasukan Zamrud II. Pada masa yang sama, pasukan mereka juga turut ditentang
dengan hebat oleh pasukan dari Jepun, Amerika Syarikat dan Australia. Namun begitu, akhirnya
mereka berjaya memenangi pertandingan avatar yang kesepuluh itu.
Sementara itu, Anjali yang cuba menggagalkan perjuangan mereka telah ditangkap oleh Pak Cik
Tan, lebih menarik lagi berita tentang pasukan ayah Aina yang telah ditemui selamat setelah
hilang di laut Andaman begitu mengembirakan Aina yang sedang dirawat di hospital.
Tema
Kesungguhan dan semangat perjuangan yang tinggi untuk mencapai matlamat. Pasukan Zamrud
II yang terdiri daripada Anas, Aina, Adeen, Pauline, Anjali, dan Zuriani berlatih bersungguhsungguh sebagai persediaan menghadapi pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh.
Semasa pertandingan mereka berjuang bermati-matian sehingga mereka berjaya menjuarai
pertandingan tersebut.
Persoalan
1. Persoalan persiapan untuk menghadapi sesuatu pertandingan.
Anas dan ahli-ahli kumpulannya berlatih bersungguh-sungguh untuk menyertai Pertandingan
Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh yang berlangsung di Kompleks Anggun.
2. Persoalan kesabaran dalam menghadapi cabaran hidup.
Keluarga Anas masih sabar dan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa walaupun ayahnya,
Profesor Fitri masih hilang semasa mengikuti ekspedisi rahsia di Lautan Andaman.
3. Persoalan hubungan kekeluargaan yang erat.
Anas amat mengambil berat akan adiknya, Aina.
4. Persoalan sokongan moral ibu bapa untuk memastikan kejayaan anak.
Puan Maizan, Pak Cik Ho dan Mak Cik Angie sentiasa berada di tempat pertandingan
Avatari untuk memberikan sokongan moral kepada anak-anak mereka.

5. Persoalan golongan remaja yang suka menghabiskan masa dengan permainan video.
Anjali dan Sudin bermain permainan Robot War di Pusat Permainan Video Game Star yang
penuh sesak dengan pengunjung yang terdiri daripada golongan remaja.
6. Persoalan hubungan erat antara kaum.
Ahli-ahli Pasukan Zamrud II yang terdiri daripada Anas, Aina, Pauline, Anjali, Adeen, dan
Zuriani dapat bekerjasama tanpa mengira perbezaan kaum.
7. Persoalan perjuangan mempertahankan maruah agama
Anas dan ahli-ahli Pasukan Zamrud II menentang Pasukan Zion dari Rusia yang mahu
membunuh Nabi Muhammad secara maya dalam pertandingan Avatari.
Watak dan Perwatakan
Watak Utama
Aina
Adik kepada Anas
Bertubuh kecil berumur 12 tahun
Salah seorang ahli Pasukan Zamrud II
Pintar digelar rakan sedarjah si cili padi
Rajin beribadat berpuasa sunat bulan Rejab
Gigih berusaha bersama abangnya untuk menubuhkan Pasukan Zamrud II
Keras hati tetap menyertai pertandingan Avatari walaupun dilarang oleh ibunya
Watak Sampingan
Anas
Anak sulung kepada Profesor Muhammad Fitri Izzati dan Mazian
Berumur 17 tahun
Ketua Pasukan Zamrud II dalam pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh
Penyayang amat menyayangi adiknya, Aina
Berani sanggup membahayakan diri untuk menghalang pasukan lawan daripada
memenangi pertandingan
Bijak bijak mengatur strategi sehingga dapat menjuarai pertandingan Avatari Kebangsaan
Kali Kesepuluh
Zuriani
Gadis kacukan Melayu Inggeris
Sahabat karib Aina berumur 12 tahun
Peserta simpanan Pasukan Zamrud II
Rendah diri kurang keyakinan terhadap kemampuan diri ketika diminta menggantikan
tempat Aina di peringkat akhir pertandingan
Amanah tidak memberitahu sesiapa tentang peristiwa kehilangan cip papan litar avatari
setelah dipesan oleh Pak Cik Tan

Kumar
Anak
bongsPakCik
Kuppusamy,
jutawan
barang
kemas
Panas baran lekas marah kerana Adeen lewat tiba di Pusat Permainan Video Games

