Anda di halaman 1dari 3

Bab 1: Poster Misteri.

Novel Wira Persona Avatari bab satu mengisahkan enam orang remaja, Adeen, Anas, Aina,
Pauline, Anjali, dan Zuriani berjalan ke arah bilik persalinan sementara yang dibina khas
bersempena dengan Pertandingan Avatari Kebangsaan kali kesepuluh yang diadakan di
kompleks beli-belah Anggun. Mereka perlu bersiap semula untuk meneruskan cabaran
terakhir yang akan bermula pada jam 3.00 petang. Adeen terpandang dua orang lelaki yang
mencurigakan di dalam bilik persalinan itu. Seorang lelaki Cina bernama Ah Kong dan
seorang lagi lelaki India bernama Samy. Baju-baju khas Pertandingan Avatari yang sedang
dibelek oleh mereka itu dicampakkan ke lantai. Mereka hendak berlari tetapi dihalang oleh
remaja berenam itu. Suasana menjadi tegang dan cemas. Samy mengeluarkan sebilah
pisau, tetapi Adeen dan Anas dengan pantas menyerang dan berjaya menahan Samy
dengan kemahiran silat mereka. Ah Kong hendak lari tetapi dihalang oleh Aina. Ah kong
mengeluarkan sepucuk pistol lalu menembak Aina. Aina tersungkur ke lantai. Ah Kong
meluru keluar dan melepaskan diri. Ho Shao Long memeriksa tempat tembakan di bahu
Aina. Dalam keadaan yang kritikal itu, Aina menjadi semakin lemah. Fikiran Aina melayanglayang ke masa lepas. Selepas itu, Aina pengsan di pangkuan ibunya. Aina merupakan
seorang murid yang cekal dan tekun. Walaupun pada waktu rehat, Aina masih berada di
dalam kelasnya untuk menyiapkan kerja sekolahnya. Kemudian, Zuriani kawan sekelasnya
tiba. Zuriani mengajak Aina keluar untuk melihat poster yang baru ditampalkan di papan
kenyataan di kantin. Aina sangat teruja dan terus bergegas ke kantin.
Bab 2: Kamar Bicara.
Aina tidak sabar hendak memberitahu abangnya, Anas tentang suatu berita penting.
Sekembalinya Anas, Aina terus mendapatkan abangnya. Anas kelihatan muram kerana
pasukan hoki sekolahnya kalah. Anas seperti tidak berminat untuk mendengar berita yang
hendak disampaikan oleh Aina. Namun, apabila Aina menyebut Avatari, Anas menjadi
teruja. Pertandingan Avatari Kebangsaan kali kesepuluh sudah diumumkan. Anas terkenang
akan ayah mereka yang menginginkan mereka menjadi juara Avatari seperti beliau dulu.
Ayah mereka menjadi juara kebangsaan Pertandingan Avatari pertama sepuluh tahun dulu.
Aina terdiam seketika apabila nama ayah mereka disebut. Hal ini demikian kerana ekspedisi
penyelidikan misteri di Laut Andaman. Aina sangat merindui ayahnya.
Pada malamnya, Anas dan Aina asyik melayari laman web Avatari untuk mendapatkan
maklumat yang lengkap tentang pertandingan yang akan diadakan itu. Kedua-dua beradik
itu berbincang dan merancang untuk menyertai Pertandingan Avatari. Melalui Kamar
Bicara, mereka bermain permainan video secara interaktif melalui watak avatar, iaitu watak
tiga dimensi janaan komputer. Dalam salah satu interaksi itu, Anas telah terlibat dalam satu
sesi perdebatan dengan seorang gadis Jepun, Aya Morita dari sebuah kafe siber di kawasan

hiburan Tokyo. Perdebatan antara Anas melalui avatar Hang Tuah dan Aya Morita berlarutan
sehingga jam 1.00 pagi
Bab 3: Pasukan Zamrud II.
Anas dan Aina membaca risalah dan borang pertandingan berulang kali. Mereka sedang
memikirkan bagaimana hendak mendapatkan komputer realiti maya dan perisian Avatari.
Harga sebuah komputer realiti maya yang paling murah dalam lingkungan RM50 ribu.
Perisian Avatari pula dalam lingkungan RM10 ribu. Mereka memikirkan siapakan yang
sanggup menaja mereka. Tiba-tiba Aina teringat akan Pak Cik Ho, rakan sepasukan ayah
mereka semasa memenangi Pertandingan Avatari dulu. Anas menelefon Pak Cik Ho di
rumah. Pauline, anak perempuan Pak Cik Ho menjawab. Dia memberitahu Anas bahawa
Pak Cik Ho tidak ada. Anas meninggalkan pesan supaya Pak Cik Ho menelefonnya
kembali. Anas dan Aina pergi ke rumah Pak Cik Ho. Pak Cik Ho memberitahu mereka
bahawa Pak Cik Kuppusamy telah menawarkan anaknya, Kumar untuk menyertai pasukan
Avatari Anas dan Aina. Pasukan Avatari Anas dan Aina juga dibenarkan untuk menggunakan
komputer realiti maya kepunyaan mereka itu. Mereka memerlukan seorang lahli lagi. Orang
yang kelima ini penting kerana dia mesti seorang pengatur cara komputer yang hebat. Aina
teringat akan Adeen, anak Profesor Zakri. Aina akan mencuba memujuk Adeen untuk
menyertai pasukan Avatari mereka.
Bab 4: Libasan Pari.
Anas, Aina, Pauline, dan Kumar sedang menunggu Adeen di pusat permainan video Game
Star. Kumar tidak sabar menunggu ketibaan Adeen. Pauline pula tidak senang dengan sikap
Kumar yang panas baran itu. Berlaku konflik kecil antara Pauline dan Kumar. Anas
mencuba menenteramkam pertelagahan antara Kumar dengan Pauline. Akhirnya Adeen
sampai. Kumar melihat Adeen dengan sinis. Dia tidak yakin terhadap kebolehan Adeen. Aina
memperkenalkan Kumar kepada Adeen. Seperti biasa, Kumar menunjukkan sikap egonya
terhadap Adeen dengan tindakannya yang teragak-agak untuk bersalaman dengan Adeen.
Seterusnya Aina memperkenalkan Pauline kepada Adeen.
Mereka berlima pergi berjumpa dengan Pak Cik Tan, pengurus pusat permainan video
Game Star untuk mendengar taklimat daripada beliau. Pak Cik Tan seorang pekerja yang
setia kepada majikannya, iaitu Encik Ho Shao Long. Semasa melihat komputer Avatari yang
akan digunakan dalam pertandingan nanti, Kumar menyatakan tidak mahu terlibat dalam
pertandingan itu kerana tidak yakin terhadap komputer yang kelihatan antik itu. Kumar
menarik diri. Semua orang menjadi bingung dengan tindakan Kumar itu.
Bab 5: Senteri Muda.

Anas, Aina, Pauline, dan Adeen menjalani latihan senaman silat di bawah bimbingan Cikgu
Nisah, seorang guru silat dan bekas sarjan komando. Latihan silat ini sebagai persiapan
mereka untuk menghadapi Pertandingan Avatari yang penuh dengan halangan, cabaran,
dan muslihat.
Ho Shao Long datang untuk meninjau perkembangan Pasukan Zamrud II membuat latihan
permainan Avatari. Adeen cuba menerangkan kepada Pak Cik Ho sebab-sebab CPU Voltra
yang canggih milik Pak Cik Ho itu perlu diubah suai lagi. Hal ini demikian kerana CPU
tersebut masih lemah mengawal pergerakan avatar ketika bertempur. Pak Cik Ho akui akan
kelemahan yang terdapat pada komputernya itu. Adeen mencadangkan cip mikroelektrik
yang lebih hebat daripada cip Voltra milik Pak Cik Ho, iaitu prototaip cip Alif yang baru
dihasilkan oleh MIMOS Berhad yang berkelajuan 100 gigahertz. Pak Cik Ho akui akan
penerangan Adeen itu.

Anda mungkin juga menyukai