Star
Angkuh tidak mahu menyertai Pasukan Zamrud II kerana tidak yakin akan keupayaan

komputer
Avatari
Pak
Cik
Ho
Menginsafi kesilapan diri berasa menyesal kerana telah memperkecil keupayaan Pasukan
Zamrud
II
Adeen
AnakProfesorZakri
Berumur18tahun
PengendalikomputerAvatari
Pelajar jurusan kejuruteraan komputer di kolej khas, di Koridor raya Multimedia
Sangat pintar mempunyai I.Q yang tinggi/ penggodam komputer yang cekap
Sabar tidak bertindak terburu-buru dengan tindakan Kumar yang biadap
Pauline
Anak tunggal Pak Cik Ho
Berumur 17 tahun
Salah seorang ahli Pasukan Zamrud II
Menaruh hati terhadap Anas
Manja dengan ayahnya, Pak Cik Ho
Berani sanggup menegakkan pendiriannya semasa bertengkar dengan Kumar
Anjali
Adik kepada Muthu, iaitu seorang ketua kongsi gelap
Anak yatim tinggal dengan abangnya setelah ibunya meninggal dunia dan bapanya
meninggalkan mereka
Kasar dipengaruhi oleh didikan abangnya
Pembelot sanggup mengkhianati Pasukan Zamrud II setelah diarahkan berbuat demikian oleh
abangnya
Pandai bermain permainan video mengalahkan Sudin dalam permainan Robot War
Plot
Tidak mengikut kronologi Bab pertama (Poster Misteri) didahului dengan puncak (klimaks)
cerita.
Binaan Plot
Permulaan
Aina mengajak abangnya, Anas untuk mengambil bahagian dalam Pertandingan Avatari
Kebangsaan Kali Kesepuluh yang berlangsung di Kompleks Anggun. Mereka menubuhkan
Pasukan Zamrud II yang diketuai oleh Anas, dan dianggotai oleh adiknya Aina serta empat
rakan mereka, iaitu Pauline, Anjali, Adeen, dan Zuriani.

Perkembangan
Pasukan Zamrud II menjalani latihan sebagai persediaan untuk pertandingan. Berkat kegigihan
dan kerjasama berpasukan, mereka berjaya melepasi halangan dan cabaran dalam pusingan
pertama, pusingan kedua, dan pusingan ketiga. Anjali telah mensabotaj Pasukan Zamrud II
dengan mencuri cip pemecut mesin Avatari.
Puncak
Semasa Pasukan Zamrud II bersedia ke peringkat keempat, iaitu pusingan akhir pertandingan,
Aina cedera ditembak di bahu oleh penjahat yang cuba mencuri baju-baju khas pertandingan
Avatari di bilik persalinan. Aina dibawa ke hospital dan tempatnya digantikan oleh Zuriani.
Peleraian
Pasukan Zamrud II menjuarai menyertai Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh dan
memenangi hadiah sebanyak hadiah sebanyak satu juta Ringgit Malaysia. Aina yang masih
dirawat di hospital mendapat berita gembira bahawa ayahnya, iaitu Profesor Muhammad Fitri
dan kumpulan penyelidik yang hilang di Lautan Andaman telah dijumpai.
Teknik Plot
1. Dialog
Contoh: Kenapa Abang Adeen lambat? tanya Aina lagi.
Maaf, terlepas komuter tadi, jawab Adeen.
2. Suspens
Contoh: Pak Cik Tan bersembunyi di dalam bilik persalinan untuk mengetahui orang yang
mencuri cip pemecut mesin Avatari.
3. Kejutan
Contoh: Adeen ternampak dua orang lelaki yang mencurigakan di bilik persalinan.
4. Imbas kembali
Contoh: Anas teringat akan kata-kata ayahnya yang mahu Anas dan Aina menjadi juara
pertandingan Avatari seperti yang pernah dicapai oleh ayahnya dan Pasukan Zamrud sepuluh
tahun lalu.
5. Monolog
Contoh: Tak sangka Aina pandai tulis sajak, walaupun perlu diperbaiki lagi, kata Anas
sendirian.
Gaya Bahasa
Diksi
Istilah Komputer
Contoh: browser, CPU, kayu ria, kamar bicara, papan litar
Slanga
Contoh: amoi cantik, hei tambi
Peribahasa
Contoh: nasi sudah menjadi bubur;
kalau tidak ada rotan, akar pun berguna juga
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
macam enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing

Pembinaan Ayat
Bahasa mudah dan menarik
Ada ayat pendek
Contoh: Samy semakin nekad
Ada ayat panjang
Contoh: Pengalamannya sebagai banduan cukup mengajarnya supaya menghargai kebebasan
Personifikasi
Contoh: Petang semakin tua
Simile
Contoh: seperti semut merah menghurung lipas mati
seperti halilintar membelah bumi
Hiperbola
Contoh: mata yang tajam
berjalan di atas kepulan awan
Latar
Latar Masa
Zaman sekarang golongan remaja bermain permainan komputer dan menggunakan
Internet
Zaman prasejarah setiap pasukan dikehendaki ke zaman prasejarah secara maya dalam
peringkat pertama pertandingan Avatari
_ Zaman Mesir kuno pasukan yang layak ke peringkat kedua pertandingan Avatari
mengembara secara maya ke zaman Mesir kuno untuk mencari pelbagai objek harta
karun berdasarkan petunjuk yang akan diperoleh daripada teka silang kata yang
diselesaikan oleh peserta.
Zaman Kesultanan Melayu Melaka Pasukan Zamrud II memilih untuk ke zaman Kesultanan
Melayu Melaka secara maya untuk menghalang Portugis daripada menawan Melaka.
Latar Tempat
Kompleks Beli-belah Anggun tempat pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh
dilangsungkan
Rumah Profesor Fitri tempat tinggal Anas dan Aina
Pusat Permainan Game Star Anjali dan Sudin bertanding dalam permainan Robot War
Pangsapuri Pak Cik Ho Anas dan Aina berkunjung ke pangsapuri Pak Cik Ho untuk
berbincang tentang penubuhan Pasukan Zamrud II.
Kawasan bukit di Batu Layar tempat Cikgu Pasukan Zamrud II menjalani latihan kembara
Latar Masyarakat
Masyarakat bandar yang celik komputer
Contoh: Anas dan Aina melayari Internet untuk mencari maklumat tentang pertandingan
Avatari
Masyarakat remaja yang meminati permainan komputer
Contoh: Pusat Permainan Video Game Star sentiasa sesak dengan pengunjung yang
terdiri daripada golongan remaja.

Masyarakat elit
Contoh: Anas, Aina, Pauline, Adeen, dan Kumar datang daripada keluarga elit kerana
ayah mereka merupakan jutawan, ahli perniagaan, dan profesor.
Masyarakat bandar yang miskin
Contoh: Anjali ialah anak yatim yang dibesarkan dalam keadaan yang amat daif lagi
mencabar.
Masyarakat yang gemar melakukan jenayah
Contoh: Abang Anjali, iaitu Muthu merupakan ketua samseng yang diarahkan untuk
menimbulkan huru-hara di Pusat Permainan Video Game Star.
NILAI
1. Nilai bertanggungjawab
Anas berasa bertanggungjawab mengambil alih peranan sebagai orang lelaki di rumah selepas
ayahnya hilang semasa menjalankan ekspedisi misteri di Laut Andaman.
2. Nilai kasih sayang
Anas sangat menyayangi adiknya, Aina.
3. Nilai keberanian
Anas membahayakan dirinya dalam usaha untuk memastikan kejayaan Pasukan Zamrud II dalam
pertandingan Avatari.
4. Nilai kesabaran
Adeen sabar dengan karenah Kumar yang angkuh.
5. Nilai keinsafan
Kumar menyesal kerana telah memperkecil keupayaan Pasukan Zamrud II.
6. Nilai kegigihan
Pasukan Zamrud II yang diketuai oleh Anas gigih berlatih sehingga menjuarai Pertandingan
Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh.
Pengajaran
1. Kita hendaklah berani berjuang untuk mencapai matlamat
Contoh: Anas membahayakan dirinya untuk memastikan Pasukan Zamrud II menjuarai
Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh.
2.Kita perlulah mengetepikan kepentingan diri sekiranya ingin mencapai kejayaan dalam
pasukan
Contoh: Cikgu Nisah menasihati Pauline supaya mengubah sikapnya yang cemburu terhadap
Anjali.
3.Kita
hendaklah
gigih
berusaha
untuk
mencapai
matlamat
Contoh: Ahli kumpulan Pasukan Zamrud II gigih berlatih sehingga menjuarai Pertandingan
Avatari
Kebangsaan
Kali
Kesepuluh.
4.Kita
haruslah
sanggup
berjuang
untuk
mempertahankan
agama
Contoh: Anas sanggup menentang Pasukan Zion dari Rusia yang mahu membunuh Nabi

Muhammad semasa peringkat akhir pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh dengan
dibantu oleh ahli Pasukan.
5. Kita tidak harus mengkhianati kepercayaan orang terhadap kita
Contoh: Anjali mensabotaj Pasukan Zamrud II sehingga pasukan itu hampir-hampir tewas dalam
pertandingan Avatari.
6. Kita mesti bekerjasama dan mengamalkan semangat berpasukan untuk menjamin
kejayaan sesuatu pasukan dalam pertandingan
Contoh: Semua ahli Pasukan Zamrud II mempunyai semangat berpasukan yang tinggi sehingga
berjaya menjuarai Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh.
About these ads
Memuat...

Anda mungkin juga menyukai